SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
BAB 3


                  3.1 PENGENALAN DARUL QURAN1




                           Oleh kerana kajian ini dijalankan di Darul Quran,

                  pengkajiakan menghuraikan secara terperinci tentang latar

                  belakang Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

                  (JAKIM) di dalam bab ini.




                  3.1.1         VISI,MISI OBJEKTIF DAN FALSAFAH




                          VISI


                  Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’, dan Du’at

                  beribawa ke arah pembangunan Negara dan Ummah.




                        MISI


                          Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-

                  Quran dan Qiraat


                        MOTTO


                        “Al-Quran dan Sunnah Pegangan Kami”
1
Darul Quran JAKIM, http://www.darulquran.gov.my/, 12 Januari 2012
OBJEKTIF


1. Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan

golongan profesianal yang hafiz, mahir lagi berketrampilan

selaras dengan keperluan ummah dan negara.


2. Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan

yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman keislaman

islam.


3. Melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Duat yang mahir dalam

pembacaan dan pengajian ilmu Quran Al-karim bagi

memelihara kesuciaan dan kesahihan Al-Quran.


4. Melahirkan Qurra’ (Qari Dan Qariah) yang mahir lagi

berwibawa dalam seni bacaan Al-Quran dan ilmu Qiraat.


5. Melahirkan Duat (pendakwah) pendidikan dan imam yang

terlatih lagi profesional melalui pengajian ilmu Al-Quran.


         FALSAFAH


Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah

memmentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada

pengakuan bahawa Allah itu Esa,Pencipta dan Tuhan yang bagi

sekalian alam.
3.1.2       FUNGSI

Menjalankan program pengajian Tahfiz Al-Quran di peringkat

Sijil, Diploma dan Ijazah.

Membantu pihak berkuasa agama negeri dalam melaksanakan

program-program kursus dan latihan yang berkaitan dengan

pengajian Al-Quran.

Merancang dan melaksanakan program pengajian Tahfiz Al-

Quran dan Qiraat secara bersistem serta berkualiti.

Merancang dan menjalankan kursus dan latihan kepada

kumpulan tenaga manusia yang memerlukan kemahiran dalam

bidang Al-Quran.




3.1.3       SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah

Institut Pengajian Al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah

dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini

timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan

semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar,

Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.
Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat

ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam,

Jabatan Perdana Menteri. Dengan penubuhan tersebut,

bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran di Dewan

Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac 1966 dengan bilangan

pelajar pada masa itu seramai 8 orang.



Mulai 1966 hingga 1978, pengajian ini diletakkan di bawah

kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Pada tahun 1972 ia diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-

Qiraat”.



Awal tahun 1979, Maahad Tahfiz diletakkan di bawah kelolaan

Pusat Penyelidikan dan Bahagian Agama, Jabatan Perdana

Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz

dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari,

Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan

Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Agama,

Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.



Pada tahun 1992, Maahad Tahfiz kemudiannya berpindah ke

Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan
pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada

tahun 1994, pelajar perempuan dipindahkan ke Taman Tun Dr.

Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14, Sg.

Semungkis, Hulu Langat Selangor.



Pada tahun 1997, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah

dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran JAKIM.

Pada 1 November 1998, Darul Quran berpindah ke kampus tetap

di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu

Bharu, Selangor.



Demi merealisasikan hasrat untuk melahirkan Huffaz, Qurra’

dan Du’at yang berkualiti, Darul Quran JAKIM akan dinaiktaraf

kepada Kolej Universiti Darul Quran (KUDQ) pada tahun 2012.



3.1.4       PENGETUA & PENGARAH



1.   Dato’ Haji Mohd Nor bin Ibrahim (1966 – 1968)

2.   Dr. Syed Ali Mahfuz Ad-Damanhuri (1969)

3.   Sheikh Hassan bin Ismail (1970 – 1978)

4.   Dato’ Abu Hassan bin Din (1979)

5.   Haji Salleh bin Jaafar (1979)
6.   Haji Salehuddin bin Omar (1980 – 1993)

7.   Haji Ariffin bin Harun (1986)

8.   Haji Wan Mohamad bin Haji Sheikh Abdul Aziz (1994 –

1999)

9.   Dato’ Haji Kamaruddin bin Zakaria (2000 – 2002)

10. Haji Razali bin Shahabudin (2002 – 2005)

11. Haji Murni bin Awang Mat (2005 – 2008)

12. Haji Che Ibrahim bin Che Man (2008 – 2010)

13. Haji Paimuzi bin Yahya (Disember 2010 – Sekarang)



3.1.5       PROGRAM-PROGRAM YANG

DITAWARKAN:

Persijilan Tahfiz Al-Quran (MoA bersama Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia – UIA)

Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Sunnah (MoA

bersama Universiti Sains Islam Malaysia – USIM)



3.1.6       Kursus Pengajian Di Darul Quran


3.1.6.1     Diploma Tahfiz Al- Quran


     Darul Quran beriltizam untuk melahirkan para huffaz dan

du’at yang berkemahiran dalam bidang Al-Quran,berwibawadan
berketerampilan melalui program diploma Tahfiz Al-Quran

   dalam kerangka membina ummah yang berkualiti.


   3.1.6.1.2   SISTEM PENGAJIAN


   Pengajian Program Diploma Tahfiz Al-Quran mengikut sistem

   semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang

   mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu

   :


1. Kursus Teras Darul Quran



   -Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi

   keperluan pengajiaan Darul Quran.




2. Kursus Umum Pengajian Islam



   -Kursus ini wajib ke atas semua pelajar dan dikehendaki lulus

   untuk layak menerima Diploma.




3. Kursus Syukbah
-Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran.Pelajar dikehendaki

   mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang

   ditawarkan. Buat masa ini lima syukbah ditawarkan iaitu:



a) Syukbah Qiraat

b) Syukbah Dakwah

c) Syukbah Syariah

d) Syukbah Hadis

e) Sukbah Muamalat




          Semua program, peraturan dan pengurusan akademik

   yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan

   berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran dipengerusikan

   oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuaan Islam Malaysia

   (JAKIM).




   3.1.6.1.2   YURAN PENGAJIAN DAN BIASISWA


      Yuran pengajian tidak dikenakan.Biasiswa akan

   dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuaan Islam Malaysia untuk

   pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.
3.1.6.1.3    PROSPEK


       Pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran,Darul Quran layak

memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Pengawal

Hal Ehwal Islam,pendidik atau pendakwah atau imam atau lain-

lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme,wibawa

serta personaliti diri yang tinggi.




3.1.6.1.4    PENGIKTIRAFAN


       Diploma Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar

Negara,khususnya di Timur Tengah.Graduan daripada Darul

Quran berpeluang mengikuti program Ijazah Pertama di pusat-

pusat pengajiaan tinggi antaranya :


Maahad Qiraat, Al-Azhar Al-Syariff

Universiti Malaya

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia

Kolej Universiti Islam Malaysia

Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim,Pekan

Baru,Riau,Sumatera Indonesia

Universiti Pendidikan Sultan Idris
3.1.6.1.5    KELAYAKAN MASUK


          Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah

          seperti berikut :


       a) Warganegara Malaysia

       b) Belum berkahwin

       c) Berumur tidak boleh melebihi 21 tahun.

       d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian

          dalam:

i)        Bahasa Melayu

ii)       Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau Pendidikan Syariah

iii)      Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi

iv)       Lulus Bahasa Inggeris


          Atau


v)        Lulus temuduga
3.1.7       PERSIJILAN TAHFIZ AL QURAN


   3.1.7.1             OBJEKTIF


1) Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan

   golongan professional yang hafiz, mahir lagi berketrampilan

   selaras dengan keperluan ummah dan negara.

2) Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan

   Islam yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman

   kegemilangan Islam.




   3.1.7.2             PEMILIHAN PELAJAR


   Keutamaan adalah kepada pelajar aliran sains institusi pengajian

   / Sekolah Menengah Agama yang mempunyai pencapaian

   cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM.

   Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini dilakukan oleh

   satu jawatankuasa yang terdiri daripada Darul Quran dan UIAM

   melalui proses temuduga berdasarkan wajaran seperti berikut :


1) Cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM tahun berkenaan

2) Berkemampuan tinggi untuk menghafal al-Quran

3) Personaliti yang tinggi

4) Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
Pelajar yang berkelayakan berminat serta berjaya dalam

temuduga sahaja akan ditawarkan tempat bagi mengikuti

program ini.




3.1.7.3       TEMPOH PENGAJIAN


Tempoh pengajian program ini ialah selama 18 bulan. Pelajar-

pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran Tahfiz dan lain-

lain matapelajaran yang berkaitan.




3.1.7.4           JANGKAMASA PENGAJIAN


          Pengajian akan bermula pada bulan Januari (selepas

peperiksaan SPM) sehingga Jun tahun berikutnya.
3.1.8       PROGRAM PERSIJILAN TAHFIZ AL-

   QURAN BAGI ORANG KURANG UPAYA MASALAH

   PENGLIHATAN (OKUMP).


   3.1.8.1            OBJEKTIF


1) Memberikan pendidikan tahfiz dan ilmu yang berkaitan dengan

   OKUMP.

2) Melahirkan Huffaz, Qurra dan Du’at di kalangan OKUMP.

3) Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang tahfiz di kalangan

   OKUMP.

4) Melahirkan ummah yang berkualiti di kalangan OKUMP.


   3.1..2             TEMPOH PENGAJIAN


   Tempoh pengajian adalah selama 6 bulan.Jika calon mempunyai

   kelayakan boleh meneruskan pengajian ke peringkat Diploma.




   3.1.8.3            SUBJEK YANG DITAWARKAN


   Hifzi al-Quran Syafawi

   Tajwid

   Taranum

   Fiqh

   Tauhid Asas Bahasa Arab
3.1.8.4             KEMUDAHAN PENGAJIAN


Bilik kuliah dan tutorial

Bahan rujukan Braille seperti al-Quran Braille dan alat bantuan

mengajar.

Kemudahan ko-kurikulum

Biasiswa disediakan

Kos pengajian ditanggung oleh JAKIM




3.1.8.5             SYARAT KELAYAKAN MASUK


Terbuka kepada semua warga orang kurang upaya masalah

penglihatan yang boleh membaca al-Quran Braille.

Berumur 18 tahun hingg 30 tahun dan belum berkahwin.

Bersedia mengikuti kursus ini selama 6 bulan berturut-turut.

Lulus ujian kelayakan.




3.1.9       PROGRAM SIJI TINGGI TARANNUM AL-

QURAN (STTQ)
3.1.9.1     OBJEKTIF


      1) Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan qari dan qariah

         yang berkemampuan mengembalikan tradisi kegemilangan

         keilmuan Islam dalam bidang al-Quran.

      2) Memberi pendedahan kepada peserta mengenai lagu atau bacaan

         al-Quran yang muktabar dengan teknik-teknik suara dan

         pengawalannya serta sejarah taranum atau lagu itu sendiri.




         3.1.9.2     TEMPOH PENGAJIAN


         Pengajian akan berlangsung selama 2 bulan atau 8 minggu iaitu

         7 minggu pengajian dan seminggu ujian.




         3.1.9.3     JUMLAH PESERTA


         Seramai 30 orang peserta dari kalangan lelaki atau perempuan.




         3.1.9.4     KANDUNGAN KURSUS


Bil            Kursus                     Pertemuan                   Jam

1             Taranum                     74 x 2 jam                  148

2              Tajwid                     17 x 2 jam                  34
3                Qiraat                    8x2                        16

4          Bahasa Arab                     6x2                        12

     Jumlah Keseluruhan                                           210




       3.1.9.5       SYARAT KEMASUKAN


       Terbuka kepada semua masyarakat awam Islam. Keutamaan

       diberikan kepada qari dan qariah yang pernah mewakili daerah

       dalam ujian Tilawah al-Quran peringkat negeri dengan syarat :


    1) Berumur antara 18 tahun hingga 45 tahun.

    2) Bersedia untuk mengikuti kursus ini selama 2 bulan berturut-

       turut.

    3) Lulus ujian kelayakan meliputi keupayaan suara, tajwid , bacaan

       , asas jawi dan asas lagu.




       3.1.10              SIJIL ASAS QIRAAT (STM)


       3.1.10.1      OBJEKTIF
1) Memperkenalkan Ilmu Qiraat sebagai satu cabang daripada ilmu

   al-Quran.

2) Memberi pendedahan tentang kaedah pembelajaran di peringkat

   institusi pengajian tinggi.

3) Memberi pendedahan tentang kaedah menghafaz ayat-ayat suci

   al-Quran.

4) Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Arab.

5) Melahirkan generasi yang memiliki personaliti yang tinggi,

   progresif, berketrampilan dan berdaya saing untuk berhadapan

   dengan cabaran dunia global.




   3.1.10.2     SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 19 tahun.

2) Telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3) Mahir membaca dan menghafaz Al-Quran.


   3.1.11       SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM)


   3.1.11.1     OBJEKTIF


1) Memberi pengiktirafan kepada golongan penghafaz al-Quran

2) Mmberi galakan kepada masyarakat Islam di Malaysia

   menghafaz al-Quran.
3) Memberi peluang kepada golongan yang tidak mendapat

   pendidikan secara formal untuk mendapatkan sijil khas tahfiz.


   3.1.11.2    SYARAT PERMOHONAN


1) Warganegara Malaysia.

2) Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.

3) Mengemukakan rekod hafazan / sijil hafazan / surat pengesahan

   daripada guru / pengetua di tempat pengajian.




   3.1.12      KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI DARUL

   QURAN




   3.1.12.1       KEMUDAHAN ASAS




   Dewan kuliah,makmal komputer,makmal Al-Quran,makmal

   bahasa,perpustakaan,surau,asrama lelaki dan perempuan,dewan

   makan,auditorium dan lain-lain.




   3.1.12.2    KEMUDAHAN RIADAH
Padang permain untuk sepak takraw,bola tampar,badminton,bola

tampar,bola jaring,bola keranjang dan trek jogging.


3.1.13             PENCAPAIAN DARUL QURAN


Sepanjang penubuhannya, Darul Quran telah menunjukkan

beberapa pencapaian yang memberangsangkan. Antaranya ialah

:


1.   Pada 16 April 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz Al-

Quran Wal-Qiraat telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam setaraf dengan Diploma Institut Teknologi

MARA (sekarang UiTM) bagi mebolehkan pemegang sijil

tersebut menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam.


2.   Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran

JAKIM juga diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan

luar negara untuk mengikuti pengajian di universiti berkenaan.

Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff

Kassim Riau, Indonesia dan Universiti Al-Azhar,Mesir.


3.   Darul Quran telah mengadakan kerjasama dengan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk merealisasikan
program Persijilan Tahfiz al-Quran. Program ini ditawarkan

kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan

cemerlang untuk ditempatkan di Darul Quran . Pelajar-pelajar

ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul

Quran. Selepas tamat pengajian. Selepas tamat pengajian

mereka akan terus ditempatkan di Pusat Asasi UIAM dalam

bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan,

senibina, ekonomi, dan sains pengurusan. Cadangan program

berkembar ini tercetus apabila Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek

Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah

membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Perancangan

Masa depan Program Akademik Darul Quran” di dalam

Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000.

Beliau telah turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan

peranan bukan sahaja berketrampilan melahirkan Hafiz dan

Hafizah yang mahir dalam bidang agama malah layak menjadi

ahli sains dan profesional yang berwibawa.Hasilnya, Darul

Quran telah mengambil 7 orang pelajar yang telah mendaftarkan

diri sebagai perintis program persijilan.


4.   Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan

Tinggi Tarannum al-Quran yang dirangka khusus untuk

melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan tradisi

kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan
agama bangsa dan negara di mata dunia. Selain daripada itu,

program ini akan menjana qari dan qariah yang berkemampuan

tinggi dan sekaligus mampu memikul cabaran yang

diamanahkan oleh negara. Cadangan pelaksanaan program ini

adalah idea Menteri Dr. Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato’ Dr.

Abdullah Bin Md. Zin yang mahukan umat Islam di Malaysia

benar-benar mendalami seni bacaan al-Quran. Beliau berharap

agar Malaysia tidak akan kepupusan generasi yang mahir dalam

bidang al-Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya. Program

ini dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama

kepada mereka yang mempunyai pengalaman mewakili daerah

dan negeri dalam ujian tilawah al-Quran. Program yang bakal

diadakan di institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini akan

meliputi kaedah pengajian secara kuliah tutorial, latihan

praktikal dan perbincangan.


5.   Darul Quran terus mengorak langkah untuk

memperkasakan bidang tahfiz al-Quran dengan melaksanakan

program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah

dengan Kepujian. Program yang diadakan dengan kerjasama

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah hasil

daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran

yang diadakan pada 15 Julai 2006.Bagi peringkat permulaan,

program ini ditawarkan kepada 50 orang pelajar Darul Quran
dan pelajar Maahad Tahfiz Quran Negeri (MTQN).Jangka masa

pengajian bagi program ini adalah 3 tahun dan telah dimulakan

pada November tahun lalu.




3.1.14      PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR

MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN


( PERKEMAT DQ )


3.1.14.1    PENGENALAN


    PERKEMAT Darul Quran adalah singkatan bagi Persatuan

Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran.Ia adalah NGO

dan satu-satunya persatuan induk yang ada dan semua pelajar

Darul Quran adalah ahli PERKEMAT. Antara tujuan utama

ditubuhkan persatuaan ini adalah untuk menjaga kebajikan

seluruh ahli sama ada kebajikan dari segi pembelajaran

mahupun kebajikan rohaniah. Kebajikan yang dibawa oleh

persatuan ini dilihat lebih kepada kebajikan rohaniah iaitu

penerapan kefahaman terhadap ahli tentang ukhuwah, bi’ah

solehah dan peranan seorang huffaz dalam menyebarkan
dakwah.Ini dapat dilihat melalui program-program yang

dilaksanakan oleh persatuan ini, antaranya ialah ceramah-

ceramah perbandingan agama, seminar kepimpinan, kembara

dakwah dan sebagainya.Program-program tersebut

kebanyakannya berskala besar. Dengan adanya program

sedemikian, ahli-ahli akan lebih faham dan matang dalam

menghadapi kehidupan di Darul Quran sekaligus mengadaptasi

apabila berada dalam masyarakat yang memerlukan bimbingan.


3.1.14.2    VISI, MISI DAN OBJEKTIF


    VISI


Membentuk generasi huffaz yang mampu merealisasikan intipati

al-Quran dan sunnah dalam kehidupan.




       MISI


Menjana kebajikan huffaz melalui dakwah dan pentarbiyahan

yang sistematik yang sesuai dengan keperluan semasa

berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.




3.1.14.3    OBJEKTIF PERKEMAT MELALUI LAJNAH
Objektif Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul

  Quran (PERKEMAT DQ) telah dibahagikan mengikut lajnah-

  lajnah dan secara keseluruhan objektif menggambarkan hala tuju

  dan matlamat persatuan ini.




1. LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH (LADAR)


  Menjana satu proses pentarbiyahan yang tersusun bagi

  melahirkan generasi al-Quran yang unik dalam merealisasikan

  usaha memperkasakan bi’ah solehah di Darul Quran.


2. LAJNAH PENDIDIKAN (DIDIK)


  Menjana peningkatan kualiti hafazan dan prestasi akademik para

  huffaz di samping berusaha melahirkan golongan huffaz yang

  berketerampilan professional lagi berdaya intelektual.


3. LAJNAH TADBIR DAN PERHUBUNGAN LUAR

  (TADBIR)
Berusaha membentuk generasi al-Quran yang mampu mentadbir

  dan mengurus dengan amanah, peka serta mampu mendepani

  masyarakat global.


4. LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI

  (LATERINFO)


  Melahirkan generasi huffaz yang intelektual dalam menguasai

  teknologi maklumat dan informasi global seiring

  memperkasakan bi’ah di Darul Quran melalui tarbiyah Islamiah

  yang bersistematik


5. LAJNAH EKONOMI (LEKON)


  Berusaha menyediakan barangan berkualiti lagi halal untuk

  keperluan dan memenuhi citarasa pelajar.


6. LAJNAH RIADHAH DAN REAKRASI (LARIDASI)


  Melahirkan generasi huffaz yang berkualiti dan sihat dari segi

  jasmani dan rohani sebagai pencetus revolusi masyarakat

  berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.


7. LAJNAH HAL EHWAL SISWA-SISWI (HEWA & HEWI)


  Berusaha memelihara kebajikan dan ukhuwah warga Darul

  Quran demi melahirkan generasi huffaz yang pragmatik dan

  dinamik.
3.2 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN




                    3.2.1          PENGENALAN




                            Pembelajaran sangat penting bagi kehidupan

                    manusia.Oleh sebab itu tuhan memberikan kepada manusia akal

                    fikiran supaya manusia boleh belajar dan memanfaatkan minda

                    yang dikurniakan tuhan kepadanya.Thorndike (1931)

                    mengatakan manusia berkuasa menukarkan dirinya iaitu dengan

                    belajar malah belajar adalah perkara imprensif mengenai

                    seseorang.2




                            Pengetahuan serta pemahaman berkaitan konsep

                    pembelajaran dan perspektif kognitif penting bagi menyediakan

                    peluang-peluang pembelajaran kepada pelajar.Ia adalah sumber

                    dan kemahiran yang mencerminkan cara individu memperolehi

                    pengetahuan, memproses, mentafsir dan menggunakannya

                    dalam kehidupan seharian. Ia juga memeberi peluang kepada

                    kita memehami pelbagai sumber ilmu pengetahuan. Dan
2
 Shahabudin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. Psikologi Pendidikan (2003) PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd. Hal 151
seterusnya ia membenarkan kita membuat penilaian ,generalisasi

                          dan pemilihan kaedah serta strategi pembelajaran yang bakal

                          digunakan dalam kehidupan seharian.




                          3.3 PENGERTIAN PEGAJARAN DAN PEMBELAJARAN




                          3.3.1       PENGERTIAN PENGAJARAN




                                  Pengajaran dan pembelajaran adalah tumpuan individu

                          dan masyarakat di abad ini.Pengajaran melibatkan guru dan

                          pembelajaran pula melibatkan pelajar.Pembelajaran adalah satu

                          bentuk desakan bagi kemandirian sepsis manusia.Dalam belajar

                          dan menuntut ilmu, pelajar perlukan tunjuk ajar seorang guru.

                          Secara umumnya, pengajaran adalah proses berorentasikan

                          matlamat yang dirangcang terlebih dahulu. Kamarudin (1993)

                          mengatakan pengajaran adalah suatu proses pengendalian urusan

                          bagi membolehkan pelajar mengetahui atau menyempurnakan

                          sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum ini.3




3
    Op, cit .hal no152.
Peranan guru dalam urusan ini adalah untuk berkongsi

maklumat mengenai perkara tersebutdan menunjukkan

bagaimana maklumat boleh digunakan bagi menerokai idea dan

menghadapi masalah.Oleh itu pengajaran adalah aktiviti-aktiviti

yang bermatlamat dan mempunyai tujuan dimana guru

berkongsi maklumat degan pelajar bagi membolehkan mereka

menyempurnakan sesuatu tugasan yang tidak boleh

disempurnakan sendiri sebelum ini.Bolehlah dirumuskan

bahawa pengajaran adalah aktiviti bermatlamat yang dilakukan

oleh guru secara sengaja dan disedari bagi membantu

pembelajaran.




3.3.2 PENGERTIAN PEMBELAJARAN




       Pembelajaran pada amnya berlaku apabila individu atau

masyatakat menghadapi masaalah.Misalnya seorang remaja

hendak memulakan kehidupan sebagai nelayan, dia perlu belajar

kemahiran menggunakan jala atau pukat, dia memerlukan

maklumat untuk mengetahui di mana tempat yang banyak ikan,

belajar mendayung sampan dan lain-lain. Guru atau orang yang

pakar dalam bidang tersebutakan mengajar remaja tersebut

langkah-langkah menjadi seorang nelayan.
Proses pembelajaran sentiasa berlaku di sekeliling kita.

                      Ibu saya sedang berada di depan televisyen dan memerhati

                      bagaimana Chef Wan memasak masakan barat. Ini bermakna

                      ibu saya sedang belajar memasak masakan barat. Adik saya

                      sedang belajar daripada rakannya cara menyelesaikan masalah

                      matematik. Dalam situasi tersebut, pembelajaran biasanya

                      didefinisikan sebagai berubahan tingkah laku individu

                      disebabkan oleh pngalaman (Slavin 1997). Apabila kita melihat

                      orang lain menyelesaikan masalah, kita akan dapat pengalaman

                      itu menambahkan kemahiran menyelesaikan masalah.4




                             Woolfolk (1998) pula berpendapat pembelajaran berlaku

                      apabila sesuatu pengalaman secara relatifnya menghasilkan

                      perubahan kekal dalam pengetahuan dan tingkah laku.Woolfolk

                      (1998) juga menegaskan pentingnya pengalaman dalam

                      pembelajaran. Pembelajaran individu bermula daripada

                      peringkat bayi di mana mula-mula mereka akan mengetahui

                      beberapa kemahiran mudah seperti memegang botol susu dan

                      mengenal ibu bapanya. Apabila kanak-kanak membesar, mereka

                      akan berupaya mempelajari lebih banyak kemahiran dan berkara




4
    Op.cit. hal 153
Sebagaimana pendapat Crow dan Crow (1980),

                      pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap.

                      Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia

                      berlaku dalam percubaan individu mengatasi rintangan atau

                      menyesuaikan diri kepada situasi yang baru.




                               Pembelajaran juga berlaku sepanjang hayat seseorang,

                      tidak kira di sekolah atau di rumah atau di persekitaran.

                      Pembelajaran juga ditakrifkan sebagai menghalusi fikiran dan

                      memperbaiki kebolehan berfikir seseorang, mendalami

                      kefahaman seseorang mengenai isu atau meningkatkan

                      kefahaman mendalam mengenai fenomena seperti mendapatkan

                      teknik yang lebih baik atau fakta baru.




                               Oleh itu bolehlah durumuskan pembelajaran adalah

                      perubahan tingkahlaku yang melibatkan keterampilan kognitif

                      iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek

                      (Rahil Mahyuddin dan rakan-rakan 2000)5. Ilmu tidak sama

                      dengan maklumat tetapi ia dibina daripada maklumat melaui

                      pemikiran. Apa yang dialami oleh pelajar melalui kehidupan

5
    Rahil Mahyuddin&Habibah Elias, Psikologi Pendidikan untuk perguruan, Karisma Publishing Sdn. Bhd.
seharian, pembacaan dan pendengaran menjadi sebahagian

                   daripada ilmunya. Ini hanya akan berlaku apabila indvidu

                   berjaya mengintegrasikan pengalaman itu kepada struktur

                   ilmunya, supaya ada makna, boleh diingati dan boleh digunakan

                   apabila perlu.




                   3.4 KAEDAH PEMBELAJARAN TAFSIR AL-QURAN DI

                   DARUL QURAN


                   Madah tafsir al-Quran merupakan salah satu madah yang

                   terdapat di dalam bidang pengajian al-Quran bagi setiap

                   syukbah. Antara madah yang terdapat dalam pengajian ilmu-

                   ilmu al-Quran selain tafsir al-Quran ialah Hifz al-Quran , Qiraat,

                   Fawasil, Dhobt al-Quran, Tarikh Mashaf, Tarikh Qurra’ dan

                   Rasm al-Quran.6Madah-madah ini adalah wajib diambil oleh

                   semua pelajar syukbah Qiraat.




                   Madah tafsir al-Quran dipelajari oleh pelajar syukbah Qiraat

                   pada semester empat dan lima. Disini, pengkaji akan

                   menceritakan sedikit tentang kaedah pembelajaran dan




6
 Jadual waktu pembelajaran sesi pengajian Program Diploma semester enam.(Bahagian Akademik, Darul Quran
JAKIM).
pengajaran madah ini serta tahap kefahaman pelajar yang telah

mempelajarinya iaitu pelajar syukbah Qiraat semester enam.




3.4.1       PEMBAHAGIAN KELAS


Siswa-siswa semester enam bagi syukbah Qiraat sesi 2009/2012

yang berjumlah 68 orang telah dibahagikan kepada 3 buah kelas

iaitu kelas Hamzah seramai 24 orang, kelas Kisae seramai 23

orang, dan kelas Khallad seramai 21 orang.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga kelas ini digabungkan dalam

satu kelas untuk sesi pembelajaran madah tafsir.


3.4.2       TENAGA PENGAJAR


        Pada semester 5 yang lepas, para siswa dan siswi

semester 6 sesi 2009/2012 oleh Syaikh Tolbah yang merupakan

salah seorang pensyarah Darul Quran .


3.4.3       TEMPOH PEMBELAJARAN


        Bagi madah tafsir al-Quran, jumlah jam kredit bagi

madah ini adalah 2jam kredit. Dalam tempoh seminggu terdapat

2jam waktu pembelajaran untuk madah ini.
3.4.4 SUKATAN PEMBELAJARAN


        Buku yang digunakan bagi pembelajaran di dalam kelas

ialah “Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syari’ah Wa Al-

Manhaj”karya Dr Wahbah az-Zuhaili. Sukatan pembelajaran

adalah satu surah iaitu surah al-Mu’minun yang mengandungi

118 ayat.


3.4.5 KAEDAH PEMBELAJARAN TAFSIR AL-QURAN

DI DARUL QURAN


        Pihak pentadbiran bahagian akademik Darul Quran telah

menetapkan bahawa kesemua madah di dalam pengajian al-

Quran menggunakan buku di dalam bahasa arab, tetapi bahasa

pengantar yang digunakan adalah dalam dua bahasa iaitu bahasa

Arab dan bahasa Melayu. Buku yang digunakan sebagai silibus

bagi madah tafsir al-Quran bagi semester 5 ialah satu surah

daripada keseluruhan kitab “Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa

Al-Syari’ah Wa Al-Manhaj”karya Dr Wahbah az-Zuhaili. Di

dalam kitab tersebut yang ditulis oleh pengarang

memudahkahpelajar untuk memahami setiap tasfsiran setiap

ayat.




        Pada kebiasaannya di Darul Quran, para pensyarah

menggalakkan pelajar untuk menghafal apa yang dipelajari bagi
memudahkan pelajar apabila hendak menghadapi peperiksaan.

Bagi madah tafsir ini, proses pembelajaran yang berlaku banyak

melibatkan interaksi antara pensyarah dengan pelajar. Pensyarah

sentiasa memastikan para pelajar memahami apa yang dipelajari

dengan membuka ruang pertanyaan pada setiap akhir

pembelajaran dan juga dengan membuat ujian kefahaman

setelah selesai setiap bab yang dipelajari. Dengan cara ini, para

pelajar akan mudah untuk mendapatkan kefahaman dan

seterusnya mengingati apa yang dipelajari.


    Bagi pengiraan markah 40 dalam kelas, ia adalah mengikut

kehendak pensyarah tersebut sama ada markah diberi dengan

membuat ujian, kuiz, pembentangan, secara kumpulan atau

individu. Kehadiran pelajar ke kelas juga diambil kira dalam

pegiraan markah tersebut.




    Kesimpualannya, pelbagai kaedah pembelajaran dan

pengajaran telah digunakan dalam madah ini. Kesemuanya

mengikut kreativiti pensyarah dan komitmen pelajar dalam

proses pembelajaran dan pengajaran ini.
Sebagai kesinambungan daripada penerangan tentang

kaedah pembelajaran dan pengajaran tadi, pengkaji telah

menyediakan beberapa boring soalan kaji selidik tentang kedah

pembelajaran dan pengajaran di Darul Quran untuk menilai

tahap kefahaman pelajar dan penerimaan mereka terhadap

kaedah yang digunakan di dalam kelas. Data yang dikumpulkan

adalah untuk melihat dan mengetahui tahap kefahaman pelajar

terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam madah

tafsir al-Quran.

More Related Content

What's hot

Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
IPGM_KDRI
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul
Aishah Sweet
 
Sejarah maahad ahmadi stam (1)
Sejarah maahad ahmadi   stam (1)Sejarah maahad ahmadi   stam (1)
Sejarah maahad ahmadi stam (1)
Maahad Ahmadi
 
Biodata allahyarham muhammad thani bin shaaban
Biodata allahyarham muhammad thani bin shaabanBiodata allahyarham muhammad thani bin shaaban
Biodata allahyarham muhammad thani bin shaaban
r2edar
 
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Brenda Rachel Marie
 
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Azzam Yusof
 
900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular
kombura
 
Buku pengurusan 2009
Buku pengurusan 2009Buku pengurusan 2009
Buku pengurusan 2009
saadiahbt3
 
Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Hisham Haron
 
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
Dayang Rohayati
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Atikah Azmidi
 

What's hot (18)

Buku log-krs
Buku log-krsBuku log-krs
Buku log-krs
 
Ds pend islam thn 2
Ds pend islam thn 2Ds pend islam thn 2
Ds pend islam thn 2
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul
 
Sejarah Penubuhan KRS
Sejarah Penubuhan KRSSejarah Penubuhan KRS
Sejarah Penubuhan KRS
 
Sejarah maahad ahmadi stam (1)
Sejarah maahad ahmadi   stam (1)Sejarah maahad ahmadi   stam (1)
Sejarah maahad ahmadi stam (1)
 
Biodata allahyarham muhammad thani bin shaaban
Biodata allahyarham muhammad thani bin shaabanBiodata allahyarham muhammad thani bin shaaban
Biodata allahyarham muhammad thani bin shaaban
 
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
 
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emilia
 
MPU3112 Bina Insan Guru
MPU3112 Bina Insan GuruMPU3112 Bina Insan Guru
MPU3112 Bina Insan Guru
 
900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular
 
Rpt (sej) thn 5 2015 (ok)
Rpt (sej) thn 5 2015 (ok)Rpt (sej) thn 5 2015 (ok)
Rpt (sej) thn 5 2015 (ok)
 
Buku pengurusan 2009
Buku pengurusan 2009Buku pengurusan 2009
Buku pengurusan 2009
 
Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016
 
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
 
(369053466) bahasa arab (1)
(369053466) bahasa arab (1)(369053466) bahasa arab (1)
(369053466) bahasa arab (1)
 

Similar to Bab tiga

Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam Melestarikan Pengajian Ilmu al-Qura...
Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam Melestarikan Pengajian Ilmu al-Qura...Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam Melestarikan Pengajian Ilmu al-Qura...
Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam Melestarikan Pengajian Ilmu al-Qura...
Sakinah Saptu
 
Pengajian Qiraat di Darul Quran Singapura (DQS): Satu Tinjaun Awal
Pengajian Qiraat di Darul Quran Singapura (DQS): Satu Tinjaun AwalPengajian Qiraat di Darul Quran Singapura (DQS): Satu Tinjaun Awal
Pengajian Qiraat di Darul Quran Singapura (DQS): Satu Tinjaun Awal
Sakinah Saptu
 
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
Hassan Mat
 
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
Ym Ghufran
 
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Wmr Ridza
 
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
pacoda
 
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
arlissuhazam
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
Safiah Sulaiman
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
Abu eL IQram
 

Similar to Bab tiga (20)

Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam Melestarikan Pengajian Ilmu al-Qura...
Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam Melestarikan Pengajian Ilmu al-Qura...Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam Melestarikan Pengajian Ilmu al-Qura...
Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam Melestarikan Pengajian Ilmu al-Qura...
 
Pengajian Qiraat di Darul Quran Singapura (DQS): Satu Tinjaun Awal
Pengajian Qiraat di Darul Quran Singapura (DQS): Satu Tinjaun AwalPengajian Qiraat di Darul Quran Singapura (DQS): Satu Tinjaun Awal
Pengajian Qiraat di Darul Quran Singapura (DQS): Satu Tinjaun Awal
 
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
 
Dsk pendidikan islam thn 4
Dsk pendidikan islam thn 4Dsk pendidikan islam thn 4
Dsk pendidikan islam thn 4
 
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
 
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
 
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
 
Dskp pai tahun 5
Dskp pai tahun 5Dskp pai tahun 5
Dskp pai tahun 5
 
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
 
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
 
Dskp pend islam tahun 6
Dskp pend islam tahun 6Dskp pend islam tahun 6
Dskp pend islam tahun 6
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
 
Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019
Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019
Kertas kerja pengurusan jenazah al musthofa 2019
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR Tahun 6 (1).pdf
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR Tahun 6 (1).pdfDSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR Tahun 6 (1).pdf
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR Tahun 6 (1).pdf
 
Kertas cadangan majlis khatam al quran 2018
Kertas cadangan majlis khatam al quran 2018Kertas cadangan majlis khatam al quran 2018
Kertas cadangan majlis khatam al quran 2018
 
19-DSKP-KSSM-HIFZ-AL-QURAN-T1.pdf
19-DSKP-KSSM-HIFZ-AL-QURAN-T1.pdf19-DSKP-KSSM-HIFZ-AL-QURAN-T1.pdf
19-DSKP-KSSM-HIFZ-AL-QURAN-T1.pdf
 
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
Dskp pend. islam tahun 2
Dskp pend. islam tahun 2Dskp pend. islam tahun 2
Dskp pend. islam tahun 2
 
Bab[06] 1
Bab[06] 1Bab[06] 1
Bab[06] 1
 

More from abdullahtamlikha (9)

Sejarah kelahiran ilmu kalam
Sejarah kelahiran ilmu kalamSejarah kelahiran ilmu kalam
Sejarah kelahiran ilmu kalam
 
Bab satu
Bab satuBab satu
Bab satu
 
Bab empat
Bab empatBab empat
Bab empat
 
Bab dua
Bab duaBab dua
Bab dua
 
Borang kaji selidik
Borang kaji selidikBorang kaji selidik
Borang kaji selidik
 
Bab dua
Bab duaBab dua
Bab dua
 
Bab satu
Bab satuBab satu
Bab satu
 
Promosi nombor upax
Promosi nombor upaxPromosi nombor upax
Promosi nombor upax
 
Promosi nombor upax
Promosi nombor upaxPromosi nombor upax
Promosi nombor upax
 

Bab tiga

  • 1. BAB 3 3.1 PENGENALAN DARUL QURAN1 Oleh kerana kajian ini dijalankan di Darul Quran, pengkajiakan menghuraikan secara terperinci tentang latar belakang Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di dalam bab ini. 3.1.1 VISI,MISI OBJEKTIF DAN FALSAFAH VISI Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’, dan Du’at beribawa ke arah pembangunan Negara dan Ummah. MISI Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al- Quran dan Qiraat MOTTO “Al-Quran dan Sunnah Pegangan Kami” 1 Darul Quran JAKIM, http://www.darulquran.gov.my/, 12 Januari 2012
  • 2. OBJEKTIF 1. Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan profesianal yang hafiz, mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara. 2. Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman keislaman islam. 3. Melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Duat yang mahir dalam pembacaan dan pengajian ilmu Quran Al-karim bagi memelihara kesuciaan dan kesahihan Al-Quran. 4. Melahirkan Qurra’ (Qari Dan Qariah) yang mahir lagi berwibawa dalam seni bacaan Al-Quran dan ilmu Qiraat. 5. Melahirkan Duat (pendakwah) pendidikan dan imam yang terlatih lagi profesional melalui pengajian ilmu Al-Quran. FALSAFAH Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah memmentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa,Pencipta dan Tuhan yang bagi sekalian alam.
  • 3. 3.1.2 FUNGSI Menjalankan program pengajian Tahfiz Al-Quran di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah. Membantu pihak berkuasa agama negeri dalam melaksanakan program-program kursus dan latihan yang berkaitan dengan pengajian Al-Quran. Merancang dan melaksanakan program pengajian Tahfiz Al- Quran dan Qiraat secara bersistem serta berkualiti. Merancang dan menjalankan kursus dan latihan kepada kumpulan tenaga manusia yang memerlukan kemahiran dalam bidang Al-Quran. 3.1.3 SEJARAH PENUBUHAN Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian Al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.
  • 4. Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Dengan penubuhan tersebut, bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang. Mulai 1966 hingga 1978, pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Pada tahun 1972 ia diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal- Qiraat”. Awal tahun 1979, Maahad Tahfiz diletakkan di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan dan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983. Pada tahun 1992, Maahad Tahfiz kemudiannya berpindah ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan
  • 5. pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada tahun 1994, pelajar perempuan dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14, Sg. Semungkis, Hulu Langat Selangor. Pada tahun 1997, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran JAKIM. Pada 1 November 1998, Darul Quran berpindah ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Demi merealisasikan hasrat untuk melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at yang berkualiti, Darul Quran JAKIM akan dinaiktaraf kepada Kolej Universiti Darul Quran (KUDQ) pada tahun 2012. 3.1.4 PENGETUA & PENGARAH 1. Dato’ Haji Mohd Nor bin Ibrahim (1966 – 1968) 2. Dr. Syed Ali Mahfuz Ad-Damanhuri (1969) 3. Sheikh Hassan bin Ismail (1970 – 1978) 4. Dato’ Abu Hassan bin Din (1979) 5. Haji Salleh bin Jaafar (1979)
  • 6. 6. Haji Salehuddin bin Omar (1980 – 1993) 7. Haji Ariffin bin Harun (1986) 8. Haji Wan Mohamad bin Haji Sheikh Abdul Aziz (1994 – 1999) 9. Dato’ Haji Kamaruddin bin Zakaria (2000 – 2002) 10. Haji Razali bin Shahabudin (2002 – 2005) 11. Haji Murni bin Awang Mat (2005 – 2008) 12. Haji Che Ibrahim bin Che Man (2008 – 2010) 13. Haji Paimuzi bin Yahya (Disember 2010 – Sekarang) 3.1.5 PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN: Persijilan Tahfiz Al-Quran (MoA bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – UIA) Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Sunnah (MoA bersama Universiti Sains Islam Malaysia – USIM) 3.1.6 Kursus Pengajian Di Darul Quran 3.1.6.1 Diploma Tahfiz Al- Quran Darul Quran beriltizam untuk melahirkan para huffaz dan du’at yang berkemahiran dalam bidang Al-Quran,berwibawadan
  • 7. berketerampilan melalui program diploma Tahfiz Al-Quran dalam kerangka membina ummah yang berkualiti. 3.1.6.1.2 SISTEM PENGAJIAN Pengajian Program Diploma Tahfiz Al-Quran mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu : 1. Kursus Teras Darul Quran -Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajiaan Darul Quran. 2. Kursus Umum Pengajian Islam -Kursus ini wajib ke atas semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma. 3. Kursus Syukbah
  • 8. -Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran.Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan. Buat masa ini lima syukbah ditawarkan iaitu: a) Syukbah Qiraat b) Syukbah Dakwah c) Syukbah Syariah d) Syukbah Hadis e) Sukbah Muamalat Semua program, peraturan dan pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuaan Islam Malaysia (JAKIM). 3.1.6.1.2 YURAN PENGAJIAN DAN BIASISWA Yuran pengajian tidak dikenakan.Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuaan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.
  • 9. 3.1.6.1.3 PROSPEK Pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran,Darul Quran layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Pengawal Hal Ehwal Islam,pendidik atau pendakwah atau imam atau lain- lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme,wibawa serta personaliti diri yang tinggi. 3.1.6.1.4 PENGIKTIRAFAN Diploma Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara,khususnya di Timur Tengah.Graduan daripada Darul Quran berpeluang mengikuti program Ijazah Pertama di pusat- pusat pengajiaan tinggi antaranya : Maahad Qiraat, Al-Azhar Al-Syariff Universiti Malaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Kolej Universiti Islam Malaysia Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim,Pekan Baru,Riau,Sumatera Indonesia Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • 10. 3.1.6.1.5 KELAYAKAN MASUK Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut : a) Warganegara Malaysia b) Belum berkahwin c) Berumur tidak boleh melebihi 21 tahun. d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam: i) Bahasa Melayu ii) Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau Pendidikan Syariah iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi iv) Lulus Bahasa Inggeris Atau v) Lulus temuduga
  • 11. 3.1.7 PERSIJILAN TAHFIZ AL QURAN 3.1.7.1 OBJEKTIF 1) Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan professional yang hafiz, mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara. 2) Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan Islam yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan Islam. 3.1.7.2 PEMILIHAN PELAJAR Keutamaan adalah kepada pelajar aliran sains institusi pengajian / Sekolah Menengah Agama yang mempunyai pencapaian cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini dilakukan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada Darul Quran dan UIAM melalui proses temuduga berdasarkan wajaran seperti berikut : 1) Cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM tahun berkenaan 2) Berkemampuan tinggi untuk menghafal al-Quran 3) Personaliti yang tinggi 4) Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • 12. Pelajar yang berkelayakan berminat serta berjaya dalam temuduga sahaja akan ditawarkan tempat bagi mengikuti program ini. 3.1.7.3 TEMPOH PENGAJIAN Tempoh pengajian program ini ialah selama 18 bulan. Pelajar- pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran Tahfiz dan lain- lain matapelajaran yang berkaitan. 3.1.7.4 JANGKAMASA PENGAJIAN Pengajian akan bermula pada bulan Januari (selepas peperiksaan SPM) sehingga Jun tahun berikutnya.
  • 13. 3.1.8 PROGRAM PERSIJILAN TAHFIZ AL- QURAN BAGI ORANG KURANG UPAYA MASALAH PENGLIHATAN (OKUMP). 3.1.8.1 OBJEKTIF 1) Memberikan pendidikan tahfiz dan ilmu yang berkaitan dengan OKUMP. 2) Melahirkan Huffaz, Qurra dan Du’at di kalangan OKUMP. 3) Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang tahfiz di kalangan OKUMP. 4) Melahirkan ummah yang berkualiti di kalangan OKUMP. 3.1..2 TEMPOH PENGAJIAN Tempoh pengajian adalah selama 6 bulan.Jika calon mempunyai kelayakan boleh meneruskan pengajian ke peringkat Diploma. 3.1.8.3 SUBJEK YANG DITAWARKAN Hifzi al-Quran Syafawi Tajwid Taranum Fiqh Tauhid Asas Bahasa Arab
  • 14. 3.1.8.4 KEMUDAHAN PENGAJIAN Bilik kuliah dan tutorial Bahan rujukan Braille seperti al-Quran Braille dan alat bantuan mengajar. Kemudahan ko-kurikulum Biasiswa disediakan Kos pengajian ditanggung oleh JAKIM 3.1.8.5 SYARAT KELAYAKAN MASUK Terbuka kepada semua warga orang kurang upaya masalah penglihatan yang boleh membaca al-Quran Braille. Berumur 18 tahun hingg 30 tahun dan belum berkahwin. Bersedia mengikuti kursus ini selama 6 bulan berturut-turut. Lulus ujian kelayakan. 3.1.9 PROGRAM SIJI TINGGI TARANNUM AL- QURAN (STTQ)
  • 15. 3.1.9.1 OBJEKTIF 1) Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan qari dan qariah yang berkemampuan mengembalikan tradisi kegemilangan keilmuan Islam dalam bidang al-Quran. 2) Memberi pendedahan kepada peserta mengenai lagu atau bacaan al-Quran yang muktabar dengan teknik-teknik suara dan pengawalannya serta sejarah taranum atau lagu itu sendiri. 3.1.9.2 TEMPOH PENGAJIAN Pengajian akan berlangsung selama 2 bulan atau 8 minggu iaitu 7 minggu pengajian dan seminggu ujian. 3.1.9.3 JUMLAH PESERTA Seramai 30 orang peserta dari kalangan lelaki atau perempuan. 3.1.9.4 KANDUNGAN KURSUS Bil Kursus Pertemuan Jam 1 Taranum 74 x 2 jam 148 2 Tajwid 17 x 2 jam 34
  • 16. 3 Qiraat 8x2 16 4 Bahasa Arab 6x2 12 Jumlah Keseluruhan 210 3.1.9.5 SYARAT KEMASUKAN Terbuka kepada semua masyarakat awam Islam. Keutamaan diberikan kepada qari dan qariah yang pernah mewakili daerah dalam ujian Tilawah al-Quran peringkat negeri dengan syarat : 1) Berumur antara 18 tahun hingga 45 tahun. 2) Bersedia untuk mengikuti kursus ini selama 2 bulan berturut- turut. 3) Lulus ujian kelayakan meliputi keupayaan suara, tajwid , bacaan , asas jawi dan asas lagu. 3.1.10 SIJIL ASAS QIRAAT (STM) 3.1.10.1 OBJEKTIF
  • 17. 1) Memperkenalkan Ilmu Qiraat sebagai satu cabang daripada ilmu al-Quran. 2) Memberi pendedahan tentang kaedah pembelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi. 3) Memberi pendedahan tentang kaedah menghafaz ayat-ayat suci al-Quran. 4) Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Arab. 5) Melahirkan generasi yang memiliki personaliti yang tinggi, progresif, berketrampilan dan berdaya saing untuk berhadapan dengan cabaran dunia global. 3.1.10.2 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 19 tahun. 2) Telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 3) Mahir membaca dan menghafaz Al-Quran. 3.1.11 SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) 3.1.11.1 OBJEKTIF 1) Memberi pengiktirafan kepada golongan penghafaz al-Quran 2) Mmberi galakan kepada masyarakat Islam di Malaysia menghafaz al-Quran.
  • 18. 3) Memberi peluang kepada golongan yang tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mendapatkan sijil khas tahfiz. 3.1.11.2 SYARAT PERMOHONAN 1) Warganegara Malaysia. 2) Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran. 3) Mengemukakan rekod hafazan / sijil hafazan / surat pengesahan daripada guru / pengetua di tempat pengajian. 3.1.12 KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI DARUL QURAN 3.1.12.1 KEMUDAHAN ASAS Dewan kuliah,makmal komputer,makmal Al-Quran,makmal bahasa,perpustakaan,surau,asrama lelaki dan perempuan,dewan makan,auditorium dan lain-lain. 3.1.12.2 KEMUDAHAN RIADAH
  • 19. Padang permain untuk sepak takraw,bola tampar,badminton,bola tampar,bola jaring,bola keranjang dan trek jogging. 3.1.13 PENCAPAIAN DARUL QURAN Sepanjang penubuhannya, Darul Quran telah menunjukkan beberapa pencapaian yang memberangsangkan. Antaranya ialah : 1. Pada 16 April 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz Al- Quran Wal-Qiraat telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan Diploma Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) bagi mebolehkan pemegang sijil tersebut menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam. 2. Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM juga diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mengikuti pengajian di universiti berkenaan. Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kassim Riau, Indonesia dan Universiti Al-Azhar,Mesir. 3. Darul Quran telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk merealisasikan
  • 20. program Persijilan Tahfiz al-Quran. Program ini ditawarkan kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di Darul Quran . Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul Quran. Selepas tamat pengajian. Selepas tamat pengajian mereka akan terus ditempatkan di Pusat Asasi UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, senibina, ekonomi, dan sains pengurusan. Cadangan program berkembar ini tercetus apabila Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran” di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000. Beliau telah turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja berketrampilan melahirkan Hafiz dan Hafizah yang mahir dalam bidang agama malah layak menjadi ahli sains dan profesional yang berwibawa.Hasilnya, Darul Quran telah mengambil 7 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri sebagai perintis program persijilan. 4. Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan
  • 21. agama bangsa dan negara di mata dunia. Selain daripada itu, program ini akan menjana qari dan qariah yang berkemampuan tinggi dan sekaligus mampu memikul cabaran yang diamanahkan oleh negara. Cadangan pelaksanaan program ini adalah idea Menteri Dr. Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato’ Dr. Abdullah Bin Md. Zin yang mahukan umat Islam di Malaysia benar-benar mendalami seni bacaan al-Quran. Beliau berharap agar Malaysia tidak akan kepupusan generasi yang mahir dalam bidang al-Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya. Program ini dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai pengalaman mewakili daerah dan negeri dalam ujian tilawah al-Quran. Program yang bakal diadakan di institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini akan meliputi kaedah pengajian secara kuliah tutorial, latihan praktikal dan perbincangan. 5. Darul Quran terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang tahfiz al-Quran dengan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Program yang diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah hasil daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang diadakan pada 15 Julai 2006.Bagi peringkat permulaan, program ini ditawarkan kepada 50 orang pelajar Darul Quran
  • 22. dan pelajar Maahad Tahfiz Quran Negeri (MTQN).Jangka masa pengajian bagi program ini adalah 3 tahun dan telah dimulakan pada November tahun lalu. 3.1.14 PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN ( PERKEMAT DQ ) 3.1.14.1 PENGENALAN PERKEMAT Darul Quran adalah singkatan bagi Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran.Ia adalah NGO dan satu-satunya persatuan induk yang ada dan semua pelajar Darul Quran adalah ahli PERKEMAT. Antara tujuan utama ditubuhkan persatuaan ini adalah untuk menjaga kebajikan seluruh ahli sama ada kebajikan dari segi pembelajaran mahupun kebajikan rohaniah. Kebajikan yang dibawa oleh persatuan ini dilihat lebih kepada kebajikan rohaniah iaitu penerapan kefahaman terhadap ahli tentang ukhuwah, bi’ah solehah dan peranan seorang huffaz dalam menyebarkan
  • 23. dakwah.Ini dapat dilihat melalui program-program yang dilaksanakan oleh persatuan ini, antaranya ialah ceramah- ceramah perbandingan agama, seminar kepimpinan, kembara dakwah dan sebagainya.Program-program tersebut kebanyakannya berskala besar. Dengan adanya program sedemikian, ahli-ahli akan lebih faham dan matang dalam menghadapi kehidupan di Darul Quran sekaligus mengadaptasi apabila berada dalam masyarakat yang memerlukan bimbingan. 3.1.14.2 VISI, MISI DAN OBJEKTIF VISI Membentuk generasi huffaz yang mampu merealisasikan intipati al-Quran dan sunnah dalam kehidupan. MISI Menjana kebajikan huffaz melalui dakwah dan pentarbiyahan yang sistematik yang sesuai dengan keperluan semasa berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. 3.1.14.3 OBJEKTIF PERKEMAT MELALUI LAJNAH
  • 24. Objektif Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) telah dibahagikan mengikut lajnah- lajnah dan secara keseluruhan objektif menggambarkan hala tuju dan matlamat persatuan ini. 1. LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH (LADAR) Menjana satu proses pentarbiyahan yang tersusun bagi melahirkan generasi al-Quran yang unik dalam merealisasikan usaha memperkasakan bi’ah solehah di Darul Quran. 2. LAJNAH PENDIDIKAN (DIDIK) Menjana peningkatan kualiti hafazan dan prestasi akademik para huffaz di samping berusaha melahirkan golongan huffaz yang berketerampilan professional lagi berdaya intelektual. 3. LAJNAH TADBIR DAN PERHUBUNGAN LUAR (TADBIR)
  • 25. Berusaha membentuk generasi al-Quran yang mampu mentadbir dan mengurus dengan amanah, peka serta mampu mendepani masyarakat global. 4. LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI (LATERINFO) Melahirkan generasi huffaz yang intelektual dalam menguasai teknologi maklumat dan informasi global seiring memperkasakan bi’ah di Darul Quran melalui tarbiyah Islamiah yang bersistematik 5. LAJNAH EKONOMI (LEKON) Berusaha menyediakan barangan berkualiti lagi halal untuk keperluan dan memenuhi citarasa pelajar. 6. LAJNAH RIADHAH DAN REAKRASI (LARIDASI) Melahirkan generasi huffaz yang berkualiti dan sihat dari segi jasmani dan rohani sebagai pencetus revolusi masyarakat berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. 7. LAJNAH HAL EHWAL SISWA-SISWI (HEWA & HEWI) Berusaha memelihara kebajikan dan ukhuwah warga Darul Quran demi melahirkan generasi huffaz yang pragmatik dan dinamik.
  • 26. 3.2 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.2.1 PENGENALAN Pembelajaran sangat penting bagi kehidupan manusia.Oleh sebab itu tuhan memberikan kepada manusia akal fikiran supaya manusia boleh belajar dan memanfaatkan minda yang dikurniakan tuhan kepadanya.Thorndike (1931) mengatakan manusia berkuasa menukarkan dirinya iaitu dengan belajar malah belajar adalah perkara imprensif mengenai seseorang.2 Pengetahuan serta pemahaman berkaitan konsep pembelajaran dan perspektif kognitif penting bagi menyediakan peluang-peluang pembelajaran kepada pelajar.Ia adalah sumber dan kemahiran yang mencerminkan cara individu memperolehi pengetahuan, memproses, mentafsir dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Ia juga memeberi peluang kepada kita memehami pelbagai sumber ilmu pengetahuan. Dan 2 Shahabudin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. Psikologi Pendidikan (2003) PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Hal 151
  • 27. seterusnya ia membenarkan kita membuat penilaian ,generalisasi dan pemilihan kaedah serta strategi pembelajaran yang bakal digunakan dalam kehidupan seharian. 3.3 PENGERTIAN PEGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.3.1 PENGERTIAN PENGAJARAN Pengajaran dan pembelajaran adalah tumpuan individu dan masyarakat di abad ini.Pengajaran melibatkan guru dan pembelajaran pula melibatkan pelajar.Pembelajaran adalah satu bentuk desakan bagi kemandirian sepsis manusia.Dalam belajar dan menuntut ilmu, pelajar perlukan tunjuk ajar seorang guru. Secara umumnya, pengajaran adalah proses berorentasikan matlamat yang dirangcang terlebih dahulu. Kamarudin (1993) mengatakan pengajaran adalah suatu proses pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar mengetahui atau menyempurnakan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum ini.3 3 Op, cit .hal no152.
  • 28. Peranan guru dalam urusan ini adalah untuk berkongsi maklumat mengenai perkara tersebutdan menunjukkan bagaimana maklumat boleh digunakan bagi menerokai idea dan menghadapi masalah.Oleh itu pengajaran adalah aktiviti-aktiviti yang bermatlamat dan mempunyai tujuan dimana guru berkongsi maklumat degan pelajar bagi membolehkan mereka menyempurnakan sesuatu tugasan yang tidak boleh disempurnakan sendiri sebelum ini.Bolehlah dirumuskan bahawa pengajaran adalah aktiviti bermatlamat yang dilakukan oleh guru secara sengaja dan disedari bagi membantu pembelajaran. 3.3.2 PENGERTIAN PEMBELAJARAN Pembelajaran pada amnya berlaku apabila individu atau masyatakat menghadapi masaalah.Misalnya seorang remaja hendak memulakan kehidupan sebagai nelayan, dia perlu belajar kemahiran menggunakan jala atau pukat, dia memerlukan maklumat untuk mengetahui di mana tempat yang banyak ikan, belajar mendayung sampan dan lain-lain. Guru atau orang yang pakar dalam bidang tersebutakan mengajar remaja tersebut langkah-langkah menjadi seorang nelayan.
  • 29. Proses pembelajaran sentiasa berlaku di sekeliling kita. Ibu saya sedang berada di depan televisyen dan memerhati bagaimana Chef Wan memasak masakan barat. Ini bermakna ibu saya sedang belajar memasak masakan barat. Adik saya sedang belajar daripada rakannya cara menyelesaikan masalah matematik. Dalam situasi tersebut, pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai berubahan tingkah laku individu disebabkan oleh pngalaman (Slavin 1997). Apabila kita melihat orang lain menyelesaikan masalah, kita akan dapat pengalaman itu menambahkan kemahiran menyelesaikan masalah.4 Woolfolk (1998) pula berpendapat pembelajaran berlaku apabila sesuatu pengalaman secara relatifnya menghasilkan perubahan kekal dalam pengetahuan dan tingkah laku.Woolfolk (1998) juga menegaskan pentingnya pengalaman dalam pembelajaran. Pembelajaran individu bermula daripada peringkat bayi di mana mula-mula mereka akan mengetahui beberapa kemahiran mudah seperti memegang botol susu dan mengenal ibu bapanya. Apabila kanak-kanak membesar, mereka akan berupaya mempelajari lebih banyak kemahiran dan berkara 4 Op.cit. hal 153
  • 30. Sebagaimana pendapat Crow dan Crow (1980), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi yang baru. Pembelajaran juga berlaku sepanjang hayat seseorang, tidak kira di sekolah atau di rumah atau di persekitaran. Pembelajaran juga ditakrifkan sebagai menghalusi fikiran dan memperbaiki kebolehan berfikir seseorang, mendalami kefahaman seseorang mengenai isu atau meningkatkan kefahaman mendalam mengenai fenomena seperti mendapatkan teknik yang lebih baik atau fakta baru. Oleh itu bolehlah durumuskan pembelajaran adalah perubahan tingkahlaku yang melibatkan keterampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek (Rahil Mahyuddin dan rakan-rakan 2000)5. Ilmu tidak sama dengan maklumat tetapi ia dibina daripada maklumat melaui pemikiran. Apa yang dialami oleh pelajar melalui kehidupan 5 Rahil Mahyuddin&Habibah Elias, Psikologi Pendidikan untuk perguruan, Karisma Publishing Sdn. Bhd.
  • 31. seharian, pembacaan dan pendengaran menjadi sebahagian daripada ilmunya. Ini hanya akan berlaku apabila indvidu berjaya mengintegrasikan pengalaman itu kepada struktur ilmunya, supaya ada makna, boleh diingati dan boleh digunakan apabila perlu. 3.4 KAEDAH PEMBELAJARAN TAFSIR AL-QURAN DI DARUL QURAN Madah tafsir al-Quran merupakan salah satu madah yang terdapat di dalam bidang pengajian al-Quran bagi setiap syukbah. Antara madah yang terdapat dalam pengajian ilmu- ilmu al-Quran selain tafsir al-Quran ialah Hifz al-Quran , Qiraat, Fawasil, Dhobt al-Quran, Tarikh Mashaf, Tarikh Qurra’ dan Rasm al-Quran.6Madah-madah ini adalah wajib diambil oleh semua pelajar syukbah Qiraat. Madah tafsir al-Quran dipelajari oleh pelajar syukbah Qiraat pada semester empat dan lima. Disini, pengkaji akan menceritakan sedikit tentang kaedah pembelajaran dan 6 Jadual waktu pembelajaran sesi pengajian Program Diploma semester enam.(Bahagian Akademik, Darul Quran JAKIM).
  • 32. pengajaran madah ini serta tahap kefahaman pelajar yang telah mempelajarinya iaitu pelajar syukbah Qiraat semester enam. 3.4.1 PEMBAHAGIAN KELAS Siswa-siswa semester enam bagi syukbah Qiraat sesi 2009/2012 yang berjumlah 68 orang telah dibahagikan kepada 3 buah kelas iaitu kelas Hamzah seramai 24 orang, kelas Kisae seramai 23 orang, dan kelas Khallad seramai 21 orang. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga kelas ini digabungkan dalam satu kelas untuk sesi pembelajaran madah tafsir. 3.4.2 TENAGA PENGAJAR Pada semester 5 yang lepas, para siswa dan siswi semester 6 sesi 2009/2012 oleh Syaikh Tolbah yang merupakan salah seorang pensyarah Darul Quran . 3.4.3 TEMPOH PEMBELAJARAN Bagi madah tafsir al-Quran, jumlah jam kredit bagi madah ini adalah 2jam kredit. Dalam tempoh seminggu terdapat 2jam waktu pembelajaran untuk madah ini.
  • 33. 3.4.4 SUKATAN PEMBELAJARAN Buku yang digunakan bagi pembelajaran di dalam kelas ialah “Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syari’ah Wa Al- Manhaj”karya Dr Wahbah az-Zuhaili. Sukatan pembelajaran adalah satu surah iaitu surah al-Mu’minun yang mengandungi 118 ayat. 3.4.5 KAEDAH PEMBELAJARAN TAFSIR AL-QURAN DI DARUL QURAN Pihak pentadbiran bahagian akademik Darul Quran telah menetapkan bahawa kesemua madah di dalam pengajian al- Quran menggunakan buku di dalam bahasa arab, tetapi bahasa pengantar yang digunakan adalah dalam dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu. Buku yang digunakan sebagai silibus bagi madah tafsir al-Quran bagi semester 5 ialah satu surah daripada keseluruhan kitab “Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syari’ah Wa Al-Manhaj”karya Dr Wahbah az-Zuhaili. Di dalam kitab tersebut yang ditulis oleh pengarang memudahkahpelajar untuk memahami setiap tasfsiran setiap ayat. Pada kebiasaannya di Darul Quran, para pensyarah menggalakkan pelajar untuk menghafal apa yang dipelajari bagi
  • 34. memudahkan pelajar apabila hendak menghadapi peperiksaan. Bagi madah tafsir ini, proses pembelajaran yang berlaku banyak melibatkan interaksi antara pensyarah dengan pelajar. Pensyarah sentiasa memastikan para pelajar memahami apa yang dipelajari dengan membuka ruang pertanyaan pada setiap akhir pembelajaran dan juga dengan membuat ujian kefahaman setelah selesai setiap bab yang dipelajari. Dengan cara ini, para pelajar akan mudah untuk mendapatkan kefahaman dan seterusnya mengingati apa yang dipelajari. Bagi pengiraan markah 40 dalam kelas, ia adalah mengikut kehendak pensyarah tersebut sama ada markah diberi dengan membuat ujian, kuiz, pembentangan, secara kumpulan atau individu. Kehadiran pelajar ke kelas juga diambil kira dalam pegiraan markah tersebut. Kesimpualannya, pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran telah digunakan dalam madah ini. Kesemuanya mengikut kreativiti pensyarah dan komitmen pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini.
  • 35. Sebagai kesinambungan daripada penerangan tentang kaedah pembelajaran dan pengajaran tadi, pengkaji telah menyediakan beberapa boring soalan kaji selidik tentang kedah pembelajaran dan pengajaran di Darul Quran untuk menilai tahap kefahaman pelajar dan penerimaan mereka terhadap kaedah yang digunakan di dalam kelas. Data yang dikumpulkan adalah untuk melihat dan mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam madah tafsir al-Quran.