Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
sisa pepejal
1. Sisa industri adalah antara penyumbang terbesar kepada janaan sisa pepejal Negara dan berdasarkan
kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), “ sisa pepejal
perindustrian” telah ditakrifkan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti. Sisa pepejal
industri boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu sisa industri produksi dan sisa industri bukan
produksi. Sisa industri produksi ialah sisa yang terhasil daripada proses pembuatan produk dari kilang
atau industri. Sisa industri bukan produksi pula adalah sisa yang terhasil daripada aktiviti pentadbiran
atau pengurusandi pejabat,kantin,kawasa persekitarankilangdansebagainyadi dalam kawasan kilang
atau industri. Definisi tersebut tidak melibatkan sisa berjadual seperti yang dinyatakan di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) atau sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).
Definisi sisa pepejal mengikut Akta 672, adalah apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi
rumah dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis
apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.