SlideShare a Scribd company logo
1 of 44
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 
DUNIA SENI VISUAL 
TAHUN TIGA 
2012 
DRAF
DOKUMEN STANDARD 
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 
(KSSR) 
MODUL TERAS TEMA 
DUNIA SENI VISUAL 
TAHUN 3 
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Cetakan Pertama 2012 
© Kementerian Pelajaran Malaysia 
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam 
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum 
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, 
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
iii 
K A N D U N G A N 
MUKA SURAT 
Rukun Negara v 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi 
Pendahuluan 1 
Matlamat 1 
Objektif 2 
Fokus mata pelajaran 3 
Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran 5 
Organisasi Kandungan 7 
Standard Kandungan 7 
Pemetaan Bidang Kegiatan Tahun 3 8 
Menggambar 9 
Membuat Corak dan Rekaan 17 
Membentuk dan Membuat Binaan 23 
Membuat Kraf Tradisional 29
iv
RUKUN NEGARA 
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita 
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam 
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu 
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang 
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat 
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin 
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi 
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; 
membina satu masyarakat progresif yang akan 
menggunakan sains dan teknologi moden; 
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan 
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita 
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: 
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN 
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN 
v
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha 
berterusan ke arah lebih memperkembangkan 
potensi individu secara menyeluruh dan 
bersepadu untuk melahirkan insan yang 
seimbang dan harmonis dari segi intelek, 
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan 
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan 
warganegara Malaysia yang berilmu 
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak 
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan 
mencapai kesejahteraan diri serta 
memberikan sumbangan terhadap 
keharmonian dan kemakmuran keluarga, 
masyarakat dan negara. 
vi
1 
PENDAHULUAN 
Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahap I memberi peluang kepada murid memupuk daya imaginasi melalui seni visual 
berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan 
kreativiti dan keseronokan melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan 
dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan kecenderungan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 
MATLAMAT 
Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, dan kreatif menerusi pemupukan bahasa seni visual. 
Kandungan Dokumen Standard berupaya membantu perkembangan emosi murid, meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, 
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, 
keluarga, masyarakat, dan negara. Dokumen standard ini juga dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik seni dan 
budaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2 
OBJEKTIF 
Setelah mengikuti Kurikulum Dunia Seni Visual Tahap I murid dapat: 
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan 
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan 
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera 
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya 
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual 
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat 
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab 
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air 
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual 
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah
3 
5 
FOKUS MATA PELAJARAN 
Tumpuan mata pelajaran ini merangkumi empat aspek utama iaitu: 
a. pemerhatian secara aktif 
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan 
c. apresiasi seni visual secara mudah 
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan 
a. Pemerhatian secara aktif 
Pemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, yang merangkumi pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinci 
untuk menajamkan persepsi murid. Selain itu, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan emosi dan imaginasi 
melalui kajian perbandingan. Faktor ini, dapat membantu pemahaman murid tentang asas seni visual dalam membuat pemerhatian terhadap 
alam benda dan alam semula jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan kegiatan ini akan dapat 
membantu murid menyelaraskan idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. 
b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan 
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan 
bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan 
serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan
c. Apresiasi seni visual secara mudah 
Apresiasi seni visual memberikan pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai 
kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa-apa yang dilihat dari aspek 
seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, 
dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. 
d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan 
Selain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek 
yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai 
kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan pelbagai situasi. 
4
5 
PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara 
keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak 
langsung, penilaian menitikberatkan fokus pada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu 
membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang 
dilaksanakan di peringkat sekolah. 
Penilaian Seni Visual KSSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang 
mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil. 
Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. 
Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya 
pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya 
untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen, serta pelaksanaannya. Selain itu, 
guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis markah tersebut, serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang 
berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid 
dinilai dari segi pengetahuan mereka, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka. 
Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, serta penulisan. Kaedah 
pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat 
kerja dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat 
murid. Selain itu, guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid, serta memerhati pelahiran emosi dan perasaan.
Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil 
kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah 
gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. Kaedah lisan dan 
interaksi dapat menolong guru menilai penguasaan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan. Contohnya soal jawab, kuiz, 
perbincangan, sumbang saran, puisi, temu bual, bercerita, lakonan, dan nyanyian. 
Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal 
dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk 
atau tema Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan. 
6
7 
O R G A N I S A S I K A N D U N G A N 
Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan 
membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat 
standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaran digubal dan 
diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran. 
STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK 
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang 
terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni. 
STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI 
Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan 
media dan teknik dalam aktiviti seni. 
STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF 
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai 
sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni. 
STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL 
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah 
seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin 
ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.
Aktiviti di Tahun 3 bagi kurikulum Dunia Seni Visual meliputi : 
MODUL/BIDANG AKTIVITI 
8 
1. MENGGAMBAR 
1. Lukisan 
2. Catan 
3. Kolaj 
4. Montaj 
2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 
Terancang 
1. Capan 
2. Lipatan dan Guntingan 
Tidak Terancang 
1. Renjisan dan Percikan 
3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 
1. Mobail 
2. Boneka 
3. Topeng 
4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL 
1. Anyaman 
2. Alat Pertahanan Diri 
3. Alat Perhiasan Diri
MENGGAMBAR 
MODUL 1: LUKISAN 
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan lukisan menggunakan media kering dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
9 
1.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa seni 
visual yang ada pada 
lukisan 
Murid dapat mengenal, memahami ,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan. 
1.1.1 Unsur seni 
1.1.1.1 Bentuk - ilusi 
1.1.1.2 Garisan - tebal dan nipis 
1.1.1.3 Warna - primer dan sekunder 
1.1.1.4 Ruang - ilusi 
1.1.2 Prinsip rekaan 
1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 
1.1.2.2 Kepelbagaian – hal benda (subject matter ) 
1.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa seni 
visual dan media dalam 
penghasilan lukisan. 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik 
dalam penghasilan lukisan. 
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 
1.2.1.1 Alat - tiada 
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel 
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
10 
1.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan lukisan. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses 
dan teknik dalam penghasilan karya. 
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
1.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap karya 
sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa seni 
visual, sejarah seni dan 
budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan tumpuan 
pada aspek bahasa seni visual. 
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
MENGGAMBAR 
MODUL 1 : CATAN 
Tema: Alam Semula Jadi atau Alam Benda 
Menghasilkan catan menggunakan media basah dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
11 
1.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada pada 
catan. 
Murid dapat mengenal, memahami ,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan. 
1.1.1 Unsur seni 
1.1.1.1 Bentuk - ilusi 
1.1.1.2 Warna - sekunder atau tertier atau gabungan kedua-dua warna 
1.1.1.3 Ruang - ilusi 
1.1.2 Prinsip rekaan 
1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 
1.1.2.2 Kepelbagaian - warna 
1.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan catan. 
Murid dapat memahami bahasa seni visual, media, proses dan teknik dalam penghasilan catan. 
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 
1.2.1.1 Alat - berus lukisan dan palet 
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera 
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 
1.2.2.1 Teknik - basah atas kering
12 
1.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan catan. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses 
dan teknik dalam penghasilan karya. 
1.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif 
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
1.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap 
karya sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan tumpuan pada 
aspek bahasa seni visual. 
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
MENGGAMBAR 
MODUL 1: KOLAJ 
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan gambar menggunakan teknik kolaj dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
13 
1.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi 
dan menggunakan 
bahasa seni visual 
yang ada pada kolaj. 
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada kolaj. 
1.1.1 Unsur seni 
1.1.1.1 Rupa - organik atau geometri atau gabungan rupa 
1.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak 
1.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna 
1.1.2 Prinsip rekaan 
1.1.2.1 Kepelbagaian - bahan 
1.1.2.2 Kontra - warna 
1.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan 
kolaj. 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam 
menghasilkan gambar dengan teknik kolaj. 
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 
1.2.1.1 Alat - gunting 
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, gam, kertas warna, kertas majalah, dan bahan-bahan lain 
yang sesuai. 
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 
1.2.2.1 Teknik - kolaj
14 
1.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan kolaj. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses 
dan teknik dalam penghasilan karya. 
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
1.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap karya 
sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberi tumpuan pada 
aspek bahasa seni visual. 
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
MENGGAMBAR 
MODUL 1: MONTAJ 
Tema: Objek Buatan Manusia atau Alam Semula Jadi 
Menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD KANDUNGAN 
15 
1.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada 
pada montaj. 
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada montaj. 
1.1.1 Unsur seni 
1.1.1.1 Bentuk - ilusi 
1.1.1.2 Ruang - ilusi 
1.1.2 Prinsip rekaan 
1.1.2.1 Kepelbagaian – imej 
1.1.2.2 Kesatuan - komposisi 
1.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan kolaj. 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik 
dalam penghasilan montaj. 
1.2.1.1 Alat - gunting 
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, gam, majalah, dan surat khabar 
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya 
1.2.2.1 Teknik - montaj
16 
1.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan montaj. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses 
dalam penghasilan karya. 
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
1.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap karya 
sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
MENGGAMBAR 
MODUL 1: CAPAN 
Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan corak menggunakan teknik capan dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
17 
2.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada 
pada corak teknik capan. 
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik 
capan. 
2.1.1 Unsur seni 
2.1.1.1 Rupa - organik atau geometri atau gabungan rupa 
2.1.1.2 Jalinan - tampak 
2.1.1.3 Warna - primer dan sekunder 
2.1.2 Prinsip rekaan 
2.1.2.1 Harmoni - warna dan rupa 
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan - susunan motif 
2.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan 
corak teknik capan. 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam 
penghasilan corak teknik capan. 
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 
2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, tumbuh-tumbuhan, dan bahan kutipan yang sesuai 
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 
2.2.2.1 Teknik - capan 
18 
2.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian 
, dan teknologi dalam 
dalam penghasilan corak 
teknik capan. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses 
dan teknik dalam penghasilan karya. 
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
2.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap karya 
sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 
MODUL 2 : LIPATAN DAN GUNTINGAN 
Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
19 
2.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada 
pada corak teknik 
lipatan dan guntingan. 
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lipatan dan 
guntingan. 
2.1.1 Unsur seni 
2.1.1.1 Rupa - organik dan geometri 
2.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak 
2.1.2 Prinsip rekaan 
2.1.2.1 Imbangan - simetri 
2.1.2.2 Kontra - warna 
2.1.2.3 Harmoni - rupa 
2.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan 
corak teknik lipatan 
dan guntingan. 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam 
penghasilan corak lipatan dan guntingan. 
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 
2.2.1.1 Alat - gunting 
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, majalah dan gam 
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya 
2.2.2.1 Teknik - lipatan dan guntingan
20 
2.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan corak 
teknik lipatan dan 
guntingan. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan 
teknik dalam penghasilan karya. 
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
2.4 ApresiasiSeni 
Apresiasi terhadap karya 
sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 
MODUL 2 : RENJISAN DAN PERCIKAN 
Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
21 
2.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada 
pada corak teknik 
renjisan dan percikan. 
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik 
renjisan dan percikan. 
2.1.1 Unsur seni 
2.1.1.1 Jalinan - tampak 
2.1.1.2 Warna - primer dan sekunder 
2.1.2 Prinsip rekaan 
2.1.2.1 Harmoni - warna dan jalinan 
2.1.2.2 Kepelbagaian - warna 
2.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan 
renjisan dan percikan. 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam 
penghasilan corak teknik renjisan dan percikan. 
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 
2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, berus gigi, dan sikat 
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera 
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
2.2.2.1 Teknik - renjisan dan percikan 
22 
2.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan corak 
teknik renjisan dan 
percikan 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik 
dalam penghasilan karya. 
2.3.1 Memanipulasi bahan secara kreatif 
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
2.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap 
karya sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan 
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
23 
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 
MODUL 3 : MOBAIL 
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan mobail dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
3.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada 
pada mobail. 
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada mobail. 
3.1.1 Unsur seni 
3.1.1.1 Bentuk - konkrit 
3.1.1.2 Ruang - nyata 
3.1.2 Prinsip rekaan 
3.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 
3.1.2.2 Ritma dan pergerakan – susun atur pada mobail 
3.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan mobail. 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam 
penghasilan mobail. 
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 
3.2.1.1 Alat - gunting 
3.2.1.2 Bahan - gam, tali, benang, kad manila, kertas warna, dawai kasar, straw board dan bahan 
lain yang sesuai. 
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
24 
3.3 Ekspresi kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan mobail. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan 
teknik dalam penghasilan karya. 
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
3.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap karya 
sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa seni 
visual, sejarah seni dan 
budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 
3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
25 
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 
MODUL 3 : BONEKA 
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan boneka dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada boneka. 
Membuat persepsi 
dan menggunakan 
bahasa seni visual 
yang ada pada boneka. 
3.1.1 Unsur seni 
3.1.1.1 Bentuk - konkrit 
3.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak 
3.1.2 Prinsip rekaan 
3.1.2.1 Imbangan - simetri 
3.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan 
boneka. 
