SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
PENGENALAN
Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai
subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran
guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik
melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni dan reka
bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual
menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni
dan berbudaya.
TTooppiikk
4
Pengetahuan 
Asas dalam 
Seni Visual
4
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan makna Pendidikan Seni Visual dari konteks KBSR;
2. Menjelaskan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah;
3. Menyatakan asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya; dan
4. Mengesyorkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 61
PENGENALAN SENI VISUAL4.1
Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan
tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni
fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman
daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan
membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah
rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan
mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid dilatih
untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari
aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan
dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni
warisan bangsa.
4.1.2 Bidang-bidang dalam Seni Visual
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang:
• Melukis dan membuat gambar
• Membuat rekaan corak
• Membentuk dan membuat binaan
• Kraf tradisional
(a) Melukis dan Membuat Gambar
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis
serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan
menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan
gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian
bahan dan teknik yang diaplikasikan. Rajah 4.1 menunjukkan teknik-teknik
tersebut.
Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan
subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar
untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti
menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan
untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL62
membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan
penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.
Rajah 4.1: Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah
(b) Membuat Rekaan dan Corak
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu
rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada
mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.
Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat
secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:
(i) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan
(ii) Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting
(iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat
(iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 63
Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada:
• Penuh
• Turun satu suku
• Turun tiga suku
• Turun separa
• Sisik ikan
• Selang seli
• Tampak dam dan tampak catur
• Siku keluang
• Pucuk rebung
• Orgee
• Batu bata
• Tunggal
• Berpusat
• Sendeng
• Berombak
• Jidar
• Berjalur
• Cerminan
Teknik Corak
Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian
motif dan tujuan corak ini dihasilkan (sila rujuk Rajah 4.2 dan 4.3).
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL64
Rajah 4.2: Corak tidak terancang
Rajah 4.3: Corak terancang
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 65
(c) Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni
dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka
membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan
semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah
merangkumi:
• Arca timbul
• Arca asemblaj
• Arca bergerak
• Arca stabil
• Model
• Diorama
• Boneka
• Topeng
• Origami
Tema dan Subjek
(i) Alam semulajadi
(ii) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
(iii) Aliran dan tema sejagat
(iv) Keperluan dan pengalaman harian
(d) Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja
berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta
memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun-
temurun mengikut kaum masing-masing.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL66
Jenis-jenis Kraf
(i) Alat domestik
(ii) Alat permainan
(iii) Alat mempertahankan diri
(iv) Batik
(v) Seni tekat
(vi) Tembikar
(vii) Anyaman
(viii) Kelarai
(ix) Ukiran
4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual
Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang
dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu, reka cipta dan
kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol
yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu daripadanya. Mereka akan
membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa,
warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatu
permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang
lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang
terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan
secara personal untuk disampaikan dalam karyanya.
Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya
pelukis juga memikirkan nilai estetika yang ingin ditampilkan. Bagaimana
estetika itu boleh ditampilkan dalam karya?
(a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej
Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk
mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara
langsung objek atau imej. Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini
mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika
semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan
peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran ia dibolehkan.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 67
(b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi
Pelukis-pelukis agung seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gogh dan
Goya sering mengekspresikan lukisan mereka mengikut perasaan dan
emosi. Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan,
keporak-perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang, tempat,
kerajaan dan negara ditampilkan pada kanvas dan arca-arca mereka.
Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan
nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan.
(c) Menggunakan Kaedah Formalistik
Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip
rekaan dan unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur
seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa. Dari
kefahaman ini, karya digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan
seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, penegasan, imbangan
dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas,
menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang,
pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk
menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang
kelihatan gah, berprestij dan agung.
(d) Keaslian
Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami
oleh pelukis. Dalam berkarya, menciplak atau memplagiat adalah sesuatu
yang ditegah dan boleh mengakibatkan seseorang itu dituduh sebagai
pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya
terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.
ASAS SENI REKA4.2
Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam asas seni reka.
4.2.1 Unsur Seni
Unsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.
(a) Garisan
(i) Garisan merupakan cantuman satu siri titik.
(ii) Garisan boleh dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus,
bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL68
(iii) Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan
menggambar.
(iv) Melalui garisan, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan
gambar, membuat rupa dan membentuk.
Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti:
• Teknik koyakan
• Teknik tampalan
• Teknik kolaj
• Teknik gosokan
• Teknik cetakan
• Teknik capan
(b) Warna
Warna terdiri daripada:
(i) Warna asas
(ii) Warna sekunder
(iii) Warna tertier
Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning (sila rujuk Rajah 4.4). Warna
ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh
menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain.
Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau.
Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila
kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau
jingga. Satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan di dalam
roda warna, apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara
mudahnya, warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna
akan membantu pelajar dalam kerja-kerja mewarna yang melibatkan subjek yang
dihasilkan.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 69
Rajah 4.4: Roda Warna
AKTIVITI 4.1
Apakah warna penggenap? Bagaimanakah ia terbentuk?
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL70
(c) Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada
kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau
dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai
fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa.
Jalinan terbahagi kepada dua jenis:
(i) Jalinan tampak
(ii) Jalinan sentuh
Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua
dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol
dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat
merasa jalinan secara sentuhan.
Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya
tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen,
buah durian dan lain-lain lagi.
Jalinan boleh dihasilkan melalui:
• Teknik cetakan
• Teknik pualaman
• Teknik kolaj
• Teknik campuran
• Teknik binaan
• Teknik cantuman
(d) Rupa
Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan
dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat
leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri.
Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu
dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai
rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk
yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, silinder, empat segi
bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara lumrahnya, rupa
geometri dihasilkan dengan bantuan alat geometri.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 71
Jenis-jenis rupa:
(i) Rupa positif dan negatif
(ii) Rupa dan corak
(iii) Rupa dan lambang
(iv) Rupa dan muka taip
(e) Bentuk
Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika
dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau
digambarkan kerana ton dan jalinan ruang diaplikasi sekaligus.
Bentuk terdiri daripada dua jenis:
(i) Bentuk ilusi (maya)
(ii) Bentuk konkrit
Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, ilustrasi,
lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat pada satah gambar.
Apabila disentuh, ia hanyalah permukaan mendatar kerana dalam bentuk
dua dimensi.
Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan
mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: bakul, bola, durian,
bangunan, manusia dan lain-lain lagi (sila rujuk Rajah 4.5).
Rajah 4.5: Bentuk ilusi ke bentuk konkrit
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL72
(f) Ruang
Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia
menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang
berada di luar, di tepi, di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar,
ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna.
Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna dan
bentuk.
4.2.2 Prinsip-prinsip Rekaan
Prinsip rekaan terdiri daripada yang berikut:
(a) Harmoni
Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, terapeutik, nyaman, aman
dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan,
imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan,
bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap-melengkapi
dan tiada unsur percanggahan di dalamnya.
(b) Penegasan
Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan
sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh
dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek
yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan,
rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan
penegasan.
(c) Imbangan
Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruang
kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada
keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali
dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan
boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri
bermaksud pembahagian ruang yang seimbang (kiri dan kanan, atas dan
bawah). Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri.
(d) Kontra
Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang
ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini
disengajakan untuk mendapatkan reaksi si pemerhati. Kontra boleh
berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 73
(e) Pergerakan
Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam
gambar juga boleh dijadikan kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu
kenderaan bermotor misalnya nampak lebih hebat dan menarik apabila ada
unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak.
Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.
(f) Kesatuan
Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak,
bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau
keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan
bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini
berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama, ia akan mewujudkan
kesatuan.
(g) Kepelbagaian
Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan
persembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur
seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan
membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu
diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah dengan
menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.
AKTIVITI 4.2
1. Apakah itu imbangan simetri? Dengan menggunakan contoh di
persekitaran anda, lukiskan lima contoh objek yang mempunyai
imbangan simetri.
2. Dengan mengambil satu hasil catan yang lengkap, jelaskan
bagaimana pelukis tersebut mengaplikasikan prinsip-prinsip
rekaannya.
4.2.3 Struktur Rekaan
Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana
penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu
hasilan yang baik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untuk
mendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau
rupa organik digunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan
kepada dua iaitu garisan grid dan garisan struktur.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL74
Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas di mana petak-petak
terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi (sila lihat Rajah 4.6
hingga 4.8). Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikut sifat
objek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya
terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubat
nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya. Berpandukan
garisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan.
Rajah 4.6: Grid menjadi asas mencorak menggunakan ubi kentang
Rajah 4.7: Grid digunakan untuk menggambarkan struktur rekaan
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 75
Rajah 4.8: Grid menjadi panduan untuk membuat rekaan corak
4.2.4 Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah
Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong
utama pembelajaran di kalangan pelajar. Dr. Abd. Rahman Saleh (1976)
berpendapat bahawa sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan
menggunakan asas-asas didaktik dalam usaha membangkit minat,
memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sistematik
dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Persoalannya: bagaimanakah Seni Visual
ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Dr. Abd. Rahman Saleh, ia boleh
dilaksanakan dengan beberapa cara:
(a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus.
Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap
unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru
kawasan sekolah yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman
permainan, simbol-simbol dan grafik yang menarik. Warga sekolah
seharusnya merasa sayang dan cintakan seni tersebut.
(b) Memilih metod atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Guru besar sekolah seharusnya mendokong
watak hero untuk memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat
menceriakan sekolahnya. Guru-guru yang layak dan relevan sahaja yang
dibenarkan untuk mengajar Seni Visual. Peralatan seni dan kemudahan
belajar dalam konteks mendidik pelajar dengan seni seharusnya lengkap,
canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah.
(c) Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya.
Guru seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan
mengawal, mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan
sistematik.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL76
(d) Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di
sekolah. Maksudnya, berikan hadiah atau ganjaran kepada orang atau
kelas yang dapat membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini
boleh dilakukan secara pertandingan, spotcheck , kempen atau agenda
tahunan sekolah.
Seterusnya, perlaksanaan pendekatan didaktik di sekolah akan dapat
dilaksanakan ke atas pelajar melalui pendekatan yang berikut:
(a) Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan dan mempunyai
hubungan dengan kehidupan sehari-hari.
(b) Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas supaya murid dapat
mempelajari cara menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
Sehubungan dengan itu, struktur pelajaran mesti dirancang dengan baik.
(c) Guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu
membantu dan mendorong kegiatan pembelajaran pelajar serta dapat
membangkitkan persaingan dengan kerjasama murid.
(d) Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk
mencuba, menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari.
(e) Penyajian bahan harus diatur secara berurutan sehingga tujuannya dapat
ditetapkan dengan jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara
bertingkat atau mengikut sekuen.
(f) Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai,
guru harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa
evaluasi adalah merupakan sebahagian daripada mengajar.
Sekiranya masalah masih berlaku, apakah formula penyelesaiannya? Dr. Wan
Zahid (1993 ) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasinya:
(a) Pembetulan (correction) Membetulkan fakta dan konsep yang
menyeleweng.
(b) Orientasi (orientation) Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang
tepat mengenai mata pelajaran ini.
(c) Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras disiplin-disiplin ilmu yang
mengganggu dan menggagalkan.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 77
(d) Kesepaduan (integration) Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu
acuan atau paradigma yang berteraskan tauhid.
Namun begitu, kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika:
(a) Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah.
(b) Perkongsian wawasan dan tujuan.
(c) Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat.
(d) Jangkaan kejayaan yang tinggi.
(e) Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan
pembelajaran.
(f) Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar.
(g) Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar yang dipelihara dan dihormati.
(h) Hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu
pertalian yang tidak putus-putus.
(i) Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menaakul
dan membina pengalaman.
Akhirnya, hasil (outcome) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat
dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total.
AKTIVITI SENI VISUAL4.3
Subtopik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti seni visual.
4.3.1 Menggambar
Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta
penilaian.
Jadual 4.1 menyenaraikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL78
Jadual 4.1: Senarai Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat
Bil. Jenis Teknik Bahan Alat
1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, papan lapis Pensel, pensel warna, pen
teknikal, warna pastel, krayon,
arang, berus
2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan lapis,
minyak linsid, air, turpentin
Berus, pisau palet, kekuda,
kadbod, papan
3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan-
bahan tampalan
Gunting, pisau, mangkuk
4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat
khabar, gam
Gunting, pisau, pembaris
5. Cetakan Dakwat cetak, gam, turpentin,
minyak tanah, minyak linsid,
papan
Penggelek, papan,
Spatula, cermin, kertas surat
khabar
6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus, pengikis
7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna,
pensel, warna pastel
Kain, papan
8. Stensilan Profilem, kertas, dakwat cetak,
pencelup
Squeezy, penggelek dan kain
9. Percikan Warna, air, kertas, Berus, straw, berus gigi
10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat Alat geometri, pembaris
11. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan-
bahan terbuang, gam
Papan, gunting, pisau
12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas warna Gunting, pisau
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 79
Contoh-contoh dalam bidang menggambar ditunjukkan dalam Rajah 4.9 dan 4.10.
(a) (b)
Rajah 4.9: Menggambar menggunakan teknik kolaj
Rajah 4.10: Menggambar dengan menggunakan teknik catan
4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak
Jadual 4.2 dan 4.3 menerangkan secara ringkas bagaimana membuat rekaan dan
corak terancang serta tidak terancang.
(a) Corak Terancang
Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang digunakan dalam Membuat Rekaan dan
Corak Terancang
Bil. Jenis Teknik Bahan Alat
1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, papan
lapis
Pensel, pensel warna, pen
teknikal, warna pastel, krayon,
arang, berus
2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan
lapis, minyak linsid, air,
turpentin
Berus, pisau palet, kekuda,
kadbod, papan
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL80
3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas,
bahan-bahan tampalan
Gunting, pisau, mangkuk
4. Montaj Kertas, gambar, majalah,
surat khabar, gam
Gunting, pisau, pembaris
5. Cetakan Dakwat cetak, gam,
turpentin, minyak tanah,
minyak linsid, papan
Penggelek, papan, spatula,
cermin, kertas surat khabar
6. Resis Kertas, lilin, minyak, air,
warna air
Berus, pengikis
7. Capan Warna, dakwat, kertas,
bahan-bahan terbuang,
gam
Papan, gunting, pisau
8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen kaligrafi, buluh, resam
(b) Corak Tidak Terancang
Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang Digunakan dalam Membuat Rekaan dan
Corak Tidak Terancang
Bil. Jenis Teknik Bahan Alat
1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat
minyak
Besen, berus
2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air,
warna batik
Straw, berus
3. Titisan Warna air, lilin, api Pembaris keluli
4. Ikatan dan celupan Kertas, tisu, warna batik,
getah gelang, kain
Besen warna, berus
5. Renjisan dan
percikan
Warna air, kertas, kanvas Berus, bekas warna
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 81
4.3.3 Membentuk dan Membuat Binaan
Jadual 4.4 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk membentuk
dan membuat binaan.
Jadual 4.4: Teknik, Bahan dan Alat untuk Membentuk dan Membuat Binaan
Bil. Jenis Teknik Bahan Alat
1. Arca timbul Kepingan kayu, kapur Paris,
batu, kayu, plastik, kertas
lumat, papier-mache, tanah liat
Pahat, penukul, alat pengukir,
pengikis, kikir pari, kertas pasir
2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen,
bongkah kayu, barang ganti
kenderaan, bahan kutipan, besi
Alat pateri, skru, paku, gergaji,
ragum, gerudi, sepana hidup,
pemutar skru
3. Bergerak Besi, dawai, kertas, tali temali,
plastik, kepingan logam, zink,
kadbod
Gunting besi, alat pateri,
sepana, gerudi, pemutar skru
4. Stabil Simen, kepingan logam, plastik,
barang ganti kenderaan, besi,
logam, papan
Alat pateri, skru, paku, gergaji,
ragum, gerudi, sepana hidup,
pemutar skru
5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa,
papan lapis, zink, akar kayu,
papan
Gunting besi, alat pateri,
sepana, gerudi, pemutar skru
6. Diorama Papan lapis, papan, zink,
cermin lutsinar, patung,
karangan laut
Gunting besi, alat pateri,
sepana, gerudi, pemutar skru
7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat,
spray warna, gam
dunlop/UHU
Gunting, pisau, playar,
pemutar skru
8. Topeng Papier-mache, plastik, kertas
surat khabar, habuk papan,
gam, piring plastik, warna
Gunting, pisau, besen
9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL82
4.3.4 Kraf Tradisional
Jadual 4.5 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk kraf
tradisional.
Jadual 4.5: Teknik, Bahan dan Alat untuk Kraf Tradisional.
Bil. Jenis Teknik Bahan Alat
1. Alat domestik Kepingan kayu,
tempurung, besi, kayu,
manik
Pahat, penukul, alat
pengukir, pengikis, kikir pari,
kertas pasir, gergaji kecil
2. Alat permainan Buluh, kertas, benang, gam,
kertas warna, kayu
Gunting, pisau, gam, gergaji
kecil, pemutar skru, skru
3. Alat pertahanan
diri
Kayu, timah, besi,
plumbum, loyang
Gunting besi, alat pateri,
sepana, gerudi, pemutar skru
4. Alat perhiasan
diri
Benang, tekstil, prada, gam,
butang, kayu
Gunting, pisau,gergaji kecil,
pemutar skru, ragum
5. Batik Kain putih, campuran lilin,
pewarna, pemati warna,
debu soda, pelembut
kain/fabrik
Canting, pemidang kayu,
berus, dapur atau plat
pemanas, periuk, besen besar
6. Tekat Benang emas, benang putih,
kain dasar, baldu, kertas
tebal, gam, rotan saga
Pemidang kayu berkaki,
cuban
7. Tembikar Tanah liat, kaolin Pisau, span, penggelek,
papan golek, gergaji kecil,
pengayak, dawai, pemotong,
kayu ukur, angkup luar,
pinggan, kayu, pengguris dan
berus
8. Anyaman Pandan, mengkuang, daun
nipah, buluh, paku-pakis,
daun serdang, rotan,
rumput-rampai
Parang, alat jangka, pelurut,
tempayan, besen, periuk,
penyisip, pisau kecil
9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan, cetar, pahat,
pisau, kikir, ketam, pengikis,
daun mempelas, berus, syelek
AKTIVITI 4.3
Teliti batik Malaysia dan batik Indonesia. Nyatakan perbezaan dan
persamaan yang ketara dari segi penghasilannya.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 83
• Dalam topik ini, pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan
perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh
diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja.
• Terdapat 4 bidang dalam pendidikan seni visual iaitu melukis, membuat
gambar, membuat binaan serta kraf tradisional. Kesemuanya mempunyai
teknik-teknik tertentu.
• Asas seni reka seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsipnya turut
dibincangkan.
• Unsur seni visual boleh diserapkan di sekolah rendah melalui pemilihan
kaedah yang tepat, penggunaan peralatan yang baik dan penilaian yang
bersesuaian.
• Di antara aktiviti seni visual ialah menggambarkan, membuat rekaan dan
corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.
Asemblaj
Diorama
Kaolin
Arca bergerak
Montaj
Resis
Hurwitz, A. & et al. (2001). Children and their art. USA: Harcourt College
Publishers.
Kathleen Chee. (1999). Pendidikan seni. Bangi: Penerbitan Pelangi.
Edwards, B. (1986). Drawing on the artist within. USA: Simon & Schuster, Inc.
Rahmat Salihon. (2003). Pendidikan seni visual Tingkatan 1. Selangor Darul
Ehsan: Fajar Bakti.
Raja Baharudin. (1999). Kursus amali pendidikan seni PMR. Selangor Darul
Ehsan: Pan Asia Publications Bhd.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL84
Gardner, H. (1989). Toward more effective arts education: Arts, mind and
education. USA: University of Illinois Press.
Lark-Harovitz, Lewis, H. P., & Luca, M. (1967). Understanding childrenÊs art for
better teaching.USA: Columbus.

More Related Content

What's hot

Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Nik Mohamad Al-Fazil
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Mcc Goh
 
Asas seni reka
Asas seni rekaAsas seni reka
Asas seni rekaAmin Upsi
 
Media dan teknik
Media dan teknikMedia dan teknik
Media dan teknikilaazmil2
 
TEORI PSV T5: Pelukis Moden Malaysia
TEORI PSV T5: Pelukis Moden MalaysiaTEORI PSV T5: Pelukis Moden Malaysia
TEORI PSV T5: Pelukis Moden Malaysiaguestadeb0f
 
Rekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirahRekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirahzainiaman
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digitalzainiaman
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKARafiza Diy
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Fairuz Alwi
 
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Gaya penampilan karya seni halus
Gaya penampilan karya seni halusGaya penampilan karya seni halus
Gaya penampilan karya seni halusHASSAN MOHD GHAZALI
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanSeni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanFairuz Alwi
 

What's hot (20)

Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
 
Asas seni reka
Asas seni rekaAsas seni reka
Asas seni reka
 
Media dan teknik
Media dan teknikMedia dan teknik
Media dan teknik
 
TEORI PSV T5: Pelukis Moden Malaysia
TEORI PSV T5: Pelukis Moden MalaysiaTEORI PSV T5: Pelukis Moden Malaysia
TEORI PSV T5: Pelukis Moden Malaysia
 
Rekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirahRekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirah
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
 
Gerakan seni stpm
Gerakan seni stpmGerakan seni stpm
Gerakan seni stpm
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digital
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
 
Seni catan-cina
Seni catan-cinaSeni catan-cina
Seni catan-cina
 
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
 
Gaya penampilan karya seni halus
Gaya penampilan karya seni halusGaya penampilan karya seni halus
Gaya penampilan karya seni halus
 
Poster
PosterPoster
Poster
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanSeni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
 

Viewers also liked

ανθρωπινα δικαιωματα
ανθρωπινα δικαιωματαανθρωπινα δικαιωματα
ανθρωπινα δικαιωματαperisalex
 
Graduation options for your high school student with
Graduation options for your high school student withGraduation options for your high school student with
Graduation options for your high school student withgetubug13
 
Google Adwords Campaigns settings
Google Adwords Campaigns settingsGoogle Adwords Campaigns settings
Google Adwords Campaigns settingsJanaradhan Shetty
 
How Businesses Use Facebook
How Businesses Use FacebookHow Businesses Use Facebook
How Businesses Use Facebookronjohns
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Anita Muhammad
 
Future technology
Future technologyFuture technology
Future technologyperisalex
 
English recitation
English  recitationEnglish  recitation
English recitationtricken_edu
 
HTML5 / Web APIの上手な使い方
HTML5 / Web APIの上手な使い方HTML5 / Web APIの上手な使い方
HTML5 / Web APIの上手な使い方Tatsuya Kosuge
 
Google Adwords Ad Copies Tips & Types
Google Adwords Ad Copies Tips & TypesGoogle Adwords Ad Copies Tips & Types
Google Adwords Ad Copies Tips & TypesJanaradhan Shetty
 
How Google Re-Marketing Works
How Google Re-Marketing WorksHow Google Re-Marketing Works
How Google Re-Marketing WorksJanaradhan Shetty
 

Viewers also liked (20)

ανθρωπινα δικαιωματα
ανθρωπινα δικαιωματαανθρωπινα δικαιωματα
ανθρωπινα δικαιωματα
 
Graduation options for your high school student with
Graduation options for your high school student withGraduation options for your high school student with
Graduation options for your high school student with
 
Google Adwords Campaigns settings
Google Adwords Campaigns settingsGoogle Adwords Campaigns settings
Google Adwords Campaigns settings
 
Summer catalog
Summer catalogSummer catalog
Summer catalog
 
How Businesses Use Facebook
How Businesses Use FacebookHow Businesses Use Facebook
How Businesses Use Facebook
 
Mi vidaaaaa
Mi vidaaaaaMi vidaaaaa
Mi vidaaaaa
 
negeri selati
negeri selatinegeri selati
negeri selati
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
Future technology
Future technologyFuture technology
Future technology
 
El football es
El football esEl football es
El football es
 
Miche 2015 Fall Stylebook
Miche 2015 Fall StylebookMiche 2015 Fall Stylebook
Miche 2015 Fall Stylebook
 
1210 emanuel rangkuman
1210 emanuel rangkuman1210 emanuel rangkuman
1210 emanuel rangkuman
 
Kak ija
Kak ijaKak ija
Kak ija
 
Su 4
Su 4Su 4
Su 4
 
Memoria descriptiva artempa
Memoria descriptiva artempaMemoria descriptiva artempa
Memoria descriptiva artempa
 
English recitation
English  recitationEnglish  recitation
English recitation
 
Interview: David Dein
Interview: David DeinInterview: David Dein
Interview: David Dein
 
HTML5 / Web APIの上手な使い方
HTML5 / Web APIの上手な使い方HTML5 / Web APIの上手な使い方
HTML5 / Web APIの上手な使い方
 
Google Adwords Ad Copies Tips & Types
Google Adwords Ad Copies Tips & TypesGoogle Adwords Ad Copies Tips & Types
Google Adwords Ad Copies Tips & Types
 
How Google Re-Marketing Works
How Google Re-Marketing WorksHow Google Re-Marketing Works
How Google Re-Marketing Works
 

Similar to Pendidikan Seni Visual

Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPAMODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPAPPGhybrid3
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrshafizasabudin
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5niza_yusof
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5nurmawaddah1519
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5tunteja2008
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Umaiya Ambal
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)kamarulbaharin
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 PUTERI KATAK
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5401401401
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknikMdham Mat
 
970 sp seni visual(new)
970 sp seni visual(new)970 sp seni visual(new)
970 sp seni visual(new)Alyia Chu
 

Similar to Pendidikan Seni Visual (20)

Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr
 
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPAMODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssr
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Pppm psv ld tahun 3 edited
Pppm psv ld tahun 3 editedPppm psv ld tahun 3 edited
Pppm psv ld tahun 3 edited
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknik
 
970 sp seni visual(new)
970 sp seni visual(new)970 sp seni visual(new)
970 sp seni visual(new)
 

Pendidikan Seni Visual

  • 1. PENGENALAN Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. TTooppiikk 4 Pengetahuan  Asas dalam  Seni Visual 4 Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan makna Pendidikan Seni Visual dari konteks KBSR; 2. Menjelaskan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah; 3. Menyatakan asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya; dan 4. Mengesyorkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. HASIL PEMBELAJARAN
  • 2. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 61 PENGENALAN SENI VISUAL4.1 Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa. 4.1.2 Bidang-bidang dalam Seni Visual Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang: • Melukis dan membuat gambar • Membuat rekaan corak • Membentuk dan membuat binaan • Kraf tradisional (a) Melukis dan Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Rajah 4.1 menunjukkan teknik-teknik tersebut. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini
  • 3. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL62 membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar. Rajah 4.1: Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah (b) Membuat Rekaan dan Corak Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: (i) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan (ii) Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting (iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat (iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris
  • 4. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 63 Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada: • Penuh • Turun satu suku • Turun tiga suku • Turun separa • Sisik ikan • Selang seli • Tampak dam dan tampak catur • Siku keluang • Pucuk rebung • Orgee • Batu bata • Tunggal • Berpusat • Sendeng • Berombak • Jidar • Berjalur • Cerminan Teknik Corak Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan corak ini dihasilkan (sila rujuk Rajah 4.2 dan 4.3).
  • 5. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL64 Rajah 4.2: Corak tidak terancang Rajah 4.3: Corak terancang
  • 6. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 65 (c) Membentuk dan Membuat Binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi: • Arca timbul • Arca asemblaj • Arca bergerak • Arca stabil • Model • Diorama • Boneka • Topeng • Origami Tema dan Subjek (i) Alam semulajadi (ii) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis (iii) Aliran dan tema sejagat (iv) Keperluan dan pengalaman harian (d) Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun- temurun mengikut kaum masing-masing.
  • 7. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL66 Jenis-jenis Kraf (i) Alat domestik (ii) Alat permainan (iii) Alat mempertahankan diri (iv) Batik (v) Seni tekat (vi) Tembikar (vii) Anyaman (viii) Kelarai (ix) Ukiran 4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu, reka cipta dan kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu daripadanya. Mereka akan membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatu permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya. Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya pelukis juga memikirkan nilai estetika yang ingin ditampilkan. Bagaimana estetika itu boleh ditampilkan dalam karya? (a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran ia dibolehkan.
  • 8. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 67 (b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi Pelukis-pelukis agung seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gogh dan Goya sering mengekspresikan lukisan mereka mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak-perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan pada kanvas dan arca-arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan. (c) Menggunakan Kaedah Formalistik Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, penegasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij dan agung. (d) Keaslian Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis. Dalam berkarya, menciplak atau memplagiat adalah sesuatu yang ditegah dan boleh mengakibatkan seseorang itu dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan. ASAS SENI REKA4.2 Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam asas seni reka. 4.2.1 Unsur Seni Unsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. (a) Garisan (i) Garisan merupakan cantuman satu siri titik. (ii) Garisan boleh dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.
  • 9. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL68 (iii) Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. (iv) Melalui garisan, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti: • Teknik koyakan • Teknik tampalan • Teknik kolaj • Teknik gosokan • Teknik cetakan • Teknik capan (b) Warna Warna terdiri daripada: (i) Warna asas (ii) Warna sekunder (iii) Warna tertier Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning (sila rujuk Rajah 4.4). Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau jingga. Satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan di dalam roda warna, apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya, warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna akan membantu pelajar dalam kerja-kerja mewarna yang melibatkan subjek yang dihasilkan.
  • 10. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 69 Rajah 4.4: Roda Warna AKTIVITI 4.1 Apakah warna penggenap? Bagaimanakah ia terbentuk?
  • 11. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL70 (c) Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi kepada dua jenis: (i) Jalinan tampak (ii) Jalinan sentuh Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalinan secara sentuhan. Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi. Jalinan boleh dihasilkan melalui: • Teknik cetakan • Teknik pualaman • Teknik kolaj • Teknik campuran • Teknik binaan • Teknik cantuman (d) Rupa Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, silinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan dengan bantuan alat geometri.
  • 12. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 71 Jenis-jenis rupa: (i) Rupa positif dan negatif (ii) Rupa dan corak (iii) Rupa dan lambang (iv) Rupa dan muka taip (e) Bentuk Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton dan jalinan ruang diaplikasi sekaligus. Bentuk terdiri daripada dua jenis: (i) Bentuk ilusi (maya) (ii) Bentuk konkrit Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, ilustrasi, lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat pada satah gambar. Apabila disentuh, ia hanyalah permukaan mendatar kerana dalam bentuk dua dimensi. Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi (sila rujuk Rajah 4.5). Rajah 4.5: Bentuk ilusi ke bentuk konkrit
  • 13. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL72 (f) Ruang Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi, di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna dan bentuk. 4.2.2 Prinsip-prinsip Rekaan Prinsip rekaan terdiri daripada yang berikut: (a) Harmoni Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, terapeutik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap-melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya. (b) Penegasan Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan. (c) Imbangan Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruang kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang (kiri dan kanan, atas dan bawah). Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri. (d) Kontra Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi si pemerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.
  • 14. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 73 (e) Pergerakan Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga boleh dijadikan kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna. (f) Kesatuan Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama, ia akan mewujudkan kesatuan. (g) Kepelbagaian Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian. AKTIVITI 4.2 1. Apakah itu imbangan simetri? Dengan menggunakan contoh di persekitaran anda, lukiskan lima contoh objek yang mempunyai imbangan simetri. 2. Dengan mengambil satu hasil catan yang lengkap, jelaskan bagaimana pelukis tersebut mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaannya. 4.2.3 Struktur Rekaan Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan yang baik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untuk mendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau rupa organik digunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu garisan grid dan garisan struktur.
  • 15. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL74 Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas di mana petak-petak terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi (sila lihat Rajah 4.6 hingga 4.8). Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikut sifat objek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubat nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya. Berpandukan garisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan. Rajah 4.6: Grid menjadi asas mencorak menggunakan ubi kentang Rajah 4.7: Grid digunakan untuk menggambarkan struktur rekaan
  • 16. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 75 Rajah 4.8: Grid menjadi panduan untuk membuat rekaan corak 4.2.4 Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong utama pembelajaran di kalangan pelajar. Dr. Abd. Rahman Saleh (1976) berpendapat bahawa sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan menggunakan asas-asas didaktik dalam usaha membangkit minat, memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sistematik dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Persoalannya: bagaimanakah Seni Visual ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Dr. Abd. Rahman Saleh, ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara: (a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus. Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman permainan, simbol-simbol dan grafik yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan seni tersebut. (b) Memilih metod atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru besar sekolah seharusnya mendokong watak hero untuk memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru-guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenarkan untuk mengajar Seni Visual. Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks mendidik pelajar dengan seni seharusnya lengkap, canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah. (c) Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal, mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik.
  • 17. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL76 (d) Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di sekolah. Maksudnya, berikan hadiah atau ganjaran kepada orang atau kelas yang dapat membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secara pertandingan, spotcheck , kempen atau agenda tahunan sekolah. Seterusnya, perlaksanaan pendekatan didaktik di sekolah akan dapat dilaksanakan ke atas pelajar melalui pendekatan yang berikut: (a) Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan dan mempunyai hubungan dengan kehidupan sehari-hari. (b) Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas supaya murid dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu, struktur pelajaran mesti dirancang dengan baik. (c) Guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu membantu dan mendorong kegiatan pembelajaran pelajar serta dapat membangkitkan persaingan dengan kerjasama murid. (d) Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk mencuba, menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari. (e) Penyajian bahan harus diatur secara berurutan sehingga tujuannya dapat ditetapkan dengan jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara bertingkat atau mengikut sekuen. (f) Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai, guru harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa evaluasi adalah merupakan sebahagian daripada mengajar. Sekiranya masalah masih berlaku, apakah formula penyelesaiannya? Dr. Wan Zahid (1993 ) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasinya: (a) Pembetulan (correction) Membetulkan fakta dan konsep yang menyeleweng. (b) Orientasi (orientation) Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang tepat mengenai mata pelajaran ini. (c) Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras disiplin-disiplin ilmu yang mengganggu dan menggagalkan.
  • 18. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 77 (d) Kesepaduan (integration) Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau paradigma yang berteraskan tauhid. Namun begitu, kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika: (a) Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah. (b) Perkongsian wawasan dan tujuan. (c) Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat. (d) Jangkaan kejayaan yang tinggi. (e) Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan pembelajaran. (f) Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar. (g) Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar yang dipelihara dan dihormati. (h) Hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu pertalian yang tidak putus-putus. (i) Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menaakul dan membina pengalaman. Akhirnya, hasil (outcome) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total. AKTIVITI SENI VISUAL4.3 Subtopik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti seni visual. 4.3.1 Menggambar Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian. Jadual 4.1 menyenaraikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat.
  • 19. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL78 Jadual 4.1: Senarai Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, papan lapis Pensel, pensel warna, pen teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus 2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan lapis, minyak linsid, air, turpentin Berus, pisau palet, kekuda, kadbod, papan 3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan- bahan tampalan Gunting, pisau, mangkuk 4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam Gunting, pisau, pembaris 5. Cetakan Dakwat cetak, gam, turpentin, minyak tanah, minyak linsid, papan Penggelek, papan, Spatula, cermin, kertas surat khabar 6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus, pengikis 7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna, pensel, warna pastel Kain, papan 8. Stensilan Profilem, kertas, dakwat cetak, pencelup Squeezy, penggelek dan kain 9. Percikan Warna, air, kertas, Berus, straw, berus gigi 10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat Alat geometri, pembaris 11. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan- bahan terbuang, gam Papan, gunting, pisau 12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas warna Gunting, pisau
  • 20. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 79 Contoh-contoh dalam bidang menggambar ditunjukkan dalam Rajah 4.9 dan 4.10. (a) (b) Rajah 4.9: Menggambar menggunakan teknik kolaj Rajah 4.10: Menggambar dengan menggunakan teknik catan 4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak Jadual 4.2 dan 4.3 menerangkan secara ringkas bagaimana membuat rekaan dan corak terancang serta tidak terancang. (a) Corak Terancang Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang digunakan dalam Membuat Rekaan dan Corak Terancang Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, papan lapis Pensel, pensel warna, pen teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus 2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan lapis, minyak linsid, air, turpentin Berus, pisau palet, kekuda, kadbod, papan
  • 21. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL80 3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan-bahan tampalan Gunting, pisau, mangkuk 4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam Gunting, pisau, pembaris 5. Cetakan Dakwat cetak, gam, turpentin, minyak tanah, minyak linsid, papan Penggelek, papan, spatula, cermin, kertas surat khabar 6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus, pengikis 7. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan terbuang, gam Papan, gunting, pisau 8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen kaligrafi, buluh, resam (b) Corak Tidak Terancang Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang Digunakan dalam Membuat Rekaan dan Corak Tidak Terancang Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat minyak Besen, berus 2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air, warna batik Straw, berus 3. Titisan Warna air, lilin, api Pembaris keluli 4. Ikatan dan celupan Kertas, tisu, warna batik, getah gelang, kain Besen warna, berus 5. Renjisan dan percikan Warna air, kertas, kanvas Berus, bekas warna
  • 22. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 81 4.3.3 Membentuk dan Membuat Binaan Jadual 4.4 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk membentuk dan membuat binaan. Jadual 4.4: Teknik, Bahan dan Alat untuk Membentuk dan Membuat Binaan Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Arca timbul Kepingan kayu, kapur Paris, batu, kayu, plastik, kertas lumat, papier-mache, tanah liat Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir 2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen, bongkah kayu, barang ganti kenderaan, bahan kutipan, besi Alat pateri, skru, paku, gergaji, ragum, gerudi, sepana hidup, pemutar skru 3. Bergerak Besi, dawai, kertas, tali temali, plastik, kepingan logam, zink, kadbod Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru 4. Stabil Simen, kepingan logam, plastik, barang ganti kenderaan, besi, logam, papan Alat pateri, skru, paku, gergaji, ragum, gerudi, sepana hidup, pemutar skru 5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa, papan lapis, zink, akar kayu, papan Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru 6. Diorama Papan lapis, papan, zink, cermin lutsinar, patung, karangan laut Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru 7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat, spray warna, gam dunlop/UHU Gunting, pisau, playar, pemutar skru 8. Topeng Papier-mache, plastik, kertas surat khabar, habuk papan, gam, piring plastik, warna Gunting, pisau, besen 9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau
  • 23. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL82 4.3.4 Kraf Tradisional Jadual 4.5 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk kraf tradisional. Jadual 4.5: Teknik, Bahan dan Alat untuk Kraf Tradisional. Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Alat domestik Kepingan kayu, tempurung, besi, kayu, manik Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir, gergaji kecil 2. Alat permainan Buluh, kertas, benang, gam, kertas warna, kayu Gunting, pisau, gam, gergaji kecil, pemutar skru, skru 3. Alat pertahanan diri Kayu, timah, besi, plumbum, loyang Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru 4. Alat perhiasan diri Benang, tekstil, prada, gam, butang, kayu Gunting, pisau,gergaji kecil, pemutar skru, ragum 5. Batik Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu soda, pelembut kain/fabrik Canting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat pemanas, periuk, besen besar 6. Tekat Benang emas, benang putih, kain dasar, baldu, kertas tebal, gam, rotan saga Pemidang kayu berkaki, cuban 7. Tembikar Tanah liat, kaolin Pisau, span, penggelek, papan golek, gergaji kecil, pengayak, dawai, pemotong, kayu ukur, angkup luar, pinggan, kayu, pengguris dan berus 8. Anyaman Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku-pakis, daun serdang, rotan, rumput-rampai Parang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk, penyisip, pisau kecil 9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, syelek AKTIVITI 4.3 Teliti batik Malaysia dan batik Indonesia. Nyatakan perbezaan dan persamaan yang ketara dari segi penghasilannya.
  • 24. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 83 • Dalam topik ini, pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja. • Terdapat 4 bidang dalam pendidikan seni visual iaitu melukis, membuat gambar, membuat binaan serta kraf tradisional. Kesemuanya mempunyai teknik-teknik tertentu. • Asas seni reka seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsipnya turut dibincangkan. • Unsur seni visual boleh diserapkan di sekolah rendah melalui pemilihan kaedah yang tepat, penggunaan peralatan yang baik dan penilaian yang bersesuaian. • Di antara aktiviti seni visual ialah menggambarkan, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Asemblaj Diorama Kaolin Arca bergerak Montaj Resis Hurwitz, A. & et al. (2001). Children and their art. USA: Harcourt College Publishers. Kathleen Chee. (1999). Pendidikan seni. Bangi: Penerbitan Pelangi. Edwards, B. (1986). Drawing on the artist within. USA: Simon & Schuster, Inc. Rahmat Salihon. (2003). Pendidikan seni visual Tingkatan 1. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti. Raja Baharudin. (1999). Kursus amali pendidikan seni PMR. Selangor Darul Ehsan: Pan Asia Publications Bhd.
  • 25. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL84 Gardner, H. (1989). Toward more effective arts education: Arts, mind and education. USA: University of Illinois Press. Lark-Harovitz, Lewis, H. P., & Luca, M. (1967). Understanding childrenÊs art for better teaching.USA: Columbus.