Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan

on

  • 606 views

 

Statistics

Views

Total Views
606
Views on SlideShare
602
Embed Views
4

Actions

Likes
0
Downloads
13
Comments
0

1 Embed 4

http://cikgusarasvathy.blogspot.com 4

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan Document Transcript

  • © Cetakan Pertama 2011Bahagian SukanKementerian Pelajaran MalaysiaHak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan atau mencetak mana-mana bahagianartikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa carajuga sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapatkeizinan bertulis daripada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanPanduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu SukanISBN 978-983-3444-32-81. Sports administration -- Handbooks, manuals, etc. 2. School sports --Handbooks, manuals, etc. 3. Athletics -- Handbooks, manuals, etc.I. Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Sukan796.06Diterbitkan oleh:Bahagian SukanKementerian Pelajaran MalaysiaAras 1 dan 7, Blok E13, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PutrajayaTel : 03-8884 1002 Faks : 03-8884 1034http://www.moe.gov.my/bsukan
  • KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAPMENTERI PELAJARAN MALAYSIAKATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAKATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN1.0 PENGENALAN2.0 RASIONAL3.0 MATLAMAT4.0 KONSEP 5.0 PRINSIP PELAKSANAAN6.0 OBJEKTIF7.0 TAFSIRAN OPERASIONAL8.0 PELAKSANAAN DASAR 1M 1S MELALUI PROGRAM SUKAN DI SEKOLAH 8.1 PENGURUSAN PELAKSANAAN 8.1.1 PERANCANGAN 8.1.2 PELAKSANAAN 8.1.3 PEMANTAUAN 8.1.4 PENILAIAN 8.1.5 POST MORTEM / PENAMBAHBAIKAN 8.1.6 LAPORAN / DOKUMENTASI 8.2 STRATEGI PELAKSANAAN9.0 HURAIAN CARTA CADANGAN TANGGUNGJAWAB BAGI PIHAK PENGURUSAN / GURU DALAM PELAKSANAAN SUKAN DI SEKOLAH10.0 KESELAMATAN DALAM MENJALANKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH 10.1 OBJEKTIF 10.2 PERANAN DANTANGGUNGJAWAB GPK KOKURIKULUM 10.3 PERANAN DANTANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN 10.4 PERANAN DANTANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGIATAN SUKAN11.0 CADANGAN KAEDAH PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKANLAMPIRAN LAMPIRAN 1: SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) DAN SURAT SIARAN BERKAITAN SUKAN DAN KOKURIKULUM, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LAMPIRAN 2: CADANGAN JENIS-JENIS SUKAN DAN PERMAINAN LAMPIRAN 3: CONTOH-CONTOH JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011 LAMPIRAN 4: RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN DAN PERLUASAN DASAR 1M 1S KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPENGHARGAAN122334456667777891212121314141617182427KANDUNGAN MUKA SURAT
  • ivKATA ALU-ALUANTIMBALAN PERDANA MENTERI merangkapMENTERI PELAJARAN MALAYSIAAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh danSalam Sejahtera.Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkanperpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan jugamerupakanantaralandasanterbaikdalamusahamembangunkanmodalinsanyangcergas,kreatif,berdayasaingdanmempunyaijatidiriyangkukuhdemimemastikankelangsungankeutuhansesebuahnegara.Bagimemastikanmatlamattersebutdapatdirealisasikan,bidangsukanperlumenyediakanpeluangpenyertaandan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan negaradi masa hadapan.Kementerian Pelajaran sebagai organisasi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insannegara sentiasa komited dalam melakukan usaha berterusan bagi memupuk minat dan kecenderunganmurid dalam bidang sukan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telahpun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untukmemastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan dikalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkanbakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Ianya juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persainganyang sihat di kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial yang kondusifuntuk perkembangan mereka. Usaha sebegini tentunya memerlukan kerjasama padu semua pihak yangterlibat secara langsung dan tidak langsung dengan bidang pendidikan.Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan BukuPanduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan danPadang(Olahraga)diSekolahdanModulLatihanSukanUntukGuruPenasihatKelabSukanSekolah.Semogabukudanmodulinidapatdimanfaatkansepenuhnyabagimembantumencapaimatlamatmenyemarakkankegiatan sukan di sekolah.“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”TAN SRI DATO’HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
  • vKATA ALU-ALUANKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh danSalam Sejahtera.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Sukan ataskejayaan penerbitan Buku Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, Garis Panduan Pengurusan KejohananBalapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah dan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab SukanSekolah.Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan secara lebih giat di semua sekolahseluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya berupaya merancang, mengurusdan melaksanakan kegiatan sukan secara sistematik, cekap dan berkesan.Dalam menghadapi alaf baharu yang serba mencabar ini, kita harus sentiasa memainkan peranan dantanggungjawabuntukmelahirkanmodalinsan,iaitumuridyangseimbangdanharmonissecaramenyeluruhdanbersepadu.Generasiakandatangseharusnyamampumenyahutcabarandanmemastikankesejahteraannegara berkekalan dan seterusnya dapat meningkatkan kemajuan negara. Generasi ini merupakan penentukegemilangan negara kelak. Oleh itu, peranan dan penglibatan murid dalam aktiviti sukan amat penting.Programsukantersebutmembolehkanmuridmemperoleh,menyebardanmenggunakanilmupengetahuandan kemahiran sepanjang hayat.Semoga buku ini dapat dijadikan panduan terbaik ke arah pengurusan sukan yang berkualiti dan seterusnyamampu melahirkan generasi yang mantap dari segi fizikal, di samping mempunyai disiplin yang tinggi,bersikap positif dan mempunyai jati diri. Selain itu, diharap buku ini akan diguna pakai dan dibuatpenambahbaikan selaras dengan perubahan semasa untuk dimanfaatkan oleh semua pihak.Sekian, terima kasih.DATO’ABD. GHAFAR BIN MAHMUD
  • viKATA ALU-ALUANPENGARAH BAHAGIAN SUKANSalam sejahtera.SATU MURID SATU SUKANTerlebihdahulusayainginmerakamkanucapantahniahdanterimakasihataskejayaandalammenghasilkanBuku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapandan Padang (Olahraga) di Sekolah dan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah.Penghasilan buku ini menepati usaha transformasi pendidikan negara yang berhasrat untuk meningkatkanpenyertaan murid dalam bidang sukan. Kemunculan buku panduan ini adalah antara langkah awalbahagian ini demi merealisasikan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj.Mohd.Yassin,Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Usaha mengoptimumkankecergasan murid melalui pembudayaan sukan di sekolah bertujuan untuk melahirkan generasi yang sihat,cergas dan berdaya saing tinggi.Penerbitan buku panduan ini diharapkan dapat membantu banyak pihak dalam melaksanakan programSatu Murid Satu Sukan (1M 1S). Pelaksanaan program ini sudah pasti akan menyentuh pelbagai aspekseperti penyertaan murid-murid, penyediaan prasarana serta perancangan program dalam pelbagaiperingkat. Justeru, buku panduan ini dapat dijadikan rujukan untuk menyelaraskan pelaksanaan program1M 1S.Penggemblengan pengurusan semua pihak dalam organisasi masing-masing yang diilhamkan melaluibukuinidiharapkandapatmembantuuntukmenjayakanmisidanvisiprogram1M1Sdemimengembalikankegemilangan sukan sekolah seperti yang dihasratkan oleh semua pihak. Buku ini diharap dapat menjadipanduan kepada sekolah untuk melaksanakan dasar 1M 1S dengan berkesan.Sekian, terima kasih.PN. EE HONG
  • 1Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnyasatu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaanyang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani.Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan UntukSemua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada muridyang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama,bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah(SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras denganungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukanmemainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktifagardapatmemberisumbangankepadakesejahteraansosialsertapembangunanekonominegara.Justeru,pelbagaiaktivitisukandiperkenalkanbagimenarikminatmurid-muridagarmengamalkangaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmatimanfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiringdengan keperluan akademik.1.0 PENGENALAN
  • 2Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaanyang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupukbudaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkangaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.3.0 MATLAMATDasar1M1SmendokongDasarSukanUntukSemua,dimanadasarinimenitikberatkanpenglibatansemua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segalakegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan olehKementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dangalakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti matapelajaranakademikdankegiatankokurikulumsupayadapatmelahirkanmuridyangseimbangdarisegi kesejahteraan minda dan jasmani.Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah,kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasanyang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta memupuk semangat cintakan negara.Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diridalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanandalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yangberdaya saing tinggi.2.0 RASIONAL
  • 3Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dariTahap2disekolahrendahhinggaTingkatan6disekolahmenengahmengikutisekurang-kurangnyasatu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalahberteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalamsukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalamsekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ketahap yang lebih tinggi;4.0 KONSEPPelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:5.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalahkesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenissukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolahrendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah.Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai programini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010 RujukLAMPIRAN 1).5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yangditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan danpersetujuan pihak sekolah.5.3 Asaskepada1M1SadalahpelaksanaanmatapelajaranPendidikanJasmanidanKesihatanyang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmanihendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani danemosi murid.5.0 PRINSIP PELAKSANAAN
  • 4Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:6.1 Meningkatkan kecergasan jasmani;6.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;6.3 Memupuk perpaduan di antara kaum;6.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid;6.5 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;6.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan6.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.6.0 OBJEKTIFDalam melaksanakan Dasar 1M 1S, tafsiran istilah-istilah adalah seperti berikut:“murid” ertinya seseorang dari peringkat Pra Sekolah hingga ke Tingkatan 6, yang kepadanyapendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;“muridberkeperluankhas” ertinya mana-mana murid yang mempunyai masalah pembelajaran,masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah kurang upaya fizikal;“sukan” ditafsirkan sebagai aktiviti fizikal terancang, berunsur kemahiran dan pertandinganyang melibatkan komitmen serta semangat kesukanan. Sukan pada amnya adalah berdasarkanperaturan-peraturan tertentu;7.0 TAFSIRAN OPERASIONAL5.6 Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepadapembangunan sukan sekolah.5.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukanhendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktifsetiap murid.5.8 Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasamenjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
  • 5“guru penasihat sukan” ertinya mana-mana guru yang dilantik atau ditugaskan oleh pihaksekolah untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan dan permainan;“jurulatih sukan sekolah” ertinya mana-mana orang berpengalaman, minat dan memiliki sijilkejurulatihan dalam sukan spesifik yang dilantik atau dibenar oleh pihak sekolah atau pihak yangberkaitan untuk melatih dan menyediakan pasukan sukan sekolah.8.0 PELAKSANAAN DASAR 1M 1S MELALUI PROGRAM SUKAN DI SEKOLAHProgram sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untukkecemerlangan. Senarai sukan / permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan Dasar 1M 1Sadalah seperti di LAMPIRAN 2. Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut:a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun ♦ Latihan Rumah Sukan* ➤ Merentas desa ➤ Sukan / permainan ➤ Balapan dan padang ♦ Pertandingan Merentas Desa* ♦ Sukantara* ♦ Kejohanan Balapan dan Padangb) Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun ♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah ♦ 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah ♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified Gamesc) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun ♦ Pertandingan antara rumah sukan ♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas ♦ Pertandingan antara dorm di asramad) Pertandingan Lain ♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) ♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) ♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsae) Aktiviti Sukan Lain*Wajib untuk setiap murid
  • 6JANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOVDISFASAPERANCANGANAKTIVITIMesyuarat Jawatankuasa Pembangunan SukanSekolah * untuk merancang pengurusan:• ProgramSukan Sekolah• Penubuhan Rumah Sukan• Penubuhan Kelab Sukan & PermainanBULANJANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOVDISFASAPELAKSANAANAKTIVITI• Pendaftaran Rumah Sukan• Pendaftaran Murid di bawah KelabSukan / Permainan• Latihan &Pertandingan Rumah Sukan• Aktiviti Kelolaan Kelab Sukan / Permainan• Latihan Merentas Desa• Pertandingan Merentas Desa (SekolahMenengah) &“SchoolRun“ (Sekolah Rendah)• Latihan Balapan & Padang• Sukantara• Kejohanan Balapan & Padang• Pertandingan Peringkat Dalaman(antara kelab / dorm / kelas)• Aktiviti Sukan Lain• Majlis Anugerah Sukan Sekolah• Mesyuarat Jawatankuasa PembangunanSukan SekolahBULAN8.1 PENGURUSAN PELAKSANAAN Proses pelaksanaan aktiviti sukan terbahagi kepada 6 peringkat asas iaitu:8.1.1 PERANCANGANPerancangan dalam konteks 1M 1S hendaklah dibuat pada tahun sebelum denganmerujuk kepada mengenalpasti, merangka, membina, menyusun, menjadualkan sertamenghasilkan aktiviti-aktiviti sukan yang berkaitan dengan program sukan di sekolahseperti dalam Jadual I.Jadual 1 : Fasa Perancangan* Dilaksanakan pada tahun sebelumnya8.1.2 PELAKSANAANPelaksanaanprogramsukansekolahdibawahDasar1M1Shendaklahdijalankansepanjangtahun seperti cadangan dalam Jadual 2.Walau bagaimanapun, pihak sekolah digalakkanuntuk merancang pelaksanaan program sukan mengikut kesediaan, kemampuan sertakreativiti dan inovasi pihak sekolah.Jadual 2 : Fasa Pelaksanaan
  • 78.1.3 PEMANTAUANPemantauan terhadap pengurusan pelaksanaan Dasar 1M 1S oleh pihak pengurusansekolah adalah sebahagian daripada strategi untuk menilai dan memastikan kejayaanserta keberkesanan aktiviti sukan yang dilaksanakan. Hal ini bertujuan meneliti aspekpengurusan, penggunaan peralatan, pematuhan peraturan, kesihatan, kebajikan sertakeselamatan dan penyertaan murid yang mengikuti program sukan sekolah. Prosespemantauan hendaklah dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah sepanjang tahun.Langkah penambahbaikan hendaklah dijalankan oleh pihak sekolah dari masa ke semasauntuk memastikan pelaksanaan Dasar 1M 1S.Jadual 3 : Fasa PemantauanJANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOVDISFASAPEMANTAUANAKTIVITI• Sepanjang Pelaksanaan Dasar 1M 1SBULAN8.1.4 PENILAIANPenilaian aktiviti sukan bertujuan menghasilkan maklumbalas secara langsung yangmenjadi input kepada usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta bagipeningkatan penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian hendaklah berasaskankehadiran dan penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktiviti di bawah ProgramSukanSekolah.Selaindaripadapenglibatandalamaktivitiumumyangmelibatkansemuamurid, tumpuan hendaklah diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktivitiKelab Sukan / Permainan. Penilaian aktiviti sukan akan dijalankan secara berperingkatmulai 2012.Jadual 4 : Fasa Penilaian8.1.5 POST MORTEM / PENAMBAHBAIKANPenekanan yang perlu dititikberatkan secara berterusan ialah sukan yang dilaksanakan,kaedahpelaksanaan,danimpakaktivitiyangdijalankansepertiyangterteradalamJadual2 : Fasa Pelaksanaan.8.1.6 LAPORAN / DOKUMENTASILaporandandokumen-dokumenyangberkaitandenganprosesdanpenilaianpelaksanaanDasar 1M 1S adalah penting dan perlu direkodkan. Pendokumentasian tersebut menjadibukti pelaksanaan dan bahan rujukan kepada usaha penambahbaikan dan tindakansusulan.JANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOVDISFASAPENILAIANAKTIVITI• Bagi Semua Aktiviti SukanBULAN
  • 88.2 STRATEGI PELAKSANAANDi bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan beberapa strategi berikutbergantung kepada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah (rujuk SPIBilangan 1/1989).Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, setiap sekolah disarankan mengikuti strategi-strategi berikut:i) Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukantertentu.ii) Melaksanakantinjauanuntukmengenalpastiminatdankemahirangurudalamjenis sukan.iii) Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samadadalam atau luar sekolah di bawah Kelab Sukan dan Permainan.iv) Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yangboleh dimanfaatkan oleh murid.v) Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah.vi) MerancangdanmelaksanakanaktivitiberdasarkanModulLatihanSukanUntukGuru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Modul boleh dimuat turun daripadalaman web KPM).vii) Mengguna pakai sumber kepakaran / kepegawaian yang terdapat di dalam dandi luar sekolah.viii) Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankanaktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolahyang sesuai dan selamat.ix) Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaianberdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah.x) Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakanprogram sukan sekolah.xi) Menggalakkan kreativiti dan inovasi dari pihak sekolah dalam kegiatan sukanyang dijalankan.xii) Menetapkan matlamat dan objektif keseluruhan program pembangunan sukansekolah.Jadual 5 : Fasa Laporan / DokumentasiJANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOVDISFASALAPORAN /DOKUMENTASIAKTIVITI• PostMortemKeseluruhan program sukan sekolah• LaporanKeseluruhan program sukan sekolahBULAN
  • 99.0 HURAIAN CARTA CADANGAN TANGGUNGJAWAB BAGI PIHAK PENGURUSAN / GURU DALAM PELAKSANAAN SUKAN DI SEKOLAHxiii) Menyusun dan menetapkan aktiviti di bawah program sukan sekolah secarajelas dan spesifik.xiv) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru.xv) Melakukan penambahbaikan berterusan.Semua SPI dan Surat Siaran yang tersenarai di LAMPIRAN 1 hendaklah dirujuk dan dipatuhi dalamperancangan dan pelaksanaan program sukan sekolah.PIHAK BERTANGGUNGJAWAB BIDANG / TUGASJAWATANKUASA PEMBANGUNANSUKAN SEKOLAH(Rujuk m.s. 10 -11)Merancang Program / Aktiviti 1M 1S DalamTakwim Sekolah(Nov. - Dis.Tahun Sebelum)• GPK KOKURIKULUM• SU SUKAN / SU KOKURIKULUM• GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN /KELAB SUKAN DAN PERMAINAN• JAWATANKUASA PEMBANGUNANSUKAN SEKOLAH• SU SUKAN / SU KOKURIKULUM• GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN /KELAB SUKAN DAN PERMAINAN• Mesyuarat JK Pembangunan Sukan Sekolah(Nov. - Dis.Tahun Sebelum)• Pengagihan Dan Pendaftaran Murid Rumah Sukan /Kelab Sukan Dan Permainan (Jan.)• Menjalankan Latihan Rumah Sukan / Aktiviti KelabSukan Dan Permainan (Jan. - Nov.)• Pelaksanaan Pertandingan Sukan Dan PermainanPeringkat Dalaman (Jan. - Nov.)• Pelaksanaan Sukantara (Dicadangkan Pertengahan MacAtau Selepas Pertandingan Merentas Desa)• Pelaksanaan Kejohanan Padang Dan Balapan PeringkatSekolah (Pada Atau Selepas Jun)• Kaji Semula Pelaksanaan KejohananBalapan Dan Padang• Laporan Pelaksanaan Dasar 1M 1S• Pelaksanaan Pertandingan Merentas Desa(Dicadangkan Seawalnya Mac)• Pemantauan, Penilaian Dan Pelaporan Aktiviti KelabSukan Dan Permainan (Jan. - Dis.)• Laporan Keseluruhan Pelaksanaan Dasar 1M 1SDi Sekolah (Nov. - Dis.)
  • 10Penaung : Pengarah Pelajaran NegeriPenasihat : Pejabat Pelajaran DaerahPengerusi : Guru BesarAhli Jawatankuasa : 1. Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid2. Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum3. Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran4. Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian Pengerusi : Setiausaha Sukan Sekolah5. Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme Pengerusi : Ketua Panitia Bahasa6. Jawatankuasa Kecil Kewangan Pengerusi : PIBG7. Jawatankuasa KecilTeknikal Pengerusi : PIBGJAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
  • 11Penaung : Pengarah Pelajaran NegeriPenasihat : Pejabat Pelajaran DaerahPengerusi : PengetuaAhli Jawatankuasa : 1. Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid2. Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum3. Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran4. Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian Pengerusi : Ketua BidangTeknik danVokasional5. Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme Pengerusi : Ketua Bidang Bahasa6. Jawatankuasa Kecil Kewangan Pengerusi : PIBG7. Jawatankuasa KecilTeknikal Pengerusi : PIBGJAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
  • 1210.0 KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAHKeselamatan murid hendaklah diberi keutamaan setiap kali program sukan dikendalikan olehpihak sekolah. Di antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut;10.1 OBJEKTIF10.1.1 Memastikan setiap guru dan pihak pengurusan sekolah mengambil langkah-langkah keselamatan setiap kali aktiviti sukan dijalankan di dalam dan di luarsekolah.10.1.2 Mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa menjalankan aktiviti sukan.10.1.3 Memastikan aktiviti sukan yang dirancang dengan mengambil kira panduan danarahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pelajaran.10.1.4 Memastikanpelajarmematuhigarispanduandalampenggunaandanpengurusanperalatan sukan.10.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GPK KOKURIKULUM10.2.1 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnyakeselamatan diri semasa menjalankan aktiviti sukan melalui tindakan sepertiberikut; ♦ Poster ♦ Perhimpunan mingguan ♦ Ceramah ♦ Bengkel ♦ Tayangan video ♦ Edaran dalaman10.2.2 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.10.2.3 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden.10.2.4 Memaklumkan pelaksanaan aktiviti sukan dan permainan kepada ibu bapa danpihak berkenaan.10.2.5 Memanfaatkan sepenuhnya peranan Jawatankuasa Pemuafakatan, JawatankuasaKeselamatan dan pihak PIBG dalam merancang langkah keselamatan muridsemasa menjalankan aktiviti sukan dan permainan.10.2.6 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktivitisukan dan permainan.
  • 1310.3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN10.3.1 Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan mengetahuiisi kandungannya.10.3.2 Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan selepasaktiviti sukan dijalankan.10.3.3 Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktivitidijalankan.10.3.4 Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan bolehdigunapakai.10.3.5 Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dankemas kini.10.3.6 Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahanperubatan, yang perlu dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan.Walaubagaimanapun murid berkenaan adalah digalak melibatkan diri dalamaspek pengelolaan aktiviti yang akan dijalankan.10.3.7 Memaklumkankepadaibubapa/penjagatentangaktivitiyangdijalankanmelaluimurid.10.3.8 Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga (jika berkenaan) untukdilengkapkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.10.3.9 Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti dimulakandan mengawasi murid sepanjang masa.10.3.10 Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumenkan.10.3.11 Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan muridkhususnya murid berkeperluan khas.10.3.12 Membuatpenilaiansecarapemerhatian,bertulisdanlisanuntuktindakansusulandan maklum balas.10.3.13 Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan) semasa aktivitisukan dijalankan.
  • 1410.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGITAN SUKAN10.4.1 Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan tahap kesihatanseperti masalah jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa ke semasakepada guru penasihat sukan yang berkenaan.10.4.2 Murid hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu menjalaniaktiviti sukan.10.4.3 Murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku ketidakselesaansewaktu menjalani aktiviti sukan.10.4.4 Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan tanpa pengawasanguru.10.4.5 Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti sukan ataupermainan.10.4.6 Murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alatan kepada guru yangbertugas.10.4.7 Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru penasihat yangbertugas.Dalam merangka strategi pelaksanaan Dasar 1M 1S, lima kategori sekolah telah dikenal pasti: • Sekolah Satu Sesi • Sekolah Dua Sesi • Sekolah Kurang Kemudahan Asas Sukan • Sekolah Ramai Murid • Sekolah Kurang MuridBerdasarkan kelima-lima kategori ini, beberapa kaedah telah dicadangkan untuk dilaksanakan(rujuk Jadual 6). Sekolah-sekolah diberi fleksibiliti untuk memilih, menentukan atau mengubahsuai kaedah pelaksanaan mengikut kesesuaian, kemampuan dan keperluan sekolah. Sekolah jugaboleh merancang kaedah lain sekiranya difikirkan sesuai (Sila rujuk LAMPIRAN 3 untuk beberapacontoh Pelaksanaan Dasar 1M 1STahun 2011 di sekolah).11.0 CADANGAN KAEDAH PELAKSANAAN DASAR SATUMURID SATU SUKAN
  • 15Jadual 6 : Cadangan Kaedah Pelaksanaan Dasar 1M 1SKAEDAH PELAKSANAANDilaksanakan pada waktu petang di luarjadualwaktuakademikdengan minimum60minit untuk sekolah rendah dan 90 minitbagi sekolah menengah.Dilaksanakan pada waktu pagi di luar jadualwaktu akademik dengan minimum 60 minituntuk sekolah rendah dan 90 minit bagisekolah menengah.Berkongsi kemudahan sukan di luar sekolahseperti padang sekolah lain, padang MajlisDaerah, agensi swasta dan lain-lain.Digalakkan memilih jenis sukan yang tidakmemerlukan ruang yang luas.Contoh: ModifiedgamesMerangka jadual program sukanberdasarkan:• Bilangan murid• Bilangan guru• Kemudahan dan prasarana sukan yangsedia ada di sekolah dan persekitaran.• Kerjasama dengan pihak luarMewujudkan permuafakatan danpengkongsian pintar dengan Persatuan danAgensi Sukan.DilaksanakanpadahariSabtubagikumpulanmurid dan guru secara bergilir.SekolahSatu SesiSekolah DuaSesiSekolahKurangKemudahanAsas SukanSekolahRamaiMuridSekolahKurangMuridKATEGORIBIL1.2.3.4.5.6.7.
  • 16LAMPIRAN 1SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) DAN SURAT SIARAN BERKAITAN SUKAN DAN KOKURIKULUM,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIATARIKH1/12/201017/11/200909/07/200806/06/200703/02/200601/08/200230/03/200028/07/200003/08/200010/06/199918/11/199806/04/199511/10/199510/02/199203/01/198913/01/198810/03/198810/03/198802/05/197926/7/201014/1/201027/8/2009TAJUKPelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S)Langkah - Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti / Program LawatanDi LuarWaktu Persekolahan.Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)Garis Panduan Lawatan MuridPelaksanaan Skim Biasiswa Sukan (SBS) Kementerian Pelajaran MalaysiaLawatan Sekolah Pada Hari PersekolahanPanduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani DanKesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam Dan Di Luar KawasanSekolahLawatan Pendidikan Murid Di Hari PersekolahanPendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah - sekolahKeselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi & Balik SekolahPelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan KesihatanKeselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan KesihatanSerta Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam & Di Luar Kawasan SekolahPenyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan AtauBadan Induk SukanPanduan Penubuhan & Pengurusan Persatuan Silat SekolahPenyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di sekolahPendidikan Jasmani (Pindaan)Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran PersatuanAtau Badan Induk SukanSenaman Beramai - RamaiPendidikan JasmaniKebenaran Khas Kepada Guru-guru & Murid - Murid yang melaksanakan matapelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) memakai Pakaian Rasmi sukanSepanjang Hari BerkenaanJadual Pelaksanaan Sukan & Permainan Sekolah SepanjangTahunPenubuhan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Peringkat Negeri, PejabatPelajaran Daerah dan SekolahBILSPI Bil.16/2010SPI Bil.8/2009SPI Bil.4/2008SPI Bil.5/2007SPI Bil.3/2006SPI Bil.5/2002SPI Bil.9/2000SPI Bil.12/2000SPI Bil.13/2000SPI Bil.8/1999SPI Bil.25/1998SPI Bil.1/1995SPI Bil.8/1995SPI Bil.4/1992SPI Bil.1/1989SPI Bil.2/1988SPI Bil.7/1988SPI Bil.10/1988SPI Bil.3/1979Surat SiaranKP/KPPM 15(49)Surat SiaranKP.BSSK.302-02/03/002(17)Surat SiaranKP.BSSK.302 -02/03/002(13)
  • 17LAMPIRAN 2CADANGAN JENIS-JENIS SUKAN DAN PERMAINANDi antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah sepertiberikut:-1. Balapan dan Padang (Olahraga)2. Big Walk3. Bola Sepak4. Bola Jaring5. Bola Keranjang6. Badminton7. BolaTampar8. Besbol9. Boling Padang10. Boling 10-Pin11. Ekuestrian12. Futsal13. Golf14. Gimnastik Artistik15. Gimrama16. Hoki17. Kriket18. Kriket Kancil19. Karate20. Lumba Basikal21. Merentas Desa / Road-Run22. Marathon23. Memanah24. Menembak25. Ping Pong26. Polo Air27. Polo Kuda28. Pentanque29. Ragbi30. Ragbi Sentuh31. Renang32. Skuasy33. SepakTakraw34. Sofbol35. Silat36. Tenis37. Taekwondo38. Tinju39. Terjun40. Wushu41. Wood Ball42. Sukan lain yang sesuai & Modified Games
  • 18LAMPIRAN 3CONTOH 1:JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011SK SERI SATU, KUALA LUMPURBILANGAN MURID : 500 ORANG (TAHUN 4,5 & 6)BILANGAN GURUTERLIBAT : 24 ORANGAktiviti Kelab Sukan dan Permainan: Minggu 1 dan minggu 3 setiap bulanHARIIsninSelasaRabuKhamisKELAB SUKAN / PERMAINAN1. Bola Sepak2. Bola Jaring1. Badminton2. SepakTakraw1. Hoki2. Olahraga1. Bola Baling2. BolaTamparMASA2.00-4.00 ptg2.00-4.00 ptg2.00-4.00 ptg2.00-4.00 ptgBIL MURID125 orang125 orang125 orang125 orangGURU YANG TERLIBAT1. KA2. NA3. SN1. S2.MA3. AZ1. NM2. SM3. NL1.YU2. NS3. KD1. SA2. NL3. NF1. NH2. SH3. NB1. KS2. SR3. HW1. NJ2. AR3. MF
  • 19SK SERI SATU, KUALA LUMPURTARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINANHARI : ISNIN, SELASA, RABU & KHAMISMASA : 2.00 – 4.00 PETANGCONTOH 2:JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011 SJKT JALAN DUA, IPOH, PERAKBILANGAN MURID : 120 ORANG (TAHUN 3,4,5 & 6)BILANGAN GURUTERLIBAT : 13 ORANGGURU YANG TERLIBAT1. SK1.TH (K)2.VN1. PS1. MN1. JY (K)1. PS1. MN1. SK1.TN (K)2.VNBIL MURID / TAHUN60 orang /Tahun 3 & 460 orang /Tahun 3 & 4120 orang /Tahun 3, 4, 5 & 660 orang /Tahun 5 & 660 orang /Tahun 5 & 6KELAB SUKAN / PERMAINAN1. Bola Sepak2. Bola Jaring1. Hoki2. BolaTamparHari Kokurikulum &1. Olahraga1. Hoki2. BolaTampar1. Bola Sepak2. Bola JaringMASA2.00-3.00 ptg2.00-3.00 ptg2.00-4.00 ptg2.00-3.00 ptg2.00-3.00 ptgHARIIsninSelasaRabuKhamisJumaatBULANJanuariFebruariMacAprilMeiJunJulaiOgosSeptemberOktoberJUMLAH HARI KEHADIRANBAGI SEORANG MURID-434434444M1-21,2,34,5,6,72,3,4,54,5,6,71,2,3,45,6,7,83,4,5,6M2-7,8,9,107,8,9,1011,12,13,149,10,11,1213,14,15,1611,12,13,148,9,10,1112,13,14,1510,11,12,13M4-21,22,23,2421,22,23,2425,26,27,2823,24,25,2627,28,29,30-25,26,27,2822,23,24,2526,27,28,2924,25,27M3-14,15,16,1718,19,20,2116,17,18,1920,21,22,2318,19,20,2115,16,1819,20,21,2217,18,19,20MINGGU DAN TARIKHCutiPertengahanPenggalCutiPertengahanTahun
  • 20SJKT JALAN DUA, IPOH, PERAKTARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINANHARI : ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS & JUMAATMASA : 2.00 – 4.00 PETANGCONTOH 3: JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011 SMK SERI TIGA, JOHOR BHARUBILANGAN MURID : 1032 ORANG (TAHUN 3,4,5 & 6)BILANGAN GURUTERLIBAT : 75 ORANGPERMAINANHokiOlahragaSepakTakrawBolaTamparBola BalingBadan Beruniform /Kelab Dan PersatuanBola SepakBola JaringPing PongBadmintonTEMPATPadang SekolahPadang SekolahKompleks Sukan Majlis DaerahKompleks Sukan Majlis DaerahPadang SekolahKompleks Sukan Majlis DaerahKompleks Sukan Majlis DaerahKompleks Sukan Majlis DaerahKompleks Sukan Majlis DaerahMASA PELAKSANAAN DANPELAJAR YANG TERLIBATPelajar Sesi Pagi :Tingkatan 3,4 dan 52.00 ptg – 3.30 ptgPelajar Sesi Petang :Tingkatan Peralihan, 1 dan 210.30 pagi – 12.00 tghHARIIsninSelasaRabuKhamisJumaatJanuariFebruariMacAprilMeiJunJulaiOgosSeptemberOktoberJUMLAH HARI KEHADIRANBAGI SEORANG MURID-434434444M1-228-34-82-64-81-55-93-7M3-14-1818-2216-2020-2418-2215-1919-2317-21M2-7-117-1111-159-1313-1711-158-1212-1510-14M4-21-2521-3025-2923-2727-3025-2922-2626-3024-28MINGGU DAN TARIKHBULANCutiPertengahanPenggalCutiPertengahanTahun
  • 21SMK SERI TIGATARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINANHARI : ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS & JUMAATMASA : PAGI : 10.30 – 12.00 PG PETANG : 2.00 – 3.30 PTG BULANJanuariFebruariMacAprilMeiJunJulaiOgosSeptemberOktoberJUMLAH HARI KEHADIRANBAGI SEORANG MURID-434434444M1-228-34-82-64-81-55-93-7M3-14-1818-2216-2020-2418-2215-1919-2317-21M2-7-117-1111-159-1313-1711-158-1212-1510-14M4-21-2521-3025-2923-2727-3025-2922-2626-3024-28MINGGU DAN TARIKHCutiPertengahanPenggalCutiPertengahanTahun
  • 22CONTOH 4:JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011 SMK SERI EMPAT, KUANTAN, PAHANGBILANGAN MURID Sesi pagi : 600 ORANG (Tingkatan 3,4,5 & 6)BILANGAN MURID Sesi petang : 300 ORANG (Peralihan,Tingkatan 1 & 2)BILANGAN GURUTERLIBAT : 83 ORANGGURU YANG TERLIBAT1. FO2. AH3. FJ4. SLL5. SS1. OHL2. NBT3. LCH4. AJ1. GYL2. EWT3. ESP4. TYS1. KN2. NA3. UZH4. WH5. NB1. RGS2. RMG3. PLR4. NA5. MA1. MRS2. NS3. MFMS4. AI1. LA2. RM3. AD4. DMF1. RI2. MKG3. NSH1. WMWD2. FAUBIL MURID34 orang86 orang33 orang85 orang34 orang86 orang34 orang86 orang33 orang85 orang33 orang86 orang33 orang86 orang33 orang33 orangSUKAN/PERMAINAN1. Bola Sepak2. Ping Pong3. Bola Keranjang4. Bola Tampar5. Hoki (indoor)6. Sepak Takraw7. Badminton8. Bola Baling9. Bola Jaring(perempuan)MASA* 9.00-10.30 pagi**2.00-3.30 ptg9.00-10.30 pagi2.00-3.30 ptg9.00-10.30 pagi2.00-3.30 ptg9.00-10.30 pagi 2.00-3.30 ptg9.00-10.30 pagi 2.00-3.30 ptg9.00-10.30 pagi 2.00-3.30 ptg9.00-10.30 pagi 2.00-3.30 ptg9.00-10.30 pagi9.00-10.30 pagiHARISelasaKhamis* Untuk murid sesi petang* * Untuk murid sesi pagi
  • 23SMK SERI EMPAT, KUANTAN, PAHANGTARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINANHARI : SELASA DAN KHAMISMASA : PAGI : 9.00 – 10.30 PG PETANG : 2.00 – 3.30 PTGBULANJanuariFebruariMacAprilMeiJunJulaiOgosSeptemberOktoberM1-1 & 31 & 35 & 73 & 5-5 & 72 & 46 & 84 & 6M3-15 & 1722 & 2419 & 2117 &1928 & 3019 & 2123 & 2520 & 22-M2-8 & 108 & 1012 & 1410 & 1221 & 2312 &1416 & 1813 & 1511 &13M4-22 & 2429 & 3126 & 2824 & 26-26 & 28-27 & 29-JUMLAH HARI KEHADIRAN BAGISEORANG MURID-444424342MINGGU DANTARIKH
  • 24LAMPIRAN4RANGKAKONSEPTUALPELAKSANAANSUKANDANPERLUASANDASAR1M1SKEMENTERIANPELAJARANMALAYSIA!!!!!SukanUntukSemuaSukanUntukKecemerlanganSUKANDISEKOLAH(1M1S)JASMANIMURIDSukan&GayaHidupAktifSepanjangHayatKecemerlanganSukan(NationalGlory)RANGKAKONSEPTUALPELAKSANAANSUKANKPMRANGKAKONSEPTUALPELAKSANAANSUKANKPMDANPERLUASANDASAR1MURID1SUKAN(1M1S)DANPERLUASANDASAR1MURID1SUKAN(1M1S)<6Tahun<20TahunREMAJAYANGSIHAT&CERGASKearahPembinaanModalInsanYangSihat,CergasdanBerdayaSaingTinggiMASYARAKATSIHAT&CERGASPENDIDIKANJASMANI&SUKAN(KemahiranAsasSukandanPermainan)ASAS5TERASPERANCANGANSTRATEGIKBAHAGIANSUKANKPMTERAS1TERAS2TERAS3TERAS4TERAS5MembudayakanSukandiSekolahMemantapkanPembangunanSumberManusiaMemperkasakanSistemPentadbiranMembudayakanPenyelidikanUntukPembangunanSukanMembangunkanPrasaranadanPeralatanSukanSekolahBAHAGIANSUKAN(November,2010)*TD–TalentDetection**TID–TalentIdentificationandDevelopment*TD**TIDPertandingan/PenilaianSEGAK/SUKANTARA/SUKANSEKOLAH/MSSD/MSSN/MSSM/KEJOHANANANTARABANGSASukanPrestasiTinggiJalinanKerjasamaDenganPelbagaiAgensidanPersatuanSukanPLDSSNSSMSEKOLAHPERSATUANSUKANKEBANGSAANMOMMSN/ISNLAIN-LAINAGENSI126547839
  • 25HURAIAN RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN DAN PERLUASAN DASAR SATUMURID SATU SUKAN (1M 1S)1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengutarakan bahawa untuk melahirkanmurid yang seimbang, perkembangan aspek jasmani adalah sama penting dari segiperkembangandalamaspekemosi,rohanidanintelek.Fokusmodelkonseptualiniadalahberteraskan pembangunan jasmani murid.2. Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah diterjemahkan melalui Dasar 1 Murid1 Sukan. Dasar ini berhasrat untuk memastikan agar setiap murid dapat melibatkandiri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini memberi peluang kepadamurid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatanyang berasaskan learning through play. Dasar ini juga merupakan tunjang kepada sukandi sekolah dalam merealisasikan pelaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untukKecemerlangan di sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan bolehmengembangkanbakatmelaluisukanuntukkecemerlangansetelahdikenalpastimelaluiprogram pengenalpastian bakat murid-Talent detection dan Talent Identification andDevelopment (TID). Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan Sukan UntukKecemerlangan merupakan inisiatif yang menyokong ke arah pembangunan modal insanyang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang. 3. Hasil Sukan untuk Semua akan dapat dicerminkan melalui pembudayaan sukan danaktiviti fizikal seumur hidup dalam kalangan masyarakat. Manakala Sukan untukKecemerlangan akan berfokus kepada melahirkan jaguh sukan ke arah menaikkan imejnegara melalui kecemerlangan dan kegemilangan dalam prestasi pencapaian sukan dipelbagai peringkat persada dunia.4. Atlet-atlet yang menyerlah dalam program sukan di sekolah boleh diletakkan di PusatLatihan Daerah (PLD) atau Sekolah Sukan Negeri (SSN). Pada dasarnya mereka yangcemerlang di sekolah harian atau PLD ataupun SSN boleh seterusnya ditempatkan diSekolah Sukan Malaysia dibawah pengawasan Jurulatih yang bertaraf dunia. Di SekolahSukan Malaysia, atlet murid akan didedahkan kepada latihan yang lebih berstruktur,sistematik dan saintifik bagi melahirkan atlet yang dapat meningkatkan prestasipencapaian ke aras yang lebih tinggi.5. Kejayaansukanmelaluisatusistemamatbergantungkepadapembangunansukansecaraholistik dengan kerjasama pelbagai pihak. Pelantar pembangunan sukan pada dasarnyaadalah sistem sekolah di Malaysia. Hampir setiap murid akan melalui sistem pendidikankebangsaan yang merupakan catchment area bagi mengenalpasti bakat murid atlet.
  • 26Namun begitu sistem pendidikan kebangsaan sahaja tidak mampu untuk melahirkanatlet murid, jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti, Majlis Olimpik Malaysia,Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeriserta Badan-Badan Kerajaan dan bukan kerajaan yang lain adalah amat penting.6. Asas kepada kemajuan sukan bermula dari penguasaan kemahiran asas sukandan permainan melalui proses pengajaran dan pembelajaran semasa pelaksanaanmatapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah. Pelaksanaanpengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)yangberkualitiakanmenjaminstandardpembelajarankemahiranyangterpujiolehmuridsekolah.AdalahmenjadihasratagarapayangdipelajaridisekolahsemasamatapelajaranPendidikan Jasmani dan Kesihatan boleh dipindahkan ke dalam kegiataan sukandan permainan di peringkat Kelab dan Rumah Sukan. Kualiti matapelajaran PJK padaperingkat paling asas dianggap baik sekiranya guru adalah terlatih dalam PJK, peralatansukan adalah mencukupi untuk mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaranserta terdapat kemudahan minima yang lengkap dan kurikulum yang relevan denganperkembangan masa.7. Alat ukur bagi pencapaian dalam sukan / permainan / kecergasan boleh ditentukanmelalui pertandingan-pertandingan sukan dan bateri ujian di pelbagai peringkat. Alatukur ini juga memainkan peranan sebagai saringan satu peringkat ke peringkat yanglebih tinggi. Murid sekolah yang terpilih akan bertanding dalam sukan di peringkatMSSD, MSSN, MSSM dan kejohanan antarabangsa.8. Bagi menyokong kejayaan perluasan Satu Murid Satu Sukan, Bahagian Sukan akanmenggunakan 5 Teras utama di bawah Perancangan Strategik Bahagian Sukan 2011-2015 iaitu;8.1 Membudayakan sukan di sekolah yang memberi fokus kepada sukan untuksemua murid dan sukan untuk kecemerlangan.8.2 Pembangunan sumber manusia yang memberi fokus kepada pembangunanprofesionalisme berterusan di kalangan guru.8.3 Memperkasakan sistem pentadbiran yang memberi fokus kepada sistemtadbir urus.8.4 Meningkatkan penyelidikan pembangunan sukan yang memberi fokuskepada penyelidikan kepada pembangunan sukan.8.5 Membangunkan prasarana, kemudahan dan peralatan sukan yangmemberi fokus kepada peralatan asas sukan sekolah, prasarana, kemudahandan peralatan sukan, pengurusan dan penyelenggaraan.
  • 27Penghasilan Buku PanduanPelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukanini telah melibatkan pelbagai pihak.Bahagian Sukan ingin merakamkan penghargaan danmengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telahmembantu dalam memberikan sumbangan,mahupun secara langsung ataupun tidak langsung dalampenerbitan buku ini untuk kegunaan dan panduan pihak sekolah.Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ini ditujukankepada semua yang terlibat.PENGHARGAAN9. Matlamat jangka panjang dalam perluasan Satu Murid Satu Sukan adalah untukmelahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukan satu masyarakat yang sihat,cergas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini akan mencapai matlamat strategikKementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergasdan bukan sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup tetapi kompetetif, kreatif dan inovatif.