59327649 kelab-pencegahan-jenayah

4,230 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,230
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
126
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

59327649 kelab-pencegahan-jenayah

  1. 1. KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SMASRAPencegahan jenayah adalah satu aspek penting dalam memastikan kawasan tempat tinggalsentiasa aman dan selamat.Walaupun menangani jenayah adalah tanggungjawab pihak berkuasa, orang ramai bolehmemainkan peranan penting dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat.Jika anda menyaksikan sebarang kejadian jenayah, anda perlu melaporkannya kepada balai polisyang berhampiran. Laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan senarai nombor-nombor telefon untuk memudahkan anda menghubungi balai-balai polis tempatan dan daerah.Selain dari itu, anda juga boleh mengingati nombor 999 yang digunapakai dalam semua keadaankecemasan.Laman web PDRM juga menyediakan beberapa panduan dan petua berguna untuk mencegahkejadian jenayah. Di antara jenayah-jenayah yang dibincangkan termasuk pecah rumah, curikereta, keganasan rumahtangga dan ragut.Program Rukun Tetangga yang ditadbir dengan baik juga boleh menjadi langkah pencegahanyang berkesan dalam membasmi kegiatan jenayah di kawasan-kawasan perumahan.
  2. 2. PENCEGAHAN JENAYAH BERMULA DARI ANDA !!!!APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL ? Selalu gunakan jalan yang pernah dilalui oleh orangramai, jangan mengikut jalan yang dekat dan gelap. Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orangramai. Berpakaian dengan sempurna, kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol. Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali. Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi. Jangan biasa balik rumah larut malam. Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan atau tidur di perhentian bas. Biasakan diri bersiar-siar atau berjogging dalam kumpulan. Ibubapa dan penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan kecil pergi ke kedai untuk membeli barang di waktu malam. Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali. Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau mengigit badan perogol untuk melepaskan diri. Lapor kepada Polis dengan segera apabila anda diganggu.APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA RAGUT ? Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap. Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman. Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter. Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas. Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain. Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah. Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal. Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya. Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut. Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYELOK SAKU ? Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bolasepak, bas atau keretapi. Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau keretapi jangan berasak- asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun. Jika anda menyimpan duit tanpa beg dalam poket baju, jangan biar duit-duit itu nampak dari luar (atau jangan pakai baju yang jarang). Jangan biarkan orang-orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu kiri anda
  3. 3. terutama sekali semasa menaiki / menuruni kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan. Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah dalam kocek-kocek yang berasingan.APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN DI PREMIS PERNIAGAAN ? Pasang besi gerigi kasi-kasi (grill) pada almari kaca (show case) supaya penjenayah tidak dapat mengaut (scoop) barang-barang kemas dari dalam almari kaca itu walaupun kaca-kaca tersebut dapat dipecahkan olehnya. Pasang alat kecemasan yang berbunyi apabila almari kaca (show case) dipecah. Adakan close circuit camera yang boleh mengambil gambar penjenayah-penjenayah apabila berlaku rompakan. Gunakan pengawal keselamatan yang bersenjatapi. Adakan laluan sulit (secret opening) supaya pekerja dapat melepaskan diri untuk meminta pertolongan. Beritahu Polis dengan segera apabila mencurigai seseorang.APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA ROMPAK WANG TUNAI/WANGGAJI DAN DI TEMPAT BEBAS ?.Tempat bebas Elakkan memakai barang-barang kemas dan jam tangan yang berharga atau membawa wang yang banyak semasa berjalan-jalan atau bersiar-siar berdua-duaan di tempat bebas terutama sekali di waktu malam. Jangan duduk berdua-duaan dalam kereta atau taman-taman bunga di tempat gelap dan sunyi. Sekiranya ada orang-orang yang anda curigai merayau-rayau, cepat-cepat tinggalkan tempat itu. Jika anda diugut terus menjerit meminta pertolongan dari orang ramai.Wang Gaji/ Wang Tunai Elakkan dari membawa wang tunai yang banyak dalam satu bungkusan kecuali jika anda mempunyai beg yang dipasang khas dengan alat-alat pengempar serta kunci berantai. Gunakan pengiring yang bersenjatapi semasa mengeluarkan wang yang banyak dari bank atau membawa wang ke bank. Ubahkan jadual dan jalan laluan dan jangan gunakan kenderaan yang sama selalu. Pastikan tiada orang yang mencurigakan mengekori anda semasa membawa keluar wang dari syarikat-syarikat kewangan atau semasa membawa wang untuk disimpan. Jika kereta anda diekori oleh orang-orang yang mencurigakan berhenti ditempat orangramai dan telefon Polis segera. Berhati-hati dan bergerak ke destinasi yang dituju apabila anda fikir selamat. Semasa membayar gaji dikilang-kilang atau ladang-ladang yang terpencil dan sunyi ketatkan kawalan keselamatan. Tutup pintu pagar dan pastikan tiada orang luar boleh masuk. Habiskan pembayaran gaji dengan segera. Jika ada baki yang banyak jangan simpan dalam pejabat atau dirumah. Simpan balik dalam bank. Tentukan pergerakan anda pergi dan balik dari syarikat kewangan tidak diketahui oleh kakitangan anda. Jika anda boleh cuba bayar gaji dengan cek.
  4. 4. Jika Rompakan Berlaku.................Apa Tindakan Yang Harus Anda dan Kakitangan Lakukan. Bertenang dan ikut arahan penjenayah, cari peluang untuk menggunakan alat pengempar jika ada apabila penjenayah-penjenayah tidak menyedarinya. Apabila dipaksa menyerah harta benda atau wang serahkan satu demi satu dengan tujuan melambat-lambatkan masa agar bantuan pertolongan dapat sampai. Jika perompak-perompak tidak memakai topeng, cuba cam muka mereka. Perhatikan tanda- tanda seperti parut, tahi lalat, mata juling atau tidak, rambut kerinting atau lurus dan lain-lain. Adalah penting jika anda dapat ingat nombor kenderaan, warna dan jenisnya. Lapur kepada Polis dengan serta merta samada melalui telefon atau datang sendiri supaya tindakan dapat diambil dengan pantas. Jangan sentuh atau ganggu tanda-tanda keterangan yang ditinggalkan oleh penjenayah.APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN RUMAH DARI DIMASUKI PENJENAYAH ? Pasangkan pintu masuk utama rumah anda dengan tanggam-puting (mortise) yang bermutu tinggi atau kunci pasak (Rim Latch) yang mempunyai bentuk selak mati (Dead Molting) serta kunci palang yang disokong oleh kunci yang kukuh. Memperkukuhkan pintu/tingkap-tingkap masuk utama rumah anda dengan besi gerigi kasi- kasi/pagar yang boleh dilipat. Memperkemaskan pagar gerigi kasi-kasi (Grille Gate) dengan besi penyangkut (Iron Clasp) dan penutup gelangan mangga yang kukuh (strong closed shackle padlock). Adakan alat-alat keselamatan yang lebih ke atas pintu utama anda, contohnya lubang pandangan, rantai pintu, selak keselamatan tanggam puting (mortise security bolts). Jangan letakkan alat-alat/perkakas pecah rumah seperti pengumpil (crowbars) tangga dan alat- alat pemotong diluar rumah. Pasangkan/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah ia bertujuan untuk memberi suasana yang orang berada dalam rumah. Jangan tinggalkan kunci rumah anda ditempat persembunyian diluar kawasan rumah. Sebelum membuka pintu periksa dahulu pengenalan pelawat/orang yang tidak dikenali. Jangan tinggal nota menyatakan yang anda tiada dirumah. Minta bantuan dari jiran-jiran anda untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda dirumah. Sebelum meninggalkan rumah atau hendak masuk tidur kunci semua pintu, tingkap dan pintu pagar. Ruang kosong alat penghawa dingin yang telah ditinggalkan perlulah ditutup dengan kasi-kasi besi yang kusuh. Pelihara anjing pengawas atau angsa. Binatang-binatang tersebut dapat mencegah penjenayah dari memasuki rumah anda. Pasang sistem kecemasan kecurian yang sempurna dirumah anda. Bersihkan kawasan luar rumah dari semak-semak yang boleh digunakan untuk bersembunyi. Batalkan semua penghantaran suratkhabar dan lain-lain semasa anda bercuti. Lapur kepada balai polis yang berhampiran semasa anda bercuti supaya rondaan dapat dibuat. Simpan wang tunai yang berlebihan dan barang-barang kemas dalam bank.APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KENDERAAN DARIPADA KENA CURI ? Jangan sekali-kali meninggalkan kenderaan anda dengan enjin yang masih hidup walaupun sebentar saja. Cabut kunci (switch) dan simpan. Pasangkan rantai dan kunci yang kukuh keatas motosikal apabila tidak digunakan. Pasangkan alat pencegah kecurian dan mengukir nombor kereta anda pada cermin depan/belakang dan
  5. 5. tingkap. Kunci semua pintu dan tutup semua cermin kereta anda setiap kali anda meninggalkannya walaupun sekejap sahaja. Keluarkan semua barang-barang yang berharga dari kereta anda atau simpan ditempat menyimpan barang-barang supaya tidak kelihatan dari luar. Elakkan dari meletak kenderaan anda ditempat-tempat terpencil atau ditempat-tempat gelap. Jangan tinggalkan "Parking Tiket" dalam kereta anda semasa meninggalkannya ditempat letak kereta/pusat membeli-belah/emporium. Jangan tinggalkan kunci kereta anda kepada pencuci atau penjaga kereta. Hantar kereta anda kepada workshop-workshop yang dikenali untuk dibaiki untuk keselamatan kereta anda. Rantaikan basikal anda pada tiang atau objek yang tetap dengan rantai dan mangga yang kukuh.8. UMUMSimpan dengan selamat semua resit-resit barang-barang yang telah dibeli , sekiranya barang tersebuthilang akan memudahkan kita menuntut balik barang-barang tersebut di balai-balai Polis.PENGAWASAN KEJIRANANPENDAHULUAN Suatu strategi yang bergantung kepada keyakinan dan kerjasama masyarakat untuk membantu mencegah jenayah serta mewujudkan suasana yang lebih selamat kepada masyarakat setempat. Wjudnya suasana seperti ini, maka setiap penduduk di dalam sesebuah masyarakat itu dapat bekerjsama di kalangan mereka dalam usaha membantu Polis membenteraskan dan mengurangkan jenayah. Justeru "Kepolisan Masyarakat" merupakan satu usaha membebaskan sesuatu kawasan dari kejadian jenayah secara muhibbah. 2. KONSEP"Kepolisan Masyarakat" membawa konsep di mana menjadikan sebahagian petugasan kepolisansebagai suatu tanggungjawab bersama masyarakat dengan membabitkan diri dalam usahamembenteras dan mengurangkan jenayah bagi sesuatu tempat dalam usaha memperkembangkankonsep ini, tiap-tiap daerah atau kawasan tertentu, adalah penting untuk menubuhkan AhliJawatankuasa masing-masing, bagi melicinkan perjalanan sesuautu kegiatan atau projek yang hendakdilaksanakan.3. TUJUAN AHLI JAWATANKUASASecara keseluruhannya, penubuhan Ahli Jawatan kuasa ini adalah bertujuan seperti:- Mewujudkan dan mempertingkatkan semangat kejiranan yang baik di kalangan masyarakat setempat supaya mereka mengenali antara satu sama lain. merancang dan mengadakan program kemasyarakatan untuk penduduk-penduduk setempat supaya masing-masing mempunyai perasaan yang lebih mesra.
  6. 6. Merancang dan melaksanakan program yang bertujuan untuk mewujudkan dan memperingkatan semangat kejiranan di kalangan masyarakat. Merancang dan menganjurkan program-program pendidikan pencegahan jenayah di kalangan masyarakat. Mewujudkan suatu suasana masyarakat yang bermaklumat mengenai kedudukan jenayah setempat dan kaedah-kaedah pencegahannya dengan mengadakan "Pusat Penerangan " di kawasan-kawasan perumahan dan institusi-institusi perniagaan. Mewujudkan dan mempertingkatkan perhubungan dengan pihak media supaya dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat untuk membantu mencegah serta membenci jenayah.4. BENTUK-BENTUK PROGRAMAntara bentuk-bentuk program yang boleh diadakan ialah:- 1. Skim Pengawasan Kejiranan 2. Pengawasan Kenderaaan 3. Penggawasan Kilang/Institusi Perniagaan 4. Pengawasan sekolah/Institusi Pendidikan 5. Program Menandakan Harta Benda dan lain-lain5. PENGAWASAN KEJIRANANAntara program yang mendapat perhatian secara keseluruhan oleh masyarakat ialah PengawasanKejiranan6. PENGERTIAN "PENGAWASAN KEJIRANAN" 1. Pengawasan Kejiranan adalah satu program yang mana masyarakat setempat membabitkan diri mereka mengawasi keselamatan jiran-jiran dan harta benda mereka, serta melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada Polis. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu perkongsian tanggungjawab untuk menjadikan kawasan tempat tinggal mereka lebih selamat. Hal ini bukanlah bermakna masyarakat mengambil alih tugas-tugas Polis, tetapi menggunakan sumber-sumber Polis yang bernilai itu lebih berkesan. 2. Program ini memberikan penekanan kepada masyarakat untuk mengambil sebarang tindakan pencegahan jenayah secara bersepadu dan berpasukan. Ini jelas memperlihatkan bahawa program p[encegahan jenayah yang berjaya satu pendekatan yang terancang amat diperlukan.7. CARA SKIM DILAKSANAKAN SECARA AM 1. Para Penubuhan:- Sebelum "Skim Pengawasan Kejiranan" ditubuhkan, penduduk-penduduk setempat hendaklah menubuhkan kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan "Kumpulan- kumpulan Pengawasan Kejiranan". Setiap kkumpulan ini mengandungi antara 10
  7. 7. hingga 20 jiran atau bilangan yang difikirkan wajar kepada satu-satu kawasan kecil, seperti dalam sederetan sesebuah jalan atau lorong. 2. Pertugasan Secara Am: Ahli-ahli dalam kumpulan ini tidak dikehendaki menjalankan tugas-tugas rondaan, tetapi berperanan untuk mengawasi supaya keadaan kawasan itu selamat dan bebas dari jenayah. Bagaimanapun , mereka mempunyai kuasa menangkap oleh orang-orang awam seperti dibekalkan dalam Kanun Acara Jenayah 3. Penyelaras Kumpulan:- Setiap kumpulan mempunyai seorang wakil yang dipanggil "penyelaras Kumpulan ". Beliau bekerja rapat dengan ahli-ahli masyarakatnya dengan Polis. Pemilihan penyelaras dilihat atas persetujuan semua ahli-ahli. Beliau bertanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat. Kawasan atau taman perumahan, ianya mungkin mempunyai 10 hingga 20 kumpulan "Pengawasan Kejiranan". Sehubungan dengan ini, maka setiap kawasan itu pula hendaklah dipilih seorang wakil yang dipanggil "Penyelaras Kawasan".8. CARA MENUBUHKAN SKIM/KUMPULAN PENGAWASAN KEJIRANAN1. Panduan Dari PolisPenubuhan skim ini boleh didayausahakan oleh sesiapa sahaja. Namun, adalah lebih baik individuterbabit hendak mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Daerah atau Pengawai PenyelarasDaerah setempat untuk mendapatkan panduan dan nasihat.2. Pengukuran Minat:Minat masyarakat setempat untuk menubuhkan skim ini hendaklah diukur. Antara ccaranya ialahmengadakan kunjungan muhibah ke rumah-rumah jiran. Namun demikian cara terbaiknya ialahmengadakan tinjuan melalui penulisan. (Contoh soalan-soalan tinjuan seperti "Dimanakah kedudukankepekaan anda tentang jenayah?"3. Mesyuarat PertamaPerjumpaan pertama amat penting diadakan untuk menggambar dan menjelaskan tinjuan dan cara skimini dilaksanakan. Kehadiran Ketua Polis Daerah atau wakilnya memainkan peranan utama. Perjumpaansedemikian boleh diadakan di mana-mana tempat yang wajar. Untuk mendapatkan suasana kemesraandan muhibbah, adalah disarankan supaya ianya diadakan di rumah. Antara maklumat-maklumat yangperlu dikumpul semasa mesyuarat ialah;4. Perkhidmatan-perkhidmatan Oleh Skim Pengawasan Kejiranan Tanda Pengenalan kepada Harta benda, Pemilik digalakkan menanda harta benda agar mudah dikesan dan mendapatkannya kembali sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian (contoh; ukiran, tandanama,warna, ambil foto atau video dan senarai(listing)
  8. 8. Memperkukuhkan Keselamatan Diri dan Harta Benda; Setiap ahli masyarakat digalakkan supaya memperkukuhkan keselamatan harta benda mereka seperti rumah, kenderaan dan diri masing-masing. Panduan dan nasihatkan boleh didapatkan dari Balai Polis berhampiran. Perkara-perkara Yang Perlu diperhatikan; Setiap ahli masyarakat digalakkan supaya dapat mengawasi keadaan-keadaaan yang mencurigakan dan jika mempunyai alasan, mereka bolehlah bertindak seperti; 1) Hubungi Balai Polis berhampiran 2) Beritahu jiran 3) Jiran-jiran hendaklah menggunakan kebijaksanaan untuk memberitahu kepada orang-orang yang tidak dikenali dan mencurigakan yang berkunjung ke rumah-rumah jiran. Kegiatan-kegiatan lain; Ahli-ahli "Skim Pengawasan Kejiranan" adalah disarankan supaya mengadakan kegiatan-kegiatan lain seperti; 1) Menerbitkan media cetak seperti "Surat Berita (News Letter) dan seumpamanya. 2) Mengadakan "Papan Kenyataan dan 3) Lain-lain.KESIMPULANJika masyarakat digalakkan mengambil daya usaha menubuhkan "Kepolisan Masyarakat" makajenayah dapat dikawal dan dikurangkan dari masa ke semasa.APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI OLEH AHLI-AHLI KUMPULAN-KUMPULAN ?Keadaan-keadaan yang mencurigai:- 1. Jurujual dan orang-orang yang membawa beg atau alat-alat pertukangan. 2. Orang-orang yang tidak dikenali mengetuk pintu atau menjenguk pintu rumah jiran anda. 3. Orang-orang yang merayau-rayau di beranda, di tangga dan di tempat letak kereta tanpa arah dan tujuan. 4. Orang-orang yang mengumpil pintu atau tingkap rumah jiran anda. 5. Orang-orang yang memindahkan harta benda dari rumah jiran anda semasa ketiadaannya (jiran-jiran hendaklah memberitahu satu sama lain jika telah diuruskan terlebih dahulu). 6. Orang-orang yang membelek-belek kereta-kereta, motosikal atau skuter yang terletak di kawasan perumahan anda.
  9. 9. APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN OLEH AHLI-AHLI KUMPULAN ? 1. Telefon Polis dengan segera dan laporkan perkara yang mencurigakan itu. 2. Beri amaran kepada ahli-ahli kumpulan, telefon mereka atau tiup wisel jika keadaan mendesak. 3. Sekiranya ada pelawat datang ke rumah jiran semasa ketiadaanya tanya siapa mmereka dan tujuannya. 4. Jika orang-orang yang tidak dikenali datang ke rumah anda, pastikan siapakah mereka sebenarnya. Minta mereka tunjukkan Kad Pengenalan atau Kad Kebenaran. 5. Sentiasa ingatkan anak-anak supaya "Jangan Ikut" orang-orang yang tidak dikenali dan nasihatkan bahayanya jika berbuat demikian. 6. Beri amaran tentang bahaya merayau-rayau di tempat sunyi.APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAKDARIPADA ANAK-ANAK ANDA LARI DARI RUMAH ? 1. Ibubapa/ penjaga perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak dan memahami tentang masalah serta kesulitan yang mereka hadapi dan berusaha secara serius dengan kasih sayang dan kemesraan bagi meringankan atau mengatasi masalah mereka. 2. Ibubapa/penjaga bertanggungjawab memastikan rumah tangga mereka sentriasa harmoni dan aman damai serta mengelakkan pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak. 3. Aanak-anak perlu diberikan pendidikan yang seimbang dan digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti yang memberi manafaat dari segi rohani dan jasmani. 4. Perlu mewujudkan kasih-sayang dan hormat-menghormati dii antara ibubapa dengan anak- anak dan suami dengan isteri. 5. Ketegasan dalam memberi tunjuk-ajar hendaklah kena pada tempatnya dan elakkan sifat membahagi-bahagikan kasih-sayang antara anak-anak. 6. Seboleh-bolehnya luangkan masa bersama-sama anak-anak di rumah atau di tempat yang difikirkan tenang bagi membolehkan menyelami isi hati anak-anak. 7. Tunjukan sikap/contoh teladan yang baik boleh dicontohi oleh anak-anak.APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA ? 1. Mencarinya di rumah saudara mara yang selalu dilawati atau bertanya dengan teman-teman yang rapat dengannya. 2. Membuat laporan segera ke Balai Polis yang berhampiran dengan membawa dokumen- dokumen pengenalan diri atau gambar orang-orang hilang, butir-butir/alamat kenalan rapat atau saudara maranya, untuk membantu penyiasatan Polis mencari dan mengesan secepat mungkin samada kehilangan ini ada kaitan dengan jenayah atau sebaliknya. 3. Perkara ini akan memudahkan Polis menghubungi media massa dan menghubung kontinjen/daerah yang lain untuk mengesan kehilangannya. Pengadu juga perlu menghubungi Polis dari masa ke semasa selepas laporan dibuat. 4. Sekirannya orang yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula, pihak Polis hendaklah dimaklumkan supaya siasatan Polis dan rekod dikemaskinikan.
  10. 10. APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENGAWASAN KESELAMATAN YANG PERLU DILAKUKANTERHADAP ANAK-ANAK ?Serentak dengan perkembangan dunia yang semakin rumit dan banddaraya-bandaraya bertambahsesak, peranan yang biasa dimainkan oleh si ibu juga turut berubah. Memandangkan semakin ramaikaum ibu bekerja di luar dan dengan kedudukan keluarga moden yang bukan lagi merupakan unit-unityang besar, kanak-kanak kadangkalanya diabaikan.Menyemai sifat atau fikiran bebas di kalangan kanak-kanak adalah satu perkara baik. Tetapi tidakkurang pentingnya juga, ialah mengajar mereka cara melindungi diri mereka jika anda tidak ada disamping mereka.Peraturan-peraturan utama ke arah menjamin keselamatan anak-anak di rumah, di jalan raya dan disekolah. 1. Galakan anak anda berbincang dengan anda. Galakkan perhubungan secara bebas antara anda dan anak anda, kerana ini bermakna anda berkemungkinan menceritakan kepada anda sebarang pengalaman yang menakutkan di sekolah atau diluar pengetahuan anda. 2. Latih anak anda untuk berkata Tidak Boleh Beritahu anak anda bahawa menyebut Tidak Boleh terhadap orang yang lebih tua daripada mereka dan juga kepada orang yang tidak dikenali adalah dibenarkan dalam keadaan kanak- kanak itu yakin dia diminta melakukan sesuatu yang " buruk". Antara contoh buruk ialah apabila seorang dewasa mahu membawa kanak-kanak itu ke suatu tempat tanpa kebenaran Emak atau Ayah, atau melakukan sesuatu dan meminta kanak-kanak supaya jangan memberitahu perkara itu kepada Emak atau Ayah. 3. Nasihatkan anak anda supaya tidak bercakap-cakap dengan orang yang tidak dikenali. Beritahu anak anda orang yang tidak dikenali yang menawarkan gula-gula, sedia membawanya pulang atau bertanyakan tentang Emak atau Ayah mereka, kadangkalanya merupakan orang "tidak baik" yang mahu mencederakan kanak-kanak atau sesiapa saja yang mereka sayangi. Beritahu kanak-kanak supaya menyebut "Tidak Boleh", terima kasih sja" dan jika orang dewasa itu menambahkan kata "saya akan beritahu Emak saya" atau " Saya perlu meminta izin Emak saya dahulu". 4. Latih anak dan cara menggunakan telefon. Anak anda harus diajar cara dan bila telefon hendak digunakan, jika berlaku kecemasan. Tinggalkan nombor telefon pejabat, nombor telefon jiran dan nombor-nombor lain yang difikirkan perlu agar dapat menghubungi anda jika anda tidak ada di rumah. Anak anda perlu juga diajar bagaimana melayani panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali sekiranya anda tidak ada di rumah. Beritahu anak anda supaya jangan memberi sebarang maklumat tentang pergerakan-pergerakan anggota-anggota keluarga. Tuliskan pesanan dan nombor telefon bagi membolehkan anda menjawab panggilan itu.
  11. 11. 5. Beritahu anak anda supaya jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali Apabila seseorang yang tidak dikenali datang ke pintu pagar atau pintu rumah, beritahu anak anda tentang bahayanya untuk terus membuka pintu. Beritahu anak anda supaya jangan sekali-kali membuka kunci pintu biar apapun alasannya jika anda tidak ada di rumah, dan jika anda ada, kanak-kanak itu perlu memberitahu anda sebelum membuka pintu. 6. Tunjukkan kepada anak anda cara-cara yang selamat semasa di luar. Dia harus diberitahu tentang bahaya yang sentiasa wujud di jalanraya, di padang permainan dan perkarangan sekolah. Tunjukkan kepada anak cara yang selamat menyeberang jalan, tempat yang selamat untuk berbasikal, bagaimana untuk menghadapi mereka yang gemar menakut-menakutkan orang lain, bagaimana mereka harus berhati-hati di luar rumah. 7. Tunjukkan kepada anak anda cara-cara yang selamat di rumah.Apabila anak anada ditinggalkan berseorangan bersama penjaganya, ajarkan anak anda melindungidirinya daripada perlakuan yang salah atau kasar. Perhatikan sebarang perubahan pada tingkah-lakuanda. Ia mungkin meunjukkan sesuatu yang tidak kena di rumah anda.APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAKDARIPADA ANAK-ANAK ANDA LARI DARI RUMAH ? 1. Ibubapa/ penjaga perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak dan memahami tentang masalah serta kesulitan yang mereka hadapi dan berusaha secara serius dengan kasih sayang dan kemesraan bagi meringankan atau mengatasi masalah mereka. 2. Ibubapa/penjaga bertanggungjawab memastikan rumah tangga mereka sentriasa harmoni dan aman damai serta mengelakkan pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak. 3. Aanak-anak perlu diberikan pendidikan yang seimbang dan digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti yang memberi manafaat dari segi rohani dan jasmani. 4. Perlu mewujudkan kasih-sayang dan hormat-menghormati dii antara ibubapa dengan anak- anak dan suami dengan isteri. 5. Ketegasan dalam memberi tunjuk-ajar hendaklah kena pada tempatnya dan elakkan sifat membahagi-bahagikan kasih-sayang antara anak-anak. 6. Seboleh-bolehnya luangkan masa bersama-sama anak-anak di rumah atau di tempat yang difikirkan tenang bagi membolehkan menyelami isi hati anak-anak. 7. Tunjukan sikap/contoh teladan yang baik boleh dicontohi oleh anak-anak.APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA 1. Mencarinya di rumah saudara mara yang selalu dilawati atau bertanya dengan teman-teman yang rapat dengannya. 2. Membuat laporan segera ke Balai Polis yang berhampiran dengan membawa dokumen- dokumen pengenalan diri atau gambar orang-orang hilang, butir-butir/alamat kenalan rapat atau saudara maranya, untuk membantu penyiasatan Polis mencari dan mengesan secepat mungkin samada kehilangan ini ada kaitan dengan jenayah atau sebaliknya. 3. Perkara ini akan memudahkan Polis menghubungi media massa dan menghubung kontinjen/daerah yang lain untuk mengesan kehilangannya. Pengadu juga perlu menghubungi Polis dari masa ke semasa selepas laporan dibuat.
  12. 12. 4. Sekirannya orang yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula, pihak Polis hendaklah dimaklumkan supaya siasatan Polis dan rekod dikemaskinikan.APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR-PELAJAR TERJERUMUS DALAMGANGSTERISM. 1. Pengaruh kawan atau rakan sebaya yang telah terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah. 2. Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri (low self-esteem). 3. Direkrut secara paksaan oleh ahli-ahli kongsi gelap. 4. Mereka yang kurang mendapat perhatian dan kawalan ahli-ahli keluarga.APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN. 1. semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah- sekolah – pelajar, ibubapa, penjaga, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat. 2. Orangramai perlu bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglinbatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat. 3. Ibubapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarganya terlibat dalam "gangsterism" di sekolah. 4. Mengalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada Polis. 5. Ibubapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau Polis daslam menanagani kgaiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka. 6. Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang tingkah-lakunya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan. 7. Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanafaat seperti bersukan, sktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.ADAKAH ANDA TAHU TENTANG KEGIATAN JENAYAH KONGSI GELAP ? 1. Melakukan jenayah kekerasan seperti mendatangkan cedera kepada pemuda-pemuda yang enggan menjadi ahli kumpulan mereka. 2. Mengutip wang daripada ahli-ahli baru 3. Memaksa wang perlindungan dari peniaga tempatan. 4. Memaksa wang perlindungan daripada peniaga atau jurujual yang datang dari luar. 5. Memaksa wang perlindungan dari tempat-tempat perjudian, pelacuran dan hiburan. 6. Memukul atau merosakkan harta orang yang enggan menurut kemahuan mereka. 7. Bergaduh antara satu kumpulan dengan yang lain untuk menguasai kawasan yang sama. 8. Melakukan perasugut keatas orang kaya dan ahli perniagaan. 9. Membuat dan menyimpan senjata-senjata merbahaya untuk melakukan jenayah kekerasan. 10. Mengambil upah mengutip hutang secara paksa dan kekerasan.
