SlideShare a Scribd company logo
1
SOALAN LAZIM (FAQ)
BERKAITAN KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN
KESELAMATAN (PKK), KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN
(KBK) DAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK (BMB) DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUSULAN PEMBUKAAN
SEMULA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
A. PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK)
1. Apakah tanggungjawab kontraktor PKK dalam
melaksanakan perkhidmatan?
Kontraktor PKK perlu memastikan setiap pengawal
keselamatan yang bertugas dibuat saringan kesihatan setiap
hari apabila masuk bekerja dengan memeriksa suhu badan
dan memakai pelitup muka.
Pengawal keselamatan yang dikesan suhu melebihi 37.5o
C
atau mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak dan
sesak nafas hendaklah dirujuk terus ke hospital/klinik
yang berdekatan. Pengawal keselamatan juga perlu
mengelakkan 3C iaitu tempat sesak (crowded), tempat
tertutup (confined spaces) dan bercakap jarak dekat
(close conversation).
2. Bolehkah pengawal keselamatan ditugaskan untuk
memeriksa dan merekod suhu pelawat (termasuk ibu
bapa dan orang awam) yang memasuki premis?
Boleh.
2
3. Adakah syarikat keselamatan perlu menyediakan alat
pengimbas suhu badan untuk kegunaan pengawal
keselamatan bagi tujuan memeriksa suhu badan
pelawat?
Tidak perlu. Alat pengimbas suhu badan akan disediakan
oleh pihak pentadbir sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga
diminta untuk menyediakan pensanitasi tangan (hand
sanitizer) di pondok pengawal bagi kegunaan pelawat di
premis berkenaan.
B. PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN
(KBK)
1. Apakah tanggungjawab kontraktor KBK dalam
melaksanakan perkhidmatan?
Kontraktor KBK perlu memastikan setiap pekerja pembersihan
yang bertugas dibuat saringan kesihatan setiap hari apabila
masuk bekerja dengan memeriksa suhu badan dan memakai
pelitup muka.
Pekerja pembersihan yang dikesan suhu melebihi 37.5o
C atau
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak dan sesak nafas
hendaklah dirujuk terus ke hospital/klinik yang berdekatan.
Pekerja pembersihan juga perlu mengelakkan 3C iaitu tempat
sesak (crowded), tempat tertutup (confined spaces) dan
bercakap jarak dekat (close conversation).
2. Bolehkah kontraktor perkhidmatan KBK diarahkan untuk
melaksanakan perkhidmatan disinfeksi di sekolah sekiranya
terdapat kes positif COVID-19?
Tidak boleh kerana perkara ini adalah di luar daripada skop
perkhidmatan.
Dalam hal ini, jika terdapat warga premis yang telah disahkan
positif COVID-19 atau premis menerima arahan daripada mana-
mana badan bertauliah iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk
menjalankan kerja-kerja disinfeksi segera, maka perkhidmatan
disinfeksi boleh dilaksanakan melalui kaedah perolehan darurat
3
tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan (PP)/PB 3.3: Garis
Panduan Perbelanjaan Darurat (AP55) dan Perolehan Darurat
(AP173.2).
3. Bolehkah pekerja KBK melaksanakan pembersihan pada
permukaan yang sering disentuh dan paras ketinggian yang
boleh dicapai contohnya tombol pintu, suis lampu, sinki,
kepala paip, butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk
tandas dan susur tangan di laluan pergerakan murid di
sekolah?
Boleh, mengikut skop yang dinyatakan dalam skop
perkhidmatan dan perlu mendapat persetujuan bertulis antara
pentadbir sekolah dan kontraktor, bagi skop yang tidak
dijelaskan dalam dokumen perjanjian.
4. Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan
Semula Sekolah, murid-murid akan diarahkan untuk makan
di dalam bilik darjah pada waktu rehat. Apakah tindakan
yang perlu diambil oleh kontraktor KBK?
Kontraktor KBK bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan
sepertimana skop perkhidmatan yang telah ditetapkan iaitu
memungut sampah dan dimasukkan ke dalam karung plastik
serta dibuang di tempat khas/melupus sampah. Selain itu,
kontraktor KBK hendaklah membekal serta memasang karung
plastik pada tong sampah dan memastikan karung plastik
sentiasa ada dan berada dalam keadaan baik.
5. Adakah pekerja pembersihan bukan warganegara (di negeri-
negeri yang terlibat) perlu menjalani saringan COVID-19
(swab test)?
Berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), pekerja pembersihan bukan warganegara (di negeri-
negeri yang terlibat) digalakkan untuk menjalani saringan
COVID-19.
4
6. Siapakah yang menanggung kos pemeriksaan saringan
COVID-19 (swab test) yang dibuat kepada pekerja
pembersihan bukan warganegara?
Pihak kontraktor akan menanggung kos saringan COVID-19
yang dibuat kepada pekerja pembersihan bukan
warganegara.
C. PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK (BMB)
1. Apakah tanggungjawab kontraktor BMB dalam
melaksanakan perkhidmatan?
Kontraktor BMB perlu memastikan setiap pekerja yang bertugas
dibuat saringan kesihatan setiap hari apabila masuk bekerja
dengan memeriksa suhu badan dan memakai pelitup muka.
Pekerja yang dikesan suhu melebihi 37.5o
C atau mempunyai
gejala batuk, selsema, sakit tekak dan sesak nafas hendaklah
dirujuk terus ke hospital/klinik yang berdekatan. Pekerja juga
perlu mengelakkan 3C iaitu tempat sesak (crowded), tempat
tertutup (confined spaces) dan bercakap jarak dekat (close
conversation).
2. Bagaimanakah perkhidmatan BMB dilaksanakan apabila
sekolah mula beroperasi?
Perkhidmatan BMB dilaksanakan mengikut terma dan syarat
yang ditetapkan dalam dokumen kontrak.
3. Bolehkah kontraktor menolak atau enggan melaksanakan
perkhidmatan BMB?
Tidak boleh. Pihak kontraktor dikehendaki mematuhi perjanjian
perkhidmatan dengan Kerajaan.
4. Bolehkah kontraktor menyediakan sajian di premis lain
selain di sekolah?
Boleh. Perkara ini perlu mendapat persetujuan kedua-dua pihak
(pentadbir sekolah dan kontraktor) secara bertulis. Perkara ini
5
hendaklah dibuat pemantauan yang sangat rapi oleh pentadbir
sekolah.
5. Bagaimana dengan bilangan pekerja yang perlu disediakan
oleh kontraktor memandangkan sekolah akan dibuka secara
berperingkat?
Bilangan pekerja yang bekerja di dewan makan adalah
berdasarkan bilangan murid semasa yang berada di asrama.
Apa-apa perubahan kepada bilangan pekerja selain daripada
bilangan yang dipersetujui dalam kontrak hendaklah mendapat
persetujuan bertulis antara pentadbir sekolah dan kontraktor.
6. Adakah pembayaran perkhidmatan kontraktor akan dibuat
mengikut kadar sajian sehari dan bilangan murid pada
waktu sajian berdasarkan Borang Pesanan di premis seperti
yang ditetapkan dalam dokumen kontrak?
Ya.
- TAMAT -
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8 JULAI 2020

