SlideShare a Scribd company logo
1 of 34
TAFSIR SURAH
AL-MULK AYAT 1-5
(Syirik dalam Berkat)
AYAT 1
ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ٰ
‫لى‬َ‫ع‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ُ‫ك‬‫ل‬ُ‫م‬‫ال‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬َ‫ي‬ِ‫ب‬ ‫ذي‬َّ‫ال‬ َ‫ك‬َ‫ر‬ٰ‫ب‬َ‫ت‬
‫دير‬ََ ٍ‫َء‬َ
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan
yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat);
dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
PENERANGAN AYAT
ََ‫ك‬َ‫ر‬ٰ‫ب‬َ‫ت‬
Maha berkat Allah taala;
Kalimah َ‫ك‬ َ‫ر‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫ت‬ adalah bentuk mubalaghah kepada kalimah ‫برك‬ Maknanya, Allah sangat-sangat
berkat.
Ada sebahagian tafsir di nusantara menterjemahkan maksud َ‫ك‬ َ‫ر‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫ت‬ itu sebagai ‘Maha Suci’ Allah.
Tapi kalau ‘maha suci’, perkataan yang digunakan adalah ‘subhanallah’. Jadi terjemahan sebegitu
tidak tepat.
Yang lebih tepat adalah ayat ini hendak mengatakan bahawa Allahlah yang Maha Berkat. Jadi,
kalau ada yang kata tok guru itu, tok guru ini ada berkat, maka mereka adalah salah sama sekali.
Ini adalah syirik kerana Allah sendiri beritahu dalam ayat ini dan ayat-ayat yang lain, Dia sahaja
yang Maha Berkat.
SAMB…
Kerana kurang faham dengan makna ‘berkat’, maka banyak dari kalangan masyarakat Muslim kita telah
melakukan syirik dalam perkara ‘berkat’ ini. Sikit-sikit, mereka hendak mendapatkan berkat dari
sesuatu. Mereka kata sesuatu tempat itu ada berkat, padahal Allah tidak pernah kata begitu. Mereka
kata seseorang itu ada berkat, tapi tidak pernah Allah memberitahu kita bahawa ada keberkatan pada
orang itu.
Bagaimana pula dengan keberkatan yang ada pada Nabi Muhammad? Banyak dari kalangan kita yang
berdoa dengan menggunakan ‘keberkatan’ Nabi Muhammad. Ini dinamakan tabarruk.
Itu juga adalah salah satu fahaman yang salah. Batang tubuh Nabi Muhammad memang ada
keberkatan. Sebab itu para sahabat ada yang simpan rambut baginda, kuku baginda, baju baginda dan
sebagainya. Tapi itu hanyalah pada ‘batang tubuh’ baginda. Apabila baginda sudah wafat, tidak ada
lagi keberkatan sebegitu. Memang Nabi Muhammad ada keberkatan, tapi baginda tidak boleh
memberikan keberkatan baginda itu kepada orang lain.
PENERANGAN AYAT
ُ‫ك‬ْ‫ل‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬َ‫ي‬ِ‫ب‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬
yang dalam genggamanNya sahajalah semua kerajaan-kerajaan;
Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa kekuasaan itu hanya berada dalam tanganNya sahaja.
‘Tangan’ dalam ayat ini bermaksud ‘kekuasaan’. Tidak boleh kita bayangkan bagaimana rupa
tangan Allah pula. Dan tidak salah kalau kita katakan ‘tangan’ itu bermaksud ‘kuasa’. Jangan kita
hadkan itu sahaja maksud ‘Tangan Allah’ kerana Allah memang ada tangan.
Manusia telah melakukan segala-galanya untuk mendapatkan kekuasaan. Ada yang sanggup
menipu, berbunuhan, menindas orang lain dan sebagainya untuk mendapatkan kekuasaan dan
kerajaan dunia. Mereka lupa bahawa kekuasaan itu tidak kekal. Kerajaan yang sebenarnya adalah
di dalam tangan Allah.
SAMB…
Allah hanya letak perkataan ‫ي‬ ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ yang bermaksud ‘yang’ sahaja di dalam ayat ini. Allah tidak
meletakkan namaNya dalam ayat ini. Padahal, dalam ayat-ayat lain, Allah ada letak namaNya
bersama dengan perkataan ‘berkat’. Sebagai contoh, dalam ayat Mukminoon:14, Allah
menggunakan perkataan ُ‫هللا‬ َ‫ك‬ َ‫ر‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫ت‬َ‫ف‬ Maha Berkat Allah. Tapi tidak diletakkan sebegitu dalam ayat
ini.
Ini adalah kerana Allah hendak kita memikirkan siapakah yang dimaksudkan dalam ayat ini. Tidak
lain dan tidak bukan ianya hanyalah Allah sahaja. Tidak mungkin ada entiti yang lain yang
dimaksudkan.
Oleh itu, surah ini banyak mengandungi ayat-ayat yang menyuruh kita berfikir. Menyuruh kita
menggunakan akal kita yang waras dan sihat. Kerana kalau kita guna akal kita yang sihat, kita
akan dapat mencapai pemahaman tentang Allah dan tentang agama.
PENERANGAN AYAT
‫ير‬ ِ‫د‬ََ ٍْ‫ء‬ََ ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ٰ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬
Dan Dia ke atas segala sesuatu, memang berkuasa sungguh;
Bukan kerajaan sahaja dimilikiNya, tapi ke atas semua perkara Dia ada kuasa. Dialah
pengendali segala-galanya terhadap semua makhluk sesuai dengan kehendakNya. Tidak
ada yang boleh melawan hukumNya. Dia tidak akan ditanya setelah itu segala apa yang Dia
lakukan.
Perkataan ‫ير‬ ِ‫د‬ََ bermaksud ‘seseorang yang mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu’.
Jadi, Allah berkuasa untuk melakukan kehendakNya ke atas ٍْ‫ء‬ََ ِ‫ل‬ُ‫ك‬
‘ segala sesuatu’.
SAMB…
Sebelum ini telah disebutkan tentang ُ‫ك‬ْ‫ل‬ُ‫م‬ْ‫ال‬
– kerajaan. Dalam dunia, kita boleh lihat bagaimana
seseorang itu diangkat sebagai raja. Bermakna dia adalah raja kepada negeri itu. Dia ada kuasa
yang besar di negeri itu. Tapi adakah dia mempunyai kuasa ke atas setiap perkara dalam
negerinya? Dia mungkin memiliki negara itu, tapi adakah dia memiliki setiap keping tanah dalam
negeri itu, setiap rumah dalam negeri itu, setiap apa yang ada dalam rumah setiap rakyat dalam
negaranya?
Tentu tidak. Dia hanya mempunyai kekuasaan yang umum sahaja kepada negeri itu. Tapi bagi
Allah, Dia menekankan bahawa kekuasaanNya ٍْ‫ء‬ََ ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ٰ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬
– atas segala sesuatu. Secara
ringkasnya, kekuasaan Allah atas alam ini adalah secara makro dan mikro. Dari yang sebesar-
besarnya sehingga kepada sekecil-kecilnya.
Jadi, ayat pertama ini adalah untuk memperkenalkan kita kepada Allah. Supaya kita menggunakan
akal fikiran kita yang waras untuk faham dengan siapakah kita berurusan sekarang. Iaitu dengan
Allah yang mempunyai kekuasaan yang mutlak.
AYAT 2
َ‫س‬‫ح‬َ‫أ‬ ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫ي‬َ‫أ‬ ‫م‬ُ‫ك‬ َ‫و‬ُ‫ل‬‫ب‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫ة‬ ٰ
‫و‬َ‫ي‬َ‫ح‬‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ت‬‫و‬َ‫م‬‫ال‬ َ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬ ‫ذي‬َّ‫ال‬
ُ‫ر‬‫َفو‬‫غ‬‫ال‬ ُ‫ز‬‫زي‬َ‫ع‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ۚ ‫ا‬
‫ًل‬َ‫م‬َ‫ع‬ ُ‫ن‬
Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup –
untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha
Pengampun;
PENERANGAN AYAT
ََ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫َا‬َ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬َ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬
Dialah yang menjadikan adanya mati;
• Sekali lagi, Allah tidak meletakkan namaNya dalam ayat ini. Dia cuma mengatakan ‘yang’
menjadikan mati sahaja. Kerana tidak ada entiti lain yang boleh menjadikan kematian dan
kehidupan melainkan Dia sahaja. Di sinilah letaknya keindahan bahasa Al-Qur’an. Tidak perlu
disebut pun kita manusia sepatutnya sudah tahu.
• Kenapakah Allah meletakkan َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬sebelum disebut َ‫اة‬َ‫ي‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
? Bukankah kita hidup dahulu dan
kemudian baru mati? Jangan kita faham َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬itu sebagai maksud ‘mati selepas hidup’ sahaja.
Ianya mempunyai makna yang lebih luas lagi. Makna َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬adalah ‘tanpa kehidupan’. Oleh itu,
sebelum kita dilahirkan, kita dalam keadaan َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬sebab kita tidak ada kehidupan pada waktu
itu. Sebab itu Allah letakkan perkataan َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬dahulu kerana ia yang datang dahulu.
SAMB…
• Satu lagi sebab kenapa Allah letakkan perkataan َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬dahulu adalah kerana ayat ini ditujukan
kepada makhluk yang sedang hidup sekarang. Kepada makhluk yang hidup, yang manakah
mereka akan jumpa dahulu? Kematiankah atau kehidupan? Tentulah kita akan menemui
kematian dahulu, kemudian barulah kita akan dihidupkan semula di alam barzakh nanti. Jadi
Allah sebut perkara pertama yang kita akan bertemu dahulu, iaitu ‘mati’.
• Allah memberi peringatan kepada kita tentang mati dahulu. Kerana kematian adalah satu
motivasi yang paling kuat. Kalau kita ingat bahawa kita akan mati akhirnya, kita akan berjaga-
jaga dengan amalan dan agama kita. Kita akan buat sebaik mungkin.
• Begitulah yang sepatutnya. Tapi banyak antara kita, menjalani kehidupan seperti mereka akan
hidup selamanya. Mereka tak terfikir bahawa mereka akan mati dan menemui Tuhan dan kena
menjawap diatas segala perbuatan mereka.
PENERANGAN AYAT
َ
َ‫ة‬‫ا‬َ‫ي‬َ‫ح‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬
dan kehidupan
Maksud pertama yang kita boleh ambil dari ayat ini adalah, Allah menjadikan ‘mati’ dan
‘hidup’ itu dalam bentuk ‘makhluk’. Macam juga Allah jadikan makhluk seperti kambing,
Allah juga telah menjadikan ‘mati dan ‘hidup’.
Sebab ada hadis yang mengatakan Allah akan panggil ‘mati’ pada hari akhirat nanti dalam
bentuk kibas dan Allah akan sembelih ‘mati’ itu menunjukkan bahawa selepas itu tidak ada
lagi kematian. Maka, bergembiralah ahli syurga kerana mereka tahu mereka akan kekal
dalam syurga, dan bersedihlah dan berputus asalah ahli neraka kerana mereka tahu
bahawa mereka akan kekal dalam neraka sampai bila-bila kerana mereka tidak akan mati-
mati.
SAMB…
• Allah sebut ‘kematian’ sebelum ‘kehidupan’ kerana kematianlah yang mencabar manusia.
Kematian itu lebih memberi kesan kepada kita. Kita akan suka kalau ada yang baru lahir. Tapi
apabila ada kematian dalam keluarga kita, atau kawan-kawan kita, itulah yang lebih memberi
kesan kepada kita. Kita akan jadi amat sedih, sentiasa teringatkan mereka yang telah tiada,
terkenang kekesalan yang mungkin ada, kerinduan dan macam-macam lagi. Macam mana kita
tolak pun perasaan itu, ianya akan datang dari masa ke semasa.
• Tema surah ini adalah menyuruh kita berfikir. Allah suruh kita lihat sekeliling kita. Lihatlah
bagaimana setiap hari, ada sahaja yang mati dan ada sahaja yang hidup. Semua itu memberi
peringatan kepada kita. Apabila ada kehidupan baru, kita tahu itu adalah urusan Allah.
• Apabila ada kematian, kita pun tahu itu juga urusan Allah. Ianya adalah kitaran hidup yang
akan sentiasa berlaku. Kita juga telah pernah memulakan kehidupan kita semasa kita lahir dan
kita juga akan menghadapi saat kematian kita. Persoalannya, apakah yang kita buat semasa
kita hidup di dunia ini? Fikir dan fikirkan.
PENERANGAN AYAT
ًَ
‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬َ ُ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫َأ‬ْ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫ي‬َ‫َأ‬ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫و‬ُ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ي‬ِ‫ل‬
Supaya Dia menguji kamu semua, siapakah yang terbaik amalannya;
Allah hendak lihat siapakah yang buat amalan yang ‘terbaik’, bukan Allah nak tengok siapakah
yang mempunyai amalan yang ‘terbanyak’. Kita banyak buat ibadat, tapi kadang-kadang tak molek
amalan itu. Kita buat sambil lewa sahaja – seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
Maka, yang kita harapkan adalah buat amalan yang ‘terbaik’. Tapi kalau kita boleh buat yang
‘terbaik’ dan ‘terbanyak’, itu lagi baik. Inilah tujuan kita dihidupkan di dunia ini, kerana Allah
hendak melihat siapakah yang terbaik amalannya.
SAMB…
• Jadi, kita hendaklah berusaha untuk mencantikkan amalan kita. Jangan beriya-iya
menambah banyak amalan, tapi kita tidak melihat kualiti amalan kita. Antaranya, dalam
kita belajar tafsir ini, janganlah kita hanya hendak menambah berapa banyak ayat dan
surah yang kita sudah belajar, tapi pemahaman kita kurang.
• Ayat ini menunjukkan bahawa tujuan kita dijadikan Allah di dunia adalah supaya diuji.
Sebab itulah berbagai ujian akan dikenakan kepada kita. Ini adalah lumrah alam.
Kerana Allah hendak melihat bagaimana kita akan menanganinya. Adakah kita
menanganinya cara orang yang beriman atau tidak? Adakah kita redha dengan ujian itu
atau kita putus asa dan marah dengan Allah kerana beri kita ujian itu?
SAMB…
• Dari perkataan ْ‫م‬ُ‫ك‬ َ‫و‬ُ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ي‬ِ‫ل‬yang digunakan, ini menunjukkan ujian yang diberikan adalah ujian
yang kecil sahaja. Kerana kalau ujian yang besar, perkataan ibtila‘ yang akan digunakan.
Ini bermaksud ‘ujian’ dalam ayat ini adalah ujian yang umum, yang semua orang kena.
Semua orang akan dikenakan dengan ujian, tapi hanya orang tertentu sahaja yang
diberikan dengan ujian yang besar.
• Sebab itu, dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan ْ‫م‬ُ‫ك‬
, untuk merujuk kepada setiap
makhluk yang akan diberikan ujian. Seperti juga kematian dan kehidupan dalam
sebelumnya, semua makhluk akan melaluinya.
• Perkataan ُ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫ي‬َ‫أ‬menunjukkan ayat ini ditujukan kepada semua orang, untuk melihat
siapakah yang lebih baik amalan mereka. Ini adalah kerana perkataan ُ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫أ‬bermaksud
‘yang lebih baik’. Allah membandingkan antara kita semua. Ianya seperti satu
‘pertandingan’ untuk melihat siapakah yang lebih baik dan mereka yang lebih baik akan
diberi hadiah.
SAMB…
• Apabila perkataan ْ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫ي‬َ‫أ‬
( antara kamu), Allah mengisyaratkan kepada kita untuk melihat sekeliling
dan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ini juga adalah satu lagi penggunaan tema dalam
ayat ini: memikirkan. Melihat perbuatan orang lain dan memikirkan di manakah kedudukan kita
kalau dibandingkan dengan orang. Seeloknya, kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih
baik dari kita, bukan dengan orang yang di bawah kita. Maka kerana itu kena banyak berkawan
dengan orang yang lebih baik dari kita.
PENERANGAN
AYAT
AYAT 3
Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang
berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang
Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan
tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah
pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang
kecacatan?
PENERANGAN AYAT
• Yang mencipta tujuh lapis langit
berkubah-kubah;.
Dan kalau langit pertama itu diumpamakan
sebesar duit syiling, langit kedua yang
meliputinya adalah seluas padang pasir
yang luas. Dan kalau langit kedua
diumpamakan sebesar duit syiling pula,
langit ketiga yang meliputinya adalah
seluas padang pasir. Begitulah sampai ke
langit yang ketujuh.
Dan Arash Allah itu meliputi langit ke-tujuh.
Jadi, memang tidak dapat dibayangkan.
Dan kita tidak disuruh untuk mengetahui
dengan mendalam. Kerana memang ia di
luar kemampuan kita, maka tak perlu nak
cuba. Kita lihat langit setakat yang kita
boleh lihat sahaja.
Kalimah ‫ا‬‫ا‬َ‫ا‬َ‫ب‬ِ‫ط‬dari ‫ط‬
‫ب‬
‫ق‬ yang bermaksud di atas sesuatu
yang lain. Menutupi sesuatu, bertindan-tindan. Jadi kita
boleh bayangkan ia sebagai kubah di atas kubah.
Maknanya dalam bentuk sfera. Bukan bertingkat-tingkat
macam bangunan.
Untuk kita faham sedikit bagainya besarnya langit itu, mari
kita bayangkan langit pertama. Selagi apa yang kita
nampak dengan mata (atau dengan teleskop), atau segala
bintang-bintang yang berbilion itu, semuanya terletak dalam
langit yang pertama lagi. Iaitu dinamakan ‘langit dunia’.
Ianya adalah langit yang paling dekat dengan kita.
Sekali lagi, saranan Allah untuk kita memikirkan tentang kejadian langit dan bumi berterusan.
Kata ‫ات‬ َ‫او‬َ‫م‬َ‫س‬adalah apa sahaja yang di atas kita. Ianya adalah kata jamak dari perkataan
sama’ – langit.
Perkataan ‫ا‬‫ا‬َ‫ا‬َ‫ب‬ِ‫ط‬bermaksud ‘yang berlapis-lapis’. Ia juga mempunyai makna kedua: ‘tersusun’.
Kalau kita lihat kepada langit, kita boleh lihat bagaimana ianya tersusun sahaja. Lebih-lebih
lagi kalau kita lihat kepada planet dan apa sahaja yang ada di langit surya. Semuanya
tersusun indah dan tidak berlanggar antara satu sama lain.
SAMB....
PENERANGAN AYAT Tapi kalau kita lihat penggunaan perkataan yang
digunakan – ‫ء‬ِ‫ف‬
ِ‫ق‬ْ‫َل‬‫خ‬ – pada kejadian – ianya tidak terhad
kepada langit sahaja. Ianya boleh merujuk kepada segala
apa yang dijadikan oleh Allah. Dan memang segala apa
yang dijadikan oleh Allah itu tidak ada tidak seimbang
atau tidak sempurna. Tidak ada kejadian Allah yang tidak
sesuai.
Allah menyebut namanya ‘Ar-Rahman’ kerana hendak
menunjukkan bahawa Allah menjadikan semua alam itu
di atas sifat RahmanNya, iaitu sifat pemurahNya. Allah
mengingatkan kita tentang segala rahmat yang Allah
telah berikan kepada kita. Kalau Allah telah berikan kita
bermacam-macam dan segalanya yang kita perlukan
untuk hidup dengan senang, kenapa kita hendak menolak
segala suruhanNya lagi? Kalau kita nak minta tolong
kepada anak kita pun, kadang-kadang kita ingatkan dia
tentang segala kebaikan yang kita telah lakukan
kepadanya.Lebih-lebih lagi kalau anak itu degil. Begitu
jugalah Allah mengingatkan kita kepada segala
kemurahanNya yang telah dilimpahkan kepada kita. Apa
lagi yang kita tidak dapat?
Kalimah ‫ت‬ ُ‫او‬َ‫ف‬َ‫ت‬dari ‫ف‬
‫و‬
‫ت‬ yang bermaksud ‘lari’ dari
keseimbangan. Maknanya ada kekurangan, tidak
seimbang. Penciptaan Allah, semuanya elok sahaja.
Saling bersesuaian dan seimbang. Tidak ada
perselisihan antara satu sama lain.
Penciptaan ini boleh merujuk kepada dua makna:
sama ada Allah memperkatakan tentang penciptaan
langit sahaja, atau keseluruhan alam ini. Perkataan
sebelumnya berkenaan dengan langit, maka besar
kemungkinan ianya tentang langit yang seimbang.
PENERANGAN AYAT
PENERANGAN AYAT
AYAT 4
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali,
nescaya pandanganmu itu akan balik kepadamu dengan
hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang
ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga
dengan sia-sia).
PENERANGAN AYAT
Allah mencabar lagi menyuruh kita melihat lagi alam ini. Perkataan َّ‫م‬ُ‫ث‬bukan sahaja bermaksud
‘kemudian’. Ianya adalah satu waktu yang telah berlalu agak lama. Bermaksud, Allah suruh kita
melihat kejadian alam ini dari masa ke semasa. Sekali sekala tengok langit itu untuk meningkatkan
iman kita.
Perkataan ِ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ت‬َّ‫ر‬َ‫ك‬bermaksud melakukan sesuatu berkali-kali dalam kadar yang sama. Seperti
serangan tentera yang dilakukan kepada satu kawasan berkali-kali untuk mencapai kemenangan.
Perkataan ِ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ت‬َّ‫ر‬َ‫ك‬bukan bermaksud ‘dua kali’ sahaja walaupun dalam bahasa yang literal, ianya
bermaksud dua kali (kerana ada tambahan ‫)ين‬. Sama juga kalau kita katakan bahawa atas meja
kita ada ‘dua dozen limau’. Tidak semestinya memang tepat ada 24 biji limau – ianya sebagai satu
penggunaan bahasa untuk menunjukkan ‘banyak’ sahaja.
Oleh itu, Allah menyuruh kita melihat kepada langit dan juga alam ini berkali -kali. Melihat alam ini
berkali-kali dalam kadar yang sama.
PENERANGAN AYAT
PENERANGAN AYAT
PENERANGAN AYAT
AYAT 5
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat
(pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan
Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-
syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang
menjulang-julang.
َ‫و‬
PENERANGAN AYAT
Perkataan َ‫ح‬‫ي‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ص‬َ‫م‬adalah jamak kepada perkataan misbah – lampu. Diambil dari katadasar ‫ص‬
‫ب‬
‫ح‬ –
yang juga digunakan untuk waktu subuh. Ini adalah kerana dalam waktu subuh ada cahaya
kemerahan dan dalam lampu pun ada cahaya kemerahan.
‘Lampu-lampu’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘bintang-bintang’. Ini bermakna, semua
bintang yang boleh dilihat dengan mata atau dengan teleskop, masih berada dalam langit pertama
lagi. Maka, silaplah jika ada yang kata bulan itu sahaja dalam langit pertama. Cakrawala Bima
Sakti dan cakrawala-cakrawala lain yang berjumlah berbilion-bilion itu, masih lagi dalam
lingkungan langit pertama lagi.
Terdapat dua kali penekanan dalam penggunaan perkataan ْ‫د‬َ‫ق‬َ‫ل‬dalam ayat ini. Maknanya, Allah
hendak menegaskan sangat.
Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan ‫ا‬َّ‫ن‬َّ‫ي‬َ‫ز‬– Kami menghiasi. Allah hendak mengingatkan
kita, tidaklah Allah jadikan alam ini dalam keadaan gelap dan suram sahaja. Akan tetapi Allah
jadikan perhiasan dalam bentuk bintang yang memberi cahaya.
PENERANGAN AYAT Iaitu merejam syaitan-syaitan yang cuba untuk mencuri
dengar percakapan para malaikat di langit. Bukan
dilontar dengan bintang itu sendiri tapi dengan bola-bola
api yang ada di bawahnya. Mungkin juga lontaran itu
berasal dari pecahan bintang-bintang itu. Kita tidak tahu
dengan pasti kerana maklumat sains kita masih terhad.
Satu pendapat mengatakan meteor itu pun terjadi dari
bintang-bintang yang telah pecah hancur dan ditarik ke
bumi dengan tarikan graviti.
Tidaklah setiap meteor itu untuk setiap syaitan yang
cuba mendengar. Ia mungkin bermaksud apabila ada
ribuan meteor yang menghala jatuh ke bumi menjadikan
bahaya bagi para syaitan untuk ke langit mencuri
dengan maklumat langit.
Apa yang para jin itu cuba dengar? Malaikat mendapat
berita dari atas tentang sesuatu kebaikan yang akan
diberikan kepada seseorang, maka malaikat akan
bercakap-cakap antara satu sama lain. Apabila syaitan-
syaitan dengar, mereka akan cuba menghasut orang itu,
kerana mereka tidak mahu kebaikan untuk orang itu.
PENERANGAN AYAT
Itulah azab yang disediakan kepada syaitan-syaitan. Tapi
kalau manusia yang berperangai ‘syaitan’, mereka pun akan
kena azab neraka juga nanti. Kerana jangan kita sangka
‘syaitan’ itu dari golongan jin sahaja.
Syaitan sebenarnya adalah satu sifat, yang bermaksud
mereka yang menjauhkan manusia dari kebenaran. Kalau
jin yang buat kerja itu, dia dipangil ‘syaitan’; dan kalau ada
manusia yang buat begitu, dia juga dipanggil ‘syaitan’.
Kebanyakan orang sangka syaitan itu adalah sejenis
makhluk yang lain dari manusia dan jin. Tidak sebenarnya –
syaitan itu adalah satu ‘sifat’. Ia boleh merujuk kepada
golongan jin dan juga golongan manusia.
WALLAHUA’LAM

More Related Content

Similar to TAFSIR AL-MULK 1-5 .pptx

MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SDMODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SDRambliPemula
 
Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Afshan Mbo
 
Liqa' Mahabbah- Taubat seorang hamba.pptx
Liqa' Mahabbah- Taubat seorang hamba.pptxLiqa' Mahabbah- Taubat seorang hamba.pptx
Liqa' Mahabbah- Taubat seorang hamba.pptxMunir406279
 
Mari kita belajar tentang islam
Mari kita belajar tentang islamMari kita belajar tentang islam
Mari kita belajar tentang islamSutoro Naruto
 
Makalah_Iman_Kepada_Allah.pdf
Makalah_Iman_Kepada_Allah.pdfMakalah_Iman_Kepada_Allah.pdf
Makalah_Iman_Kepada_Allah.pdfMochamadNijar1
 
pptx_20220921_113430_0000.pptx
pptx_20220921_113430_0000.pptxpptx_20220921_113430_0000.pptx
pptx_20220921_113430_0000.pptxAdindaNda1
 
Terjemah jawahirul kalamiyyah
Terjemah jawahirul kalamiyyahTerjemah jawahirul kalamiyyah
Terjemah jawahirul kalamiyyahFirdaus Imadudin
 
kutbah jumat pada saat ini untuk membangun kita
kutbah jumat pada saat ini untuk membangun kitakutbah jumat pada saat ini untuk membangun kita
kutbah jumat pada saat ini untuk membangun kitaMANDIANGIN1
 
Marikitabelajartentangislam
MarikitabelajartentangislamMarikitabelajartentangislam
MarikitabelajartentangislamWinarso Arso
 
iman-kpd- Allah.ppt
iman-kpd- Allah.pptiman-kpd- Allah.ppt
iman-kpd- Allah.pptDienEmirats1
 
Makalah sifat wajib dan mustahil allah
Makalah sifat wajib dan mustahil allahMakalah sifat wajib dan mustahil allah
Makalah sifat wajib dan mustahil allahNaya Ti
 
Indahnya islam kita. indonesian. bahasa indonesia
Indahnya islam kita. indonesian. bahasa indonesiaIndahnya islam kita. indonesian. bahasa indonesia
Indahnya islam kita. indonesian. bahasa indonesiaHarunyahyaBahasaIndonesia
 
Iman kepada allah sl3
Iman kepada allah sl3Iman kepada allah sl3
Iman kepada allah sl3ahmad sultoni
 

Similar to TAFSIR AL-MULK 1-5 .pptx (20)

MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SDMODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
 
Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah
 
Liqa' Mahabbah- Taubat seorang hamba.pptx
Liqa' Mahabbah- Taubat seorang hamba.pptxLiqa' Mahabbah- Taubat seorang hamba.pptx
Liqa' Mahabbah- Taubat seorang hamba.pptx
 
Mari kita belajar tentang islam
Mari kita belajar tentang islamMari kita belajar tentang islam
Mari kita belajar tentang islam
 
Makalah_Iman_Kepada_Allah.pdf
Makalah_Iman_Kepada_Allah.pdfMakalah_Iman_Kepada_Allah.pdf
Makalah_Iman_Kepada_Allah.pdf
 
pptx_20220921_113430_0000.pptx
pptx_20220921_113430_0000.pptxpptx_20220921_113430_0000.pptx
pptx_20220921_113430_0000.pptx
 
Terjemah jawahirul kalamiyyah
Terjemah jawahirul kalamiyyahTerjemah jawahirul kalamiyyah
Terjemah jawahirul kalamiyyah
 
kutbah jumat pada saat ini untuk membangun kita
kutbah jumat pada saat ini untuk membangun kitakutbah jumat pada saat ini untuk membangun kita
kutbah jumat pada saat ini untuk membangun kita
 
Marikitabelajartentangislam
MarikitabelajartentangislamMarikitabelajartentangislam
Marikitabelajartentangislam
 
Garapan esay
Garapan esayGarapan esay
Garapan esay
 
Yusdeka reformatted e-g - ok !
Yusdeka   reformatted e-g - ok !Yusdeka   reformatted e-g - ok !
Yusdeka reformatted e-g - ok !
 
Dasyatnya istighfar
Dasyatnya istighfarDasyatnya istighfar
Dasyatnya istighfar
 
iman-kpd- Allah.ppt
iman-kpd- Allah.pptiman-kpd- Allah.ppt
iman-kpd- Allah.ppt
 
Makalah sifat wajib dan mustahil allah
Makalah sifat wajib dan mustahil allahMakalah sifat wajib dan mustahil allah
Makalah sifat wajib dan mustahil allah
 
Indahnya islam kita. indonesian. bahasa indonesia
Indahnya islam kita. indonesian. bahasa indonesiaIndahnya islam kita. indonesian. bahasa indonesia
Indahnya islam kita. indonesian. bahasa indonesia
 
membiasakan perilaku terpuji
membiasakan perilaku terpujimembiasakan perilaku terpuji
membiasakan perilaku terpuji
 
Muhasabah doc
Muhasabah docMuhasabah doc
Muhasabah doc
 
Iman kepada allah sl3
Iman kepada allah sl3Iman kepada allah sl3
Iman kepada allah sl3
 
Motivasi 1
Motivasi 1Motivasi 1
Motivasi 1
 
Iman Kepada Allah SWT
Iman Kepada Allah SWTIman Kepada Allah SWT
Iman Kepada Allah SWT
 

Recently uploaded

PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxSaeful Malik
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Adam Hiola
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxAfifahNuri
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 

Recently uploaded (6)

PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 

TAFSIR AL-MULK 1-5 .pptx

  • 1. TAFSIR SURAH AL-MULK AYAT 1-5 (Syirik dalam Berkat)
  • 2. AYAT 1 ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ٰ ‫لى‬َ‫ع‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ُ‫ك‬‫ل‬ُ‫م‬‫ال‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬َ‫ي‬ِ‫ب‬ ‫ذي‬َّ‫ال‬ َ‫ك‬َ‫ر‬ٰ‫ب‬َ‫ت‬ ‫دير‬ََ ٍ‫َء‬َ Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
  • 3. PENERANGAN AYAT ََ‫ك‬َ‫ر‬ٰ‫ب‬َ‫ت‬ Maha berkat Allah taala; Kalimah َ‫ك‬ َ‫ر‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫ت‬ adalah bentuk mubalaghah kepada kalimah ‫برك‬ Maknanya, Allah sangat-sangat berkat. Ada sebahagian tafsir di nusantara menterjemahkan maksud َ‫ك‬ َ‫ر‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫ت‬ itu sebagai ‘Maha Suci’ Allah. Tapi kalau ‘maha suci’, perkataan yang digunakan adalah ‘subhanallah’. Jadi terjemahan sebegitu tidak tepat. Yang lebih tepat adalah ayat ini hendak mengatakan bahawa Allahlah yang Maha Berkat. Jadi, kalau ada yang kata tok guru itu, tok guru ini ada berkat, maka mereka adalah salah sama sekali. Ini adalah syirik kerana Allah sendiri beritahu dalam ayat ini dan ayat-ayat yang lain, Dia sahaja yang Maha Berkat.
  • 4. SAMB… Kerana kurang faham dengan makna ‘berkat’, maka banyak dari kalangan masyarakat Muslim kita telah melakukan syirik dalam perkara ‘berkat’ ini. Sikit-sikit, mereka hendak mendapatkan berkat dari sesuatu. Mereka kata sesuatu tempat itu ada berkat, padahal Allah tidak pernah kata begitu. Mereka kata seseorang itu ada berkat, tapi tidak pernah Allah memberitahu kita bahawa ada keberkatan pada orang itu. Bagaimana pula dengan keberkatan yang ada pada Nabi Muhammad? Banyak dari kalangan kita yang berdoa dengan menggunakan ‘keberkatan’ Nabi Muhammad. Ini dinamakan tabarruk. Itu juga adalah salah satu fahaman yang salah. Batang tubuh Nabi Muhammad memang ada keberkatan. Sebab itu para sahabat ada yang simpan rambut baginda, kuku baginda, baju baginda dan sebagainya. Tapi itu hanyalah pada ‘batang tubuh’ baginda. Apabila baginda sudah wafat, tidak ada lagi keberkatan sebegitu. Memang Nabi Muhammad ada keberkatan, tapi baginda tidak boleh memberikan keberkatan baginda itu kepada orang lain.
  • 5. PENERANGAN AYAT ُ‫ك‬ْ‫ل‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬َ‫ي‬ِ‫ب‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ yang dalam genggamanNya sahajalah semua kerajaan-kerajaan; Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa kekuasaan itu hanya berada dalam tanganNya sahaja. ‘Tangan’ dalam ayat ini bermaksud ‘kekuasaan’. Tidak boleh kita bayangkan bagaimana rupa tangan Allah pula. Dan tidak salah kalau kita katakan ‘tangan’ itu bermaksud ‘kuasa’. Jangan kita hadkan itu sahaja maksud ‘Tangan Allah’ kerana Allah memang ada tangan. Manusia telah melakukan segala-galanya untuk mendapatkan kekuasaan. Ada yang sanggup menipu, berbunuhan, menindas orang lain dan sebagainya untuk mendapatkan kekuasaan dan kerajaan dunia. Mereka lupa bahawa kekuasaan itu tidak kekal. Kerajaan yang sebenarnya adalah di dalam tangan Allah.
  • 6. SAMB… Allah hanya letak perkataan ‫ي‬ ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ yang bermaksud ‘yang’ sahaja di dalam ayat ini. Allah tidak meletakkan namaNya dalam ayat ini. Padahal, dalam ayat-ayat lain, Allah ada letak namaNya bersama dengan perkataan ‘berkat’. Sebagai contoh, dalam ayat Mukminoon:14, Allah menggunakan perkataan ُ‫هللا‬ َ‫ك‬ َ‫ر‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫ت‬َ‫ف‬ Maha Berkat Allah. Tapi tidak diletakkan sebegitu dalam ayat ini. Ini adalah kerana Allah hendak kita memikirkan siapakah yang dimaksudkan dalam ayat ini. Tidak lain dan tidak bukan ianya hanyalah Allah sahaja. Tidak mungkin ada entiti yang lain yang dimaksudkan. Oleh itu, surah ini banyak mengandungi ayat-ayat yang menyuruh kita berfikir. Menyuruh kita menggunakan akal kita yang waras dan sihat. Kerana kalau kita guna akal kita yang sihat, kita akan dapat mencapai pemahaman tentang Allah dan tentang agama.
  • 7. PENERANGAN AYAT ‫ير‬ ِ‫د‬ََ ٍْ‫ء‬ََ ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ٰ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ Dan Dia ke atas segala sesuatu, memang berkuasa sungguh; Bukan kerajaan sahaja dimilikiNya, tapi ke atas semua perkara Dia ada kuasa. Dialah pengendali segala-galanya terhadap semua makhluk sesuai dengan kehendakNya. Tidak ada yang boleh melawan hukumNya. Dia tidak akan ditanya setelah itu segala apa yang Dia lakukan. Perkataan ‫ير‬ ِ‫د‬ََ bermaksud ‘seseorang yang mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu’. Jadi, Allah berkuasa untuk melakukan kehendakNya ke atas ٍْ‫ء‬ََ ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ‘ segala sesuatu’.
  • 8. SAMB… Sebelum ini telah disebutkan tentang ُ‫ك‬ْ‫ل‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ – kerajaan. Dalam dunia, kita boleh lihat bagaimana seseorang itu diangkat sebagai raja. Bermakna dia adalah raja kepada negeri itu. Dia ada kuasa yang besar di negeri itu. Tapi adakah dia mempunyai kuasa ke atas setiap perkara dalam negerinya? Dia mungkin memiliki negara itu, tapi adakah dia memiliki setiap keping tanah dalam negeri itu, setiap rumah dalam negeri itu, setiap apa yang ada dalam rumah setiap rakyat dalam negaranya? Tentu tidak. Dia hanya mempunyai kekuasaan yang umum sahaja kepada negeri itu. Tapi bagi Allah, Dia menekankan bahawa kekuasaanNya ٍْ‫ء‬ََ ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ٰ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ – atas segala sesuatu. Secara ringkasnya, kekuasaan Allah atas alam ini adalah secara makro dan mikro. Dari yang sebesar- besarnya sehingga kepada sekecil-kecilnya. Jadi, ayat pertama ini adalah untuk memperkenalkan kita kepada Allah. Supaya kita menggunakan akal fikiran kita yang waras untuk faham dengan siapakah kita berurusan sekarang. Iaitu dengan Allah yang mempunyai kekuasaan yang mutlak.
  • 9. AYAT 2 َ‫س‬‫ح‬َ‫أ‬ ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫ي‬َ‫أ‬ ‫م‬ُ‫ك‬ َ‫و‬ُ‫ل‬‫ب‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫ة‬ ٰ ‫و‬َ‫ي‬َ‫ح‬‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ت‬‫و‬َ‫م‬‫ال‬ َ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬ ‫ذي‬َّ‫ال‬ ُ‫ر‬‫َفو‬‫غ‬‫ال‬ ُ‫ز‬‫زي‬َ‫ع‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ۚ ‫ا‬ ‫ًل‬َ‫م‬َ‫ع‬ ُ‫ن‬ Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup – untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun;
  • 10. PENERANGAN AYAT ََ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫َا‬َ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬َ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ Dialah yang menjadikan adanya mati; • Sekali lagi, Allah tidak meletakkan namaNya dalam ayat ini. Dia cuma mengatakan ‘yang’ menjadikan mati sahaja. Kerana tidak ada entiti lain yang boleh menjadikan kematian dan kehidupan melainkan Dia sahaja. Di sinilah letaknya keindahan bahasa Al-Qur’an. Tidak perlu disebut pun kita manusia sepatutnya sudah tahu. • Kenapakah Allah meletakkan َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬sebelum disebut َ‫اة‬َ‫ي‬َ‫ح‬ْ‫ال‬ ? Bukankah kita hidup dahulu dan kemudian baru mati? Jangan kita faham َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬itu sebagai maksud ‘mati selepas hidup’ sahaja. Ianya mempunyai makna yang lebih luas lagi. Makna َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬adalah ‘tanpa kehidupan’. Oleh itu, sebelum kita dilahirkan, kita dalam keadaan َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬sebab kita tidak ada kehidupan pada waktu itu. Sebab itu Allah letakkan perkataan َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬dahulu kerana ia yang datang dahulu.