Murid dapat mengetahui dan kefahaman bahasa seni visual, media,serta proses dan teknik dalam penghasilan 
boneka. 
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 
3.2.1.1 Alat - gunting 
3.2.1.2 Bahan - span, gam, bahan kutipan, dan bahan lain yang sesuai 
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam proses penghasilan karya.
26 
3.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan boneka. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik 
dalam penghasilan karya. 
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang yang sesuai dalam penghasilan karya 
3.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap 
karya sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
3.4.1 Membuat persembahan boneka yang dihasilkan 
3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 
MODUL 3 :TOPENG 
Tema: Alam Semula jadi atau Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan topeng serkup dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
27 
Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada 
pada topeng. 
Murid dapat mengenal, memahami,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng serkup. 
3.1.1 Unsur seni 
3.1.1.1 Bentuk - konkrit 
3.1.1.2 Jalinan - tampak dan sentuh 
3.1.1.3 Ruang - nyata 
3.1.2 Prinsip rekaan 
3.1.2.1 Imbangan - simetri 
3.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan 
topeng. 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan 
topeng serkup. 
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 
3.2.1.1 Alat - gunting 
3.2.1.2 Bahan - kertas yang sesuai atau kad manila, krayon, pensel warna , oil pastel, gam , dan 
bahan hiasan yang sesuai 
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
28 
3.3 Ekspresi kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan topeng 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik 
dalam penghasilan karya. 
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
3.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
3.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap 
karya sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
3.4.1 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 
3.4.2 Melakonkan watak topeng yang dihasilkan
MENGENAL KRAF TRADISIONAL 
MODUL 4 : ANYAMAN 
Tema : Alam Semula Jadi 
Menghasilkan anyaman kelarai siku keluang dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
29 
4.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada 
pada anyaman 
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada anyaman kelarai 
4.1.1 Unsur seni 
4.1.1.1 Garisan - lurus 
4.1.1.2 Rupa - geometri 
4.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh 
4.1.1.4 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna 
4.1.2 Prinsip rekaan 
4.1.2.1 Harmoni - kelarai 
4.1.2.2 Kontra - warna 
4.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan 
anyaman 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam 
penghasilan anyaman kelarai dengan menggunakan bahan sebenar atau bahan gantian. 
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media 
4.2.1.1 Alat - gunting 
4.2.1.2 Bahan - mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam 
4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
4.2.2.1 Teknik - anyaman 
30 
4.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan anyaman. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan 
teknik dalam penghasilan karya. 
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
4.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
4.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap 
karya sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 
4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
MENGENAL KRAF TRADISIONAL 
MODUL 4 : ALAT PERTAHANAN DIRI 
Tema: Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan model alat pertahanan diri dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
31 
4.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada 
pada model alat 
pertahanan diri. 
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada model alat 
pertahanan diri. 
4.1.1 Unsur seni 
4.1.1.1 Bentuk - konkrit 
4.1.1.2 Warna - tertier dan neutral 
4.1.2 Prinsip rekaan 
4.1.2.1 Imbangan - tidak simetri 
4.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan 
model alat pertahanan 
diri. 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam 
penghasilan karya. 
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media 
4.2.1.1 Alat - gunting 
4.2.1.2 Bahan - kad atau kertas tebal, cat poster, oil pastel, gam, dan bahan hiasan yang 
sesuai 
4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
32 
4.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan model alat 
pertahanan diri. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan 
teknik dalam penghasilan karya 
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
4.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap 
karya sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 
4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
33 
MENGENAL KRAF TRADISIONAL 
MODUL 4 : ALAT PERHIASAN DIRI 
Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia 
Menghasilkan rantai leher dengan menekankan bahasa seni visual. 
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 
Membuat apresiasi terhadap karya. 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
4.1 Persepsi Estetik 
Membuat persepsi dan 
menggunakan bahasa 
seni visual yang ada 
pada alat perhiasan diri. 
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada karya. 
4.1.1 Unsur seni. 
4.1.1.1 Jalinan - tampak dan sentuh 
4.1.1.2 Ruang - nyata 
4.1.1.3 Bentuk - konkrit 
4.1.2 Prinsip rekaan 
4.1.2.1 Harmoni - warna 
4.1.2.3 Ritma dan pergerakan - susunan manik 
4.2 Aplikasi Seni 
Mengaplikasi bahasa 
seni visual dan media 
dalam penghasilan alat 
perhiasan diri 
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam 
penghasilan karya. 
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 
4.2.1.1 Alat - gunting 
4.2.1.2 Bahan - benang, kertas warna, kertas majalah, bahan hiasan yang sesuai dan gam 
4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
34 
4.3 Ekspresi Kreatif 
Penzahiran idea melalui 
pelbagai sumber, kajian, 
dan teknologi dalam 
penghasilan perhiasan 
diri. 
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan 
teknik dalam penghasilan karya. 
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 
4.4 Apresiasi Seni 
Apresiasi terhadap 
karya sendiri dan rakan 
berpandukan bahasa 
seni visual, sejarah 
seni dan budaya. 
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 
4.4.1 Mempamerkan atau memperagakan hasil karya sendiri 
4.4.2 Menceritakan fungsi alat perhiasan diri yang telah dihasilkan
Terbitan: 
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
Aras 4-8, Blok E9 
Kompleks Kerajaan Parcel E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 PUTRAJAYA 
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 
http://www.moe.gov.my/bpk

More Related Content

What's hot

Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Kim44444
 
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5Safiah Sulaiman
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1celestie
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Cikgu Hayati
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2skulumosopoh
 

What's hot (8)

Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
 
DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6
 
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2
 

Similar to KSSR SENI VISUAL

Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3JENNY WONG
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Nordin Laguda
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Nor Amalina
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3Mashitah Shaari
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Azzam Yusof
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Farah Husna Tajuddin
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Watie Razali
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2JJ Antibiotic
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Saifatul Nurul Zaima
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Kim44444
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Nor Shahirah
 
Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1linakhairi
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangMariah Inah
 
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01NUr Lina
 
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1Noor Afifah Azizan
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Sab Affendi
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
11 slot 4 draf dskp psv tahun 4
11 slot 4 draf dskp psv tahun 411 slot 4 draf dskp psv tahun 4
11 slot 4 draf dskp psv tahun 4Siti Hajar Hussin
 

Similar to KSSR SENI VISUAL (20)

Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
 
Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlang
 
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
 
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
 
Sp pseni kbsr
Sp pseni kbsrSp pseni kbsr
Sp pseni kbsr
 
Sp Pseni Kbsr
Sp Pseni KbsrSp Pseni Kbsr
Sp Pseni Kbsr
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
11 slot 4 draf dskp psv tahun 4
11 slot 4 draf dskp psv tahun 411 slot 4 draf dskp psv tahun 4
11 slot 4 draf dskp psv tahun 4
 

Recently uploaded

BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 

KSSR SENI VISUAL

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN TIGA 2012 DRAF
  • 2.
  • 3. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS TEMA DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 4. Cetakan Pertama 2012 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. iii K A N D U N G A N MUKA SURAT Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi Pendahuluan 1 Matlamat 1 Objektif 2 Fokus mata pelajaran 3 Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran 5 Organisasi Kandungan 7 Standard Kandungan 7 Pemetaan Bidang Kegiatan Tahun 3 8 Menggambar 9 Membuat Corak dan Rekaan 17 Membentuk dan Membuat Binaan 23 Membuat Kraf Tradisional 29
  • 6. iv
  • 7. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  • 8. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vi
  • 9. 1 PENDAHULUAN Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahap I memberi peluang kepada murid memupuk daya imaginasi melalui seni visual berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan keseronokan melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan kecenderungan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. MATLAMAT Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, dan kreatif menerusi pemupukan bahasa seni visual. Kandungan Dokumen Standard berupaya membantu perkembangan emosi murid, meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Dokumen standard ini juga dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik seni dan budaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 10. 2 OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Dunia Seni Visual Tahap I murid dapat: 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan 3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah
  • 11. 3 5 FOKUS MATA PELAJARAN Tumpuan mata pelajaran ini merangkumi empat aspek utama iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, yang merangkumi pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinci untuk menajamkan persepsi murid. Selain itu, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan emosi dan imaginasi melalui kajian perbandingan. Faktor ini, dapat membantu pemahaman murid tentang asas seni visual dalam membuat pemerhatian terhadap alam benda dan alam semula jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan kegiatan ini akan dapat membantu murid menyelaraskan idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan
  • 12. c. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberikan pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa-apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan pelbagai situasi. 4
  • 13. 5 PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak langsung, penilaian menitikberatkan fokus pada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian Seni Visual KSSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil. Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen, serta pelaksanaannya. Selain itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis markah tersebut, serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi pengetahuan mereka, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, serta penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain itu, guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid, serta memerhati pelahiran emosi dan perasaan.
  • 14. Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. Kaedah lisan dan interaksi dapat menolong guru menilai penguasaan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan. Contohnya soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbang saran, puisi, temu bual, bercerita, lakonan, dan nyanyian. Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau tema Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan. 6
  • 15. 7 O R G A N I S A S I K A N D U N G A N Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran. STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni. STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni. STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni. STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.
  • 16. Aktiviti di Tahun 3 bagi kurikulum Dunia Seni Visual meliputi : MODUL/BIDANG AKTIVITI 8 1. MENGGAMBAR 1. Lukisan 2. Catan 3. Kolaj 4. Montaj 2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Terancang 1. Capan 2. Lipatan dan Guntingan Tidak Terancang 1. Renjisan dan Percikan 3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1. Mobail 2. Boneka 3. Topeng 4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL 1. Anyaman 2. Alat Pertahanan Diri 3. Alat Perhiasan Diri
  • 17. MENGGAMBAR MODUL 1: LUKISAN Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan lukisan menggunakan media kering dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 9 1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan Murid dapat mengenal, memahami ,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Bentuk - ilusi 1.1.1.2 Garisan - tebal dan nipis 1.1.1.3 Warna - primer dan sekunder 1.1.1.4 Ruang - ilusi 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 1.1.2.2 Kepelbagaian – hal benda (subject matter ) 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan lukisan. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - tiada 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
  • 18. 10 1.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan tumpuan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 19. MENGGAMBAR MODUL 1 : CATAN Tema: Alam Semula Jadi atau Alam Benda Menghasilkan catan menggunakan media basah dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 11 1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada catan. Murid dapat mengenal, memahami ,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Bentuk - ilusi 1.1.1.2 Warna - sekunder atau tertier atau gabungan kedua-dua warna 1.1.1.3 Ruang - ilusi 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 1.1.2.2 Kepelbagaian - warna 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan catan. Murid dapat memahami bahasa seni visual, media, proses dan teknik dalam penghasilan catan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - berus lukisan dan palet 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik - basah atas kering
