SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
3.4Komoditi Perikanan
Dasar
Berdasarkan DPN3, objektif industri perikanan adalah,
        Menentukan bekalan ikan segar yang mencukupi bagi keperluan tempatan dan juga industri pemprosesan,
        Meningkatkan eksport bagi ikan terpilih
Sasaran
Berdasarkan Jadual 9, nilai pengeluaran ikan dijangka meningkat daripada RM5.3 bilion pada tahun 2000 kepada RM7.1 bilion pada 2005 dan RM9.4 bilion pada 2010. Fokus pengeluaran adalah kepada perikanan laut pantai dan akuakultur air payau/masin/tawar iaitu masing-masing menyumbangkan 51% dan 36% kepada anggaran pengeluaran pada tahun 2005.
Jadual 9
Perikanan: Unjuran Pengeluaran 2000-2010
(RM Juta)
2000 2005 2010 Laut Pantai 3,498 3,885 4,548 Laut Dalam 500 625 788 Akuakultur Air Payau/ Masin1,100 2,118 3,275 Akuakultur Air Tawar   249 474 753 Jumlah 5,347 7,102 9,364
Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, “Pelan Tindakan Pengeluaran Makanan (Sektor Perikanan)”.
Dari segi pelaksanaan, beberapa keputusan Kerajaan meminta dipesatkan lagi pembangunan perikanan laut dalam dan ternakan ikan air masin di kuala-kuala sungai.
Akuakultur
Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, nilai pengeluaran perikanan akukultur dijangka meningkat daripada RM1,349 juta pada 2000 kepada RM2,592 juta pada 2005 dan RM4,028 juta pada 2010. Unjuran pengeluaran mengikut komoditi adalah seperti dalam jadual 10.
Jadual 10
Akuakultur: Unjuran Perikanan Akuakultur
(tan)
Produk/Tahun 2000 2005 2010 Ternakan kerang 98,600 112,320   144,800   Ternakan siput sudu/tiram   3,740 6,490 10,080 Ternakan rumpai laut 10,000 15,000 20,000 Udang laut (kolam) 44,550 88,280 129,100Ikan laut (sangkar pantai)   8,700 9,460 11,520 Ikan laut (sangkar terbuka)   8,000 40,000 85,000 Ikan air tawar (kolam) 55,938 97,784 141,230   Ikan air tawar (sangkar) 8,640 27,720 50,800 Ikan air tawar (kepungan)   3,000 6,000 10,000 Ikan air tawar (lombong) 3,660 3,825 4,000 Ikan hiasan 350 420 500         Jumlah Pengeluaran (tan) 245,178 407,299 607,030 Nilai (RM Juta) 1,349 2,592 4,028 Keluasan (hektar) 27,067 33,332 38,627 % dpd. potensi 6% 7% 8%
Sumber: Jabatan Perikanan, “Pelan Tindakan Pengeluaran Makanan Bagi Sektor Pertanian”.
Pada tahun 2005, jumlah pengeluaran akuakultur dijangkakan 407,299 tan metrik berbanding 245,178 tan pada 2000, meningkat sebanyak 66%. Luas kawasan yang terlibat dengan pengeluaran pada 2005 adalah 33,322 hektar, iaitu hanya 7% daripada potensi kawasan yang boleh dimajukan dengan perikanan akuakultur.
Potensi Kawasan Pembangunan Akuakultur
Perikanan akuakultur mempunyai masa depan yang cerah. Jabatan Perikanan telah menganggarkan seluas lebih kurang 491,000 hektar tanah diseluruh negara mempunyai potensi untuk dimajukan (rujuk Jadual 11) terutamanya kawasan tasek/empangan, tanah pendalaman dan teluk/lagoon. Semenanjung, Sabah dan Sarawak mempunyai peluang yang sama dalam memajukan industri ini kerana taburan potensi keluasan yang hampir sama.
Jadual 11
Akuakultur: Potensi Pembangunan Kawasan
Sumber (hektar) SemenanjungSarawakSabah   Jumlah   Kawasan Laut Terbuka 58,980 19,350 19,390 97,720 Teluk/Lagoon - - 102,413 102,413 Kawasan Laut Terlindung - - 1,229 1,229 Pantai Berlumpur 8,330 - - 8,3303 Tanah Pantai 3,376 14,116 8,050 25,542 Tanah Pendalaman 60,000 t.d 51,178 111,178 Bekas Lombong 3,451 t.d t.d 3,451 Tasek/Empangan 25,496 116,000 t.d 141,496 Jumlah Potensi159,633 149,466 182,260 491,359
Nota: (-): sumber telah diterokai sepenuhnya
(t.d): tiada data
Sumber: Jabatan Perikanan, “Pelan Tindakan Pelaksanaan DPN3 Untuk Meningkatkan Pengeluaran Makanan (Ikan)”.
Peralatan Perikanan Moden
Dalam usaha memodenkan sektor perikanan, terutamanya perikanan laut, pelaburan dalam peralatan berikut adalah diperlukan:
Perikanan Laut
        Pembelian vessel
        Peralatan navigasi dan komunikasi vessel moden
        Sonar (alat mengesan kumpulan ikan)
        Power block (penghela pukat)
        Net drum (penggulung pukat)
        Refrigerated sea water (sistem penyejukan air laut)
Perikanan Akuakultur
Kemudahan dan Peralatan Operasi sangkar
Mesin Pemindahan Ikan (untuk memindahkan ikan dari kolam/tangki ke lori.
Pam Pengudaraan (Paddle Wheel)
Oleh LAUPA JUNUS
DALAM Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK–9) bagi sektor
perikanan, kerajaan menyasarkan
pengeluaran perikanan ditingkatkan
bagi memenuhi pengeluaran dalam
negara.
Menjelang penghujung tempoh
tersebut, perikanan laut menyumbang
1.3 juta tan matrik manakala
akuakultur atau ternak air sebanyak
662,000 tan metrik setahun.
Pergantungan semata-mata kepada
bidang perikanan laut bagaimanapun
berdepan dengan risiko
sumber marin yang telah mencapai
tahap optimum.
Sebab itu kerajaan akan memberi
tumpuan kepada subsektor akuakultur
kerana menyedari potensinya
untuk dikembangkan dan menurut
unjuran oleh Unit Perancang Ekonomi
(EPU), kadar pertumbuhan
ialah 21.5 peratus setahun dalam
RMK-9 berbanding lapan peratus
dalam dalam RMK-8.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk
Junaidi Che Ayub berkata, bidang
akuakultur boleh dikembangkan di
negara ini sekiranya beberapa aspek
dipenuhi.
Beliau memberitahu, tiga aspek
penting menentukan kejayaan akuakultur
ialah komitmen kerajaan
negeri menyediakan kawasan tanah
dan perairan untuk tujuan tersebut.
Ini kerana, kerajaan-kerajaan negeri
perlu menyediakan kawasan
yang disebutkan sebagai Zon Industri
Akuakultur (ZIA) yang menjadi
penentu kepada kejayaan subsektor
akuakultur negara
Berdasarkan statistik dalam RMK-
8 bagi pembangunan ZIA, kawasan
seluas 2,873 hektar sedang beroperasi
dan 58,168 hektar lagi
kawasan akan dibangunkan.
Dalam hal ini, selepas kerajaan
negeri menyediakan tanah, ia diwartakan
sebagai kawasan ZIA dan kerajaan
Pusat akan membina kemudahan
infrastruktur.
Untuk peningkatan kawasan, dijangkakan
pengeluaran bertambah
dari nilai RM2.5 bilion kepada
RM6.3 bilion.
Jumlah tersebut meliputi
empat komoditi utama
iaitu ikan dan udang
air tawar sebanyak
RM863 juta, udang laut
(RM4,500 juta), ikan
laut (RM860 juta) dan
k e r a n g - k e r a n g a n
(RM102 juta).
Selain itu, dua industri
baru yang dilihat boleh
memberi sumbangan
besar ialah ikan hiasan
yang dijangka menyumbang
RM190 juta dan
rumpai laut sebanyak
RM380 juta.
Aspek yang tidak kurang pentingnya
ialah sumber kewangan yang
mencukupi bagi kerajaan membina
kemudahan infrastruktur di kawasan
projek akuakultur.
Faktor ketiga yang tidak kurang
pentingnya ialah menarik pelaburan
swasta. Ini kerana swasta boleh
memberi peluang kepada syarikatsyarikat
kecil bernaung di bawah
mereka dan pada masa sama menggalakkan
perkembangan ladang
akuakultur komersial.
Menurut Junaidi, kerajaan akan
memberi penekanan kepada projek
bersepadu iaitu memilih kawasan
yang strategik dan berpotensi dan
dilengkapi dengan infrastruktur.
“Kita juga mahukan projek akuakultur
ini memberi faedah kepada
penternak-penternak kecil.
“Sehubungan itulah, kita berharap
syarikat besar melabur sebagai penaung
kepada projek-projek kecil,”
kata beliau.
Konsep tersebut memberi faedah
kepada syarikat besar dengan mendapat
bekalan berterusan daripada
penternak kecil, manakala penternak
terbabit mendapat bimbingan dan
input yang diperlukan.
Konsep ladang kontrak
atau ladang nukleus
tersebut telah terbukti
berjaya di luar negara
termasuk Indonesia yang
membuka kawasan projek
sehingga beribu-ribu
hektar.
“Di Indonesia, projek
tersebut dikenali sebagai
intiplasma iaitu satu projek
akuakultur besarbesaran
berkonsepkan
ladang nukleus,” katanya.
Namun kata Junaidi, beberapa
masalah masih perlu diberi perhatian
bagi memastikan agenda pembangunan
projek akuakultur di
negara ini tidak terjejas.
Antara masalah tersebut termasuk
kekurangan bekalan benih yang bermutu
terutama ikan marin.
Bagi mengatasi masalah tersebut,
jabatan tersebut akan membina sebuah
Pusat Pembenihan Ikan Laut
dalam RMK-9 di Rompin, Pahang.
Selain itu, teknologi pembenihan
perlu diperkenalkan manakala syarikat
swasta terus digalak menghasilkan
benih ikan bermutu.
Pada masa ini, pusat seumpama
itu telah diwujudkan di Tanjung
Demong dan Pulau Sayak.
Kos pengeluaran yang tinggi juga
ditanggung oleh pengusaha kerana
kenaikan harga minyak dan kos
makanan.
Jika sebelum ini kos makanan
hanya antara 40 dan 50 peratus,
tetapi ia meningkat kepada 60 peratus.
Contoh mudah, pengeluaran satu
kilogram udang sebelum ini hanya
antara RM1 dan RM3, tetapi ia
bertambah RM3 - RM5.
Salah satu cara mengurangkan kos
ialah memanfaatkan bahan-bahan
tempatan dalam pengeluaran makanan
menerusi penyelidikan.
Penggunaan isirung sawit boleh
menggantikan komponen makanan
ternakan terutama tepung ikan.
Hari ini, seramai 22,000 pengusaha
akuakultur di negara ini perlu
dipertingkatkan jumlahnya bagi meningkatkan
pengeluaran ikan negara.
Kerajaan akan meneruskan usaha
merancakkan pembangunan akuakultur
menerusi pendekatan baru ini
bagi mencapai matlamat supaya
sumbangan akuakultur dalam imbangan
dagangan (BOT) dapat ditingkatkan.
Beberapa cabaran semasa terbaru
meningkatkan pengawasan penyakit
dan kerjasama dengan agensi lain
termasuk Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS), Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) juga
akan membantu dalam hal berkaitan
penyediaan infrastruktur dan pemasaran
hasil.
Sistem kelompok atau ladang nukleus
dijangka memberi impak baru
kepada penjanaan subsektor akuakultur
negara yang akan menyumbang
kepada BOT positif menjelang
2010.
MUKA 2
SASARAN PENGELUARAN AKUAKULTUR
PADA 2010
Komoditi Pengeluaran Nilai
(matrik tan) (RM juta)
Ikan/Udang air tawar 230,000 863
Udang laut 180,000 4,500
Ikan laut 122,000 860
Kerang-kerangan 130,000 102
JUMLAH 662,000 6.325
INDUSTRI BARU
Ikan hiasan 888 juta ekor 190 juta
Rumpai Laut 25,000 380 juta
(berat kering)
Sumber: Jabatan Perikanan
Nota: Berdasarkan harga tahun 2005
Pendekatan baru
jana akuakultur
AkuakulturPengeluaran daripada akuakultur telah meningkat kepada 243,066 tan metrik iaitu peningkatan sebanyak 36.4% berbanding tahun 2007. Nilai pengeluaran juga turut meningkat dari RM1,323,280 pada tahun 2007 kepada RM1,769,305. Akuakultur air payau masih kekal sebagai penyumbang utama iaitu sebanyak 60.5% atau 147,148 tan metrik. Ini adalah peningkatan sebanyak 36.0% berbanding 2007. Manakala pengeluaran akuakultur air tawar menyumbang sebanyak 39.5% atau 95,917 tan metrik.  Pengeluaran Akuakultur Mengikut komoditi
HYPERLINK quot;
http://kelitiga.blogspot.com/2008/08/pengurusan-akuakultur-air-dan-pemakanan.htmlquot;
Pengurusan akuakultur, air dan pemakanan
Pengurusan akuakultur
Sistem ternakanApa jua sistem ternakan yang dipraktikkan, rekabentuk serta susun atur kawasan ternakan hendaklah strategik dan sesuai. Beberapa perkara penting perlu diberi penekanan iaitu:
Sistem penukaran air yang cekap dan mudah dijalankan
Pungutan hasil dapat dijalankan dengan mudah dan dengan penyelenggaraan yang minima
Elakkan kemasukan ikan liar yang berkemungkinan membawa penyakit
Pemilihan tapak ternakan
LokasiLokasi dipilih mempunyai cuaca yang stabil. Ianya bukan kawasan kering ataupun bukan kawasan hujan yang tinggi.
Kemudahan infrastrukturBekalan elektrik, air paip, telefon dan jalanraya sedia ada.
Punca air
Berhampiran dengan kawasan ternakan bagi memudahkan pemerhatian dibuat
Berkualiti, sesuai dengan pemilihan spesis ikan yang diternak dan mencukupi
Bebas dari percemaran
Bebas dari ikan liar yang berkemungkinan besar membawa penyakit
TanahTidak mengandungi asid sulfat yang tinggi kerana pH air yang rendah <6.5>
Benih
Benih yang berkualitiSelalunya dihasilkan oleh unit hactheri (asuhan) yang mengamalkan pengurusan nurseri dan induk yang sistematik. Ini akan menghasilkan induk yang sihat dan seterusnya menghasilkan anak benih yang berkualiti.
Penggunaan bahan kimia dan antibiotik Rawatan secara terkawal dapat mengelakkan rintangan kepada serangan patogen dan seterusnya meningkatkan daya ketahanan badan ikan terhadap jangkitan penyakit berjangkit.
Teknik penghasilan benihPembiakan secara `culling' dan selective boleh membaiki mutu benih agar tahan penyakit. Elakkan ‘inbreeding’, kerana ia akan menghasilkan benih yang lemah dan tidak tahan serangan penyakit.
Pelepasan benihAntara aktiviti yang dijalankan:
Memastikan mutu air sesuai dengan spesis ikan yang diternak.
Benih ikan dikuarantin selama seminggu dan diberi rawatan profilaksis (formalin 25ppm dan garam 1000ppm) dengan pengudaraan yang cukup. Benih-benih yang tidak sihat diasingkan, hanya benih yang sihat/aktif sahaja dipilih.
Perlepasan benih dilakukan diwaktu pagi dan petang untuk mengurangkan `heat stress' pada ikan.
Pengurusan Air
Air merupakan medium untuk ikan hidup. Pemeriksaan kualiti air perlu dilakukan dengan lebih kerap agar masalah dapat dikesan pada peringkat awal terutama apabila berlaku perubahan cuaca seperti hujan, panas terik, dan kemasukan air baru. Penggunaan alat mengukur kualiti air seperti oksigen meter, pH meter dan jangkasuhu (thermometer), sebaik-baiknya disediakan jika mampu.
Pertukaran air kolam perlu dilakukan pada kadar 5-10% bagi sistem pengaliran air secara berterusan. Bagi sistem aliran air yang statik, air kolam perlu ditukar sebanyak 30% apabila warna air kolam telah bertukar kepada hijau pekat dan terdapat banyak zarah terampai di permukaan air (green alga). Salur air masuk perlu dipasang penapis, jaring atau pasir dan batu kerikil bagi menghalang kemasukan ikan liar, siput, serangga air dan kotoran.
Jadual 1: Kriteria mutu air yang sesuai untuk ternakan
PARAMETER(mg/l) atau ppmTahap NormalParas yangboleh diterimaAlkaliniti (mg/l CaCO3)30-130>20pH (unit)6.5-8.56.5-8.5Bahan terampai 25-8080-400Suhu (oC)27-30�5Oksigen terlarut (O2)>5.0>20Ammonia (NH3)0.020.2Fosfat (PO42-)0.0020.05BOD<2<2Ferum (Fe)0.011.0Nitrat (NO3-)42100Karban dioksida (CO2)0-15<25Sulfat (SO42-)0.002-
Ternakan sangkar tidak memerlukan penukaran air, walaubagaimanapun ia terdedah kepada risiko pencemaran yang tinggi. Perubahan fizikal-kimia parameter air yang ketara berlaku apabila terdapat perubahan cuaca pada persekitaran.
Masalah kritikal bagi ternakan sangkar biasanya erlaku pada musim kemarau atau tengkujuh dimana terdapat perubahan besar kepada kualiti air. Oleh yang demikian perancangan perlu dilakukan supaya masa ternakan ikan diperingkat asuhan tidak menempuh kedua-dua musim tersebut.
Jadual 2: Kesan kejatuhan mutu air ke atas ikan
Parameter AirPerubahan Patologi dan Tanda Klinikal1. Ammonia toksisitikematian akut, ‘hyperexcitability’- melompat-lompat dipermukaan air,kurang makan, tumbesaranterbantut dan insang rosak (kes kronik).2. Nitrit toksisitidyspnea (susah bernafas),lemah dan berada dipermukaan air.Darah berwarna coklat(methaemoglobinaemia),insang pucat dan berwarna coklat.3. Karbon dioksida tinggipengasidan air(pH rendah), dyspnea(tercungap-cungap dipermukaan air). 4. Kekurangan oksigen ikan tidak aktif, ikan berkumpulberdekatan punca air masukatau saluran paip aeration,anorexia atau kurang makan,tercungap-cungap dipermukaan airdengan opecula terbuka. 5. Kekeruhan tinggimenghalang penembusan cahayauntuk fotosintensis,mengurangkan kandunganoksigen didalam air.6. Dedahan suhu tinggi berpanjanganikan kurang selera makan,FCR rendah, tidak tentuarah (restless), tumbesaran terbantut.
Rujukan tambahan - PEMAHAMAN ASAS - ASAS MUTUAIR
Pemakanan
Penggunaan makanan yang seimbang dan berkualiti memastikan kadar tumbesaran yang cepat, meningkatkan status kesihatan dan seterusnya meningkatkan ketahanan ikan melawan penyakit.
Kekurangan nutrient tertentu didalam makanan mengakibatkan ikan mengalami penyakit kekurangan nutrien (nutritional deficiency syndrome). Contoh: ikan keli mengalami retak kepala akibat kekurangan vitamin C.
Makanan terdiri daripada jenis starter dan grower. Diperingkat tumbesaran ikan diberi pemakanan jenis grower dengan nilai protein yang tinggi, contoh: ikan tilapia (28-32%).
Pemberian makanan perlu secukupnya(optima) dan tanpa berlebihan. Kadar pemberian makanan bagi ikan diperingkat asuhan ialah sebanyak 5-6% berat badan ikan dan 3% bagi ikan melebihi 30g ke atas.
Simpan makanan ditempat kering agar tidak dijangkiti fungus. Penyimpanan yang terlalu lama akan merendahkan kualiti makanan.
*dipetik dari www.fri.gov.my
Posted by Keli Tiga Enterprise at 8:21 AM
0 comments:
Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Logo
Keli Tiga Enterprise
About Us
Keli Tiga Enterprise
Alor Star, Kedah, Malaysia
Diusahakankan oleh tiga sahabat iaitu Ashraf, Edi dan Azizul. Kami menjalankan ternakan keli dalam kanvas dan pertama seumpamanya di daerah Gelam, Kedah. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan membekal alat-alat keperluan untuk ternakan ikan keli.
View my complete profile
Sangkar ikan air tawar lubuk duitOleh KHAIRUNNISA SULAIMANikan patin dan tilapia boleh dijual selepas lima atau enam bulan dibela ketika beratnya mencapai antara 500 dan 700 gram. --------------------------------------------------------------------------------Menyusuri Sungai Pahang di daerah Jerantut, Pahang, tentu mata tidak lepas memandang sangkar-sangkar ikan air tawar yang meriah menghiasi tebing sungai. Industri ikan sangkar sebenarnya memberikan pulangan lumayan kepada penternak jika mereka mengusahakannya secara bersungguh-sungguh. Antara penternak ikan air tawar yang berjaya di daerah Jerantut, Isharum Bujang, 47, yang telah melibatkan diri dalam industri ternakan ikan sangkar seperti patin dan tilapia sejak 10 tahun lalu. Bermula dengan modal RM10,000, bekas tentera ini membina dua buah sangkar berukuran 10 kaki x 12 kaki x 5 kaki bagi ikan patin dan tilapia dengan bekalan benih diambil daripada pembekal di Rawang, Selangor. quot;
Biarpun nampak remeh tetapi sebuah sangkar ikan menelan kos antara RM3,500 hingga RM4,000 bergantung kepada mutu dan upah menarik sangkar ke sungai dan tidak termasuk kos anak benih. quot;
Harga anak benih ikan patin bersaiz empat inci berharga antara 50 hingga 70 sen seekor berbanding ikan tilapia 40 hingga 50 sen pada saiz yang sama,'' katanya yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau geran daripada agensi kerajaan atau swasta. Terdapat 80 sangkar ikan yang dipunyai oleh lima individu berlainan diletakkan sepanjang Sungai Pahang di Kampung Lada, Jerantut Feri, Jerantut. Isharum berkata, ikan patin dan tilapia boleh dijual selepas lima atau enam bulan ketika beratnya antara 500 hingga 700 gram. quot;
Permintaan ikan dengan berat lebih kurang 600 gram amat menggalakkan,quot;
katanya. Biasanya satu sangkar yang menempatkan antara 1,000 hingga 1,200 ekor benih ikan boleh mengeluarkan sehingga satu tan ikan bagi satu musim. quot;
Bagaimanapun bukan semua benih ikan yang dilepaskan akan hidup dan membesar kerana sebahagiannya akan mati,quot;
jelas beliau. Mengenai pasaran, Isharum berkata, permintaan ikan patin dan tilapia sangkar amat menggalakkan terutama di pasar tani, pemborong dan pasar besar Jerantut. Satu kilogram ikan patin dan tilapia biasanya dijual secara runcit dengan harga RM13 hingga RM14 sekilogram. quot;
Setakat ini kami tidak dapat memasarkan hasil ikan ke kawasan lain di Pahang kerana hasil yang dikeluarkan masih belum mencukupi,'' kata Isharum yang berasal dari Jerantut. Sementara itu seorang lagi penternak ikan air tawar, Zanuari Abd. Halim, 42, mula menternak dengan empat sangkar ikan. Anak jati Jerantut yang menternak ikan patin, tilapia dan beberapa jenis ikan air tawar lain mengakui permintaan yang diterima melebihi bekalan. quot;
Kami tidak dapat mengeluarkan ikan dengan banyak kerana kami menghadapi masalah dengan bekalan benih dan harga makanan ikan yang semakin mahal. quot;
Benih ikan yang dibeli kadang-kala kurang berkualiti walaupun dibeli di tempat yang sama dan benih yang kurang bermutu akan menyebabkan ikan lambat membesar untuk dipasarkan,quot;
katanya berusaha mencari benih ikan yang berkualiti. Kata Zanuari, selain itu ikan sangkar juga sering terdedah kepada risiko kematian akibat cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat, banjir kilat serta masalah berkaitan dengan pencemaran air. Sementara itu seorang lagi penternak ikan sangkar, Mohamad Zuhran Mat Ali, 36, pula menjadikan ternakan ikan sangkar sebagai pendapatan sampingan sejak enam tahun lalu. Beliau yang bekerja sebagai kontraktor telekomunikasi kini mempunyai 30 buah sangkar berkata, harga makanan ikan yang semakin meningkat menjadikan penternak semakin tersepit. quot;
Biasanya bagi satu pusingan ternakan ikan sangkar memerlukan RM3,000 bagi satu sangkar bagi satu musim,quot;
katanya yang bermula hanya dengan sebuah sangkar ikan patin. Zuhran berkata, bagi satu pusingan ternakan ikan memerlukan kos makanan sehingga RM3,000 dalam bentuk palet bagi tiga peringkat dalam proses pembesaran anak ikan sehingga dewasa --------------------Senyum itu penawar duka....Sila KLIK utk maklumat lanjut --->Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang
Edirossa View Member Profile Find Member's Posts Mar 16 2009, 07:32 AM Post #2 Superb MemberGroup: Asst. AdministratorPosts: 40605Joined: 23-February 04From: Kuala LumpurMember No.: 16240Usahawan akuakultur intai sinar kejayaanOleh KHAIRUNNISA SULAIMANTernakan tilapia antara projek akuakultur yang dijalankan oleh Mohd. nazri Alaudin. --------------------------------------------------------------------------------Memandangkan begitu ramai penternak yang mengusahakan ternakan ikan keli, Mohd. Nazri Alauddin, 30 mula mempelbagaikan projek ternakan ikan air akuakulturnya.Aktiviti yang dijalankan oleh ayahnya sebelum ini, kini diwariskan kepadanya. quot;
Saya akan mendalami bidang akuakultur ini dan tidak akan menghampakan impian ayah,quot;
kata Mohd. Nazri semasa ditemui di ladang ternakan ikannya di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka. Dia merupakan pengusaha projek ternakan ikan ketiga yang ditempatkan di sana selepas dua orang pengusaha tidak dapat menepati kriteria yang ditetapkan oleh syarikat subsidiari Jabatan Pertanian Melaka iaitu Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd. Mohd. Nazri merupakan peserta inkubator Jabatan Perikanan yang mengikuti pelbagai kursus anjuran jabatan berkenaan di Batu Berendam, Melaka selama tiga tahun. quot;
Saya mengikuti pelbagai jenis kursus selama tiga tahun termasuk pembenihan, penjagaan dan ternakan pelbagai ikan air tawar sehingga kepada membuat palet makanan ikan dan industri hiliran berkaitan ikan. quot;
