Variasi bahasa

30,385 views

Published on

Published in: Education
4 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
30,385
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
690
Comments
4
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Variasi bahasa

  1. 1. Variasi Bahasa Disediakan oleh: Nurfarah Syazana bt Mohd Fadzil Shadatul Azuwa bt Hashim
  2. 2. Bahasa formal dengan bahasa tak formal1. Penggunaan bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu bahasa formal dan bahasa tak formal.2. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan pada situasi formal atau rasmi. Contoh bahasa formal bahasa baku dan bahasa istana.3. Bahasa tak formal pula digunakan pada situasi tidak rasmi. Contoh bahasa tak formal bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa mesra, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, dan dialek.4. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dengan bahasa terkawal.5. Ragam bahasa bebas merupakan bentuk yang mementingkasn aspek- aspek peraturan bahasa tersebut, iaitu ayat dan imbuhannya tidak gramatis, aspek sebutan dan intonasinya salah, serta pilihan kosa katanya tidak tepat.
  3. 3. 6. Berbeza daripada ragam bahasa bebas, ragam bahasa terkawal adalah bentuk bahasa yang mementingkan aspek-aspek peraturan bahasa tersebut, iaitu ayat dan imbuhannya gramatis, aspek sebutan dan intonasi serta pilihan kosa katanya tepat.7. Perbezaan kedua-dua ragam bahasa itu ditunjukkan oleh contoh yang berikut ini: Bahasa bebas Bahasa terkawal I cari you last night tapi you Saya mencari awak semalam tak ada di rumah. Kata sister tetapi awak tidak berada di you, you enjoy kat disko. rumah. Adik perempuan awak memberitahu saya bahawa awak berhibur di disko.
  4. 4. 8. Bahasa formal dan bahasa tak formal juga dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.9. Dalam penggunaan bahasa mesra, sekatan sosial antara penutur bahasa tersebut tidak wujud.10. Sebaliknya, dalam penggunaan bahasa formal, wujud sekatan sosial antara penutur. Sekatan sosial bermaksud penutur berasa tidak selesa apabila menggunakan bahasa formal tersebut. Hal ini timbul mungkin disebabkan oleh status seseorang penutur itu lebih tinggi daripada penutur yang lain ataupun hubungan yang masih belum rapat antara penutur.11. Oleh sebab tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur bahasa mesra, maka penuturnya akan menggunakan ragam bahasa bebas yang tergolong sebagai bahasa tak formal. Antara ciri bahasa mesra termasuklah:
  5. 5. (a) Menggunakan gelaran yang tidak lengkap, seperti dalam ayat ini:  Jangan main-main, Bang Mat!  Jom kita makan angin, Kak Leha!(b) Menggunakan nama diri untuk menggantikan kata nama diri orang pertama, misalnya:  Kalu mak tak mahu makan, Man pun tak mahu.  Ayah duduk di situ, biar Yah ambilkan ayah minuman.(c) Banyak menggunakan unsur kependekan kata seperti nak untuk hendak , dah untuk sudah, tak untuk tidak dan sebagainya. Sebagai contoh:  Dah lama saya tak rasa makanan mak.  Kamu nak pergi mana pagi-pagi buta ni?(d) Banyak menggunakan partikel –lah ,misalnya:  Apa sajalah yang awak buat ni, Cik Yam?  Okaylah, esok kita jumpa lagi!
  6. 6. (e) Bercampur dengan dialek, misalnya:  Budak itu badan sajo beso, tapi hati kocik.  Tak molek demo buat bising maso orang solat.(f) Terdapat percampuran kod, misalnya:  I tak bole ambek anak I from school today. I ada meeting.  Insya-Allah, esok ana akan jemput anta dari airport.(g) Menggunakan pola intonasi yang tidak jelas, misalnya:  Dahlah tu,pergi cepat.  Biarkan saja buku tu di situ.12. Za’ba mengistilahkan bahasa formal sebagai bahasa surat manakala bahasa tak formal adalah bahasa cakap mulut.13. Menurut beliau, bahasa surat merupakan cara pembahasan bahasa Melayu yang biasa dipakai dalam karangan bersurat sahaja iaitu:
  7. 7. (a) susunannya lebih lanjut (b) ayat-ayatnya lebih lengkap (c) Pembahasanya lebih tinggi dan halus (d) Banyak memakai perkataan dan rangkaian perkataan yang janggal bunyinya dalam bahasa cakap mulut14. Bahasa cakap mulut pula mempunyai(a) Susunan yang senang(b) Ayat-ayat yang ringkas(c) Perkataan yang banyak terpotong-potong(d) Perkataan yang terpakai tidak pernah terpakai dalam bahasa surat15. Bahasa cakap mulut sama dengan variasi bahasa basahan, iaitu bentuk bahasa pertuturan harian.16. Bahasa basahan, aspek tatabahasa atau kegramatisan ayat tidak dipentingkan. Bahasa ini juga dipengaruhi oleh bahasa daerah atau loghat.17. Terdapat 3 perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan (a) penggunaan perkataan yang berbeza untuk makna yang serupa
  8. 8. Bahasa baku Bahasa basahan Mengapa Kenapa Bagaimana Macam mana Sedang tengah(b) Penggunaan bentuk kependekkan, Bahasa baku Bahasa basahan Hendak Nak Tidak Tak Sudah Dah(c) Terdapatnya perubahan bunyi Bahasa baku Bahasa basahan Ambil Ambek/amek Kecil kecik Pula Pulak Sihat sehat
  9. 9. 18. Bahasa formal ialah variasi bahasa yang mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan baik dari aspek sebutan, sistem imbuhan, struktur ayat mahupun pilihan perkataan.19. Antara ciri-ciri bahasa formal termasuklah a) Tidak menggunakan nama sendiri ,nama timbangan atau nama ringkas. b) Tidak mengandungi percampuran kod. c) Tidak menggunakan unsur kependekan . d) Menyebut geleran dengan sepenuhnya. e) Memperlihatkan pola intonasi yang jelas untuk pelbbagai jenis ayat.20. Bahasa tak formal tidak perlu terlalu tersusun atau teratur bahasanya. Yang ditekankan ialah keakraban dan kemesraan , maka bentuk-bentuk perkataannya disingkatkan.21. Kosa kata yang digunakan berbeza daripada bahasa baku seperti perkataan kok dan dek digunakan untuk menggantikan perkataan kalau dan oleh dalam bahasa baku .22. Bahasa tak formal juga menggunakan gelaran kekeluargaan dalam hubungan antara anggota keluarga atau sanak sandara, serta panggilan intim jika berhubung dengan sahabat handai.
  10. 10. 23. Perbezaan antara bahasa formal dengan bahasa tak formal,misalnya: Bahasa formal Bahasa tak formal Saya pergi ke sekolah tetapi I nak gi sekolah tapi dah sudah ketinggalan bas. tinggal bas.24. Bahasa formal boleh wujud dalam bentuk tulisan atau lisan. Antara bentuk lisan yang menggunakan bahasa formal termasuklah ceramah, forum dan khutbah Jumaat sementara bentuk bertulis terdapat dalam rencana, berita- berita ,dan karya-karya sastera.
  11. 11. 1. Bahasa halus merupakan sistem bahasa yang beradat, bersopan santun, dan berbudaya tinggi.perkataan yang digunakan melambangkan kesopanan dan bernilai tinggi serta lengkap dengan sistem nahu.2. Bahasa halus juga menggunakan kata ganti nama yang lengkap dan bersopan serta nada pengucapan yang rendah, lembut, dan menimbulkan kemesraan. Contohnya, bahasa halus digunakan dalam urusan surat menyurat dalam anggota keluarga. Dalam hal ini, kata ganti nama sopan santun (yang memperlihatkan ciri- ciri bahasa halus) ialah ayahanda, bonda, anakanda, kakanda, adinda, dan nenda.3. Dalam bahasa halus, bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu yang kurang manis.
  12. 12. Bentuk yang kurang manis Kiasan pemanisPenyakit cacar atau ketumbuhan Penyakit orang baikMembasuh punggung selepas berak bercebokHubungan seks halal antara suami isteri Nafkah batinBadan sedang membesar Badan tengah naiksuami Bapak budak iniisteri Orang rumah/emak budak inikencing Ke sungai kecil/buang air kecilberak Ke sungai besar/buang air besarKeluar darah haid Datang bulanmati Menghembuskan nafas terakhirDikuburkan dikebumikan
  13. 13. 4.Bahasa halus digunakan untuk: Menghormati orang yang dilawan bercakap Menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap Mewujudkan kemesraan Menghormati peraturan adat istiadat5.Lawan bahasa halus ialah bahasa kasar.bahasa kasar digunakan oleh penutur yang tidakmementingkan amalan sopan santun dalam berbahasa .kata-kata kasar akan menyinggungperasaan orang yang terlibat.6.Bahasa kasar terbahagi kepada duaa) Bahasa kasar biasab) Bahasa kasar kesatBahasa kasar biasa Ialah Penggunaan bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan tempat dan konteks sehingga menyentuh perasaan pihak yang berkenaan Akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pihak lain Menggambarkan penutur tersebut mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau sifatnya yang tidak tahu berbahasa.
  14. 14. Bahasa kasar kesat Ialah bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang penutur ketika sedang marah dan menggunakan bahasa kesat untuk memaki hamun, mengutuk, mencarut, dan sebagainya. Contoh bahasa kesat ialah sial, celaka, bodoh,kurang ajar, kepala otak, dan sebagainya.7.Bahasa kasar juga dikaitkan dengan bahasa yang digunakan oleh golongan yang tidakmempunyai latar belakang pendidikan dan bermoral rendah. Jenis bahasa ini dipadankandengan “vulgar language” dalam bahas inggeris.1.Bahasa istana ialah variasi bahasa yang digunakan khusus untuk golongan diraja.variasibahasa ini juga dikenal sebagai bahasa dalaman. Bahasa ini bertujuan untukmenunjukkan perbezaan antara golongan diraja dengan orang biasa.2.Bahasa istana termasuk dalam variasi bahasa halus. Bahasa ini digunakan oleh orangkebanyakan apabila berhubung dengan kerabat diraja.
  15. 15. 3.Perbezaan antara ciri bahasa golongan diraja dengan bahasa biasa. Ciri-ciri bahasaini dapat ditinjau dari aspek:a) Penggunaan kata dan ungkapan khusus ;b) Penggunaan kata ganti nama diri orang;c) Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat; dand) Penggunaan unsur pemulukan dan pendinaan4.Daripada segi penggunaan ungkapan, terdapat ungkapan bahasa istana yang sudahjumud, iaitu bersifat rutin dan tidak berubah-ubah sejak dahulu lagi.antara ungkapantersebut termasuklah Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harapdiampun dan daulat Tuanku yang digunakan dalam upacara penabalan raja.5.Terdapat kosa kata yang khusus untuk golongan diraja iaitu: Bahasa biasa Bahasa istana beranak Berputera/berputeri makan santap mandi bersiram Meninggal dunia Mangkat marah murka
  16. 16. 6.Contoh penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa istana adalah: Kata ganti penggunaan nama diri Sultan/raja Orang biasa/rakyat Pertama Beta Hamba, pacal, patik Kedua Tuanku Mamanda, tuan hamba ketiga baginda7.Di Malaysia, golongan diraja mempunyai gelaran tertentu mengikut negeri masing-masing, iaitu: Perak dan selangor- Raja Johor, kedah, dan negeri sembilan-tunku; Kelantan, pahang, dan terangganu-tengku8.Kerabat diraja disapa dengan rujukan kehormat tertentu bergantung pada statusmasing-masing.
  17. 17. Antara rujukan kehormat bagi kerabat diraja adalah seperti yhang berikut: Status kerabat diraja Rujukan kehormat Yang di-Pertuan Agong dan Ke Bawah Duli Yang Maha Raja Permaisuri Agong Mulia Seri Paduka Baginda Sultan dan Sultanah Kelantan Ke Bawah Duli Yang Maha dan Pahang Mulia Sultan dan Sultanah negeri Duli Yang Maha Mulia lain selain Kelantan dan Pahang Balu Raja Yang Maha Mulia Raja Muda atau Tengku Duli Yang Maha Teramat Mulia Mahkota atau Yang Teramat Mulia Kerabat diraja yang karib Yang Amat Mulia 9.Dalam bahasa istana, unsur pemulukan dan pendinaan amat ketara semasa rakyat berhubung dengan kerabat diraja secara bersemuka.
  18. 18. 10.Ciri pemulukan merujuk kepada perbuatan menyanjung raja untuk meletakkanbaginda pada taraf yang lebih tinggi berbanding rakyat biasa.contoh pemulukan ialahDuli Yang di-Pertuan , Duli Yang Maha Mulia , ataupun Ke Bawah Duli.11.Unsur pendinaan merujuk kepada orang yang berhubung dengan raja itu merendah-rendahkan dirinya. Antara contoh pendinaan ialah penggunaan ganti nama patik danhamba, ungkapan seperti patik yang hina dina, pacal yang hina, ataupun menjunjungduli.Biasanya ciri pemulukan dan pendinaan berlaku serentak.12.ciri-ciri lain bahasa istana dapat dilihat daripada aspek penggunaan nahu danpengulangan.13.Aspek nahu, ditemukan kekerapan penggunaan imbuhan apitan per…kan sepertikata persembahan. Menurut Asmah Haji Omar, penggunaan imbuhan per…kanmembawa nada keseriusan, kemegahan, dan keagungan atau kebesaran sesuatutindakan.Selain apitan per…kan, terdapat juga penggunaan imbuhan akhiran –nda dan –andayang digunakan sebagai tanda homat dan untuk menunjukkan hubungan kekeluargaan,seperti ayahanda, anakanda, bonda, adinda, dan sebagainya.

×