SlideShare a Scribd company logo
1 of 76
Download to read offline
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah Pembelajaran Secara
Kontekstual?

2

Mengapa Kontekstual ?

15

Faedah Pembelajaran Kontekstual
Bentuk Pembelajaran Kontekstual

43

Senarai Semak Pengajaran Secara
Kontekstual

56

57

Rujukan

1

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan
Bagi Melaksanakan Pembelajaran
Secara KontekstualDengan Berkesan

Penilaian

Pembelajaran Secara Kontekstual

58

Contoh Aktiviti Pembelajaran Secara
Kontekstual

59

22
28

Bagaimana Melaksanakannya ?

33

Apakah Perbezaan Antara
Pembelajaran Kontekstual
Dengan Pembelajaran Tradisional?

40

Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3

60
65
69
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan
menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF
Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya :
Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan
pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah
dengan yakin dan berkesan.
Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan
kontekstual.

1
APAKAH PEMBELAJARAN
SECARA KONTEKSTUAL?

2
PENGENALAN

Anda mungkin memerlukannya suatu
hari nanti.
Kenapakah saya mesti
belajar perkara ini?

3
• Mereka tidak boleh didorong untuk
belajar
• Mereka tiada kemampuan untuk
menguasai mata pelajaran akademik

4
The Average Child
I don’t cause teachers trouble,
my grades have been OK.
I listen in my classes
and I’m in school everyday.
My teachers think I’m average,
my parents think so too.
I wish I didn’t know that
‘cause there’s lots I’d like to do.
I’d like to build a rocket, I have
a book that tells you how,
or start a stamp collection-well
there’s no use in trying now.
‘Cause since I found I’m average
I’m just smart enough you see,
to know there is nothing special
that I should expect of me.
I’m part of the majority,
that hump part of the bell,
who spends their life unnoticed
in an average kind of hell.

5
Apakah kelemahan
pengajaran dan
pembelajaran hari ini?

Kegagalan membantu murid mencari hubung kait
• Antara maklumat baru dengan
pengalaman sedia ada
•

Antara sekolah dengan dunia luar

•

Antara satu mata pelajaran dengan
mata pelajaran lain

•

Antara pengetahuan lepas dengan
cabaran kini, dan cabaran kini dengan
tanggungjawab masa depan

6

•

Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas
sekolah dan guru

•

Sistem pendidikan yang berorientasikan
peperiksaan

•

Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran

•

Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru
dalam kelas akan menambahkan bebanan guru

•

Apakah
kekangan dalam
membina hubung
kait tersebut?

Terlalu terkongkong kepada pendekatan
pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan
kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan
APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on.

Pengalaman Harian Individu

Persekolahan

Kehidupan Masyarakat

Alam Pekerjaan

7
TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

8
Budaya

Konteks yang
Pelbagai
Sosial

Fizikal

Psikologi
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam
konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

9
Bilik Darjah
Kepelbagaian
Persekitaran
Pembelajaran

Makmal

Tempat Kerja

Kehidupan Harian
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran
pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

10
KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH
MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?

Jenis murid

• Kumpulan sederhana

• cenderung kepada aplikasi konsep

Ciri murid

• terdorong melalui aktiviti hands-on
• tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak

Lokasi

• sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional
• sekolah-sekolah menengah harian

11
PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI
DISIPLIN ILMU

Sains

Matematik

Teknologi Maklumat

Bahasa

Komunikasi

Teknikal dan Vokasional
12

Kemanusiaan
APAKAH PANDANGAN PAKAR PEDAGOGI TENTANG
PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Students’ involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are
learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most
students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other
students in groups or teams.
Dan Hull
A curriculum and teaching methodology tied to the child’s experiences and interests …
John Dewey
Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented,
stimulus/response methodologies …
Howard Gardner
The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with
past experiences.
Renate Numella Caine and
Geoffrey Caine
Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated
through some case-based or problem-based learning environment …
Jonassen
Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam
konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi …
D.A. Kolb

13
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya
akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks
dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan
dengan persekitarannya.
Teori Pembelajaran Kontekstual
menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran
pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja
atau kehidupan harian.
Teori ini menggalakkan pendidik
memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.
14
MENGAPA
KONTEKSTUAL?

15
MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
•

•

16

Individu memiliki
pelbagai jenis
kecerdasan.

Individu mengekalkan
maklumat dengan lebih
berkesan melalui pengalaman
sendiri.

•

Pembelajaran
kontekstual mengambil
kira pelbagai gaya
pembelajaran.
APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES
PEMBELAJARAN?
• Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui
pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan
peluang untuk penemuan kendiri.
• Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep
disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing
kepada murid.
• Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui
komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan,
berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas
yang positif.
• Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi
yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

17
CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN

Kita kekalkan :
•
•

20 % Apa yang kita dengar

•

30 % Apa yang kita lihat

•

50 % Apa yang kita dengar dan lihat

•

70 % Apa yang kita bincang
dengan orang lain

•

80 % Apa yang kita alami sendiri

•

Kita Belajar

10 % Apa yang kita baca

95 % Apa yang kita ajar kepada
orang lain
Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation

18
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan
pelbagai.

+
Verbal-Linguistik
Logik- Matematik

Muzik

•

Naturalis

Visual-ruang

Intrapersonal

Interpersonal
Kinestetik

Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi
kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat
tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru,
pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih
berkesan.

19
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA
PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

20
Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan
dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke
arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan
prestasi murid.

21
FAEDAH
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

22
Murid

Faedah
Pembelajaran
Kontekstual
Kepada :

Guru

Industri

23
MURID
• Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan
• Dapat mengaitkan kandungan mata
pelajaran dengan pengalaman harian
• Boleh memindahkan kemahiran
• Boleh meneroka dan mendapatkan
bukti
• Boleh menguasai perkara abstrak
melalui pengalaman konkrit
• Dapat belajar secara kerjasama

24
GURU
• Dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang
berjaya.

• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata
pelajaran dengan dunia pekerjaan.

• Dapat menjadi penghubung antara
pihak akademik dan vokasional atau
industri.

25
INDUSTRI
• Menerima tenaga kerja
yang berpotensi untuk
dilatih atau dilatih semula
secara berkesan mengikut
keperluan

• Menggerakkan industri ke
dalam pendidikan sebagai
rakan kongsi

26
Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan
diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori
dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina
pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
Sekolah dapat memainkan peranan sebagai
penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan
dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.
Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga
kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan
negara di peringkat dunia.

27
BENTUK
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

28
APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada
bentuk pembelajaran yang berikut :
Relating
(Menghubung kait)

Belajar dalam konteks
menghubungkaitkan pengetahuan
baru dengan pengalaman hidup

E

Experiencing
(Mengalami)

Belajar dalam konteks
penerokaan,
penemuan dan reka cipta

A

Applying
(Mengaplikasi)

Belajar dalam konteks bagaimana
pengetahuan atau informasi boleh
digunakan dalam situasi lain.

C

Cooperating
(Bekerjasama)

Belajar dalam konteks
bekerjasama, memberi maklum
balas dan berkomunikasi

T

Transfering
(Memindahkan)

R

Belajar dalam konteks
pengetahuan sedia ada dan
menggunakan atau membina
daripada apa yang telah diketahui

29
Relating (Menghubung kait)
Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di
sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan
kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat
mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa
mereka semasa membersihkan kawasan tempat
tinggal mereka setiap hari

Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan
demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin.
Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila
berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika
tertanggal

30
Applying (Mengaplikasi)
Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat
mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi
sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek.
Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid
boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek
kereta bagi membolehkan penukaran tayar

Cooperating (Bekerjasama)
Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah pencemaran alam
menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka
berbincang dan bekerjasama dengan ahli
kumpulan masing-masing . Hasil yang
diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka
menyelesaikan masalah secara bekerjasama
Transfering (Memindahkan)
Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut
tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras.
Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga
bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut
tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang
permainan

31
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif
pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk.
Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait,
mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan.
Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan
pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid
yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual
berupaya
mengaitkan
apa
yang
dipelajari
dan
mengaplikasikannya kepada situasi lain.

32
BAGAIMANA
MELAKSANAKANNYA?
?

33
BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi
yang berikut:

MOTIVASI

Pengenalan
Isu perbincangan
Alat bantu
mengajar

34

PEMAHAMAN

Penerangan
konsep dan
perbincangan
kelas
Bacaan dan
melakukan
Contoh kajian

KEMAHIRAN

Aktiviti HandsOn
Penyelesaian
masalah

PENILAIAN

Ingat kembali
fakta utama
Penilaian
kemajuan
MOTIVASI

Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan
mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang
akan dibincangkan, contohnya :

Bidang

Muzik

Sejarah

Konsep

Motivasi

Permainan gendang

Tayangan video permainan
gendang oleh pelbagai
kaum di Malaysia

Darurat

Memperdengarkan
rakaman bunyi tembak
menembak berserta jeritan

35
PEMAHAMAN

Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan
dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian
maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat
murid terhadap sesuatu konsep itu.
Murid diberikan
kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

36
KEMAHIRAN
Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara
melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran
murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan
bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh
menyediakan
senario
tertentu
untuk
membantu
murid
menyelesaikan masalah.
Sebagai contoh, selepas murid
mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan
persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia
sebagai rujukan.
Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen
ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang
kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam
kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang
mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.

37
PENILAIAN

Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan
tentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru
merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di
sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan
murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.
Penilaian tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakan
kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti
kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan
portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga
boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi
pelajaran.

38
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran
perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta
imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan
(hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas
pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan
mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan
pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka.

39
APAKAH PERBEZAAN ANTARA
PEMBELAJARAN
KONSTEKSTUAL DENGAN
PEMBELAJARAN
TRADISIONAL?

40
APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL?
Perkara

Pembelajaran Secara
Kontekstual

Pembelajaran Secara
Tradisional

Objektif

Mencari, membina dan
mengaplikasikan maklumat
kepada dunia sebenar.

Memindahkan maklumat

Peranan Guru

Pembimbing dan mentor

Penyampai maklumat

Peranan Murid

Aktif mencari dan membina maklumat
melalui aktiviti sebenar
dalam kehidupan harian

Penerima maklumat yang pasif
melalui syarahan dan pembacaan

Isi Kandungan

Disesuaikan untuk
kecerdasan pelbagai.

Disesuaikan untuk kecerdasan
Bahasa dan Logik- Matematik.

Kaedah

Inkuiri, penemuan dan aplikasi.

Syarahan dan soal-jawab

Penilaian

Berasaskan pencapaian atau prestasi
dan penyelesaian masalah
(contoh: portfolio).

Menguji fakta (contoh:
ujian kertas dan pensil).

41
39
Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara
pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran
secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual
memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran
dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding
dengan kaedah tradisional.

40
42
PERKARA YANG PERLU
DIPERTIMBANGKAN BAGI
MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL DENGAN
BERKESAN
43
Pembelajaran
Murid

Pengajaran
Guru

Sokongan
Pentadbir
Sekolah

Sokongan
Masyarakat

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan
murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju
mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai
strategi
pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat
diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual.
Sokongan luaran ini akan
memberi galakan dan sumber-sumber untuk
membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif.

44
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

Komunikasi

Pengajaran Guru

Sokongan Pentadbir
Sekolah
Sokongan
Masyarakat
45
KOMUNIKASI
Murid

Guru
KOMUNIKASI



Ibu bapa

46

Masyarakat
Komunikasi
Antara :
Murid
Guru
Ibu bapa
Masyarakat

• Pembelajaran kontekstual yang
berjaya memerlukan komunikasi
berterusan di kalangan murid,
guru, ibu bapa dan masyarakat.
• Maklum balas daripada
murid adalah satu komponen
yang penting untuk mengukur
keberkesanan program
pembelajaran kontekstual.
• Ibu bapa dan masyarakat perlu
memahami keadaan dan
kaedah pengajaran yang terkini dan
memberi sokongan kepada
perancangan dan perkembangan
pembelajaran kontekstual.

47
Teks dan
Bahan
Sokongan

Kurikulum
PENGAJARAN
GURU

Suasana
Bilik Darjah

Penilaian
Persekitaran
Luar
Sekolah
48
Kurikulum

• Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna.
• Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan
guru hanya sebagai fasilitator.
• Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual
dikenal pasti terlebih dahulu.
• Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan
dengan kaedah pembelajaran kontekstual.
• Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu,
masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.

• Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan.

