1. 4.1 Pembetulan kesilapan
a) Wujud kesilapan dan imbangan tidak seimbang
Kebiasaannya kesilapan menyebabkan imbangan duga tidak seimbang adalah kesilapan sebelah,
iaitu kesilapan yang membabitkan hanya salah satu daripada catatan di dalam akaun – akaun
yang terlibat seperti:
1.kesilapan mencatat nilai urusniaga
Urusniaga mungkin dicatat dengan nilai di dalam satu akaun tetapi dengan nilai yang lain di
dalam akaun yang lain
2. kesilapan catatan beregu
Urusniaga dicatat di bahagian yang salah di dalam salah satu akaun
3. Kesilapan operasi matematik
Kesilapan mencampur atau menolak di dalam salah satu atau kedua –dua akaun di dalam
imbang duga
4.Kesilapan ketinggan pengeposan
Urusniaga telah diicatat pindah dengan betul ke dalam satu akaun tetapi tidak diposkan ke
dalam akaun yang lain.
5. kesilapan penyusunan baki – baki akaun
Baki akaun yang sepatutnya disenaraikan disebelah debit telah tersalah senarai kredit atau
sebaliknya dalam imbang duga.
b) Wujud kesilapan tetapi imbang duga seimbang
Terdapat juga kesilapan yang tidak ketara, iaitu imbang duga seimbang walaupun telah berlaku
kesilapan mencatat urusniaga di dalam rekod – rekod perakaunan . Kesilapan seperti ini
biasanya melibatkan kesilapan mencatat di dalam kedua – dua akaun yang terlibat atau
kesilapan kedua – dua belah.
Antara kesilapan yang menyebabkan imbangan duga seimbang adalah;
1. Kesilapan ketinggalan
Kesilapan ini biasanya melibatkan urusniaga yang tidak langsung dicatat dimana –mana
rekod kewangan sedangkan dokumen sokongan menunjukkan urusniaga telah berlaku.
2. Kesilapan Akaun
Amaun debit dan kredit adalah betul tetapi akaun yang direkod salah tetapi mematuhi
prinsip catatan bergu.
2. 3. Kesilapaan seimbang.
Kesilapan bahagian debit telah diseimbangkan dengan kesilapan bahagian kredit dengan
amaun yang sama.
4. Kesilapan terbalik catat sepenuhnya
Kesilapan ini melibatkan sesuatu urusniaga dicatat dengan terbalik,catatan yang sepatutnya
dikredit telah didebitkan dan sebaliknya di dalam kedua-dua akaun yang terlibat.
4.2 Tatacara pembetulan kesilapan
1.kesilapan pada jurnal sebelum pindah catat
Jika sebelum langkah pindah catat dilakukan dan berlakunya kesilapan di dalam jurnal (sama ada pada
nama akaun atau jumlah) maka mereka yang bertanggungjawab hanya perlu memotong dengan
membuat garisan diatasnya dan menulis nama atau amaun yang sebenar.
2.Kesilapan semasa pindahcatat
Amaun dan akaun yang dicatatkan di dalam jurnal adalah betul tetapi berlaku kesilapan apabila
dipindahcatat. Proses pembetulan yang sama dilakukan iaitu memotong item yang salah ini dan
pindahcatat semula dengan betul. Pihak yang bertanggungjawab perlu menandatangani pada kesilapan
ini.
3. Kesilapan pada jurnal selepas pindah catat
Kesilapan telah berlaku semasa catatan di dalam jurnal lagi, kemudian dipindahcatat pula kesilapan ini
maka pembetulan yang perlu dibuat melibatkan perekodan catatan jurnal yang baru, yang mana ia
dapat membetulkan semula perekodan pada catatan asal.
4.3 Jurnal Pembetulan
Contoh kes 1: Kesilapan ketinggalan
Bayaran belanja iklan yang sepatutnya direkod sebagai RM200 telah tidak direkodkan.
Analisa kes: Di dalam kes ini belanja iklan dan tunai keluar yang sepatutnya direkod telah tidak direkod.
Catatan pembetulan:
Dt Belanja iklan 200
Kt Tunai 200
Contoh kes 2: Kesilapan Seimbang
Bayaran belanja iklan yang sepatutnya direkodkan sebagai RM252 telah direkodkan sebagai RM525
Kesilapan merekod yang dibuat
Dt Belanja iklan 525
Kt Tunai 525
3. Analisa kes:
Di dalam kes ini berlaku terlebih catat pada akaun belanja iklan dan akaun tunai keluar sebanyak RM 273
Catatan pembetulan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:
Dt Tunai 273
Kt Belanja iklan 273
Contoh Kes 3:Kesilapan merekod akaun
Belanja sewa berjumlah Rm 400 telah pun dibayar telah direkodkan sebagai belum bayar
Kesilapan merekodkan yang dibuat
Dt Belanja sewa 400
Kt Akaun Belum Bayar 400
Analisa kes :
Di dalam kes ini berlaku terlebih catat pada Akaun Belum Bayar sebanyak Rm 400 dan tertinggal catatan
bagi akaun tunai keluar sebanyak RM400
Catatan pembetulan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:
Dt Akaun Belum Bayar 400
Kt Tunai 400
Contoh kes 4:Kesilapan terbalik catatan
Belanja sewa berjumlah RM400 yang telah direkodkan sebagai debit tunai dan kredit belanja sewa.
Kesilapan merekod yang dibuat
Dt tunai 400
Kt Belanja Sewa 400
Analisa kes:
Di dalam kes ini catatan yang dibuat adalah terbalik.Catatan terbalik akan member kesan berganda
kepada amaun yang hendak diperbetulkan.
Catatan pembetulan yang peru dibuat seperti berikut:
Dt Belanja sewa 400
Kt Tunai 400
4. 4.4 Penyediaan Imbang duga Terselaras
Penyelarasan ke atas akaun –akaun yang terlibat dengan item pelarasan dibuat selepas imbang duga
telah disediakan. Oleh sebab itu, selepas pelarasan di buat beberapa akaun yang terlibat akan berubah
dari baki –baki dalam imbangan duga sebelum pelarasan seperti akaun belum terima, akaun – akaun
hasil, akaun belanja gaji dan lain – lain belanja, akaun belanja susutnilai , akaun peruntukan susutnilai
dan akaun peruntukan hutang lapuk.
Contoh imbangan duga sebelum pelarasan bagi syarikat jururunding pemasaran Sri Hartamas pada
bulan pertama operasi adalah seperti berikut:
Syarikat Jururunding Pemasaran Sri Hartamas
Imbang duga
30 Jun 2004
Akaun Debit (RM) Kredit (RM)
Tunai 13000
Insuran Prabayar 7200
Peralatan pejabat 21 800
Pinjaman bank 3000
Hasil perundingan belum diperoleh 14000
Modal Encik Ahmad 50 000
Hasil perundingan diperoleh 18000
Belanja gaji 29000
Belanja pengiklanan 2800
Belanja perjalanan 11100
Belanja utility 1000
85 900 85 900
Maklumat tambahan:
1.Polisi insurans ialah untuk jangkamasa 12 bulan bermula 1 Jun 2004
2.Susutnilai untuk peralatan ialah RM 100 sebulan
3. Faedah terakru atas pinjaman adalah RM70 untuk setiap bulan
4. Deposit (pendahuluan) sebanyak RM2000 telah diterima dari beberapa pelanggan.Pada 30 Jun hanya
Rm 500 dari deposit ini telah diperoleh (wang diterima dan perkhidmatan rundingan sudah beri)
5.Gaji yang belum dibayar kepada pekerja – kerja pada 30 Jun ialah sebanyak RM 10 000.
6. seorang pelanggan diiktirafkan sebagai si penghutang (akaun belum terima) kerana belum membayar
hasil perundingan bernilai RM 3500 selepas kerja – kerja rundingan telahpun dibuat.
Anda dikehendaki:
a) Jurnalkan catatan pelarasan pada 30 Jun 2004
b) Sediakan imbangan duga selepas pelarasan .Pada 30 Jun 2004
5. Jawapan:
Catatan pelarasan dalam jurnal am
Tarikh Butir Debit (RM) Kredit (RM)
Jun 30, 2004
1. Belanja insuran (RM7200X1/12) 600
Insurans Prabayar 600
2. Belanja susutnilai peralatan 100
Susutnilai terkumpul 100
3. Belanja Faedah 70
Faedah terakru berbayar 70
4. Hasil belum terperoleh 500
Hasil perkhidmatan 500
5. Belanja gaji 10 000
Gaji belum bayar 10 000
6. Akaun belum terima 3500
Hasil perkhidmatan 3500
Syarikat Sri Hartamas
Imbang Duga Terselaras
30 Jun 2004
Akaun Debit (RM) Kredit (RM)
Tunai 13000
Akaun belum terima 3500
Insurans prabayar 6600
Peralatan pejabat 21800
Susutnilai terkumpul peralatan 100
Pinjaman bank 3000
Hasil belum terperoleh 13500
Modal En Ahmad 50000
Hasil perkhidmatan 22900
Belanja gaji 39000
Belanja perjalanan 11100
Belanja utility 1000
Gaji belum bayar 10000
Faedah terakru 70
Belanja faedah 70
Belanja susutnilai peralatan 100
Belanja insurans 600
Belanja pengiklanan 2800
99 570 99 570
6. 4.5 Melengkapkan Kitaran Perakaunan dan Lembaran kerja
Lembaran kerja adlah satu jadual yang menpunyai banyak ruang .Ia digunakan untuk membantu
membuat pelarasan, penyata kewangan dan seterusnya catatan jurnal penutup. Penyediaan
lembaran kerja adalh tidak dimestikan dan terpulang kepada individu akauntan untuk menentukan
samaada ingin menyediakan lembaran kerja ataupun tidak . Bagi syarikat yang menyediakan
lembaran kerja berpandukan maklumat yang terdapat di dalam lembaran ini. Melalui lembaran
kerja banyak kerja – kerja terutama kerja pindah catat dapat dipermudahkan dan seterusnya
penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat.
Format menyediakan lembaran kerja ditunjukkan seperti di bawah:
Format Lembaran Kerja
Tarikh Imbangan Duga Pelarasan Imbangan duga Penyata Lembaran
Akaun /terlaras Pendapatan Imbangan
Dt Kt Dt Kt Dt Kt Dt Kt Dt Kt
4.6 Penyediaan Lembaran Kerja
1. Sediakan imbangan duga dengan memasukkan semua maklumat yang diberi ke dalam ruang
imbangan duga.
2. Masukkan semua item pelarasan ke bahagian pelarasan di dalam lembaran kerja. Setiap
pelarasan perlu ditandakan untuk memudahkan proses jurnal dan memindah catat kelak.
Selalunya tanda yang digunakan adalah (a), (b) atau (i) , (ii)… . Jika terdapat mana-mana akaun
pelarasab yang belum ada dalam imbang duga asal, ianya perlu diwujudkan dibawah item akaun
imbang duga yang asal.
3. Memasukkan baki –baki terlaras ke bahagian imbang duga terlaras di dalam lembaran
kerja.Penggiraan baki boleh dibuat dengan mengambil baki dari imbangan duga yang dicampur
atau tolak item pelarasan. Jika kedudukan amaun di bahagian imbang duga adalah debit maka ia
perlu dicampur jika item pelarasan juga berada di bahagian debit.Tetapi jika item pelarasan
berada diruang kredit maka ia harus ditolak. Bagi item dimana kedudukan asalnya dibahagian
kredit ia perlu dicampur jika item pelarasan berada pada ruang kredit dan sebaliknya perlu
ditolak jika item pelarasannya berada pada ruang yang bertentangan (debit)
4. Pada peringkat ini anda perlu mengelaskan dulu antara akaun – akaun yang akan dimasukkan ke
dalam penyata pendapatan dan lembaran imbangan. Di dalam ruang penyata pendapatan hanya
akaun hasil dan belanja yang diambil dari imbangan duga terlaras sahaja yang dimasukan .
Jumlahkan dibahagian debit dan kredit ruang penyata pendapatan. Jika ruangan debit lebih kecil
dari ruang kredit itu menandakan syarikat memperolehi keuntungan.Jika keadaan sebaliknya
berlaku bermakna syarikat mengalami kerugian. Amaun untung atau rugi diletakkan bagi tujuan
mengimbangkan amaun dikedua – dua bahagian debit dan kredit.
5. Masukkan semua baki – baki akaun asset,liability dan ekuiti pemilik yang diambil dari imbang
duga terlaras ke bahagianke bahagian lembaran imbangan di dalam lembaran kerja. Perluu
diingat selain akaun yang disebutkan atas akaun ambilandan akaun untung rugi juga dimasukkan
7. kerana kedua- dua item ini akan mempengaruhi jumlah akaun ekuiti pemilik. Jika untung yang
diperolehi maka ianya haruslah diletakkan diruang kredit di dalam lembaran imbang