  • 20. 12 1.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan catan. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan tumpuan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 21. MENGGAMBAR MODUL 1: KOLAJ Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan gambar menggunakan teknik kolaj dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 13 1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada kolaj. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada kolaj. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Rupa - organik atau geometri atau gabungan rupa 1.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak 1.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Kepelbagaian - bahan 1.1.2.2 Kontra - warna 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan kolaj. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam menghasilkan gambar dengan teknik kolaj. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - gunting 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, gam, kertas warna, kertas majalah, dan bahan-bahan lain yang sesuai. 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik - kolaj
  • 22. 14 1.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan kolaj. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberi tumpuan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 23. MENGGAMBAR MODUL 1: MONTAJ Tema: Objek Buatan Manusia atau Alam Semula Jadi Menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD KANDUNGAN 15 1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada montaj. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada montaj. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Bentuk - ilusi 1.1.1.2 Ruang - ilusi 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Kepelbagaian – imej 1.1.2.2 Kesatuan - komposisi 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan kolaj. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan montaj. 1.2.1.1 Alat - gunting 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, gam, majalah, dan surat khabar 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik - montaj
  • 24. 16 1.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan montaj. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 25. MENGGAMBAR MODUL 1: CAPAN Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan corak menggunakan teknik capan dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 17 2.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa - organik atau geometri atau gabungan rupa 2.1.1.2 Jalinan - tampak 2.1.1.3 Warna - primer dan sekunder 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni - warna dan rupa 2.1.2.2 Ritma dan pergerakan - susunan motif 2.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan corak teknik capan. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik capan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, tumbuh-tumbuhan, dan bahan kutipan yang sesuai 2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
  • 26. 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 2.2.2.1 Teknik - capan 18 2.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian , dan teknologi dalam dalam penghasilan corak teknik capan. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 2.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 27. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN MODUL 2 : LIPATAN DAN GUNTINGAN Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 19 2.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik lipatan dan guntingan. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lipatan dan guntingan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa - organik dan geometri 2.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Imbangan - simetri 2.1.2.2 Kontra - warna 2.1.2.3 Harmoni - rupa 2.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan corak teknik lipatan dan guntingan. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak lipatan dan guntingan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alat - gunting 2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, majalah dan gam 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya 2.2.2.1 Teknik - lipatan dan guntingan
  • 28. 20 2.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak teknik lipatan dan guntingan. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 2.4 ApresiasiSeni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 29. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN MODUL 2 : RENJISAN DAN PERCIKAN Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 21 2.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik renjisan dan percikan. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik renjisan dan percikan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Jalinan - tampak 2.1.1.2 Warna - primer dan sekunder 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni - warna dan jalinan 2.1.2.2 Kepelbagaian - warna 2.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan renjisan dan percikan. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik renjisan dan percikan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, berus gigi, dan sikat 2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
  • 30. 2.2.2.1 Teknik - renjisan dan percikan 22 2.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak teknik renjisan dan percikan Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.3.1 Memanipulasi bahan secara kreatif 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 2.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan 2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 31. 23 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN MODUL 3 : MOBAIL Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan mobail dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada mobail. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada mobail. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Ruang - nyata 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 3.1.2.2 Ritma dan pergerakan – susun atur pada mobail 3.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan mobail. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan mobail. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - gam, tali, benang, kad manila, kertas warna, dawai kasar, straw board dan bahan lain yang sesuai. 3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
