Proses pengubahan multimedia terdiri daripada 3 fasa utama iaitu pra-pengubahan, pengubahan dan pos-pengubahan. Fasa pra-pengubahan melibatkan pengumpulan dan penyediaan media. Fasa pengubahan pula merupakan integrasi semua elemen media untuk membentuk aplikasi. Manakala fasa pos-pengubahan pula merujuk kepada penyebaran dan pemasaran aplikasi yang siap.