Your SlideShare is downloading. ×
Bloom
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Bloom

10,081
views

Published on


0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
10,081
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
583
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. TAKSONOMI DAN DOMAINTAKSONOMI BLOOM-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasanorganisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus DewanEdisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yangbiasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan denganobjektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,kesikapan dan psikomotor.- Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:I Domain KognitifII Domain AfektifIII Domain PsikomotorDomain Kognitif- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuandan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan ideadan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan,teori-teori dan kefahaman.- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembanganpengujian masa kini.Domain Afektif- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalahkepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan setemosi atau bias (bayangan perasaan).Domain Psikomotor- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yangdimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf.- Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.Kesimpulan- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.KONSEP TAKSONOMI BLOOM- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
  • 2. ARAS TAKSONOMI BLOOMMenurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :-1. Pengetahuan2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis5. Sintesis6. PenilaianPengetahuan- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi,tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialahnamakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.- Contoh soalan :-- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari.A. dijemurB. berjemurC. berjemurD. menjemurKefahaman- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas,konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialahterangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dansebagai.- Contoh soalan :-- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :- “ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”A. Ke manakah Fahrin pergi?B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?C. Siapakah yang pergi ke hospital?D. Fahrin berada di hospital?Aplikasi- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsipdan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan,gunakan, huraikan dan sebagainya.- Contoh soalan:-- “ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.”Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringanpakaian itu?i. Sejuk iii. mendungii. Berangin iv. PanasA. i dan ii sahajaB. i dan iii sahajaC. ii dan iv sahaja
  • 3. D. iii dan iv sahajaAnalisis- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikanfaktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis,mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.- Contoh soalan:-(a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.Sintesis- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkanidea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksiatau deduksi.- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuatkesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dansebagainya.- Contoh soalan:-Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Penilaian- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calonmembuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberikomen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.Contoh soalan :-Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………TAKSONOMI KRATHWOHL- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasanapembelajaran yang baik.- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapatmembentuk sikap positif.
  • 4. ARAS TAKSONOMI KRATHWOHLPerwatakanOrganisasiPenilaianGerak balasPenerimaanPenerimaan- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangandan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlakusemasa kehadiran mereka.(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satusuasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaankepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilihsatu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .Gerak balas- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadapsesuatu objek atau situasi.Penilaian- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telahdinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jikakepercayaan itu boleh dipratikkan.Organisasi- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilaidigunakan.- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.Perwatakan- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satucara hidup.
  • 5. PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIANPENTAFSIRANSatu proses untuk mendapatkan maklumat dan penghakiman tentang produkpendidikan.Proses-langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yangdikehendaki.Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir.Produk-pengetahuan, kemahiran, nilai yang pelajar perolehi melalui proses pendidikan.Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.Konteks pendidikanü Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasilpembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.ü Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran,aktiviti dijalankan semasa p&p, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yangbertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.PENGUJIANPengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perludijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukursampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach(1970), “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atautingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor,atau satu sistem yang berkategori”.Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yangdinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yangmenegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuanyang diperlihatkanoleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumatyang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian ataupengadilan”. (Raminah1991:2).Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah”akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknyaprestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkatpersediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaanskrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikanguru.PENILAIANPenilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaiandilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, iaakan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkanitu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk
  • 6. mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amatpenting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaiandapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, sepertimenguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolahrendah. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan ataukeputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atauperkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “prosesdelineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalammempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasamengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yangtelah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuatpertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberianukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya,Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiranyang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaianpendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasilprogram pengajian berbanding matlamat asalnya.