Suasana Bilik
Darjah

• Bilik darjah diubah suai supaya murid boleh menjalankan
aktiviti ‘ hands-on’ secara berkumpulan.

• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
• Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.

• Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar
bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.

Penilaian

Teks & Bahan
Sokongan

Persekitaran
Luar Sekolah

• Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk
membantu murid menguasai pembelajaran.

49
Perkembangan
Staf

Infrastruktur
SOKONGAN
PENTADBIRAN
SEKOLAH

Masa

Kepimpinan
Kewangan

50
• Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari
teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan
mempraktikkannya dalam bilik darjah.

Perkembangan
Staf

• Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Infrastruktur

• Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang,
perkakasan komputer dan perisian serta peralatan
lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

• Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan.

Kepimpinan

Kewangan

• Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat
perlu supaya guru boleh melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan
berkesan.

• Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa
mencukupi untuk menjalankan aktiviti.

Masa
51
Sokongan Teknikal
Dan Kewangan
SOKONGAN
MASYARAKAT
Penyediaan Situasi
Tempat Kerja Sebenar

Kerjasama Masyarakat Dan
Sekolah
52
SOKONGAN
MASYARAKAT

• Hubungan rapat antara
Kementerian Pendidikan dengan
industri adalah penting untuk
mendapatkan sokongan teknikal,
kewangan dan memberi pendedahan
kemahiran kepada murid tentang
alam pekerjaan.
• Murid memerlukan pengalaman
hands-on. Mereka menimba
pengalaman ini dengan cara bekerja
atau membuat latihan amali dalam
situasi tempat kerja sebenar.
• Masyarakat perlu bekerjasama
dengan Kementerian Pendidikan
untuk memberi sumbangan dalam
menjayakan pelaksanaan kurikulum.

53
Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung
jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran,
situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri
dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan
bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu
sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima
perubahan
dalam
menjayakan
pengajaran
dan
pembelajaran secara kontekstual.

54
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL
“ I knew Applied Math wouldn’t be easy for me. Math never is. I’m learning
how to comprehend problems and think through instead of just doing the
mechanics of math. I like being able to have a group or partner.”
(Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan
secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat).

Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah …
Still the SAME
Mathematics, History, Music, Science …
BUT …
taught and learned DIFFERENTLY

55
SENARAI SEMAK PENGAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

56

Adakah konsep baru dinyatakan dalam situasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang biasa
dialami oleh murid?
Adakah konsep dalam contoh dan latihan murid dinyatakan dalam konteks kegunaannya?
Adakah konsep baru dinyatakan dalam konteks pengetahuan yang sedia ada pada murid?
Adakah contoh dan latihan murid mengandungi banyak penyelesaian masalah pada situasi
sebenar dan sudahkah mereka mengenal pasti kepentingannya pada masa kini dan akan
datang?
Adakah contoh dan latihan murid menanamkan sikap ‘saya perlu belajar konsep ini’?
Adakah murid mengumpul dan menganalisis data mereka sendiri semasa dibimbing
menjalankan penyiasatan tentang konsep yang penting?
Adakah peluang diberikan kepada murid untuk mengumpul dan menganalisis data untuk tujuan
pengayaan?
Adakah pembelajaran dan aktiviti menggalakkan murid mengaplikasikan konsep dan
pengetahuan dalam konteks masa depan murid dan situasi yang pelbagai?
Adakah murid sentiasa mengambil bahagian dalam interaksi kumpulan di mana perkongsian,
komunikasi dan respons kepada konsep penting dan membuat keputusan berlaku?
Adakah pembelajaran, latihan dan aktiviti meningkatkan pembacaan dan kemahiran komunikasi
di samping meningkatkan kemahiran saintifik dan logik matematik?
PENILAIAN
1.
2.

Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual?
Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu
pelajaran?
3.
Nyatakan aspek-aspek yang terdapat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual.
4.
Senaraikan urutan strategi pengajaran dan pembelajaran Kontekstual.
5.
Apakah hasil yang diharapkan daripada murid melalui pendekatan Pembelajaran
Kontekstual?
6.
Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada :
a.
Murid
b. Guru
c.
Industri
7.
Senaraikan perbezaan antara Pembelajaran Kontekstual dengan pembelajaran secara
tradisional.
8.
Nyatakan perubahan sosial dan fizikal yang perlu dilakukan untuk menjamin kejayaan
Pembelajaran Kontekstual di sekolah.
9.
Apakah institusi-institusi yang perlu dilibatkan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran
Kontekstual?
10. Anda seorang guru sejarah. Anda dikehendaki mengajar tajuk Kemerdekaan Malaysia.
Cadangkan dengan ringkas bagaimana tajuk ini boleh diajarkan melalui pendekatan
Kontekstual.

57
RUJUKAN
Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria,
VA:ASCD.
Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain.
Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development.
CORD , (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and
Development.
CORD , (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research
and Development.
CORD , (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of
Occupational Research and Development.
CORD , (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational
Research and Development.
Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA:
Innovative Learning, Addison – Wesley.
Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books.
Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of
Occupational Research and Development.
Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational
Research and Development.
Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development.
Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey :
Prentice Hall.
Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research
and Development.
http://www.google.yahoo.com/bin/query?p=contextual/+learning&hc=O&hs=O
http//www.cord.org
http://ateec.eiccd.cc.ia.us/2000/themes/ctlinfo.html

58
59
CONTOH
AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

CONTOH 1

Mata Pelajaran

:

Matematik

Tingkatan

:

Dua

Tajuk

:

Penyelesaian Persamaan Linear Dalam Satu Anu

OBJEKTIF
Selepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid mengetahui bahawa bagi sebarang nilai a,
a + ( − a ) = 0 , contohnya 5 + ( − 5 ) = 0

PERALATAN
-

Jubin algebra berwarna hijau (Jubin-unit) dan kuning (Jubin-x)
2 keping kad manila yang mempunyai kawasan positif (+) dan kawasan negatif (-)

60
Kad Manila
1

Jubin-unit

x
Jubin-x

+

−

PENYATAAN MASALAH
Anda akan menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.

61
LANGKAH
(a)

Wakilkan persamaan 3 x – 2 = 7 dengan meletakkan jubin pada kad manila seperti yang berikut:
1

+

x

1

1

1

x

1

1

1

+

x
=
1

1

−

−

7

3x–2

(b)

Tambahkan dua jubin-unit pada kawasan positif di kedua-dua kad manila.
1

x
x

1

1

1

1

1

1

+

1

1

x

1

1

+

=
1

1

−

−

3x–2+2

62

7+2
(c)

Pada kad manila di sebelah kiri, keluarkan 2 jubin-unit pada kawasan positif dan 2 jubin-unit pada kawasan negatif.

