Drama ini menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu, Jimah, kepada suami dan anak-anaknya, serta penghargaan anak-anak terhadap jasa orang tua mereka. Jimah dengan setia menunggu kepulangan suaminya Pak Jumaat yang hilang di laut akibat tsunami, sementara anak-anaknya kurang memperdulikan ibu bapa mereka. Drama ini mengangkat tema penghargaan terhadap jasa orang tua.
1. DRAMA : TIANG CENGAL
DINDING SAYUNG
TEMA :-
Pengabaian kasih sayang dan
perhatian
anak-anak terhadap ibu bapa
2. PERSOALAN :-
1)Kesetiaan seorang isteri terhadap
suami.
-Jimah sanggup menunggu di tepi
pantai sehingga empat hari
kepulangan Pak Jumaat yang hilang
di laut akibat ombak tsunami.
2)Pengabaian anak-anak terhadap ibu
bapa.
-Salmah hanya pulang ke kampung
selepas empat hari bapanya hilang di laut
kerana sibuk dengan urusan
perniagaannya
3. 3)Jasa ibu bapa yang tiada ternilai
harganya.
-Pak Jumaat bertungkus lumus bekerja
sebagai nelayan untuk menyara dan
membesarkan anak-anaknya sehingga
mereka menjawat jawatan yang baik.
4)Kasih sayang tidak boleh ditukar ganti
dengan wang ringgit.
-Jimah memulangkan wang pemberian
anak-anaknya semula apabila
Sabariah mengungkit tentang perkara
tersebut.
4. WATAK DAN PERWATAKAN :-
1)JIMAH
-Isteri kepada Pak Jumaat yang
menyara hidup sebagai nelayan.
-Ibu kandung kepada
Sabri,Sabariah,Salmah,dan Shahrul.
-Penyayang terhadap keluarga
terutama suami dan anak
angkatnya Sani.
5. 2)Sani
-Anak angkat Jimah dan Pak Jumaat.
-Sudah berkahwin dengan Wan Malini.
-Bertugas sebagai doktor.
3)Sabariah/Angah
-Menetap di London
-Sudah berkahwin
-Gagal mengawal emosi sehingga
terlanjur meninggikan suara kepada
ibunya.
7. LATAR MASYARAKAT :-
1)Masyarakat kampung yang bekerja
sebagai nelayan.
-Pak Man dan Pak Jumaat bekerja
sebagai nelayan untuk meyara
keluarga.
2)Masyarakat yang saling membantu
antara jiran sekampung.
-Pak Man dan Mat Bengap membantu
keluarga Jimah yang ditimpa musibah.
8. 3)Masyarakat yang berpendidikan
tinggi tetapi mementingkan diri.
-Anak-anak Jimah enggan menjaga ibu
mereka jika Pak Jumaat benar-benar
meninggal dunia.
4)Masyarakat yang suka mengambil
kesempatan terhadap orang yang
ditimpa musibah.
-Wahid dan Senin cuba menipu
penduduk kampung yang ditimpa
kesusahan.
9. LATAR TEMPAT :-
1)Rumah Pak Mat
-Shahrul meminta Sani memberitahu
Jimah tentang hasratnya untuk pulang
ke Kuala Lumpur kerana cutinya telah
habis.
2)Tepi Pantai
-Jimah setia menanti kepulangan Pak
Jumaat yang menjadi mangsa ombak
tsunami.
10. NILAI :-
1)Kasih Sayang
-Jimah dan Pak Jumaat sayang akan
anak-anak mereka.
2)Tanggungjawab
-Sani pulang menziarahi ibu bapa
angkatnya di kampung pada setiap
hujung minggu.
11. 3)Sabar
-Jimah sabar menunggu kepulangan
Pak Jumaat di tepi pantai dengan
harapan suaminya itu akan pulang
dalam keadaan yang selamat.
4)Kegigihan
-Pak Jumaat gigih bekerja untuk
membesarkan anak-anaknya dan
memberikan pendidikan yang
sempurna.