SlideShare a Scribd company logo
1 of 33
KONSEP PRAGMATIK
Pragmatik ialah satu daripada cabang ilmu linguistik
yang mengkaji makna sesuatu ujaran.
Pragmatik mengkaji hal-hal yang meliputi struktur
bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara
penutur dengan pendengar atau penulis dengan
pembaca.
Pragmatik mengkaji penggunaan bahasa dalam
konteks budaya sesuatu masyarakat, ataupun
penggunaan bahasa dalam hubungan yang sebenar.1
(Raminah Haji Sabran et al, 2013:79).
Secara umumnya, pragmatik ialah bidang ilmu
linguistik yang menjalankan kajian tentang makna
ungkapan yang ingin disampaikan
Ciri Pragmatik
• Pragmatik seperti juga semantik mengkaji makna
ujaran berdasarkan penggunaan bahasa sesuatu
masyarakat.
• Kajian pragmatik lebih luas daripada kajian
semantik.
• Selain sumber linguistik, kajian pragmatik
melibatkan sumber falsafah bahasa, sosiolinguistik,
dan antropologi
ASPEK KAJIAN PRAGMATIK
• Kajian pragmatik bahasa Melayu mengkaji bahasa
dalam konteks budaya Melayu
• Bahasa dalam konteks budaya Melayu ialah
bahasa yang digunakan dalam masyarakat
Melayu untuk menyampaikan maksudnya untuk
sesama ahli masyarakat.
• Kajian pragmatik dalam budaya Melayu meliputi
hal-hal yang berikut:
Peribahasa
Ragam bahasa
Bahasa santun
SEMANTIK PRAGMATIK
DEFINISI:
bidang yang mengkaji selok-
belok makna
DEFINISI:
cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-
hal yang merangkumi struktur bahasa
sebagai alat perhubungan sama ada
antara penutur dan pendengar atau
penulis dan pembaca.
MEMPELAJARI:
makna iaitu makna kata dan
makna kalimat.
MEMPELAJARI:
ujaran iaitu untuk apa ujaran
dilakukan.
Kalau semantik bertanya
“Apa makna X?”
Maka pragmatik bertanya “Apa yang
anda maksudkan dengan X?”
Makna di dalam
semantik ditentukan oleh
leksikal dan konteks
Makna di dalam pragmatik ditentukan
oleh konteks, yakni siapa yang berbicara,
kepada siapa, di mana, bila, bagaimana,
dan apa fungsi ujaran itu.
• Peribahasa ialah susunan percakapan yang pendek,
indah atau sedap didengar, luas tujuannya, dan
digunakan sebagai bandingan dan teladan.
• Peribahasa merupakan bahasa yang sudah mantap
dari segi bentuk dan makna, dan tidak boleh diubah
kepada bentuk lain.
• Peribahasa membawa satu makna sahaja walaupun
terbentuk daripada dua atau lebih perkataan. Maknanya
diambil daripada penggabungan perkataan secara
keseluruhan, yang bersifat tersembunyi atau tidak
berterus terang.
• Penciptaan peribahasa terhasil daripada
pengalaman hidup masyarakat. Peribahasa
digunakan supaya tidak berlaku hal kurang
sopan dalam percakapan.
• Asalnya bentuk ini digunakan oleh orang yang
bijak, yang selalunya bercakap ringkas tetapi
tepat dan dalam maknanya, dan bentuk
berkenaan ditiru atau diikuti oleh orang lain lalu
tersebar luas.
• Peribahasa dipecahkan kepada beberapa jenis
berdasarkan perkataan yang digunakan dan
fungsi atau tujuannya.
Definisi Bidalan
• Bidalan juga jenis peribahasa yang mempunyai
maksud selapis sahaja.
• Bidalan berbeza daripada pepatah kerana bidalan
mempunyai pengajaran dan fikiran yang benar.
Ciri Bidalan
• Biasanya bidalan bersifat nasihat.
• Bidalan menggunakan perkataan yang
menunjukkan peringatan seperti jangan,
hendaklah, usah, biar, kalau dan ingat.
• Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal
jalan.
• Malu berkayu perahu hanyut, malu
bertanya sesat jalan
• Kalau kail penjang sejengkal, lautan
dalam jangan diduga
• Buat baik berpada-pada, buat jahat
jangan sekali
• Biar lambat asalkan selamat
Definisi Pepatah
• Perkataan pepatah berasal daripada patah-patah.
• Pepatah merupakan jenis peribahasa yang
mempunyai makna selapis.
• Pepatah mempunyai maksud yang jelas pada
lahirnya sahaja. Kadang-kadang pepatah tidak
berisi apa-apa pengajaran.
Jenis Pepatah
(a) Pepatah yang mempunyai pengajaran
• Memiliki unsur peringatan dengan jelas
• Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi
kita merasa.
• Kerbau dipegang pada talinya, manusia
dipegang pada katanya.
• Bercakap siang pandang-pandang, bercakap
malam dengar-dengar.
b) Tiada pengajaran
• Hanya pernyataan tentang sesuatu
dengan makna yang tersurat
• Alah bisa tegal biasa
