Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Permainan Sofbol
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Permainan Sofbol

  • 11,619 views
Published

maklumat ttg sofbol ... ^^

maklumat ttg sofbol ... ^^

Published in Sports
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
11,619
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
575
Comments
3
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. DISEDIAKAN OLEH HAZEAN ERDAWATI BTE JAFFARUDINAISYAH ILLYA FARHAIN BTE MUHAMAD
  • 2. dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kmenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengangembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu.Melihat hal itu memberikan sebuah idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Diamenyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalamruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutastali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapabatang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut
  • 3. AWAL ABAD 20-anTahun 1908 organisasi amatur untuk permainan baruini (National Amateur Playground Ball Association of the United States) merancang agar olahraga inidimainkan di luar menggunakan bola yang lebih besar  Tahun 1923 Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini . Pada tahun 1926 nama "softball" digunakan walaupun belum dirasmikan.
  • 4. Pada mulanya pemukul adalah sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan Hancock menjerit kata-kata “Play ball”, maka permainanbermula iaitu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor baseball.disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya menyesuaikan bahan yang digunakan untuk membuat bolanya, maka nama- nama yang digunakan waktu itu iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor- outdoor, recreation ball, dan playground ball
  • 5. Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan Sofbal Amatur Amerika (AmateurSoftball Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk sofbal kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dariChicago, dan juara kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang di pertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya.Pada tahun 1934, pembentukan peraturan bersama untuk lebih jauh memberikan standarisasi peraturan sofbal.
  • 6.  Pada tahun 1946, terdapat perubahan jumlah pemain dalam pertama pasukan dari 10 ke 9 orang. Pemain ke sepuluh dinamakan “shortfielder” pada saat itu bertugas sebagaipenjaga daerah dangkal bahagian outfield yang menjelalajah di belakang infield. Tahun 1950 jarak antara pitcher’s plate dan home plate ditambah untuk putera dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter). Pada tahun 1960-an, sebahagian dari 125,000 pasukan telah terdaftar di Persatuan Sofbal Amatur Amerika. Dan mengadakan enam kejuaraan nasional setiap tahun.
  • 7. Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Torontos Tip Top Tailors, memenangi kejuaraan antarabangsa yang dilakukan secara berkala oleh Persatuan Sofbal Amatur dan merupakanpertandingan pertama yang benar-benar merupakan kejuaraan tingkat dunia untuk lelaki. Di adakan pada tahun 1966 dibawah penajaan dari International Softball Federation. Australia memenangi kejuaraan pertama untuk wanita pada tahun 1965.
  • 8. Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan olehseorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yangmemukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet.
  • 9. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang).  Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Iaitu fast pitch, modified pitch dan juga slow pitch.
  • 10. Fast pitch softballMerupakan permainan ditentukan oleh pitcher.Pitcher melempar bola dengan kecepatanmaksimum, serupa dengan baseball. Perbezaanhanya pada gaya lemparan pitcher dan carapelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawahatau sama dari posisi glove.
  • 11. Modified pitch softballJenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanyaadalah untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakaidalam kategori fast-pitch. Pemain-pemain yang belum biasadengan permainan sofbal tidak akan terkejut denganperaturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strikezone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain.Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antarafast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaranlengan melebihi bahu.
  • 12. Slow pitch softballJenis ini memberikan kemudahan bagi batter untukmemukul bola. Batter diberi bola terus menerus olehpitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut.Lemparan pitcher perlahan dan melambung(flyball). Permainan ini sering dimainkan dalammasyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.
  • 13. Bola sofbal Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji bola. Sofbal menggunakan bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip berwarna merah, yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih.
  • 14. Glove Sarung tangan (glove) dikenakan oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap bola, sementara first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari, sedangkan mitt tidak).
  • 15. Kayu pemukul Kayu pemukul (bat) yang digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang diperuntukkan untuk sofbal. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan tertakluk dalam peraturan Softball International Federation (SIF).
  • 16. Batter Helmet Batter helmet dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa berada di dalam padang permainan.
  • 17. Pakaian Pelindung Sementara pakaian pelindung (protective gear) untuk seorang penangkap bola (catcher),
  • 18. Lapangan sofbol berbentuk bujur sangkar. Dibagimenjadi daerah fair (fair territory) dan daerah foul (foulterritory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bagian, Infield, dan outfield.Di dalam daerah infield terdapat 4 marka yang disebutbase. Base diberi nomor berlawanan dengan arah jarum jam, dimulai dari base awal yang disebut home plate, diteruskan dengan base pertama, base kedua danbase ketiga. Base berbentuk bujur sangkar dengan sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih tinggi daripermukaan tanah. Sudut dari keempat base membentuk bujur sangkar yang disebut diamond.
  • 19. Di belakang home plate terdapat batasan yang disebut backstop sejauh 7,62 dan 9,14 meter di belakang home plate.Jarak lintasan antar base yang ditentukanLintasan Fast Pitch Lintasan Slow Pitch 60 kaki (18,29 m) 60 kaki atau 65 kaki (19,81 m)
  • 20. “Jarak melempar (pitching) fast pitch yangditentukan”Dewasa Di bawah 18 tahun Di bawah 15 tahun43 kaki (13,11 m) 46 kaki (14,02 m) 40 kaki (12,19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14,02 m) 40 kaki (12,19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14,02 m)
  • 21. Jarak melempar (pitching) slow pitch yangditentukan”Dewasa Di bawah 18 tahun Di bawah 15 tahun 50 kaki (14,02 m) 50 kaki (15,24 m) 50 kaki (15,24 m) 50 kaki (14,02 m) 46 kaki (14,02 m) 50 kaki (14,02 m) 46 kaki (14,02 m)
  • 22. PemainSetiap pasukan terdiri daripada 9 pemain2 : penangkap (catcher)1 : pembaling (pitcher)3 : pemain bes pertama (first baseman)4 : pemain bes kedua (second baseman)6 : pemain shortstop5 : pemain bes ketiga (third baseman)7 : pemadang kiri (left fielder)8 : pemadang tengah (centre fielder)9 : pemadang kanan (right fiielder)
  • 23. Undang-undang pembalingMemandang pemukul bola, dengan dua belah kaki di atastapak getah membaling (pitching rubber) dan memegang boladengan dua belah tangan di hadapan badanPembaling dibenarkan bergerak selangkah ke arah pemukulbola tetapi bola mesti dilepaskan pada masa melangkahBola mesti dibaling dengan balingan bawah tangan
  • 24. Pembaling tidak dibenarkan berpura-pura membuatbalingan atau melakukan apa-apa pergerakan ke arah plettanpa membaling bolaPembaling tidak dibenarkan menggolekan ataumelantunkan bola kepada pemukul bolaTidak dibenarkan bergerak balik dengan cepat sebelumpemukul berkedudukan sediaBalingan yang boleh dipanggil satu ‘straik’ mesti melepasiplet dan diantara lutut dan bahu pemukul bola. Bola yangdibaling tetapi melepasi kawasan tersebut di atas di panggil apitch
  • 25. Giliran MemukulSusunan giliran pemain membuat pukulanterpulang kepada pasukan berkenaan. Ini bermaknasesiapa pun daripada pasukan itu boleh mulamemukul. Walau bagaimanapun, selepas susunangiliran pemukul ditetapkan, semua pemaindaripada pasukan itu mesti mengikut susunanitu, walaupun jika mereka telah bertukar posisi dipadang
  • 26. MemukulBet yang digunakan mesti bet sofbolPemukul bola tidak dibenarkan melintasi ke sisi plet bilapembaling telah sedia untuk membalingJika seseorang pemain tidak mengikut giliran yangditetapkan dia akan dikira ‘mati’Faul menampan (bunt foul) yang dilakukan pada pukulanketiga dikira ‘mati’Bola yang dibaling dan menyentuh pemukul bolamembolehkan pemukul bola itu berlari ke bes pertama, hanyakalau dia tidak memukul atau menampan bola tersebut.
  • 27. Larian BesTidak dibenarkan melakukan lead-offPelari mesti berada di besnya sehingga bola dilepaskan olehpembaling. Pelari dikira ‘mati’ jika tidak mematuhi syarat iniKetika berlaku satu lemparan yang melampaui sasaran (overthrow) di mana bola masuk kawasan faul dan dikira‘mati’, pelari-pelari dibenarkan berlari melampaui satu bes kearah yang sednag mereka tuju.Apabila berlaku satu lemparan yang melampaui sasaran daribes kedua oleh penangkap, dimana bola menggolek ke dalamkawsan tenggah, semua pelari dibenarkan maju seberapa jauhyang boleh
  • 28. Untuk menggelak daripada dicecah (tagged) di garisan bes, pelari dibenarkan berada di jarak terhad, iaitu tidak melebihi1 meter dari kedua-dua belah garisan lurus diantara besSeorang pelari yang terkena bola yang di pukul pada masadia keluar daripada bes dikira ‘mati’Pemukul bola dibenarkan bergerak le bes pertamaPelari mesti menyentuh semua bes
  • 29. Jikalau seorang pelari tidak menyentuh bes, permainanrayuan akan timbul yang bererti pasukan memandang mestimenarik perhatian pengadik terhadap kesalahan itu, danpengadil akan mengambil tindakan ketika ituPara pelari boleh berlari melampaui bes pertama pada larianawal ke bes pertama tanpa penaltiUntuk semua bes yang lain, pelari mesti tetap bersentuhandengan bes, jikalau tidak pemain itu bileh dicecah ‘mati’Untuk mendapat skor, pamain itu mesti menyentuh pletrumah
  • 30. Mengskorsatu larian dikira jika pelari bes berjaya bergerak kesemua bes dalam satu pusingan (circuit) iaitu bespertama, kedua, ketiga dan rumah, sebelum pasukanyang memukul itu menerima tiga pematian (out)Jika pematian ketiga ialah pematian terpaksa, skortidak dibuat untuk larian itu, walaupun jika pelaritelah melintasi plet rumah sebelum pematianberlaku.
  • 31. Jika seseorang pelari berada di bes dengan satupematian dan pemukul bola memukul satu fly ballyang dapat ditangkap oleh pasukanlawan, mentebabkan pematian kedua, maka pelariterpaksa kembali ke bes itu dan mematikannya.Jika pemain menerima pematian ketiga kerana diatidak sempat kembali ke besnya, larian tidak dikirasah untuk mengskor walaupun dia telah menyentuhplet rumah.
  • 32. Kemahiran Asas Sofbol1.Membaling dan menangkap bola 2.Memukul 3.Larian Bes 4.Mengadang(Pertahanan) 5.Pitching
  • 33.  2. Cara Melakukan Balingan: Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola. Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan. Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang.
  • 34.  3. Sentiasa membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat badan hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan. 4. Pergerakan membaling hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola dibaling. Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran).
  • 35.  Persediaan Menangkap Bola: Pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan sarung tangan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan atau pertandingan. Untuk menangkap bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan menangkap bola tersebut). Gunakan sarung tangan untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat dengan menggunakan tangan melempar. Lindungan tangan melempar tersebut akan menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat.
  • 36.  Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling dengan cepat bola yang telah ditangkap. Gerakan menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan.
  • 37.  Cara menangkap bola: Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang. Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah berada di sisi pemain. Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah. Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah.
  • 38.  Persediaan memukul Bola Memegang ‘Bet’ - Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari hendaklah selari. Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh.
  • 39. Berdiri dengan kedua-duakaki selari menghadap pletrumah. Jarak bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu. Berat badanhendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki.
  • 40.  Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola. Contoh T-Off bagi latih tubi pemukul dalam kemahiran memukul bola sofbol.
  • 41.  Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus berlari ke hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke bes kedua. Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang. 3. Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag).
  • 42.  4. Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang. 5. Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan.
  • 43.  6. Pelari boleh mengelunsur (sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes hadapan dan plet rumah atau kembali ke bes asalnya. 7. Pelari yang sampai ke plet rumah diberi satu larian penuh (run) untuk pasukannya . Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat selepas tiga pemain Berjaya dimatikan.
  • 44.  8. Satu ‘inning’ dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran memukul. 9. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut masa yang ditetapkan (biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada peraturan kejohanan pihak penganjur.
  • 45.  Dalam permainan sofbol, pasukan yang bertahan, dikenali sebagai pemadang yang terdiri daripada 9 orang pemain. Pemadang mestilah berusaha mematikan tiga orang penyerang (pemukul) untuk membolehkan mereka mendapatkan giliran memukul. Oleh sebab itu, setiap pemadang mestilah mempunyai kemahiran menangkap dan membaling bola dengan cepat dan tepat
  • 46.  1. Tugas pemadang: Pitcher - pitching bola dengan baik. - membantu pemadang bes 2, 3 dan catcher jika bola melayang jauh. catcher - memberi panduan dan sokongan kepada pitcher. - menangkap dengan kemas setiap pitching yang dibuat oleh pitcher. - menjadi benteng pertahanan terakhir untuk mematikan pelari daripada mendapatkan mata. pemadang bes 1 - menerima semua balingan yang diarahkan ke bes 1.
  • 47.  - mengambil tindakan serta merta terhadap bola tampanan. - memberi sokongan kepada catcher kepada bola balingan jauh. pemadang bes 2 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 2. - bersedia menerima balingan bola daripada pemadang luar. - bersedia menerima balingan bola daripada pemadang luar. - memberi sokongan kepada pemadang di bes 1 dan 3.
  • 48.  pemadang bes 3 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 3. - membantu catcher mematikan pelari daripada mendapatkan mata. pemadang dekat - mematikan pelari dengan lemparan ke bes-bes. - membantu catcher untuk mematikan pelari ke bes 3. - membantu pemadang-pemadang lain dalam usaha mematikan pelari.
  • 49.  pemadang luar (7,8 dan 9) - sentiasa bersedia untuk menangkap bola pukulan jauh. - sentiasa berubah kedudukan mengikut kekuatan pemukul. - bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan pemukul. - membantu pemadang bes untuk mematikan pelari. - bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan pemukul. - membantu pemadang bes untuk mematikan pelari.
  • 50.  Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan. Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan. Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang.
  • 51.  Gaya Pitching Terdapat dua gaya pitching iaitu: 1. Gaya Ayunan (Slingshot). 2. Gaya Kipas angin (Windmill). Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher. Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar.
  • 52.  Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin. Perbezaan yang wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill). 1.1 Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola. 1.2 Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.
  • 53.  1.3 Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola. Kepirkan bola semasa melintasi sisi peha. Gaya Kipas Angin (Windmill). 2.1 Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan. 2.2 Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit badannya.
  • 54.  2.3 Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar. 2.4 Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit. 2.5 Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut. Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.
  • 55. Lari berganti-ganti antara dua bes secara BerpasukanLatihan berlari mengelilingi 4 bes secara Berpasukan /BerseoranganLatihan berlari dan tukar arah – 4 arah, Peserta berlari ulangalik antara bes tengah (BT) dengan bes yang diletak 20m diempat penjuru (SBUT). Selepas 3 ulangan, tukar arah larian.Latihan berlari bes berlawanan dengan hantaran bola A cubaberlari Ice ke bes X dan menyentuh bes Y sebelum 2 orangpemadang sempat menyempurnakan hantaran. Jarak bes 20m.Jarak pemadang 25m.Latihan berlari mengelilingi bes dan plet rumah sepertiberlumba dengan isyarat wisel. Masa boleh diambil ataudicatat untuk menguji ketangkasan pelari.
  • 56. Latihan mengenggam dan menghayun bet, secara bersendirian membaling bola dan memukul ke dinding. Memukul bola statik - bola yang tergantung dan bola yang diletak di atas T (tee memukul) Memukul dan berlari. Ambil giliran sebagai pemukul, pembaling dan pemadang Latihan memukul secara bergilir-gilir menjadi pembaling dan pemadang.