  • 7. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)-Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaiankhususnya dalam proses p&p-Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukanPembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan bolehdipercayaiJadual Penentuan Ujian (JPU)-Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)-Satu blue print ujian / test specification-Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran-Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiranmerupakan taksonomi penguasaan-Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian-Membantu penggubal membina item soalanTujuan JPU-Ujian tidak dibina secara sembarangan-Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian-Panduan kepada penggubal soalan-Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa-Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbangSiapa yang membuat JPU-Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran-Guru-guru yang mengajar mata pelajaranCiri-ciri Utama JPU-Ada tajuk yang hendak diuji-Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji-Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jeniskemahiran yang diuji-Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian-Merangka secara nyata bidang yang akan diujiLangkah-langkah Pembinaan JPU-Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji-Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran-Bina carta dua hala-Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran-Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid-Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendakobjektif kurikulum
  • 8. DIMENSI DALAM JPUKandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran danbuku teks yang digunakan, meliputi :i – skop atau kedalamannyaii – bilangan item untuk setiap tajukiii – wajaranKemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomiBloom)Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yangmengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan araskesukaranWajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagisetiap tajuk.Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentukpencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yangtelah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah.Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semesterdan ujian akhir tahun
  • 9. PEMBINAAN UJIANJenis Item UjianUjian objektifUjian subjektif / eseiItem Ujian ObjektifCalon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balasdengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepatJawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.Hanya satu jawapan yang betulMengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuatpilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukanJenis-jenis item ujian objektifItem pilihan jawapan bebasItem pilihan jawapan tetapItem pilihan jawapan bebasMemerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikanSoalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantungSoalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkanArahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan … lenkapkan pernyataan berikutcontohItem jawapan pendeki. Tuliskan dengan perkataan nombor 23ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solatJumaat?i. ____________Item jawapan melengkapkani. Haiwan yang memakan daging dinamakan__________ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikuta. Johor __________b. Perlis __________Item pilihan Jawapan TetapItem betul/salahItem memadankanItem pengelasanItem susun semulaItem aneka pilihanItem Aneka PilihanBentuk soalanAyat tidak lengkapJenis jawapan terbaikJenis negatifInterpretif
  • 10. CantumanSoalan Objektif Aneka PilihanMengandungi dua bahagian- Stem – pokok soalan / tugasan soalan- Opsyen - pilihan jawapan yg diberiPilihan mengandungi :Kunci – jawapan yang betulPengganggu (distracktor) – bukan jawapanCon: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui prosesA pemeluwapanB penyulinganC pendidihanD elektrolsisAir boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stemA,B,C,dan D – opsyenA,B, dan C – penggangguD - jawapanStem SoalanMungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkapJelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calonTidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapanTidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalanOpsyen, Pengganggu dan KunciPilihan jawapan sama dengan stem soalanTiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragamElakan memberi bayanganElakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu punElak mengulang maklumat yang samaPastikan satu sahaja jawapanSusun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/DJenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalanSetiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanyasatu daripada pilihan itu betulContoh:Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?A AmmeterB VoltmeterC Meter pHD Multi meterAyat tidak lengkapSetiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yangbetul.Contoh :Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahanBritish memberi kesan terhadapA kemasukan buruh asing beramai-ramaiB industri membuat kereta berkembang pesat
  • 11. C migrasi penduduk dari luar bandar ke badarD industri perlombongan bijih timah berkembang pesatJenis Jawapan TerbaikSetiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannyatetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaikContoh:Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebutmempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?A. Memeriksa soalan demi soalanB Menanda kertas jawapan dengan berhati-hatiC memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapanD Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi MarkahSoalan Item NegatifKesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidakdikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yangtidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’Contoh:Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecualiA sesuai digunakan untuk ujian sumatifB dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggiC jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektifD boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman denganberkesanSoalan Item InterpretifSoalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah,jadual, graf atau petikan karanganContoh:Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepadaA internetB perdaganganC telekomunikasiD pengangkutanJenis Cantuman/GabunganSoalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendakimencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betulContoh:Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?I. JongII. RakitIII. PerahuIV. Kapal layar
  • 12. A. I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IVCara Menulis item Aneka PilihanPokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkapSoalan hendaklah ringkas tetapi padatPilihan jawapan juga perlu ringkasPilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang samaPilihan jawapan tidak bertindih atau diulangElakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betulPokok soalan tidak membayangkan jawapanAras Item ObjektifItem-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbezaMengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,sintisis dan penilaianItem Aras PengetahuanSoalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsbSoalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bilaCon: Bilakah Malaysia merdeka?(A) 1957(B) 1964(C) 1967(D) 1969Item Aras KefahamanMenguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi faktaatau konsep atau prinsipBentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakanCon: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana(A) akarnya panjang(B) batangnya lembut(C) pokoknya ada pelampung(D) ada ruang udara dalam batangnyaItem Aras AplikasiMenguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asasBentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsbCon: Hakim mempunyai wang sebanyakRM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinyaRM5.00. Cari jumlah wang Hakim.(A) RM17.00(B) RM19.00(C) RM 21.00(D) RM 23.00Item Aras Analisis
