• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Problem solving
 

Problem solving

on

  • 2,327 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,327
Views on SlideShare
2,327
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
105
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Problem solving Problem solving Document Transcript

    • SME 3023TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAHMASALAH YANG DIHADAPI GURU DALAM MENCAPAI PENGAJARAN YANG BERKESAN (PENDEKATAN PENGAJARAN) Disediakan Oleh Nur Khairina Bt Abd Manaf (D20081032206) Nur Akma Bt Makhtar (D20081032217) Nur Farhana Bt Daglon Dol Hamid (D20081032214) Siti Nor Afaf Bt Mahasan (D20081032219) Atiqah Bt Mohd Azmi (D20081032227)
    • NUR KHAIRINA BT ABD MANAF D20081032206 Guru tidak memberi pembelajaran yang berkesan kepada pelajar1. Apakah masalah tersebut? Masalah tersebut ialah guru tidak memberi pembelajaran yang berkesan kepadapelajar. Guru hanya mengajar untuk menghabiskan silibus mata pelajaran tanpa mengambilkira tahap pelajarnya.2. Mengapa wujudnya masalah itu? Masalah ini terjadi kerana guru tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untukmenyampaikan pengajarannya mengikut kaedah yang sesuai. Ini menyebabkan guru tidakberjaya untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, danmenyebabkan pelajar mengalami pembelajaran yang membosankan, seterusnya pelajar tidakmemberi tumpuan dalam pelajarannya atau pelajar-pelajar tidak mahu masuk ke kelas.
    • Masalah: Guru tidak memberi pembelajaran yang berkesan kepada pelajarLangkah 1 : Penggunaan kaedah Langkah 2 : Menggunakan arasdan teknik yang pelbagai. pengajaran yang sesuai. Kelebihan Kelebihan  Pelajar yang cerdik tidak  Menjadikan sesuatu akan merasa bosan dan pengajaran itu pelajar yang lemah tidak menarik. merasa ketinggalan.  Memberi ruang kepada  Pelajar yang cerdik dapat membimbing pelajar yang pelajar untuk bergiat lemah. secara aktif.  Guru dapat memberi  Membuatkan sesi perhatian yang sepenuhnya pembelajaran tidak kepada pengajaran. jemu dan bosan. Kelemahan Kelemahan  Guru perlu merancang  Guru mengambil masa dengan lebih awal agar untuk menyusun pelajar aktiviti dapat berjalan sebelum sesi lancar. pengajaran.  Guru perlu mengambil  Guru perlu mengambil masa yang lama untuk masa yang lama untuk merancang dan merancang dan menjalankannya. menjalankannya.
    • Langkah 1 : Langkah 2 :Penggunaan Menggunakan araskaedah dan teknik pengajaran yang sesuai.yang pelbagai. Penyelesaian terbaik  Langkah yang terbaik adalah dengan penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai.  Dengan kepelbagaian kaedah pengajaran diharapkan dapat memberi menarik minat pelajar untuk belajar.  Guru juga dapat memikirkan teknik atau kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar yang cerdik mahupun lemah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran.
    • NUR AKMA BT MAKHTAR D20081032217GURU TIDAK MENGAMBIL KIRA ARAS KEFAHAMAN PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Apakah masalah tersebut? Masalah di atas bermaksud guru mengajar sesuatu topik semasa proses pengajaran dan pembelajaran tetapi mengabaikan aras kefahaman pelajar terhadap penerimaan topik tersebut. Guru mengandaikan bahawa semua pelajarnya telah memahami sesuatu topik dan terus mengajar topik yang seterusnya yang mempunyai kaitan dengan topik-topik sebelum ini. 2. Mengapa wujudnya masalah itu? Masalah ini terjadi kerana guru ingin cepat menghabiskan sukatan pelajaran sebelum peperiksaan diadakan. Seperti yang kita ketahui, guru bukan sahaja terlibat dalam pengajaran di dalam kelas sahaja, tetapi terpaksa menghadiri mesyuarat, program- program ko-kurikulum, dan sebagainya. Hal-hal seperti inilah yang menyebabkan guru banyak meninggalkan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kelas yang diajarnya. Jadi, apabila sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan seperti yang diperuntukkan dalam rancangan pengajaran tahunan, guru ini akan cepat-cepat menghabiskan sukatan pelajarannya lantas mengabaikan tahap kesesuaian kefahaman pelajarnya.
    • LANGKAH 1: Guru perlu mengajar bertumpukan individu iaitu setiap pelajar mengikut tahap dan kadar masing-masing. Kelebihan Kelemahan Guru dapat mengajar  Guru terpaksa mengambil berdasarkan aras masa yang lama untuk pengetahuan pelajar. menghabiskan sesuatu topik.  Guru perlu menumpukan perhatian kepada setiap seorang pelajarnya.
    • LANGKAH 2: Guru perlu sentiasa membuat penilaian selepas proses p&p Kelebihan Kelemahan  Guru dapat mengetahui aras  Guru perlu lebih masa pengetahuan seseorang untuk membuat penilaian kemudiannya menyemak pelajarnya. latihan untuk setiap pelajar.  Guru dapat mengenalpasti kelemahan atau kesilapan pelajar semasa proses p&p.
    • LANGKAH 1: LANGKAH 2: Guru perlu mengajar bertumpukan Guru perlu sentiasa membuat penilaianindividu iaitu setiap pelajar mengikut selepas proses p&p. tahap dan kadar masing-masing. Penyelesaian Terbaik Langkah penyelesaian terbaik untuk isu ini ialah guru perlu membuat penilaian selepas sahaja mengajar sesuatu topik. Guru bukan sahaja memberi kerja untuk pelajar habiskan, tetapi guru juga perlu menyemak setiap satu jawapan yang ditulis oleh pelajar. Jadi, guru akan mengetahui perkembangan pelajaran setiap pelajarnya. Guru akan mengetahui jenis kesilapan dan kesalahfahaman konsep oleh pelajarnya. Penilaian yang dibuat diharap dapat membantu guru untuk mengenalpasti aras kefahaman pelajarnya.
    • NUR FARHANA BT DAGLON DOL HAMID D20081032214 KUALITI PENGAJARAN1. Apakah masalah tersebut?Kualiti pengajaran ini adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru-guruuntuk memberikan pengajaran yang berkesan. Masalah ini adalah kritikal kerana apabilaseseorang guru itu gagal dalam memberikan pengajaran yang berkesan, maka parapelajarnya akan terabai sekaligus tidak mencapai objektif pengajaran yang telahdisediakan. Masalah kualiti pengajaran ini timbul sebelum, semasa dan selepaspengajaran.2. Mengapa wujudnya masalah ini?Masalah yang timbul sebelum pengajaran adalah persediaan mengajar guru itu sendirisebelum pengajaran dilaksanakan. Kebanyakan guru gagal dalam persediaan mengajar inidan telah mengakibatkan guru gagal memberikan pengajaran yang lebih berkesan.Masalah semasa pengajaran pula datangnya dari sikap guru itu sendiri. Mengajar sambillewa, syok sendiri, tidak bersedia atau tidak berpengetahuan dan tidak berkemahirandalam bidangnya, serta tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran akan menyebabkanpelajar mudah bosan dengan pengajaran guru tersebut, objektif pengajaran tidak dapatdicapai sepenuhnya dan pelbagai lagi masalah yang akan timbul dalam memberikanpengajaran yang lebih berkesan. Masalah selepas pengajaran adalah membuat refleksi proses pengajaran danpembelajaran yang telah dilaksanakan guru tidak menilai diri sendiri sama ada pengajaranyang telah dilaksanakan berkesan ataupun tidak. Ini amat penting dalam mengetahuikeupayaan pelajar dalam pembelajaran mereka dan penting bagi guru untuk merancangpengajaran yang berikutnya dengan kaedah yang lebih bersesuaian bagi tahap pelajar.
    • MASALAH: MASALAH YANG DIHADAPI GURU DALAM MENCAPAI PENGAJARAN YANG BERKESAN: KUALITI PENGAJARANLANGKAH 1: Guru perlu bersedia dengan persediaan mengajar dari segi ABM, rancanganmengajar serta menetapkan objektif yang perlu dicapai semasa pengajaran dilaksanakan.Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting sepertiberikut:  Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik  Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara eksplisi.t  Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar. Kelebihan Kelemahan 1. Dapat membantu guru menganggar 1. Gagal memberikan pengajaran yang masa yang diperlukan oleh setiap berkesan tajuk yang akan diajar dengan lebih 2. Guru gagal mengajar dengan baik. sistematik dan yakin 2. Guru dapat mengajar dengan yakin dan akan menyampaikan segala maklumat yang ingin disampaikan LANGKAH 2: Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran.  Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep.  Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan yang untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.
    •  Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.  Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dikalangan pelajar.  Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas. Kelebihan Kelemahan 1. Pelajar tidak akan mudah bosan 1. Kaedah pengajaran dengan dengan pengajaran guru. menggunakan komputer tidak dapat 2. Objektif pengajaran akan tercapai. dilaksanakan kerana kekurangan 3. Dapat meningkatkan kefahaman bahan sokongan di sekolah. pelajar terhadap pembelajaran mereka.LANGKAH 3: Guru perlu membuat refleksi proses pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya pada masa sekarang, tidak ramai guru yang mengenang kembali prosespembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan dan menilai diri sendiri sama adapengajaran yang telah dilaksanakan itu berkesan mahupun tidak. Ini amat penting dalammengetahui keupayaan pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini juga penting bagi guru untukmerancang pengajaran yang berikutnya dengan kaedah yang lebih bersesuaian bagi tahappelajar. Refleksi ini juga digunakan untuk guru melihat perkembangan diri sendiri dalam posespengajaran ini. Refleksi dapat dibuat dengan guru merenung kembali proses pengajaran danpembelajaran selepas selesai pengajaran, menulis kekuatan dan kelemahan proses pengajarandan pembelajaran serta menulis strategi untuk mengatasi kelemahan diri sendiri. Ini akanmendorong guru tersebut dalam memperbaiki diri sendiri serta meningkatkan keupayaan gurutersebut dalam melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan.
    • Kelebihan Kelemahan 1. Sebagai rujukan guru. 1. 2. Guru dapat menilai diri mereka sama ada mereka telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik mahupun tidak. 3. Dapat merangka kaedah yang lain sekiranya kaedah yang digunakan sebelum ini gagal setelah dilaksanakan.Berdasarkan ketiga-tiga langkah yang telah dikemukakan, langkah yang terbaik untukmengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dalam mencapai pengajaran yang berkesankhususnya dalam aspek kualiti pengajaran adalah: Langkah 2 Langkah 1 Langkah 3 Penyelesaian Terbaik:
    • Langkah 2 : Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaranPenyelesaian terbaik adalah dengan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan:  Pelajar tidak mudah bosan dengan pengajaran guru.  Pelajar dapat belajar dengan sama rata walaupun perbezaan tahap pembelajaran  Guru mendapat kepuasan mengajar apabila pelajarnya memahami maklumat atau pengajaran yang disampaikan olehnya.  Pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Diharapkan agar guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk tujuan yang lebih baik. Penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai diharap dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep pelajaran serta memudahkan mereka dalam pembelajaran. Mengajar yang berkesan adalah agenda utama bagi seseorang guru tersebut. Keberkesanan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada kemampuan dan kebijaksanaan guru untuk mentafsir, merancang dan menyampaikan kandungan pelajaran serta kemampuan guru tersebut untuk membimbing pelajar hingga tercapai objektif pengajaran yang telah ditentukan.
    • SITI NOR AFAF BT MAHASAN D2001032219 INSENTIF Insentif pengajaran (What is the problem?)Guru merupakan komponen utama dalam proses pengajaran bilik darjah, selain daripadapelajar dan kurikulum, iaitu termasuk sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku-buku teks dan lain-lain. Bagaimanapun suatu persoalan yang timbul adalah tentang apakahperanan guru matematik dalam penerapan nilai kepada pelajar. Nik Azis (1996) dalam kajianMohd Uzi Bin Dollah (2007), menegaskan tentang peranan guru di bilik darjah yang bolehmempengaruhi pelajar. Untuk memenuhi tuntutan di atas, guru perlu meneliti apakah masalah yang berlakudalam pendekatan pengajaran yang berkesan. Antara masalah yang berlaku ialah penggunaaninsentif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan intensifyang berkesan dapat mendorong pelajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yangmereka lakukan. Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajaruntuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang di beri oleh guru. Penggunaan intensifyang berkesan dapat mendorong pelajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yangmereka lakukan. Contoh kajian menunjukkan pencapaian pelajar lebih tinggi jika gurumemeriksa kerja rumah yang diberi berbanding dengan pelajar yang kerja rumahnya tidakdisemak (Cooper,1989).
    • Punca-punca (Why is there a problem?)Mengenali ciri-ciri pelajar yang lemah matematik akan membantu guru memahami masalahyang mereka hadapi dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran tersebut.Pengalaman menunjukkan ciri-ciri pelajar yang saya maksudkan sebagai lemah matematikbertepatan dengan hasil kajian Mercer (1997). Oleh itu, adalah amat penting bagi gurumengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pelajar lemah dalam mata pelajaranmatematik pada masa yang sama dapat melaksanakan pengajaran yang berkesan. Antara punca-punca yang menyebabkan sesuatu kaedah pengajaran itu kurangberkesan ialah melalui sikap guru itu sendiri. Guru tersebut tidak mempunyai kemahiran-kemahiran untuk membina keyakinan diri. Kebanyakan guru pada masa kini tidak mempunyaipeningkatan tahap keyakinan diri, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan yang wujuddalam diri mereka. Terdapat juga segelintir daripada golongan guru yang mempunyai kekurangan yangada pada diri sendiri untuk menanangi dan menghadapi seseuatu masalah atau cabaransebagai seorang pendidik. Terdapat juga kajian oleh Uzi Bin Dollah (2007) yangmenunjukkan bahawa amalan dan tingkah laku guru boleh mempengaruhi pelajar dalampembelajaran matematik (Rohaty & T. Subahan, 1993), Kajian Rohaty dan T. Subahan (1993)ke atas guru pelatih (pelajar) mendapati bahawa sahsiah dan tingkah laku pendidikmempengaruhi pembelajaran pelajar. Marzita Puteh (2002) pula melaporkan dapatan kajianbahawa, apabila guru tidak mempersembahkan keyakinan terhadap pengajaran matematik,boleh menjadikan pelajar tidak berminat terhadap subjek dan kurang berkeyakinan terhadapkemampuan diri. Antara punca lain yang sering berlaku dalam pengajaran oleh seseorang guru ialahkegunaan bahan dan alat bantu mengajar sehingga memperlihatkan ketidakcekapanpendidik dan kemerosotan pencapaian dan penerimaan pelajar dalam kelas matematik.Kaedah pengajaran juga tidak dipelbagaikan dengan hanya menggunakan kaedah lama iaitupengajaran berasaskan guru iaitu „chalk and talk‟. Melalui kaedah ini pelajar akan mudahbosan dan pembelajaran yang tidak menyeronokkan. Pembelajaran seperti ini jugamenyebabkan pelajar kurang aktif di dalam kelas.
    • KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH MASALAH Bagaimanakah guru mampu mengatasi masalah yang berlaku dalam pendekatan pengajaran yang berkesan yang berkaitan dengan insentif. LANGKAH PENYELESAIAN 1 Guru perlu mempunyai semangat dan kesungguhan dalam dunia pendidikan. Abrami Leventhal (1982) KESAN Kelebihan KelemahanAkan melahirkan seorang guru Sikap pelajar itu sendiri yangyang berdedikasi dan tidak ingin memotivasikan dirimelaksanakan aktiviti pengajaran mereka sendiri.dan pembelajaran sungguh-sungguh.
    • LANGKAH PENYELESAIAN 2 Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat bantu mengajar. KESAN Kelebihan Kelemahan Penggunaan insentif bahan Sekolah di kawasan bantu mengajar dapat pedalaman mempunyai menarik minat pelajar untuk masalah dalam belajar bersungguh-sungguh. menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai. LANGKAH PENYELESAIAN 3 Guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran. KESAN Kelebihan Kelemahan Pelajar akan merasakan Guru kemungkinan menghadapi mereka dihargai apabila masalah apabila memberi diberi pujian dan ganjaran . dendaan kepada pelajar yang Dapat meningkatkan tidak dapat menguasai sesuatu keyakinan dan semangat kemahiran terutamanya kepada pelajar untuk belajar. pelajar yang mempunyai masalah dalam displin
    • Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penyelesaian terbaikSemua jalan penyelesaian adalah yang terbaik, tidak kira dari segi insentifpenggunaan bahan bantu mengajar, motivasi dan dorongan kepada guru danpelajar, memberi ganjaran atau sebagainya. Persoalannya, adakah guru itusendiri mampu melaksanakan hasil pengajaran yang berkesan dalampengajaran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru merupakan pendokongutama dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ilmu di dadasahaja tidak cukup untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan sekiranyaguru itu sendiri tidak mempunyai minat dan kesungguhan dalam pengajaran.Guru perlulah mempunyai semangat kecintaan dalam dunia pendidikanlantas mampu untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam duniapendidikan sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk anak-anak bangsa.
    • ATIQAH BT MOHD AZMI D20081032227 MASA KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH TAJUK Pendekatan Pengajaran ISU Kegagalan guru menguruskan masa menyebabkan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang kurang berkesanApakah masalah tersebut?Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagimelakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan.Pengurusan masa yang berkesan merupakan cirri penting dalam gaya hidup manusia.Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untukmerancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebutbertujuan untuk meningkatkan eberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amatpenting bagi membantu remaja terutamanya pelajar mengurus dan mengendalikan masadengan bijak dan bertanggunajawab.
    • Masa pengajaran dan pembelajaran (p&p) bermaksud masa yang cukup untuk pelajarmempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Pada kebiasaannya, pengajaran guru dipengaruhi oleh dua faktor masa iaitu masa yang diperuntukan (allocated time) oleh pihaksekolah kepada guru–guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan (time–on-task) atau engaged time yang bermaksud masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masayang pelajar gunakan untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran. Kajian oleh The Beginning Teacher Evaluation Study (1998) menunjukkan masa yangdi peruntukan kepada sesuatu mata pelajaran tidak memberi kesan kepada pencapaian pelajarapabila masa itu diukur pada peringkat kelas (Marliave, Fisherdan Dishaw, 1978). Kajiantentang engaged time atau time-on-task menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan didalam pencapaian pelajar dalam bidang akademik (Kavweit, 1989).Mengapa masalah tersebut berlaku?Masalah pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan adalah disebabkan kegagalandaripada guru menguruskan masa dengan betul. Guru tidak memahami keadaan murid iaituguru tidak mengetahui sama ada p&p guru dan kaedah yang telah digunakan oleh guru padahari tersebut membuatkan murid faham atau tidak. Sekiranya murid tidah memahamipembelajaran pada hari tersebut, maka guru terpaksa mengulang kembali p&p pada kelasyang seterusnya. Ini akan mengakibatkan masa dibazirkan begitu sahaja. Menurut SabriAhmad (2006), penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksudmenggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkankecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah seterusnya adalah guru mahu menghabiskan silibus tanpa menyedari tahapkefahaman murid. Keadaan ini berlaku kerana guru tidak mahu membuat kerja lebih masasekiranya silibus yang mereka ajar tidak habis. Bagi guru adalah menghabiskan silibussebelum tarikh peperiksaan. Menurut Rohaida bt Mat Rasat (2005), kadangkala kitamerasakan subjek ini terlalu mudah bagi kita dan tidak memahami mengapa pelajar-pelajartidak dapat memahami apa yang telah kita cuba sampaikan berkali-kali. Masa yang diperuntukkan untuk mengajar juga adalah sedikit. Menurut Lai KimLeong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2006), guru kekurangan masa dalam pelaksanaanaktiviti berpusatkan pelajar dan guru-guru juga mempunyai masa yang terbatas untukmemberi penumpuan terhadap pelajar-pelajar terutama pelajar yang lemah dalam masa yang
    • singkat. Keadaan ini mungkin berlaku kerana terdapatnya beban tugas sampingan sepertitugas pengkeranian yang terpaksa disiapkan seterusnya membataskan masa dan fokus guruterhadap penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru tidak cukup masa menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar.Penggunaan komputer akan menarik minat pelajar tetapi penyediaan sebagai alat bantumengajar amat sukar dan memerlukan masa yang lama kerana guru perlu belajar terlebihdahulu dan cekap dalam menggunakan komputer. Menurut Norhayati Abd Mukti (2000)dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapatibahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan maknayang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Masalah : Kegagalan guru menguruskan masa menyebabkan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang kurang berkesan Langkah 1 : Merancang pengajaran yang sesuai kepada pelajar Kelebihan : Kelemahan : Guru akan sentiasa bersedia dengan  Pengajaran yang dirancang kadang- pelbagai kaedah dan strategi kala tidak disokong oleh pentadbiran pengajaran dan tidak hanya terikat sekolah. Guru kanan matematik tidak pada kaedah chalk and talk sahaja. percaya dengan kaedah yang dirancang oleh guru dan mengatakan Pengajaran lebih tersusun dan kaedah-kaedah ini hanya sistematik. Pengajaran dapat tercapai membunagkan masa. sekiranya guru mengajar secara sistematik. Pelajar lebih memahami  Perancangan ini juga boleh terhalang sekiranya guru mengajar daripada sekiranya kelengkapan yang terdapat aras mudah, sederhana dan yang di sekolah kurang daripada yang terakhir adalah susah dijangkakan. Keadaan ini bertambah buruk sekiranya guru mengajar di Pengajaran yang menarik dapat sekolah pedalaman yang dihasilkan. Tidak semua pengajaran kebanyakkannya tidak mempunyai perlu menggunakan komputer. kemudahan ICT. Sekiranya guru merancang pengajaran dengan sesuai dan menarik, kaedah chalk and talk sahaja sudah memadai.
    • Langkah 2 : Kemahiran menyelesai masalah secara kreatif Kelebihan : Kemahiran menyelesai masalah secara kreatif adalah kemahiran Kelemahan : membuat keputusan secara kreatif.  Tidak semua manusia mempunyai Sebagai contoh sekiranya masa yang kemahiran yang begitu tinggi dalam tinggal hanya sedikit, latihan yang membuat keputusan yang betul dan sepatutnya diberikan di kelas boleh tepat dalam masa yang pendek. diberikan sebagai kerja rumah.  Kadang-kala kita tidak boleh Sekiranya guru dapat menbuat menghalang masalah yang dihadapi keputusan dendan kreatif dah tepat di sekolah contohnya terdapat latihan maka pengajaran dapat diselesaikan kebakaran yang membuatkan kelas mengikut masa yang ditetapkan atau guru tertangguh. mungkin akan lebih cepat daripada dijangkakan. Keadaan ini akan membuatkan guru mempunyai masa yang lebih dan boleh mengulangkaji pelajaran sebelum menjelangnya peperiksaan.
    • Langkah 3 : Menghapuskan tabiat “tangguh dan tunggu” Kelebihan : Kebanyakkan guru perlu menghadiri Kelemahan : kursus dan dibebani oleh kerja-kerja selain daripada mengajar. Jadi  Kebanyakkan guru sudah sekiranya guru mempunyai masa bekerluarga, jadi kebanyakkan masa yang lapang, guru harus menyiapkan mereka telah dipenuhi dengan aktiviti tugasan yang perlu diselesaikan. keluarga. Sekiranya tugasan-tugasan tersebut  Kebanyakkan guru lebih berminat telah disiapkan, maka guru untuk berehat daripada menghabiskan mempunyai masa yang banyak untuk masa mereka memahmi perisian menyediakan pengajaran yang Matematik atau mencuba kaedah menarik atau menggunakan perisian pengajaran yang lain. Mereka anggap Matematik. Ini kerana perisian bahawa semua itu hanya membuang Matematik perlu menggunakan masa masa. yang lama untuk memahaminya.
    • KESIMPULANLANGKAH 1 : LANGKAH 2 : LANGKAH 3 :Merancang Kemahiran Menghapuskanpengajaran yang menyelesai tabiat “tangguhsesuai kepada masalah secarapelajar dan tunggu” kreatif PENYELESAIAN TERBAIK TETTERBAIK Langkah penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah ini adalah dengan merancang pengajaran yang sesuai untuk pelajar. Pemilihan ini adalah berdasarkan:  Guru dapat mengurangkan masa kerana pengajaran yang tidak sesuai bukan sahaja membuatkan murid tidak faham malah memakan masa kerana guru terpaksa mengulang semula pengajaran tersebut.  Pelajar guru tidak akan bosan sekiranya guru menggunakan kaedah pengajaran yang berlainan dan pelajar akan yakin dengan guru tersebut kerana berjaya membuatkan mereka memahami pembelajaran pada hari tersebut.