  • 11. SAMB… • Satu lagi sebab kenapa Allah letakkan perkataan َ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬dahulu adalah kerana ayat ini ditujukan kepada makhluk yang sedang hidup sekarang. Kepada makhluk yang hidup, yang manakah mereka akan jumpa dahulu? Kematiankah atau kehidupan? Tentulah kita akan menemui kematian dahulu, kemudian barulah kita akan dihidupkan semula di alam barzakh nanti. Jadi Allah sebut perkara pertama yang kita akan bertemu dahulu, iaitu ‘mati’. • Allah memberi peringatan kepada kita tentang mati dahulu. Kerana kematian adalah satu motivasi yang paling kuat. Kalau kita ingat bahawa kita akan mati akhirnya, kita akan berjaga- jaga dengan amalan dan agama kita. Kita akan buat sebaik mungkin. • Begitulah yang sepatutnya. Tapi banyak antara kita, menjalani kehidupan seperti mereka akan hidup selamanya. Mereka tak terfikir bahawa mereka akan mati dan menemui Tuhan dan kena menjawap diatas segala perbuatan mereka.
  • 12. PENERANGAN AYAT َ َ‫ة‬‫ا‬َ‫ي‬َ‫ح‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬ dan kehidupan Maksud pertama yang kita boleh ambil dari ayat ini adalah, Allah menjadikan ‘mati’ dan ‘hidup’ itu dalam bentuk ‘makhluk’. Macam juga Allah jadikan makhluk seperti kambing, Allah juga telah menjadikan ‘mati dan ‘hidup’. Sebab ada hadis yang mengatakan Allah akan panggil ‘mati’ pada hari akhirat nanti dalam bentuk kibas dan Allah akan sembelih ‘mati’ itu menunjukkan bahawa selepas itu tidak ada lagi kematian. Maka, bergembiralah ahli syurga kerana mereka tahu mereka akan kekal dalam syurga, dan bersedihlah dan berputus asalah ahli neraka kerana mereka tahu bahawa mereka akan kekal dalam neraka sampai bila-bila kerana mereka tidak akan mati- mati.
  • 13. SAMB… • Allah sebut ‘kematian’ sebelum ‘kehidupan’ kerana kematianlah yang mencabar manusia. Kematian itu lebih memberi kesan kepada kita. Kita akan suka kalau ada yang baru lahir. Tapi apabila ada kematian dalam keluarga kita, atau kawan-kawan kita, itulah yang lebih memberi kesan kepada kita. Kita akan jadi amat sedih, sentiasa teringatkan mereka yang telah tiada, terkenang kekesalan yang mungkin ada, kerinduan dan macam-macam lagi. Macam mana kita tolak pun perasaan itu, ianya akan datang dari masa ke semasa. • Tema surah ini adalah menyuruh kita berfikir. Allah suruh kita lihat sekeliling kita. Lihatlah bagaimana setiap hari, ada sahaja yang mati dan ada sahaja yang hidup. Semua itu memberi peringatan kepada kita. Apabila ada kehidupan baru, kita tahu itu adalah urusan Allah. • Apabila ada kematian, kita pun tahu itu juga urusan Allah. Ianya adalah kitaran hidup yang akan sentiasa berlaku. Kita juga telah pernah memulakan kehidupan kita semasa kita lahir dan kita juga akan menghadapi saat kematian kita. Persoalannya, apakah yang kita buat semasa kita hidup di dunia ini? Fikir dan fikirkan.
  • 14. PENERANGAN AYAT ًَ ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬َ ُ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫َأ‬ْ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫ي‬َ‫َأ‬ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫و‬ُ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ Supaya Dia menguji kamu semua, siapakah yang terbaik amalannya; Allah hendak lihat siapakah yang buat amalan yang ‘terbaik’, bukan Allah nak tengok siapakah yang mempunyai amalan yang ‘terbanyak’. Kita banyak buat ibadat, tapi kadang-kadang tak molek amalan itu. Kita buat sambil lewa sahaja – seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Maka, yang kita harapkan adalah buat amalan yang ‘terbaik’. Tapi kalau kita boleh buat yang ‘terbaik’ dan ‘terbanyak’, itu lagi baik. Inilah tujuan kita dihidupkan di dunia ini, kerana Allah hendak melihat siapakah yang terbaik amalannya.
  • 15. SAMB… • Jadi, kita hendaklah berusaha untuk mencantikkan amalan kita. Jangan beriya-iya menambah banyak amalan, tapi kita tidak melihat kualiti amalan kita. Antaranya, dalam kita belajar tafsir ini, janganlah kita hanya hendak menambah berapa banyak ayat dan surah yang kita sudah belajar, tapi pemahaman kita kurang. • Ayat ini menunjukkan bahawa tujuan kita dijadikan Allah di dunia adalah supaya diuji. Sebab itulah berbagai ujian akan dikenakan kepada kita. Ini adalah lumrah alam. Kerana Allah hendak melihat bagaimana kita akan menanganinya. Adakah kita menanganinya cara orang yang beriman atau tidak? Adakah kita redha dengan ujian itu atau kita putus asa dan marah dengan Allah kerana beri kita ujian itu?
  • 16. SAMB… • Dari perkataan ْ‫م‬ُ‫ك‬ َ‫و‬ُ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ي‬ِ‫ل‬yang digunakan, ini menunjukkan ujian yang diberikan adalah ujian yang kecil sahaja. Kerana kalau ujian yang besar, perkataan ibtila‘ yang akan digunakan. Ini bermaksud ‘ujian’ dalam ayat ini adalah ujian yang umum, yang semua orang kena. Semua orang akan dikenakan dengan ujian, tapi hanya orang tertentu sahaja yang diberikan dengan ujian yang besar. • Sebab itu, dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan ْ‫م‬ُ‫ك‬ , untuk merujuk kepada setiap makhluk yang akan diberikan ujian. Seperti juga kematian dan kehidupan dalam sebelumnya, semua makhluk akan melaluinya. • Perkataan ُ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫ي‬َ‫أ‬menunjukkan ayat ini ditujukan kepada semua orang, untuk melihat siapakah yang lebih baik amalan mereka. Ini adalah kerana perkataan ُ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫أ‬bermaksud ‘yang lebih baik’. Allah membandingkan antara kita semua. Ianya seperti satu ‘pertandingan’ untuk melihat siapakah yang lebih baik dan mereka yang lebih baik akan diberi hadiah.
  • 17. SAMB… • Apabila perkataan ْ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫ي‬َ‫أ‬ ( antara kamu), Allah mengisyaratkan kepada kita untuk melihat sekeliling dan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ini juga adalah satu lagi penggunaan tema dalam ayat ini: memikirkan. Melihat perbuatan orang lain dan memikirkan di manakah kedudukan kita kalau dibandingkan dengan orang. Seeloknya, kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik dari kita, bukan dengan orang yang di bawah kita. Maka kerana itu kena banyak berkawan dengan orang yang lebih baik dari kita.
  • 19. AYAT 3 Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
  • 20. PENERANGAN AYAT • Yang mencipta tujuh lapis langit berkubah-kubah;. Dan kalau langit pertama itu diumpamakan sebesar duit syiling, langit kedua yang meliputinya adalah seluas padang pasir yang luas. Dan kalau langit kedua diumpamakan sebesar duit syiling pula, langit ketiga yang meliputinya adalah seluas padang pasir. Begitulah sampai ke langit yang ketujuh. Dan Arash Allah itu meliputi langit ke-tujuh. Jadi, memang tidak dapat dibayangkan. Dan kita tidak disuruh untuk mengetahui dengan mendalam. Kerana memang ia di luar kemampuan kita, maka tak perlu nak cuba. Kita lihat langit setakat yang kita boleh lihat sahaja. Kalimah ‫ا‬‫ا‬َ‫ا‬َ‫ب‬ِ‫ط‬dari ‫ط‬ ‫ب‬ ‫ق‬ yang bermaksud di atas sesuatu yang lain. Menutupi sesuatu, bertindan-tindan. Jadi kita boleh bayangkan ia sebagai kubah di atas kubah. Maknanya dalam bentuk sfera. Bukan bertingkat-tingkat macam bangunan. Untuk kita faham sedikit bagainya besarnya langit itu, mari kita bayangkan langit pertama. Selagi apa yang kita nampak dengan mata (atau dengan teleskop), atau segala bintang-bintang yang berbilion itu, semuanya terletak dalam langit yang pertama lagi. Iaitu dinamakan ‘langit dunia’. Ianya adalah langit yang paling dekat dengan kita.
  • 21. Sekali lagi, saranan Allah untuk kita memikirkan tentang kejadian langit dan bumi berterusan. Kata ‫ات‬ َ‫او‬َ‫م‬َ‫س‬adalah apa sahaja yang di atas kita. Ianya adalah kata jamak dari perkataan sama’ – langit. Perkataan ‫ا‬‫ا‬َ‫ا‬َ‫ب‬ِ‫ط‬bermaksud ‘yang berlapis-lapis’. Ia juga mempunyai makna kedua: ‘tersusun’. Kalau kita lihat kepada langit, kita boleh lihat bagaimana ianya tersusun sahaja. Lebih-lebih lagi kalau kita lihat kepada planet dan apa sahaja yang ada di langit surya. Semuanya tersusun indah dan tidak berlanggar antara satu sama lain. SAMB....
  • 22. PENERANGAN AYAT Tapi kalau kita lihat penggunaan perkataan yang digunakan – ‫ء‬ِ‫ف‬ ِ‫ق‬ْ‫َل‬‫خ‬ – pada kejadian – ianya tidak terhad kepada langit sahaja. Ianya boleh merujuk kepada segala apa yang dijadikan oleh Allah. Dan memang segala apa yang dijadikan oleh Allah itu tidak ada tidak seimbang atau tidak sempurna. Tidak ada kejadian Allah yang tidak sesuai. Allah menyebut namanya ‘Ar-Rahman’ kerana hendak menunjukkan bahawa Allah menjadikan semua alam itu di atas sifat RahmanNya, iaitu sifat pemurahNya. Allah mengingatkan kita tentang segala rahmat yang Allah telah berikan kepada kita. Kalau Allah telah berikan kita bermacam-macam dan segalanya yang kita perlukan untuk hidup dengan senang, kenapa kita hendak menolak segala suruhanNya lagi? Kalau kita nak minta tolong kepada anak kita pun, kadang-kadang kita ingatkan dia tentang segala kebaikan yang kita telah lakukan kepadanya.Lebih-lebih lagi kalau anak itu degil. Begitu jugalah Allah mengingatkan kita kepada segala kemurahanNya yang telah dilimpahkan kepada kita. Apa lagi yang kita tidak dapat? Kalimah ‫ت‬ ُ‫او‬َ‫ف‬َ‫ت‬dari ‫ف‬ ‫و‬ ‫ت‬ yang bermaksud ‘lari’ dari keseimbangan. Maknanya ada kekurangan, tidak seimbang. Penciptaan Allah, semuanya elok sahaja. Saling bersesuaian dan seimbang. Tidak ada perselisihan antara satu sama lain. Penciptaan ini boleh merujuk kepada dua makna: sama ada Allah memperkatakan tentang penciptaan langit sahaja, atau keseluruhan alam ini. Perkataan sebelumnya berkenaan dengan langit, maka besar kemungkinan ianya tentang langit yang seimbang.
  • 25. AYAT 4 Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan balik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
  • 26. PENERANGAN AYAT Allah mencabar lagi menyuruh kita melihat lagi alam ini. Perkataan َّ‫م‬ُ‫ث‬bukan sahaja bermaksud ‘kemudian’. Ianya adalah satu waktu yang telah berlalu agak lama. Bermaksud, Allah suruh kita melihat kejadian alam ini dari masa ke semasa. Sekali sekala tengok langit itu untuk meningkatkan iman kita. Perkataan ِ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ت‬َّ‫ر‬َ‫ك‬bermaksud melakukan sesuatu berkali-kali dalam kadar yang sama. Seperti serangan tentera yang dilakukan kepada satu kawasan berkali-kali untuk mencapai kemenangan. Perkataan ِ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ت‬َّ‫ر‬َ‫ك‬bukan bermaksud ‘dua kali’ sahaja walaupun dalam bahasa yang literal, ianya bermaksud dua kali (kerana ada tambahan ‫)ين‬. Sama juga kalau kita katakan bahawa atas meja kita ada ‘dua dozen limau’. Tidak semestinya memang tepat ada 24 biji limau – ianya sebagai satu penggunaan bahasa untuk menunjukkan ‘banyak’ sahaja. Oleh itu, Allah menyuruh kita melihat kepada langit dan juga alam ini berkali -kali. Melihat alam ini berkali-kali dalam kadar yang sama.
  • 30. AYAT 5 Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan- syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. َ‫و‬
  • 31. PENERANGAN AYAT Perkataan َ‫ح‬‫ي‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ص‬َ‫م‬adalah jamak kepada perkataan misbah – lampu. Diambil dari katadasar ‫ص‬ ‫ب‬ ‫ح‬ – yang juga digunakan untuk waktu subuh. Ini adalah kerana dalam waktu subuh ada cahaya kemerahan dan dalam lampu pun ada cahaya kemerahan. ‘Lampu-lampu’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘bintang-bintang’. Ini bermakna, semua bintang yang boleh dilihat dengan mata atau dengan teleskop, masih berada dalam langit pertama lagi. Maka, silaplah jika ada yang kata bulan itu sahaja dalam langit pertama. Cakrawala Bima Sakti dan cakrawala-cakrawala lain yang berjumlah berbilion-bilion itu, masih lagi dalam lingkungan langit pertama lagi. Terdapat dua kali penekanan dalam penggunaan perkataan ْ‫د‬َ‫ق‬َ‫ل‬dalam ayat ini. Maknanya, Allah hendak menegaskan sangat. Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan ‫ا‬َّ‫ن‬َّ‫ي‬َ‫ز‬– Kami menghiasi. Allah hendak mengingatkan kita, tidaklah Allah jadikan alam ini dalam keadaan gelap dan suram sahaja. Akan tetapi Allah jadikan perhiasan dalam bentuk bintang yang memberi cahaya.
  • 32. PENERANGAN AYAT Iaitu merejam syaitan-syaitan yang cuba untuk mencuri dengar percakapan para malaikat di langit. Bukan dilontar dengan bintang itu sendiri tapi dengan bola-bola api yang ada di bawahnya. Mungkin juga lontaran itu berasal dari pecahan bintang-bintang itu. Kita tidak tahu dengan pasti kerana maklumat sains kita masih terhad. Satu pendapat mengatakan meteor itu pun terjadi dari bintang-bintang yang telah pecah hancur dan ditarik ke bumi dengan tarikan graviti. Tidaklah setiap meteor itu untuk setiap syaitan yang cuba mendengar. Ia mungkin bermaksud apabila ada ribuan meteor yang menghala jatuh ke bumi menjadikan bahaya bagi para syaitan untuk ke langit mencuri dengan maklumat langit. Apa yang para jin itu cuba dengar? Malaikat mendapat berita dari atas tentang sesuatu kebaikan yang akan diberikan kepada seseorang, maka malaikat akan bercakap-cakap antara satu sama lain. Apabila syaitan- syaitan dengar, mereka akan cuba menghasut orang itu, kerana mereka tidak mahu kebaikan untuk orang itu.
  • 33. PENERANGAN AYAT Itulah azab yang disediakan kepada syaitan-syaitan. Tapi kalau manusia yang berperangai ‘syaitan’, mereka pun akan kena azab neraka juga nanti. Kerana jangan kita sangka ‘syaitan’ itu dari golongan jin sahaja. Syaitan sebenarnya adalah satu sifat, yang bermaksud mereka yang menjauhkan manusia dari kebenaran. Kalau jin yang buat kerja itu, dia dipangil ‘syaitan’; dan kalau ada manusia yang buat begitu, dia juga dipanggil ‘syaitan’. Kebanyakan orang sangka syaitan itu adalah sejenis makhluk yang lain dari manusia dan jin. Tidak sebenarnya – syaitan itu adalah satu ‘sifat’. Ia boleh merujuk kepada golongan jin dan juga golongan manusia.