SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Dewasa ini, negara kita Malaysia berjaya melalui pelbagai rintangan baik dari segi
politik, ekonomi dan sosial sejak 55 tahun yang lalu. Dalam masa itu, negara kita
terpaksa merentasi kekangan serta dugaan semasa yang sangat mencabar. Namun
prestasi dan kedudukan ekonomi Malaysia tetap berada dalam keadaan yang
memberangsangkan walaupun perkembangan semasa perdagangan antarabangsa,
domestik dan pasaran saham kurang stabil sejak kebelakangan ini. Sememangnya
ini adalah bersifat global dan bukan Malaysia sahaja yang merasainya tetapi
merangkumi negara-negara maju serta negara yang sedang membangun. Antaranya
Amerika Syarikat (AS), Singapura, Jepun, Korea Selatan dan China.
Tambahan pula, krisis kewangan global pada masa kini kian pulih . Hal ini
menyebabkan ekonomi Malaysia kembali pulih serta semakin kukuh di pasaran
antarabangsa. Pertumbuhan ekonomi yang mapan dan cergas telah pun dicapai
dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama
tahun 2010 sebanyak 10.1 peratus iaitu kadar tertinggi dalam tempoh sepuluh
tahun. Namun bagi menggapai status ekonomi yang berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020, cabarannya adalah untuk mengekalkan momentum
pertumbuhan yang cergas. Lantaran itu, salah satu ukuran penting bagi mengukur
kemajuan sesebuah negara ialah pertumbuhan dan pencapaian ekonominya. Dalam
sesebuah negara amnya, pencapaian ekonomi diukur melalui pendapatan negara. Ia
selaras dengan ukuran nilai mata wang bagi barang-barang dan perkhidmatan dalam
sesebuah negara melalui pencapaian seluruh kegiatan ekonomi setiap tahun. Pada
tahun ini (2013), pertumbuhan dan pencapaian ekonomi Malaysia berada pada
tahap yang baik.Ia ekoran pemulihan ekonomi global yang kembali kukuh dan
disokong beberapa faktor.
Antaranya, rangsangan fiskal yang mapan dan dasar monetari akomodatif di
seluruh negara. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, Laporan Ekonomi
menunjukkan bahawa jumlah hutang kerajaan dijangka meningkat kepada RM504.4
bilion berbanding RM456.1 bilion pada tahun 2011. Hutang domestik juga adalah
komponen terbesar meliputi 96.5 peratus hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan
haruslah berusaha untuk meningkatkan pengurusan ekonomi secara efisien supaya
dapat menangani masalah hutang negara. Pada tahun 2012, pihak kerajaan berjaya
memastikan defisit berada di bawah lima peratus, iaitu 4.7 peratus. Hal ini
menyebabkan peningkatan hasil sebanyak RM21 bilion. Untuk tahun 2013 ini, pihak
kerajaan juga ingin memastikan defisit pada kadar 4.0 peratus. Justeru, hasil
kerajaan pada 2013 dijangka meningkat sebanyak RM208.6 bilion berbanding
RM207 bilion pada 2012. Dalam hal ini juga, pelbagai kajian yang menunjukkan
bahawa negara kita dapat mempertahankan pertumbuhan ekonomi pada kadar
sederhana. Misalnya, Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan
pertumbuhan negara untuk tahun ini iaitu 4.6 peratus. Pusat Kewangan Islam
Antarabangsa (INCEIF) juga menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara pada
paras 4.6 peratus hingga 5.0 peratus. Manakala, The Economist Group pula
mengekalkan unjuran pertumbuhan Malaysia pada 4.7 peratus tahun ini.
Sungguhpun begitu, ekonomi global dijangka terus berkembang secara
perlahan pada tahun ini (2013). Hal ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi di
Amerika Syarikat (AS) kekal perlahan. Manakala prestasi ekonomi di kebanyakan
negara Eropah masih lemah dan berterusan menyebabkan kebimbangan terhadap
struktur dalam negeri. Di Asia, aktiviti ekonomi terus berkembang walaupun
mengalami kadar yang lebih perlahan apabila permintaan dalam negeri terus
mengatasi kelemahan dalam permintaan luar negeri. Dalam hal ini, pertumbuhan
yang kukuh di rantau Asia, terutama China dan India serta ekonomi Pertubuhan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan negara-negara pengeluar minyak turut
mempengaruhi pertumbuhan global.
Lantaran itu, terdapat beberapa faktor yang menjadi pendorong dalam
perubahan sesebuah ekonomi iaitu isu struktural seperti kadar pengangguran yang
tinggi dalam kalangan negara maju, ketidakseimbangan harga komoditi dan krisis
kewangan di selatan Eropah. Justeru bukan sahaja persaingan menjadi lebih sengit
malah ketidaktentuan pertumbuhan global juga mengakibatkan kurangnya
perdangangan dan pelaburan bagi negara membangun. Ia juga menyebabkan
peralihan kuasa ekonomi Asia dalam krisis kewangan global dengan pantas. Walau
bagaimanapun, peralihan tersebut tidak semestinya menguntungkan Malaysia.
Kuasa ekonomi tertumpu kepada negara serantau yang besar terutamanya India,
China dan Indonesia. Negara tersebut mempunyai kelebihan dari segi kos yang
rendah dan saiz pasaran domestik yang besar. Hal ini menunjukkan Malaysia
umpama terperangkap dalam pendapatan yang sederhana kerana tidak mampu
bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah. Pada masa yang sama, ia juga
tidak setanding dengan negara maju yang berinovasi tinggi.
Selain itu, penyertaan pelabur swasta dalam ekonomi negara juga kurang
menggalakkan. Sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997 hingga tahun 1998,
pelaburan agregat sebagai peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
semakin merosot. Hal ini disebabkan beberapa faktor. Dalam beberapa industri
negara kita, penyertaan aktif kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan telah
membantutkan pelaburan swasta dalam negara. Hal ini jelas menyukarkan para
pelabur menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia. Ia juga turut dihalang oleh
prosedur birokrasi yang rumit, lembab dan mengambil masa yang lama bagi pihak
pelabur swasta. Dalam hal ini juga, prosedur ini juga turut memberi kesan kepada
kos pelaburan dan potensi pulangan pelaburan. Menurut Laporan Global
Competitiveness Indeks tahun 2010, kedudukan Malaysia jatuh dari tangga 21 ke
nombor 24 dari kedudukan asalnya. Justeru itu, ia menunjukkan bahawa negara
telah hilang daya penariknya sebagai destinasi pelaburan.
Negara kita Malaysia juga menunjukkan kewujudan pekerjaan yang
mengenakan upah tinggi tetapi masih tidak mencukupi manakala sumbangan
pekerja mahir kian merosot merentasi industri. Kebanyakan kes sebegini
menunjukkan bahawa majikan tidak membayar untuk kemahiran sebaliknya
bergantung pada bekalan pekerja asing tidak mahir yang mudah diperolehi. Hal ini
seterusnya para majikan dapat menjanakan keuntungan daripada pengeluaran
produk dan perkhidmatan nilai tambah yang rendah. Faktor ini juga seterusnya
memalapkan pertumbuhan upah di negara kita.
Justeru itu, isu-isu ekonomi sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ia
memberi impak yang negatif kepada ekonomi negara Malaysia. Oleh itu, pihak yang
berwajib haruslah mengambil tindakan yang rasional, efektif, dan inovatif dalam
menguruskan ekonomi negara secara tidak langsung akan dapat memantapkan dan
meningkatkan pendapatan negara.
Di samping itu, analisis terhadap pendapatan negara kasar melalui (KDNK)
juga mampu memberi impak kepada ekonomi Malaysia. Menurut sumber berita
Rancangan Televisyen Malaysia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia
berkembang sebanyak 4.1 peratus dalam suku pertama 2013, dalam persekitaran
luar negara yang lemah. Hal ini berbeza dengan 5.1 peratus yang dicapai dalam
suku yang sama pada 2012 dan 6.5 peratus dalam suku keempat tahun lepas ( Tan
Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 2013). Menurut Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz lagi, permintaan
domestik juga terus kukuh dan meningkat sebanyak 8.2 peratus dalam suku itu
berbanding 7.8 peratus yang dicatatkan dalam suku keempat tahun lepas. Ia juga
seterusnya menjadi pemacu utama pertumbuhan, dengan sokongan peluasan sektor
swasta dan sektor awam yang kukuh.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2013) menyatakan ekonomi Malaysia terus
kekal stabil pada suku pertama ini dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.1
peratus. Dari segi penawaran, semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif
kecuali Perlombongan Dan Pengkuarian. Pemangkin utama bagi ekonomi adalah
sektor Perkhidmatan dan Pembinaan dengan pertumbuhan 5.9 peratus dan 14.7
peratus. Pada suku ini, Pembuatan mencatatkan pertumbuhan marginal 0.3 peratus.
Sementara itu, Perbelanjaan Pengunaan Akhir Swasta ialah 7.5 peratus dan
pembentukan Modal Tetap Kasar sebanyak 13.2 peratus terus menjadi pendorong
utama dari segi permintaan.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2013) juga turut menjelaskan peratusan
ekonomi dalam perkhidmatan, pembinaan, pertanian, pembuatan, perlombongan
dan pengkuarian, perbelanjaan penggunaan akhir, pembentukan modal tetap kasar
serta eksport dan import. Antara penjelasannya ialah dalam sektor perkhidmatan, ia
berkembang kepada 5.9 peratus disokong oleh prestasi kukuh subsektor
perdagangan borong dan runcit serta kewangan dan insurans. Pertumbuhan
perdagangan borong dan runcit pada 5.9 peratus didorong oleh aktiviti runcit yang
meningkat kepada 6.9 peratus. Di samping itu, aktiviti kewangan dan insurans
meningkat 6.2 peratus yang dirangsang oleh pertumbuhan dua digit dalam aktiviti
Insurans (16.8 peratus), terutamanya dalam insurans hayat. Sementara itu,
komunikasi meningkat 9.0 peratus sebahagian besarnya disokong oleh
perkhidmatan data komunikasi menerusi kadar penembusan jalur lebar yang
semakin meningkat.
Bagi tempoh lima suku tahunan berturut-turut, sektor pembinaan terus
mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Sektor ini mencatatkan
pertumbuhan kukuh 14.7 peratus pada suku ini. Kejuruteraan awam kekal sebagai
pemangkin utama dengan pertumbuhan 36.2 peratus yang disokong oleh projek
infrastruktur. Selain itu, Kediaman meningkat 9.8 peratus dirangsang oleh projek
pembangunan perumahan terutamanya di Lembah Klang dan Pulau Pinang.Bagi
sektor Pertanian pula, ia mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus disokong oleh
kelapa sawit, pertanian lain dan erikanan. Pengeluaran kelapa sawit yang tinggi telah
menyumbang kepada pertumbuhan nilai ditambah Kelapa Sawit yang
memberangsangkan sebanyak 14.6 peratus pada suku ini. Pertumbuhan kukuh bagi
sayur-sayuran dan buah-buahan telah meningkatkan momentum pertanian lain, yang
menyumbang 19.4 peratus kepada jumlah pertanian.
Disamping itu, sektor Pembuatan pula tumbuh pada kadar perlahan 0.3
peratus disebabkan oleh penurunan dalam subsektor produk petroleum, kimia, getah
dan plastik dan momentum yang lebih perlahan dalam subsektor yang lain.
Subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik menunjukkan penurunan
prestasi kepada negatif 2.3 peratus sejak suku tahun kedua 2009. Pertumbuhan
lemah ini adalah disebabkan oleh penurunan dalam pengeluaran petroleum bertapis.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang menggalakkan dalam peralatan
pengangkutan dan pembuatan lain dan produk mineral bukan logam, logam asas
dan produk logam yang direka menyokong kepada pertumbuhan positif sektor ini.
Sektor perlombongan dan pengkuarian menyusut kepada 1.9 peratus
disebabkan oleh kejatuhan pengeluaran minyak mentah (-2.8 peratus) dan
kondensat (-6.5 peratus). Di samping itu, pertumbuhan marginal gas asli tidak dapat
mengimbangi kemerosotan prestasi sektor ini. Manakala perbelanjaan penggunaan
akhir mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus dari 4.9 peratus pada suku lepas.
Seterusnya, perbelanjaan penggunaan akhir swasta meningkat 7.5 peratus
berbanding 6.2 peratus pada suku keempat 2012. Pengembangan ini didorong oleh
prestasi yang lebih baik dalam kebanyakan jenis perbelanjaan terutamanya
pengangkutan dan komunikasi, perumahan dan utiliti serta makanan dan minuman.
Selain itu, perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan tumbuh pada kadar lebih rendah
0.1 peratus berbanding 1.2 peratus pada suku sebelumnya. Pertumbuhan kecil ini
disebabkan oleh kejatuhan dalam perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan.
Justeru, Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) kekal kukuh 13.2 peratus
dirangsang oleh perbelanjaan ke atas struktur serta jentera dan kelengkapan. Sektor
swasta yang menyumbang 62.4 peratus memacu Pembentukan Modal Tetap
Kasar (PMTK) dengan mencatatkan pertumbuhan 10.9 peratus. Sementara itu,
sektor awam pula sektor awam sebanyak 17.3 peratus.Eksport juga jatuh kepada
0.6 peratus kesan daripada kelembapan prestasi dalam eksport barangan. Eksport
barangan menyumbang 84.8 peratus kepada jumlah eksport. Di samping itu, import
juga meningkat 3.6 peratus yang didorong oleh import barangan yang lebih tinggi
terutamanya jentera dan kelengkapan pengangkutan, bahan api galian dan pelincir
serta barang-barang keluaran kilang. Hal ini menunjukkan Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) pada harga semasa iaitu suku tahunan 2010 hingga 2013 dalam
ekonomi Malaysia. Justeru dalam hal ini ia juga dapat memainkan peranan penting
dalam meningkatkan ekonomi Malaysia.
Selain itu, Malaysia juga muncul sebagai negara yang merekodkan
kemasukan peningkatan pelaburan langsung asing yang paling tinggi dalam
kalangan negara Asia pada tahun 2010 iaitu dengan jumlah kenaikan sebanyak
409.7 peratus. Menurut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa
Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), kenaikan jumlah
pelaburan langsung asing ke Malaysia telah meningkat kepada RM21.35 bilion pada
2010 berbanding dengan RM4.25 bilion pada 2009. Pencapaian ini menggambarkan
tahap keyakinan pelabur asing semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan, legasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan faktor terpenting
membawa kepada peningkatan memberangsangkan pelaburan langsung asing ke
Malaysia. Memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam akhbar yang berkata, "Laporan yang
dikeluarkan oleh UNCTAD itu telah mengukuhkan kenyataan sebelum ini bahawa
aliran masuk pelaburan langsung asing yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion
(RM15.3 juta) ke negara ini bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan
angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan."
Selanjutnya Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, pencapaian itu
mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia yang menunjukkan
bahawa pelabur percaya kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan
transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi (MBE).
Beliau juga mengatakan Malaysia telah kembali ke radar pelabur antarabangsa
seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak
September lalu yang telah menyokong bursa mencecah paras tertingginya pada 7
Januari lalu pada 1,572.21 mata. Berdasarkan laporan Pelaburan Dunia Persidangan
Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD),
beliau juga menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan pelaburan ke
Malaysia pada 2009 disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah
dalaman.
Sesungguhnya, legasi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melalui dasar-dasar
baru yang telah dipeloporinya sebaik saja mengambil alih pucuk kepimpinan negara
seperti dasar liberalisasi, Model Ekonomi Baharu (MBE) , Program Transformasi
Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menunjukkan
kesan positif terhadap ekonomi negara, khasnya peningkatan dalam pelaburan
langsung asing. Pengumuman 19 projek baru di dalam Program Transformasi
Kerajaan (GTP) menerusi 10 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) oleh Najib
yang membabitkan pelaburan langsung asing kira-kira RM67 bilion yang merangkumi
sektor minyak, gas dan tenaga dijangka mampu merancakkan lagi ekonomi negara
sekali gus menjadi momentum terbaik untuk meningkatkan pelaburan swasta dan
menjadikan sektor swasta sebagai pemacu utama ekonomi negara. Pelaksanaan
projek baru itu dijangka mampu menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak
RM36 bilion setiap tahun serta menyediakan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan
baru. Usaha dan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan ini mampu mengubah
ekonomi negara. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan daya tarikan para pelabur
ke Malaysia sebagai destinasi pilihannya.
Disamping itu, Bajet 2013 juga mampu memberi impak yang besar kepada
ekonomi negara kita Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah cuba sedaya
upaya untuk membina satu landasan yang baik kepada masyarakat Malaysia amnya.
Dalam pada itu, pihak kerajaan telah menggariskan Bajet 2013 sebagai pengukuhan
atau langkah strategik untuk meningkatkan ekonomi negara. Antaranya, rancangan
kerajaan untuk mengembangkan lagi pasaran bon dan sukuk dengan tambahan
modal dana jamin RM400 juta akan melonjakkan lagi pasaran modal
negara.Agrosukuk yang akan dimanfaatkan oleh syarikat yang terlibat dalam sektor
pertanian akan menjadi platform kepada pembangunan sektor pertanian di mana
komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah merupakan permintaan utama
dunia. Pelbagai industri hiliran berkaitan pertanian juga dapat dimaju dan
dikembangkan.Dana Strategik Pelaburan Domestik RM1bilion serta Dana
Pembiayaan PKS Bumiputera (RM1bilion)dilihat mampu untuk menjadi pemangkin
pertumbuhan ekonomi domestik.
Manakala, Dana Industri Halal RM200 juta bagi tujuan membangun industri
halal berimpak tinggi akan meningkatkan eksport produk halal ke pasaran