Kursus berkenaan juga meliputi ikan puyu, keli, tilapia dan pelbagai ikan hiasan,quot;
katanya yang merancang untuk mengeluarkan makanan ternakannya sendiri dalam sedikit masa lagi. Ditanya mengapa bidang akuakultur menjadi pilihan, Mohd. Nazri berkata, akuakultur merupakan bidang yang luas dan meliputi bidang pembenihan, ternakan dan peralatan. quot;
Sebagai penternak kita boleh merancang dan membangunkan arah perniagaan mengikut kemampuan masing-masing,quot;
katanya. Mohd. Nazri yang mempunyai lapan orang pekerja memberitahu beliau tidak menghadapi masalah pasaran malah tidak cukup memenuhi permintaan. Bagaimanapun dia berupaya mengeluarkan sehingga lima tan ikan tilapia sebulan, dan hanya 300 kilogram (kg) ikan puyu sebulan kerana tempat yang terhad. Bercerita mengenai penternakan ikan, Nazri berkata, ikan tilapia biasanya menjalankan persenyawaan secara semula jadi. quot;
Ikan betina akan bertelur dan yang jantan akan mensenyawakan telur berkenaan lalu dieram oleh betina di dalam mulut. quot;
Bagi meningkatkan kadar anak ikan yang hidup, teknik aruhan anak benih ikan digunakan bagi memberikan persekitaran yang seakan-akan sama dengan mulut induk,quot;
katanya. Dalam masa tiga hari, anak ikan akan memakan kuning telur sebelum diberikan hormon untuk membesar sebagai ikan jantan. Ikan tilapia jantan lebih cepat membesar berbanding ikan betina dan ini membolehkan ikan dipasarkan dalam masa empat hingga lima bulan. quot;
Hanya ikan tilapia jantan saja diternak untuk pasaran, manakala betina dipelihara untuk dijadikan induk,quot;
katanya. Bagi satu tangki berkapasiti tiga tan air, ia boleh memuatkan sehingga 3,000 anak benih ikan keli pada satu-satu masa. Sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti, Nazri menggunakan teknik mikroorganisme berkesan (EM) bagi mengurangkan bau busuk daripada tangki-tangki ikannya dan menyalurkan sisa air ternakan ikan ke petak tanaman sayur. quot;
Saya merancang untuk menanam sayur menggunakan sisa air ternakan ikan sebagai baja dan ini boleh digunakan sebagai model bagi penternak ikan lain,quot;
katanya. Bagi memastikan ternakan ikan mencapai saiz dan berat yang dikehendaki, penggredan perlu dilakukan setiap dua minggu. Bagi mengatasi masalah lambakan ikan keli pula, Mohd Nazri menjalankan perusahaan industri hiliran bagi produk perikanan seperti serunding dan ikan salai. Manakala ikan puyu pula hanya perlu disuntik hormon mengikut berat badan bagi menggalakkan pengeluaran telur. Bagi ikan puyu, telur biasa ditetaskan sama ada di dalam kolam tanah dan tangki gentian kaca. Mempunyai kolam tanah, sangkar dalam tasik, kanvas, kolam simen dan kolam gentian kaca membolehkan beliau menghasilkan sehingga 200,000 benih keli, 70,000 hingga ,000 tilapia dan 40,000 puyu. Menyentuh mengenai pasaran, Mohd Nazri berkata, permintaan adalah melebihi pasaran dan beliau dalam perancangan membuka pusat pengumpulan atau hab bagi ikan air tawar di Jabatan Perikanan, Batu Berendam. quot;
Dengan pembukaan pusat berkenaan bukan saja boleh membantu pembeli mendapatkan ikan segar dan produk hiliran tetapi peralatan berkenaan ternakan ikan serta khidmat nasihat. quot;
Selain itu penternak juga boleh menjual produk mereka sama ada benih ikan, ikan segar atau produk hiliran berasaskan ikan di sini,'' katanya. Mohd. Nazri berkata, ini dapat mengatasi masalah pasaran yang dihadapi oleh penternak kecil-kecilan. Merealisasikan saranan kerajaan pertanian adalah perniagaan, beliau juga merancang untuk membuka restoran ikan air tawar bagi mendidik dan mendedahkan orang ramai dengan ikan air tawar. --------------------Senyum itu penawar duka....Sila KLIK utk maklumat lanjut --->Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang
Edirossa View Member Profile Find Member's Posts Jun 12 2009, 10:05 PM Post #3 Superb MemberGroup: Asst. AdministratorPosts: 40605Joined: 23-February 04From: Kuala LumpurMember No.: 16240Evolusi industri perikananPenyelidikan dalam pembiakbakaan ikan secara aruhan menjadi trend yang membantu melonjakkan industri akuakultur. --------------------------------------------------------------------------------Akitiviti Perikanan negara bermula sejak sekian lama dan Jabatan Perikanan yang diasaskan pada 1894 menjadi peneraju kepada aktiviti tersebut sehinggalah sekarang.Dengan jumlah nelayan kira-kira 89,000 dan 20, 000 penternak akuakultur, aktiviti perikanan rancak berkembang dan sebahagiannya didorong oleh adanya teknologi yang mula diperkenalkan dengan hebat di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (1991-2010)Berikut beberapa perkembangan sejarah aktiviti perikanan sehinggalah kepada pembabitan tenaga pakar dalam penyelidikan perikanan termasuk yang terbaru iaitu teknologi pembekuan sperma ikan.l1894-Aktiviti Perikanan diusahakan secara kecil-kecilan sebagai sara diri bagi mereka yang mendiami kawasan pantai dan sungail1920-an : Ternakan ikan kap cina dan sepat siam diperkenalkanl1930-an : Ternakan udang laut diperkenalkan menggunakan trapping point'l1940-an : Ternakan keran digiatkanl1950-an : Ternakan ikan hiasan, tilapia, lampam jawa, kap india dan udang galah diperkenalkan.l1960-an: Ternakan udang galah (Macrobrachium rosenbergii ) dimulakan selepas kejayaan membiakkannya dicapai.l1978 : Ternakan rumpai laut (Euchema cottoni) diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah.l1979: Ternakan siput sudu diperkenalkanl1980-an : Pembangunan projek komersial bermula dengan adanya spesies seperti udang laut, tilapia merah dan pengenalan teknologi pembenihan ikan, makanan ternakan dan pengurusan ladang akuakultur.l1986 : Institut Penyelidikan Perikanan menjalankan kajian pemindahan benih kupang bagi meningkatkan pengeluaran.l1986 : Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, Gelang patah berjaya membaiki sistem asuhan benih ikan siakap dengan menggunakan sistem palung Raceway GP300 iaitu sistem air secara mengalir terus yang dapat mengawal suhu dan kualiti air yang lebih baik berbanding sistem tertutup.l1986 : Institut Penyelidikan Perikanan berjaya menjalankan kajian untuk mereka bentuk sistem pembersihan kerang sebelum dipasarkan.l1987 : Ternakan kupang menggunakan sistem para diperkenalkan bagi kawasan yang terdedah kepada ombak di mana tidak sesuai untuk sistem rakit.l1988 : Jabatan perikanan bersama bantuan teknikal dari Program BOBP (Bay of Bengal Programme) berjaya menjalankan kajian ternakan tiram spesies Crassostrea iredalei, C. belcheri dan Ostrea folium.l1989 : Ternakan rumpai laut (Euchema cottoni) mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha di Semporna, Sabah.l1991 : Bawal Emas (Trachinotus blochii) diperkenalkan.l1990 : Pusat Pengeluaran Dan penyelidikan Benih Udang Kebangsaan, Pulau Sayak mula menjalankan kajian pembenihan ketam nipah.l1990 : Pusat Pengeluaran Dan penyelidikan Ikan Laut, Tg. Demong berjaya membiakkan ikan jenahak (kejayaan pertama di Malaysia) dalam makmal dengan bantuan pakar perunding Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).l1992 : Percubaan pertama di Malaysia ternakan ikan dalam sangkar di laut terbuka jenis Flexfloat di Teluk Dalam, Pulau Perhentian yang dikendalikan oleh Pusat Pengeluaran Dan Penyelidikan Ikan Laut, Besut, Terengganu. Ia diperbuat dari bahan high density polyethylene (HDPE), tahan angin dan ombak serta dapat mengoptimumkan penggunaan perairan laut.l1992 : Jabatan memperkenalkan peralatan menggred kerang.l1998 : Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Di Laut Terbuka dimulakan di Langkawi, Kedah untuk tujuan meningkatkan pengeluaran ikan negara yang menggunakan teknologi Norway.l2000 : Pusat Pengembangan Akuakultur, Jerantut, Pahang berjaya menjalankan kajian pembiakan kelah.l2001 : Kejayaan pertama Institut Penyelidikan Perikanan dalam kajian pengeluaran benih abalone dalam makmal.l2005 : Ternakan udang putih eksotik (Litopenaeus vannamei) dibenarkan sebagai alternatif kepada ternakan udang harimau yang menghadapi masalah penyakit.l2006 : Pameran Antarabangsa Aquafair yang pertama di Malaysia untuk meneroka pasaran terus antarabangsa bagi ikan hiasan. Program berkenaan merintis jalan kepada kepada pengusaha untuk mengukuhkan pasaran eksport dan meletakkan Malaysia sebagai pembekal utama ikan hiasan dunia.l2006 : Pusat Pengembangan Akuakultur, Jerantut dan Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Jelebu berjaya menghasilkan benih ikan kelah.--------------------Senyum itu penawar duka....Sila KLIK utk maklumat lanjut --->Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang
Edirossa View Member Profile Find Member's Posts Jul 10 2009, 12:11 AM Post #4 Superb MemberGroup: Asst. AdministratorPosts: 40605Joined: 23-February 04From: Kuala LumpurMember No.: 16240Filet tilapia ke pasaran AS Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZIROHANI Abd. Karim (empat dari kiri) memberi makanan kepada ikan tilapia hitam dalam satu sangkar Projek Berimpak Besar Zon Industri Akuakulter di Tasik Temengor, baru-baru ini. --------------------------------------------------------------------------------GERIK 23 Jun - Produk filet (isi ikan) tilapia keluaran Trapia Malaysia Sdn. Bhd. (Trapia Malaysia) akan memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) mulai Ogos ini.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abd. Karim berkata, ia merupakan kejayaan hasil misi perdagangan disertai syarikat berkenaan di Pameran Makanan Laut Boston, AS pada Mac lalu.quot;
Kejayaan memasuki pasaran AS yang merupakan pengimport filet tilapia terbesar dunia berikutan misi perdagangan yang disertai Trapia Malaysia dan Jabatan Perikanan dalam pameran di Boston Mac lalu.quot;
Nilai dagangan yang termeterai dianggarkan RM30 juta setahun,quot;
katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek tersebut di Tasik Temenggor dekat sini kelmarin.Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub dan Pegawai Daerah Hulu Perak, Datuk Abdul Karim Osman.Menurut Rohani, buat masa ini projek itu mampu mengeluarkan kira-kira 5,000 tan metrik filet tilapia setahun dan dijangka meningkat sehingga 40,000 tan metrik pada 2013.Sementara itu, Pengarah Trapia Malaysia, Lai Sead Ping berkata, projek penternakan ikan tilapia hitam memberi impak besar dan mampu menjana pendapatan ratusan juta ringgit setahun.quot;
Sebagai tanggungjawab sosial korporat, kami mahu manfaatnya turut dinikmati penduduk tempatan khususnya dari sekitar daerah Hulu Perak,quot;
katanya sambil mengakui hanya mengambil penduduk tempatan sebagai pekerja.Dalam masa sama, menurut Sead Ping, pihaknya berhasrat membantu anak-anak tempatan yang berminat, menceburi bidang ternakan ikan tilapia.Buat permulaan, katanya, Trapia Malaysia akan melatih 20 perintis di kalangan siswazah dan usahawan tempatan melalui skim pertanian kontrak.Jelas beliau, usaha tersebut dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perikanan, Kerajaan Negeri Perak dan Kolej Komuniti Gerik.quot;
Kami akan memberi latihan insentif selama enam bulan kepada pelatih terbabit tentang teknik dan prosedur penternakan ikan tilapia hitam.quot;
Saya difahamkan borang permohonan untuk memohon skim berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,quot;
katanya

Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua
Akua

More Related Content

Viewers also liked

Viewers also liked (10)

JENNA
JENNAJENNA
JENNA

The Neglected P in Marketing - People
The Neglected P in Marketing - PeopleThe Neglected P in Marketing - People
The Neglected P in Marketing - People

Big Data Analysis on Student Learning & Course Evaluation in Waseda Universit...
Big Data Analysis on Student Learning & Course Evaluation in Waseda Universit...Big Data Analysis on Student Learning & Course Evaluation in Waseda Universit...
Big Data Analysis on Student Learning & Course Evaluation in Waseda Universit...

Diversidad de-lectura
Diversidad de-lecturaDiversidad de-lectura
Diversidad de-lectura

Reah
ReahReah
Reah

Guia optimizacion motores busqueda
Guia optimizacion motores busquedaGuia optimizacion motores busqueda
Guia optimizacion motores busqueda

Leaflet nyerii
Leaflet nyeriiLeaflet nyerii
Leaflet nyerii

Hydrophobic cement
Hydrophobic cementHydrophobic cement
Hydrophobic cement

ECRI-INSTITUTE - Camas de Parto
ECRI-INSTITUTE - Camas de PartoECRI-INSTITUTE - Camas de Parto
ECRI-INSTITUTE - Camas de Parto

Week 3 noun phrase (p2)
Week 3   noun phrase (p2)Week 3   noun phrase (p2)
Week 3 noun phrase (p2)

Similar to Akua

1-151031154917-lva1-app6891.pptx
1-151031154917-lva1-app6891.pptx1-151031154917-lva1-app6891.pptx
1-151031154917-lva1-app6891.pptxmuhammadsahir5

1. presentasi bd perikanan laut dan pantai sebagai alternatif pemenuhan
1. presentasi bd perikanan laut dan pantai sebagai alternatif pemenuhan1. presentasi bd perikanan laut dan pantai sebagai alternatif pemenuhan
1. presentasi bd perikanan laut dan pantai sebagai alternatif pemenuhanVOCATIONAL HIGH SCHOOL KAINUI SERUI

Pendayagunaan dan Optimalisasi Potensi Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Dala...
Pendayagunaan dan Optimalisasi Potensi Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Dala...Pendayagunaan dan Optimalisasi Potensi Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Dala...
Pendayagunaan dan Optimalisasi Potensi Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Dala...Himaka Unsyiah

MASTERPLAN PERCEPATAN DAN PERLUASAN PEMBANGUNAN INDONESIA KORIDOR EKONOMI PAP...
MASTERPLAN PERCEPATAN DAN PERLUASAN PEMBANGUNAN INDONESIA KORIDOR EKONOMI PAP...MASTERPLAN PERCEPATAN DAN PERLUASAN PEMBANGUNAN INDONESIA KORIDOR EKONOMI PAP...
MASTERPLAN PERCEPATAN DAN PERLUASAN PEMBANGUNAN INDONESIA KORIDOR EKONOMI PAP...CITRA MARGA NUSAPHALA PERSADA, PT TBK

DATA POTENSI DKP KAB. DOMPU (1).pptx
DATA POTENSI DKP KAB. DOMPU (1).pptxDATA POTENSI DKP KAB. DOMPU (1).pptx
DATA POTENSI DKP KAB. DOMPU (1).pptxBudiYudaPrawira

13 kebijakan pembangunan wilayah pesisir
13 kebijakan pembangunan wilayah pesisir13 kebijakan pembangunan wilayah pesisir
13 kebijakan pembangunan wilayah pesisirAchmad Ridha

3 Roren KKP - Renstra KKP 2020-2024.pdf
3 Roren KKP - Renstra KKP 2020-2024.pdf3 Roren KKP - Renstra KKP 2020-2024.pdf
3 Roren KKP - Renstra KKP 2020-2024.pdfGusRaja1

R7_PERIKANAN_RAJUNGAN.pptx
R7_PERIKANAN_RAJUNGAN.pptxR7_PERIKANAN_RAJUNGAN.pptx
R7_PERIKANAN_RAJUNGAN.pptxAtanPratamaPutra

3. peluang dan kendala sektor perikanan dan kelautan
3. peluang dan kendala sektor perikanan dan kelautan3. peluang dan kendala sektor perikanan dan kelautan
3. peluang dan kendala sektor perikanan dan kelautanUniversity of Brawijaya

Kebijakan pembangunan wilayah pesisir dan lautan
Kebijakan pembangunan wilayah pesisir dan lautanKebijakan pembangunan wilayah pesisir dan lautan
Kebijakan pembangunan wilayah pesisir dan lautanPepen Mahale

Budidaya ikankerapudengankerambajaringapungkonvensi
Budidaya ikankerapudengankerambajaringapungkonvensiBudidaya ikankerapudengankerambajaringapungkonvensi
Budidaya ikankerapudengankerambajaringapungkonvensiNus Leftungun

Analisis bio ekonomi dan strategi pengelolaan sumberdaya ikan pelagis di pera...
Analisis bio ekonomi dan strategi pengelolaan sumberdaya ikan pelagis di pera...Analisis bio ekonomi dan strategi pengelolaan sumberdaya ikan pelagis di pera...
Analisis bio ekonomi dan strategi pengelolaan sumberdaya ikan pelagis di pera...Mujiyanto -

Draft renstra-2015-2019-prl 12-sept-2015-pdf (tujuan dansasaran mantap)
Draft renstra-2015-2019-prl 12-sept-2015-pdf (tujuan dansasaran mantap)Draft renstra-2015-2019-prl 12-sept-2015-pdf (tujuan dansasaran mantap)
Draft renstra-2015-2019-prl 12-sept-2015-pdf (tujuan dansasaran mantap)Freelance, self-employed

Similar to Akua (20)

1-151031154917-lva1-app6891.pptx
1-151031154917-lva1-app6891.pptx1-151031154917-lva1-app6891.pptx
1-151031154917-lva1-app6891.pptx

1. presentasi bd perikanan laut dan pantai sebagai alternatif pemenuhan
1. presentasi bd perikanan laut dan pantai sebagai alternatif pemenuhan1. presentasi bd perikanan laut dan pantai sebagai alternatif pemenuhan
1. presentasi bd perikanan laut dan pantai sebagai alternatif pemenuhan

Pendayagunaan dan Optimalisasi Potensi Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Dala...
Pendayagunaan dan Optimalisasi Potensi Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Dala...Pendayagunaan dan Optimalisasi Potensi Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Dala...
Pendayagunaan dan Optimalisasi Potensi Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Dala...

Industrialisasi perikanan budidaya kepulauan riau melalui penerapan konsep
Industrialisasi perikanan budidaya kepulauan riau melalui penerapan konsepIndustrialisasi perikanan budidaya kepulauan riau melalui penerapan konsep
Industrialisasi perikanan budidaya kepulauan riau melalui penerapan konsep

MASTERPLAN PERCEPATAN DAN PERLUASAN PEMBANGUNAN INDONESIA KORIDOR EKONOMI PAP...
MASTERPLAN PERCEPATAN DAN PERLUASAN PEMBANGUNAN INDONESIA KORIDOR EKONOMI PAP...MASTERPLAN PERCEPATAN DAN PERLUASAN PEMBANGUNAN INDONESIA KORIDOR EKONOMI PAP...
MASTERPLAN PERCEPATAN DAN PERLUASAN PEMBANGUNAN INDONESIA KORIDOR EKONOMI PAP...

DATA POTENSI DKP KAB. DOMPU (1).pptx
DATA POTENSI DKP KAB. DOMPU (1).pptxDATA POTENSI DKP KAB. DOMPU (1).pptx
DATA POTENSI DKP KAB. DOMPU (1).pptx

24932925 budidaya-menjadi-primadona-perikanan
24932925 budidaya-menjadi-primadona-perikanan24932925 budidaya-menjadi-primadona-perikanan

4 BAB II ekonomi maritim
4 BAB II ekonomi maritim4 BAB II ekonomi maritim
4 BAB II ekonomi maritim

13 kebijakan pembangunan wilayah pesisir
13 kebijakan pembangunan wilayah pesisir13 kebijakan pembangunan wilayah pesisir
13 kebijakan pembangunan wilayah pesisir

3 Roren KKP - Renstra KKP 2020-2024.pdf
3 Roren KKP - Renstra KKP 2020-2024.pdf3 Roren KKP - Renstra KKP 2020-2024.pdf
3 Roren KKP - Renstra KKP 2020-2024.pdf

R7_PERIKANAN_RAJUNGAN.pptx
R7_PERIKANAN_RAJUNGAN.pptxR7_PERIKANAN_RAJUNGAN.pptx
R7_PERIKANAN_RAJUNGAN.pptx

3. peluang dan kendala sektor perikanan dan kelautan
3. peluang dan kendala sektor perikanan dan kelautan3. peluang dan kendala sektor perikanan dan kelautan
3. peluang dan kendala sektor perikanan dan kelautan

Sos dak 2012 kelautan & perikanan
Sos dak 2012   kelautan & perikananSos dak 2012   kelautan & perikanan
Sos dak 2012 kelautan & perikanan

Perikanan kepulauan riau by romi novriadi
Perikanan kepulauan riau   by romi novriadiPerikanan kepulauan riau   by romi novriadi
Perikanan kepulauan riau by romi novriadi

;B
;B;B
;B

Kebijakan pembangunan wilayah pesisir dan lautan
Kebijakan pembangunan wilayah pesisir dan lautanKebijakan pembangunan wilayah pesisir dan lautan
Kebijakan pembangunan wilayah pesisir dan lautan

Budidaya ikankerapudengankerambajaringapungkonvensi
Budidaya ikankerapudengankerambajaringapungkonvensiBudidaya ikankerapudengankerambajaringapungkonvensi
Budidaya ikankerapudengankerambajaringapungkonvensi

Analisis bio ekonomi dan strategi pengelolaan sumberdaya ikan pelagis di pera...
Analisis bio ekonomi dan strategi pengelolaan sumberdaya ikan pelagis di pera...Analisis bio ekonomi dan strategi pengelolaan sumberdaya ikan pelagis di pera...
Analisis bio ekonomi dan strategi pengelolaan sumberdaya ikan pelagis di pera...

Draft renstra-2015-2019-prl 12-sept-2015-pdf (tujuan dansasaran mantap)
Draft renstra-2015-2019-prl 12-sept-2015-pdf (tujuan dansasaran mantap)Draft renstra-2015-2019-prl 12-sept-2015-pdf (tujuan dansasaran mantap)
Draft renstra-2015-2019-prl 12-sept-2015-pdf (tujuan dansasaran mantap)

Akua

• 1. 3.4Komoditi Perikanan
Dasar
Berdasarkan DPN3, objektif industri perikanan adalah,
        Menentukan bekalan ikan segar yang mencukupi bagi keperluan tempatan dan juga industri pemprosesan,
        Meningkatkan eksport bagi ikan terpilih
Sasaran
Berdasarkan Jadual 9, nilai pengeluaran ikan dijangka meningkat daripada RM5.3 bilion pada tahun 2000 kepada RM7.1 bilion pada 2005 dan RM9.4 bilion pada 2010. Fokus pengeluaran adalah kepada perikanan laut pantai dan akuakultur air payau/masin/tawar iaitu masing-masing menyumbangkan 51% dan 36% kepada anggaran pengeluaran pada tahun 2005.
Jadual 9
Perikanan: Unjuran Pengeluaran 2000-2010
(RM Juta)
2000 2005 2010 Laut Pantai 3,498 3,885 4,548 Laut Dalam 500 625 788 Akuakultur Air Payau/ Masin1,100 2,118 3,275 Akuakultur Air Tawar   249 474 753 Jumlah 5,347 7,102 9,364
Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, “Pelan Tindakan Pengeluaran Makanan (Sektor Perikanan)”.
Dari segi pelaksanaan, beberapa keputusan Kerajaan meminta dipesatkan lagi pembangunan perikanan laut dalam dan ternakan ikan air masin di kuala-kuala sungai.
Akuakultur
Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, nilai pengeluaran perikanan akukultur dijangka meningkat daripada RM1,349 juta pada 2000 kepada RM2,592 juta pada 2005 dan RM4,028 juta pada 2010. Unjuran pengeluaran mengikut komoditi adalah seperti dalam jadual 10.
Jadual 10
Akuakultur: Unjuran Perikanan Akuakultur
(tan)
Produk/Tahun 2000 2005 2010 Ternakan kerang 98,600 112,320   144,800   Ternakan siput sudu/tiram   3,740 6,490 10,080 Ternakan rumpai laut 10,000 15,000 20,000 Udang laut (kolam) 44,550 88,280 129,100Ikan laut (sangkar pantai)   8,700 9,460 11,520 Ikan laut (sangkar terbuka)   8,000 40,000 85,000 Ikan air tawar (kolam) 55,938 97,784 141,230   Ikan air tawar (sangkar) 8,640 27,720 50,800 Ikan air tawar (kepungan)   3,000 6,000 10,000 Ikan air tawar (lombong) 3,660 3,825 4,000 Ikan hiasan 350 420 500         Jumlah Pengeluaran (tan) 245,178 407,299 607,030 Nilai (RM Juta) 1,349 2,592 4,028 Keluasan (hektar) 27,067 33,332 38,627 % dpd. potensi 6% 7% 8%
Sumber: Jabatan Perikanan, “Pelan Tindakan Pengeluaran Makanan Bagi Sektor Pertanian”.
Pada tahun 2005, jumlah pengeluaran akuakultur dijangkakan 407,299 tan metrik berbanding 245,178 tan pada 2000, meningkat sebanyak 66%. Luas kawasan yang terlibat dengan pengeluaran pada 2005 adalah 33,322 hektar, iaitu hanya 7% daripada potensi kawasan yang boleh dimajukan dengan perikanan akuakultur.
Potensi Kawasan Pembangunan Akuakultur
Perikanan akuakultur mempunyai masa depan yang cerah. Jabatan Perikanan telah menganggarkan seluas lebih kurang 491,000 hektar tanah diseluruh negara mempunyai potensi untuk dimajukan (rujuk Jadual 11) terutamanya kawasan tasek/empangan, tanah pendalaman dan teluk/lagoon. Semenanjung, Sabah dan Sarawak mempunyai peluang yang sama dalam memajukan industri ini kerana taburan potensi keluasan yang hampir sama.
Jadual 11
Akuakultur: Potensi Pembangunan Kawasan
Sumber (hektar) SemenanjungSarawakSabah   Jumlah   Kawasan Laut Terbuka 58,980 19,350 19,390 97,720 Teluk/Lagoon - - 102,413 102,413 Kawasan Laut Terlindung - - 1,229 1,229 Pantai Berlumpur 8,330 - - 8,3303 Tanah Pantai 3,376 14,116 8,050 25,542 Tanah Pendalaman 60,000 t.d 51,178 111,178 Bekas Lombong 3,451 t.d t.d 3,451 Tasek/Empangan 25,496 116,000 t.d 141,496 Jumlah Potensi159,633 149,466 182,260 491,359
Nota: (-): sumber telah diterokai sepenuhnya
(t.d): tiada data
Sumber: Jabatan Perikanan, “Pelan Tindakan Pelaksanaan DPN3 Untuk Meningkatkan Pengeluaran Makanan (Ikan)”.
Peralatan Perikanan Moden
Dalam usaha memodenkan sektor perikanan, terutamanya perikanan laut, pelaburan dalam peralatan berikut adalah diperlukan:
Perikanan Laut
        Pembelian vessel
        Peralatan navigasi dan komunikasi vessel moden
        Sonar (alat mengesan kumpulan ikan)
        Power block (penghela pukat)
        Net drum (penggulung pukat)
        Refrigerated sea water (sistem penyejukan air laut)
Perikanan Akuakultur
Kemudahan dan Peralatan Operasi sangkar
Mesin Pemindahan Ikan (untuk memindahkan ikan dari kolam/tangki ke lori.
Pam Pengudaraan (Paddle Wheel)
Oleh LAUPA JUNUS
DALAM Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK–9) bagi sektor
perikanan, kerajaan menyasarkan
pengeluaran perikanan ditingkatkan
bagi memenuhi pengeluaran dalam
negara.
Menjelang penghujung tempoh
tersebut, perikanan laut menyumbang
1.3 juta tan matrik manakala
akuakultur atau ternak air sebanyak
662,000 tan metrik setahun.
Pergantungan semata-mata kepada
bidang perikanan laut bagaimanapun
berdepan dengan risiko
sumber marin yang telah mencapai
tahap optimum.
Sebab itu kerajaan akan memberi
tumpuan kepada subsektor akuakultur
kerana menyedari potensinya
untuk dikembangkan dan menurut
unjuran oleh Unit Perancang Ekonomi
(EPU), kadar pertumbuhan
ialah 21.5 peratus setahun dalam
RMK-9 berbanding lapan peratus
dalam dalam RMK-8.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk
Junaidi Che Ayub berkata, bidang
akuakultur boleh dikembangkan di
negara ini sekiranya beberapa aspek
dipenuhi.
Beliau memberitahu, tiga aspek
penting menentukan kejayaan akuakultur
ialah komitmen kerajaan
negeri menyediakan kawasan tanah
dan perairan untuk tujuan tersebut.
Ini kerana, kerajaan-kerajaan negeri
perlu menyediakan kawasan
yang disebutkan sebagai Zon Industri
Akuakultur (ZIA) yang menjadi
penentu kepada kejayaan subsektor
akuakultur negara
Berdasarkan statistik dalam RMK-
8 bagi pembangunan ZIA, kawasan
seluas 2,873 hektar sedang beroperasi
dan 58,168 hektar lagi
kawasan akan dibangunkan.
Dalam hal ini, selepas kerajaan
negeri menyediakan tanah, ia diwartakan
sebagai kawasan ZIA dan kerajaan
Pusat akan membina kemudahan
infrastruktur.
Untuk peningkatan kawasan, dijangkakan
pengeluaran bertambah
dari nilai RM2.5 bilion kepada
RM6.3 bilion.
Jumlah tersebut meliputi
empat komoditi utama
iaitu ikan dan udang
air tawar sebanyak
RM863 juta, udang laut
(RM4,500 juta), ikan
laut (RM860 juta) dan
k e r a n g - k e r a n g a n
(RM102 juta).
Selain itu, dua industri
baru yang dilihat boleh
memberi sumbangan
besar ialah ikan hiasan
yang dijangka menyumbang
RM190 juta dan
rumpai laut sebanyak
RM380 juta.
Aspek yang tidak kurang pentingnya
ialah sumber kewangan yang
mencukupi bagi kerajaan membina
kemudahan infrastruktur di kawasan
projek akuakultur.
Faktor ketiga yang tidak kurang
pentingnya ialah menarik pelaburan
swasta. Ini kerana swasta boleh
memberi peluang kepada syarikatsyarikat
kecil bernaung di bawah
mereka dan pada masa sama menggalakkan
perkembangan ladang
akuakultur komersial.
Menurut Junaidi, kerajaan akan
memberi penekanan kepada projek
bersepadu iaitu memilih kawasan
yang strategik dan berpotensi dan
dilengkapi dengan infrastruktur.
“Kita juga mahukan projek akuakultur
ini memberi faedah kepada
penternak-penternak kecil.
“Sehubungan itulah, kita berharap
syarikat besar melabur sebagai penaung
kepada projek-projek kecil,”
kata beliau.
Konsep tersebut memberi faedah
kepada syarikat besar dengan mendapat
bekalan berterusan daripada
penternak kecil, manakala penternak
terbabit mendapat bimbingan dan
input yang diperlukan.
Konsep ladang kontrak
atau ladang nukleus
tersebut telah terbukti
berjaya di luar negara
termasuk Indonesia yang
membuka kawasan projek
sehingga beribu-ribu
hektar.
“Di Indonesia, projek
tersebut dikenali sebagai
intiplasma iaitu satu projek
akuakultur besarbesaran
berkonsepkan
ladang nukleus,” katanya.
Namun kata Junaidi, beberapa
masalah masih perlu diberi perhatian
bagi memastikan agenda pembangunan
projek akuakultur di
negara ini tidak terjejas.
Antara masalah tersebut termasuk
kekurangan bekalan benih yang bermutu
terutama ikan marin.
Bagi mengatasi masalah tersebut,
jabatan tersebut akan membina sebuah
Pusat Pembenihan Ikan Laut
dalam RMK-9 di Rompin, Pahang.
Selain itu, teknologi pembenihan
perlu diperkenalkan manakala syarikat
swasta terus digalak menghasilkan
benih ikan bermutu.
Pada masa ini, pusat seumpama
itu telah diwujudkan di Tanjung
Demong dan Pulau Sayak.
Kos pengeluaran yang tinggi juga
ditanggung oleh pengusaha kerana
kenaikan harga minyak dan kos
makanan.
Jika sebelum ini kos makanan
hanya antara 40 dan 50 peratus,
tetapi ia meningkat kepada 60 peratus.
Contoh mudah, pengeluaran satu
kilogram udang sebelum ini hanya
antara RM1 dan RM3, tetapi ia
bertambah RM3 - RM5.
Salah satu cara mengurangkan kos
ialah memanfaatkan bahan-bahan
tempatan dalam pengeluaran makanan
menerusi penyelidikan.
Penggunaan isirung sawit boleh
menggantikan komponen makanan
ternakan terutama tepung ikan.
Hari ini, seramai 22,000 pengusaha
akuakultur di negara ini perlu
dipertingkatkan jumlahnya bagi meningkatkan
pengeluaran ikan negara.
Kerajaan akan meneruskan usaha
merancakkan pembangunan akuakultur
menerusi pendekatan baru ini
bagi mencapai matlamat supaya
sumbangan akuakultur dalam imbangan
dagangan (BOT) dapat ditingkatkan.
Beberapa cabaran semasa terbaru
meningkatkan pengawasan penyakit
dan kerjasama dengan agensi lain
termasuk Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS), Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) juga
akan membantu dalam hal berkaitan
penyediaan infrastruktur dan pemasaran
hasil.
Sistem kelompok atau ladang nukleus
dijangka memberi impak baru
kepada penjanaan subsektor akuakultur
negara yang akan menyumbang
kepada BOT positif menjelang
2010.
MUKA 2
SASARAN PENGELUARAN AKUAKULTUR
PADA 2010
Komoditi Pengeluaran Nilai
(matrik tan) (RM juta)
Ikan/Udang air tawar 230,000 863
Udang laut 180,000 4,500
Ikan laut 122,000 860
Kerang-kerangan 130,000 102
JUMLAH 662,000 6.325
INDUSTRI BARU
Ikan hiasan 888 juta ekor 190 juta
Rumpai Laut 25,000 380 juta
(berat kering)
Sumber: Jabatan Perikanan
Nota: Berdasarkan harga tahun 2005
Pendekatan baru
jana akuakultur
AkuakulturPengeluaran daripada akuakultur telah meningkat kepada 243,066 tan metrik iaitu peningkatan sebanyak 36.4% berbanding tahun 2007. Nilai pengeluaran juga turut meningkat dari RM1,323,280 pada tahun 2007 kepada RM1,769,305. Akuakultur air payau masih kekal sebagai penyumbang utama iaitu sebanyak 60.5% atau 147,148 tan metrik. Ini adalah peningkatan sebanyak 36.0% berbanding 2007. Manakala pengeluaran akuakultur air tawar menyumbang sebanyak 39.5% atau 95,917 tan metrik.  Pengeluaran Akuakultur Mengikut komoditi
HYPERLINK quot; http://kelitiga.blogspot.com/2008/08/pengurusan-akuakultur-air-dan-pemakanan.htmlquot; Pengurusan akuakultur, air dan pemakanan
Pengurusan akuakultur
Sistem ternakanApa jua sistem ternakan yang dipraktikkan, rekabentuk serta susun atur kawasan ternakan hendaklah strategik dan sesuai. Beberapa perkara penting perlu diberi penekanan iaitu:
Sistem penukaran air yang cekap dan mudah dijalankan
Pungutan hasil dapat dijalankan dengan mudah dan dengan penyelenggaraan yang minima
Elakkan kemasukan ikan liar yang berkemungkinan membawa penyakit
Pemilihan tapak ternakan
LokasiLokasi dipilih mempunyai cuaca yang stabil. Ianya bukan kawasan kering ataupun bukan kawasan hujan yang tinggi.
Kemudahan infrastrukturBekalan elektrik, air paip, telefon dan jalanraya sedia ada.
Punca air
Berhampiran dengan kawasan ternakan bagi memudahkan pemerhatian dibuat
Berkualiti, sesuai dengan pemilihan spesis ikan yang diternak dan mencukupi
Bebas dari percemaran
Bebas dari ikan liar yang berkemungkinan besar membawa penyakit
TanahTidak mengandungi asid sulfat yang tinggi kerana pH air yang rendah <6.5>
Benih
Benih yang berkualitiSelalunya dihasilkan oleh unit hactheri (asuhan) yang mengamalkan pengurusan nurseri dan induk yang sistematik. Ini akan menghasilkan induk yang sihat dan seterusnya menghasilkan anak benih yang berkualiti.
Penggunaan bahan kimia dan antibiotik Rawatan secara terkawal dapat mengelakkan rintangan kepada serangan patogen dan seterusnya meningkatkan daya ketahanan badan ikan terhadap jangkitan penyakit berjangkit.
Teknik penghasilan benihPembiakan secara `culling' dan selective boleh membaiki mutu benih agar tahan penyakit. Elakkan ‘inbreeding’, kerana ia akan menghasilkan benih yang lemah dan tidak tahan serangan penyakit.
Pelepasan benihAntara aktiviti yang dijalankan:
Memastikan mutu air sesuai dengan spesis ikan yang diternak.
Benih ikan dikuarantin selama seminggu dan diberi rawatan profilaksis (formalin 25ppm dan garam 1000ppm) dengan pengudaraan yang cukup. Benih-benih yang tidak sihat diasingkan, hanya benih yang sihat/aktif sahaja dipilih.
Perlepasan benih dilakukan diwaktu pagi dan petang untuk mengurangkan `heat stress' pada ikan.
Pengurusan Air
Air merupakan medium untuk ikan hidup. Pemeriksaan kualiti air perlu dilakukan dengan lebih kerap agar masalah dapat dikesan pada peringkat awal terutama apabila berlaku perubahan cuaca seperti hujan, panas terik, dan kemasukan air baru. Penggunaan alat mengukur kualiti air seperti oksigen meter, pH meter dan jangkasuhu (thermometer), sebaik-baiknya disediakan jika mampu.
Pertukaran air kolam perlu dilakukan pada kadar 5-10% bagi sistem pengaliran air secara berterusan. Bagi sistem aliran air yang statik, air kolam perlu ditukar sebanyak 30% apabila warna air kolam telah bertukar kepada hijau pekat dan terdapat banyak zarah terampai di permukaan air (green alga). Salur air masuk perlu dipasang penapis, jaring atau pasir dan batu kerikil bagi menghalang kemasukan ikan liar, siput, serangga air dan kotoran.
Jadual 1: Kriteria mutu air yang sesuai untuk ternakan
PARAMETER(mg/l) atau ppmTahap NormalParas yangboleh diterimaAlkaliniti (mg/l CaCO3)30-130>20pH (unit)6.5-8.56.5-8.5Bahan terampai 25-8080-400Suhu (oC)27-30�5Oksigen terlarut (O2)>5.0>20Ammonia (NH3)0.020.2Fosfat (PO42-)0.0020.05BOD<2<2Ferum (Fe)0.011.0Nitrat (NO3-)42100Karban dioksida (CO2)0-15<25Sulfat (SO42-)0.002-
Ternakan sangkar tidak memerlukan penukaran air, walaubagaimanapun ia terdedah kepada risiko pencemaran yang tinggi. Perubahan fizikal-kimia parameter air yang ketara berlaku apabila terdapat perubahan cuaca pada persekitaran.
Masalah kritikal bagi ternakan sangkar biasanya erlaku pada musim kemarau atau tengkujuh dimana terdapat perubahan besar kepada kualiti air. Oleh yang demikian perancangan perlu dilakukan supaya masa ternakan ikan diperingkat asuhan tidak menempuh kedua-dua musim tersebut.
Jadual 2: Kesan kejatuhan mutu air ke atas ikan
Parameter AirPerubahan Patologi dan Tanda Klinikal1. Ammonia toksisitikematian akut, ‘hyperexcitability’- melompat-lompat dipermukaan air,kurang makan, tumbesaranterbantut dan insang rosak (kes kronik).2. Nitrit toksisitidyspnea (susah bernafas),lemah dan berada dipermukaan air.Darah berwarna coklat(methaemoglobinaemia),insang pucat dan berwarna coklat.3. Karbon dioksida tinggipengasidan air(pH rendah), dyspnea(tercungap-cungap dipermukaan air). 4. Kekurangan oksigen ikan tidak aktif, ikan berkumpulberdekatan punca air masukatau saluran paip aeration,anorexia atau kurang makan,tercungap-cungap dipermukaan airdengan opecula terbuka. 5. Kekeruhan tinggimenghalang penembusan cahayauntuk fotosintensis,mengurangkan kandunganoksigen didalam air.6. Dedahan suhu tinggi berpanjanganikan kurang selera makan,FCR rendah, tidak tentuarah (restless), tumbesaran terbantut.
Rujukan tambahan - PEMAHAMAN ASAS - ASAS MUTUAIR
Pemakanan
Penggunaan makanan yang seimbang dan berkualiti memastikan kadar tumbesaran yang cepat, meningkatkan status kesihatan dan seterusnya meningkatkan ketahanan ikan melawan penyakit.
Kekurangan nutrient tertentu didalam makanan mengakibatkan ikan mengalami penyakit kekurangan nutrien (nutritional deficiency syndrome). Contoh: ikan keli mengalami retak kepala akibat kekurangan vitamin C.
Makanan terdiri daripada jenis starter dan grower. Diperingkat tumbesaran ikan diberi pemakanan jenis grower dengan nilai protein yang tinggi, contoh: ikan tilapia (28-32%).
Pemberian makanan perlu secukupnya(optima) dan tanpa berlebihan. Kadar pemberian makanan bagi ikan diperingkat asuhan ialah sebanyak 5-6% berat badan ikan dan 3% bagi ikan melebihi 30g ke atas.
Simpan makanan ditempat kering agar tidak dijangkiti fungus. Penyimpanan yang terlalu lama akan merendahkan kualiti makanan.
*dipetik dari www.fri.gov.my
Posted by Keli Tiga Enterprise at 8:21 AM
0 comments:
Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Logo
Keli Tiga Enterprise
About Us
Keli Tiga Enterprise
Alor Star, Kedah, Malaysia
Diusahakankan oleh tiga sahabat iaitu Ashraf, Edi dan Azizul. Kami menjalankan ternakan keli dalam kanvas dan pertama seumpamanya di daerah Gelam, Kedah. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan membekal alat-alat keperluan untuk ternakan ikan keli.
View my complete profile
Sangkar ikan air tawar lubuk duitOleh KHAIRUNNISA SULAIMANikan patin dan tilapia boleh dijual selepas lima atau enam bulan dibela ketika beratnya mencapai antara 500 dan 700 gram. --------------------------------------------------------------------------------Menyusuri Sungai Pahang di daerah Jerantut, Pahang, tentu mata tidak lepas memandang sangkar-sangkar ikan air tawar yang meriah menghiasi tebing sungai. Industri ikan sangkar sebenarnya memberikan pulangan lumayan kepada penternak jika mereka mengusahakannya secara bersungguh-sungguh. Antara penternak ikan air tawar yang berjaya di daerah Jerantut, Isharum Bujang, 47, yang telah melibatkan diri dalam industri ternakan ikan sangkar seperti patin dan tilapia sejak 10 tahun lalu. Bermula dengan modal RM10,000, bekas tentera ini membina dua buah sangkar berukuran 10 kaki x 12 kaki x 5 kaki bagi ikan patin dan tilapia dengan bekalan benih diambil daripada pembekal di Rawang, Selangor. quot; Biarpun nampak remeh tetapi sebuah sangkar ikan menelan kos antara RM3,500 hingga RM4,000 bergantung kepada mutu dan upah menarik sangkar ke sungai dan tidak termasuk kos anak benih. quot; Harga anak benih ikan patin bersaiz empat inci berharga antara 50 hingga 70 sen seekor berbanding ikan tilapia 40 hingga 50 sen pada saiz yang sama,'' katanya yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau geran daripada agensi kerajaan atau swasta. Terdapat 80 sangkar ikan yang dipunyai oleh lima individu berlainan diletakkan sepanjang Sungai Pahang di Kampung Lada, Jerantut Feri, Jerantut. Isharum berkata, ikan patin dan tilapia boleh dijual selepas lima atau enam bulan ketika beratnya antara 500 hingga 700 gram. quot; Permintaan ikan dengan berat lebih kurang 600 gram amat menggalakkan,quot; katanya. Biasanya satu sangkar yang menempatkan antara 1,000 hingga 1,200 ekor benih ikan boleh mengeluarkan sehingga satu tan ikan bagi satu musim. quot; Bagaimanapun bukan semua benih ikan yang dilepaskan akan hidup dan membesar kerana sebahagiannya akan mati,quot; jelas beliau. Mengenai pasaran, Isharum berkata, permintaan ikan patin dan tilapia sangkar amat menggalakkan terutama di pasar tani, pemborong dan pasar besar Jerantut. Satu kilogram ikan patin dan tilapia biasanya dijual secara runcit dengan harga RM13 hingga RM14 sekilogram. quot; Setakat ini kami tidak dapat memasarkan hasil ikan ke kawasan lain di Pahang kerana hasil yang dikeluarkan masih belum mencukupi,'' kata Isharum yang berasal dari Jerantut. Sementara itu seorang lagi penternak ikan air tawar, Zanuari Abd. Halim, 42, mula menternak dengan empat sangkar ikan. Anak jati Jerantut yang menternak ikan patin, tilapia dan beberapa jenis ikan air tawar lain mengakui permintaan yang diterima melebihi bekalan. quot; Kami tidak dapat mengeluarkan ikan dengan banyak kerana kami menghadapi masalah dengan bekalan benih dan harga makanan ikan yang semakin mahal. quot; Benih ikan yang dibeli kadang-kala kurang berkualiti walaupun dibeli di tempat yang sama dan benih yang kurang bermutu akan menyebabkan ikan lambat membesar untuk dipasarkan,quot; katanya berusaha mencari benih ikan yang berkualiti. Kata Zanuari, selain itu ikan sangkar juga sering terdedah kepada risiko kematian akibat cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat, banjir kilat serta masalah berkaitan dengan pencemaran air. Sementara itu seorang lagi penternak ikan sangkar, Mohamad Zuhran Mat Ali, 36, pula menjadikan ternakan ikan sangkar sebagai pendapatan sampingan sejak enam tahun lalu. Beliau yang bekerja sebagai kontraktor telekomunikasi kini mempunyai 30 buah sangkar berkata, harga makanan ikan yang semakin meningkat menjadikan penternak semakin tersepit. quot; Biasanya bagi satu pusingan ternakan ikan sangkar memerlukan RM3,000 bagi satu sangkar bagi satu musim,quot; katanya yang bermula hanya dengan sebuah sangkar ikan patin. Zuhran berkata, bagi satu pusingan ternakan ikan memerlukan kos makanan sehingga RM3,000 dalam bentuk palet bagi tiga peringkat dalam proses pembesaran anak ikan sehingga dewasa --------------------Senyum itu penawar duka....Sila KLIK utk maklumat lanjut --->Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang
Edirossa View Member Profile Find Member's Posts Mar 16 2009, 07:32 AM Post #2 Superb MemberGroup: Asst. AdministratorPosts: 40605Joined: 23-February 04From: Kuala LumpurMember No.: 16240Usahawan akuakultur intai sinar kejayaanOleh KHAIRUNNISA SULAIMANTernakan tilapia antara projek akuakultur yang dijalankan oleh Mohd. nazri Alaudin. --------------------------------------------------------------------------------Memandangkan begitu ramai penternak yang mengusahakan ternakan ikan keli, Mohd. Nazri Alauddin, 30 mula mempelbagaikan projek ternakan ikan air akuakulturnya.Aktiviti yang dijalankan oleh ayahnya sebelum ini, kini diwariskan kepadanya. quot; Saya akan mendalami bidang akuakultur ini dan tidak akan menghampakan impian ayah,quot; kata Mohd. Nazri semasa ditemui di ladang ternakan ikannya di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka. Dia merupakan pengusaha projek ternakan ikan ketiga yang ditempatkan di sana selepas dua orang pengusaha tidak dapat menepati kriteria yang ditetapkan oleh syarikat subsidiari Jabatan Pertanian Melaka iaitu Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd. Mohd. Nazri merupakan peserta inkubator Jabatan Perikanan yang mengikuti pelbagai kursus anjuran jabatan berkenaan di Batu Berendam, Melaka selama tiga tahun. quot; Saya mengikuti pelbagai jenis kursus selama tiga tahun termasuk pembenihan, penjagaan dan ternakan pelbagai ikan air tawar sehingga kepada membuat palet makanan ikan dan industri hiliran berkaitan ikan. quot; Kursus berkenaan juga meliputi ikan puyu, keli, tilapia dan pelbagai ikan hiasan,quot; katanya yang merancang untuk mengeluarkan makanan ternakannya sendiri dalam sedikit masa lagi. Ditanya mengapa bidang akuakultur menjadi pilihan, Mohd. Nazri berkata, akuakultur merupakan bidang yang luas dan meliputi bidang pembenihan, ternakan dan peralatan. quot; Sebagai penternak kita boleh merancang dan membangunkan arah perniagaan mengikut kemampuan masing-masing,quot; katanya. Mohd. Nazri yang mempunyai lapan orang pekerja memberitahu beliau tidak menghadapi masalah pasaran malah tidak cukup memenuhi permintaan. Bagaimanapun dia berupaya mengeluarkan sehingga lima tan ikan tilapia sebulan, dan hanya 300 kilogram (kg) ikan puyu sebulan kerana tempat yang terhad. Bercerita mengenai penternakan ikan, Nazri berkata, ikan tilapia biasanya menjalankan persenyawaan secara semula jadi. quot; Ikan betina akan bertelur dan yang jantan akan mensenyawakan telur berkenaan lalu dieram oleh betina di dalam mulut. quot; Bagi meningkatkan kadar anak ikan yang hidup, teknik aruhan anak benih ikan digunakan bagi memberikan persekitaran yang seakan-akan sama dengan mulut induk,quot; katanya. Dalam masa tiga hari, anak ikan akan memakan kuning telur sebelum diberikan hormon untuk membesar sebagai ikan jantan. Ikan tilapia jantan lebih cepat membesar berbanding ikan betina dan ini membolehkan ikan dipasarkan dalam masa empat hingga lima bulan. quot; Hanya ikan tilapia jantan saja diternak untuk pasaran, manakala betina dipelihara untuk dijadikan induk,quot; katanya. Bagi satu tangki berkapasiti tiga tan air, ia boleh memuatkan sehingga 3,000 anak benih ikan keli pada satu-satu masa. Sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti, Nazri menggunakan teknik mikroorganisme berkesan (EM) bagi mengurangkan bau busuk daripada tangki-tangki ikannya dan menyalurkan sisa air ternakan ikan ke petak tanaman sayur. quot; Saya merancang untuk menanam sayur menggunakan sisa air ternakan ikan sebagai baja dan ini boleh digunakan sebagai model bagi penternak ikan lain,quot; katanya. Bagi memastikan ternakan ikan mencapai saiz dan berat yang dikehendaki, penggredan perlu dilakukan setiap dua minggu. Bagi mengatasi masalah lambakan ikan keli pula, Mohd Nazri menjalankan perusahaan industri hiliran bagi produk perikanan seperti serunding dan ikan salai. Manakala ikan puyu pula hanya perlu disuntik hormon mengikut berat badan bagi menggalakkan pengeluaran telur. Bagi ikan puyu, telur biasa ditetaskan sama ada di dalam kolam tanah dan tangki gentian kaca. Mempunyai kolam tanah, sangkar dalam tasik, kanvas, kolam simen dan kolam gentian kaca membolehkan beliau menghasilkan sehingga 200,000 benih keli, 70,000 hingga ,000 tilapia dan 40,000 puyu. Menyentuh mengenai pasaran, Mohd Nazri berkata, permintaan adalah melebihi pasaran dan beliau dalam perancangan membuka pusat pengumpulan atau hab bagi ikan air tawar di Jabatan Perikanan, Batu Berendam. quot; Dengan pembukaan pusat berkenaan bukan saja boleh membantu pembeli mendapatkan ikan segar dan produk hiliran tetapi peralatan berkenaan ternakan ikan serta khidmat nasihat. quot; Selain itu penternak juga boleh menjual produk mereka sama ada benih ikan, ikan segar atau produk hiliran berasaskan ikan di sini,'' katanya. Mohd. Nazri berkata, ini dapat mengatasi masalah pasaran yang dihadapi oleh penternak kecil-kecilan. Merealisasikan saranan kerajaan pertanian adalah perniagaan, beliau juga merancang untuk membuka restoran ikan air tawar bagi mendidik dan mendedahkan orang ramai dengan ikan air tawar. --------------------Senyum itu penawar duka....Sila KLIK utk maklumat lanjut --->Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang
Edirossa View Member Profile Find Member's Posts Jun 12 2009, 10:05 PM Post #3 Superb MemberGroup: Asst. AdministratorPosts: 40605Joined: 23-February 04From: Kuala LumpurMember No.: 16240Evolusi industri perikananPenyelidikan dalam pembiakbakaan ikan secara aruhan menjadi trend yang membantu melonjakkan industri akuakultur. --------------------------------------------------------------------------------Akitiviti Perikanan negara bermula sejak sekian lama dan Jabatan Perikanan yang diasaskan pada 1894 menjadi peneraju kepada aktiviti tersebut sehinggalah sekarang.Dengan jumlah nelayan kira-kira 89,000 dan 20, 000 penternak akuakultur, aktiviti perikanan rancak berkembang dan sebahagiannya didorong oleh adanya teknologi yang mula diperkenalkan dengan hebat di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (1991-2010)Berikut beberapa perkembangan sejarah aktiviti perikanan sehinggalah kepada pembabitan tenaga pakar dalam penyelidikan perikanan termasuk yang terbaru iaitu teknologi pembekuan sperma ikan.l1894-Aktiviti Perikanan diusahakan secara kecil-kecilan sebagai sara diri bagi mereka yang mendiami kawasan pantai dan sungail1920-an : Ternakan ikan kap cina dan sepat siam diperkenalkanl1930-an : Ternakan udang laut diperkenalkan menggunakan trapping point'l1940-an : Ternakan keran digiatkanl1950-an : Ternakan ikan hiasan, tilapia, lampam jawa, kap india dan udang galah diperkenalkan.l1960-an: Ternakan udang galah (Macrobrachium rosenbergii ) dimulakan selepas kejayaan membiakkannya dicapai.l1978 : Ternakan rumpai laut (Euchema cottoni) diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah.l1979: Ternakan siput sudu diperkenalkanl1980-an : Pembangunan projek komersial bermula dengan adanya spesies seperti udang laut, tilapia merah dan pengenalan teknologi pembenihan ikan, makanan ternakan dan pengurusan ladang akuakultur.l1986 : Institut Penyelidikan Perikanan menjalankan kajian pemindahan benih kupang bagi meningkatkan pengeluaran.l1986 : Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, Gelang patah berjaya membaiki sistem asuhan benih ikan siakap dengan menggunakan sistem palung Raceway GP300 iaitu sistem air secara mengalir terus yang dapat mengawal suhu dan kualiti air yang lebih baik berbanding sistem tertutup.l1986 : Institut Penyelidikan Perikanan berjaya menjalankan kajian untuk mereka bentuk sistem pembersihan kerang sebelum dipasarkan.l1987 : Ternakan kupang menggunakan sistem para diperkenalkan bagi kawasan yang terdedah kepada ombak di mana tidak sesuai untuk sistem rakit.l1988 : Jabatan perikanan bersama bantuan teknikal dari Program BOBP (Bay of Bengal Programme) berjaya menjalankan kajian ternakan tiram spesies Crassostrea iredalei, C. belcheri dan Ostrea folium.l1989 : Ternakan rumpai laut (Euchema cottoni) mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha di Semporna, Sabah.l1991 : Bawal Emas (Trachinotus blochii) diperkenalkan.l1990 : Pusat Pengeluaran Dan penyelidikan Benih Udang Kebangsaan, Pulau Sayak mula menjalankan kajian pembenihan ketam nipah.l1990 : Pusat Pengeluaran Dan penyelidikan Ikan Laut, Tg. Demong berjaya membiakkan ikan jenahak (kejayaan pertama di Malaysia) dalam makmal dengan bantuan pakar perunding Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).l1992 : Percubaan pertama di Malaysia ternakan ikan dalam sangkar di laut terbuka jenis Flexfloat di Teluk Dalam, Pulau Perhentian yang dikendalikan oleh Pusat Pengeluaran Dan Penyelidikan Ikan Laut, Besut, Terengganu. Ia diperbuat dari bahan high density polyethylene (HDPE), tahan angin dan ombak serta dapat mengoptimumkan penggunaan perairan laut.l1992 : Jabatan memperkenalkan peralatan menggred kerang.l1998 : Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Di Laut Terbuka dimulakan di Langkawi, Kedah untuk tujuan meningkatkan pengeluaran ikan negara yang menggunakan teknologi Norway.l2000 : Pusat Pengembangan Akuakultur, Jerantut, Pahang berjaya menjalankan kajian pembiakan kelah.l2001 : Kejayaan pertama Institut Penyelidikan Perikanan dalam kajian pengeluaran benih abalone dalam makmal.l2005 : Ternakan udang putih eksotik (Litopenaeus vannamei) dibenarkan sebagai alternatif kepada ternakan udang harimau yang menghadapi masalah penyakit.l2006 : Pameran Antarabangsa Aquafair yang pertama di Malaysia untuk meneroka pasaran terus antarabangsa bagi ikan hiasan. Program berkenaan merintis jalan kepada kepada pengusaha untuk mengukuhkan pasaran eksport dan meletakkan Malaysia sebagai pembekal utama ikan hiasan dunia.l2006 : Pusat Pengembangan Akuakultur, Jerantut dan Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Jelebu berjaya menghasilkan benih ikan kelah.--------------------Senyum itu penawar duka....Sila KLIK utk maklumat lanjut --->Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang
Edirossa View Member Profile Find Member's Posts Jul 10 2009, 12:11 AM Post #4 Superb MemberGroup: Asst. AdministratorPosts: 40605Joined: 23-February 04From: Kuala LumpurMember No.: 16240Filet tilapia ke pasaran AS Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZIROHANI Abd. Karim (empat dari kiri) memberi makanan kepada ikan tilapia hitam dalam satu sangkar Projek Berimpak Besar Zon Industri Akuakulter di Tasik Temengor, baru-baru ini. --------------------------------------------------------------------------------GERIK 23 Jun - Produk filet (isi ikan) tilapia keluaran Trapia Malaysia Sdn. Bhd. (Trapia Malaysia) akan memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) mulai Ogos ini.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abd. Karim berkata, ia merupakan kejayaan hasil misi perdagangan disertai syarikat berkenaan di Pameran Makanan Laut Boston, AS pada Mac lalu.quot; Kejayaan memasuki pasaran AS yang merupakan pengimport filet tilapia terbesar dunia berikutan misi perdagangan yang disertai Trapia Malaysia dan Jabatan Perikanan dalam pameran di Boston Mac lalu.quot; Nilai dagangan yang termeterai dianggarkan RM30 juta setahun,quot; katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek tersebut di Tasik Temenggor dekat sini kelmarin.Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub dan Pegawai Daerah Hulu Perak, Datuk Abdul Karim Osman.Menurut Rohani, buat masa ini projek itu mampu mengeluarkan kira-kira 5,000 tan metrik filet tilapia setahun dan dijangka meningkat sehingga 40,000 tan metrik pada 2013.Sementara itu, Pengarah Trapia Malaysia, Lai Sead Ping berkata, projek penternakan ikan tilapia hitam memberi impak besar dan mampu menjana pendapatan ratusan juta ringgit setahun.quot; Sebagai tanggungjawab sosial korporat, kami mahu manfaatnya turut dinikmati penduduk tempatan khususnya dari sekitar daerah Hulu Perak,quot; katanya sambil mengakui hanya mengambil penduduk tempatan sebagai pekerja.Dalam masa sama, menurut Sead Ping, pihaknya berhasrat membantu anak-anak tempatan yang berminat, menceburi bidang ternakan ikan tilapia.Buat permulaan, katanya, Trapia Malaysia akan melatih 20 perintis di kalangan siswazah dan usahawan tempatan melalui skim pertanian kontrak.Jelas beliau, usaha tersebut dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perikanan, Kerajaan Negeri Perak dan Kolej Komuniti Gerik.quot; Kami akan memberi latihan insentif selama enam bulan kepada pelatih terbabit tentang teknik dan prosedur penternakan ikan tilapia hitam.quot; Saya difahamkan borang permohonan untuk memohon skim berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,quot; katanya