1

x
x

1

1

1

1

1

1

+

1

1

x

1

1

+

=
1

1

−

−

3x–2+2

7+2

63
62
(d)

Agihkan jubin-unit di sebelah kanan secara saksama mengikut bilangan jubin-x yang terdapat di sebelah kiri.

+

1

1

1

x

1

1

1

x

1

1

1

x

+

=

−

−

3x

9

Adakah ini menunjukkan bahawa 3 (iaitu x = 3) ialah penyelesaian bagi persamaan 3 x – 2 = 7? Semak jawapan anda.

AKTIVITI PENGUKUHAN
Gunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3. Catatkan setiap langkah dengan melukis rajah.
Nyatakan penyelesaian bagi persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3.

64
CONTOH 2

Mata Pelajaran
Tingkatan
Tajuk

:
:
:

Pendidikan Muzik
Satu
Klasifikasi Alat Muzik Tradisional

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran murid boleh:
1.

Menyatakan klasifikasi yang terdapat dalam alat muzik tradisional.

2.

Menyatakan pengertian Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon.

3.

Mengklasifikasikan alat muzik tradisional dengan tepat mengikut Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon

65
MOTIVASI
Murid menonton video yang menunjukkan persembahan Dondang Sayang.

PEMAHAMAN

1.

Guru menyuruh murid memberi tumpuan kepada jenis alat muzik yang digunakan oleh kumpulan muzik Dondang Sayang.

2.

Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang jenis alat muzik yang digunakan sama ada alat muzik tersebut bertali,
berkulit, alat tiupan atau alat muzik yang diketuk.

3.

Guru memberi penerangan kepada murid tentang klasifikasi alat muzik tradisional.

Kordofon
Idiofon
Erofon
Membranofon

66

:
:
:
:

Alat muzik bertali
Alat muzik yang diketuk
Alat muzik tiupan
Alat muzik yang diperbuat daripada kulit
APLIKASI

1.

Guru membawa murid ke Istana Budaya Negara untuk menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung.

2.

Murid diberikan sehelai kertas. Semasa menonton persembahan, murid dikehendaki menyenaraikan bilangan alat muzik mengikut
klasifikasi Membranofon, Idiofon , Kordofon dan Erofon.

3.

Murid dibawa ke dalam bilik simpanan alat-alat muzik tradisional. Di sini mereka dikehendaki memegang, mengamati dan cuba
membunyikan alat muzik yang dipilih.

4.

Murid dikehendaki menyenaraikan sepuluh jenis alat muzik, dapatkan namanya daripada pembantu yang bertugas dan
mengklasifikasikan alat-alat muzik tersebut.

5.

Murid kemudian menonton persembahan kumpulan Keroncong. Sambil menonton, murid dikehendaki menyenaraikan nama alat-alat
muzik yang digunakan dalam kumpulan Keroncong itu dan mengklasifikasikannya.

6.

Guru mengaitkan pelajaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh murid dengan kerjaya yang boleh diceburi.
Contoh kerjaya :
•
•
•
•
•

Jurutera Audio
Pengarah Orkestra
Penggubah
Penerbit Rakaman
Pengusaha Alat Muzik

(Audio Engineer)
(Orchestra Director)
(Muzik Arranger)
(Recording producer)
(Musical Instrument Manufacturer)

67
IMBAS KEMBALI

Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut :
1.

Berapakah alat Membranofon yang digunakan dalam kumpulan Ghazal?

2.

Berapakah alat Erofon yang digunakan dalam kumpulan keroncong?

3.

Apakah klasifikasi alat yang tidak digunakan dalam kumpulan, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong?

4.

Nyatakan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang muzik.

68
CONTOH 3

Mata Pelajaran
Tingkatan
Tajuk

:
:
:

Biologi
Lima
Variasi dan Keturunan

OBJEKTIF
Selepas mempelajari unit ini murid dapat :
•
•

Menganalisis perkembangan genetik di antara ahli keluarga.
Meramalkan generasi F 2 (generasi filial kedua) berdasarkan pengetahuan genotip.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Pengetahuan yang telah ada pada pelajar ialah:
•
•

Hukum Mendel I
Kacukan Monohibrid dan pewarisan monohibrid

69
AKTIVITI

Topik
Peralatan

:
:

Langkah

Wajah zuriat ku
Rajah wajah kosong, sekeping duit siling, pensil dan pemadam

:

1. Guru meyenaraikan sifat-sifat pada bahagian muka seperti berikut :
bentuk dagu
lekuk dagu
bentuk mulut
bentuk hidung
bentuk mata
bulu mata
suak rambut
rambut
telinga
2. Murid memilih pasangan daripada gender yang berlainan.
3. Setiap ahli pasangan memilih kesudahan lambungan siling secara tetap (iaitu sama ada kepala atau bunga).
4. Setiap pasangan memilih sifat yang hendak dilakar pada rajah wajah kosong yang disediakan.
5. Guru melambung siling dan menyatakan kesudahannya.

70
6. Jika kesudahan lambungan siling memihak kepada murid perempuan, murid lelaki akan melakarkan sifat wajah murid perempuan yang
telah dipilih tadi pada rajah wajah kosong. Begitu juga sebaliknya.

7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga semua sifat wajah yang disenaraikan telah dilakarkan.
KEPUTUSAN
Wajah yang terhasil daripada aktiviti di atas merupakan satu daripada hasil yang mungkin dalam proses kacukan monohibrid.

RUMUSAN
•
•

Aktiviti di atas terhad kepada kacukan dan perwarisan monohibrid sahaja.
Wajah yang diperoleh merupakan satu daripada kesudahan yang mungkin.

AKTIVITI PENGUKUHAN
Murid dibahagikan kepada kumpulan. Salah seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta menyediakan gambarnya, ibu bapanya
dan datuk dan neneknya (daripada sebelah ibu dan bapanya).

71

Ahli setiap kumpulan akan menganalisis gambar-gambar itu dan menerangkan kepada kelas daripada siapakah rakan mereka
mewarisi sifat-sifat wajahnya.
NOTA :
Aktiviti di atas mengukuhkan pengetahuan sedia ada bagi unit ini dan boleh dijadikan motivasi kepada unit pelajaran yang berikutnya
iaitu Hukum Mendel II dan kacukan dihibrid.