  • 13. Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagiankecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubunganBentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnyaCon: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yangdiperlukanA air dan cahayaB air dan karbon dioksidaC air, oksigen dan cahayaD air, karbon dioksida dan cahayaItem Aras SintesisMenguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuatsatu rumusan.Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yangmengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripadagas(A) oksigen(B) hidrogen(C) nitrogen(D) karbon dioksidaItem Aras PenilaianMenguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran,tugasan atau kaedah.Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalanganmurid-murid ialah(A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin(B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah(C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku(D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dankaunselingUjian Esei/SubjektifSoalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulisTindak balas berbentuk terhad atau lanjutanMemerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau eseipenuh (lanjutan)Jenis soalan subjektifJawapan pendekSoalan berstrukturSoalan eseiSoalan pendek/respon terhadTerhad apa yang harus dijawabContoh soalan- senaraikan lima komponen utama …
  • 14. - nyatakan tiga kelebihan …- apakah definisi … mengikut …?Soalan Esei Tindak Balas LanjutanMembolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kansesuaiSoalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea danmembuat penilaian secara bebasSoalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis,analisis dan penilaianContoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara .Cth: ” Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak bolehmenyebabkan inflasi ”Aras Item SubjektifMengingat semulaCon: Berikan definisi …Siapakah …Apakah …FahamanCon: Bandingkan …Huraikan …Apakah tujuan …AplikasiCon: Bagaimanakah …Terangkan cara …AnalisisCon: Mengapakah / apakah punca …Terangkan sejauh mana …SintesisCon: JelaskanBerdasarkan, huraikanPenilaianCon: Nilaikan ideaMengikut …, apakah pendapat andaPanduan Menulis Soalan EseiTetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibinaMulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsbTentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukanSebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedahkesimpulanJPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kansama ada ujian itu sah atau boleh dipercayaiPembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diraguiSetiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawabmemastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan
  • 15. JENIS PENILAIAN BAHASAUJIAN FORMATIFmerupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran danpembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.TUJUANMengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.Pelajar mengetahui kelemahan mereka.Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalampeperiksaan.PROSEDUR UJIAN FORMATIFMenentukan tajuk pengajaranü Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun.ü Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran.ü Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil.ü Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian formatif-nilai penguasaanpelajar bagi tajuk yg telah diajar.Menentukan aspek dan tahap penguasaanü Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasaipelajar.ü Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek tersebut.ü Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat menguasai sesuatu tajuk, inibermakna mereka sudah menguasai tajuk itu.Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajukü Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran padaperingkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran.ü Guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dantidak berpisah.Membina soalan ujianü Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar sekurang-kurangnya 1 soalan.ü Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur penguasaan pelajar terhadap elemen ini.Mencadangkan tindakan susulanü Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat berdasarkan keputusan ujian ini.ü Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk sebagai tindakan susulan, guru perluulang semula atau ubah pendekatan pengajaranUJIAN SUMATIFv Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun).v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggalpersekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum.
  • 16. Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMRTUJUAN¡ Memberikan gred kepada pelajar – membuat perbandingan pencapaian di kalanganpelajar.¡ Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baruatau tidak.LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAANMembentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)ü Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk pengajaran,objektifpengajaran dan bilangan pengajaranü Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektifpengajaran yang ingin disampaikan2. Membina Soalanü Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yangtelah ditetapkanü Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yangperlu dijawab3. Mengumpulan Soalan Secara Sistematikü Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti soalan objektif diasingkan daripadasoalan mengisi tempat kosong.ü Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau kesukarannya4. Menguji Soalan Melalui Kajian Rintisü Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagimemastikan ujian mempunyai keesahan yang tinggi.ü Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikiraMenyiapkan Skema Pemarkahanü Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya.ü Menjadi panduan semasa memeriksa jawapanü Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam pemberian markahUJIAN BAKATØ Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yangdimiliki oleh pelajar.Ø Terbahagi kepada 2 kumpulan;i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaranii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentuUJIAN PENCAPAIAN
  • 17. ü Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasaitajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.ü Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baruü Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diujiTujuanü Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depanseseorang pelajar dalam sesuatu bidang.ü Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan,permohonan biasiswa dan sebagainya.ü Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya¡ Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria¡ Ujian Rujukan Norma – membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain( UPSR).¡ Ujian Rujukan Kriteria – membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteriatertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan