SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


    SUKATAN PELAJARAN
   KURIKULUM BERSEPADU
     SEKOLAH RENDAH



PENDIDIKAN
SENI VISUAL

       Pusat Perkembangan Kurikulum
      Kementerian Pendidikan Malaysia
                   2000
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ; memelihara
satu cara hidup demokratik ; mencipta masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi – tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak ; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;




MAKA KAMI , rakyat Malaysia , berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip – prinsip
yang berikut : -



       KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


       KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


       KELUHURAN PERLEMBAGAAN


       KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


       KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan,   berketerampilan,   berakhlak   mulia,   bertanggungjawab   dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Kata Pengantar


Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan
semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk
berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana serta dapat
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan
kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi
segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.

Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah.
Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang
celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan
penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek
kritikan.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan
tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.




(DATO’ SERI Dr. ABDUL SHUKOR BIN ABDULLAH)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.
Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak
merujuk kepada seni lain seperti muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini
melalui persepsi visual, imiginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan
membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini
penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian
dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.
Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod
pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid
membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah
sendiri.

Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid
berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara
seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF

Setelah megikuti kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid
boleh :
1.     menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2.     melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
       menyeronokkan
3.     menajamakan daya persepsi dan imiginasi melalui pancaindera
4.     mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5.     mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6.     membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan
          selamat
7.     memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan
          bertanggungjawab
8.     mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanaj air
9.     menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni
          visual
10.    melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan
          yang
       berfaedah


ORGANISASI KURIKULUM


Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan
melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan
berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan,
dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid
sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.


Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang
merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.


Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan
dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan
yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik
yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat
pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur
seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil
seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikam maklumat dan
aplikasi computer dalam kerja seni visual.


Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran
memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir
secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan,
membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan
iaitu:


a.    pemerhatian secara aktif
b.    interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c.    apresiasi seni visual secara mudah
d.    menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

a.        Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain
melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi
dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangan
melalui kegiatan pemerhatian ini.



Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi
mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi
dan pemikiran abstrak.

b.    Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
pelbagai kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran
ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak
langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan
dalam penghasilan seni dimasa akan datang.
c.    Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan
dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan
tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita,
lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni
dan menghargai sumbangan mereka.


 d.   Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

 Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid
 juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud
 dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan
 memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
 Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila
 berdepan dengan semua keadaan.

 KANDUNGAN

 Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam
 empat bidang kegiatan iaitu :
 1. Menggambar
 2. Membuat Corak dan Rekaan
 3. Membentuk dan Membuat Binaan
 4. Mengenal Kraf Tradisional

 Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara
 aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni
 visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara
 bersepadu.
1.     MENGGAMBAR

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta
kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar
dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur,
imbangan dan komposisi.

Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

1.1    Lukisan
1.2    Catan
1.3    Kolaj
1.4    Montaj
1.5    Cetakan
1.6    Resis
1.7    Gosokan
1.8    Stensilan
1.9    Percikan
1.10   Gurisan
1.11   Capan
1.12   Mozek
1.13   Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali
pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan
memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi focus kegiatan
menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan
kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan
kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami
dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apreasiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyayian dan cerita.
2.    MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara
untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.
Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil
daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil
daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

2.1   Corak tidak terancang secara:
      2.1.1         Pualaman
      2.1.2         Tiupan
      2.1.3         Titisan
      2.1.4         Ikatan dan celupan
      2.1.5         Renjisan dan percikan

2.2   Corak terancang secara:
      2.2.1       Lukisan
      2.2.2       Catan
      2.2.3       Cetakan
      2.2.4       Capan
      2.2.5       Lipatan dan guntingan
      2.2.6       Resis
      2.2.7       Kolaj
      2.2.8       Kaligrafi

Bidang ini membolahkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam
alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal
motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini
memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak
terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apreasiasi
hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
3.    MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek
seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka
membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan,
alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi
secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan
seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi
aktiviti seperti:

3.1         Arca timbul
3.2         Asemblaj
3.3         Mobail
3.4         Stabail
3.5         Model
3.6         Diorama
3.7         Boneka
3.8         Topeng
3.9         Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apreasiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyayian
dan cerita.
4.     MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan
dengan kraf tradisional seperti:

4.1          Alat domestik
4.2          Alat permainan
4.3          Alat pertahanan diri
4.4          Perhiasan diri (ornamen)
4.5          Batik
4.6          Tekat
4.7          Ukiran
4.8          Tenunan
4.9          Anyaman
4.10         Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi,
proses dan teknik membuatalat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek
apreasiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi
setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

More Related Content

What's hot

04 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 104 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 1Samsuria Ahmad
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR FREE FILE DOWNLOAD
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1celestie
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2share with me
 
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
04 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 104 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 1Marius Ombou
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5401401401
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Leong Kim Yin
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5tunteja2008
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Lily Suzana
 

What's hot (13)

04 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 104 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 1
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
 
DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6
 
Sp pseni kbsr
Sp pseni kbsrSp pseni kbsr
Sp pseni kbsr
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
04 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 104 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 1
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4
 
Hsp pseni kbsr
Hsp pseni kbsrHsp pseni kbsr
Hsp pseni kbsr
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 

Similar to Sukatan pelajaran psv (kbsr)

Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1linakhairi
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3Mashitah Shaari
 
04 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 104 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 1Sue Rie
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2Kickstory
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Nor Amalina
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Kim44444
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2marshiza
 
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2celestie
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Hui Chew
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Azzam Yusof
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Farah Husna Tajuddin
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Watie Razali
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Kickstory
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2share with me
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2marshiza
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Kim44444
 

Similar to Sukatan pelajaran psv (kbsr) (20)

Kbsr seni
Kbsr seniKbsr seni
Kbsr seni
 
Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
 
04 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 104 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 1
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Hsp pseni kbsm1-5
Hsp pseni kbsm1-5Hsp pseni kbsm1-5
Hsp pseni kbsm1-5
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4
 
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
 

More from ong2012

Seni kemahiran berfikir&t ajar
Seni kemahiran berfikir&t ajarSeni kemahiran berfikir&t ajar
Seni kemahiran berfikir&t ajarong2012
 
Rumahku 1 (lukisan) (tahun 4)
Rumahku 1 (lukisan) (tahun 4)Rumahku 1 (lukisan) (tahun 4)
Rumahku 1 (lukisan) (tahun 4)ong2012
 
Boneka wayang kulit(tahun 5)
Boneka   wayang kulit(tahun 5)Boneka   wayang kulit(tahun 5)
Boneka wayang kulit(tahun 5)ong2012
 
Tahun 4 mobail buah-buahan
Tahun 4 mobail   buah-buahanTahun 4 mobail   buah-buahan
Tahun 4 mobail buah-buahanong2012
 
Rancangan tahunan psv tahun 4 (kbsr)
Rancangan tahunan psv tahun 4 (kbsr)Rancangan tahunan psv tahun 4 (kbsr)
Rancangan tahunan psv tahun 4 (kbsr)ong2012
 
Origami Katak
Origami KatakOrigami Katak
Origami Katakong2012
 
Corak terancang
Corak terancangCorak terancang
Corak terancangong2012
 
History of chinese art
History of chinese artHistory of chinese art
History of chinese artong2012
 
Boneka boneka jari
Boneka   boneka jariBoneka   boneka jari
Boneka boneka jariong2012
 
Boneka jari
Boneka jariBoneka jari
Boneka jariong2012
 

More from ong2012 (11)

Seni kemahiran berfikir&t ajar
Seni kemahiran berfikir&t ajarSeni kemahiran berfikir&t ajar
Seni kemahiran berfikir&t ajar
 
Rumahku 1 (lukisan) (tahun 4)
Rumahku 1 (lukisan) (tahun 4)Rumahku 1 (lukisan) (tahun 4)
Rumahku 1 (lukisan) (tahun 4)
 
Boneka wayang kulit(tahun 5)
Boneka   wayang kulit(tahun 5)Boneka   wayang kulit(tahun 5)
Boneka wayang kulit(tahun 5)
 
Tahun 4 mobail buah-buahan
Tahun 4 mobail   buah-buahanTahun 4 mobail   buah-buahan
Tahun 4 mobail buah-buahan
 
Rancangan tahunan psv tahun 4 (kbsr)
Rancangan tahunan psv tahun 4 (kbsr)Rancangan tahunan psv tahun 4 (kbsr)
Rancangan tahunan psv tahun 4 (kbsr)
 
Origami Katak
Origami KatakOrigami Katak
Origami Katak
 
Corak terancang
Corak terancangCorak terancang
Corak terancang
 
History of chinese art
History of chinese artHistory of chinese art
History of chinese art
 
Boneka boneka jari
Boneka   boneka jariBoneka   boneka jari
Boneka boneka jari
 
Boneka jari
Boneka jariBoneka jari
Boneka jari
 
Psv
PsvPsv
Psv
 

Sukatan pelajaran psv (kbsr)

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2000
  • 2. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ; memelihara satu cara hidup demokratik ; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi – tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak ; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI , rakyat Malaysia , berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip – prinsip yang berikut : - KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 3. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 4. Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. (DATO’ SERI Dr. ABDUL SHUKOR BIN ABDULLAH) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 5. PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imiginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 6. OBJEKTIF Setelah megikuti kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh : 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan 3. menajamakan daya persepsi dan imiginasi melalui pancaindera 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanaj air 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil
  • 7. seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikam maklumat dan aplikasi computer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam pelbagai kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni dimasa akan datang.
  • 8. c. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. KANDUNGAN Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu : 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
  • 9. 1. MENGGAMBAR Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: 1.1 Lukisan 1.2 Catan 1.3 Kolaj 1.4 Montaj 1.5 Cetakan 1.6 Resis 1.7 Gosokan 1.8 Stensilan 1.9 Percikan 1.10 Gurisan 1.11 Capan 1.12 Mozek 1.13 Poster Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi focus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apreasiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyayian dan cerita.
  • 10. 2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: 2.1 Corak tidak terancang secara: 2.1.1 Pualaman 2.1.2 Tiupan 2.1.3 Titisan 2.1.4 Ikatan dan celupan 2.1.5 Renjisan dan percikan 2.2 Corak terancang secara: 2.2.1 Lukisan 2.2.2 Catan 2.2.3 Cetakan 2.2.4 Capan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.2.6 Resis 2.2.7 Kolaj 2.2.8 Kaligrafi Bidang ini membolahkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apreasiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
  • 11. 3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: 3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka 3.8 Topeng 3.9 Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apreasiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyayian dan cerita.
  • 12. 4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 4.1 Alat domestik 4.2 Alat permainan 4.3 Alat pertahanan diri 4.4 Perhiasan diri (ornamen) 4.5 Batik 4.6 Tekat 4.7 Ukiran 4.8 Tenunan 4.9 Anyaman 4.10 Tembikar Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuatalat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apreasiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.