  • 32. 24 3.3 Ekspresi kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan mobail. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 3.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 33. 25 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN MODUL 3 : BONEKA Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan boneka dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada boneka. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada boneka. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan - simetri 3.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan boneka. Murid dapat mengetahui dan kefahaman bahasa seni visual, media,serta proses dan teknik dalam penghasilan boneka. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - span, gam, bahan kutipan, dan bahan lain yang sesuai 3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam proses penghasilan karya.
  • 34. 26 3.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan boneka. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang yang sesuai dalam penghasilan karya 3.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Membuat persembahan boneka yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 35. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN MODUL 3 :TOPENG Tema: Alam Semula jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan topeng serkup dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 27 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada topeng. Murid dapat mengenal, memahami,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng serkup. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Jalinan - tampak dan sentuh 3.1.1.3 Ruang - nyata 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan - simetri 3.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan topeng. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan topeng serkup. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - kertas yang sesuai atau kad manila, krayon, pensel warna , oil pastel, gam , dan bahan hiasan yang sesuai 3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
  • 36. 28 3.3 Ekspresi kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan topeng Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 3.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 3.4.2 Melakonkan watak topeng yang dihasilkan
  • 37. MENGENAL KRAF TRADISIONAL MODUL 4 : ANYAMAN Tema : Alam Semula Jadi Menghasilkan anyaman kelarai siku keluang dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 29 4.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada anyaman Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada anyaman kelarai 4.1.1 Unsur seni 4.1.1.1 Garisan - lurus 4.1.1.2 Rupa - geometri 4.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh 4.1.1.4 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.2.1 Harmoni - kelarai 4.1.2.2 Kontra - warna 4.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan anyaman Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan anyaman kelarai dengan menggunakan bahan sebenar atau bahan gantian. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media 4.2.1.1 Alat - gunting 4.2.1.2 Bahan - mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam 4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
  • 38. 4.2.2.1 Teknik - anyaman 30 4.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan anyaman. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 4.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 4.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 39. MENGENAL KRAF TRADISIONAL MODUL 4 : ALAT PERTAHANAN DIRI Tema: Objek Buatan Manusia Menghasilkan model alat pertahanan diri dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 31 4.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada model alat pertahanan diri. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada model alat pertahanan diri. 4.1.1 Unsur seni 4.1.1.1 Bentuk - konkrit 4.1.1.2 Warna - tertier dan neutral 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.2.1 Imbangan - tidak simetri 4.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan model alat pertahanan diri. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media 4.2.1.1 Alat - gunting 4.2.1.2 Bahan - kad atau kertas tebal, cat poster, oil pastel, gam, dan bahan hiasan yang sesuai 4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
  • 40. 32 4.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan model alat pertahanan diri. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 4.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 41. 33 MENGENAL KRAF TRADISIONAL MODUL 4 : ALAT PERHIASAN DIRI Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan rantai leher dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada alat perhiasan diri. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada karya. 4.1.1 Unsur seni. 4.1.1.1 Jalinan - tampak dan sentuh 4.1.1.2 Ruang - nyata 4.1.1.3 Bentuk - konkrit 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.2.1 Harmoni - warna 4.1.2.3 Ritma dan pergerakan - susunan manik 4.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan alat perhiasan diri Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 4.2.1.1 Alat - gunting 4.2.1.2 Bahan - benang, kertas warna, kertas majalah, bahan hiasan yang sesuai dan gam 4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
  • 42. 34 4.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan perhiasan diri. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 4.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan atau memperagakan hasil karya sendiri 4.4.2 Menceritakan fungsi alat perhiasan diri yang telah dihasilkan
  • 43.
  • 44. Terbitan: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk