SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Hari Gawai
Perayaan Gawai Dayak secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat
Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang
disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak
terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak
Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di
Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi
dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru..
Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang
Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan
daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim
menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai Dayak disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini,
pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada
gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum
dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk
menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman
padi yang baru.
Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara penyembahan yang kecil
seperti bedara mata di dalam biliknya sendiri atau bedara mansau di ruai biliknya manakala begawai di tanju
dipanggil Sandau Ari. Enchaboh Arong diraikan untuk menyambut perolehan kepala manusia pada zaman
dahulu atau pendapatan barang lain pada zaman sekarang.
Jenis-jenis Gawai utama termasuklah:
 Gawai Batu untuk mengasah peralatan besi seperti parang dan kapak supaya tajam sebelum musim
menebas dan menebang,
 Gawai Benih untuk mendoakan benih padi membesar dengan baik dan bebuah bagus sebelum
menanam padi,[1]
 Gawai Ngalihka Tanah memajak semula tanah yang tidak subur lagi[2]
 Gawai Ngemali Umai mengubati huma dan padi yang sakit, [3]
 Gawai Bersimpan untuk menyimpan padi setelah selesai menuai,
 Gawai Burung untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong sebagai dewa peperangan dan
pertahanan,
 Gawai Mimpi untuk meraikan atau menawar petanda mimpi yang baik atau buruk, [4]
 Gawai Kenyalang juga dipanggil gawai diri atau gawai tras untuk menunjukkan kejayaan seseorang dan
sebelum pergi mengayau atau merantau mencari nasib baik atau harta benda,
 Gawai Pangkung Tiang untuk memukul tiang utama rumah sesudah pindah ke rumah baru sebelum ada
kematian bagi memohon "gayu guru, gerai nyamai senang lantang nguan menoa" (panjang umur, sihat
walafiat serta senang lenang mendiami dunia,[5]
 Gawai Tuah untuk memcari atau memasukkan tuah ke dalam bilik seseorang,
 Gawai Tajau untuk meraikan perolehan tempayan oleh seseorang, [6]
 Gawai Sakit untuk meminta penyembuhan orang yang sakit dan
 Gawai Antu yang merupakan perayaan terakhir untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). [7]
 Gawai Lelabi untuk memberitahu anak dara seseorang sudah bersedia untuk kahwin atau maljis melah
pinang (perkahwinan).
Ada dua lagi jenis gawai yang boleh diraikan sekitar Hari Gawai atau jika ada diberitahu dalam mimpi iaitu:
 Gawai Nimang Bulu untuk memanjangkan umur sesorang yang mendirikan gawai ini di mana sehelai
baju bulu akan dijahit dan dibuat oleh sekumpulan wanita selepas habis timang dinyanyikan oleh
sekumpulan lemambang and Antu Gayu (Hantu Panjang Umur) akan dijemput datang untuk menjamu
piring dan mengurniakan panjang umur. Hati babi akhirnya akan dibaca maknanya. Jadi, baju bulu itu
bolehlah dipakai oleh tuan punya gawai sewaktu rasa sakit supaya beliau merasa sentiasa cergas dalam
kehidupannya. Mengikut cerita tradisi orang Iban, Antu Gayu telah memeberi ubat batu gayu kepada
seorang leluhur yang bernama Menggin yang panjang usianya sehingga 7 generasi sebelum dia
memberitahu rahsia panjang umur dia kepada orang lain lalu meninggal dunia.[8]
 Gawai Nangga Langit untuk meminta pengampunan jika ada hantu yang menyuruh manusia melakukan
sesuatu yang tidak baik seperti membunuh 7 orang. 7 ekor babi akan digunakan untuk gawai ini yang
diadakan selama 7 hari 7 malam. 7 biji kelapa digunakan untuk mengantikan 7 biji kepala manusia.
Sebuah tangga dibina daripada tanju ke atas bumbung rumah panjang di mana sebuah mahligai dibina
untuk sesorang yang mohon pengampunan itu boleh nampok (bertapa) di atas sana. Mengikut cerita
Iban, leluhur yang bernama Bejie yang hidup di suatu tempat yang dipanggil Katapang telah membina
tangga yang tinggi sehingga mencecak awan untuk berjumpa petara atau Tuhan sewaktu ketika dahulu
tetapi akhirnya roboh.[9]
Dua lagi jenis gawai yang muncul pada masa moden sekarang adalah Gawai Getah dan Gawai Lada dengan
kedatangan penanaman getah dan lada. [10]
Gawai Getah adalah berasaskan Gawai Batu yang bertujuan
untuk mengasah tajam peralatan besi yang digunakan untuk penorehan getah manakala Gawai Lada
dimodelkan daripada Gawai Ngemali Umai yang bertujuan untuk menghindari penyakit dan makluk perosak
yang sangat mudah menyerang pokok lada.
Sewaktu perayaan ke semua jenis gawai, satu bentuk penyembahan dan pengorbanan
ialah piring dan genselan daripada haiwan seperti ayam atau khinzir. Piring ada beberapa peringkat iaitu:
 piring 3 biji untuk minta ampun atau antu seluwak,
 piring 5 biji untuk minta sesuatu atau mengiringi bejalai pegi (merantau),
 piring 7 biji untuk begawai atau bujang berani dan
 piring 9 untuk sangkong atau turu.
Pemilihan leka atau turun (biji) piring adalah bergantung dengan berapa orang petara (Tuhan) yang dijemput
hadir untuk menjamu piring yang disediakan. [11]
Berapa banyak agihan (jumlah) piring yang disediakan selalunya bergantung kepada berapa bahagian di bilik
rumah dan umai (huma) atau sawah dan kebun sesorang itu seperti empat sudut bilik, satu di dapur, satu di
tempayan beras, satu di ruai, satu di tanaju, satu di tempat mandian (pendai atau jelatong), satu di huma dan
satu lagi di kebun. [12]
Dayak Iban ada seorang Bunsu (Kree) Petara atau disebut Raja Entala dan di bawahnya ada tujuh orang
petara yang sentiasa disembah dan diminta pertolongan:
 Sengalang Burung sebagai Tuhan Peperangan, Perlindungan dan Keamanan
 Menjaya Manang sebagai manang pertama and Tuhan Perubatan
 Sempulang Gana dengan Semarugah sebagai Tuhan Pertanian dan Tanah
 Biku Bunsu Petara sebagai imam dan Tuhan Bahan
 Selempandai sebagai Tuhan Penciptaan
 Ini Inda/Inee/Andan sabagai seorang doktor semulajadi dan Tuhan Keadilan
 Anda Mara sebagai Tuhan Kekayaan [13][14]
Jadi, petara tertentu akan dijemput dan diundang untuk jenis gawai tertentu misalanya:
 Untuk Gawai Burong, Sengalang Burung dipanggil sebagai tetamu terhormat.
 Untuk Gawai Tuah, Anda Mara dipanggil khas.
 Untuk belian atau Gawai Sakit, manang panggil minta tolong Menjaya untuk orang dewasa atau Ini
Andan untuk budak-budak.
 Untuk Gawai yang berkaitan dengan pertanian, petara yang dipanggil ialah Sempulang Gana.
 Untuk Gawai lelabi, Selampandai akan dipuja untuk mendapat banyak anak.
Sebelum upacara miring dimulakan, barang-barang piring akan dibiau (dibersihkan secara simbolik) dengan
seekor ayam dengan doa yang ringkas untuk memberitahu miring akan dimulakan. Selepas habis miring,
piring yang telah siap dihidangkan akan didoakan dengan seekor ayam dan leka sampi piring [15]
oleh
seseorang yang berpengalaman dan dihormati oeleh orang ramai.
Antara gawai yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. [16] [17]
Setelah mengayau dihapuskan, Gawai Burong digunakan untuk memohon penyembuhan orang sakit
selalunya setelah diberitahu dalam mimpi.
Gawai Burung mempunyai 9 peringkat perayaan dengan tiang chandi yang berlainan jenisnya seperti berikut:
 Gawai Kalingkang
 Gawai Sandong
 Gawai Sawi
 Gawai Salangking
 Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
 Gawai Gajah Meram
 Gawai Meligai
 Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
 Gawai Gerasi Papa [18]
Gawai Burong bertujuan untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong yang boleh mejelma menjadi
helang (Brahminy Kite) dan para menantunya yang menjadi tujuh burung pantang atau bisa seperti berikut :
 Ketupong (Jaloh atau Kikeh)
 Beragai
 Pangkas (Kutok)
 Bejampong
 Embuas
 Kelabu Papau Senabong
 Nendak[19]
Gawai Tuah ada tiga peringkat supaya hati babi menjadi baik seperti berikut:
 nimang tuah (mencari tuah)
 gawai nama ke tuah (memasukkan tuah)
 Gawai Tangga Tuah Panggau Tali Raja (membuat tangga tuah) [20]
Biasanya Gawai Tuah diraikan apabila seseorang diberi ubat atau pengaroh (azimat) oleh Petara, hantu atau
bunsu jelu (bungsu haiwan) yang baik hati.
Sebelum Gawai Sakit, ada beberapa usaha penyembuhan yang boleh diiktiarkan seperti:
 begama (besentuh) oleh dukun yang biasanya akan membaca pucau (jampi serapah) untuk
penyembuhan,
 belian (ada beberapa jenis pelian mengikut jenis penyakit oleh manang (bomoh),
 besugi sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Keling atau
 berenong sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Sengalang Burong. [21]
Pada gawai-gawai ini kecuali Gawai Lelabi dan Gawai Antu, sekumpulan lemambang (penyair) akan
menyanyikan sejenis timang atau pengap (zikir) untuk setiap jenis gawai. [22]
Semasa Gawai Antu, sabak
bebuah untuk sungkop atau rugan akan dimainkan oleh tukang sabak.
Setiap gawai ada proses, prosedur dan perarakannya untuk diikuti supaya sesuatu gawai itu mencapai
tujuannya dengan berkesan.[23]
Sewaktu Gawai Kenyalang, tengkorak manusia dan patung kenyalang akan ditimang di mana akhirnya
patung kenyalang itu akan didirikan di atas sebatang tiang chandi yang kayunya tinggi dan keras seperti tras
(tebelian) selama 7 hari 7 malam sebelum diturunkan untuk disimpan. Kepada orang Dayak Iban, kenyalang
adalah dianggap sebagai raja segala burung di dunia ini. [24] [25]
Untuk setiap gawai, seekor babi akan disikat oleh sekumpulan wanita dan di akhir gawai selepas timang dan
pengap habis dinyanyikan, babi itu akan digayang supaya hati dan hempedu babi ditenong erti atau
maksudnya sama ada nasib tuan punya gawai itu di masa akan datang baik atau sebaliknya. [26]
Pesta Gawai Dayak di Sarawak yang diraikan untuk kegembiraan disambut meriah sekali di bandar-bandar
dan di desa-desa dengan didahului oleh upacara miring dan genselan yang akan diikuti oleh hidangan lazat
makanan tradisi seperti pansoh, lemang nasi pulut, minuman tradisi terutamanya tuak iaitu 'arak beras pulut',
persembahan tarian tradisi "ngajat", bermain main suara tradisi dan bersuka-ria.
Pesta Gawai Dayak di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Mula-mulanya, hari cuti
umum ini dikenali sebagai Hari Sarawak semasa zaman penjajahan Brooke tetapi selepas penubuhan
Persekutuan Malaysia, hari cuti umum ini pada setiap 31 May dan 1 Jun dinamakan Gawai Dayak. [27]
Di Kalimantan Barat ada beberapa jenis gawai yang diraikan oleh pelbagai kaum seperti upacara
mengayau [28]
dan upacara gawai agama Kaharingan oleh Dayak Ngaju.
HARI GAWAI
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai
padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan
May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di
desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah
disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.
Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah
ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap
sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul
sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang.
Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk
semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.
Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan
dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun
temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan
perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

More Related Content

What's hot

Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Norisuwanah Jaffar
 
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swastakonsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swastanoradanisha
 
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)Nur Rahim
 
Kata kerja majmuk
Kata kerja majmukKata kerja majmuk
Kata kerja majmukzatris
 
Pantang larang kaum sikh
Pantang larang kaum sikhPantang larang kaum sikh
Pantang larang kaum sikhKPM
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017grace anzelletha
 
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Ar Rayyan
 
Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanCkg Nizam
 
Bentuk bentuk keluarga
Bentuk bentuk keluarga Bentuk bentuk keluarga
Bentuk bentuk keluarga badriah92
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikMahyuddin Khalid
 

What's hot (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Latihan Litar
Latihan LitarLatihan Litar
Latihan Litar
 
Sajak
Sajak Sajak
Sajak
 
Pendapatan boleh guna
Pendapatan boleh gunaPendapatan boleh guna
Pendapatan boleh guna
 
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolahBuku panduan pengurusan olahraga di sekolah
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
 
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swastakonsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
 
Kata Berlawan
Kata BerlawanKata Berlawan
Kata Berlawan
 
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
 
Kata kerja majmuk
Kata kerja majmukKata kerja majmuk
Kata kerja majmuk
 
Pantang larang kaum sikh
Pantang larang kaum sikhPantang larang kaum sikh
Pantang larang kaum sikh
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
 
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
 
Konsep multimedia
Konsep multimediaKonsep multimedia
Konsep multimedia
 
Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan Pasukan
 
Gaya bahasa
Gaya bahasaGaya bahasa
Gaya bahasa
 
Bentuk bentuk keluarga
Bentuk bentuk keluarga Bentuk bentuk keluarga
Bentuk bentuk keluarga
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnik
 
Apakah teori itu
Apakah teori ituApakah teori itu
Apakah teori itu
 
Buku skrap
Buku skrapBuku skrap
Buku skrap
 

Viewers also liked

Festival in Malaysia
Festival in MalaysiaFestival in Malaysia
Festival in MalaysiaVivian Koh
 
Coffee session full
Coffee session fullCoffee session full
Coffee session fullQiwan ChOo
 
Merry Christmas
Merry ChristmasMerry Christmas
Merry Christmasylu1
 
Dayak tribe of borneo, indonesia
Dayak tribe of borneo, indonesiaDayak tribe of borneo, indonesia
Dayak tribe of borneo, indonesiaLeha P
 
Perayaan di malaysia
Perayaan di malaysiaPerayaan di malaysia
Perayaan di malaysiaJulie Xiao
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaKamarzaman Md Sharif
 
Festivals in malaysia
Festivals in malaysiaFestivals in malaysia
Festivals in malaysiaKathryn Chin
 

Viewers also liked (9)

Festival in Malaysia
Festival in MalaysiaFestival in Malaysia
Festival in Malaysia
 
Perayaan
PerayaanPerayaan
Perayaan
 
Coffee session full
Coffee session fullCoffee session full
Coffee session full
 
Merry Christmas
Merry ChristmasMerry Christmas
Merry Christmas
 
Dayak tribe of borneo, indonesia
Dayak tribe of borneo, indonesiaDayak tribe of borneo, indonesia
Dayak tribe of borneo, indonesia
 
Suku Dayak
Suku DayakSuku Dayak
Suku Dayak
 
Perayaan di malaysia
Perayaan di malaysiaPerayaan di malaysia
Perayaan di malaysia
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
 
Festivals in malaysia
Festivals in malaysiaFestivals in malaysia
Festivals in malaysia
 

Gawai Dayak

  • 1. Hari Gawai Perayaan Gawai Dayak secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru.. Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai Dayak disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru. Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara penyembahan yang kecil seperti bedara mata di dalam biliknya sendiri atau bedara mansau di ruai biliknya manakala begawai di tanju dipanggil Sandau Ari. Enchaboh Arong diraikan untuk menyambut perolehan kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan barang lain pada zaman sekarang. Jenis-jenis Gawai utama termasuklah:  Gawai Batu untuk mengasah peralatan besi seperti parang dan kapak supaya tajam sebelum musim menebas dan menebang,  Gawai Benih untuk mendoakan benih padi membesar dengan baik dan bebuah bagus sebelum menanam padi,[1]  Gawai Ngalihka Tanah memajak semula tanah yang tidak subur lagi[2]  Gawai Ngemali Umai mengubati huma dan padi yang sakit, [3]  Gawai Bersimpan untuk menyimpan padi setelah selesai menuai,  Gawai Burung untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong sebagai dewa peperangan dan pertahanan,  Gawai Mimpi untuk meraikan atau menawar petanda mimpi yang baik atau buruk, [4]
  • 2.  Gawai Kenyalang juga dipanggil gawai diri atau gawai tras untuk menunjukkan kejayaan seseorang dan sebelum pergi mengayau atau merantau mencari nasib baik atau harta benda,  Gawai Pangkung Tiang untuk memukul tiang utama rumah sesudah pindah ke rumah baru sebelum ada kematian bagi memohon "gayu guru, gerai nyamai senang lantang nguan menoa" (panjang umur, sihat walafiat serta senang lenang mendiami dunia,[5]  Gawai Tuah untuk memcari atau memasukkan tuah ke dalam bilik seseorang,  Gawai Tajau untuk meraikan perolehan tempayan oleh seseorang, [6]  Gawai Sakit untuk meminta penyembuhan orang yang sakit dan  Gawai Antu yang merupakan perayaan terakhir untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). [7]  Gawai Lelabi untuk memberitahu anak dara seseorang sudah bersedia untuk kahwin atau maljis melah pinang (perkahwinan). Ada dua lagi jenis gawai yang boleh diraikan sekitar Hari Gawai atau jika ada diberitahu dalam mimpi iaitu:  Gawai Nimang Bulu untuk memanjangkan umur sesorang yang mendirikan gawai ini di mana sehelai baju bulu akan dijahit dan dibuat oleh sekumpulan wanita selepas habis timang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang and Antu Gayu (Hantu Panjang Umur) akan dijemput datang untuk menjamu piring dan mengurniakan panjang umur. Hati babi akhirnya akan dibaca maknanya. Jadi, baju bulu itu bolehlah dipakai oleh tuan punya gawai sewaktu rasa sakit supaya beliau merasa sentiasa cergas dalam kehidupannya. Mengikut cerita tradisi orang Iban, Antu Gayu telah memeberi ubat batu gayu kepada seorang leluhur yang bernama Menggin yang panjang usianya sehingga 7 generasi sebelum dia memberitahu rahsia panjang umur dia kepada orang lain lalu meninggal dunia.[8]  Gawai Nangga Langit untuk meminta pengampunan jika ada hantu yang menyuruh manusia melakukan sesuatu yang tidak baik seperti membunuh 7 orang. 7 ekor babi akan digunakan untuk gawai ini yang diadakan selama 7 hari 7 malam. 7 biji kelapa digunakan untuk mengantikan 7 biji kepala manusia. Sebuah tangga dibina daripada tanju ke atas bumbung rumah panjang di mana sebuah mahligai dibina untuk sesorang yang mohon pengampunan itu boleh nampok (bertapa) di atas sana. Mengikut cerita Iban, leluhur yang bernama Bejie yang hidup di suatu tempat yang dipanggil Katapang telah membina tangga yang tinggi sehingga mencecak awan untuk berjumpa petara atau Tuhan sewaktu ketika dahulu tetapi akhirnya roboh.[9] Dua lagi jenis gawai yang muncul pada masa moden sekarang adalah Gawai Getah dan Gawai Lada dengan kedatangan penanaman getah dan lada. [10] Gawai Getah adalah berasaskan Gawai Batu yang bertujuan untuk mengasah tajam peralatan besi yang digunakan untuk penorehan getah manakala Gawai Lada dimodelkan daripada Gawai Ngemali Umai yang bertujuan untuk menghindari penyakit dan makluk perosak yang sangat mudah menyerang pokok lada.
  • 3. Sewaktu perayaan ke semua jenis gawai, satu bentuk penyembahan dan pengorbanan ialah piring dan genselan daripada haiwan seperti ayam atau khinzir. Piring ada beberapa peringkat iaitu:  piring 3 biji untuk minta ampun atau antu seluwak,  piring 5 biji untuk minta sesuatu atau mengiringi bejalai pegi (merantau),  piring 7 biji untuk begawai atau bujang berani dan  piring 9 untuk sangkong atau turu. Pemilihan leka atau turun (biji) piring adalah bergantung dengan berapa orang petara (Tuhan) yang dijemput hadir untuk menjamu piring yang disediakan. [11] Berapa banyak agihan (jumlah) piring yang disediakan selalunya bergantung kepada berapa bahagian di bilik rumah dan umai (huma) atau sawah dan kebun sesorang itu seperti empat sudut bilik, satu di dapur, satu di tempayan beras, satu di ruai, satu di tanaju, satu di tempat mandian (pendai atau jelatong), satu di huma dan satu lagi di kebun. [12] Dayak Iban ada seorang Bunsu (Kree) Petara atau disebut Raja Entala dan di bawahnya ada tujuh orang petara yang sentiasa disembah dan diminta pertolongan:  Sengalang Burung sebagai Tuhan Peperangan, Perlindungan dan Keamanan  Menjaya Manang sebagai manang pertama and Tuhan Perubatan  Sempulang Gana dengan Semarugah sebagai Tuhan Pertanian dan Tanah  Biku Bunsu Petara sebagai imam dan Tuhan Bahan  Selempandai sebagai Tuhan Penciptaan  Ini Inda/Inee/Andan sabagai seorang doktor semulajadi dan Tuhan Keadilan  Anda Mara sebagai Tuhan Kekayaan [13][14] Jadi, petara tertentu akan dijemput dan diundang untuk jenis gawai tertentu misalanya:  Untuk Gawai Burong, Sengalang Burung dipanggil sebagai tetamu terhormat.  Untuk Gawai Tuah, Anda Mara dipanggil khas.  Untuk belian atau Gawai Sakit, manang panggil minta tolong Menjaya untuk orang dewasa atau Ini Andan untuk budak-budak.  Untuk Gawai yang berkaitan dengan pertanian, petara yang dipanggil ialah Sempulang Gana.  Untuk Gawai lelabi, Selampandai akan dipuja untuk mendapat banyak anak. Sebelum upacara miring dimulakan, barang-barang piring akan dibiau (dibersihkan secara simbolik) dengan seekor ayam dengan doa yang ringkas untuk memberitahu miring akan dimulakan. Selepas habis miring, piring yang telah siap dihidangkan akan didoakan dengan seekor ayam dan leka sampi piring [15] oleh seseorang yang berpengalaman dan dihormati oeleh orang ramai.
  • 4. Antara gawai yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. [16] [17] Setelah mengayau dihapuskan, Gawai Burong digunakan untuk memohon penyembuhan orang sakit selalunya setelah diberitahu dalam mimpi. Gawai Burung mempunyai 9 peringkat perayaan dengan tiang chandi yang berlainan jenisnya seperti berikut:  Gawai Kalingkang  Gawai Sandong  Gawai Sawi  Gawai Salangking  Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun  Gawai Gajah Meram  Gawai Meligai  Gawai Ranyai or Mudur Ruruh  Gawai Gerasi Papa [18] Gawai Burong bertujuan untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong yang boleh mejelma menjadi helang (Brahminy Kite) dan para menantunya yang menjadi tujuh burung pantang atau bisa seperti berikut :  Ketupong (Jaloh atau Kikeh)  Beragai  Pangkas (Kutok)  Bejampong  Embuas  Kelabu Papau Senabong  Nendak[19] Gawai Tuah ada tiga peringkat supaya hati babi menjadi baik seperti berikut:  nimang tuah (mencari tuah)  gawai nama ke tuah (memasukkan tuah)  Gawai Tangga Tuah Panggau Tali Raja (membuat tangga tuah) [20] Biasanya Gawai Tuah diraikan apabila seseorang diberi ubat atau pengaroh (azimat) oleh Petara, hantu atau bunsu jelu (bungsu haiwan) yang baik hati. Sebelum Gawai Sakit, ada beberapa usaha penyembuhan yang boleh diiktiarkan seperti:
  • 5.  begama (besentuh) oleh dukun yang biasanya akan membaca pucau (jampi serapah) untuk penyembuhan,  belian (ada beberapa jenis pelian mengikut jenis penyakit oleh manang (bomoh),  besugi sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Keling atau  berenong sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Sengalang Burong. [21] Pada gawai-gawai ini kecuali Gawai Lelabi dan Gawai Antu, sekumpulan lemambang (penyair) akan menyanyikan sejenis timang atau pengap (zikir) untuk setiap jenis gawai. [22] Semasa Gawai Antu, sabak bebuah untuk sungkop atau rugan akan dimainkan oleh tukang sabak. Setiap gawai ada proses, prosedur dan perarakannya untuk diikuti supaya sesuatu gawai itu mencapai tujuannya dengan berkesan.[23] Sewaktu Gawai Kenyalang, tengkorak manusia dan patung kenyalang akan ditimang di mana akhirnya patung kenyalang itu akan didirikan di atas sebatang tiang chandi yang kayunya tinggi dan keras seperti tras (tebelian) selama 7 hari 7 malam sebelum diturunkan untuk disimpan. Kepada orang Dayak Iban, kenyalang adalah dianggap sebagai raja segala burung di dunia ini. [24] [25] Untuk setiap gawai, seekor babi akan disikat oleh sekumpulan wanita dan di akhir gawai selepas timang dan pengap habis dinyanyikan, babi itu akan digayang supaya hati dan hempedu babi ditenong erti atau maksudnya sama ada nasib tuan punya gawai itu di masa akan datang baik atau sebaliknya. [26] Pesta Gawai Dayak di Sarawak yang diraikan untuk kegembiraan disambut meriah sekali di bandar-bandar dan di desa-desa dengan didahului oleh upacara miring dan genselan yang akan diikuti oleh hidangan lazat makanan tradisi seperti pansoh, lemang nasi pulut, minuman tradisi terutamanya tuak iaitu 'arak beras pulut', persembahan tarian tradisi "ngajat", bermain main suara tradisi dan bersuka-ria. Pesta Gawai Dayak di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Mula-mulanya, hari cuti umum ini dikenali sebagai Hari Sarawak semasa zaman penjajahan Brooke tetapi selepas penubuhan Persekutuan Malaysia, hari cuti umum ini pada setiap 31 May dan 1 Jun dinamakan Gawai Dayak. [27] Di Kalimantan Barat ada beberapa jenis gawai yang diraikan oleh pelbagai kaum seperti upacara mengayau [28] dan upacara gawai agama Kaharingan oleh Dayak Ngaju. HARI GAWAI Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah
  • 6. ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya. Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.