SlideShare a Scribd company logo
1 of 54
Download to read offline
BAB 1 WARISAN
NEGARA BANGSA
Sejarah Tingkatan 4 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
1.1 LATAR BELAKANG
NEGARA BANGSA
SEBELUM
KEDATANGAN BARAT
LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT
oKemunculan dan
kemasyhuran kerajaan
Alam Melayu
membuktikan asas
negara bangsa telah
bermula sebelum
kedatangan Barat.
oProses pembentukan
negara bangsa
mengambil masa yang
lama dan melalui
beberapa tahap
berdasarkan sesebuah
kerajaan.
LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT
oKehebatan dan
keagungan kerajaan Alam
Melayu seperti kerajaan
Funan, Champa, Kedah
Tua, Gangga Nagara,
Srivijaya, Angkor dan
Majapahit menunjukkan
ciri-ciri negara bangsa
berkembang dan diwarisi
oleh kerajaan Alam
Melayu selepasnya.
LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT
oKerajaan Srivijaya yang berpusat di
Palembang telah meneruskan ciri-ciri negara
bangsa yang diasaskan oleh kerajaan Alam
Melayu sebelumnya, iaitu kerajaan Funan
dan Champa.
oKesinambungan ini memberikan asas yang
kukuh untuk kerajaan Srivijaya berkembang
dan muncul sebagai empayar yang terkenal.
LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT
oCiri-ciri negara bangsa membawa
kesejahteraan kepada empayar
Srivijaya dan diwarisi oleh Kesultanan
Melayu Melaka.
oKesultanan Melayu Melaka
menyerapkan ciri-ciri lain dalam
memperkukuh negara bangsa
kesultanan ini.
o Kesultanan Johor-Riau pula
meneruskan ciri-ciri ini dengan
menekankan kepentingan Islam
dalam usaha melaksanakan ciri-ciri
negara bangsa.
CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
KERAJAAN ALAM MELAYU
oRaja
oUndang-undang
oWilayah Pengaruh
oRakyat
Raja Majapahit
RAJA
oRaja menjadi tonggak
utama kerajaan.
o Kedudukan raja
diperkukuh dengan
sistem pentadbiran yang
dibantu oleh para
pembesar.
oRaja memperoleh
ketaatan daripada
rakyatnya. Raja sentiasa
ditaati dan dianggap
suci.
oContohnya, Raja
Champa dianggap
sebagai pemerintah yang
suci dan dikaitkan
dengan Dewa Siva.
UNDANG-UNDANG
oUndang-undang
dilaksanakan bagi
memastikan
kesejahteraan sesebuah
kerajaan.
oUndang-undang tersebut
terpakai di seluruh
wilayah pengaruh dan
menjadi panduan dalam
pentadbiran kerajaan.
oContohnya, kerajaan
Majapahit
mengamalkan undang-
undang Kutara Manawa.
Kutara Manawa
WILAYAH
PENGARUH
oWilayah pengaruh
merupakan kawasan yang
rakyatnya menerima dan
memperakui pemerintahan
seseorang raja.
oContohnya, kerajaan
Funan mempunyai wilayah
pengaruh yang luas dari
Sungai Mekong, Teluk Cam
Ranh, selatan Myanmar dan
Segenting Kra.
RAKYAT
oRakyat merujuk penduduk
di dalam sesebuah
wilayah yang setia
kepada raja dan tidak
menderhaka.
oContohnya, rakyat
kerajaan Srivijaya
membuktikan kesetiaan
mereka kepada Raja
Srivijaya dengan upacara
persetiaan dan meminum
air sumpah
Inskripsi Telaga Batu digunakan dalam upacara persetiaan
antara pemerintah dengan golongan diperintah dalam
kerajaan Srivijaya.
1.2 CIRI-CIRI NEGARA
BANGSA KESULTANAN
MELAYU MELAKA
CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
KESULTANAN MELAYU MELAKA
oCiri-ciri negara bangsa yang diwarisi
oleh Kesultanan Melayu Melaka
memberikan gambaran jelas tentang
kepentingan pembinaan dan
perkembangan sesebuah negara bangsa.
o Kesultanan Melayu Melaka mempunyai
sistem pentadbiran, peraturan,
masyarakat yang tersusun dan corak
politiknya yang tersendiri bagi
membentuk negara bangsa.
CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
KESULTANAN MELAYU MELAKA
oKerajaan
oRakyat
oKedaulatan
oWilayah Pengaruh
oUndang-undang
oLambang Kebesaran
KERAJAAN
oKerajaan muncul disebabkan oleh
adanya raja.
oRaja merupakan pemerintah
tertinggi dan dibantu oleh
pembesar.
oPemerintahan beraja diperkukuh
dengan Sistem Pembesar Empat
Lipatan yang menjadi tonggak
pentadbiran Melaka.
oSistem pentadbiran kerajaan
yang tersusun menjadikan Melaka
sebagai empayar yang terkenal.
oSelepas kedatangan Islam,
pemerintah Kesultanan Melayu
Melaka mula menggunakan
gelaran sultan.
RAKYAT
oRakyat menumpahkan taat setia
kepada Sultan Melaka dan
mematuhi undang-undang yang
dikuatkuasakan dalam Kesultanan
Melayu Melaka.
oSecara umum, rakyat Melaka
terdiri daripada orang Melayu
dan Orang Laut.
oGolongan diperintah terdiri
daripada rakyat yang merangkumi
golongan merdeka dan hamba.
KEDAULATAN
oKesejahteraan rakyat
Melaka dijamin oleh
sultan, manakala rakyat
mengakui kekuasaan
sultan.
oHubungan timbal balik
mewujudkan
persefahaman dan
ikatan antara golongan
pemerintah dengan
golongan diperintah.
WILAYAH PENGARUH
oWilayah pengaruh merujuk kawasan
pemerintahan raja yang diterima dan
diakui oleh rakyat.
oKesultanan Melayu Melaka mempunyai
wilayah pengaruh yang luas merangkumi
keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu
dan pantai timur Sumatera.
oWilayah pengaruh ini diperoleh melalui
penaklukan, naungan dan perkahwinan
oWilayah pengaruh yang luas membuktikan
kewibawaan pemerintah kerajaan ini.
UNDANG-UNDANG
oTerdapat dua undang-undang bertulis pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang
Laut Melaka.
o Undang-undang ini digunakan untuk
mengukuhkan kerajaan dan melindungi
rakyat.
oUndang-undang ini juga menjadikan
Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah
kerajaan yang unggul.
Hukum Kanun Melaka
LAMBANG KEBESARAN
oLambang kebesaran merupakan
identiti sesebuah kerajaan dan
keistimewaan Sultan Melaka.
oLambang kebesaran ini juga
menjadi simbol kedaulatan sultan
yang memerintah.
oAntara lambang kebesaran ini
termasuklah adat istiadat,
penggunaan warna, nobat, regalia
dan cap mohor.
oCap mohor digunakan untuk
mengesahkan arahan daripada
sultan.
1.3 KEUNGGULAN
SISTEM PENTADBIRAN
DAN UNDANG-
UNDANG
KEUNGGULAN SISTEM PENTADBIRAN DAN
UNDANG-UNDANG
oKeunggulan bererti kesempurnaan dan
keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah
kerajaan.
oDalam Kesultanan Melayu Melaka,
keunggulan terbukti melalui sistem
pentadbiran dan undang-undang yang
tersusun sehingga menjadikan kerajaan ini
masyhur.
SISTEM PENTADBIRAN
oSistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
mempunyai pentadbiran yang lengkap.
oSistem pentadbiran yang tersusun ini dikenali
sebagai Pembesar Empat Lipatan.
oSistem ini menjadikan pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka lancar dan tersusun.
oSultan Melaka juga memberikan kuasa
memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah,
sungai atau pulau kepada para Pembesar
Berempat.
oSetiap kawasan pentadbiran ini dikenali
sebagai kawasan pegangan
SISTEM PENTADBIRAN
oSistem pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka
tersusun dan berhierarki.
oSultan mengetuai
pemerintahan dan mempunyai
kuasa dalam segala aspek, iaitu
dalam pemerintahan,
peperangan, hubungan
diplomatik dan agama.
oDalam sistem pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka
terdapat Pembesar Berempat,
iaitu Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan
Laksamana.
SISTEM PENTADBIRAN
oPembesar lain yang
membantu dalam
pentadbiran ialah
Syahbandar, Bentara, Orang
Kaya, hulubalang dan
penghulu.
oPelaksanaan pemerintahan
secara sistematik ini
menjadikan pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka
sebuah kerajaan yang unggul.
PENTADBIRAN PUSAT
oPentadbiran peringkat pusat
dilaksanakan oleh Pembesar
Berempat yang terdiri daripada
Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana.
oHubungan dan persefahaman dua
hala antara sultan dengan
pembesar memastikan kejayaan
Kesultanan Melayu Melaka.
oPermuafakatan antara sultan
dengan pembesar mewujudkan
proses pentadbiran yang sempurna
dan dapat mengelakkan sebarang
tindakan sewenang-wenangnya
oleh pemerintah. Permuafakatan
ini wujud sehingga hari ini.
PENTADBIRAN PUSAT
oBendahara merupakan
pembesar yang
mempunyai tugasan dan
peranan yang sangat
penting.
oBendahara menjalankan
tugas sebagai ketua
pentadbir dan ketua
turus angkatan tentera
oBeliau juga akan
menasihati sultan dalam
pelbagai hal dan
menjadi pemangku
sultan.
PENTADBIRAN PUSAT
oKesultanan Melayu Melaka
mempunyai sistem kewangan yang
teratur.
oSumber pendapatan Kesultanan
Melayu Melaka diperoleh daripada
urusan perdagangan, segala jenis
cukai dan ufti daripada wilayah
taklukan serta naungan.
oSeorang Penghulu Bendahari
dilantik bagi menguruskan
perbendaharaan secara teratur.
PENTADBIRAN PUSAT
oSementara itu, Syahbandar pula
dipertanggungjawabkan untuk
mengutip cukai di pelabuhan,
manakala pembesar lain mengutip
cukai di kawasan pegangan.
oHasil perbendaharaan akan
disalurkan untuk kepentingan
kerajaan seperti membeli senjata
dan membina istana.
oKebijaksanaan pemerintah
mengawal perbendaharaan
menjadikan Kesultanan Melayu
Melaka semakin maju dan
makmur.
PENTADBIRAN PUSAT
oDari aspek keselamatan pula,
Kesultanan Melayu Melaka
mempunyai sistem keselamatan
yang kemas untuk menjaga
keamanan di darat dan di laut.
oKeamanan negara menjadi teras
kepada kemasyhuran kesultanan
ini.
oBagi tujuan ini, Temenggung
dilantik untuk menjaga
keselamatan kota Melaka,
manakala Laksamana pula
bertindak sebagai panglima
angkatan laut Melaka.
PERINGKAT JAJAHAN
oPada peringkat jajahan, pembesar
ditugaskan untuk menguruskan
pentadbiran di daerah dan
kampung.
oPembesar ini dilantik oleh sultan
dan Pembesar Berempat.
oAntara peranan mereka
termasuklah menjaga dan
mengekalkan keamanan kawasan
pentadbiran dan dibenarkan
mengutip cukai.
UNDANG-UNDANG
oKesultanan Melayu Melaka
mempunyai dua undang-undang
yang berasaskan syariah dan
hukum adat, iaitu Hukum
Kanun Melaka dan Undang-
Undang Laut Melaka.
oKedua-dua undang-undang ini
diperkenalkan bagi
melaksanakan pentadbiran
untuk menjamin kemakmuran
dan kesejahteraan Kesultanan
Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka
HUKUM KANUN MELAKA
oHukum Kanun Melaka
mengandungi 44 Fasal yang
membincangkan antaranya
termasuklah jenayah, bidang
kuasa sultan dan pembesar,
kekeluargaan dan hal
berkaitan dengan ekonomi.
HUKUM KANUN MELAKA
oJenayah
oPeranan Sultan dan
Pembesar
oKekeluargaan
oEkonomi
JENAYAH
oPerbuatan jenayah menggugat
ketenteraman dan keharmonian
Kesultanan Melayu Melaka.
oPelbagai hukuman setimpal dikenakan
terhadap perbuatan jenayah seperti
membunuh, menikam dan mencuri.
oAntara kesalahan yang boleh
dikenakan hukuman bunuh termasuklah
seperti dalam Fasal 5.1, apabila
seseorang didapati membunuh orang
lain tanpa pengetahuan raja atau
pembesar, maka dia akan dihukum
bunuh.
oDalam Fasal 4, hukuman bunuh
dikenakan kepada sesiapa yang ingkar
arahan dan memalsukan titah sultan.
PERANAN SULTAN DAN
PEMBESAR
oSetiap pembesar Melaka
mempunyai peranan dalam
pentadbiran dan mereka juga
perlu arif dalam hal berkaitan
dengan pelaksanaan undang-
undang.
oContohnya, dalam Fasal 1,
dijelaskan tugas sultan,
Bendahara, Temenggung dan
Penghulu Bendahari.
oSultan bertanggungjawab untuk
melantik pembesar, contohnya
Bendahara dan Temenggung.
KEKELUARGAAN
oIsu kekeluargaan diberikan perhatian
oleh Kesultanan Melayu Melaka.
oUndang-undang keluarga bertujuan
mewujudkan keharmonian dalam
keluarga dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh keluarga atau
dalam perkahwinan.
oAntara hukum dalam perkahwinan
termasuklah dalam Fasal 26 yang
menyatakan bahawa pernikahan
memerlukan empat orang saksi, jika
tidak cukup memadai dua orang sahaja.
oHamba abdi dan wanita tidak boleh
menjadi saksi dalam pernikahan.
EKONOMI
oPerdagangan merupakan elemen
penting yang menjadikan Kesultanan
Melayu Melaka terkenal di seluruh
dunia.
oUndang-undang ini mempunyai
peraturan yang jelas tentang urus niaga
untuk mengawal perdagangan di Melaka
agar tidak berlaku sebarang kesalahan
yang bertentangan dengan ajaran
Islam.
oContohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan
amalan riba diharamkan dalam urusan
perniagaan dan orang yang menjalankan
perniagaan hendaklah akil baligh, siuman
dan perlu melafazkan niat jual beli.
UNDANG-UNDANG LAUT
MELAKA
oUndang-Undang Laut
Melaka diusahakan oleh
beberapa nakhoda Melaka,
iaitu Nakhoda Jenal,
Nakhoda Diri dan Nakhoda
Sahak.
oUndang-undang ini
diperkenan oleh Sultan
Mahmud Shah dan
mengandungi antaranya
termasuklah perkara
berkaitan dengan peranan
nakhoda, pelayaran, jenayah
di atas kapal dan percukaian.
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
oPeranan Nakhoda
oPelayaran
oJenayah
oPercukaian
PERANAN NAKHODA
Nakhoda berkuasa penuh dan
diibaratkan sebagai raja dalam
pelayaran.
Semua pihak harus mematuhi
arahan dan perintah nakhoda.
Dalam Fasal 13.1, dinyatakan
bahawa nakhoda perlu diberikan
keutamaan untuk berniaga selama
empat hari.
Dalam Fasal 13.3 pula
dinyatakan, sekiranya nakhoda
hendak singgah di tempat yang
tidak ada dalam senarai
persinggahan, nakhoda perlu
bermesyuarat dengan semua orang
di dalam kapal untuk mendapatkan
persetujuan.
PELAYARAN
oDalam undang-undang ini, dijelaskan
peranan beberapa pegawai selain
nakhoda, antaranya termasuklah
jurumudi, malim dan jurubatu.
oPelaksanaan peranan masing-masing
akan menjadikan pelayaran selamat dan
lancar.
PELAYARAN
oContohnya, dalam Fasal 9,
seorang malim harus arif
tentang ilmu pelayaran.
oMalim perlu mengetahui
keadaan ombak, arus dan
kedudukan bulan dan bintang
agar pelayaran berada dalam
keadaan selamat.
o Dalam fasal yang sama,
jika malim lalai dalam
menjalankan tugas sehingga
menyebabkan pelanggaran
dan kerosakan, dia akan
dijatuhi hukuman bunuh.
JENAYAH
Perbuatan jenayah di atas kapal
akan menggugat ketenteraman dan
keselamatan isi kapal.
Undang-undang ini menjelaskan
hukuman terhadap perbuatan
jenayah yang berlaku meliputi
perbuatan mencuri, membunuh
dan memberontak.
Contohnya, dalam Fasal 5,
seseorang yang berkelakuan
jahat dan membunuh orang di
atas kapal, maka orang tersebut
akan dikenakan hukuman mati.
PERCUKAIAN
oPercukaian yang sistematik dan adil
dinyatakan dalam undang-undang ini.
oPelbagai cukai dikenakan dalam
urusan pelayaran untuk perdagangan.
oContohnya, cukai perjalanan dan
hasil perniagaan.
oDalam Fasal 6.3, nakhoda
menentukan jumlah cukai yang
dikenakan terhadap penumpang, iaitu
satu persepuluh daripada hasil
penumpang sekiranya penumpang
ingin turun sebelum sampai janjinya
sama ada tiga tahun, tiga bulan atau
tiga hari.
1.4 PERANAN
PEMERINTAH DAN
RAKYAT
PERANAN PEMERINTAH DAN
RAKYAT
oHubung kait pemerintah dan
rakyat sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka selaras dengan
konsep waadat.
oRakyat yang bernaung di bawah
pentadbiran sultan dan pembesar
saling berkait antara satu sama
lain.
oPerkaitan ini berfungsi
menggerakkan jentera kerajaan
dan sistem pemerintahan.
oHubungan secara timbal balik ini
mengukuhkan pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka yang
membawa kegemilangan
kesultanan ini.
GOLONGAN PEMERINTAH DAN
RAKYAT
oGolongan pemerintah terdiri
daripada sultan, pembesar,
kerabat raja dan ulama.
oRakyat terdiri daripada
pelbagai golongan seperti
peniaga, petani, tukang dan
nelayan.
o Hamba pula terdiri daripada
hamba raja, hamba berhutang
dan hamba biasa.
PERANAN SULTAN
oMenaungi dan menjaga
keselamatan rakyat negeri
baginda.
oMewujudkan perpaduan
rakyat.
oBertanggungjawab terhadap
kemakmuran serta kestabilan
kerajaan.
oMemperkenalkan undang-
undang untuk mengawal
rakyat.
PERANAN PEMBESAR
oMemelihara keamanan dan
kebajikan rakyat di kawasan
pegangan.
oMenjadi perantara antara
sultan dengan rakyat.
oMengutip hasil melalui
sistem serah dan
membekalkan tenaga tentera
melalui sistem kerah
PERANAN RAKYAT
oMenunjukkan taat setia kepada
pemerintah.
oMematuhi segala arahan
pemerintah dan tidak akan
menderhaka kerana takut ditimpa
tulah.
oMenjadi tentera.
oMenghadiri majlis umum seperti
gotong-royong.
oMenjadi pengayuh atau
pendayung kapal perang.
oMenyumbang tenaga kerja
melalui sistem kerah seperti
membina istana atau jalan.
TAMAT

More Related Content

What's hot

Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan JepunGerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepunladykathy
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan unionsuriawati
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melakaPENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melakaAmin Upsi
 
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan Nurkamilah Saiful Bahari
 
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitaBab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitarubiah ali
 
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020 SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020 Amer Hakimy
 
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Nurul Atikah
 
Sistem Pertahanan Tamadun Indus & Alam Melayu
Sistem Pertahanan Tamadun Indus & Alam MelayuSistem Pertahanan Tamadun Indus & Alam Melayu
Sistem Pertahanan Tamadun Indus & Alam MelayuHafiz Khir
 
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)Li Shengshun
 
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILANT2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILANTeh Boon Siang
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Rathnaa Wayy
 
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptxINSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptxAlyssaShahira1
 
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIST2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLISTeh Boon Siang
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganJimmy Mogolid
 
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptxKSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptxSulkhairiYakub1
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1SKSP
 
Latar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melakaLatar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melaka湘霖 徐
 

What's hot (20)

Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan JepunGerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
Gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melakaPENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
 
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
 
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitaBab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
 
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020 SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
 
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
 
Sistem Pertahanan Tamadun Indus & Alam Melayu
Sistem Pertahanan Tamadun Indus & Alam MelayuSistem Pertahanan Tamadun Indus & Alam Melayu
Sistem Pertahanan Tamadun Indus & Alam Melayu
 
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
 
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILANT2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~
 
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptxINSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
INSTITUSI PEMERINTAHAN.pptx
 
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIST2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
 
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptxKSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
 
Latar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melakaLatar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melaka
 
Sejarah Tingkatan 5: Bab 8
Sejarah Tingkatan 5: Bab 8 Sejarah Tingkatan 5: Bab 8
Sejarah Tingkatan 5: Bab 8
 
KEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAHKEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAH
 

Similar to T4 BAB 1 pdf

KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113NursKitchen
 
NOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.ppt
NOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.pptNOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.ppt
NOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.pptArishaKamal
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan MelakaBab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melakanieda79iman
 
F1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---notaF1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---notazulface84
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)Zahari Rusdi
 
Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Rathnaa Wayy
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
sejarah tingkatan 5 bab 3
sejarah tingkatan 5 bab 3sejarah tingkatan 5 bab 3
sejarah tingkatan 5 bab 3Farhana Borhan
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKAhamdan che hassan
 
sejarah bab 3 tingkatan 5
sejarah bab 3 tingkatan 5sejarah bab 3 tingkatan 5
sejarah bab 3 tingkatan 5preciousafiqah
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah Ku Azirah
 
Unit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilangUnit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilangDg. Salleh
 

Similar to T4 BAB 1 pdf (20)

KMM
KMMKMM
KMM
 
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
 
NOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.ppt
NOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.pptNOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.ppt
NOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.ppt
 
Melaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selatMelaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selat
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan MelakaBab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melaka
 
F1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---notaF1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---nota
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
 
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
 
Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
Bab2 f1
Bab2 f1Bab2 f1
Bab2 f1
 
Bab5 f1
Bab5 f1Bab5 f1
Bab5 f1
 
sejarah tingkatan 5 bab 3
sejarah tingkatan 5 bab 3sejarah tingkatan 5 bab 3
sejarah tingkatan 5 bab 3
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
 
sejarah bab 3 tingkatan 5
sejarah bab 3 tingkatan 5sejarah bab 3 tingkatan 5
sejarah bab 3 tingkatan 5
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Syahirah
SyahirahSyahirah
Syahirah
 
Unit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilangUnit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilang
 

T4 BAB 1 pdf

  • 1. BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA Sejarah Tingkatan 4 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor
  • 2. 1.1 LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
  • 3. LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA SEBELUM KEDATANGAN BARAT oKemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa telah bermula sebelum kedatangan Barat. oProses pembentukan negara bangsa mengambil masa yang lama dan melalui beberapa tahap berdasarkan sesebuah kerajaan.
  • 4. LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA SEBELUM KEDATANGAN BARAT oKehebatan dan keagungan kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit menunjukkan ciri-ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi oleh kerajaan Alam Melayu selepasnya.
  • 5. LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA SEBELUM KEDATANGAN BARAT oKerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang telah meneruskan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh kerajaan Alam Melayu sebelumnya, iaitu kerajaan Funan dan Champa. oKesinambungan ini memberikan asas yang kukuh untuk kerajaan Srivijaya berkembang dan muncul sebagai empayar yang terkenal.
  • 6. LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA SEBELUM KEDATANGAN BARAT oCiri-ciri negara bangsa membawa kesejahteraan kepada empayar Srivijaya dan diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka. oKesultanan Melayu Melaka menyerapkan ciri-ciri lain dalam memperkukuh negara bangsa kesultanan ini. o Kesultanan Johor-Riau pula meneruskan ciri-ciri ini dengan menekankan kepentingan Islam dalam usaha melaksanakan ciri-ciri negara bangsa.
  • 7. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KERAJAAN ALAM MELAYU oRaja oUndang-undang oWilayah Pengaruh oRakyat Raja Majapahit
  • 8. RAJA oRaja menjadi tonggak utama kerajaan. o Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar. oRaja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya. Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci. oContohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva.
  • 9. UNDANG-UNDANG oUndang-undang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan. oUndang-undang tersebut terpakai di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan. oContohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang- undang Kutara Manawa. Kutara Manawa
  • 10. WILAYAH PENGARUH oWilayah pengaruh merupakan kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja. oContohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.
  • 11. RAKYAT oRakyat merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka. oContohnya, rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah Inskripsi Telaga Batu digunakan dalam upacara persetiaan antara pemerintah dengan golongan diperintah dalam kerajaan Srivijaya.
  • 12. 1.2 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAYU MELAKA
  • 13. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAYU MELAKA oCiri-ciri negara bangsa yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka memberikan gambaran jelas tentang kepentingan pembinaan dan perkembangan sesebuah negara bangsa. o Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.
  • 14. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAYU MELAKA oKerajaan oRakyat oKedaulatan oWilayah Pengaruh oUndang-undang oLambang Kebesaran
  • 15. KERAJAAN oKerajaan muncul disebabkan oleh adanya raja. oRaja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar. oPemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi tonggak pentadbiran Melaka. oSistem pentadbiran kerajaan yang tersusun menjadikan Melaka sebagai empayar yang terkenal. oSelepas kedatangan Islam, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mula menggunakan gelaran sultan.
  • 16. RAKYAT oRakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan dalam Kesultanan Melayu Melaka. oSecara umum, rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut. oGolongan diperintah terdiri daripada rakyat yang merangkumi golongan merdeka dan hamba.
  • 17. KEDAULATAN oKesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan. oHubungan timbal balik mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah.
  • 18. WILAYAH PENGARUH oWilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat. oKesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. oWilayah pengaruh ini diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan oWilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini.
  • 19. UNDANG-UNDANG oTerdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. o Undang-undang ini digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat. oUndang-undang ini juga menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul. Hukum Kanun Melaka
  • 20. LAMBANG KEBESARAN oLambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka. oLambang kebesaran ini juga menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah. oAntara lambang kebesaran ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor. oCap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan.
  • 22. KEUNGGULAN SISTEM PENTADBIRAN DAN UNDANG-UNDANG oKeunggulan bererti kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan. oDalam Kesultanan Melayu Melaka, keunggulan terbukti melalui sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun sehingga menjadikan kerajaan ini masyhur.
  • 23. SISTEM PENTADBIRAN oSistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang lengkap. oSistem pentadbiran yang tersusun ini dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan. oSistem ini menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka lancar dan tersusun. oSultan Melaka juga memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat. oSetiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan
  • 24.
  • 25. SISTEM PENTADBIRAN oSistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka tersusun dan berhierarki. oSultan mengetuai pemerintahan dan mempunyai kuasa dalam segala aspek, iaitu dalam pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama. oDalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka terdapat Pembesar Berempat, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
  • 26. SISTEM PENTADBIRAN oPembesar lain yang membantu dalam pentadbiran ialah Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan penghulu. oPelaksanaan pemerintahan secara sistematik ini menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul.
  • 27. PENTADBIRAN PUSAT oPentadbiran peringkat pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. oHubungan dan persefahaman dua hala antara sultan dengan pembesar memastikan kejayaan Kesultanan Melayu Melaka. oPermuafakatan antara sultan dengan pembesar mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna dan dapat mengelakkan sebarang tindakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah. Permuafakatan ini wujud sehingga hari ini.
  • 28. PENTADBIRAN PUSAT oBendahara merupakan pembesar yang mempunyai tugasan dan peranan yang sangat penting. oBendahara menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera oBeliau juga akan menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan.
  • 29. PENTADBIRAN PUSAT oKesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem kewangan yang teratur. oSumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh daripada urusan perdagangan, segala jenis cukai dan ufti daripada wilayah taklukan serta naungan. oSeorang Penghulu Bendahari dilantik bagi menguruskan perbendaharaan secara teratur.
  • 30. PENTADBIRAN PUSAT oSementara itu, Syahbandar pula dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai di pelabuhan, manakala pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan. oHasil perbendaharaan akan disalurkan untuk kepentingan kerajaan seperti membeli senjata dan membina istana. oKebijaksanaan pemerintah mengawal perbendaharaan menjadikan Kesultanan Melayu Melaka semakin maju dan makmur.
  • 31. PENTADBIRAN PUSAT oDari aspek keselamatan pula, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem keselamatan yang kemas untuk menjaga keamanan di darat dan di laut. oKeamanan negara menjadi teras kepada kemasyhuran kesultanan ini. oBagi tujuan ini, Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan kota Melaka, manakala Laksamana pula bertindak sebagai panglima angkatan laut Melaka.
  • 32. PERINGKAT JAJAHAN oPada peringkat jajahan, pembesar ditugaskan untuk menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung. oPembesar ini dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat. oAntara peranan mereka termasuklah menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai.
  • 33. UNDANG-UNDANG oKesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang- Undang Laut Melaka. oKedua-dua undang-undang ini diperkenalkan bagi melaksanakan pentadbiran untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka
  • 34. HUKUM KANUN MELAKA oHukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal yang membincangkan antaranya termasuklah jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi.
  • 35. HUKUM KANUN MELAKA oJenayah oPeranan Sultan dan Pembesar oKekeluargaan oEkonomi
  • 36. JENAYAH oPerbuatan jenayah menggugat ketenteraman dan keharmonian Kesultanan Melayu Melaka. oPelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri. oAntara kesalahan yang boleh dikenakan hukuman bunuh termasuklah seperti dalam Fasal 5.1, apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh. oDalam Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan.
  • 37. PERANAN SULTAN DAN PEMBESAR oSetiap pembesar Melaka mempunyai peranan dalam pentadbiran dan mereka juga perlu arif dalam hal berkaitan dengan pelaksanaan undang- undang. oContohnya, dalam Fasal 1, dijelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. oSultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar, contohnya Bendahara dan Temenggung.
  • 38. KEKELUARGAAN oIsu kekeluargaan diberikan perhatian oleh Kesultanan Melayu Melaka. oUndang-undang keluarga bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga atau dalam perkahwinan. oAntara hukum dalam perkahwinan termasuklah dalam Fasal 26 yang menyatakan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja. oHamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.
  • 39. EKONOMI oPerdagangan merupakan elemen penting yang menjadikan Kesultanan Melayu Melaka terkenal di seluruh dunia. oUndang-undang ini mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. oContohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.
  • 40. UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA oUndang-Undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka, iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak. oUndang-undang ini diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah dan mengandungi antaranya termasuklah perkara berkaitan dengan peranan nakhoda, pelayaran, jenayah di atas kapal dan percukaian.
  • 41. UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA oPeranan Nakhoda oPelayaran oJenayah oPercukaian
  • 42. PERANAN NAKHODA Nakhoda berkuasa penuh dan diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran. Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda. Dalam Fasal 13.1, dinyatakan bahawa nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari. Dalam Fasal 13.3 pula dinyatakan, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan.
  • 43. PELAYARAN oDalam undang-undang ini, dijelaskan peranan beberapa pegawai selain nakhoda, antaranya termasuklah jurumudi, malim dan jurubatu. oPelaksanaan peranan masing-masing akan menjadikan pelayaran selamat dan lancar.
  • 44. PELAYARAN oContohnya, dalam Fasal 9, seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran. oMalim perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang agar pelayaran berada dalam keadaan selamat. o Dalam fasal yang sama, jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh.
  • 45. JENAYAH Perbuatan jenayah di atas kapal akan menggugat ketenteraman dan keselamatan isi kapal. Undang-undang ini menjelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang berlaku meliputi perbuatan mencuri, membunuh dan memberontak. Contohnya, dalam Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka orang tersebut akan dikenakan hukuman mati.
  • 46. PERCUKAIAN oPercukaian yang sistematik dan adil dinyatakan dalam undang-undang ini. oPelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan. oContohnya, cukai perjalanan dan hasil perniagaan. oDalam Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang, iaitu satu persepuluh daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari.
  • 48. PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT oHubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat. oRakyat yang bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar saling berkait antara satu sama lain. oPerkaitan ini berfungsi menggerakkan jentera kerajaan dan sistem pemerintahan. oHubungan secara timbal balik ini mengukuhkan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan ini.
  • 49. GOLONGAN PEMERINTAH DAN RAKYAT oGolongan pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat raja dan ulama. oRakyat terdiri daripada pelbagai golongan seperti peniaga, petani, tukang dan nelayan. o Hamba pula terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
  • 50. PERANAN SULTAN oMenaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda. oMewujudkan perpaduan rakyat. oBertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan. oMemperkenalkan undang- undang untuk mengawal rakyat.
  • 51. PERANAN PEMBESAR oMemelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan. oMenjadi perantara antara sultan dengan rakyat. oMengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah
  • 52.
  • 53. PERANAN RAKYAT oMenunjukkan taat setia kepada pemerintah. oMematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah. oMenjadi tentera. oMenghadiri majlis umum seperti gotong-royong. oMenjadi pengayuh atau pendayung kapal perang. oMenyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan.
  • 54. TAMAT