antarabangsa.Peruntukan RM3 bilion untuk projek permulaan (EPP) di bawah 12
bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada 2013 akan turut merangsang
pertumbuhan ekonomi. Pelbagai peruntukan bagi industri pembinaan melalui
pelbagai projek baharu akan memberi peluang yang lebih luas kepada kontraktor
mengambil bahagian dalam menjayakan sebahagian daripada Program Transformasi
Ekonomi (ETP) ini. Peruntukan tersebut adalah untuk melonjakkan pelbagai latihan
kemahiran agar dapat melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi,
kreatif dan inovatif untuk dibekalkan dalam pasaran kerja, terutama dalam industri
berteknologi tinggi.
Selain itu, pelaksanaan penuh dan mapan bagi langkah pembaharuan yang
disarankan oleh MPEN akan mendorong transformasi Malaysia ke arah ekonomi
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MPEN menjangka langkah
pembaharuan yang berani akan menambah giat pelaburan, mendorong produktiviti
buruh dan merangsang kecekapan, lalu menaikkan kadar pertumbuhan benar
kepada purata 6.5% setahun dalam tempoh 2011-2020. Keluaran Negara Kasar
(KNK) per kapita akan meningkat kira-kira AS$17,700 menjelang tahun 2020.
Senario ini mengadaikan bahawa tidak berlaku satu lagi krisis ekonomi yang besar di
peringkat global yang boleh menggelincirkan ekonomi Malaysia keluar dari landasan
pertumbuhan ini ( Majlis Penasihat Ekonomi Negara, MPEN).
Sehubungan dengan itu, pendidikan juga mampu memberi implikasi kepada
ekonomi sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia amnya, pendidikan amat
ditekankan dalam pembangunan negara. Hal ini adalah kerana ia dapat memberi
impak yang besar kepada ekonomi negara kita. Sememangnya, pendidikan
memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Dalam hal ini, kita harus tahu bahawa persaingan ekonomi global
yang sedang berlangsung dalam era globalisasi ini sangat memerlukan
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang tinggi agar dapat bersaing dengan
dunia masa kini. Dalam erti kata lain, sesebuah negara yang mempunyai rakyat yang
berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi yang tinggi. Justeru itu, ekonomi
yang tinggi mampu memberi impak yang positif kepada pendapatan sesebuah
negara amnya Malaysia.
Selain itu, pendidikan dan pembangunan sumber manusia juga merupakan
kunci kepada peningkatan daya saing negara. Sistem pendidikan yang efisien juga
mampu memenuhi kehendak komersial dan industri. Hal ini kerana ia dapat
menghasilkan tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, proaktif dan
berkemahiran. Ia sememangnya memberi input yang sangat penting dari segi
pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Tanpa sumber manusia
maka input lain seperti modal fizikal dan bahan mentah tidak dapat digemblengkan
dengan sempurna. Ekoran ini banyak kajian dilakukan untuk menunjukkan
kepentingan perancangan pendidikan dalam pembangunan dan pengurusan serta
hubungan antara pendidikan dan pekerjaan (Carnoy 1977, Caillods & deGrauwe
2006). Sanyal (2008) telah membentuk sistem maklumat untuk menilai rantaian
antara pendidikan dan pasaran buru. Pendek kata pembentukan modal manusia
melalui pendidikan dan latihan memang sangat menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara (Fernandez dan Mauro 2000).
Sebenarnya, penyediaan sokongan dan sumber yang disediakan sesuatu
dalam sistem kepada sekolah memberi kesan penting kepada prestasi sekolah. Hal
ini bertujuan membolehkan guru memberikan tumpuan kepada tugas utama mereka
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu,
pelaburan dalam sistem pendidikan merupakan ukuran penting kepada kesungguhan
dan komitmen kerajaan terhadap pendidikan ( Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025). Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang
tinggi dalam pendidikan sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 55 tahun yang
lalu. Pada awal tahun 1980 an, perbelanjaan Persekutuan untuk pendidikan rendah
dan menengah sebagai peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah yang
tertinggi di Asia Timur.
Pada tahun 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8% daripada
KDNK , atau 16% daripada jumlah perbelanjaan kerajaan bukan sahaja lebih tinggi
daripada purata OECD sebanyak 3.4% daripada KDNK dan 8.7% daripada jumlah
perbelanjaan awam, malah adalah setara atay lebih tinggi daripada sistem
berprestasi tinggi seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Pada tahun 2012,
daripada jumlah bajet pendidikan sebanyak RM37 bilion, kerajaan terus
menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu 16% daripada jumlah bajet kepada
Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap
pendidikan sebagai satu daripada keutamaan negara.
Trend perbelanjaanpendidikan di Malaysia jugaterusmeningkatdaritahun 1994
hinggake 2004.Misalnyapadatahun 2000 jumlahperbelanjaanpendidikanadalah
RM14.097 jutamanakalajumlahperbelanjaanpersekutuanadalahsebanyak RM78.025
jutadan KNK adalah RM295.843
juta.Manakalaperatusjumlahperbelanjaanpendidikanberbandingjumlahperbelanjaanp
ersekutuanadalah 18.05% danperatusperbelanjaanpendidikanberbanding KNK
adalah 4.76%.Begitujugapadatahun
2000,dimanajumlahperbelanjaanpendidikansebanyak RM23.937 juta.
Manakalajumlahperbelanjaanpersekutuanadalah RM112.490 juta, KNK adalah
RM382.529, peratusjumlahperbelanjaanpendidikanadalah 21.28%
danperatusperbelanjaanmengikut KNK adalah 6.26%.
Inimenunjukkankerajaanpusatpenerajuutamadalampembiayaanpendidikandanmemp
eruntukkansebanyaksetengahdaripadakeseluruhanperbelanjaannegarauntukpendidik
an.ManakalapadaBelanjawan 2007,
kerajaanpusatmemberiperuntukankepadaKementerianPelajaransebanyak RM33.4
billion atau 22% daripadajumlahperuntukanbelanjawansektorawam. Hal
inisecaratidaklangsungmemberiimpakkepadapendidikandanekonominegarakita.
Pihak kerajaan juga banyak menubuhkan sekolah-sekolah bagi memberi
tempat kemudahan para pelajar dan juga guru-guru untuk menimba ilmu. Dalam hal
ini, kerajaan telah mengeluarkan berjuta-juta wang ringgit untuk membina bangunan-
bangunan sekolah di Negara kita ini. Seperti yang kita tahu, pada tahun 2010
kerajaan persekutuan telah membelanjakan lebih dari RM267 juta ringgit bagi
melaksanakan 13 program pendidikan di negara kita ini. Lantaran itu, seramai
12,000 pelajar cemerlang seluruh negeri telah menerima manfaat antara RM100
hingga RM800 melalui agihan wang. Hal ini membuktikan kerajaan masih menitik
beratkan perbelanjaan terhadap pendidikan dinegara kita. Oleh itu, kita haruslah
menjaga keseimbangan ekonomi agar pembangunan negara kita dapat berkembang
dengan lebih baik serta mendapat kemudahan dan manfaat yang diberikan oleh
kerajaan melalui pendidikan.
Perbelanjaan pendidikan negara kita juga dapat meningkatkan hasil pulangan
pelaburan yang baik. Dalam laporan ekonomi menyatakan
bandinganpembiayaanpendidikan Malaysia dengannegara-
negaramajusepertiAmerika Syarikat, United Kingdom, JepundanSingapura,
mengikutperatusperbelanjaanpendidikanberbanding KNK padatahun 2001,kerajaan
Malaysia membelanjakansebanyak 5.7% berbanding KNK
untukpendidikan.Untuknegara-negaramajupula,United Kingdom 5.3% (KNK),
Amerika Syarikat 5.4% (KNK), Kanada 6.9% (KNK), Jepun 3.6% (KNK)
danSingapura 30% (KNK) danperatusperbelanjaanpendidikanduniaberbanding KNK
adalah 4.8%. Inimenujukkanpembiayaanpendidikan di Malaysia yang
ditanggungolehkerajaanpusatadalahsamaatausetaradenganpembiayaanpendidikand
engannegara-negaramaju yang lain.
Bajet 2013, sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada
Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan. Perkara
ini sebenarnya mampu mempengaruhi transformasi pendidikan dan memberi kesan
kepada ekonomi negara Malaysia. Justeru walaupun kerajaan tahu mengenai
keadaan ekonomi yang tidak menentu tetapi mereka tetap membiayai pendidikan
yang tinggi di negara kita. Hal ini kerana pendidikan merupakan aset penting negara
dalam pembangunan dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara melalui
kepakaran para ilmuan.
BIBLIOGRAFI
Amir Hussin Baharuddin. 1984. Ekonomi Pembangunan. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ishak Shari dan Abdul Rahman Embong. 2008. Pembangunan Mengejar Impian atau
Harapan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahril @ Charil Marzuki. 2005. Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia.
Pahang Darul Makmur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Siti Rohani Yahya. 1990. Kemelesetan Ekonomi Kesan dan Harapan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Ekonomi. Prestasi Ekonomi dan Prospek 2012/2013. www.treasury.gov.my.
Dimuat turun pada 08/08/2013.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif. www.moe.gov.my/. Dimuat
turun pada 08/08/2013

