1
PIDATO FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia, guru besar, guru-guru, rakan-rakan,
kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga
masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi
sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera pembuka bicara.
Berdirinya saya di atas persada indah ini tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin
menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Fungsi Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa perpaduan, Bahasa Pengantar,
Bahasa Ilmu dan bahasa komunikasi rakyat Malaysia.
Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi
menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar
hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga
Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi
sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai
bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara.
Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia ialah Bahasa Melayu.
Para hakim yang arif lagi bijaksana,
Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Tuan-tuan dan puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa dalam negara
Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Setelah kemerdekaan tercapai,
Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 AM dan pelbagai 152
fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, Bahasa
Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen. Maka
terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan dan
kedaulatan negara daripada belenggu penjajahan.
Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan
pentadbiran dan urusan rasmi negara. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu
adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Mereka adalah penjenayah
negara yang mesti dihukum, dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa
penting bahasa Melayu memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara.
2
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat
Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali
pengikat pemuafakatan antara anggota masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat
kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama
dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu
kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu
negara. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan
menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan negara. Bahasa pengantar pendidikan bermaksud sebagai bahasa
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan
membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai
ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri, masyarakat dan negara.
Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri
keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa
dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat
dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana
mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan seperti pembentukan
istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan
lain-lain lagi.
Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh
semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. Ia merupakan bahasa ibunda dan
bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di
desa atau di kota, golongan kaya ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat
disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh semua golongan masyarakat.
Ia juga memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Senario ini telah
memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu
berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.
3
Hadirin dan hadirat sekalian,
Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup
rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam
mengangkat martabat dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala
fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus
didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi.
Sebelum saya mengundur diri saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya
ada terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato saya
ini dengan serangkap pantun :
Alang-alang menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan,
Alang-alang bahasa dijulang,
Biar kekal sepanjang zaman.
Sekian terima kasih.

TEKS PIDATO.docx

  • 1.
    1 PIDATO FUNGSI BAHASAMELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia, guru besar, guru-guru, rakan-rakan, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera pembuka bicara. Berdirinya saya di atas persada indah ini tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan bahasa komunikasi rakyat Malaysia. Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia ialah Bahasa Melayu. Para hakim yang arif lagi bijaksana, Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Tuan-tuan dan puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Setelah kemerdekaan tercapai, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 AM dan pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen. Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan dan kedaulatan negara daripada belenggu penjajahan. Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan urusan rasmi negara. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Mereka adalah penjenayah negara yang mesti dihukum, dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayu memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara.
  • 2.
    2 Para hadirin yangdihormati sekalian, Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat pemuafakatan antara anggota masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Bahasa pengantar pendidikan bermaksud sebagai bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri, masyarakat dan negara. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan seperti pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. Ia merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh semua golongan masyarakat. Ia juga memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.
  • 3.
    3 Hadirin dan hadiratsekalian, Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi. Sebelum saya mengundur diri saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun : Alang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan, Alang-alang bahasa dijulang, Biar kekal sepanjang zaman. Sekian terima kasih.