More Related Content

What's hot

PTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdf
PTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdfPTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdf
PTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdf
NURBALQISBINTIZAILAN
 
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
gpbsmkjk
 
Sop kebakaran
Sop kebakaranSop kebakaran
Sop kebakaran
zali lia
 
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
gpbsmkjk
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
Wany Hardy
 
Borang aku janji pdf
Borang aku janji pdfBorang aku janji pdf
Borang aku janji pdf
cikanim
 
Operasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolahOperasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolah
SMK TAMAN INDAH, TAMPIN, NS
 
Bab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplinBab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplin
zuraidanasri
 
Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam
Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat AwamTatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam
Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam
ssuserc99388
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Norhafiza Osman
 
Senarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawabSenarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawab
Kasthuribai Narayanan
 
Pengurusan kewangan sekolah
Pengurusan kewangan sekolahPengurusan kewangan sekolah
Pengurusan kewangan sekolah
cengkerangbulatlonjong
 
BAHAN BULI JPN JOHOR.pdf
BAHAN BULI JPN JOHOR.pdfBAHAN BULI JPN JOHOR.pdf
BAHAN BULI JPN JOHOR.pdf
MUHAMADALMUIZZBINOMA
 
plan strategik pso kokurikulum.docx
plan strategik pso kokurikulum.docxplan strategik pso kokurikulum.docx
plan strategik pso kokurikulum.docx
afrizal935416
 
Sekolah bandar vs sekolah luar bandar
Sekolah bandar vs sekolah luar bandarSekolah bandar vs sekolah luar bandar
Sekolah bandar vs sekolah luar bandarbiedintan
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
NHazaarifaAinS
 
