Hawa seorang wanita hamil empat bulan yang tegas mempertahankan warisan keluarga di Yellowstone walaupun berhadapan bahaya letusan gunung berapi. Dia berkhayal bertemu bayinya dan akhirnya akur dengan nasihat untuk mengikut suaminya, Adam pulang ke Malaysia.
3. Hawa ialah waris kepada Ahmad Abdullah yang memiliki
empayar perniagaan di Amerika Syarikat. Dia sedang
mengandung empat bulan. Tempat yang didiami oleh Hawa akan
musnah sebagai akibat letupan gunung berapi yang dijangkakan
akan berlaku. Berikutan itu, suami Hawa, Adam mengajak Hawa
berhijrah ke tempat yang selamat, iaitu Malaysia. Hawa enggan
mendengar nasihat Adam. Adam berasa jemu untuk memujuk
Hawa lalu meninggalkan Hawa sendirian.
Semasa Hawa bersendirian, dia telah melayang dalam
dunianya sendiri. Dia telah bertemu dengan janinnya, iaitu anak
di dalam kandungannya. Pertemuan itu membolehkan Hawa
berkomunikasi dengan anaknya. Anak Hawa telah menasihatinya
agar meninggalkan Amerika Syarikat dan mendengar nasihat
suaminya. Hawa tetap dengan pendiriannya untuk kekal berada
di Yellowstone, Amerika Syarikat, kerana memegang pesan
nendanya anaknya. Anak Hawa menjelaskan bahawa Hawa
masih dapat meneruskan apa- apa yang telah diusahakan di
tempat lain.
4. Anak Hawa menasihatinya supaya tidak meneruskan
usahanya di Amerika Syarikat kerana secara tidak
langsung Hawa telah membantu Israel memperoleh
sumber kewangan untuk memusnahkan negara-negara
Islam. Anak Hawa memberitahu Hawa bahawa Yellowstone
akan musnah. Hawa masih bertegas untuk
mempertahankan warisan Ahmad Abdullah di Yellowstone.
Anak Hawa menjelaskan bahawa dirinya ialah harta
warisan yang paling berharga dan merayu agar Hawa
memberikannya kesempatan untuk menjadi insan.
Kata-kata anaknya telah menyedarkan Hawa. Hawa
akur akan permintaan anaknya untuk menyelamatkan
keturunan Ahmad Abdullah. Tiba-tiba ilusi Hawa terputus
apabila namanya dipanggil berulang kali oleh Adam. Hawa
tersedar daripada khayalannya. Hawa mahu menjadi isteri
yang setia kepada Adam. Hawa juga berasa tidak sabar
untuk memberitahu Adam bahawa anak mereka lelaki.
5.
6. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan kepada seseorang
itu walaupun dia berada di negara asing.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anak lebih daripada
segala-galanya.
Kesabaran seorang suami amat penting untuk memastikan
rumah tangga terus harmoni.
Sikap berpada-pada dalam memegang prinsip atau
pendirian.
Pengorbanan besar yang perlu dilakukan dalam menghalang
keganasan Israel terhadap bangsa Palestin.
7.
HAWA
Hamil empat bulan
Generasi ketujuh Ahmad Abdullah
Menyayangi suami, iaitu Adam dan bayi dalam kandungannya.
Menunggu selama lapan tahun untuk memperoh cahaya mata
Bersikap degil untuk terus menetap di Yellowstone.
Teguh pendirian dalam mempertahankan warisan yang ditinggalkan oleh
Ahmad Abdullah.
Akur dengan bisikan bayinya supaya meninggalkan Yellowstone yang
akan musnah kelak.
Bersikap rasional, iaitu bersetuju untuk mengikut suaminya, Adam
pulang ke Malaysia.
8. BAYI
DALAM
KANDUNGAN
Berada di alam janin.
Baru berusia empat bulan.
Bijak memberikan pendapat dan
nasihat
Bakal lahir sebagai seorang
lelaki.
Sayang akan ibunya, Hawa dan
ayahnya, Adam.
ADAM
Anak kelahiran Malaysia.
Mengahwini Hawa, wanita dari
negara Yellowstone.
Memujuk isterinya supaya
pulang ke Malaysia.
9.
i.
ii.
Latar tempat
Di rumah Hawa, di Yellowstone. Contohnya, Adam memujuk Hawa
untuk meninggalkan Yellowstone dan mengikutnya pulang ke Malaysia.
Di alam janin atau alam rahim. Contohnya, perbualan yang berlaku
antara Hawa dengan bayinya.
Latar masa
Latar masa cerpen ini adalah pada musim gugur. Contohnya, ketika
Adam memujuk Hawa untuk mengikutnya pulang ke Malaysia
10.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
Latar masyarakat
Masyarakat Melayu yang di tinggal di Amerika Syarikat.
Masyarakat usahawan. Contohnya, Hawa mempusakai perusahaan yang
ditinggalkan oleh Ahmad Abdullah.
Masyarakat janin. Contohnya, anak Hawa yang masih berada dalam
kandungan dan berusaha menjadi insan.
Masyarakat yang berpendirian tegas. Contohnya, Hawa tegas
mempertahankan warisan keturunannya.
Masyarakat yang prihatin. Contohnya, Adam begitu prihatin terhadap
keadaan sekeliling.
Masyarakat yang kejam. Contohnya, Israel yang melakukan kekejaman
terhadap Palestin.
11.
Bahasa Arab. Contohnya
c.
kalimah lailahaillah terdengar dalam indah nada.
Istighfarnya berenang dalam lautan merah.
Astaghfirullahalazim!
Bahasa Inggeris. Contohnya
a.
Selatan Yellowstone menjadi medan seismic
Bahagian bawah abdomennya geli tiba-tiba.
Loya menggangu tekak, tetapi dia memaksa diri agar tidak dikalahkan
perubahan biologi.
a.
b.
b.
c.
Simile. Contohnya
a.
Dunia bagai berayun. Berdiri bagai tidak jejak ke bumi
b.
Bahagiannya kembang bagai saratnya menanti masa
12.
Hiperbola. Contohnya.
c.
Kaki terpelanting ke timur. Kepala tercampak ke barat
Bonda mengembara di dalam tubuh bonda sendiri.
Membongkar gunung hingga menjadi seperti kapas disembur angin.
Personifikasi. Contohnya.
a.
c.
Angin musim gugur mencuri masuk melalui leher jaket tebalnya.
Aroma bunga liar menerpa hidung.
Gemuruh air pekak menampar telinga
Repetisi. Contohnya.
a.
b.
“ Lahir saya di sini, mati saya biarlah juga di sini ”
Ada tangan. Ada jari. Ada kaki.
Simpulan bahasa. Contohnya.
a.
Suara hati
Suara akal.
a.
b.
b.
b.
13.
Nilai kasih sayang. Contohnya, Hawa amat menyayangi bayi
dalam kandungannya.
Nilai ketegasan. Contohnya, Hawa bersikap tegas untuk
mempertahankan warisan keturunan Ahmad Abdullah di
Yellowstone.
Nilai nasihat-menasihati. Contohnya, bayi dalam kandungan
Hawa menasihatinya supaya berhijrah ke tempat yang selamat
Nila berpandangan positif. Contohnya, Adam berpandangan
positif, iaitu yakin selamat sekiranya dia dan Hawa berhijrah
ke Malaysia.
Nilai ketaatan. Contohnya, Hawa berjanji akan menjadi isteri
yang taat kepada Adam.
14.
Kita haruslah yakin bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja.
Contohnya, Adam berusaha menyakinkan Hawa untuk memulakan
perniagaan baharu di Malaysia kerana rezeki ada di mana-mana
sahaja.
Kita hendaklah berfikir secara rasional. Contohnya, Hawa
berfikir secara rasional tentang bisikan bayinya dan akhirnya
bersetuju untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.
Kita janganlah bersubahat dengan pihak musuh. Contohnya,
Hawa akhirnya sedar bahawa wang yang diperoleh oleh negaranya
digunakan untuk membiayai Israel memusnahkan negara-negara
Islam.
Isteri hendaklah setia kepada suami demi kebahagiaan rumah
tangga. Contohnya, Hawa bertekad untuk menjadi isteri yang taat
setia kepada suaminya, Adam.