 MOHAMMAD FARIQASHWAN B. ABDULLAH
  (16DKM09F2048)
 MUHAMMAD SA’AHRIN B. MANSOR
  (16DKM09F2043)
 MOHD HAFIZ ASYRAF B. MOHD AZMI
  (16DKM09F2041)
 MOHAMMAD FIRDAUS B. BAHARI
  (16DKM09F2037)
1. Mengawal perasaan gemuruh : anda harus cuba untuk memerangi
   perasaan ini semaksima yang mungkin. Tidak dapat dinafikan, perasaan ini
   pastinya akan bertandang tambahan pula jika anda bercakap di hadapan
   orang yang anda segan dan hormati (berdasarkan pengalaman saya, paling
   sukar ialah berucap di hadapan guru-guru dan pensyarah kita sendiri).
   Namun ia perlu dikawal. Anggaplah bahawa anda ingin menyampaikan
   bahan yang masih belum diketahui oleh pendengar.
2. Membuka ucapan dengan pembukaan yang baik : Pembukaan yang baik
   ialah satu keistimewaan yang mampu menarik pendengar untuk mendengar
   ucapan seterusnya. Ucapan biasanya dibuka dengan kata-kata aluan
   selepas sedikit puji-pujian kepada Allah, selawat dan doa. Ia satu
   pembukaan yang cukup sempurna dan bertepatan dengan sunnah.
   Seterusnya anda perlu mengambil berat mengenai protokol ucapan
   mengikut keutamaan pendengar dimulai dengan pengerusi majlis sendiri.
   Pembukaan dan permulaan ucapan yang baik inilah yang membentuk
   persepsi awal (first impression) pendengar terhadap anda. Agak istimewa
   juga jika anda dapat memulakan ucapan dengan serangkap pantun, namun
   ia juga tidak sesuai jika dilakukan sentiasa.

 Elakkan sama sekali menyatakan sesuatu yang membuatkan pendengar
  menjadai tidak tertarik dengan apa yang akan anda sampaikan. Sebagai
  contoh, anda menyatakan “Maafkan saya kerana tidak bersedia untuk
  berucap, ini kerana saya baru saja dimaklumkan..” Perkataan-perkataan
  seperti ini seolah-oalh anda ingin memindahkan kesalahan dan kecacatan
  ucapan anda kepada orang lain sekalipun anda bukanlah benar-benar
  bernita demikian. Buatlah sebaik mungkin dan biarlah pendengar yang
  menghakimi mutu ucapan anda.
3. Bahasa yang sesuai : Sesuaikan bahasa yang ingin digunakan dengan
   keadaan pendengar. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang terlalu
   tinggi dan intelek apabila berbicara dengan masyarakat umum di kampung-
   kampung. Ia akan menyebabkan anda ditolak dari awal lagi. Begitu juga
   jangan menggunakan bahsa kampung yan rendah mutunya bila berhadapan
   dengan golongan yang terpelajar. Ia akan menyebabkan anda dipandang
   rendah dan apa yang akan anda sampaikan dianggap sebagai tidak
   bermutu. Gunakan contoh-contoh bidalan yang berkaitan dengan
   persekitaran pendengar. Sebagai contoh, apabila anda menyampaikan
   ceramah agama di hadapan pelajar-pelajar jurusan sains, anda oleh
   mendatangkan contoh-contoh yang berkait rapat dengan sains yang
   terdapat di dalam Al-Quran. Jika anda mampu untuk melakukan seperti
   ini, anda sebenarnya memberikan satu keyakinan kepada pendengar dan
   juga kepada diri anda sendiri!


 Dalam masa yang sama, anda juga boleh menggunakan sekali-sekala
  lenggok bahasa yang mempunyai nilai sastera yang tinggi supaya apa yang
  anda sampaikan benar-benar menyentuh hati dan perasaan. Pembacaan
  yang banyak boleh membantu anda dalam hal ini.
4. Penutup yang sempurna : Apabila anda ingin menutup ucapan, cuba
   datangkan kesimpulan yang lengkap terhadap apa yang anda sampaikan
   secara ringkas. Elakkan dari mengamalkan sindrom „susah nak berhenti’.
   Jangan sesekali mengulangi dengan ulangan yang banyak
   ungkapan‘Akhirnya....’ dan sebagainya secara berulang-ulang. Apabila anda
   menyatakan anda ingin menghentikan ucapan, maka lakukan segera tanpa
   bertangguh-tangguh dan meleret-leret. Lebih baik anda menghentikan
   ucapan ketika pendengar masih asyik dengan apa yang anda sampaikan
   daripada anda berucap panjang lebar dalam keadaan pendengar sudah
   bosan dan melihat jam berulang kali.
Seminar group

Seminar group

  • 1.
     MOHAMMAD FARIQASHWANB. ABDULLAH (16DKM09F2048)  MUHAMMAD SA’AHRIN B. MANSOR (16DKM09F2043)  MOHD HAFIZ ASYRAF B. MOHD AZMI (16DKM09F2041)  MOHAMMAD FIRDAUS B. BAHARI (16DKM09F2037)
  • 3.
    1. Mengawal perasaangemuruh : anda harus cuba untuk memerangi perasaan ini semaksima yang mungkin. Tidak dapat dinafikan, perasaan ini pastinya akan bertandang tambahan pula jika anda bercakap di hadapan orang yang anda segan dan hormati (berdasarkan pengalaman saya, paling sukar ialah berucap di hadapan guru-guru dan pensyarah kita sendiri). Namun ia perlu dikawal. Anggaplah bahawa anda ingin menyampaikan bahan yang masih belum diketahui oleh pendengar.
  • 4.
    2. Membuka ucapandengan pembukaan yang baik : Pembukaan yang baik ialah satu keistimewaan yang mampu menarik pendengar untuk mendengar ucapan seterusnya. Ucapan biasanya dibuka dengan kata-kata aluan selepas sedikit puji-pujian kepada Allah, selawat dan doa. