Dokumen tersebut membahas tentang bidang pemasaran sebagai karir yang menjanjikan namun menantang. Ia menjelaskan beberapa posisi kerja yang tersedia di bidang ini seperti wakil pemasaran, eksekutif jualan, dan pengurus pemasaran. Dokumen juga menyarankan pelajar untuk mempelajari bidang ini karena melibatkan interaksi sosial dan pengetahuan ekonomi, serta mengikuti pendidikan tinggi untuk memperoleh pengalaman
1. Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH pemasaran
PEMASARAN
Dewasa ini kerjaya di bidang pemasaran merupakan antara bidang yang mencabar tetapi
menjanjikan prospek yang luas terutama di sektor swasta. Bidang yang dikatakan
mencabar ini menjadi perhatian generasi muda terutamanya kerana ia mampu
menawarkan gaji yang lumayan di samping komisen yang diberikan oleh majikan sebagai
insentif kepada mereka.
Persoalannya bagaimana menjadi seorang ahli pemasaran yang baik dan mampu
bersaing dalam pasaran ekonomi yang pesat sekarang?
Pelbagai jawatan di bidang ini diwujudkan dengan nama yang berbeza mengikut
kelulusan dan pengalaman bekerja seseorang itu. Jawatan-jawatan ini termasuk wakil
pemasaran, kerani pemasaran, wakil jualan, eksekutif jualan, eksekutif pemasaran,
penguins jualan dan pengurusan pemasaran.
Bidang pemasaran adalah satu bidang yang mudah untuk dipelajari memandangkan ia
melibatkan banyak perkara umum yang berlegar di sekitar kehidupan kita ini termasuk
proses interaksi dengan orang ramai yang menjadi akar umbi kepada bidang ini.
Selain itu pelajar perlu mempunyai minat dan pengetahuan yang luas tentang
perkembangan ekonomi dan pasaran semasa negara. Pelajar perlu mendedahkan diri
dengan maklumat pasaran dan ekonomi supaya tidak ketinggalan.
Pelajar juga hendaklah mahir menguasai pelbagai bahasa kerana perlu berurusan
dengan orang ramai. Pengetahuan serta kemahiran dalam menyusun strategi pemasaran
juga perlu dan penting. Individu yang ingin memilih kerjaya ini juga harus menguasai
ilmu matematik dengan baik. Malah untuk melanjutkan pengajian ke IPT, calon harus
mempunyai kepujian mata pelajaran matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).
Semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan segala pengetahuan tentang
bidang pemasaran untuk melayakkan mereka menjadi pegawai atau eksekutif pemasaran
yang berkualiti serta mampu bersaing di pasaran.
Oleh kerana kemahiran dalam pemasaran merupakan sesuatu yang sukan untuk
diperoleh, maka dengan mengikuti pengajian di universiti/IPT pelajar-pelajar akan
didedahkan dengan teori dan amalan pemasaran sebenar. Pelajar juga dikehendaki
menjalankan penyelidikan pemasaran dan ini akan melatih mereka untuk menggunakan
kemahiran yang dipelajari dalam kuliah.
Antara kursus yang diajar termasuk asas pemasaran, pengurusan dan strategi
pemasaran, komunikasi perniagaan, prinsip perniagaan, penyelidikan pemasaran,
perancang dan pengurusan keluaran, pengurusan promosi, penguru peruncitan,
perakaunan pengguna, pengumusan jualan dan pemasaran perkhidmatan.
Dalam usaha untuk melatih pelajar dengan ilmu pemasaran mereka digalakkan
melakukan banyak projek kajian kes. Teori sahaja belum tentu dapat menjamin kejayaan
mereka dalam bidang berkaitan kerana yang paling penting ialah praktikal.
Pendekatan kajian kes bagi kebanyakan subjek penting dalam jurusan ini untuk
membolehkan mereka mendapat gambaran kasar tentang perjalanan bidang ini. Selain itu,
pelajar juga diberi peluang untuk mengeluarkan idea mereka sendiri melalui projek-
projek yang ditetapkan.
Pengajian di bidang pemasanan ini juga menitikberatkan tingkah laku pengguna yang
Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 1/3