More Related Content

What's hot

Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus BaikCabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baikazam_hazel
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia kawaiis
 
Ekonomi berasaskan pengetahuan
Ekonomi berasaskan pengetahuanEkonomi berasaskan pengetahuan
Ekonomi berasaskan pengetahuanPa3STPM
 
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)FirdausZaini3
 
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM BaharuSukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM BaharuRusslan Ssvs
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaShenara Nazrah
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxerNoha Fiq
 
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysiaCabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysiaSivapriya Gopi
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan HabaUnsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Habaharalhaj
 

What's hot (20)

Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus BaikCabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
 
Penulisan karangan
Penulisan karanganPenulisan karangan
Penulisan karangan
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)
 
1-POLA PERUBAHAN.pdf
1-POLA PERUBAHAN.pdf1-POLA PERUBAHAN.pdf
1-POLA PERUBAHAN.pdf
 
Ekonomi berasaskan pengetahuan
Ekonomi berasaskan pengetahuanEkonomi berasaskan pengetahuan
Ekonomi berasaskan pengetahuan
 
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
 
Karangan p1 2017
Karangan p1 2017Karangan p1 2017
Karangan p1 2017
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM BaharuSukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysia
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysiaCabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
Cabaran perkhidmatan tenaga asing yang dihadapi oleh malaysia
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
Bm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorikBm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorik
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan HabaUnsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
 

Similar to EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG

Bank Payment Obligation sebagai alternatif pembayaran internasional
Bank Payment Obligation sebagai alternatif pembayaran internasionalBank Payment Obligation sebagai alternatif pembayaran internasional
Bank Payment Obligation sebagai alternatif pembayaran internasionalYudy Yunardy
 
Pertumbuhan ekonomi indonesia
Pertumbuhan ekonomi indonesiaPertumbuhan ekonomi indonesia
Pertumbuhan ekonomi indonesiarosita puspa
 
Indonesian Economic Review and Outlook No. 1 Tahun II/Maret 2013
Indonesian Economic Review and Outlook No. 1 Tahun II/Maret 2013Indonesian Economic Review and Outlook No. 1 Tahun II/Maret 2013
Indonesian Economic Review and Outlook No. 1 Tahun II/Maret 2013Rosa Kristiadi
 
Membaca arah kebijakan ekonomi dan moneter 2016
Membaca arah kebijakan ekonomi dan moneter 2016Membaca arah kebijakan ekonomi dan moneter 2016
Membaca arah kebijakan ekonomi dan moneter 2016iqbal haqiqi94
 
Modal asing dan utang luar negri
Modal asing dan utang luar negriModal asing dan utang luar negri
Modal asing dan utang luar negriNursyidah alit
 
Makalah-keadaan-ekonomi-indonesia-tahun-2010
Makalah-keadaan-ekonomi-indonesia-tahun-2010Makalah-keadaan-ekonomi-indonesia-tahun-2010
Makalah-keadaan-ekonomi-indonesia-tahun-2010Elly Willy
 
Indonesian Economic Review and Outlook No 3 Tahun II/September 2013
Indonesian Economic Review and Outlook No 3 Tahun II/September 2013Indonesian Economic Review and Outlook No 3 Tahun II/September 2013
Indonesian Economic Review and Outlook No 3 Tahun II/September 2013Rosa Kristiadi
 
Isi proposal teknis kajian kerangka kebijakan investasi
Isi proposal teknis kajian kerangka kebijakan investasiIsi proposal teknis kajian kerangka kebijakan investasi
Isi proposal teknis kajian kerangka kebijakan investasiSlamet MF
 
Peran investasi dalam pembangunan ekonomi nasional
Peran investasi dalam pembangunan ekonomi nasionalPeran investasi dalam pembangunan ekonomi nasional
Peran investasi dalam pembangunan ekonomi nasionalIffa Tabahati
 
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGAPENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGAmandalina landy
 
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGAPENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGAmandalina landy
 
Tantangan Perekonomian dan Sasaran Ekonomi Makro 2020-2024
Tantangan Perekonomian dan Sasaran Ekonomi Makro 2020-2024Tantangan Perekonomian dan Sasaran Ekonomi Makro 2020-2024
Tantangan Perekonomian dan Sasaran Ekonomi Makro 2020-2024Lestari Moerdijat
 
Indonesian Economic Review and Outlook No 1 Tahun I/Desember 2012
Indonesian Economic Review and Outlook No 1 Tahun I/Desember 2012Indonesian Economic Review and Outlook No 1 Tahun I/Desember 2012
Indonesian Economic Review and Outlook No 1 Tahun I/Desember 2012Rosa Kristiadi
 
Indonesia Market Outlook 2012
Indonesia Market Outlook 2012Indonesia Market Outlook 2012
Indonesia Market Outlook 2012Mustafa Wiryawan
 

Similar to EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG (20)

Bank Payment Obligation sebagai alternatif pembayaran internasional
Bank Payment Obligation sebagai alternatif pembayaran internasionalBank Payment Obligation sebagai alternatif pembayaran internasional
Bank Payment Obligation sebagai alternatif pembayaran internasional
 
Perekonomian Terkini (Kebanksentralan BAB 1).
Perekonomian Terkini (Kebanksentralan BAB 1).Perekonomian Terkini (Kebanksentralan BAB 1).
Perekonomian Terkini (Kebanksentralan BAB 1).
 
Pertumbuhan ekonomi indonesia
Pertumbuhan ekonomi indonesiaPertumbuhan ekonomi indonesia
Pertumbuhan ekonomi indonesia
 
4 pertumbuhan ekonomi
4 pertumbuhan ekonomi4 pertumbuhan ekonomi
4 pertumbuhan ekonomi
 
Indonesian Economic Review and Outlook No. 1 Tahun II/Maret 2013
Indonesian Economic Review and Outlook No. 1 Tahun II/Maret 2013Indonesian Economic Review and Outlook No. 1 Tahun II/Maret 2013
Indonesian Economic Review and Outlook No. 1 Tahun II/Maret 2013
 
Membaca arah kebijakan ekonomi dan moneter 2016
Membaca arah kebijakan ekonomi dan moneter 2016Membaca arah kebijakan ekonomi dan moneter 2016
Membaca arah kebijakan ekonomi dan moneter 2016
 
Modal asing dan utang luar negri
Modal asing dan utang luar negriModal asing dan utang luar negri
Modal asing dan utang luar negri
 
Makalah-keadaan-ekonomi-indonesia-tahun-2010
Makalah-keadaan-ekonomi-indonesia-tahun-2010Makalah-keadaan-ekonomi-indonesia-tahun-2010
Makalah-keadaan-ekonomi-indonesia-tahun-2010
 
Kerangka ekonomi makro rkp 2020
Kerangka ekonomi makro rkp 2020Kerangka ekonomi makro rkp 2020
Kerangka ekonomi makro rkp 2020
 
273-649-1-SM.pdf
273-649-1-SM.pdf273-649-1-SM.pdf
273-649-1-SM.pdf
 
Market update 20140224
Market update 20140224Market update 20140224
Market update 20140224
 
Indonesian Economic Review and Outlook No 3 Tahun II/September 2013
Indonesian Economic Review and Outlook No 3 Tahun II/September 2013Indonesian Economic Review and Outlook No 3 Tahun II/September 2013
Indonesian Economic Review and Outlook No 3 Tahun II/September 2013
 
Isi proposal teknis kajian kerangka kebijakan investasi
Isi proposal teknis kajian kerangka kebijakan investasiIsi proposal teknis kajian kerangka kebijakan investasi
Isi proposal teknis kajian kerangka kebijakan investasi
 
workshop tantangan dan peluang kerja formal di UAE 2015
workshop tantangan dan peluang kerja formal di UAE 2015workshop tantangan dan peluang kerja formal di UAE 2015
workshop tantangan dan peluang kerja formal di UAE 2015
 
Peran investasi dalam pembangunan ekonomi nasional
Peran investasi dalam pembangunan ekonomi nasionalPeran investasi dalam pembangunan ekonomi nasional
Peran investasi dalam pembangunan ekonomi nasional
 
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGAPENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
 
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGAPENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA
 
Tantangan Perekonomian dan Sasaran Ekonomi Makro 2020-2024
Tantangan Perekonomian dan Sasaran Ekonomi Makro 2020-2024Tantangan Perekonomian dan Sasaran Ekonomi Makro 2020-2024
Tantangan Perekonomian dan Sasaran Ekonomi Makro 2020-2024
 
Indonesian Economic Review and Outlook No 1 Tahun I/Desember 2012
Indonesian Economic Review and Outlook No 1 Tahun I/Desember 2012Indonesian Economic Review and Outlook No 1 Tahun I/Desember 2012
Indonesian Economic Review and Outlook No 1 Tahun I/Desember 2012
 
Indonesia Market Outlook 2012
Indonesia Market Outlook 2012Indonesia Market Outlook 2012
Indonesia Market Outlook 2012
 

EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG

  • 1. Dewasa ini, negara kita Malaysia berjaya melalui pelbagai rintangan baik dari segi politik, ekonomi dan sosial sejak 55 tahun yang lalu. Dalam masa itu, negara kita terpaksa merentasi kekangan serta dugaan semasa yang sangat mencabar. Namun prestasi dan kedudukan ekonomi Malaysia tetap berada dalam keadaan yang memberangsangkan walaupun perkembangan semasa perdagangan antarabangsa, domestik dan pasaran saham kurang stabil sejak kebelakangan ini. Sememangnya ini adalah bersifat global dan bukan Malaysia sahaja yang merasainya tetapi merangkumi negara-negara maju serta negara yang sedang membangun. Antaranya Amerika Syarikat (AS), Singapura, Jepun, Korea Selatan dan China. Tambahan pula, krisis kewangan global pada masa kini kian pulih . Hal ini menyebabkan ekonomi Malaysia kembali pulih serta semakin kukuh di pasaran antarabangsa. Pertumbuhan ekonomi yang mapan dan cergas telah pun dicapai dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama tahun 2010 sebanyak 10.1 peratus iaitu kadar tertinggi dalam tempoh sepuluh tahun. Namun bagi menggapai status ekonomi yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, cabarannya adalah untuk mengekalkan momentum pertumbuhan yang cergas. Lantaran itu, salah satu ukuran penting bagi mengukur kemajuan sesebuah negara ialah pertumbuhan dan pencapaian ekonominya. Dalam sesebuah negara amnya, pencapaian ekonomi diukur melalui pendapatan negara. Ia selaras dengan ukuran nilai mata wang bagi barang-barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara melalui pencapaian seluruh kegiatan ekonomi setiap tahun. Pada tahun ini (2013), pertumbuhan dan pencapaian ekonomi Malaysia berada pada tahap yang baik.Ia ekoran pemulihan ekonomi global yang kembali kukuh dan disokong beberapa faktor. Antaranya, rangsangan fiskal yang mapan dan dasar monetari akomodatif di seluruh negara. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, Laporan Ekonomi menunjukkan bahawa jumlah hutang kerajaan dijangka meningkat kepada RM504.4 bilion berbanding RM456.1 bilion pada tahun 2011. Hutang domestik juga adalah komponen terbesar meliputi 96.5 peratus hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah berusaha untuk meningkatkan pengurusan ekonomi secara efisien supaya dapat menangani masalah hutang negara. Pada tahun 2012, pihak kerajaan berjaya memastikan defisit berada di bawah lima peratus, iaitu 4.7 peratus. Hal ini menyebabkan peningkatan hasil sebanyak RM21 bilion. Untuk tahun 2013 ini, pihak
  • 2. kerajaan juga ingin memastikan defisit pada kadar 4.0 peratus. Justeru, hasil kerajaan pada 2013 dijangka meningkat sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012. Dalam hal ini juga, pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa negara kita dapat mempertahankan pertumbuhan ekonomi pada kadar sederhana. Misalnya, Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan pertumbuhan negara untuk tahun ini iaitu 4.6 peratus. Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) juga menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara pada paras 4.6 peratus hingga 5.0 peratus. Manakala, The Economist Group pula mengekalkan unjuran pertumbuhan Malaysia pada 4.7 peratus tahun ini. Sungguhpun begitu, ekonomi global dijangka terus berkembang secara perlahan pada tahun ini (2013). Hal ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) kekal perlahan. Manakala prestasi ekonomi di kebanyakan negara Eropah masih lemah dan berterusan menyebabkan kebimbangan terhadap struktur dalam negeri. Di Asia, aktiviti ekonomi terus berkembang walaupun mengalami kadar yang lebih perlahan apabila permintaan dalam negeri terus mengatasi kelemahan dalam permintaan luar negeri. Dalam hal ini, pertumbuhan yang kukuh di rantau Asia, terutama China dan India serta ekonomi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan negara-negara pengeluar minyak turut mempengaruhi pertumbuhan global. Lantaran itu, terdapat beberapa faktor yang menjadi pendorong dalam perubahan sesebuah ekonomi iaitu isu struktural seperti kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan negara maju, ketidakseimbangan harga komoditi dan krisis kewangan di selatan Eropah. Justeru bukan sahaja persaingan menjadi lebih sengit malah ketidaktentuan pertumbuhan global juga mengakibatkan kurangnya perdangangan dan pelaburan bagi negara membangun. Ia juga menyebabkan peralihan kuasa ekonomi Asia dalam krisis kewangan global dengan pantas. Walau bagaimanapun, peralihan tersebut tidak semestinya menguntungkan Malaysia. Kuasa ekonomi tertumpu kepada negara serantau yang besar terutamanya India, China dan Indonesia. Negara tersebut mempunyai kelebihan dari segi kos yang rendah dan saiz pasaran domestik yang besar. Hal ini menunjukkan Malaysia umpama terperangkap dalam pendapatan yang sederhana kerana tidak mampu bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah. Pada masa yang sama, ia juga tidak setanding dengan negara maju yang berinovasi tinggi.
  • 3. Selain itu, penyertaan pelabur swasta dalam ekonomi negara juga kurang menggalakkan. Sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997 hingga tahun 1998, pelaburan agregat sebagai peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) semakin merosot. Hal ini disebabkan beberapa faktor. Dalam beberapa industri negara kita, penyertaan aktif kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan telah membantutkan pelaburan swasta dalam negara. Hal ini jelas menyukarkan para pelabur menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia. Ia juga turut dihalang oleh prosedur birokrasi yang rumit, lembab dan mengambil masa yang lama bagi pihak pelabur swasta. Dalam hal ini juga, prosedur ini juga turut memberi kesan kepada kos pelaburan dan potensi pulangan pelaburan. Menurut Laporan Global Competitiveness Indeks tahun 2010, kedudukan Malaysia jatuh dari tangga 21 ke nombor 24 dari kedudukan asalnya. Justeru itu, ia menunjukkan bahawa negara telah hilang daya penariknya sebagai destinasi pelaburan. Negara kita Malaysia juga menunjukkan kewujudan pekerjaan yang mengenakan upah tinggi tetapi masih tidak mencukupi manakala sumbangan pekerja mahir kian merosot merentasi industri. Kebanyakan kes sebegini menunjukkan bahawa majikan tidak membayar untuk kemahiran sebaliknya bergantung pada bekalan pekerja asing tidak mahir yang mudah diperolehi. Hal ini seterusnya para majikan dapat menjanakan keuntungan daripada pengeluaran produk dan perkhidmatan nilai tambah yang rendah. Faktor ini juga seterusnya memalapkan pertumbuhan upah di negara kita. Justeru itu, isu-isu ekonomi sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi impak yang negatif kepada ekonomi negara Malaysia. Oleh itu, pihak yang berwajib haruslah mengambil tindakan yang rasional, efektif, dan inovatif dalam menguruskan ekonomi negara secara tidak langsung akan dapat memantapkan dan meningkatkan pendapatan negara. Di samping itu, analisis terhadap pendapatan negara kasar melalui (KDNK) juga mampu memberi impak kepada ekonomi Malaysia. Menurut sumber berita Rancangan Televisyen Malaysia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 4.1 peratus dalam suku pertama 2013, dalam persekitaran luar negara yang lemah. Hal ini berbeza dengan 5.1 peratus yang dicapai dalam suku yang sama pada 2012 dan 6.5 peratus dalam suku keempat tahun lepas ( Tan
  • 4. Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 2013). Menurut Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz lagi, permintaan domestik juga terus kukuh dan meningkat sebanyak 8.2 peratus dalam suku itu berbanding 7.8 peratus yang dicatatkan dalam suku keempat tahun lepas. Ia juga seterusnya menjadi pemacu utama pertumbuhan, dengan sokongan peluasan sektor swasta dan sektor awam yang kukuh. Jabatan Perangkaan Malaysia (2013) menyatakan ekonomi Malaysia terus kekal stabil pada suku pertama ini dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.1 peratus. Dari segi penawaran, semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif kecuali Perlombongan Dan Pengkuarian. Pemangkin utama bagi ekonomi adalah sektor Perkhidmatan dan Pembinaan dengan pertumbuhan 5.9 peratus dan 14.7 peratus. Pada suku ini, Pembuatan mencatatkan pertumbuhan marginal 0.3 peratus. Sementara itu, Perbelanjaan Pengunaan Akhir Swasta ialah 7.5 peratus dan pembentukan Modal Tetap Kasar sebanyak 13.2 peratus terus menjadi pendorong utama dari segi permintaan. Jabatan Perangkaan Malaysia (2013) juga turut menjelaskan peratusan ekonomi dalam perkhidmatan, pembinaan, pertanian, pembuatan, perlombongan dan pengkuarian, perbelanjaan penggunaan akhir, pembentukan modal tetap kasar serta eksport dan import. Antara penjelasannya ialah dalam sektor perkhidmatan, ia berkembang kepada 5.9 peratus disokong oleh prestasi kukuh subsektor perdagangan borong dan runcit serta kewangan dan insurans. Pertumbuhan perdagangan borong dan runcit pada 5.9 peratus didorong oleh aktiviti runcit yang meningkat kepada 6.9 peratus. Di samping itu, aktiviti kewangan dan insurans meningkat 6.2 peratus yang dirangsang oleh pertumbuhan dua digit dalam aktiviti Insurans (16.8 peratus), terutamanya dalam insurans hayat. Sementara itu, komunikasi meningkat 9.0 peratus sebahagian besarnya disokong oleh perkhidmatan data komunikasi menerusi kadar penembusan jalur lebar yang semakin meningkat. Bagi tempoh lima suku tahunan berturut-turut, sektor pembinaan terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Sektor ini mencatatkan pertumbuhan kukuh 14.7 peratus pada suku ini. Kejuruteraan awam kekal sebagai pemangkin utama dengan pertumbuhan 36.2 peratus yang disokong oleh projek infrastruktur. Selain itu, Kediaman meningkat 9.8 peratus dirangsang oleh projek
  • 5. pembangunan perumahan terutamanya di Lembah Klang dan Pulau Pinang.Bagi sektor Pertanian pula, ia mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus disokong oleh kelapa sawit, pertanian lain dan erikanan. Pengeluaran kelapa sawit yang tinggi telah menyumbang kepada pertumbuhan nilai ditambah Kelapa Sawit yang memberangsangkan sebanyak 14.6 peratus pada suku ini. Pertumbuhan kukuh bagi sayur-sayuran dan buah-buahan telah meningkatkan momentum pertanian lain, yang menyumbang 19.4 peratus kepada jumlah pertanian. Disamping itu, sektor Pembuatan pula tumbuh pada kadar perlahan 0.3 peratus disebabkan oleh penurunan dalam subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik dan momentum yang lebih perlahan dalam subsektor yang lain. Subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik menunjukkan penurunan prestasi kepada negatif 2.3 peratus sejak suku tahun kedua 2009. Pertumbuhan lemah ini adalah disebabkan oleh penurunan dalam pengeluaran petroleum bertapis. Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang menggalakkan dalam peralatan pengangkutan dan pembuatan lain dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka menyokong kepada pertumbuhan positif sektor ini. Sektor perlombongan dan pengkuarian menyusut kepada 1.9 peratus disebabkan oleh kejatuhan pengeluaran minyak mentah (-2.8 peratus) dan kondensat (-6.5 peratus). Di samping itu, pertumbuhan marginal gas asli tidak dapat mengimbangi kemerosotan prestasi sektor ini. Manakala perbelanjaan penggunaan akhir mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus dari 4.9 peratus pada suku lepas. Seterusnya, perbelanjaan penggunaan akhir swasta meningkat 7.5 peratus berbanding 6.2 peratus pada suku keempat 2012. Pengembangan ini didorong oleh prestasi yang lebih baik dalam kebanyakan jenis perbelanjaan terutamanya pengangkutan dan komunikasi, perumahan dan utiliti serta makanan dan minuman. Selain itu, perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan tumbuh pada kadar lebih rendah 0.1 peratus berbanding 1.2 peratus pada suku sebelumnya. Pertumbuhan kecil ini disebabkan oleh kejatuhan dalam perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan. Justeru, Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) kekal kukuh 13.2 peratus dirangsang oleh perbelanjaan ke atas struktur serta jentera dan kelengkapan. Sektor swasta yang menyumbang 62.4 peratus memacu Pembentukan Modal Tetap
  • 6. Kasar (PMTK) dengan mencatatkan pertumbuhan 10.9 peratus. Sementara itu, sektor awam pula sektor awam sebanyak 17.3 peratus.Eksport juga jatuh kepada 0.6 peratus kesan daripada kelembapan prestasi dalam eksport barangan. Eksport barangan menyumbang 84.8 peratus kepada jumlah eksport. Di samping itu, import juga meningkat 3.6 peratus yang didorong oleh import barangan yang lebih tinggi terutamanya jentera dan kelengkapan pengangkutan, bahan api galian dan pelincir serta barang-barang keluaran kilang. Hal ini menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga semasa iaitu suku tahunan 2010 hingga 2013 dalam ekonomi Malaysia. Justeru dalam hal ini ia juga dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi Malaysia. Selain itu, Malaysia juga muncul sebagai negara yang merekodkan kemasukan peningkatan pelaburan langsung asing yang paling tinggi dalam kalangan negara Asia pada tahun 2010 iaitu dengan jumlah kenaikan sebanyak 409.7 peratus. Menurut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), kenaikan jumlah pelaburan langsung asing ke Malaysia telah meningkat kepada RM21.35 bilion pada 2010 berbanding dengan RM4.25 bilion pada 2009. Pencapaian ini menggambarkan tahap keyakinan pelabur asing semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan, legasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan faktor terpenting membawa kepada peningkatan memberangsangkan pelaburan langsung asing ke Malaysia. Memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam akhbar yang berkata, "Laporan yang dikeluarkan oleh UNCTAD itu telah mengukuhkan kenyataan sebelum ini bahawa aliran masuk pelaburan langsung asing yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) ke negara ini bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan." Selanjutnya Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, pencapaian itu mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia yang menunjukkan bahawa pelabur percaya kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi (MBE). Beliau juga mengatakan Malaysia telah kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang telah menyokong bursa mencecah paras tertingginya pada 7
  • 7. Januari lalu pada 1,572.21 mata. Berdasarkan laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), beliau juga menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan pelaburan ke Malaysia pada 2009 disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman. Sesungguhnya, legasi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melalui dasar-dasar baru yang telah dipeloporinya sebaik saja mengambil alih pucuk kepimpinan negara seperti dasar liberalisasi, Model Ekonomi Baharu (MBE) , Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menunjukkan kesan positif terhadap ekonomi negara, khasnya peningkatan dalam pelaburan langsung asing. Pengumuman 19 projek baru di dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi 10 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) oleh Najib yang membabitkan pelaburan langsung asing kira-kira RM67 bilion yang merangkumi sektor minyak, gas dan tenaga dijangka mampu merancakkan lagi ekonomi negara sekali gus menjadi momentum terbaik untuk meningkatkan pelaburan swasta dan menjadikan sektor swasta sebagai pemacu utama ekonomi negara. Pelaksanaan projek baru itu dijangka mampu menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM36 bilion setiap tahun serta menyediakan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan baru. Usaha dan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan ini mampu mengubah ekonomi negara. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan daya tarikan para pelabur ke Malaysia sebagai destinasi pilihannya. Disamping itu, Bajet 2013 juga mampu memberi impak yang besar kepada ekonomi negara kita Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk membina satu landasan yang baik kepada masyarakat Malaysia amnya. Dalam pada itu, pihak kerajaan telah menggariskan Bajet 2013 sebagai pengukuhan atau langkah strategik untuk meningkatkan ekonomi negara. Antaranya, rancangan kerajaan untuk mengembangkan lagi pasaran bon dan sukuk dengan tambahan modal dana jamin RM400 juta akan melonjakkan lagi pasaran modal negara.Agrosukuk yang akan dimanfaatkan oleh syarikat yang terlibat dalam sektor pertanian akan menjadi platform kepada pembangunan sektor pertanian di mana komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah merupakan permintaan utama dunia. Pelbagai industri hiliran berkaitan pertanian juga dapat dimaju dan dikembangkan.Dana Strategik Pelaburan Domestik RM1bilion serta Dana