71
72
73
Panel Penulis
Penasihat
Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin

Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Pengerusi
Dr. Rohani Abdul Hamid

Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Ahli Panel
Sharifah Fatmah Alhabshi (Ketua)
Bakhtiar Mohd. Salleh

Pusat Perkembangan Kurikulum

Roslena Zakaria

Pusat Perkembangan Kurikulum

Nor Zamani Abdol Hamid

Pusat Perkembangan Kurikulum

Hoe Hong Tai

Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohamad Shah katimon

Pusat Perkembangan Kurikulum

Salahuddin Abdullah

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

Radziah Abdul Manap

Sekolah Menengah Teknik Port Dickson

Azizah bt Mohamad

74

Pusat Perkembangan Kurikulum

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban

More Related Content

What's hot

Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Unit 3 falsafah pendidikan guru
Unit 3 falsafah pendidikan guruUnit 3 falsafah pendidikan guru
Unit 3 falsafah pendidikan gurunorlanmusaat
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGZahidah Harun
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfEDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfssuser3f4b32
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 

What's hot (20)

Alat Pentaksiran
Alat Pentaksiran Alat Pentaksiran
Alat Pentaksiran
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
Unit 3 falsafah pendidikan guru
Unit 3 falsafah pendidikan guruUnit 3 falsafah pendidikan guru
Unit 3 falsafah pendidikan guru
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfEDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 

Similar to Kontekstual

Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Pembelajaran secara kontekstual2
Pembelajaran secara kontekstual2Pembelajaran secara kontekstual2
Pembelajaran secara kontekstual2Afiqah Nadhirah
 
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstualCandra Kurniawan
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualHazanah Abdullah
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualLailee Skahti
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualAfiqah Nadhirah
 
Model model pembelajaran scl
Model model pembelajaran sclModel model pembelajaran scl
Model model pembelajaran sclShinisri Edogawa
 
Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualPratiwiKartikaSari
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sainsNurilza Salleh
 
12 makalah ctl
12   makalah ctl12   makalah ctl
12 makalah ctlFafa Pie
 
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev finalSarah Sitakar
 
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev finalsitakar
 
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalKonsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalYashintaSuarnadi
 
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalKonsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalYashintaSuarnadi
 
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalKonsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalDiaspitaIskandar
 
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalKonsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalDiaspitaIskandar
 

Similar to Kontekstual (20)

Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Pembelajaran secara kontekstual2
Pembelajaran secara kontekstual2Pembelajaran secara kontekstual2
Pembelajaran secara kontekstual2
 
Pembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran Secara KontekstualPembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran Secara Kontekstual
 
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Model model pembelajaran scl
Model model pembelajaran sclModel model pembelajaran scl
Model model pembelajaran scl
 
Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran Kontextual
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
 
penelitian
penelitianpenelitian
penelitian
 
penelitian
penelitianpenelitian
penelitian
 
12 makalah ctl
12   makalah ctl12   makalah ctl
12 makalah ctl
 
PERMASALAHAN PEMBELAJARAN.ppt
PERMASALAHAN PEMBELAJARAN.pptPERMASALAHAN PEMBELAJARAN.ppt
PERMASALAHAN PEMBELAJARAN.ppt
 
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
 
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
 
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalKonsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
 
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalKonsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
 
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalKonsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
 
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev FinalKonsep Pendekatan Scientific Rev Final
Konsep Pendekatan Scientific Rev Final
 

More from Jimmy Siow

15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013 Jimmy Siow
 
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasanJimmy Siow
 
14 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
14   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan14   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
14 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasanJimmy Siow
 
13 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
13   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan13   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
13 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesengganganJimmy Siow
 
12 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
12   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan12   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
12 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balinganJimmy Siow
 
11 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
11   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan11   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
11 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatanJimmy Siow
 
10 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
10   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari10   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
10 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlariJimmy Siow
 
09 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
09   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang09   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
09 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadangJimmy Siow
 
08 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
08   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring08   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
08 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaringJimmy Siow
 
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori seranganJimmy Siow
 
06 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
06   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama06   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
06 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan beriramaJimmy Siow
 
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asasJimmy Siow
 
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaranJimmy Siow
 
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)Jimmy Siow
 
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pjJimmy Siow
 
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskpJimmy Siow
 
16 kssr-pj-tahun4 - contoh rph
16   kssr-pj-tahun4 - contoh rph16   kssr-pj-tahun4 - contoh rph
16 kssr-pj-tahun4 - contoh rphJimmy Siow
 
Akuatik asas2 juk kssr thn 4
Akuatik asas2 juk kssr thn 4Akuatik asas2 juk kssr thn 4
Akuatik asas2 juk kssr thn 4Jimmy Siow
 
10 kssr-pj-tahun4
10   kssr-pj-tahun4  10   kssr-pj-tahun4
10 kssr-pj-tahun4 Jimmy Siow
 

More from Jimmy Siow (20)

15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
 
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
 
14 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
14   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan14   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
14 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
 
13 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
13   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan13   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
13 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
 
12 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
12   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan12   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
12 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
 
11 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
11   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan11   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
11 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
 
10 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
10   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari10   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
10 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
 
09 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
09   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang09   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
09 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
 
08 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
08   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring08   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
08 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
 
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
 
06 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
06   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama06   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
06 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
 
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
 
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
 
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
 
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
 
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
 
16 kssr-pj-tahun4 - contoh rph
16   kssr-pj-tahun4 - contoh rph16   kssr-pj-tahun4 - contoh rph
16 kssr-pj-tahun4 - contoh rph
 
Akuatik asas2 juk kssr thn 4
Akuatik asas2 juk kssr thn 4Akuatik asas2 juk kssr thn 4
Akuatik asas2 juk kssr thn 4
 