• Indah khabar dari rupa
• Tak lekang dek panas, tak lapuk dek
hujan
Definisi Perbilangan
• Perbilangan ialah kalimat yang bercorak adat resam
yang mempunyai penggal-penggal seperti orang
membilang sesuatu, dan isinya berupa undang-
undang.
Ciri Perbilangan
• Disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.
• Binaannya dua baris atau lebih.
• Menitikberatkan isi yang berkaitan adat istiadat atau
peraturan dalam masyarakat yang dapat menjadi
pedoman hidup masyarakat.
• Definisi Perumpamaan
• Perumpamaan ialah jenis peribahasa yang
mempunyai makna dua lapis.
• Perumpamaan menyebut sesuatu dengan
diumpamakan kepada benda lain.
(a) Perumpamaan yang menunjukkan perbandingan
• Menggunakan kata perbandingan – bagai, bak,
seperti, laksana, macam, seolah-olah, dan ibarat.
• Bagai telur di hujung tanduk
• Bak murai dicabut ekor
• Ibarat mencangkul angin
• Macam ikan kena tuba
• Seperti lipas kudung
(b) Perumpamaan tidak menggunakan kata
perbandingan.
• Perumpamaan ini kelihatannya seperti
mempunyai makna seperti yang diungkapkan
tetapi makna sebenarnya bersifat dalaman.
• Siapa makan lada dia terasa pedas
• Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
• Belakang parang diasah lagikan tajam
• Masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak
Definisi Simpulan Bahasa
• Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri
daripada rangkaian dua atau tiga perkataan dan
tersimpul makna yang khas.
• Maksudnya berbeza daripada maksud asal
perkataan-perkataan yang terlibat.
KATA-KATA HIKMAT
• Kata-kata hikmat disebut juga madah
pujangga, merupakan perkataan-perkataan
yang dikeluarkan oleh orang bijak pandai
yang mengandungi pengertian yang tinggi.
• Boleh dijadikan teladan atau panduan hidup.
Definisi Kiasan
• Kiasan merupakan bahasa yang memperkatakan
sesuatu dengan mengiaskannya kepada perkara lain.
• Asal bahasa kiasan untuk membuat contoh secara
perbandingan.
• Bentuk ini digunakan untuk menjelaskan maksud,
menambahkan kesan percakapan supaya lebih menarik,
menjadikan bahasa lebih indah, dan sebagai
“pelindung” daripada bahasa tidak elok yang mungkin
menyakitkan hati orang lain sekiranya disebut secara
terus-terang.
• Kiasan terdiri daripada yang menyebutkan
bandingan dan yang tidak menggunakan kata
bandingan.
• Kiasan terdiri daripada beberapa jenis: kiasan
asal dan kiasan berpindah, kiasan
permanusiaan dan kata-kata hikmat.
JENIS KIASAN
(a) Kiasan Asal
Kiasan asal ialah kiasan yang menyebut
bandingan satu perkara dengan satu perkara
yang lain secara terang-terangan dengan
menggunakan kata bandingan
(b) Kiasan Berpindah
• Kiasan berpindah ialah kiasan yang tidak menyebut
perbandingan, tetapi terus dipindahkan maksudnya
kepada perkara yang hendak dibandingkan itu.
• Kiasan ini terdiri daripada beberapa jenis.
(i) Kiasan Sandar
• Kiasan ini menyandarkan maksudnya kepada benda atau
perkara lain, seolah-olah maksudnya menjadi sifat atau
perbuatan benda atau perkara lain itu.
(ii) Kiasan Terus
• Kiasan yang mempunyai makna yang sama sekali
lain daripada makna perkataan yang digunakan.
(iii) Kiasan berangkap
• Kiasannya secara bahasa berirama yang
mempunyai pertentangan bunyi antara perkara
yang diperkatakan dengan hal yang dikiaskan
(iv) Kiasan Berbunga
• Kiasan yang menggunakan perkataan-
perkataan yang indah atau berbunga-bunga.
(v) Kiasan Pemanis
• Kiasan ini dipanggil juga sebagai kiasan
gayang8 yang digunakan untuk mengelak
penggunaan perkataan yang kurang elok
bunyinya.
• Ungkapan yang digunakan lebih halus dan
santun untuk menggambarkan sesuatu.
(vi) Kiasan Melompat
• Kiasan ini ialah kiasan yang bersifat melangkah
(melangkau) satu tingkat atau lebih daripada benda
atau perkara asal.
(vii) Kiasan Melarat
• Kiasan melarat ialah kiasan yang sudah menyeleweng
atau berbeza jauh daripada maksud asal.
(viii) Kiasan Permanusiaan (Pengorangan)
• Kiasan ini menjadikan sesuatu yang bukan
manusia dapat berfikir dan bertindak seperti
manusia.
• Biasanya digunakan dalam bahasa kreatif
dengan istilah personifikasi.
AHZWAN ABD MAJID
DG. NAZIHAH SUHAILI
SHAHIFUL BAHARI HISHAM JURAIMEH
SUZANIE WILLIAM
https://app.box.com/s/1dw18lhh5skndu57ovds

More Related Content

What's hot

Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasaFara Piruz
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)azam_hazel
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaBahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaFairuz Alwi
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3nasywah79
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Nicholas Lidang Mud
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Oliver Louise
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
Konsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasaKonsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasaArielIfikaT
 
Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaauni farhana
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3pikaapull
 
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYUUNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU Farahin Dania
 

What's hot (20)

Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaBahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
 
Retorik
RetorikRetorik
Retorik
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
Konsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasaKonsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasa
 
Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacana
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
 
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYUUNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
 

Similar to PRAGMATIK STPM SEM3

KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptxKULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptxzuhairiraffien
 
Peraturan paradigmatik titud
Peraturan paradigmatik titud Peraturan paradigmatik titud
Peraturan paradigmatik titud Watak Bulat
 
Perbandingan Kinayah Dengan Idiom
Perbandingan Kinayah Dengan IdiomPerbandingan Kinayah Dengan Idiom
Perbandingan Kinayah Dengan IdiomBudak Baik
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuMohd Rasdi
 
Ketaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahanKetaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahanMaheram Ahmad
 
Sifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashidaSifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashidaWatak Bulat
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGZakira Hafizah
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistikly infinitryx
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Bahasa sebagai alat perundingan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Bahasa sebagai alat perundinganKOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Bahasa sebagai alat perundingan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Bahasa sebagai alat perundinganAmin Upsi
 
Tajuk 2 sifat bahasa
Tajuk 2  sifat bahasaTajuk 2  sifat bahasa
Tajuk 2 sifat bahasaNurulita Amat
 
Laras bahasa (slideshare 1)
Laras bahasa (slideshare 1)Laras bahasa (slideshare 1)
Laras bahasa (slideshare 1)alongsyue
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANFarah Elriani
 
Kata adjektif
Kata adjektif Kata adjektif
Kata adjektif firo HAR
 

Similar to PRAGMATIK STPM SEM3 (20)

KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptxKULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
 
Peraturan paradigmatik titud
Peraturan paradigmatik titud Peraturan paradigmatik titud
Peraturan paradigmatik titud
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Perbandingan Kinayah Dengan Idiom
Perbandingan Kinayah Dengan IdiomPerbandingan Kinayah Dengan Idiom
Perbandingan Kinayah Dengan Idiom
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
 
Ketaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahanKetaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahan
 
Sifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashidaSifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashida
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistik
 
Unit1c
Unit1cUnit1c
Unit1c
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Bahasa sebagai alat perundingan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Bahasa sebagai alat perundinganKOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Bahasa sebagai alat perundingan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Bahasa sebagai alat perundingan
 
Tajuk 2 sifat bahasa
Tajuk 2  sifat bahasaTajuk 2  sifat bahasa
Tajuk 2 sifat bahasa
 
Laras bahasa (slideshare 1)
Laras bahasa (slideshare 1)Laras bahasa (slideshare 1)
Laras bahasa (slideshare 1)
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
 
Kata adjektif
Kata adjektif Kata adjektif
Kata adjektif
 
Bab 1 morfologi
Bab 1 morfologi Bab 1 morfologi
Bab 1 morfologi
 

More from Dg Suhaili

Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3Dg Suhaili
 
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Dg Suhaili
 
Sistem Pendidikan di Sabah(abad ke 19-20) STPM Sem3
Sistem Pendidikan di Sabah(abad ke 19-20) STPM Sem3Sistem Pendidikan di Sabah(abad ke 19-20) STPM Sem3
Sistem Pendidikan di Sabah(abad ke 19-20) STPM Sem3Dg Suhaili
 
Perubahan Pentadbiran Di Sabah STPM Sem3
Perubahan Pentadbiran Di Sabah STPM Sem3Perubahan Pentadbiran Di Sabah STPM Sem3
Perubahan Pentadbiran Di Sabah STPM Sem3Dg Suhaili
 
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3Dg Suhaili
 
Penentangan Terhadap Kuasa Asing di Negeri negeri Melayu STPM Sem3
Penentangan Terhadap Kuasa Asing di Negeri negeri Melayu STPM Sem3Penentangan Terhadap Kuasa Asing di Negeri negeri Melayu STPM Sem3
Penentangan Terhadap Kuasa Asing di Negeri negeri Melayu STPM Sem3Dg Suhaili
 
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3 Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3 Dg Suhaili
 

More from Dg Suhaili (7)

Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
Perubahan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu STPM Sem3
 
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
 
Sistem Pendidikan di Sabah(abad ke 19-20) STPM Sem3
Sistem Pendidikan di Sabah(abad ke 19-20) STPM Sem3Sistem Pendidikan di Sabah(abad ke 19-20) STPM Sem3
Sistem Pendidikan di Sabah(abad ke 19-20) STPM Sem3
 
Perubahan Pentadbiran Di Sabah STPM Sem3
Perubahan Pentadbiran Di Sabah STPM Sem3Perubahan Pentadbiran Di Sabah STPM Sem3
Perubahan Pentadbiran Di Sabah STPM Sem3
 
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
 
Penentangan Terhadap Kuasa Asing di Negeri negeri Melayu STPM Sem3
Penentangan Terhadap Kuasa Asing di Negeri negeri Melayu STPM Sem3Penentangan Terhadap Kuasa Asing di Negeri negeri Melayu STPM Sem3
Penentangan Terhadap Kuasa Asing di Negeri negeri Melayu STPM Sem3
 
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3 Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
 

PRAGMATIK STPM SEM3

  • 1.
  • 2. KONSEP PRAGMATIK Pragmatik ialah satu daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna sesuatu ujaran. Pragmatik mengkaji hal-hal yang meliputi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dengan pendengar atau penulis dengan pembaca. Pragmatik mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks budaya sesuatu masyarakat, ataupun penggunaan bahasa dalam hubungan yang sebenar.1 (Raminah Haji Sabran et al, 2013:79). Secara umumnya, pragmatik ialah bidang ilmu linguistik yang menjalankan kajian tentang makna ungkapan yang ingin disampaikan
  • 3. Ciri Pragmatik • Pragmatik seperti juga semantik mengkaji makna ujaran berdasarkan penggunaan bahasa sesuatu masyarakat. • Kajian pragmatik lebih luas daripada kajian semantik. • Selain sumber linguistik, kajian pragmatik melibatkan sumber falsafah bahasa, sosiolinguistik, dan antropologi
  • 4. ASPEK KAJIAN PRAGMATIK • Kajian pragmatik bahasa Melayu mengkaji bahasa dalam konteks budaya Melayu • Bahasa dalam konteks budaya Melayu ialah bahasa yang digunakan dalam masyarakat Melayu untuk menyampaikan maksudnya untuk sesama ahli masyarakat. • Kajian pragmatik dalam budaya Melayu meliputi hal-hal yang berikut: Peribahasa Ragam bahasa Bahasa santun
  • 5.
  • 6. SEMANTIK PRAGMATIK DEFINISI: bidang yang mengkaji selok- belok makna DEFINISI: cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal- hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. MEMPELAJARI: makna iaitu makna kata dan makna kalimat. MEMPELAJARI: ujaran iaitu untuk apa ujaran dilakukan. Kalau semantik bertanya “Apa makna X?” Maka pragmatik bertanya “Apa yang anda maksudkan dengan X?” Makna di dalam semantik ditentukan oleh leksikal dan konteks Makna di dalam pragmatik ditentukan oleh konteks, yakni siapa yang berbicara, kepada siapa, di mana, bila, bagaimana, dan apa fungsi ujaran itu.
  • 7.
  • 8. • Peribahasa ialah susunan percakapan yang pendek, indah atau sedap didengar, luas tujuannya, dan digunakan sebagai bandingan dan teladan. • Peribahasa merupakan bahasa yang sudah mantap dari segi bentuk dan makna, dan tidak boleh diubah kepada bentuk lain. • Peribahasa membawa satu makna sahaja walaupun terbentuk daripada dua atau lebih perkataan. Maknanya diambil daripada penggabungan perkataan secara keseluruhan, yang bersifat tersembunyi atau tidak berterus terang.
  • 9. • Penciptaan peribahasa terhasil daripada pengalaman hidup masyarakat. Peribahasa digunakan supaya tidak berlaku hal kurang sopan dalam percakapan. • Asalnya bentuk ini digunakan oleh orang yang bijak, yang selalunya bercakap ringkas tetapi tepat dan dalam maknanya, dan bentuk berkenaan ditiru atau diikuti oleh orang lain lalu tersebar luas. • Peribahasa dipecahkan kepada beberapa jenis berdasarkan perkataan yang digunakan dan fungsi atau tujuannya.
  • 10. Definisi Bidalan • Bidalan juga jenis peribahasa yang mempunyai maksud selapis sahaja. • Bidalan berbeza daripada pepatah kerana bidalan mempunyai pengajaran dan fikiran yang benar. Ciri Bidalan • Biasanya bidalan bersifat nasihat. • Bidalan menggunakan perkataan yang menunjukkan peringatan seperti jangan, hendaklah, usah, biar, kalau dan ingat.
  • 11. • Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. • Malu berkayu perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan • Kalau kail penjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga • Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali • Biar lambat asalkan selamat
  • 12. Definisi Pepatah • Perkataan pepatah berasal daripada patah-patah. • Pepatah merupakan jenis peribahasa yang mempunyai makna selapis. • Pepatah mempunyai maksud yang jelas pada lahirnya sahaja. Kadang-kadang pepatah tidak berisi apa-apa pengajaran.
  • 13. Jenis Pepatah (a) Pepatah yang mempunyai pengajaran • Memiliki unsur peringatan dengan jelas • Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. • Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya. • Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.
  • 14. b) Tiada pengajaran • Hanya pernyataan tentang sesuatu dengan makna yang tersurat • Alah bisa tegal biasa • Indah khabar dari rupa • Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
  • 15. Definisi Perbilangan • Perbilangan ialah kalimat yang bercorak adat resam yang mempunyai penggal-penggal seperti orang membilang sesuatu, dan isinya berupa undang- undang. Ciri Perbilangan • Disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. • Binaannya dua baris atau lebih. • Menitikberatkan isi yang berkaitan adat istiadat atau peraturan dalam masyarakat yang dapat menjadi pedoman hidup masyarakat.
  • 16.
  • 17. • Definisi Perumpamaan • Perumpamaan ialah jenis peribahasa yang mempunyai makna dua lapis. • Perumpamaan menyebut sesuatu dengan diumpamakan kepada benda lain.
  • 18. (a) Perumpamaan yang menunjukkan perbandingan • Menggunakan kata perbandingan – bagai, bak, seperti, laksana, macam, seolah-olah, dan ibarat. • Bagai telur di hujung tanduk • Bak murai dicabut ekor • Ibarat mencangkul angin • Macam ikan kena tuba • Seperti lipas kudung
  • 19. (b) Perumpamaan tidak menggunakan kata perbandingan. • Perumpamaan ini kelihatannya seperti mempunyai makna seperti yang diungkapkan tetapi makna sebenarnya bersifat dalaman. • Siapa makan lada dia terasa pedas • Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain • Belakang parang diasah lagikan tajam • Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
  • 20. Definisi Simpulan Bahasa • Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada rangkaian dua atau tiga perkataan dan tersimpul makna yang khas. • Maksudnya berbeza daripada maksud asal perkataan-perkataan yang terlibat.
  • 21.
  • 22. KATA-KATA HIKMAT • Kata-kata hikmat disebut juga madah pujangga, merupakan perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. • Boleh dijadikan teladan atau panduan hidup.
  • 23.
  • 24. Definisi Kiasan • Kiasan merupakan bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya kepada perkara lain. • Asal bahasa kiasan untuk membuat contoh secara perbandingan. • Bentuk ini digunakan untuk menjelaskan maksud, menambahkan kesan percakapan supaya lebih menarik, menjadikan bahasa lebih indah, dan sebagai “pelindung” daripada bahasa tidak elok yang mungkin menyakitkan hati orang lain sekiranya disebut secara terus-terang.
  • 25. • Kiasan terdiri daripada yang menyebutkan bandingan dan yang tidak menggunakan kata bandingan. • Kiasan terdiri daripada beberapa jenis: kiasan asal dan kiasan berpindah, kiasan permanusiaan dan kata-kata hikmat. JENIS KIASAN
  • 26. (a) Kiasan Asal Kiasan asal ialah kiasan yang menyebut bandingan satu perkara dengan satu perkara yang lain secara terang-terangan dengan menggunakan kata bandingan
  • 27. (b) Kiasan Berpindah • Kiasan berpindah ialah kiasan yang tidak menyebut perbandingan, tetapi terus dipindahkan maksudnya kepada perkara yang hendak dibandingkan itu. • Kiasan ini terdiri daripada beberapa jenis. (i) Kiasan Sandar • Kiasan ini menyandarkan maksudnya kepada benda atau perkara lain, seolah-olah maksudnya menjadi sifat atau perbuatan benda atau perkara lain itu.
  • 28. (ii) Kiasan Terus • Kiasan yang mempunyai makna yang sama sekali lain daripada makna perkataan yang digunakan. (iii) Kiasan berangkap • Kiasannya secara bahasa berirama yang mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan hal yang dikiaskan
  • 29. (iv) Kiasan Berbunga • Kiasan yang menggunakan perkataan- perkataan yang indah atau berbunga-bunga.
  • 30. (v) Kiasan Pemanis • Kiasan ini dipanggil juga sebagai kiasan gayang8 yang digunakan untuk mengelak penggunaan perkataan yang kurang elok bunyinya. • Ungkapan yang digunakan lebih halus dan santun untuk menggambarkan sesuatu.
  • 31. (vi) Kiasan Melompat • Kiasan ini ialah kiasan yang bersifat melangkah (melangkau) satu tingkat atau lebih daripada benda atau perkara asal. (vii) Kiasan Melarat • Kiasan melarat ialah kiasan yang sudah menyeleweng atau berbeza jauh daripada maksud asal.
  • 32. (viii) Kiasan Permanusiaan (Pengorangan) • Kiasan ini menjadikan sesuatu yang bukan manusia dapat berfikir dan bertindak seperti manusia. • Biasanya digunakan dalam bahasa kreatif dengan istilah personifikasi.
  • 33. AHZWAN ABD MAJID DG. NAZIHAH SUHAILI SHAHIFUL BAHARI HISHAM JURAIMEH SUZANIE WILLIAM https://app.box.com/s/1dw18lhh5skndu57ovds