Program Transformasi 25
Program Transformasi 25Program Transformasi 25
Program Transformasi 25
Aswan Baba
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
MOHDGAZALI1
 
Contoh keberhasilan pk pentadbiran
Contoh keberhasilan pk pentadbiranContoh keberhasilan pk pentadbiran
Contoh keberhasilan pk pentadbiran
Adzuan Rezza Rezza
 

What's hot (20)

PTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdf
PTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdfPTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdf
PTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdf
 
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
 
Sop kebakaran
Sop kebakaranSop kebakaran
Sop kebakaran
 
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Borang aku janji pdf
Borang aku janji pdfBorang aku janji pdf
Borang aku janji pdf
 
Operasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolahOperasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolah
 
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling IkhtisasSurat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
 
Bab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplinBab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplin
 
Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam
Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat AwamTatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam
Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
 
Senarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawabSenarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawab
 
Pengurusan kewangan sekolah
Pengurusan kewangan sekolahPengurusan kewangan sekolah
Pengurusan kewangan sekolah
 
BAHAN BULI JPN JOHOR.pdf
BAHAN BULI JPN JOHOR.pdfBAHAN BULI JPN JOHOR.pdf
BAHAN BULI JPN JOHOR.pdf
 
plan strategik pso kokurikulum.docx
plan strategik pso kokurikulum.docxplan strategik pso kokurikulum.docx
plan strategik pso kokurikulum.docx
 
Sekolah bandar vs sekolah luar bandar
Sekolah bandar vs sekolah luar bandarSekolah bandar vs sekolah luar bandar
Sekolah bandar vs sekolah luar bandar
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
 
Program Transformasi 25
Program Transformasi 25Program Transformasi 25
Program Transformasi 25
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
 
Contoh keberhasilan pk pentadbiran
Contoh keberhasilan pk pentadbiranContoh keberhasilan pk pentadbiran
Contoh keberhasilan pk pentadbiran
 

Soalan lazim kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan,kebersihan bangunan dan kawasan dan membekal makanan bermasak di bawah kpm susulan pembukaan semula sekolah kpm (1)

  • 1. 1 SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK), KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) DAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK (BMB) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUSULAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA A. PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK) 1. Apakah tanggungjawab kontraktor PKK dalam melaksanakan perkhidmatan? Kontraktor PKK perlu memastikan setiap pengawal keselamatan yang bertugas dibuat saringan kesihatan setiap hari apabila masuk bekerja dengan memeriksa suhu badan dan memakai pelitup muka. Pengawal keselamatan yang dikesan suhu melebihi 37.5o C atau mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak dan sesak nafas hendaklah dirujuk terus ke hospital/klinik yang berdekatan. Pengawal keselamatan juga perlu mengelakkan 3C iaitu tempat sesak (crowded), tempat tertutup (confined spaces) dan bercakap jarak dekat (close conversation). 2. Bolehkah pengawal keselamatan ditugaskan untuk memeriksa dan merekod suhu pelawat (termasuk ibu bapa dan orang awam) yang memasuki premis? Boleh.
  • 2. 2 3. Adakah syarikat keselamatan perlu menyediakan alat pengimbas suhu badan untuk kegunaan pengawal keselamatan bagi tujuan memeriksa suhu badan pelawat? Tidak perlu. Alat pengimbas suhu badan akan disediakan oleh pihak pentadbir sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga diminta untuk menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) di pondok pengawal bagi kegunaan pelawat di premis berkenaan. B. PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) 1. Apakah tanggungjawab kontraktor KBK dalam melaksanakan perkhidmatan? Kontraktor KBK perlu memastikan setiap pekerja pembersihan yang bertugas dibuat saringan kesihatan setiap hari apabila masuk bekerja dengan memeriksa suhu badan dan memakai pelitup muka. Pekerja pembersihan yang dikesan suhu melebihi 37.5o C atau mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak dan sesak nafas hendaklah dirujuk terus ke hospital/klinik yang berdekatan. Pekerja pembersihan juga perlu mengelakkan 3C iaitu tempat sesak (crowded), tempat tertutup (confined spaces) dan bercakap jarak dekat (close conversation). 2. Bolehkah kontraktor perkhidmatan KBK diarahkan untuk melaksanakan perkhidmatan disinfeksi di sekolah sekiranya terdapat kes positif COVID-19? Tidak boleh kerana perkara ini adalah di luar daripada skop perkhidmatan. Dalam hal ini, jika terdapat warga premis yang telah disahkan positif COVID-19 atau premis menerima arahan daripada mana- mana badan bertauliah iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menjalankan kerja-kerja disinfeksi segera, maka perkhidmatan disinfeksi boleh dilaksanakan melalui kaedah perolehan darurat
  • 3. 3 tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan (PP)/PB 3.3: Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP55) dan Perolehan Darurat (AP173.2). 3. Bolehkah pekerja KBK melaksanakan pembersihan pada permukaan yang sering disentuh dan paras ketinggian yang boleh dicapai contohnya tombol pintu, suis lampu, sinki, kepala paip, butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk tandas dan susur tangan di laluan pergerakan murid di sekolah? Boleh, mengikut skop yang dinyatakan dalam skop perkhidmatan dan perlu mendapat persetujuan bertulis antara pentadbir sekolah dan kontraktor, bagi skop yang tidak dijelaskan dalam dokumen perjanjian. 4. Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, murid-murid akan diarahkan untuk makan di dalam bilik darjah pada waktu rehat. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh kontraktor KBK? Kontraktor KBK bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan sepertimana skop perkhidmatan yang telah ditetapkan iaitu memungut sampah dan dimasukkan ke dalam karung plastik serta dibuang di tempat khas/melupus sampah. Selain itu, kontraktor KBK hendaklah membekal serta memasang karung plastik pada tong sampah dan memastikan karung plastik sentiasa ada dan berada dalam keadaan baik. 5. Adakah pekerja pembersihan bukan warganegara (di negeri- negeri yang terlibat) perlu menjalani saringan COVID-19 (swab test)? Berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pekerja pembersihan bukan warganegara (di negeri- negeri yang terlibat) digalakkan untuk menjalani saringan COVID-19.
  • 4. 4 6. Siapakah yang menanggung kos pemeriksaan saringan COVID-19 (swab test) yang dibuat kepada pekerja pembersihan bukan warganegara? Pihak kontraktor akan menanggung kos saringan COVID-19 yang dibuat kepada pekerja pembersihan bukan warganegara. C. PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK (BMB) 1. Apakah tanggungjawab kontraktor BMB dalam melaksanakan perkhidmatan? Kontraktor BMB perlu memastikan setiap pekerja yang bertugas dibuat saringan kesihatan setiap hari apabila masuk bekerja dengan memeriksa suhu badan dan memakai pelitup muka. Pekerja yang dikesan suhu melebihi 37.5o C atau mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak dan sesak nafas hendaklah dirujuk terus ke hospital/klinik yang berdekatan. Pekerja juga perlu mengelakkan 3C iaitu tempat sesak (crowded), tempat tertutup (confined spaces) dan bercakap jarak dekat (close conversation). 2. Bagaimanakah perkhidmatan BMB dilaksanakan apabila sekolah mula beroperasi? Perkhidmatan BMB dilaksanakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan dalam dokumen kontrak. 3. Bolehkah kontraktor menolak atau enggan melaksanakan perkhidmatan BMB? Tidak boleh. Pihak kontraktor dikehendaki mematuhi perjanjian perkhidmatan dengan Kerajaan. 4. Bolehkah kontraktor menyediakan sajian di premis lain selain di sekolah? Boleh. Perkara ini perlu mendapat persetujuan kedua-dua pihak (pentadbir sekolah dan kontraktor) secara bertulis. Perkara ini
  • 5. 5 hendaklah dibuat pemantauan yang sangat rapi oleh pentadbir sekolah. 5. Bagaimana dengan bilangan pekerja yang perlu disediakan oleh kontraktor memandangkan sekolah akan dibuka secara berperingkat? Bilangan pekerja yang bekerja di dewan makan adalah berdasarkan bilangan murid semasa yang berada di asrama. Apa-apa perubahan kepada bilangan pekerja selain daripada bilangan yang dipersetujui dalam kontrak hendaklah mendapat persetujuan bertulis antara pentadbir sekolah dan kontraktor. 6. Adakah pembayaran perkhidmatan kontraktor akan dibuat mengikut kadar sajian sehari dan bilangan murid pada waktu sajian berdasarkan Borang Pesanan di premis seperti yang ditetapkan dalam dokumen kontrak? Ya. - TAMAT - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 8 JULAI 2020