10 kssr-pj-tahun4
10   kssr-pj-tahun4  10   kssr-pj-tahun4
10 kssr-pj-tahun4
 
Kids athletic
Kids athleticKids athletic
Kids athletic
 

Kontekstual

  • 2. Apakah Pembelajaran Secara Kontekstual? 2 Mengapa Kontekstual ? 15 Faedah Pembelajaran Kontekstual Bentuk Pembelajaran Kontekstual 43 Senarai Semak Pengajaran Secara Kontekstual 56 57 Rujukan 1 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Bagi Melaksanakan Pembelajaran Secara KontekstualDengan Berkesan Penilaian Pembelajaran Secara Kontekstual 58 Contoh Aktiviti Pembelajaran Secara Kontekstual 59 22 28 Bagaimana Melaksanakannya ? 33 Apakah Perbezaan Antara Pembelajaran Kontekstual Dengan Pembelajaran Tradisional? 40 Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3 60 65 69
  • 3. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL MATLAMAT Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. OBJEKTIF Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya : Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. 1
  • 5. PENGENALAN Anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti. Kenapakah saya mesti belajar perkara ini? 3
  • 6. • Mereka tidak boleh didorong untuk belajar • Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik 4
  • 7. The Average Child I don’t cause teachers trouble, my grades have been OK. I listen in my classes and I’m in school everyday. My teachers think I’m average, my parents think so too. I wish I didn’t know that ‘cause there’s lots I’d like to do. I’d like to build a rocket, I have a book that tells you how, or start a stamp collection-well there’s no use in trying now. ‘Cause since I found I’m average I’m just smart enough you see, to know there is nothing special that I should expect of me. I’m part of the majority, that hump part of the bell, who spends their life unnoticed in an average kind of hell. 5
  • 8. Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini? Kegagalan membantu murid mencari hubung kait • Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada • Antara sekolah dengan dunia luar • Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain • Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan 6 • Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru • Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan • Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran • Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru • Apakah kekangan dalam membina hubung kait tersebut? Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan
  • 9. APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pengalaman Harian Individu Persekolahan Kehidupan Masyarakat Alam Pekerjaan 7
  • 10. TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. 8
  • 11. Budaya Konteks yang Pelbagai Sosial Fizikal Psikologi Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. 9
  • 12. Bilik Darjah Kepelbagaian Persekitaran Pembelajaran Makmal Tempat Kerja Kehidupan Harian Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 10
  • 13. KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL? Jenis murid • Kumpulan sederhana • cenderung kepada aplikasi konsep Ciri murid • terdorong melalui aktiviti hands-on • tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak Lokasi • sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional • sekolah-sekolah menengah harian 11
  • 14. PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU Sains Matematik Teknologi Maklumat Bahasa Komunikasi Teknikal dan Vokasional 12 Kemanusiaan
  • 15. APAKAH PANDANGAN PAKAR PEDAGOGI TENTANG PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Students’ involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams. Dan Hull A curriculum and teaching methodology tied to the child’s experiences and interests … John Dewey Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented, stimulus/response methodologies … Howard Gardner The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past experiences. Renate Numella Caine and Geoffrey Caine Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through some case-based or problem-based learning environment … Jonassen Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi … D.A. Kolb 13
  • 16. Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. 14
  • 18. MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN? • • 16 Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan. Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. • Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.
  • 19. APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN? • Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. • Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. • Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. • Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. 17
  • 20. CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN Kita kekalkan : • • 20 % Apa yang kita dengar • 30 % Apa yang kita lihat • 50 % Apa yang kita dengar dan lihat • 70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain • 80 % Apa yang kita alami sendiri • Kita Belajar 10 % Apa yang kita baca 95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation 18
  • 21. TEORI KECERDASAN PELBAGAI Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai. + Verbal-Linguistik Logik- Matematik Muzik • Naturalis Visual-ruang Intrapersonal Interpersonal Kinestetik Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan. 19
  • 22. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL 20
  • 23. Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. 21
  • 26. MURID • Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan • Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian • Boleh memindahkan kemahiran • Boleh meneroka dan mendapatkan bukti • Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit • Dapat belajar secara kerjasama 24
  • 27. GURU • Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. • Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. • Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri. 25
  • 28. INDUSTRI • Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan • Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi 26
  • 29. Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia. 27
  • 31. APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut : Relating (Menghubung kait) Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup E Experiencing (Mengalami) Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta A Applying (Mengaplikasi) Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. C Cooperating (Bekerjasama) Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi T Transfering (Memindahkan) R Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui 29
  • 32. Relating (Menghubung kait) Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari Experiencing (Mengalami) Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal 30
  • 33. Applying (Mengaplikasi) Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar Cooperating (Bekerjasama) Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama Transfering (Memindahkan) Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan 31
  • 34. Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain. 32
  • 36. BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi yang berikut: MOTIVASI Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu mengajar 34 PEMAHAMAN Penerangan konsep dan perbincangan kelas Bacaan dan melakukan Contoh kajian KEMAHIRAN Aktiviti HandsOn Penyelesaian masalah PENILAIAN Ingat kembali fakta utama Penilaian kemajuan
  • 37. MOTIVASI Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan, contohnya : Bidang Muzik Sejarah Konsep Motivasi Permainan gendang Tayangan video permainan gendang oleh pelbagai kaum di Malaysia Darurat Memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak berserta jeritan 35
