Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pelaporan Program SISC 2013

  • Be the first to comment

Pelaporan Program SISC 2013

  1. 1. 1 PROGRAM JURULATIH PAKAR PEMBANGUNAN SEKOLAH ( SISC ) 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 BUKU LOG PROGRAM SISC 2013 Perancangan dan Pelaksanaan Program AHMAD JIMIZAMRI BIN MOHD ZUKI GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU SJKC SJK( C ) GUNONG RAPAT, IPOH. ZAIHAN AZUAN BIN ABD RASHID GURU BAHASA MELAYU KELAS 6 ORKID SK POS RAYA, KG. KEPAYANG S E K O L A H K E B A N G S A A N P O S R A Y A , K G . K E P A Y A N G APRIL HINGGA DISEMBER
  2. 2. ISI KANDUNGAN BUKU LOG PROGRAM SISC 2013 Bil. Perkara Muka surat 1. Pendahuluan - Latar belakang Program School Improvement Specialist Coaches - Ucapan alu-aluan Guru Besar 1 - 3 2. Perancangan 1 - Butiran / Pelaporan Kursus Pengenalan Program SISC 2013 di De Baron Resort, Langkawi pada 9 hingga 12 April 2013 4 -5 3. Perancangan 2 - Butiran / Pelaporan Taklimat Program SISC 2013 oleh Pegawai Penyelia Jabatan Pelajaran Negeri Perak pada 2 Mei 2013 6 4. Perancangan 3 - Butiran Pencapaian Kertas Bahasa Melayu UPSR / HeadCount ( TOV & ETR ) - Mengenal pasti Masalah dan Perancangan Strategi 8 – 9 6. Pelaksanaan Program 1 - Butiran / Pelaporan Sesi Lawatan Kali Pertama ke Sekolah Coachee pada 9 Mei 2013 12 7. Pelaksanaan Program 2 - Merancang Program Suai Kenal Bersama-sama Guru Bahasa Melayu dan Murid-murid Tahun Enam Sekolah Coachee pada 13 Jun 2013 dan 25 Julai 2013 14 8. Pelaksanaan Program 3 - Butiran / Pelaporan Sesi Lawatan Kali Kedua ke Sekolah Coachee pada 4 Julai 2013 16 9. Perancangan 4 - Butiran / Pelaporan Kursus Refresher SISC 2013 di Hotel Ritz Garden, Manjung pada 28 hingga 30 Julai 2013 ( Sesi Penilaian ) 18 10. Pelaksanaan Program 4 - Butiran / Pelaporan Sesi Lawatan Kali Ketiga ke Sekolah Coachee pada 7 September 2013 - Program Pecutan Akhir UPSR 20 11. Pelaksanaan Program 5 - Butiran / Pelaporan Sesi Lawatan Kali Keempat ke Sekolah Coachee pada 14 November 2013 ( secara atas talian ) - Rumusan dan Pelaporan Akhir Prestasi Program - Analisa Keseluruhan Pencapaian UPSR Bahasa Melayu UPSR 22 12. Penutup - Rumusan / Refleksi Keseluruhan Program SISC 2013 - Ucapan Penghargaan 28 - 29 ( i )
  3. 3. 01. Pengenalan Program School Improvement Specialist Coaches (SISC). Program SISC atau dikenali juga sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah merupakan salah satu program yang direncanakan di bawah NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah mula diperkenalkan seawal tahun 2011 dan meliputi beberapa negeri seperti negeri Sabah dan negeri Kedah Darul Aman. Menerusi program program ini, guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya merupakan kalangan Guru Cemerlang mengikut bidang masing-masing) telah diberikan latihan dalam bentuk kursus “ Master Coaches ”. Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau dan membantu sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta masih berada dalam kedudukan Band 6 dan Band 7. Dalam tempoh setahun, guru-guru terlibat perlu hadir ke sekolah coachee yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi serta memikirkan program intervensi atau pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah. Program ini telah dijalankan secara berperingkat dan melibatkan dua buah negeri sebagai perintis, iaitu negeri Sabah dan negeri Kedah. Oleh sebab program ini telah menampakkan kekesanan dari segi peningkatan akademik, maka jawatan SISC+ diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013. Pelaksanaan program ini telah disebarluaskan ke seluruh negara. Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke-6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang dilantik sebagai SISC+ akan ditempatkan sepenuh masa di PPD tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaanya sebanyak 4 kali seminggu, manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk mereka berada di pejabat, membuat laporan atau mengadakan mesyuarat. Bidang tugas SISC+ adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, pelaksanaan PBS, KSSR dan sebagai penghubung secara terus antara pihak kementerian dengan pihak sekolah. Antara tugas yang dikendalikan oleh SISC ini adalah membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah, bekerjasama dengan kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang diperlukan oleh guru-guru, mereka bentuk dan menguruskan program intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah. akan dinyatakan dalam lampiran seterusnya. Contoh tugasan pengisian laporan SISC kepada pihak kementerian akan diperincikan pada bahagian seterusnya. Buat masa ini, subjek yang menjadi tumpuan program SISC ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah (Menengah). 3
  4. 4. Sebagai menghargai khidmat SISC, beberapa faedah telah diperuntukkan kepada mereka. Pertama, peningkatan peluang untuk impak. Mereka akan membina hubungan khusus dengan lebih kurang 20 orang guru di sekolah-sekolah di bawah seliaan. Dengan membimbing 20 orang guru berkenaan, mereka boleh meningkatkan kualiti pengajaran sebanyak 20 kali berbanding dengan seorang guru biasa. Kedua, pendidik yang terbaik tidak akan keluar dari sekolah (aktiviti PdP) untuk menjadi pentadbir. Peranan mereka adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah. Di sinilah segala ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka sebagai guru pakar akan diguna pakai untuk meningkatkan prestasi sekolah di bawah seliaan mereka. Selaku SISC+, mereka akan menghabiskan sekurang-kurangnya 80 % daripada masa bekerja bersama-sama dengan guru di sekolah, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang. Ketiga, mewujudkan masa bimbingan yang berkualiti. Ini merupakan satu bentuk pertumbuhan profesional yang tidak dapat ditandingi. Program latihan yang boleh diakses sebanyak 15 hingga 20 hari dalam setahun. Berdasarkan pengalaman para SISC, mereka bukan sahaja dapat membimbing guru, malahan mereka juga dapat mempelajari pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang baharu dari semasa ke semasa serta dapat pula dikongsikan dengan guru-guru yang lain. Keempat, laluan kerjaya yang dipercepat. Selaku pendidik yang terbaik, SISC+ akan menikmati kemajuan kerjaya yang lebih cepat melalui laluan Kerjaya Cemerlang baharu. Misalnya, dinaikkan ke gred lebih tinggi setelah melepasi tempoh percubaan yang ditetapkan. *Aspek kemajuan kerjaya bagi SISC+ ini masih lagi dalam pertimbangan dan perbincangan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. SISC+ yang telah berjaya dilantik akan ditempatkan di PPD seluruh negara dan menjalankan tugas masing-masing mulai Januari 2014. 1.1 Pelaksanaan Program SISC Peringkat Negeri Perak dan Daerah Kinta Utara bagi tahun 2013. Bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu menaikkan prestasi sekolah dalam kedudukan Band 6 dan Band 7, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan PPD yang terlibat telah melantik sejumlah guru sebagai SISC bagi tahun 2013 untuk ditugaskan ke sekolah-sekolah yang disenaraikan. Bagi Zon Utara, Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah menghantar guru-guru yang terlibat dengan Program SISC mengikut kumpulan. Kumpulan pertama (Zon Utara 1) telah mengikuti latihan lebih awal, iaitu pada 12 hingga 15 Mac 2013, manakala kumpulan kedua (Zon Utara 2) pada bulan 9 hingga 12 April 2013. Saya dan beberapa orang guru negeri Perak serta beberapa orang pensyarah dari IPG Ipoh termasuk dalam kumpulan kedua dan mengikuti latihan pendedahan program SISC ini bersama-sama guru-guru dari negeri Pulau Pinang dan negeri Perlis. Kesemua SISC yang telah dilantik oleh KPM melalui JPN negeri Perak telah ( i )
  5. 5. diberikan taklimat tentang panduan pelaksanaan program bersama-sama dengan guru besar dan guru- guru sekolah coachee. Daerah Kinta Utara dan beberapa daerah lain telah dikumpulkan di dewan SMK Clifford, Kuala Kangsar pada 2 Mei 2013 untuk diberikan taklimat oleh pihak Urus setia Program dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Perincian tentang perancangan dan pelaksanaan program SISC bagi tahun 2013 ini akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya. 2.0 Bahagian Perancangan 1 : Pelaporan Kursus Pengenalan Program SISC 2013 di De Baron Resort, Langkawi. Tarikh : 9 hingga 12 April 2013 Peserta : Guru-guru SISC dari negeri Pulau Pinang, Perak dan Perlis Program selama 4 hari ini amat padat dengan pengisian ilmu dan perkongsian pengalaman oleh para penceramah dan fasilitator yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka terdiri daripada Ketua Penyelaras Program SISC Kebangsaan, iaitu Doktor Zaida yang merupakan pembangun Program SISC ini dan juga seorang pakar jurulatih pengajaran yang berpengalaman luas, pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri-negeri, dan lain-lain. Antara pengisian kursus yang dapat dikongsikan adalah pengenalan program yang dibincangkan secara terperinci oleh para penceramah, termasuklah sesi tayangan slaid, tontonan klip video yang berkaitan, dan sebagainya. Sekurang- kurangnya 11 slot telah dijalankan sepanjang kursus tersebut yang bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga sekitar pukul 11.00 malam. Selain itu, para SISC juga didedahkan dengan pelbagai input ilmu berkaitan dengan aspek moral dalam proses membimbing dan memantau, peralatan yang boleh diguna pakai oleh para SISC semasa menjalankan tugas, pemantauan dalam kelas menggunakan peralatan “ Teacher Coaching Tools ”, Coaching and Mentoring, Instructional Coaching, Communication in Coaching, Root-cause Analysis, simulasi yang berkaitan, dan sebagainya. Paling menarik bagi para SISC yang menyertai kursus ini adalah kami dapat merasai sendiri pengalaman sebenar sebelum ditugaskan untuk menjalankan program ini di sekolah-sekolah kelak. Ini kerana, pada hari ketiga semua SISC telah diberikan peluang untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari semasa kursus di sekolah-sekolah sekitar Pulau Langkawi. Antara sekolah yang dilawati ialah SMK Tunku Putra, SMK Kedawang, SMK Klebang, SMK Mahsuri, SMK Ayer Hangat, SK Kelibang, SK Sri Lagenda, dan SK Sri Negeri. Para SISC telah diminta melawat ke sekolah-sekolah berkenaan untuk mengaplikasikan segala input dan tugasan yang ditetapkan, iaitu mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah dan merancang strategi untuk membantu para guru sekolah berkenaan. Walaupun lawatan kerja ini dijalankan hanya ( i )
  6. 6. selama beberapa jam, iaitu mulai dari waktu sekolah dibuka sehingga akhir waktu persekolahan, namun para SISC telah dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya seperti yang diingini oleh fasilitator dan urus setia. Pada waktu petang pula, kami diberi peluang untuk mengulas dan membincangkan semula dapatan dari sekolah masing-masing. Ketika inilah, kami telah diberikan gambaran sebenar tentang apa yang perlu dilakukan untuk menjadi Jurulatih Pengajaran yang berjaya. Daripada hasil perbincangan dan sumbang saran yang dijalankan, kami dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dilakukan semasa program lawatan kerja tersebut. Peluang sebegini memang sukar diperoleh apatah lagi apabila para SISC dapat merasai sendiri apa yang sepatutnya dilakukan kelak. Sepanjang kursus ini, Doktor Zaida dan fasilitator lain telah memberikan banyak input berguna kepada para SISC. Sememangnya pengalaman ini sukar untuk diperoleh oleh guru-guru lain. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat kerana memberi peluang yang cukup berharga kepada para SISC. Para SISC yang hadir telah membawa pulang pelbagai input untuk kegunaan semasa menjalankan program tersebut di sekolah yang ditetapkan. Antara yang boleh dikongsikan bersama-sama dengan guru-guru adalah penggunaan masa berkualiti, kaedah penilaian, dan sebagainya (bahan-bahan ini akan dilampirkan dalam bahagian seterusnya). Namun, saya ingin berkongsi salah satu bahan yang boleh diguna pakai oleh guru-guru semasa menjalankan PdP, iaitu penggunaan peta pemikiran i-Think dan “ gallery walk ”. Sebenarnya, penggunaan peta pemikiran bukanlah sesuatu yang asing bagi guru-guru. Sejak awal pelaksanaan KBSR dan KBSM lagi kita sudah diperkenalkan dengan penggunaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK). Melalui pelaksanaan KBKK ini, kita telah didedahkan dengan pelbagai jenis borang dan teknik pemikiran. Misalnya, membuat kategori, banding beza, analogi, dan sebagainya. Namun, penggunaan peta pemikiran i-Think dalam PdP ini lebih bersifat universal. Jika murid didedahkan penggunaannya dalam aktiviti PdP di peringkat sekolah rendah lagi, ke mana sahaja mereka pergi selepas itu termasuk ke luar negara, mereka sudah tidak menghadapi masalah lagi untuk menggunakannya. Daripada siri ceramah yang dijalankan, peta pemikiran ini juga turut diaplikasikan di sekolah-sekolah di luar negara. Sekiranya konsep ini dilaksanakan dengan cara yang betul, sudah tentu mereka tidak akan melakukan kesilapan semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Saya tidak akan menghuraikan secara terperinci tentang tajuk ini dalam pelaporan ini, cuma sekadar menyebarluaskan maklumat yang telah diterima semasa menghadiri kursus tempoh hari. Jika diterokai dalam laman sesawang “google”, terdapat pelbagai jenis borang peta pemikiran yang boleh digunakan. Namun, kita harus mengenal pasti yang mana satu benar-benar menepati kehendak dan diguna pakai oleh semua. Ini penting kerana dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesilapan. Hasil daripada ( i )
  7. 7. ceramah yang diberikan, saya telah membina beberapa contoh borang peta pemikiran i-Think ini untuk dikongsikan dengan para audien. Bahan ini telahpun saya kongsikan menerusi aplikasi “slideshare” di bawah nama pengguna ajizam30 ataupun boleh dilihat pada blog ajizam30- bicarakita.blogspot.com (Bahasa Melayu SJK@GCBMKUIPM). Beberapa contoh gambar “gallery walk” boleh diperhatikan pada lampiran berikut ; (bahan ini ditampalkan pada dinding kelas dsbnya untuk dibaca dan dinilai oleh murid-murid) ( i )
  8. 8. 3.0 Bahagian Perancangan 2 : Pelaporan Taklimat Program SISC 2013 Peringkat Negeri Perak. Tarikh : 2 Mei 2013 ( Hari Khamis ) Masa : 2.00 hingga 5.00 petang Tempat : Dewan SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak Peserta : Pengetua, Guru Besar, Coach dan Coachee Bagi mencapai hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan program SISC bagi tahun 2013 dengan jayanya, maka pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak selaku urus setia program peringkat negeri telah menganjurkan satu taklimat untuk semua yang terlibat dengan pelaksanaan program tersebut. Sebanyak 20 orang guru SISC ( Coach ) dari JPN dan sekolah- sekolah daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, dan Kuala Kangsar serta 20 orang coachee yang terdiri daripada dua buah sekolah menengah dan 8 buah sekolah rendah dalam daerah berkenaan telah terlibat dalam program kali ini. Justeru, kesemua pengetua, guru besar, dan guru sekolah coachee telah dijemput untuk bersama-sama menghadiri taklimat. Tujuan taklimat ini adalah untuk memastikan kesemua pihak yang terlibat mendapat maklumat secara terperinci tentang program yang bakal dijalankan. Untuk makluman, di negeri Perak terdapat kira-kira 14 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah terlibat dalam program SISC bagi tahun 2013. Pada awal sesi taklimat, pihak urus setia dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah menerangkan tentang butiran program SISC yang bakal dilaksanakan mulai bulan Mei 2013 kepada para peserta. Selepas sesi soal jawab, para coach dipertemukan dengan pengetua, guru besar dan coachee masing-masing untuk sesi suai kenal dan perbincangan strategi pelaksanaan kelak. Dalam sesi suai kenal dan perbincangan ini, coach dan sekolah coachee dapat berbincang banyak perkara yang berkaitan, termasuklah menetapkan tarikh yang sesuai untuk memulakan siri lawatan oleh coach. Selain itu, pihak sekolah coachee juga dapat mengemukakan butiran secara ringkas tentang permasalahan yang dihadapi. Ini sebanyak sedikit dapat membantu para coach membuat persediaan awal sebelum memulakan siri lawatan lanjutan. Pihak urus setia juga telah menetapkan tarikh-tarikh khusus untuk para coach melawat ke sekolah masing-masing. Lawatan pertama adalah pada 3 hingga 24 Mei 2013, lawatan kedua pada 10 Jun hingga 31 Julai 2013, dan lawatan ketiga pada 1 Ogos hingga 30 September 2013. Para coach boleh merancang sekurang-kurangnya 3 kali lawatan bagi setiap tarikh tersebut. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 9 kali lawatan perlu dilakukan oleh setiap coach bagi tahun 2013 ini. Setiap tugasan yang dilakukan juga perlu didokumentasikan oleh para coach. ( i )
  9. 9. 4.0 Bahagian Perancangan 3 : Mengenal pasti Permasalahan, Merancang Strategi Awal dan Mendapatkan Butiran Pencapaian Kertas Bahasa Melayu UPSR serta maklumat HeadCount. Se masa menghadiri taklimat oleh pihak urus setia dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak, kami telahpun mengadakan perjumpaan pertama antara coach dan coachee. Dalam majlis suai kenal dengan guru besar dan coachee tersebut, saya telah mendapatkan beberapa gambaran awal mengenai kemajuan akademik, khususnya bagi subjek Bahasa Melayu di S.K. Pos Raya. Antara masalah awal yang dikenal pasti adalah penguasaan yang lemah dalam kalangan murid-murid, kekerapan ponteng sekolah dan sebagainya. Kemudian, dalam siri lawatan kedua, iaitu pada 9 Mei 2013, saya telah mendapatkan beberapa maklumat dan data tambahan bagi tujuan membuat perancangan strategi dan pelaksanaan program intervensi. Berikut dilampirkan bersama beberapa maklumat yang diperoleh untuk dikongsikan. 4.1 Dapatan Data HeadCount Sekolah mengenai pencapaian sekolah dalam UPSR sepanjang 5 tahun kebelakangan. 4.2 Dapatan Data HeadCount (TOV) bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Murid-murid Tahun Enam 2013 KELAS/SUBJEK A B C LULUS D E GAGAL Nota 6 ORKID (BM PEMAHAMAN) = 23 org 0 0 10 10 6 0 6 7 TH 6 MELUR (BM PEMAHAMAN) = 25 org 0 0 5 5 15 0 15 5 TH 6 ORKID (BM PENULISAN) 0 2 4 6 11 4 15 2 TH 6 MELUR (BM PENULISAN) 0 0 3 3 2 13 15 7 TH 4.3 Dapatan Data HeadCount (UJIAN 1) bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Murid-murid Tahun Enam 2013 ( i ) PENCAPAIAN LIMA TAHUN UPSR SK. POS RAYA, KG. KEPAYANG TAHUN Bil. Murid Bil. Cemerlang Peratus Cemerlang Bil. Lulus ABC Peratus Lulus ABC Belum Menguasai Peratus Belum Menguasai GPS 2008 36 0 0.00 2 5.56 34 94.44 3.43 2009 46 0 0.00 3 6.52 43 93.48 4.29 2010 28 0 0.00 2 7.14 26 92.86 3.74 2011 44 0 0.00 3 6.82 41 93.18 4.14 2012 35 0 0.00 3 8.57 32 91.43 4.24 2013
  10. 10. KELAS/SUBJEK A B C LULUS D E GAGAL Nota 6 ORKID (BM PEMAHAMAN) = 23 org 0 0 15 15 6 1 7 1 TH 6 MELUR (BM PEMAHAMAN) = 25 org 0 0 3 3 10 7 17 5 TH 6 ORKID (BM PENULISAN) 0 0 8 8 10 4 14 1 TH 6 MELUR (BM PENULISAN) 0 0 0 0 4 12 16 9 TH Daripada data tersebut, saya dapat rumuskan bahawa S.K. Pos Raya mampu mencapai kemajuan yang lebih baik lagi jika pihak-pihak terlibat berganding bahu untuk menjalankan program-program peningkatan akademik yang lebih berkesan. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menjalankan beberapa aktiviti penilaian dan pengukuhan untuk membantu murid-murid tahun enam kali agar dapat mencapai sasaran yang ditetapkan, iaitu mencapai sekurang-kurangnya 10 orang murid lulus. Maka, saya bersama-sama guru bahasa Melayu tahun enam terlibat akan berusaha untuk menyediakan murid-murid yang berupaya mencapai sasaran lulus kertas bahasa Melayu, sekaligus membantu sekolah mencapai sasaran yang diperlukan. Oleh sebab kesuntukan masa, memandangkan program ini hanya dapat dilaksanakan mulai bulan Mei 2013 dan hanya tinggal 4 bulan untuk mempersiapkan murid-murid Tahun Enam bagi menghadapi UPSR sebenar, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada kelas tahun enam, khususnya kelas pertama. Ini adalah kerana murid-murid dalam kelas ini masih boleh dibantu dalam masa hanya beberapa bulan supaya mereka dapat mencapai keputusan yang lebih baik dan seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan peratusan bilangan murid yang lulus. Selain itu, pada peringkat awal perancangan program ini, pihak sekolah telah menghantar guru Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah tersebut (sebagai coachee) untuk menyertai program. Namun, setelah mengadakan lawatan pertama pada 9 Mei 2013, saya mendapati bahawa guru berkenaan tidak mengajar mata pelajaran bahasa Melayu bagi kelas-kelas tahun enam. Maka, saya mengambil keputusan untuk memilih salah seorang guru bahasa Melayu tahun enam yang lebih proaktif dan dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan pelaksanaan program ini. Bermula dari tarikh ini, saya telah menjalankan beberapa kajian tindakan tentang masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid tahun enam di sekolah tersebut. Berikut dinyatakan beberapa permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Pos Raya, Kg. Kepayang. 4.4 Permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dan juga murid-murid SK. Pos Raya (seperti yang dilaporkan oleh dua orang guru bahasa Melayu bagi kedua-dua buah kelas tahun enam) a). Murid-murid masih tidak boleh membaca. b). Murid-murid boleh membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca. ( i )
  11. 11. c). Guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu bukanlah guru opsyen. d). Murid kerap ponteng sekolah (khususnya sewaktu peperiksaan menyebabkan guru sukar untuk menilai prestasi secara berterusan) e). Sikap murid-murid kelas 6 Melur yang pasif dan kurang berminat atau memberi tumpuan terhadap pelajaran. 4.5 Pendekatan awal yang diambil untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang keadaan permasalahan yang dinyatakan. a). Menjalankan penilaian dan pengukuran kemahiran bagi sebilangan murid-murid tahun enam. b). Menjalankan pemantauan tidak formal terhadap proses PdP yang dijalankan di kelas- kelas tahun enam. c). Mencadangkan penggunaan bahan atau latihan berfokus supaya murid-murid dapat menumpukan perhatian kepada kehendak peperiksaan sebenar. • Butiran strategi pelaksanaan ini akan diperincikan lagi pada bahagian seterusnya. 5.0 Bahagian Pelaksanaan 1 : Pelaporan Sesi Lawatan Kali Pertama ke Sekolah Coachee. Tarikh : 9 Mei 2013 ( Hari Khamis ) Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang ( i )
  12. 12. Sasaran : Murid-murid Tahun Enam Lawatan kali pertama ke sekolah coachee ini adalah untuk menjalankan strategi intervensi awal untuk menilai dan mengukur tahap keupayaan penguasaan murid-murid tahun enam terhadap kemahiran membaca dan menulis bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Ucapan Penghargaan Saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T yang telah menganugerahkan keupayaan dan kemudahan sehingga saya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan ini. Sesungguhnya terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk menjalankan ( i )
  13. 13. pelbagai tugasan dalam satu masa. Semoga apa yang dilakukan ini akan diterima olehNYA sebagai amalan dan bekalan ke akhirat kelak. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu dan pengalaman berharga melalui program seumpama ini. Segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh pasti akan digunakan untuk kemajuan bidang pelajaran yang saya ceburi ini. Jutaan terima kasih juga kepada pihak SJK( C ) Gunong Rapat yang telah menyediakan ruang dan kemudahan untuk saya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya. Saya terpaksa meninggalkan seketika program pengukuhan untuk murid-murid HALUS di sekolah bagi menumpukan perhatian terhadap penyediaan bahan bantu untuk murid-murid sekolah coachee. Begitu juga pihak S.K. Pos Raya yang telah sudi menerima kehadiran saya sebagai penyumbang ke arah peningkatan akademik sekolah. Kerjasama dan jasa baik pihak-pihak berkenaan tentunya akan membantu saya menjadi seorang guru yang lebih berjaya. Sebenarnya, perjalanan saya masih jauh lagi untuk menjadi seorang jurulatih pengajaran yang berjaya sepertimana yang diharapkan oleh pihak kementerian pelajaran. Banyak lagi cabaran yang perlu dilalui dan banyak juga anak-anak tangga yang perlu didaki untuk melayakkan saya menjadi seorang jurulatih pakar. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh untuk menjadi seorang SISC+. Untuk meniti perjalanan sebagai guru cemerlang PPPLD DGA32 sekarang ini juga nampaknya begitu sukar untuk saya meningkatkan kerjaya ke arah yang lebih tinggi. Saya masih perlu menunggu kelulusan permohonan untuk kenaikan gred ke DG42. Semoga dipermudahkan oleh ALLAH YANG MAHA PEMURAH dan MAHA MENGETAHUI. Namun, saya sentiasa percaya dengan rezeki dan ketentuan ALLAH S.W.T. Apa yang diberikan kepada saya adalah yang terbaik di sisiNYA. Saya sentiasa berharap dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Syukur Alhamdulillah, daripada maklumat awal yang diterima telah berlaku peningkatan yang baik dalam prestasi bahasa Melayu UPSR baru-baru ini, baik di sekolah sendiri mahupun di sekolah coachee. Semoga peningkatan ini akan dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan, INN SHA ALLAH. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengan saya bagi menjayakan program SISC 2013 di Sekolah Kebangsaan Pos Raya. Saya juga memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya apa yang diingini oleh pihak berkenaan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Saya hanya dapat melakukan yang terbaik berdasarkan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh semasa kursus ( i )
  14. 14. mahupun sepanjang perkhidmatan menaikkan prestasi sekolah-sekolah jenis kebangsaan ( Cina ) bagi tempoh lebih 10 tahun yang lalu. Saya juga meminta maaf kepada pihak-pihak terlibat sekiranya pelaporan ini menyinggung perasaan atau sebagainya. Niat saya adalah untuk melakukan yang terbaik dan membantu sedaya mungkin demi peningkatan profesionalisme keguruan dan juga melahirkan generasi yang lebih berjaya dalam bidang pelajaran. WALLAHU ‘ALAM BISSAWAB. “ BERKHIDMAT DEMI AGAMA, BANGSA dan NEGARA ” Disediakan oleh ; …………………………………………… (AHMAD JIMIZAMRI BIN MOHD ZUKI) GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU SJKC, DAERAH KINTA UTARA COACH SISC 2013 S.K. POS RAYA Sampel pengisian borang-borang Program SISC secara atas talian ; ( i )
  15. 15. ( i )
  16. 16. ( i )
  17. 17. ( i )
  18. 18. ( i )
  19. 19. ( i )
  20. 20. ( i )

×