Sofbol

8,650 views

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
8,650
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
359
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sofbol

  1. 1. PERMAINANSOFBOLPermainan sofbol telah diubahsuai daripada permainan baseball. Sejarah perkembanganpermainan sofbol bermula pada tahun 1887. Ketika itu, George Hancock dari Farragu Boat Clubdi Chicago telah mencipta satu permainan yang boleh dimainkan di dalam dewan ketika musimsejuk. Beliau menggunakan satu sarung tangan tinju yang diikat sebagai bola dan sebatang kayupenyapu sebagai bet. Pada tahun 1895,Louis Rober, pegawai Jabatan Bomba Minneapolismenjadikan sofbol sebagai permainan untuk mengekalkan kecergasan fizikal anggota bombapada waktu senggang.OBJEKTIF:Selepas mempelajari topik ini, kita akan dapat: • Melakukan sekurang-kurangnya kemahiran asas sofbol dengan teknik yang betul dan selamat. • Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan sofbol • Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan sofbol. • Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam permainan sofbol. • Mengenal pasti otot-otot utama yang digunakan dalam permainan sofbol. • Merancang strategi asas dalam permainan sofbol.2.2.1 KEMUDAHAN DAN PERALATAN SOFBOLSemua spesifikasi peralatan yang digunakan dalam permainan sofbol adalah mengikut undang-undang Persatuan Sofbol Antarabangsa atau International Softball Federation (ISF)A. Gelanggang i. Berbentuk segi empat sama atau dikenali sebagai diamond ii. Terdapat empat sudut iaitu:
  2. 2. a) Base akhir (home plate) b) Base pertama (first base) c) Base kedua (second base) d) Base ketiga (third base)iii. Bulatan lemparan dan pitcher’s plate terletak tengah-tengah diamond. Pitcher’s plate ialah tempat melakukan lemparan.B. Pitcher’s plate i. Tempat melakukan lemparan ii. Diperbuat daripada getah padu berwarna cerahC. Home plate i. Tapak terakhir yang disentuh oleh setiap base runner untuk memperoleh run (mata) ii. Perlu diletak dengan kemas agar tidak beralih atau bergerak semasa permainan.D. Bet i. Diperbuat daripada kayu atau aluminium ii. Dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tombol, pemegang dan laras iii. Tombol menghalang bet menggelongsor daripada gengaman
  3. 3. E. Bola i. Diperbuat daripada gabus atau getah yang dililit dengan benang ii. Bahagian luarnya dibalut dengan kulit atau bahan sintetik yang sesuai iii. Jahitan timbul menjadi panduan kepada pitcher untuk menentukan pergerakan bola semasa lemparan pitch.F. Topi keselamatan i. Diperbuat daripada kaca gentian ii. Bahagian dalamnya dilapik gabus atau getah. iii. Pemukul, pemukul on-deck, base runner dan catcher mesti memakai topi keselamatan.G. Glove i. Diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai ii. Dipakai oleh semua pemain yang memadang. iii. Terdapat poket di antara ibu jari dan jari telunjuk pada glove. Berfungsi untuk memerangkap bola. iv. Glove catcher yang dikenali sebagai catcher’s mitt mempunyai pelapik yang lebih tebal untuk melindungi tangan.ASPEK KESELAMATAN  Pastikan glove berkeadaan baik dan selamat digunakan.  Perangkap bola dalam poket glove untuk mengelakkan kecederaan pada jari atau tapak tangan.  Jerit nama rakan yang menyambut bola supaya bersedia bertindak
  4. 4.  Jangan baling bet selepas memukul  Awasi kedudukan pemain di base supaya tidak bertembung  Larian dilakukan di luar kawasan diamond  Dengar arahan jurulatih semasa melakukan larian.POSISI PEMAIN SOFBOLA. Jumlah dan Posisi pemainJumlah pemain bagi sofbol ialah sembilan orang. Posisi pemain sofbol yang memadangdibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu battery, pemadang dalam dan pemadang luar. Batteryterdiri daripada pitcher dan catcher. Pemadang dalam terdiri daripada pemain base pertama,kedua, ketiga dan pemadang dekat. Pemadang luar pula terdiri daripada pemadang kanan, tengahdan kiri.B. Fungsi Pemain POSISI FUNGSI/PERANANPitcher (1)  Melempar bola kepada pemukul  Memadang bola yang ditampanCatcher (2)  Menangkap bola yang dilempar oleh pitcher.  Melontar bola ke pelempar atau pemadang dalam.  Mematikan pemain lawan yang berlari ke base akhir.  Memadang bola yang ditampan  Memberitahu pemadang kedudukan pelari base.Pemain base pertama (3)  Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan diamond.  Mematikan pemain yang berlari ke base pertama.  Mengawal bola yang ditampan.Pemain base kedua (4)  Mematikan pemain yang berlari ke base kedua.Pemain base ketiga (5)  Mematikan pemain yang berlari ke base ketiga.
  5. 5.  Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond.Pemadang dekat (6)  Membantu pemain base kedua dan ketiga.(short stop)  Memadang bola yang dipukul di antara base kedua dengan base ketiga.Pemadang kiri (7)  Membantu pemain base kedua dan base ketiga.  Menangkap bola di bahagian kiri kawasan.Pemadang tengah (8)  Memadang bola padang luar.  Mengawal bahagian tengah kawasan padang luar.Pemadang kanan (9)  Memadang bola di bahagian kiri kawasan padang luar.KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN SOFBOLTerdapat beberapa kemahiran dalam permainan sofbol yang perlu kita pelajari dan kuasai. Setiapkemahiran sofbol memerlukan ketepatan, konsistensi dan kepantasan. Kemahiran asas yangterdapat dalam permainan sofbol adalah seperti berikut: KEMAHIRAN Menyerang Bertahan  Memukul  Menyambut dan membaling  Menampan  Melempar  Larian base  MemadangA. Menyambut dan Membaling
  6. 6. Menyambut dan membaling bola adalah dua kemahiran asas untuk memadang. Kemampuanmenyambut bola dengan sempurna dan membaling dengn pantas serta tepat dapat mematikanpihak lawan dalam percubaan berlari ke arah base.B. MemukulMemukul ialah kemahiran menyerang. Pemukul perlu memukul bola yang dilempar sebelummelakukan larian dari base ke base. Pasukan pemukul perlu menentukan giiran pemukul padaawal permainan. Pemukul hanya perlu memukul bola yang dilempar dalam ruang pukul (strikezone). Tumpuan dan ketepatan adalah faktor yang penting ketika melakukan pukulanC. MenampanMenampan ialah tindakan menahan bola dengan bet. Kemahiran ini memerlukan keyakinan diridan ketepatan menahan bola.D. Melempar (Pitching)Melempar ialah perlakuan melontar bola kepada pemukul. Melempar dilakukan dari dalambulatan lemparan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman antara pitcher dan penangkap untukmengelirukan pemukul. Terdapat dua jenis lemparan dalam sofbol iaitu Windmill dan Slingshot.E. Larian BaseLarian base ialah larian dari satu base ke base yang lain untuk memperoleh run. Terdapat tigajenis larian base. i. Larian paksaan: Pelari base terpaksa meninggalkan base kerana terdapat pelari yang menuju ke base tersebut. Sebagai contoh, pelari di base pertama terpaksa berlari ke base kedua disebabkan pemukul berlari ke base pertama. ii. Larian tanpa paksaan: Pelari base tidak dipaksa meninggalkan base. Sebagai contoh, pelari di base kedua tidak dipaksa bergerak ke base ketiga sekiranya tiada pelari base pertama yang akan menuju ke base kedua.
  7. 7. iii. Larian melebihi satu base: Pelari base boleh melakukan larian lebih daripada satu base sekiranya pelari gagal mematikan. Pemukul yang memukul bola jauh boleh berlari melalui semua base sehingga ke home plate untuk memperoleh home run.F. MemadangMemadang ialah kemahiran bertahan. Kemahiran yang penting ketika memadang ialahmenyambut dan melontar bola. Komunikasi antara pemadang, bijak dan pantas membuatkeputusan adalah tunjang kejayaan pasukan yang memadang. Setiap pemadang mempunyaiposisi dan peranan yang telah ditetapkan.UNDANG-UNDANG DAN PERATURANPertandingan sofbol dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan ISF dan peraturan amMajlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Peraturan asas dalam permainan sofbol adalahseperti berikut: 1. Pasukan memadang ditentukan secara undian 2. Permainan dibahagikan kepada tujuh inning atau dalam tempoh 1 jam 20 minit (yang mana sampai dulu). 3. Inning atau giliran pasukan memukul dan memadang bertukar setelah tiga orang pemain pasukan memukul dapat ‘dimatikan’. 4. Pitcher perlu melontar bola bawah tangan kepada pemukul. 5. Susunan giliran memukul perlu diikuti sepanjang permainan. Jika pemain ditukar, pemain gentian perlu mengambil gilirannya. 6. Pemukul yang tidak dapat menyempurnakan strike ketiga akan dikeluarkan. Jika pemukul mendapat empat ball, maju ke base pertama. 7. Pemukul yang dapat mengelak daripada dikeluarkan dan selamat sampai ke base pertama selepas memukul, boleh berlari ke base seterusnya.
  8. 8. 8. Pemukul akan terkeluar atau dikira ‘mati’ jika • Telah mendapat tiga strike. • Bola yang mencecah tanah dilontar terus ke base pertama sebelum pemukul tiba. • Bola ditangkap oleh pemadang sebelum mencecah tanah. 9. Run diperoleh jika pelari base selamat melepasi semua base hingga ke home plate tanpa di ‘tag’ oleh pemadang.10. Pelari base tidak boleh meninggalkan base sehingga pitcher melepaskan bola.11. Pelari base akan terkeluar atau ‘mati’ apabila: • Gagal menyentuh base yang dituju terlebih dahulu. • Di ‘tag’ oleh pemadang dengan bola. 12. Pasukan yang memperoleh jumlah run terbanyak dikira menang selepas tamat semua inning. 13. inning tambahan akan diberikan untuk menentukan pemenang sekiranya berlaku seri selepas tamat waktu permainan biasa.

×