  • 8. Pembiayaan PKS Bumiputera (RM1bilion)dilihat mampu untuk menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi domestik. Manakala, Dana Industri Halal RM200 juta bagi tujuan membangun industri halal berimpak tinggi akan meningkatkan eksport produk halal ke pasaran antarabangsa.Peruntukan RM3 bilion untuk projek permulaan (EPP) di bawah 12 bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada 2013 akan turut merangsang pertumbuhan ekonomi. Pelbagai peruntukan bagi industri pembinaan melalui pelbagai projek baharu akan memberi peluang yang lebih luas kepada kontraktor mengambil bahagian dalam menjayakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) ini. Peruntukan tersebut adalah untuk melonjakkan pelbagai latihan kemahiran agar dapat melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif untuk dibekalkan dalam pasaran kerja, terutama dalam industri berteknologi tinggi. Selain itu, pelaksanaan penuh dan mapan bagi langkah pembaharuan yang disarankan oleh MPEN akan mendorong transformasi Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MPEN menjangka langkah pembaharuan yang berani akan menambah giat pelaburan, mendorong produktiviti buruh dan merangsang kecekapan, lalu menaikkan kadar pertumbuhan benar kepada purata 6.5% setahun dalam tempoh 2011-2020. Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita akan meningkat kira-kira AS$17,700 menjelang tahun 2020. Senario ini mengadaikan bahawa tidak berlaku satu lagi krisis ekonomi yang besar di peringkat global yang boleh menggelincirkan ekonomi Malaysia keluar dari landasan pertumbuhan ini ( Majlis Penasihat Ekonomi Negara, MPEN). Sehubungan dengan itu, pendidikan juga mampu memberi implikasi kepada ekonomi sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia amnya, pendidikan amat ditekankan dalam pembangunan negara. Hal ini adalah kerana ia dapat memberi impak yang besar kepada ekonomi negara kita. Sememangnya, pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini, kita harus tahu bahawa persaingan ekonomi global yang sedang berlangsung dalam era globalisasi ini sangat memerlukan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang tinggi agar dapat bersaing dengan dunia masa kini. Dalam erti kata lain, sesebuah negara yang mempunyai rakyat yang
  • 9. berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi yang tinggi. Justeru itu, ekonomi yang tinggi mampu memberi impak yang positif kepada pendapatan sesebuah negara amnya Malaysia. Selain itu, pendidikan dan pembangunan sumber manusia juga merupakan kunci kepada peningkatan daya saing negara. Sistem pendidikan yang efisien juga mampu memenuhi kehendak komersial dan industri. Hal ini kerana ia dapat menghasilkan tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, proaktif dan berkemahiran. Ia sememangnya memberi input yang sangat penting dari segi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Tanpa sumber manusia maka input lain seperti modal fizikal dan bahan mentah tidak dapat digemblengkan dengan sempurna. Ekoran ini banyak kajian dilakukan untuk menunjukkan kepentingan perancangan pendidikan dalam pembangunan dan pengurusan serta hubungan antara pendidikan dan pekerjaan (Carnoy 1977, Caillods & deGrauwe 2006). Sanyal (2008) telah membentuk sistem maklumat untuk menilai rantaian antara pendidikan dan pasaran buru. Pendek kata pembentukan modal manusia melalui pendidikan dan latihan memang sangat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara (Fernandez dan Mauro 2000). Sebenarnya, penyediaan sokongan dan sumber yang disediakan sesuatu dalam sistem kepada sekolah memberi kesan penting kepada prestasi sekolah. Hal ini bertujuan membolehkan guru memberikan tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pelaburan dalam sistem pendidikan merupakan ukuran penting kepada kesungguhan dan komitmen kerajaan terhadap pendidikan ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi dalam pendidikan sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 55 tahun yang lalu. Pada awal tahun 1980 an, perbelanjaan Persekutuan untuk pendidikan rendah dan menengah sebagai peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia Timur. Pada tahun 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8% daripada KDNK , atau 16% daripada jumlah perbelanjaan kerajaan bukan sahaja lebih tinggi daripada purata OECD sebanyak 3.4% daripada KDNK dan 8.7% daripada jumlah perbelanjaan awam, malah adalah setara atay lebih tinggi daripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Pada tahun 2012,
  • 10. daripada jumlah bajet pendidikan sebanyak RM37 bilion, kerajaan terus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu 16% daripada jumlah bajet kepada Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pendidikan sebagai satu daripada keutamaan negara. Trend perbelanjaanpendidikan di Malaysia jugaterusmeningkatdaritahun 1994 hinggake 2004.Misalnyapadatahun 2000 jumlahperbelanjaanpendidikanadalah RM14.097 jutamanakalajumlahperbelanjaanpersekutuanadalahsebanyak RM78.025 jutadan KNK adalah RM295.843 juta.Manakalaperatusjumlahperbelanjaanpendidikanberbandingjumlahperbelanjaanp ersekutuanadalah 18.05% danperatusperbelanjaanpendidikanberbanding KNK adalah 4.76%.Begitujugapadatahun 2000,dimanajumlahperbelanjaanpendidikansebanyak RM23.937 juta. Manakalajumlahperbelanjaanpersekutuanadalah RM112.490 juta, KNK adalah RM382.529, peratusjumlahperbelanjaanpendidikanadalah 21.28% danperatusperbelanjaanmengikut KNK adalah 6.26%. Inimenunjukkankerajaanpusatpenerajuutamadalampembiayaanpendidikandanmemp eruntukkansebanyaksetengahdaripadakeseluruhanperbelanjaannegarauntukpendidik an.ManakalapadaBelanjawan 2007, kerajaanpusatmemberiperuntukankepadaKementerianPelajaransebanyak RM33.4 billion atau 22% daripadajumlahperuntukanbelanjawansektorawam. Hal inisecaratidaklangsungmemberiimpakkepadapendidikandanekonominegarakita. Pihak kerajaan juga banyak menubuhkan sekolah-sekolah bagi memberi tempat kemudahan para pelajar dan juga guru-guru untuk menimba ilmu. Dalam hal ini, kerajaan telah mengeluarkan berjuta-juta wang ringgit untuk membina bangunan- bangunan sekolah di Negara kita ini. Seperti yang kita tahu, pada tahun 2010 kerajaan persekutuan telah membelanjakan lebih dari RM267 juta ringgit bagi melaksanakan 13 program pendidikan di negara kita ini. Lantaran itu, seramai 12,000 pelajar cemerlang seluruh negeri telah menerima manfaat antara RM100 hingga RM800 melalui agihan wang. Hal ini membuktikan kerajaan masih menitik beratkan perbelanjaan terhadap pendidikan dinegara kita. Oleh itu, kita haruslah menjaga keseimbangan ekonomi agar pembangunan negara kita dapat berkembang dengan lebih baik serta mendapat kemudahan dan manfaat yang diberikan oleh kerajaan melalui pendidikan.
  • 11. Perbelanjaan pendidikan negara kita juga dapat meningkatkan hasil pulangan pelaburan yang baik. Dalam laporan ekonomi menyatakan bandinganpembiayaanpendidikan Malaysia dengannegara- negaramajusepertiAmerika Syarikat, United Kingdom, JepundanSingapura, mengikutperatusperbelanjaanpendidikanberbanding KNK padatahun 2001,kerajaan Malaysia membelanjakansebanyak 5.7% berbanding KNK untukpendidikan.Untuknegara-negaramajupula,United Kingdom 5.3% (KNK), Amerika Syarikat 5.4% (KNK), Kanada 6.9% (KNK), Jepun 3.6% (KNK) danSingapura 30% (KNK) danperatusperbelanjaanpendidikanduniaberbanding KNK adalah 4.8%. Inimenujukkanpembiayaanpendidikan di Malaysia yang ditanggungolehkerajaanpusatadalahsamaatausetaradenganpembiayaanpendidikand engannegara-negaramaju yang lain. Bajet 2013, sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan. Perkara ini sebenarnya mampu mempengaruhi transformasi pendidikan dan memberi kesan kepada ekonomi negara Malaysia. Justeru walaupun kerajaan tahu mengenai keadaan ekonomi yang tidak menentu tetapi mereka tetap membiayai pendidikan yang tinggi di negara kita. Hal ini kerana pendidikan merupakan aset penting negara dalam pembangunan dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kepakaran para ilmuan.
  • 12. BIBLIOGRAFI Amir Hussin Baharuddin. 1984. Ekonomi Pembangunan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ishak Shari dan Abdul Rahman Embong. 2008. Pembangunan Mengejar Impian atau Harapan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahril @ Charil Marzuki. 2005. Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia. Pahang Darul Makmur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Siti Rohani Yahya. 1990. Kemelesetan Ekonomi Kesan dan Harapan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Laporan Ekonomi. Prestasi Ekonomi dan Prospek 2012/2013. www.treasury.gov.my. Dimuat turun pada 08/08/2013. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif. www.moe.gov.my/. Dimuat turun pada 08/08/2013