Your SlideShare is downloading. ×
Pembetulan kesilapan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Pembetulan kesilapan

2,205
views

Published on


0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,205
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
44
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 4.1 Pembetulan kesilapan a) Wujud kesilapan dan imbangan tidak seimbang Kebiasaannya kesilapan menyebabkan imbangan duga tidak seimbang adalah kesilapan sebelah, iaitu kesilapan yang membabitkan hanya salah satu daripada catatan di dalam akaun – akaun yang terlibat seperti: 1.kesilapan mencatat nilai urusniaga Urusniaga mungkin dicatat dengan nilai di dalam satu akaun tetapi dengan nilai yang lain di dalam akaun yang lain 2. kesilapan catatan beregu Urusniaga dicatat di bahagian yang salah di dalam salah satu akaun 3. Kesilapan operasi matematik Kesilapan mencampur atau menolak di dalam salah satu atau kedua –dua akaun di dalam imbang duga 4.Kesilapan ketinggan pengeposan Urusniaga telah diicatat pindah dengan betul ke dalam satu akaun tetapi tidak diposkan ke dalam akaun yang lain. 5. kesilapan penyusunan baki – baki akaun Baki akaun yang sepatutnya disenaraikan disebelah debit telah tersalah senarai kredit atau sebaliknya dalam imbang duga. b) Wujud kesilapan tetapi imbang duga seimbang Terdapat juga kesilapan yang tidak ketara, iaitu imbang duga seimbang walaupun telah berlaku kesilapan mencatat urusniaga di dalam rekod – rekod perakaunan . Kesilapan seperti ini biasanya melibatkan kesilapan mencatat di dalam kedua – dua akaun yang terlibat atau kesilapan kedua – dua belah. Antara kesilapan yang menyebabkan imbangan duga seimbang adalah; 1. Kesilapan ketinggalan Kesilapan ini biasanya melibatkan urusniaga yang tidak langsung dicatat dimana –mana rekod kewangan sedangkan dokumen sokongan menunjukkan urusniaga telah berlaku. 2. Kesilapan Akaun Amaun debit dan kredit adalah betul tetapi akaun yang direkod salah tetapi mematuhi prinsip catatan bergu.
  • 2. 3. Kesilapaan seimbang. Kesilapan bahagian debit telah diseimbangkan dengan kesilapan bahagian kredit dengan amaun yang sama. 4. Kesilapan terbalik catat sepenuhnya Kesilapan ini melibatkan sesuatu urusniaga dicatat dengan terbalik,catatan yang sepatutnya dikredit telah didebitkan dan sebaliknya di dalam kedua-dua akaun yang terlibat.4.2 Tatacara pembetulan kesilapan1.kesilapan pada jurnal sebelum pindah catatJika sebelum langkah pindah catat dilakukan dan berlakunya kesilapan di dalam jurnal (sama ada padanama akaun atau jumlah) maka mereka yang bertanggungjawab hanya perlu memotong denganmembuat garisan diatasnya dan menulis nama atau amaun yang sebenar.2.Kesilapan semasa pindahcatatAmaun dan akaun yang dicatatkan di dalam jurnal adalah betul tetapi berlaku kesilapan apabiladipindahcatat. Proses pembetulan yang sama dilakukan iaitu memotong item yang salah ini danpindahcatat semula dengan betul. Pihak yang bertanggungjawab perlu menandatangani pada kesilapanini.3. Kesilapan pada jurnal selepas pindah catatKesilapan telah berlaku semasa catatan di dalam jurnal lagi, kemudian dipindahcatat pula kesilapan inimaka pembetulan yang perlu dibuat melibatkan perekodan catatan jurnal yang baru, yang mana iadapat membetulkan semula perekodan pada catatan asal.4.3 Jurnal PembetulanContoh kes 1: Kesilapan ketinggalanBayaran belanja iklan yang sepatutnya direkod sebagai RM200 telah tidak direkodkan.Analisa kes: Di dalam kes ini belanja iklan dan tunai keluar yang sepatutnya direkod telah tidak direkod.Catatan pembetulan:Dt Belanja iklan 200 Kt Tunai 200Contoh kes 2: Kesilapan SeimbangBayaran belanja iklan yang sepatutnya direkodkan sebagai RM252 telah direkodkan sebagai RM525Kesilapan merekod yang dibuatDt Belanja iklan 525 Kt Tunai 525
  • 3. Analisa kes:Di dalam kes ini berlaku terlebih catat pada akaun belanja iklan dan akaun tunai keluar sebanyak RM 273Catatan pembetulan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:Dt Tunai 273 Kt Belanja iklan 273Contoh Kes 3:Kesilapan merekod akaunBelanja sewa berjumlah Rm 400 telah pun dibayar telah direkodkan sebagai belum bayarKesilapan merekodkan yang dibuatDt Belanja sewa 400 Kt Akaun Belum Bayar 400Analisa kes :Di dalam kes ini berlaku terlebih catat pada Akaun Belum Bayar sebanyak Rm 400 dan tertinggal catatanbagi akaun tunai keluar sebanyak RM400Catatan pembetulan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:Dt Akaun Belum Bayar 400 Kt Tunai 400Contoh kes 4:Kesilapan terbalik catatanBelanja sewa berjumlah RM400 yang telah direkodkan sebagai debit tunai dan kredit belanja sewa.Kesilapan merekod yang dibuatDt tunai 400 Kt Belanja Sewa 400Analisa kes:Di dalam kes ini catatan yang dibuat adalah terbalik.Catatan terbalik akan member kesan bergandakepada amaun yang hendak diperbetulkan.Catatan pembetulan yang peru dibuat seperti berikut:Dt Belanja sewa 400 Kt Tunai 400
  • 4. 4.4 Penyediaan Imbang duga TerselarasPenyelarasan ke atas akaun –akaun yang terlibat dengan item pelarasan dibuat selepas imbang dugatelah disediakan. Oleh sebab itu, selepas pelarasan di buat beberapa akaun yang terlibat akan berubahdari baki –baki dalam imbangan duga sebelum pelarasan seperti akaun belum terima, akaun – akaunhasil, akaun belanja gaji dan lain – lain belanja, akaun belanja susutnilai , akaun peruntukan susutnilaidan akaun peruntukan hutang lapuk.Contoh imbangan duga sebelum pelarasan bagi syarikat jururunding pemasaran Sri Hartamas padabulan pertama operasi adalah seperti berikut: Syarikat Jururunding Pemasaran Sri Hartamas Imbang duga 30 Jun 2004Akaun Debit (RM) Kredit (RM)Tunai 13000Insuran Prabayar 7200Peralatan pejabat 21 800Pinjaman bank 3000Hasil perundingan belum diperoleh 14000Modal Encik Ahmad 50 000Hasil perundingan diperoleh 18000Belanja gaji 29000Belanja pengiklanan 2800Belanja perjalanan 11100Belanja utility 1000 85 900 85 900Maklumat tambahan:1.Polisi insurans ialah untuk jangkamasa 12 bulan bermula 1 Jun 20042.Susutnilai untuk peralatan ialah RM 100 sebulan3. Faedah terakru atas pinjaman adalah RM70 untuk setiap bulan4. Deposit (pendahuluan) sebanyak RM2000 telah diterima dari beberapa pelanggan.Pada 30 Jun hanyaRm 500 dari deposit ini telah diperoleh (wang diterima dan perkhidmatan rundingan sudah beri)5.Gaji yang belum dibayar kepada pekerja – kerja pada 30 Jun ialah sebanyak RM 10 000.6. seorang pelanggan diiktirafkan sebagai si penghutang (akaun belum terima) kerana belum membayarhasil perundingan bernilai RM 3500 selepas kerja – kerja rundingan telahpun dibuat.Anda dikehendaki: a) Jurnalkan catatan pelarasan pada 30 Jun 2004 b) Sediakan imbangan duga selepas pelarasan .Pada 30 Jun 2004
  • 5. Jawapan:Catatan pelarasan dalam jurnal amTarikh Butir Debit (RM) Kredit (RM)Jun 30, 20041. Belanja insuran (RM7200X1/12) 600 Insurans Prabayar 6002. Belanja susutnilai peralatan 100 Susutnilai terkumpul 1003. Belanja Faedah 70 Faedah terakru berbayar 704. Hasil belum terperoleh 500 Hasil perkhidmatan 5005. Belanja gaji 10 000 Gaji belum bayar 10 0006. Akaun belum terima 3500 Hasil perkhidmatan 3500 Syarikat Sri Hartamas Imbang Duga Terselaras 30 Jun 2004 Akaun Debit (RM) Kredit (RM) Tunai 13000 Akaun belum terima 3500 Insurans prabayar 6600 Peralatan pejabat 21800 Susutnilai terkumpul peralatan 100 Pinjaman bank 3000 Hasil belum terperoleh 13500 Modal En Ahmad 50000 Hasil perkhidmatan 22900 Belanja gaji 39000 Belanja perjalanan 11100 Belanja utility 1000 Gaji belum bayar 10000 Faedah terakru 70 Belanja faedah 70 Belanja susutnilai peralatan 100 Belanja insurans 600 Belanja pengiklanan 2800 99 570 99 570
  • 6. 4.5 Melengkapkan Kitaran Perakaunan dan Lembaran kerja Lembaran kerja adlah satu jadual yang menpunyai banyak ruang .Ia digunakan untuk membantu membuat pelarasan, penyata kewangan dan seterusnya catatan jurnal penutup. Penyediaan lembaran kerja adalh tidak dimestikan dan terpulang kepada individu akauntan untuk menentukan samaada ingin menyediakan lembaran kerja ataupun tidak . Bagi syarikat yang menyediakan lembaran kerja berpandukan maklumat yang terdapat di dalam lembaran ini. Melalui lembaran kerja banyak kerja – kerja terutama kerja pindah catat dapat dipermudahkan dan seterusnya penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat. Format menyediakan lembaran kerja ditunjukkan seperti di bawah: Format Lembaran Kerja Tarikh Imbangan Duga Pelarasan Imbangan duga Penyata Lembaran Akaun /terlaras Pendapatan Imbangan Dt Kt Dt Kt Dt Kt Dt Kt Dt Kt4.6 Penyediaan Lembaran Kerja 1. Sediakan imbangan duga dengan memasukkan semua maklumat yang diberi ke dalam ruang imbangan duga. 2. Masukkan semua item pelarasan ke bahagian pelarasan di dalam lembaran kerja. Setiap pelarasan perlu ditandakan untuk memudahkan proses jurnal dan memindah catat kelak. Selalunya tanda yang digunakan adalah (a), (b) atau (i) , (ii)… . Jika terdapat mana-mana akaun pelarasab yang belum ada dalam imbang duga asal, ianya perlu diwujudkan dibawah item akaun imbang duga yang asal. 3. Memasukkan baki –baki terlaras ke bahagian imbang duga terlaras di dalam lembaran kerja.Penggiraan baki boleh dibuat dengan mengambil baki dari imbangan duga yang dicampur atau tolak item pelarasan. Jika kedudukan amaun di bahagian imbang duga adalah debit maka ia perlu dicampur jika item pelarasan juga berada di bahagian debit.Tetapi jika item pelarasan berada diruang kredit maka ia harus ditolak. Bagi item dimana kedudukan asalnya dibahagian kredit ia perlu dicampur jika item pelarasan berada pada ruang kredit dan sebaliknya perlu ditolak jika item pelarasannya berada pada ruang yang bertentangan (debit) 4. Pada peringkat ini anda perlu mengelaskan dulu antara akaun – akaun yang akan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan dan lembaran imbangan. Di dalam ruang penyata pendapatan hanya akaun hasil dan belanja yang diambil dari imbangan duga terlaras sahaja yang dimasukan . Jumlahkan dibahagian debit dan kredit ruang penyata pendapatan. Jika ruangan debit lebih kecil dari ruang kredit itu menandakan syarikat memperolehi keuntungan.Jika keadaan sebaliknya berlaku bermakna syarikat mengalami kerugian. Amaun untung atau rugi diletakkan bagi tujuan mengimbangkan amaun dikedua – dua bahagian debit dan kredit. 5. Masukkan semua baki – baki akaun asset,liability dan ekuiti pemilik yang diambil dari imbang duga terlaras ke bahagianke bahagian lembaran imbangan di dalam lembaran kerja. Perluu diingat selain akaun yang disebutkan atas akaun ambilandan akaun untung rugi juga dimasukkan
  • 7. kerana kedua- dua item ini akan mempengaruhi jumlah akaun ekuiti pemilik. Jika untung yangdiperolehi maka ianya haruslah diletakkan diruang kredit di dalam lembaran imbang

×