SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
5.0 PERANAN SAYA DALAM PELAKSANAAN PROJEK
Dalam program ini, saya telah ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa bahagian alatan
dan hiasan pentas. Sebagai satu daripada ahli dalam bahagian alatan dan hiasan pentas,
saya melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan alatan dan hiasan pentas bagi Malam
Persembahan Pentas di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Persediaan
bagi persembahan tersebut berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 19 hingga 21
November 2014. Semasa persediaan dijalankan, saya telah berjaya menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan memikirkan secara kritis bagi menyempurnakan alatan
dan hiasan pentas yang diperlukan.
Dalam mesyuarat bahagian yang telah diadakan, saya didedahkan kepada
pelbagai maklumat yang berkaitan dengan program seperti misi, matlamat, lagu
program, logo, peraturan dan sebagainya. Selepas itu, saya menyumbangkan idea-idea
yang bernas bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam persiapan bagi aktiviti
utama Pesta Tanglung, iaitu Malam Persembahan Pentas. Masalah yang dihadapi juga
telah dianalisiskan sebelum diselesaikan bersama ahli-ahli kumpulan lain. Sebagai
contoh, saya dan ahli-ahli lain berbincang tentang jenis warna yang sesuai dijadikan
sebagai warna utama dalam latar belakang pentas. Disebabkan warna memainkan
peranan yang penting dalam pentas dan seharusnya jelas dilihat oleh semua penonton,
maka selepas perbincangan kami telah mendapat idea untuk menggunakan warna biru
sebagai warna utama.
Semasa aktiviti penyediaan bagi Malam Persembahan Pentas dilakukan, latar
belakang yang telah dihasilkan tidak jelas dan tidak menarik serta mendapat bantahan
daripada barisan jurulatih yang diupah. Oleh yang demikian, saya telah memutuskan
untuk menambahbaikan latar belakang tersebut. Saya telah mendapat idea untuk
menghiaskan latar belakang pentas yang tidak menarik tersebut dengan mewarnakan
outline pada hiasan dengan warna hitam agar hiasan tersebut lebih menonjol dan
menarik perhatian penonton-penonton yang duduk jauh dari pentas. Disebabkan
kesuntukan masa, saya turut meminta bantuan daripada ahli-ahli lain bagi membantu
saya menyempurnakan outline tersebut. Seterusnya, persediaan untuk malam tersebut
juga menghadapi masalah kekurangan bahan-bahan seperti kertas warna, cat air,
pewarna dan alatan mewarna. Hal ini demikian kerana stok bahan kebanyakan telah
habis digunakan dan pihak bertanggungjawab tidak mengetahui dan seterusnya tidak
menambah stok bahan dan alatan. Misalnya, kekurangan berus cat air dan pewarna
untuk bersama-sama mewarnakan outline tersebut dengan ahli lain. Demi
menyelesaikan masalah ini, saya telah memujuk pihak yang bertanggungjawab untuk
membeli bahan dan alatan yang diperlukan dengan kadar segera disebabkan
kesuntukan masa. Bukan itu sahaja, kakitangan yang diperlukan juga tidak mencukupi
disebabkan sesetengah daripada mereka dikehendaki menghadiri kuliah. Oleh itu,
saya telah memberi bantuan kepada ahli-ahli dari bahagian yang lain untuk bersama-
sama menjayakan segala persiapan dan persediaan. Contohnya, saya telah membantu
mereka dengan mengemukakan idea dan pendapat kepada bahagian internal dan
solekan tentang pakaian yang sesuai untuk peserta-peserta yang membuat
persembahan.
Pada malam penghargaan, semua ahli dibenarkan untuk mengeluarkan
pandangan dan pendapat serta melakukan refleksi diri. Maka, saya telah
menyumbangkan cadangan untuk menambahkan stok alatan dan bahan seperti kertas
warna, pewarna, cat air dan lain-lain bagi mengelakkan masalah kekurangan stok
alatan dan bahan ini berlaku lagi pada Malam Persembahan Pentas yang akan
diadakan pada tahun depan. Cadangan ini amat penting untuk memastikan
pelaksanaan program Pesta Tanglung dapat berjalan dengan lancar pada tahun-tahun
yang akan datang.

More Related Content

Viewers also liked

Contrato 2014
Contrato 2014Contrato 2014
Contrato 2014Dario EM
 
Jste připraveni na Rozšířené kampaně od Google?
Jste připraveni na Rozšířené kampaně od Google?Jste připraveni na Rozšířené kampaně od Google?
Jste připraveni na Rozšířené kampaně od Google?MEC Prague
 
Web дизайн
Web дизайнWeb дизайн
Web дизайнSimpapu
 
Haplótipos de Fertilidade: Tecnologia Genômica poderosa no aperfeiçoamento d...
Haplótipos de Fertilidade:  Tecnologia Genômica poderosa no aperfeiçoamento d...Haplótipos de Fertilidade:  Tecnologia Genômica poderosa no aperfeiçoamento d...
Haplótipos de Fertilidade: Tecnologia Genômica poderosa no aperfeiçoamento d...Rural Pecuária
 
Wheatley-Myke, Lance
Wheatley-Myke, LanceWheatley-Myke, Lance
Wheatley-Myke, LanceLance Myke
 
Buenas precticas del turismos sostenible
Buenas precticas del turismos sostenibleBuenas precticas del turismos sostenible
Buenas precticas del turismos sostenibleGeo Kevin
 
36 guia ambiental_para_la_construccion_operacion_ayudas_de_aeronavegacion
36 guia ambiental_para_la_construccion_operacion_ayudas_de_aeronavegacion36 guia ambiental_para_la_construccion_operacion_ayudas_de_aeronavegacion
36 guia ambiental_para_la_construccion_operacion_ayudas_de_aeronavegacionElver Madera
 
G neros period sticos
G neros period sticosG neros period sticos
G neros period sticosIsabel Santos
 
Building Intelligent Customer Service using Microsoft Dynamics
Building Intelligent Customer Service using Microsoft DynamicsBuilding Intelligent Customer Service using Microsoft Dynamics
Building Intelligent Customer Service using Microsoft DynamicsPaul Hennessy
 
Restaurante "MEI SAM" A*W*A
Restaurante "MEI SAM"  A*W*ARestaurante "MEI SAM"  A*W*A
Restaurante "MEI SAM" A*W*AAngy Seseña
 
Presentación1dia del trabajadorç
Presentación1dia del trabajadorçPresentación1dia del trabajadorç
Presentación1dia del trabajadorçstefipineda
 
Interacciones en looping
Interacciones en loopingInteracciones en looping
Interacciones en loopingTeknoEsteban
 
การจำกัดสิทธิด้านข้อมูลข่าวสาร - ข้อเสนอต่อชุดร่างกฎหมาย
ความมั่นคงดิจิทัล
การจำกัดสิทธิด้านข้อมูลข่าวสาร - ข้อเสนอต่อชุดร่างกฎหมาย
ความมั่นคงดิจิทัลการจำกัดสิทธิด้านข้อมูลข่าวสาร - ข้อเสนอต่อชุดร่างกฎหมาย
ความมั่นคงดิจิทัล
การจำกัดสิทธิด้านข้อมูลข่าวสาร - ข้อเสนอต่อชุดร่างกฎหมาย
ความมั่นคงดิจิทัลThai Netizen Network
 
Guide Buying A Home Spring 2015
Guide Buying A Home Spring 2015Guide Buying A Home Spring 2015
Guide Buying A Home Spring 2015JESSICA EVE MORGAN
 
Productos innovadores
Productos innovadores Productos innovadores
Productos innovadores mosha212001
 

Viewers also liked (19)

Contrato 2014
Contrato 2014Contrato 2014
Contrato 2014
 
Prezi Maria Sánchez
Prezi Maria SánchezPrezi Maria Sánchez
Prezi Maria Sánchez
 
Jste připraveni na Rozšířené kampaně od Google?
Jste připraveni na Rozšířené kampaně od Google?Jste připraveni na Rozšířené kampaně od Google?
Jste připraveni na Rozšířené kampaně od Google?
 
Is your website ADA-compliant?
Is your website ADA-compliant?Is your website ADA-compliant?
Is your website ADA-compliant?
 
Web дизайн
Web дизайнWeb дизайн
Web дизайн
 
Haplótipos de Fertilidade: Tecnologia Genômica poderosa no aperfeiçoamento d...
Haplótipos de Fertilidade:  Tecnologia Genômica poderosa no aperfeiçoamento d...Haplótipos de Fertilidade:  Tecnologia Genômica poderosa no aperfeiçoamento d...
Haplótipos de Fertilidade: Tecnologia Genômica poderosa no aperfeiçoamento d...
 
Guadalinfo educa
Guadalinfo educaGuadalinfo educa
Guadalinfo educa
 
Cronograma de actividades
Cronograma de actividadesCronograma de actividades
Cronograma de actividades
 
Wheatley-Myke, Lance
Wheatley-Myke, LanceWheatley-Myke, Lance
Wheatley-Myke, Lance
 
Buenas precticas del turismos sostenible
Buenas precticas del turismos sostenibleBuenas precticas del turismos sostenible
Buenas precticas del turismos sostenible
 
36 guia ambiental_para_la_construccion_operacion_ayudas_de_aeronavegacion
36 guia ambiental_para_la_construccion_operacion_ayudas_de_aeronavegacion36 guia ambiental_para_la_construccion_operacion_ayudas_de_aeronavegacion
36 guia ambiental_para_la_construccion_operacion_ayudas_de_aeronavegacion
 
G neros period sticos
G neros period sticosG neros period sticos
G neros period sticos
 
Building Intelligent Customer Service using Microsoft Dynamics
Building Intelligent Customer Service using Microsoft DynamicsBuilding Intelligent Customer Service using Microsoft Dynamics
Building Intelligent Customer Service using Microsoft Dynamics
 
Restaurante "MEI SAM" A*W*A
Restaurante "MEI SAM"  A*W*ARestaurante "MEI SAM"  A*W*A
Restaurante "MEI SAM" A*W*A
 
Presentación1dia del trabajadorç
Presentación1dia del trabajadorçPresentación1dia del trabajadorç
Presentación1dia del trabajadorç
 
Interacciones en looping
Interacciones en loopingInteracciones en looping
Interacciones en looping
 
การจำกัดสิทธิด้านข้อมูลข่าวสาร - ข้อเสนอต่อชุดร่างกฎหมาย
ความมั่นคงดิจิทัล
การจำกัดสิทธิด้านข้อมูลข่าวสาร - ข้อเสนอต่อชุดร่างกฎหมาย
ความมั่นคงดิจิทัลการจำกัดสิทธิด้านข้อมูลข่าวสาร - ข้อเสนอต่อชุดร่างกฎหมาย
ความมั่นคงดิจิทัล
การจำกัดสิทธิด้านข้อมูลข่าวสาร - ข้อเสนอต่อชุดร่างกฎหมาย
ความมั่นคงดิจิทัล
 
Guide Buying A Home Spring 2015
Guide Buying A Home Spring 2015Guide Buying A Home Spring 2015
Guide Buying A Home Spring 2015
 
Productos innovadores
Productos innovadores Productos innovadores
Productos innovadores
 

More from yeeying94

More from yeeying94 (7)

Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Peranan
PerananPeranan
Peranan
 
Kertas kerja pt35
Kertas kerja pt35Kertas kerja pt35
Kertas kerja pt35
 
Lampiran
LampiranLampiran
Lampiran
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Minit mesyuarat
Minit mesyuaratMinit mesyuarat
Minit mesyuarat
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 

Recently uploaded (14)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 

Peranan

  • 1. 5.0 PERANAN SAYA DALAM PELAKSANAAN PROJEK Dalam program ini, saya telah ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa bahagian alatan dan hiasan pentas. Sebagai satu daripada ahli dalam bahagian alatan dan hiasan pentas, saya melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan alatan dan hiasan pentas bagi Malam Persembahan Pentas di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Persediaan bagi persembahan tersebut berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 19 hingga 21 November 2014. Semasa persediaan dijalankan, saya telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan memikirkan secara kritis bagi menyempurnakan alatan dan hiasan pentas yang diperlukan. Dalam mesyuarat bahagian yang telah diadakan, saya didedahkan kepada pelbagai maklumat yang berkaitan dengan program seperti misi, matlamat, lagu program, logo, peraturan dan sebagainya. Selepas itu, saya menyumbangkan idea-idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam persiapan bagi aktiviti utama Pesta Tanglung, iaitu Malam Persembahan Pentas. Masalah yang dihadapi juga telah dianalisiskan sebelum diselesaikan bersama ahli-ahli kumpulan lain. Sebagai contoh, saya dan ahli-ahli lain berbincang tentang jenis warna yang sesuai dijadikan sebagai warna utama dalam latar belakang pentas. Disebabkan warna memainkan peranan yang penting dalam pentas dan seharusnya jelas dilihat oleh semua penonton, maka selepas perbincangan kami telah mendapat idea untuk menggunakan warna biru sebagai warna utama. Semasa aktiviti penyediaan bagi Malam Persembahan Pentas dilakukan, latar belakang yang telah dihasilkan tidak jelas dan tidak menarik serta mendapat bantahan daripada barisan jurulatih yang diupah. Oleh yang demikian, saya telah memutuskan untuk menambahbaikan latar belakang tersebut. Saya telah mendapat idea untuk menghiaskan latar belakang pentas yang tidak menarik tersebut dengan mewarnakan outline pada hiasan dengan warna hitam agar hiasan tersebut lebih menonjol dan menarik perhatian penonton-penonton yang duduk jauh dari pentas. Disebabkan kesuntukan masa, saya turut meminta bantuan daripada ahli-ahli lain bagi membantu saya menyempurnakan outline tersebut. Seterusnya, persediaan untuk malam tersebut juga menghadapi masalah kekurangan bahan-bahan seperti kertas warna, cat air, pewarna dan alatan mewarna. Hal ini demikian kerana stok bahan kebanyakan telah habis digunakan dan pihak bertanggungjawab tidak mengetahui dan seterusnya tidak
  • 2. menambah stok bahan dan alatan. Misalnya, kekurangan berus cat air dan pewarna untuk bersama-sama mewarnakan outline tersebut dengan ahli lain. Demi menyelesaikan masalah ini, saya telah memujuk pihak yang bertanggungjawab untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan dengan kadar segera disebabkan kesuntukan masa. Bukan itu sahaja, kakitangan yang diperlukan juga tidak mencukupi disebabkan sesetengah daripada mereka dikehendaki menghadiri kuliah. Oleh itu, saya telah memberi bantuan kepada ahli-ahli dari bahagian yang lain untuk bersama- sama menjayakan segala persiapan dan persediaan. Contohnya, saya telah membantu mereka dengan mengemukakan idea dan pendapat kepada bahagian internal dan solekan tentang pakaian yang sesuai untuk peserta-peserta yang membuat persembahan. Pada malam penghargaan, semua ahli dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat serta melakukan refleksi diri. Maka, saya telah menyumbangkan cadangan untuk menambahkan stok alatan dan bahan seperti kertas warna, pewarna, cat air dan lain-lain bagi mengelakkan masalah kekurangan stok alatan dan bahan ini berlaku lagi pada Malam Persembahan Pentas yang akan diadakan pada tahun depan. Cadangan ini amat penting untuk memastikan pelaksanaan program Pesta Tanglung dapat berjalan dengan lancar pada tahun-tahun yang akan datang.