  13. 13. HUKUMANJika seseorang terlibat didalam aktiviti kongsi gelap atau jenayah, maka mereka boleh dikenakantindakan seperti berikut:- DIBAWAH ORDINAN DARURAT 5/69Mengikut sek. 3 Ordinan Darurat anda boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnyadibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di PusatPemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahunAtauDibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat olehKementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.NASIHATJika anak-anak anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap, badan-badan pertubuhan haram,sebarang kegiatan jenayah, maka anak anda boleh ditangkap dan didakwa di Mahkamah. Jika sabitkesalahannya keputusan akan dicatit di dalam rekod Pendaftaran Penjenayah terhadap anak andaseumur hidupnya. Ini akan menyusahkan anak anda untuk mendapatkan sebarang pekerjaan ataukemudahan yang diberikan kepada rakyat yang jujur dan setia.LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU ANDA INGATKAN:- 1. Menentukan atau menggalakkan anak-anak anda melibatkan diri dalam ajaran-ajaran Agama 2. Menggalakkan anak-anak anda menceburi dalam aktiviti-aktiviti, ko-kurikulum disekolah- sekolah selain daripada pelajaran sekolah biasa. 3. Menceburkan diri dalam bidang-bidang sukan 4. Jangan memberi wang berlebihan kepada anak-anak anda. 5. Jangan membiarkan anak-anak anda balik kerumah sehingga jauh malam 6. Mengawasi anak-anak anda tentang perubahan, perangan dan kelakuan mereka. 7. Mengambil berat antara pergaulan dan sahabat-sahabat mereka. Ini adalah bertujuan untuk menentukan mereka-mereka ini bukanlah orang-orang yang jahat. 8. Melarang anak-anak anda daripada berkunjung ke tempat-tempat yang boleh membazirkan masa seperti tempat hiburan, disko, pusat snooker dan lain-lain. 9. Membuat lawatan mengejut ke tempat-tempat yang anak anda selalu pergi samada betul atau tidak. 10. Menjauhkan anak-anak anda daripada tempat-tempat perjudian, maksiat, sarang-sarang kongsi gelap dan tempat-tempat ahloi kongsi gelap selalu berkumpul.MAKSIAT YANG DIPERKATAKANMaksiat adalah satu perbuatan keji yang melanggar Ugama. Beberapa sebab yang mendorong gadis-
  14. 14. gadis/wanita kearah maksiat adalah seperti berikut. 1. Pengangguran, persaingan hebat untuk mendapatkan pekerjaan. 2. Kekurangan pelajaran akademik. 3. Kekurangan didikan agama 4. Salah asuhan 5. Kurang kasih sayang keluarga 6. Suasana keluarga kucar kacir 7. Masyarakat pincang 8. Kemiskinan 9. Mementingkan kemewahan dunia harta benda 10. Kekecewaan hidup (Frustration) 11. Atas kerelaan diri sendiri untuk menyara hidup. 12. Akibat gejala dadah. 13. Perasaan ingin mencubaKesalahan - kesalahan yang boleh diambil 1. Sek. 8(1) Akta perlindungan Wanita dan Gadis-Gadis dibawah 21 tahun yang terdedah kepada bahaya akhlak bekerja ditempat-tempat hiburan. 2. Sek. 19(1) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 106/73 - Seseorang yang hidup atas hasil pelacuran boleh dikenakan penjara tidak lebih dari 5 tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000/- atau kedua-duanya sekali. 3. Sek 16(1)(A) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 106/73 Seseorang yang menjual/membeli gadis-gadis dengan niat untuk digunakan bagi maksiat pelacuran. Boleh dikenakan penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000/- atau kedua-duanya sekali. 4. Sek. 21(1) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis - Seseorang yang menyenggarakan/mengurus rumah sundal boleh dikenakan penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi Rm 5,000/- atau kedua-duanya sekali. 5. Enakmen Kediaman Terhad Bab 39 boleh juga diambil keatas Penganjur-Penganjur maksiat untuk menyekat pergerakan mereka.APAKAH YANG DIKATAKAN PERJUDIAN ?Semua perjudian adalah diharamkan kecuali perjudian yang diluluskan oleh Kerajaan denganbersyarat serta dibayar lesen/permit yang dikenakan. Judi haram lain yang lazim ditangkapadalah seperti berikut. 1. Judi dalam rumah 2. Judi tempat bebas 3. Judi ekor haram (Loteri haram) 4. Judi catataruh haram (Illegal bookmaking) 5. Judi tikam-tikam 6. Judi mesin slot/jackpot/ turfking/fruit machine
  15. 15. 7. Lain-lainTaksiran judi mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289) Pin. 1983***Gaming with its grammatical variations and cognate expression means the playing of anygame of chance of mixed chance and skill for money of moneys worth and INCLUDES theplaying of any game specified in column 1 of the first and second schedules******Perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagipertaruhan wang atau barang ganti wang dan termasuk sebarang permaian dibawah ruangan 1jadual pertama dan kedua Akta Rumah Perjudian Terbuka***.JUDI DALAM RUMAHTidak kira apa jenis judi yang dimainkan di dalam bangunan yang lain dari tempat bebas adalahdikatakan berjudi didalam rumah.Kesalahan ini boleh dituduh dibawah sek. 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannyaialah denda tidak melebihi RM 2,000/-.Manakalah tuan punya/penduduknya boleh juga dituduh dibawah sek. 4(1)a atau 4 (1)b AktaRumah Perjudian Terbuka kerana membenarkan permainan judi dimainkan dalam rumahnya,dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali.JUDI TEMPAT BEBASTidak dikira apa juga jenis perjudian yang dimainkan ditempat bebas adalah menjadi satukesalahan.Kesalahan ini boleh dituduh dibawah sek. 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannyaialah denda tidak melebihi RM 2,000/-JUDI EKOR HARAMDengan adanya perlumbaan kuda, penganjur ekor haram telah mengambil kesempatan untukmenjalankan kegiatan mereka di merata ceruk rantau. Penganjur tersebut mempunyai runnerdan pemungut untuk membantu mereka dalam perniagaan ekor haram. Ekor haram selalunyadari 3 dan 4 angka sahaja dan keputusannya berpandu kepada keputusan lumba kuda, tetapisekarang mengikut cabutan Magnum. Sungguhpun ada terdapat penjualan ekor secara berlesentetapi judi ekor haram digemari oleh orangramai kerana terdapat kemudahan untuk membelinyaserta hadiahnya lebih daripada yang dijual secara berlesen.Bagi kesalahan menjalankan/menganjurkan judi ekor haram boleh dituduh dibawah sek.4 A(a)Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun ataudenda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali.Bagi kesalahan membeli ekor haram boleh dituduh dibawah sek. 9(1) Akta Rumah Perjudian
  16. 16. Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-JUDI TIKAM-TIKAMJudi jenis ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak sekolah dimana tikam-tikam ini dibawa olehpenaja-penaja yang menjual barang-barang/minuman ditepi sekolah-sekolah dan ditepi jalan.Permainan ini mempamirkan hadiah-hadiahnya dan dibahagian bawahnya terdapat kertascabutan yang mempunyai nombor-nombor, jika nombor bersetentangan dengan hadiah makapencabutnya (pembeli) akan memenangi hadiah tersebut. Kerapkali pemain selalunya tertiputidak mendapat sebarang hadiah pun.Bagi kesalahan-kesalahan menjual tiket-tiket boleh dituduh dibawah sek. 4(1)(e) Akta RumahPerjudian Terbuka dan hukumannya denda tidak melebihi RM 20,000/- atau penjara tidakmelebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.MESIN PERJUDIAN/JACKPOT/TURFKING/FRUIT MACHINEPerjudian jenis ini baru sahaja timbul dan banyak penganjurnya pada mulanya mendapatkeuntungan yang lumayan. Permainan ini digemari oleh kanak-kanak sekolah dan juga orangdewasa. Mesin-mesin tersebut diletak ditempat-tempat awam seperti dikelab-kelab rekreasi,kedai-kedai kopi, gerai-gerai makan dan juga dirumah kediaman. Cara main adalah mudah,dengan menaruh wang 20 sen atau setengah mesin 50 sen dan selepas itu tekan mana pilihanyang hendak dipertaruhkan. Jika menang hadiah merupai wang syiling akan keluar kedalamkotak hadiah. Permainan ini sungguh mengasyikan pemainnya.Penganjur/penjaga bole dituduh dibawah sek. 10(1) Akta Loteri 288/52 dan hukumannya ialahdenda tidak melebihi RM 10,000/- atau penjara tidak melebihi 3 tahun. Selain itu mereka jugaboleh dituduh dibawah sek.3 Ordinan Hiburan Awam 1958 dan hukumannya tidak melebihiRM5000/-.GEJALA-GEJALA BURUK JUDI YANG AKAN DIALAMI!!!!!!!Judi adalah merupakan satu penyakit masyarakat dan mempunyai gejala-gejala seperti berikut:- 1. Banyak masa terbuang tidak kira malam atau pun siang 2. Kemiskinan, kesengsaraan terhadap diri dan keluarga boleh mengakibatkan porak poranda dalam rumahtangga. 3. Bersikap tidak jujur dan selalu berhutang. 4. Judi juga adalah punca rasuah. 5. Kepentingan kerja selalu diabaikan. 6. Tidak menghiraukan kesihatan, makan dan minum tidak dijagai. 7. Melibatkan diri dalam kegiatan jenayah untuk menampung kekalahan dan menyambung perjudian. 8. Bersikap tamak dan menggunakan apajua kuasa untuk kepentingan diri. Selalunya rugi kerana apa yang dikejar mungkin tidak dapat dan apa yang dikandung mungkin juga keciciran. 9. Sanggup membuat apa sahaja asalkan dapat berjudi.
  17. 17. 10. Kemungkinan besar pemain judi akan ditangkap dan didakwa di mahkamah. 11. Pemain judi tidak menjadi kaya melalui perjudian.****Gejala-gejala buruk tersebut diatas patut dijauhi dengan beramal kepada tuhan, membuatsesuatu perkara yang berfaedah seperti bersukan, mempunyai hobi dan pekerjaan sumbangankepada masyarakat.****Selain dari tindakan mahkamah, tindakan dibawah Bab 39 Enakmen Kediaman terhad bolehjuga diambil sekiranya cukup bukti yang menunjukkan penganjur-penganjur bergiat dalamsebarangan perjudian bertujuan buang daerah/menghadkan pergerakannya.PENGERTIAN DADAHDadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkankedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsitubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.JENIS-JENIS DADAHDadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. 1. Opait 2. Perangsang (stimulants) 3. Penekanan (Depressants) 4. Hallucinogen 5. Ganja (Cannabis)OPAITDadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golonganini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, GanjaPERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi ataukedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktutertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepadasatu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak adapergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secarajasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan initelah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itudiberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itubergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiaphari.JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INIWalaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihakberkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja(hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-
  18. 18. lain.APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAHMengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuatpenyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakandadah adalah seperti berikut:- 1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri. 2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu. 3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. 4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. 5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya. 6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa. 7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah. 8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya. 9. Kerana keporak perandaan rumahtangga. 10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak. 11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya. 12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya. 13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.DADAH YANG TERKENAL DI SABAH1. APA DIA SYABUI.I. Nama panggilan dan nama saintifikSYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalamkumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride".Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianyatelah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna-pengguna dan pengedar-pengedar pioneer di Sabah yang terdiri daripada pendatangtanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:- a. ICE b. GLASS c. CRACK METH d. HIROPONG e. BATU (STONES)Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri
  19. 19. Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.1.2 Rupa Syabu Di PasaranSyabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya( colourless rock-like transparent granules) yang halus.1.3. Bungkusan (Packaging)Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm danbungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gramdan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan deck ataulayaran bagi kegunaan penagih syabu.1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan SynthesisBahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawahBahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satubahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesiskimia sepwi berikut :-C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH32. LATAR BELAKANG2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun DESIGNER DRUGS yang telah wujudsejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot)menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebutadalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagimenentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yangmereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpamengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruholeh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izinwarganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawabersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduktempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar AmerikaSyarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulauPalawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utarayang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai TimorSabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjaditempat Landing Point oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI),yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspotdatang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk
  20. 20. seperti:3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.3.2. Bot-bot seperti speed boat merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secaraharam dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasamendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yangberjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak denganmenggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari KotaKinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei denganmenggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerahSipitang.4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali.Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysiaberbanding dengan pesos di Filipina; dan4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan denganganja.4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepadapengguna seperti berikut:4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;4.4.3. Keseronokan dan khayalan;4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan4.4.5.. Hilang selera makan.Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya bolehberlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABUKebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilanyang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagaitektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;5.1.2. Dalam motor starter;5.1.3. Lampu Kalimantang;5.1.4 Bekas stater kalimantang5.1.5. Bekas tin bedak;5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan5.1.3. Tumit selipar/kasut.5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) danmemproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan
  21. 21. juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di HongKong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negaraFilipina.5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratusyang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2kilogram atau dalam bentuk bar yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentukhalus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat bolehdisembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan.Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akanmembuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiubplastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikutrupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:i) China Whiteii) Cristal Stones6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaituGred I - Cristal StonesGred II - China WhiteGred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendekdan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut: a. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran; b. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang; c. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan d. Bersifat agresif.Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut: a. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok); b. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental; c. Keracunan pada sistem saraf tunjang; d. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya; e. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan f. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinsons Disease yang sukar diubati.8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952
  22. 22. METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA RM 20,000/-atau penjaraGanja 6 Memiliki Ke bawah 20gm tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya Tidak kurang 2 tahun 20gm keatas penjara berat tidak kurang 39A (1) Memiliki tetapi kurang 3 kali dan tidak melebihi daripada 50gm 10 kali. Penjara seumur hidup 50gm ke atas atau tidak kurang 6 tahun 39A(2) Memiliki tetapi kurang dari dan sebatan tidak kurang 200gm 10 kali. Penjara seumur hidup dan Menanam Tidak kira berapa 6B sebatan tidak kurang 6 pokok ganja pokok kali 39B Mengedar 200gm ke atas MATI RM20,000/- atau penjaraCandu 9 Memiliki Ke bawah 100gm tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya Tidak kurang 2 tahun 100gm ke atas penjara dan sebatan tidak 39A(1) Memiliki tetapi kurang dari kurang 3 kali tetapi tidak 250gm lebih 9 kali. Penjara seumur hidup 250gm ke atas atau tidak kurang 5 tahun 39A(2) Memiliki tetapi kurang dari dan sebatan tidak kurang 1000gm 10 kali. 39B Mengedar 1000gm MATIHeroin/ RM20,000/- atau penjaraMorfin/ 12(2) Memiliki Ke bawah 2gm tidak melebihi 5 tahunMonoacetyl atau kedua-duanyaMorphine Tidak kurang 2 tahun 2gm ke atas penjara dan sebatan tidak 39A(1) Memiliki tetapi kurang dari kurang 3 kali tetapi tidak 5gm lebih 9 kali.
  23. 23. Penjara seumur hidup 5gm ke atas atau tidak kurang 5 tahun 39A(2) Memiliki tetapi kurang dari dan sebatan tidak kurang 15gm 10 kali. 39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI Memiliki / RM3,000/- atau penjara menjual /Ubat Batuk 9(1) - tidak lebih dari 1 tahun menyimpan / atau kedua-duanya mengedar Memiliki / RM10,000/- atau penjara menjual /Pil 30(3) - tidak kurang 4 tahun atau menyimpan / kedua-duanya mengedar RM20,000/- atau penjaraSyabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gm tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya Tidak kurang 2 tahun 5gm ke atas penjara dan sebatan tidak 39A(1) Memiliki tetapi kurang dari kurang 3 kali tetapi tidak 30gm lebih 9 kali. Penjara seumur hidup 30gm ke atas atau tidak kurang 5 tahun 39A(2) Memiliki tetapi kurang dari dan sebatan tidak kurang 50gm 10 kali. 50gm ke atas 39B MENGEDAR MATI atau lebihAPAKAH ITU JENAYAH PERDAGANGAN ?Jenayah Perdagangan ialah kes-kes yang melibatkan penipuan, Pecah Amanah Jenayahdan juga Pemalsuan. Walaupun kes-kes sebegini tidak dapat dicegah seperti kes-kesjenayah yang lain, namun demikian orangramai perlulah berhati-hati serta berwaspadaselalu agar diri mereka tidak tertipu dan tidak diperdayakan oleh orang-orang yang tidakbertanggungjawab. Orang-orang seperti ini selalunya membuat perancangan yang begiturapi dan teliti sebelum memerangkap mangsa-mangsa mereka.Langkah-langkah berikut hendaklah diambil perhatian bagi mengelakkan penipuanberlaku. 1. Jangan mudah mempercayai pada orang-orang yang anda tidak kenali. 2. Jangan menandatangani apa-apa surat perjanjian/dokumen sebelum anda membaca serta memahami isi kandungan surat tersebut sepenuhnya. 3. Sekiranya anda dikunjungi oleh ejen-ejen sebarang syarikat untuk menjual barangan mereka pastiakan syarikat-syarikat tersebut benar wujud dan tulin dan juga jurujual (salesman) tersebut mewakili syarikat berkenaan. 4. Jangan terpedaya dengan mana-mana pihak untuk melaburkan wang tunai yang mana menjanjikan keuntungan yang lumayan dalam masa yang singkat tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. 5. Segala urusan pembelian atau penjualan harta benda (tanah, rumah dll) elakan melaui orang tengah. Segala proses hendaklah dilakukan melalui Syarikat
  24. 24. Guaman.6. Jika ada orang-orang yang datang untuk memperbaiki sesuatu kerosakan dirumah, tentukan mereka mengenalkan diri dan mempunyai Kad Pengenalan diri. Ini untuk mengelakkan dari mereka menyamar diri.7. Tentukan wang kertas yang anda terima (terutamanya wang kertas RM50/- dan RM100/-) adalah tulin. Ciri-ciri umum yang perlu diperhatikan adalah tanda bayang, tanda pandang telus, imej pendam, percetakan huruf timbul, cetakan bercahaya tersembunyi dan juga potret wang kertas tersebut. Jika was-was semak dengan bank-bank berdekatan.

×