  • 38. PEMAHAMAN Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. 36
  • 39. KEMAHIRAN Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh menyediakan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan. Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual. 37
  • 40. PENILAIAN Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid. Penilaian tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakan kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran. 38
  • 41. Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka. 39
  • 42. APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL? 40
  • 43. APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL? Perkara Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Secara Tradisional Objektif Mencari, membina dan mengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar. Memindahkan maklumat Peranan Guru Pembimbing dan mentor Penyampai maklumat Peranan Murid Aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian Penerima maklumat yang pasif melalui syarahan dan pembacaan Isi Kandungan Disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai. Disesuaikan untuk kecerdasan Bahasa dan Logik- Matematik. Kaedah Inkuiri, penemuan dan aplikasi. Syarahan dan soal-jawab Penilaian Berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah (contoh: portfolio). Menguji fakta (contoh: ujian kertas dan pensil). 41 39
  • 44. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding dengan kaedah tradisional. 40 42
  • 45. PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN BAGI MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL DENGAN BERKESAN 43
  • 46. Pembelajaran Murid Pengajaran Guru Sokongan Pentadbir Sekolah Sokongan Masyarakat Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 44
  • 47. PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN Komunikasi Pengajaran Guru Sokongan Pentadbir Sekolah Sokongan Masyarakat 45
  • 49. Komunikasi Antara : Murid Guru Ibu bapa Masyarakat • Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. • Maklum balas daripada murid adalah satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual. • Ibu bapa dan masyarakat perlu memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini dan memberi sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran kontekstual. 47
  • 51. Kurikulum • Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna. • Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan guru hanya sebagai fasilitator. • Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual dikenal pasti terlebih dahulu. • Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengan kaedah pembelajaran kontekstual. • Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu, masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan. • Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan. Suasana Bilik Darjah • Bilik darjah diubah suai supaya murid boleh menjalankan aktiviti ‘ hands-on’ secara berkumpulan. • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid • Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan. • Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya. Penilaian Teks & Bahan Sokongan Persekitaran Luar Sekolah • Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk membantu murid menguasai pembelajaran. 49
  • 53. • Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya dalam bilik darjah. Perkembangan Staf • Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Infrastruktur • Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. • Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan. Kepimpinan Kewangan • Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat perlu supaya guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan berkesan. • Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa mencukupi untuk menjalankan aktiviti. Masa 51
  • 54. Sokongan Teknikal Dan Kewangan SOKONGAN MASYARAKAT Penyediaan Situasi Tempat Kerja Sebenar Kerjasama Masyarakat Dan Sekolah 52
  • 55. SOKONGAN MASYARAKAT • Hubungan rapat antara Kementerian Pendidikan dengan industri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal, kewangan dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan. • Murid memerlukan pengalaman hands-on. Mereka menimba pengalaman ini dengan cara bekerja atau membuat latihan amali dalam situasi tempat kerja sebenar. • Masyarakat perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memberi sumbangan dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum. 53
  • 56. Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. 54
  • 57. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL “ I knew Applied Math wouldn’t be easy for me. Math never is. I’m learning how to comprehend problems and think through instead of just doing the mechanics of math. I like being able to have a group or partner.” (Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat). Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah … Still the SAME Mathematics, History, Music, Science … BUT … taught and learned DIFFERENTLY 55
  • 58. SENARAI SEMAK PENGAJARAN SECARA KONTEKSTUAL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 56 Adakah konsep baru dinyatakan dalam situasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang biasa dialami oleh murid? Adakah konsep dalam contoh dan latihan murid dinyatakan dalam konteks kegunaannya? Adakah konsep baru dinyatakan dalam konteks pengetahuan yang sedia ada pada murid? Adakah contoh dan latihan murid mengandungi banyak penyelesaian masalah pada situasi sebenar dan sudahkah mereka mengenal pasti kepentingannya pada masa kini dan akan datang? Adakah contoh dan latihan murid menanamkan sikap ‘saya perlu belajar konsep ini’? Adakah murid mengumpul dan menganalisis data mereka sendiri semasa dibimbing menjalankan penyiasatan tentang konsep yang penting? Adakah peluang diberikan kepada murid untuk mengumpul dan menganalisis data untuk tujuan pengayaan? Adakah pembelajaran dan aktiviti menggalakkan murid mengaplikasikan konsep dan pengetahuan dalam konteks masa depan murid dan situasi yang pelbagai? Adakah murid sentiasa mengambil bahagian dalam interaksi kumpulan di mana perkongsian, komunikasi dan respons kepada konsep penting dan membuat keputusan berlaku? Adakah pembelajaran, latihan dan aktiviti meningkatkan pembacaan dan kemahiran komunikasi di samping meningkatkan kemahiran saintifik dan logik matematik?
  • 59. PENILAIAN 1. 2. Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual? Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu pelajaran? 3. Nyatakan aspek-aspek yang terdapat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual. 4. Senaraikan urutan strategi pengajaran dan pembelajaran Kontekstual. 5. Apakah hasil yang diharapkan daripada murid melalui pendekatan Pembelajaran Kontekstual? 6. Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada : a. Murid b. Guru c. Industri 7. Senaraikan perbezaan antara Pembelajaran Kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. 8. Nyatakan perubahan sosial dan fizikal yang perlu dilakukan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual di sekolah. 9. Apakah institusi-institusi yang perlu dilibatkan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual? 10. Anda seorang guru sejarah. Anda dikehendaki mengajar tajuk Kemerdekaan Malaysia. Cadangkan dengan ringkas bagaimana tajuk ini boleh diajarkan melalui pendekatan Kontekstual. 57
