menceritakan tentang tokoh iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, rahsianya disebalik latar belakang beliau,sumbangan beliau terhadap pendidikan muslim serta perkembangan perniagaan beliau dari segi hasil jualan perniagaan pakaian, perkapalan dan lain-lain.
menceritakan tentang tokoh iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, rahsianya disebalik latar belakang beliau,sumbangan beliau terhadap pendidikan muslim serta perkembangan perniagaan beliau dari segi hasil jualan perniagaan pakaian, perkapalan dan lain-lain.
A lil bit sharing of presentation of Malaysian entrepreneurship (Tan Sri Azman Hashim) made for Entrepreneurship BPME 1013 course that I'm taking in UUM Sintok..please enjoy yourself..have a cup of tea.. :)
Pelajar PPN Kolej Vokasional Dungun telah mencipta satu slide yang menceritakan perniagaan idaman mereka. Situasi hendaklah menunjukkan saya sudah mempunyai syarikat tersebut. Saya Muhammad Shahril dan inilah perniagaan idaman saya.
The Unwind Your Mind blog provides tips submitted by young people on daily activities to improve mental wellbeing without focusing on mental illness, as it encourages positive mental habits like doing something each day that makes you feel good, similar to maintaining physical health with 5 servings of fruits and vegetables daily. The blog aims to connect with young people through social media to discuss stress-reducing strategies with less stigma than traditional mental health resources.
This session will arm you with all the key information you need to to figure out Open Source software licensing issues, understand legal situation, etc. The aim is to present your obligations in terms of OSS licences, patent and intellectual property, before launching a project.
Next, a method developed within QualiPSo project will be presented!
The document describes the Metodo de Thomas method for solving systems of linear equations. It involves setting up the equations in a triangular matrix format with coefficients Aij and then solving for the variables Xj. The method results in a lower triangular matrix L with coefficients Lij that can be used to solve for the variables.
BAB I mengawali dengan insiden pengiriman peti mati ke beberapa kantor media pada awal Juni 2011 yang menimbulkan spekulasi teror media. Kemudian membahas bahwa tahun 2010 menjadi tahun berdarah bagi jurnalis dengan terbunuhnya tiga jurnalis yang berkaitan dengan pekerjaannya, sehingga Indonesia masuk lima negara paling berbahaya bagi jurnalis. Hal ini menunjukkan sinyal bahaya terhadap kebebasan pers di
A lil bit sharing of presentation of Malaysian entrepreneurship (Tan Sri Azman Hashim) made for Entrepreneurship BPME 1013 course that I'm taking in UUM Sintok..please enjoy yourself..have a cup of tea.. :)
Pelajar PPN Kolej Vokasional Dungun telah mencipta satu slide yang menceritakan perniagaan idaman mereka. Situasi hendaklah menunjukkan saya sudah mempunyai syarikat tersebut. Saya Muhammad Shahril dan inilah perniagaan idaman saya.
The Unwind Your Mind blog provides tips submitted by young people on daily activities to improve mental wellbeing without focusing on mental illness, as it encourages positive mental habits like doing something each day that makes you feel good, similar to maintaining physical health with 5 servings of fruits and vegetables daily. The blog aims to connect with young people through social media to discuss stress-reducing strategies with less stigma than traditional mental health resources.
This session will arm you with all the key information you need to to figure out Open Source software licensing issues, understand legal situation, etc. The aim is to present your obligations in terms of OSS licences, patent and intellectual property, before launching a project.
Next, a method developed within QualiPSo project will be presented!
The document describes the Metodo de Thomas method for solving systems of linear equations. It involves setting up the equations in a triangular matrix format with coefficients Aij and then solving for the variables Xj. The method results in a lower triangular matrix L with coefficients Lij that can be used to solve for the variables.
BAB I mengawali dengan insiden pengiriman peti mati ke beberapa kantor media pada awal Juni 2011 yang menimbulkan spekulasi teror media. Kemudian membahas bahwa tahun 2010 menjadi tahun berdarah bagi jurnalis dengan terbunuhnya tiga jurnalis yang berkaitan dengan pekerjaannya, sehingga Indonesia masuk lima negara paling berbahaya bagi jurnalis. Hal ini menunjukkan sinyal bahaya terhadap kebebasan pers di
The document discusses government transparency from different perspectives. It argues that transparency may not align with governments' typical goals of maintaining authority, increasing size and influence, and keeping their mission ambiguous. However, transparency could clarify a government's mission if implemented properly. The document suggests that while transparency has benefits, governments often ignore best practices.
The document summarizes the initiatives of the New York City Department of Environmental Protection (DEP) to supply water and manage wastewater for New York City residents. It outlines DEP's mission to provide these essential services to 9 million customers. It then summarizes DEP's proposed 7.5% water rate increase for 2012, customer service initiatives like the My DEP online account and paperless billing, capital projects, and efforts to reduce regulatory mandates and costs.
The document describes various scenes and events taking place at a university for new students, including students relaxing outdoors, a poster sale in a cloister area, a welcome address for new students, the main staircase inside one of the university buildings, a student fair held in another campus building where new students can learn about student groups and activities, photos taken outside the front of the main campus building, a person in a bear costume offering free hugs, and a photo of the university's south front entrance.
- The document describes an algorithm called seed-and-spawn that searches for matching local regions between two images by propagating an initial set of seed matches. It does this by spawning new matches from existing matches at different image scales and locations, continuously matching regions at coarser and finer scales.
- The algorithm takes an initial set of seed matches and refines them before adding them to a priority queue. It then repeatedly spawns new matches from the highest priority match and refines the spawns. Matches that satisfy criteria are added to the solution.
- The algorithm was evaluated on an object recognition benchmark and shown to significantly increase the discriminative power of a state-of-the-art local feature matching method.
The document discusses open source software and innovation. It notes that open source has disrupted the software industry by being technically, economically, and strategically efficient. Open source is also an innovation driver where quality gains momentum. Big data, NoSQL databases, semantic data, and visualization tools are discussed in the context of supporting innovation. The OW2 Consortium provides long-term sustainability for open source technology innovation through technical support and governance.
- The presentation outlines a multi-level marketing plan called BMT Income Plan where members earn commissions from their referral networks.
- Members start as Silver members for R45/month and can upgrade their membership level over time. They earn commissions on levels of their growing referral network.
- The example shows how one silver member's commissions grow from R45 to over R11,000/month as their network expands from 9 members to over 6,500 members across 4 levels, simply by each member referring 9 people.
- Even if everyone only refers 3 people, one could earn over R99,000/month according to the commission structure that pays more on deeper network levels where more members exist.
This document provides information about the book "1001 Vocabulary and Spelling Questions - 2nd Edition". It includes the book title, copyright information, publisher details (LearningExpress, LLC), and International Standard Book Number. It also lists topics covered in the book such as vocabulary, English orthography and spelling, and sample questions. Contact information is provided for ordering the book.
The talk will discuss well known general benefits of free software; will share some reflections and experience concerning the use of free software as a vehicle for knowledge transfer and industrial exploitation of research results; and will discuss the interest of free software for software infrastructures.
Tugasan DUB1012 dengan tajuk Kemsayarakatan dan Perpaduan oleh:-
AZRI AQIM BIN RAZALI 14DKA15F1127
MUHAMMAD ZUHAILY BIN ABDUL HAMID 14DKA15F1084
MUHAMMAD SHAKIRIN BIN ISMAYATIM 14DKA15F1124
ZIHAM ZULKARNAIN BIN MUZALI 14DKA15F1072
MUHAMMAD NAJMI BIN MD NAN 14DKA15F1075
1. Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.Sumber: Wikipedia MelayuLatarbelakang Ringkas Syed MokhtarTahun lahir : 1951Pendidikan: SPMMula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)Kekayaan: RM1,425 jutaKe 7 terkaya di MalaysiaKe 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank MuammalatKereta: Proton PerdanaPetikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-BukharySumbangan sosialYayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.<br />