1. DOA MURAH REZEKI
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka
keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat
maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia
banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap
rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang
halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain
dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan
menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta,
sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
Doa untuk hati yang resah
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ampunilah sahaja dosa-dosaku, sama ada sedar atau tidak sedar. Hanya Engkaulah yang
dapat mengampuni dosa-dosaku yang banyak ini Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.
Hiasilah hatiku, peribadiku dan seluruh kehidupanku dengan rasa kasih dan sayang serta
mahabbah. Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain.
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut.
Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-
baiknya. Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain
memandang rendah dan membenci aku, Ya Allah.
Ya Allah,
Dalam kesunyian malam ini, aku bangun untuk bersujud dan menghadap-Mu. Aku
menyerahkan seluruh jiwaku kepada-Mu. Jiwa hamba mengharap perhatian dan ehsan
daripada Tuhannya. Ya Allah, hatiku amat resah, gelisah dan meronta-ronta kerana ujian kecil
yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak
terdaya untuk aku menolak jauh-jauh batu besar itu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar,
dengarkanlah.
Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan
dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu-pintu penyelesaian yang
terbaik buatku.
Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan
Engkau, maafkan aku Ya Allah. Tak payahlah Engkau menambah lagi beban hidupku ini.
Engkau singkap sahaja penderitaanku supaya aku dapat kembali sujud dan memohon
keampunan-Mu Ya Allah.
2. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengampun.
Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ini. Sakitnya terasa hingga ke
lubuk hati. Aku menanggung duka dan derita. Hanya Engkaulah tempat aku mengadu keluhan
dan rasa hati. Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku
supaya aku dapat keluar dari ujian yang berat ini.
Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku. Ya Allah.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
DOA PENUNDUK DAN PERISAI DARIPADA FITNAH
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan
pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau
melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan
untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan)
daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Cara mengamalkan dan menggunakan:
1. Baca selepas solat sebanyak yang boleh sekurangnya 9x. Jadikan zikir sebaiknya.
2. Bacakan doa ini semasa dalam perjalanan untuk sesuatu urusan sebelum
mesyuarat/perjumpaan/mengadap orang atasan yang akan kita jumpa nanti.
InsyaAllah, Allah akan sentiasa melindungi kita dan tidak memberi peluang kepada orang lain yang
mempunyai niat yang tidak baik seperti memfitnahkan, memarahi,dengki, guna sihir dan perkara-
perkara yang tidak baik. Gunakan untuk kebaikan