  • 60. RUJUKAN Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria, VA:ASCD. Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain. Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development. CORD , (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA: Innovative Learning, Addison – Wesley. Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books. Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development. Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey : Prentice Hall. Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. http://www.google.yahoo.com/bin/query?p=contextual/+learning&hc=O&hs=O http//www.cord.org http://ateec.eiccd.cc.ia.us/2000/themes/ctlinfo.html 58
  • 61. 59
  • 62. CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL CONTOH 1 Mata Pelajaran : Matematik Tingkatan : Dua Tajuk : Penyelesaian Persamaan Linear Dalam Satu Anu OBJEKTIF Selepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid mengetahui bahawa bagi sebarang nilai a, a + ( − a ) = 0 , contohnya 5 + ( − 5 ) = 0 PERALATAN - Jubin algebra berwarna hijau (Jubin-unit) dan kuning (Jubin-x) 2 keping kad manila yang mempunyai kawasan positif (+) dan kawasan negatif (-) 60
  • 63. Kad Manila 1 Jubin-unit x Jubin-x + − PENYATAAN MASALAH Anda akan menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu. 61
  • 64. LANGKAH (a) Wakilkan persamaan 3 x – 2 = 7 dengan meletakkan jubin pada kad manila seperti yang berikut: 1 + x 1 1 1 x 1 1 1 + x = 1 1 − − 7 3x–2 (b) Tambahkan dua jubin-unit pada kawasan positif di kedua-dua kad manila. 1 x x 1 1 1 1 1 1 + 1 1 x 1 1 + = 1 1 − − 3x–2+2 62 7+2
  • 65. (c) Pada kad manila di sebelah kiri, keluarkan 2 jubin-unit pada kawasan positif dan 2 jubin-unit pada kawasan negatif. 1 x x 1 1 1 1 1 1 + 1 1 x 1 1 + = 1 1 − − 3x–2+2 7+2 63 62
  • 66. (d) Agihkan jubin-unit di sebelah kanan secara saksama mengikut bilangan jubin-x yang terdapat di sebelah kiri. + 1 1 1 x 1 1 1 x 1 1 1 x + = − − 3x 9 Adakah ini menunjukkan bahawa 3 (iaitu x = 3) ialah penyelesaian bagi persamaan 3 x – 2 = 7? Semak jawapan anda. AKTIVITI PENGUKUHAN Gunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3. Catatkan setiap langkah dengan melukis rajah. Nyatakan penyelesaian bagi persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3. 64
  • 67. CONTOH 2 Mata Pelajaran Tingkatan Tajuk : : : Pendidikan Muzik Satu Klasifikasi Alat Muzik Tradisional OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid boleh: 1. Menyatakan klasifikasi yang terdapat dalam alat muzik tradisional. 2. Menyatakan pengertian Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon. 3. Mengklasifikasikan alat muzik tradisional dengan tepat mengikut Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon 65
  • 68. MOTIVASI Murid menonton video yang menunjukkan persembahan Dondang Sayang. PEMAHAMAN 1. Guru menyuruh murid memberi tumpuan kepada jenis alat muzik yang digunakan oleh kumpulan muzik Dondang Sayang. 2. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang jenis alat muzik yang digunakan sama ada alat muzik tersebut bertali, berkulit, alat tiupan atau alat muzik yang diketuk. 3. Guru memberi penerangan kepada murid tentang klasifikasi alat muzik tradisional. Kordofon Idiofon Erofon Membranofon 66 : : : : Alat muzik bertali Alat muzik yang diketuk Alat muzik tiupan Alat muzik yang diperbuat daripada kulit
  • 69. APLIKASI 1. Guru membawa murid ke Istana Budaya Negara untuk menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung. 2. Murid diberikan sehelai kertas. Semasa menonton persembahan, murid dikehendaki menyenaraikan bilangan alat muzik mengikut klasifikasi Membranofon, Idiofon , Kordofon dan Erofon. 3. Murid dibawa ke dalam bilik simpanan alat-alat muzik tradisional. Di sini mereka dikehendaki memegang, mengamati dan cuba membunyikan alat muzik yang dipilih. 4. Murid dikehendaki menyenaraikan sepuluh jenis alat muzik, dapatkan namanya daripada pembantu yang bertugas dan mengklasifikasikan alat-alat muzik tersebut. 5. Murid kemudian menonton persembahan kumpulan Keroncong. Sambil menonton, murid dikehendaki menyenaraikan nama alat-alat muzik yang digunakan dalam kumpulan Keroncong itu dan mengklasifikasikannya. 6. Guru mengaitkan pelajaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh murid dengan kerjaya yang boleh diceburi. Contoh kerjaya : • • • • • Jurutera Audio Pengarah Orkestra Penggubah Penerbit Rakaman Pengusaha Alat Muzik (Audio Engineer) (Orchestra Director) (Muzik Arranger) (Recording producer) (Musical Instrument Manufacturer) 67
  • 70. IMBAS KEMBALI Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut : 1. Berapakah alat Membranofon yang digunakan dalam kumpulan Ghazal? 2. Berapakah alat Erofon yang digunakan dalam kumpulan keroncong? 3. Apakah klasifikasi alat yang tidak digunakan dalam kumpulan, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong? 4. Nyatakan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang muzik. 68
  • 71. CONTOH 3 Mata Pelajaran Tingkatan Tajuk : : : Biologi Lima Variasi dan Keturunan OBJEKTIF Selepas mempelajari unit ini murid dapat : • • Menganalisis perkembangan genetik di antara ahli keluarga. Meramalkan generasi F 2 (generasi filial kedua) berdasarkan pengetahuan genotip. PENGETAHUAN SEDIA ADA Pengetahuan yang telah ada pada pelajar ialah: • • Hukum Mendel I Kacukan Monohibrid dan pewarisan monohibrid 69
  • 72. AKTIVITI Topik Peralatan : : Langkah Wajah zuriat ku Rajah wajah kosong, sekeping duit siling, pensil dan pemadam : 1. Guru meyenaraikan sifat-sifat pada bahagian muka seperti berikut : bentuk dagu lekuk dagu bentuk mulut bentuk hidung bentuk mata bulu mata suak rambut rambut telinga 2. Murid memilih pasangan daripada gender yang berlainan. 3. Setiap ahli pasangan memilih kesudahan lambungan siling secara tetap (iaitu sama ada kepala atau bunga). 4. Setiap pasangan memilih sifat yang hendak dilakar pada rajah wajah kosong yang disediakan. 5. Guru melambung siling dan menyatakan kesudahannya. 70
  • 73. 6. Jika kesudahan lambungan siling memihak kepada murid perempuan, murid lelaki akan melakarkan sifat wajah murid perempuan yang telah dipilih tadi pada rajah wajah kosong. Begitu juga sebaliknya. 7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga semua sifat wajah yang disenaraikan telah dilakarkan. KEPUTUSAN Wajah yang terhasil daripada aktiviti di atas merupakan satu daripada hasil yang mungkin dalam proses kacukan monohibrid. RUMUSAN • • Aktiviti di atas terhad kepada kacukan dan perwarisan monohibrid sahaja. Wajah yang diperoleh merupakan satu daripada kesudahan yang mungkin. AKTIVITI PENGUKUHAN Murid dibahagikan kepada kumpulan. Salah seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta menyediakan gambarnya, ibu bapanya dan datuk dan neneknya (daripada sebelah ibu dan bapanya). 71 Ahli setiap kumpulan akan menganalisis gambar-gambar itu dan menerangkan kepada kelas daripada siapakah rakan mereka mewarisi sifat-sifat wajahnya. NOTA : Aktiviti di atas mengukuhkan pengetahuan sedia ada bagi unit ini dan boleh dijadikan motivasi kepada unit pelajaran yang berikutnya iaitu Hukum Mendel II dan kacukan dihibrid. 71
  • 74. 72
  • 75. 73
  • 76. Panel Penulis Penasihat Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengerusi Dr. Rohani Abdul Hamid Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ahli Panel Sharifah Fatmah Alhabshi (Ketua) Bakhtiar Mohd. Salleh Pusat Perkembangan Kurikulum Roslena Zakaria Pusat Perkembangan Kurikulum Nor Zamani Abdol Hamid Pusat Perkembangan Kurikulum Hoe Hong Tai Pusat Perkembangan Kurikulum Mohamad Shah katimon Pusat Perkembangan Kurikulum Salahuddin Abdullah Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru Radziah Abdul Manap Sekolah Menengah Teknik Port Dickson Azizah bt Mohamad 74 Pusat Perkembangan Kurikulum Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban