Permainan tenis melibatkan dua pemain atau beregu yang bermain di gelanggang terpisah oleh jaring menggunakan raket dan bola. Ia boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu dengan pelbagai teknik seperti servis, forehand, backhand dan lain-lain.
2. PERMAINAN TENIS
Permainan Tenis olahraga yang
menggunakan raket dan bola dan
dimainkan di sebuah gelanggang yang
dibahagi menjadi dua oleh sebuah
jaring.
3. Boleh dimain secara perseorangan
atau beregu
Individu (single)
Merupakan perlawanan satu lawan satu
Beregu (double)
Merupakan perlawanan antara dua orang
pemain melawan dua orang pemain lain.
Boleh dilakukan secara campuran iaitu
setiap pasukan mesti terdiri daripada dua
orang pemain yang berlainan jantina.
7. GELANGGANG TENIS
Saiz gelanggang permainan perseorangan
: 8.23m lebar & 23.77m panjang
Gelanggang untuk permainan beregu
: 10.97m lebar & 23.77m panjang
10. KEMAHIRAN ASAS DALAM TEKNIK
Cekak atau Grip
Terdapat tiga grip utama iaitu: -
CEKAK KONTINENTAL
(CONTINENTAL GRIP)
-cekak yang paling standard
dan kemas mencengkam
raket
11. CEKAK TIMURAN
(EASTERN GRIP)
-Dikenali sebagai cekak
‘berjabat tangan’
CEKAK BARAT
(WESTERN GRIP)
12. TEKNIK-TEKNIK BERMAIN
Forehand
- pukulan di mana telapak tangan yang
memegang raket dihadapkan ke depan.
Backhand
- pukulan di mana punggung tangan yang
memegang raket dihadapkan ke depan apabila
memukul bola.
Groundstroke
- pukulan forehand / backhand yang dilakukan
setelah bola memantul sekali di gelanggang
pemain.
13. Slice
- pukulan forehand / backhand dimana kepala
raket dimiringkan sedikit dan dipukul dengan
cara mengayunkan raket dari atas ke bawah.
Spin
- pukulan forehand / backhand dimana raket
dimiringkan sedikit atau banyak dimana jika
mengenai bola akan mengalami perubahan
arah (berputar).
Drop shot
- pukulan yang mengenai net lalu jatuh di
daerah lawan.
14. Smash
- pukulan kuat yang menghentam bola tanpa
menyentuh tanah di atas kepala dan diarahkan ke
gelanggang pihak lawan.
Lob
- pukulan di mana bola dipukul tinggi ke terus
sebelah belakang pihak lawan.
Passing shot
- pukulan dimana bola melalui (bukan melintas di
atas) lawan yang berada dekat net (lihat lob).
Volley
- pukulan forehand / backhand sebelum bola
memantul di kawasan pemain.
15. SERVIS
Digunakan untuk memulakan permainan.
Terdapat tiga jenis servis:-
Servis cantas (slice)
American twist (topspin)
Servis rata (flat)
Dimulakan di garisan belakang (baseline)
Terdapat empat fasa utama:
Lambungan
hayun belakang
Kontak
Ikut lajak (followtrough)
16. TEKNIK MEMBUAT SERVIS
Bola dilambung ke udara dengan tangan yang
tidak memegang raket (bola hendaklah
dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit
daripada bahu kiri).
Setelah bola dilambung, hayunan belakang
dilakukan. Raket ditarik ke belakang di sebelah
kanan badan.
Hayunan hadapan dengan melakukan ‘contact’
bola pada ketinggian maksimum bola menurun
dan berada pada aras ‘contact’ tertinggi.
‘Follow trough’ (ikut lajak)
17. BATAL DALAM SERVIS
Memijak garisan semasa membuat servis.
Berada dalam kawasan gelanggang semasa
membuat servis.
Berlari atau berjalan semasa membuat servis.
Tidak memasukkan bola ke dalam kawasan
gelanggang yang sepatutnya.
Bola yang dipukul terkena pasangan beregu.