2. TUTORIAL 6 :
• Pelajar melaksanakan aktiviti
membina kemahiran asertif seperti
dalam Lampiran 3 secara
berkumpulan.
• Pelajar dan pensyarah merumuskan
cara terbaik dalam membina
kemahiran asertif.
3. Situasi 1
Victor tidak membuat kerja kursus
dalam kelas. Victor membuat bising
dalam kelas dan bercakap dengan rakan
sebelah. Semasa anda memeriksa
pelaksanaan pelajar dalam kelas, Victor
masih bermain kapal terbang kertas.
4. Situasi 2
Anda telah terdengar dua orang murid
saling menghina, mereka kelihatan tidak
marah sebaliknya lebih kepada
memperbodohkan pihak yang lain. Di
sekeliling terdapat beberapa orang
murid yang berkumpul di situ, mereka
berkemungkinan besar sedang
menggalakan kedua-dua pelajar itu
berlawan.
5. Situasi 3
Semasa anda memulakan kelas, anda
memerhati Daphne makan Twinkie,
makanan adalah tidak dibenarkan
dalam kelas. Apabila Daphne mendapati
anda memerhati dia, dia masih makan
Twinkie dan ambil satu packet lagi.
6. Situasi 4
Semasa sesi perbincangan dalam kelas,
Susan dan Kris tidak menumpukan
perhatian, sebaliknya mereka berbisik-
bisik serta ketawa terbahak-bahak.
Anda mendapati bahawa perbuatan
mereka ini telah menjejaskan penumpuan
murid-murid lain. Anda amat gelisah
dengan perhatian murid tidak dapat
ditumpukan dalam kelas.
7. Situasi 5
Anda tidak menghadiri kelas semalam,
murid-murid anda telah memberi masalah
kepada guru ganti. Menurut mesej yang
ditinggalkan oleh guru ganti itu, ramai
murid dalam kelas tidak memberi
kerjasama kepada beliau. Terdapat 4
hingga 5 orang murid telah ke tandas
sewaktu kelas dan tidak balik ke kelas
sehingga kelas tamat, keadaan kelas juga
huru-hara. Apabila loceng berbunyi, anda
mengadakan perjumpaan dengan murid-
murid.
8.
9. Sedar bahawa perubahan adalah
diperlukan dan memelihara hak-hak
sendiri
• Ramai orang berasa tertekan walaupun
mereka diambil kesempatan tetapi sukar
mengatakan “tidak”.
• Mereka perlu menyedari hak sendiri.
• Perubahan ini akan membolehkan
sesorang itu lebih asertif.
10. Memikirkan cara yang membolehkan
anda tenang dan asertif walaupun
dalam apa-apa situasi
• Menjadikan seseorang yang asertif
sebagai teladan.
• Bersikap positif.
• Pastikan permintaan anda adalah wajar
(mengambil keperluan orang lain).
11. Latihkan diri supaya asertif
• Menjalankan aktiviti main peranan dengan
kawan/Menggunakan imaginasi sendiri
untuk bayangkan keadaan dan cara
mengatasi sesuatu keadaan.
• Selalu tenang dan mengulangi perkara yang
ingin disampaikan secara ringkas sehingga
orang lain mendapat mesej tersebut.
• Mengambil giliran dengan kawan untuk
meluahkan perasaan, pendapat dan hasrat.
12. Mengamalkan sikap asertif dalam
kehidupan sebenar
• Mula berlatih kemahiran asertif dalam
situasi yang kurang tekanan dan lebih
mudah, seperti tawar-menawar dengan
penjual, tanya orang asing cara untuk ke
tempat yang ingin ditujui
• Anda juga boleh cuba untuk memberi
pujian kepada orang lain apabila mereka
melakukan dengan baik.