1. Jenis organisma
Perosak dianggap organisma sebagai organisma yang berada di sesuatu kawasan
yang tidak memerlukannya. Organisma yang berbahaya kepada tumbuhan dan hasil
tumbuhan digelar perosak. Pertumbuhan tumbuhan terdedah kepada pengaruh
pelbagai jenis organisma. Sesetengah organisma ini merupakan perosak tanaman ,
walaubagaimanapun terdapat juga yang bermanfaat kepada tumbuhan. Serangga dan
nematode merupakan contoh perosak utama tumbuhan. Perosak ini akan makan tisu
tumbuhan seperti batang dan akar serta mengubah bentuk fizikal tanaman
Tanaman berpenyakit gagal menjalankan proses fisiologikal biasa. Organisma
yang menyebabkan keadaan ini digelar sebagai protagen. Antara protogen yang
berbahaya kepada tanaman ialah virus, bacteria dan kulat. Sesetengah kulat bersifat
saprofit di mana ia mendapat makanan daripada benda mati atau reput. Organisma
yang tidak menyebabakan penyakit secara lansung kepada tanaman teteapi membawa
patogen dinamakan vector.
Organisma penyebab penyakit kepada tanaman biasanya hidup dalam
tumbuhan tersebut. Pertumbuhan perumah akan terjejas keraan parasit ini mengambil
makanan daripada perumahnya.
2. Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi saya di dalam tugasan
ini. Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dalam menyiapkan
tugasan pertanian. Saya menghadapi banyak masalh semasa hendak menyiapkan tugasan
kerja khusus pendek pertanian ini.
Sebelum itu, saya mahu berterima kasih kepada pensyarah En Ismail B Saiman kerana
telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Banyak perkara yang telah saya
pelajari semasa membuat tugasan ini antaranya ialah saya telah belajar membuat rujukan buku
di perpustakaan. Sebelum ini saya hanya mahu mencari rujukan di internet sahaja. Tugasan ini
telah mengajar saya untuk pergi ke perpustakaan dan mendapatkan bahan rujukan dalam
tugasan yang telah diberikan.
Kaedah yang saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini termasuklah perbincangan
kumpulan, membaca buku rujukan, membanding beza dengan rakan lain dan membuat
kesimpulan bersama rakan dalam kumpulan tugasan. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi antara saya dan rakan lain semasa menyiapkan tugasan. Saya telah diberikan
kumpulan bersama-sama Azri, Md Nur dan Faris Aiman dalam tajuk Biosis. Soft copy yang
telah dubuat secara individu mengikut tajuk yang telah diberikan akan digabungkan di dalam
satu folder sahaja. Kami tidak mempunyai masalah dalam menyiapkan tugasan ini kerana kami
saling membantu antara satu sama lain.
Saya sangat gembira kerana tugasan pertanian ini Berjaya disiapkan pada masa yang
telah ditetapkan. En Ismail banyak membantu kami dalam melakukan tugasan ini kerana beliau
juga merupakan tutor kelas Rbt 2. Tanpa pertolongan beliau, kami mungkin manghadapi
pelbagai masalah untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Antara rakan kami yang
sangat bersemangat ialah Md Nur kerana dia selalu mengingatkan kami untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan tanpa menangguhkannya.
Kesimpulannya, saya bersyukur kepada tuhan kerana berjaya menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya dan rakan-rakan yang member sokongan moral kepada
saya untuk melakukan tugasan ini.
3. Isi kandungan
Perkara Muka
surat
Pengenalan kepada jenis organisma
Jenis organisma
1. Virus
2. Bakteria
3. Nematod
4. Kulat
5. Serangga
6. rumpai
Kepentingan ekonomi organisma
1. Virus
2. Bakteria
3. Nematod
4. Kulat
5. Serangga
6. rumpai
4. Penghargaan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia-Nya kerana
telah mengizinkan saya menyempurnakan tugasan yang diberi. Tempoh yang diberi
selama lebih kurang dua minggu ini telah saya gunakan untuk mengkaji setiap perkara
yang berkaitan supaya dapat dimuatkan dalam tugasan ini. Banyak maklumat yang
telah saya peroleh hasil dari rujukan daripada internet dan buku-buku dari
perpustakaan.
Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimibing saya dalam matapelajaran Sains Pertania Iaitu En Ismail Bin Saiman
kerana telah membimbing saya dan memberi tunjuk ajar yang terbaik sepanjang
tugasan ini dihasilkan. Beliau banyak membantu dari segi maklumat yang berkaitan dan
turut meberi sokongan kepada saya. Selain itu, saya juga ingin menitipkan
penghargaan ini buat rakan-rakan sekelas di atas kerjasama mereka dalam berkongsi
idea dan maklumat. Kami saling bertukar-tukar pendapat dalam usaha memantapkan
lagi penulisan kami. Tidak lupa juga kepada pihak IPGM Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat kerana menyediakan kemudahan seperti buku-buku rujukan dari
perpustakaan, makmal komputer berinternet, mesin fotostat dan sebagainya untuk
memudahkan saya menyiapkan tugasan ini. Dan akhir sekali, setinggi-tinggi
penghormatan saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka tidak pernah
jemu memberi sokongan dari segi moral dan kewangan.
Dengan keterbatasan ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang ada, saya amat
berharap agar tugasan ini dapat memuaskan hati semua pihak. Justeru itu, saya
sentiasa bersedia menerima teguran dan kritikan yang membina ke arah memperbaiki
dan memperkemaskan lagi penulisan laporan ini. Mudah-mudahan Allah memberkati
segala usaha saya dan mengurniakan keredhaan-Nya. Sekian, terima kasih.
5. Ciri-ciri organisma yang penting kepada tanaman
Jenis Ciri-ciri
organisma
Virus Organisma sangat halus yang mempunyai binaan ringkas
Parasit yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit tumbuhan
Biasanya hidup dalam sel hidup sahaja
Membiak melalui kaedah mengarahkan sel perumah membentuk
virus baru
Virus yang menyerang tanaman biasanya pelbagai bentuk seperti
polihedral, rod, spiral dan bebola
bakteria Bersel tunggal
Bakteria yang menyerang tumbuhan biasanya berbentuk rod
Mempunyai binaan seperti bebenang yang dikenal sebagai
flagelum untuk bergerak
Hidup sebagai parasit di dalam tumbuhan atau sebagai saprofit di
dalam tanah
kulat Organisma yang halus yang tidak mempunyai klorofil
Terdiri daripada hifa yang dapat menghasilkan spora, iaitu binaan
pembiakan kulat dan cara utama kulat menyerang tanaman
Kulat yang kebanyakannya adalah saprofit, membantu dalam
pereputan bahan organik
Terdapat beberapa jenis kulat yang dapat menyebabkan penyakit
pada tanaman
Nematod Berbentuk silinder dan licin tanpa segmen atau kaki
Mencucuk tisu tumbuhan untuk menghisap cecair tumbuhan
dengan binaan di mulut yang dipanggil stilet
Keadaan iklim, tanah dan kegiatan pertanian menggalakkan
pertambahan nematod
6. Serangga Haiwan invertebrat yang mempunyai rangka luar yang kuat
Badan bersegmen dan terbahagi kepada tiga bahagian utama,
iaitu kepala, toraks dan abdomen
Toraks mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang
sayap
Serangga merupakan kumpulan yang terbesar daripada
keseluruhan jemlah spesis haiwan yang diketahui
Ini membuktikan kemampuan daya penyesuaian serangga yang
tinggi untuk hidup di pelbagai persekitaran
Rumpai Rumpai yang tumbuh di persekitaran kawasan penanaman
memberi persaingan kepada tanaman untuk mendapatkan cahaya
matahari, nutrien, ruang dan air
Sesetengah rumpai mempunyai potensi untuk digunakan sebagai
ubat dan dianggap sebagai tumbuhan berguna
7. Kepentingan ekonomi organisma
Terdapat organisma yang berbahaya kepada tumbuhan kerana menebabkan
penyakit kepada tumbuhan atau menyebarkan organisma lain yang berbahaya. Virus,
bacteria dan kulat adalah organisma seni yang disebarkan oleh vector atau cara fizikal
lain seperti tiupan angin, air hujan atau alat-alat ladang yang kotor. Apabila memasuki
tumbuhan, organisma akan hidup sebagai parasit yang menggunakan nutrien
tumbuhan perumah untuk pertumbuhan normal. Organisma ini menyebabkan
pembentukan struktur tertentu pada tumbuhan. Keadaan ini menyebabkan hasil
tumbuhan itu tidak boleh digunakan.
Perosak seperti nematod pula biasa hidup dalam tanah dan melakukan
kerosakan pada akar secara menghisap cecair daripada tisu tumbuhan. Perosak ini
juga menyebabkan akar membengkak dan seterusnya mengganggu fungsi akar.
Serangga pula makan tisu tumbuhan atau menghisap cecairnya. Selain itu serangga
boleh menyebarkan penyakit virus dan bekteria yang berbahaya kepada tanaman.
Pada umumnya perosak dianggap sebagai organisma yang berbahaya dan tidak
berfaedah kepada manusia. Akan tetapi terdapat teritip pokok (scale insects) seperti
Laccifer lacca yang menghasilkan syelek dan Dactylopius coccus yang menghasilkan
pewarna cochineal. Sutera juga diperolehi daripada ulat sutera. Sejenis kumbang
belalai Neochetina eichorniae telah digunakan sebagai agen kawalan biologi ke atas
rumpai keladi bunting Eichhornia crassipes. Sejenis kumbang belalai Elaeidobiuss
kamerunicus berpotensi digunakan untuk membantu pendebungaan pokok kelapa
sawit.
8. Virus
Mempunyai kepentingan ekonomi kerana mampu berperanan sebagai agen pengawal
perosak.Virus disebarkan kepada tanaman sihat oleh:
a) Vektor seperti afid, lelompat daun, nematod dan kulat
b) Biji benih yang virus
c) Peralatan ladang yang telah tercemar oleh virus
d) Pekerja sewaktu bekerja di ladang
Pengkajian tentang virus penting dalam usaha penanaman tanaman padi.Kebanyakan
virus adalah agen penyebab penyakit dan bersifat parasit kepada tanaman.Sebilangan
kecil virus penting kepada manusia.Virus berpotensi untuk digunakan sebagai agen
kawalan biologi perosak.
Walau bagaimanapun, penggunaannya perlu dikaji dengan teliti kerana virus
berupaya menukarkan cirinya apabila memasuki sel perumah. Virus akan mengubah
kandungan genetiknya dan mungkin akan menjadi patogen kepada tanaman
9. Bakteria
Proses bermanfaat kepada tanaman yang melibatkan bakteria antaranya ialah :
a) Penguraian bahan organik
b) Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang hidup bebas
c) Penitratan yang dilakukan oleh nitrobacter dan nitrosomonas
Bakteria seperti bacillus thuringiensis merupakan agen pengawal biologi yang
penting. Bakteria ini digunakan untuk mengawal pelbagai jenis kulat. Ia juga dikenal
pasti mampu merangsangkan sel untuk menghasilkan bahan kimia yang dapat
membunuh serangga. Bakteria penyebab penyakit menyerang tumbuhan melalui
stoma, lentisel, bunga atau luka. Bacteria juga dibawa oleh serangga atau disebar
melalui biji benih. Bakteria yang berjaya memasuki tumbuhan akan terus membiak dan
merebak.
10. Kulat
Kulat yang bersifat saprofit bertindak sebagai agen pengurai bahan organik di
dalam tanah. Kulat mikoriza penting kerana bersimbiotik dengan akar beberapa
tumbuhan.Ia membantu akar tumbuhan mengambil nutrien terutamanya daripada
fosforus daripada tanah. Mikiroza membantu biji benih orkid bercambah dalam keadaan
semula jadi Kulat kemudiannya akan membentuk perhubungan kekal dengan akar
udara orkid Kulat juga dapat memerangkap nematod di dalam tanah Berpotensi
sebagai agen pengawal perosak
Kulat memasuki tisu tumbuhan melalui luka, stoma, kutikel dan eperdemis.
Semasa berada di dalam tisu tumbuhan, kulat mengambil nutrien daripada perumah
untuk pertumbuhan. Ini menyebabkan berlakunya reaksi daripada tumbuhan yang
mengakibatkan penyakit. Kulat juga berpotensi mengawal serangga. Hamper 750
spesis kulat dapat menyerang serangga.
Tanda penyakit yang disebabkan oleh kulat terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu:
a) Tisu mati: reput, melecuh, antraknos, bintik, hawar dan keruping
b) Pertumbuhan berlebihan atau perubahan bentuk: bonggol, ikal daun, akar
tongkol
c) Tanda-tanda lain: kerat, kulapuk dan layu
Beberapa penyakit kulat tanaman
Tanaman Penyakit
Padi Karah
Kelapa sawit Reput batang
Reput pangkal
Reput tandan
Pokok getah Penyakit akar putih
Penyakit akar merah
Penyakit keguguran daun
Penyakit cendawan angin
11.
12. Nematod
Nematod yang hidup bebas di dalam tanah mempunyai nilai ekonomi kerana
mampu membantu proses penguraiaan bahan organik.Peranan nematod ini kurang
ketara kerana bersaiz kecil.Nematod mampu menyerang dan menjadikan serangga
seperti belalang sebagai perumah Nematod turut memakan bakteria, kulat atau
nematod lain.Nematod merosakakan tumbuhan melalui rembesan air liurnya yang
dapat mencernakan kandungan sel tumbuhan.
Kerosakan tanaman yang disebabkan oleh nematode adalah berpunca daripada:
a) Rembesan air liur yang mencederakan tisu akar
b) Interaksi nematod dengan organisma lain
c) Peranan sebagai pembawa virus
13. Serangga
Serangga mempunyai kepentingan ekonomi yang khusus kerana membantu
proses pendebungaan. Contohnya serangga membantu pendebungaan ini ialah lebah
madu, kupu-kupu dan lalat. Pemangsa kepada serangga perosak. Serangga ini
membantu mengurangkan kerosakan pokok dan hasil tanaman. Kumbang kura-kura
ialah serangga pemangsa kepada afid ( kutu daun ). Memperbaiki keadaan tanah.
Lubang yang digali oleh semut dan kumbang membolehkan udara meresap ke dalam
tanah.
Pada masa yang sama, serangga juga membawa kemudaratan seperti
merosakkan tanaman. Beberapa jenis kumbang merupakan perosak utama tanaman
kelapa sawit dan kelapa. Daun, batang, akar dan buah dirosakkan oleh belalang kunyit,
kumbang tanduk, larva beberapa jenis rama-rama dengan memakan tisu tumbuhan dan
meninggalkan tanda-tanda lubang pada bahagian yang diserang. Selain itu serangga
membaw apelbagai penyakit. Benah hijau dan benah perang adalah vector kepada
jenis penyakit virus padi.
Beberapa contoh perosak tanaman
Tanaman Perosak
Padi Pianggang, benah hijau dan benah perang
Kelapa sawit Kumbang tanduk dan kumbang gajah
Pokok getah Anai-anai, kumbang koboi dan hamama lebar
15. Rumpai
Rumpai merujuk kepada tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh di
kawasan penanaman.Rumpai yang tumbuh di tanah curam berfungsi untuk mencegah
hakisan tanah.Rumpai harus diberi perhatian kerana peranannya membekalkan
makanan dan tempat perlindungan kepada musuh semula jadi serangga perosak.
Lalang adalah rumpai yang menyebabkan masalah di kawasan penanaman
kerana sukar dihapuskan. Padi burung di kawasan sawah padi yang sukar dibezakan
daripada pokok padi pada peringkat awal. Masalah ini memnjadi ketara apabila
penanaman padi secara taburan terus diamalkan. Keladi bunting pula menimbulkan
masalah kerana menyekat laluan air atau tempat pengairan.
Kesan nagatif rumpai termasuklah:
a) Biji benih dan bahagian rumpai yang lain dapat merendahkan mutu hasil
tanaman
b) Kulat pada bahagian rumpai menjangkiti bijirin dan merosakkannya
c) Rumpai menjadi tempat perlindungan perosak atau penyakit tumbuhan
16. Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Sains Pertanian
saya. Saya Mohd Aidil B Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah
Berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu
bapa saya tidak member galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa
saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga
beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah
untuk mencari bahan rujukan tajuk yang saya iaitu Biosis. Saya keliru antara antara tajuk ini
dengan tajuk yang lain kerana hampir sama tetapi setelah di terangkan oleh En Ismail, saya
akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi
dalam pembentangan saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam
matapelajaran ini. Terdapat banyak nama-nama tumbuhan dalam bahasa sains yang saya
kurang fahami kerana jarang terdapat dalam surat khabar ataupun buku. Nota-nota yang telah
diberikan oleh En Ismail telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam pembentangan saya.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan
pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah
berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Sains Pertanian yang diberikan telah
berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu En Ismail Bin
Saiman.
17. Bibliografi
A.Tai Lung, 2002. Sains Pertanian tingkatan empat. Pencetakan Warni Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan.
1991. Sains Pertanian Tigkatan 4. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.