Dokumen ini membahas tentang keadilan dalam Islam. Prinsip keadilan sangat ditekankan dalam syariat Islam dan merupakan salah satu asas penting agama ini. Keadilan berarti tidak memihak dan memberikan hak kepada siapa yang berhak. Al-Quran banyak menyeru keadilan dan melarang kezaliman. Seorang Muslim harus bersikap adil bahkan kepada non-Muslim. Rasulullah saw mencontohkan sifat adil dalam pemer
1. NAMA : AIMI SHAZANA BINTI SHAHIR
NO. MATRIK : A160598
PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH
BIN O.K. RAHMAT
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM
ISLAM
(LMCP1552)
Tugasan 3 : Amalan Terbaik
Dalam Pembangunan Sosial
2. KEADILAN
Pengenalan
Allah SWT bersifat adil dan cintakan keadilan dan kasihkan orang
yang bersifat adil. Antara asas yang sangat ditekankan dalam syariat
Islam adalah prinsip keadilan kepada semua manusia.
Adil menurut bahasa adalah tidak berat sebelah, tidak memihak
atau menyamakan yang satu dengan yang lain, meletakkan sesuatu
pada tempatnya, bersikap proporsional, dan memihak kepada yang
benar.
Adil menurut istilah adalah seimbang atau tidak memihak dan
memberikan hak kepada orang yang berhak menerimanya tanpa ada
pengurangan, dan meletakkan segala urusan pada tempat yang
sebenarnya tanpa ada aniaya, dan mengucapkan kalimat yang benar
tanpa ada yang ditakuti kecuali terhadap Allah SWT saja.
Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan
hidup Islam, seiring dengan tauhid dan khilafah.
3.
4. Banyak ayat al-Quran yang menyeru kepada keadilan dan
mencegah daripada bersifat zalim. Al-Imam Mawardi menyifatkan
keadilan sebagai memiliki sifat benar, terjamin keimanan, terjauh dari
sesuatu yang haram, tenang ketika reda dan marah serta berterusan
menjaga maruah di dalam urusan agama dan dunia.
Ini kerana dalam memutuskan apa-apa hukuman, baginda SAW
tidak sekali-kali terpengaruh oleh keadaan orang yang dihukumi,
sama ada daripada kalangan keluarga, sahabat handai ataupun orang
lain yang berbeza bangsa dan agama.
Ini amat bertepatan dengan perintah Allah SWT dalam firman-
Nya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sifat adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada
Allah, Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan
5. Kesimpulan
Hasil daripada keimanan kepada Allah SWT, seorang Muslim akan
bersifat adil, mencintai keadilan dan menyeru kepada norma-norma
akhlak mulia, biarpun ketika bersama orang bukan Islam.
Mereka juga akan membenci kezaliman, membalas dengan
seksaan kepada pelaku-pelaku zalim, biarpun kezaliman itu
dilakukan oleh seorang Islam.
Al-Quran menyatakan dengan jelas akan kedudukan sifat orang-
orang yang zalim dan balasan kepada orang-orang zalim ialah
neraka. Justeru Allah SWT telah mengulang-ulang perkataan zalim
sebanyak 226 kali di dalam al-Quran.
Rasulullah SAW di dalam pemerintahan baginda tidak pernah
menindas mana-mana pihak. Bahkan baginda SAW didekati dan
dikasihi oleh semua pengikutnya tanpa mengira bangsa dan agama.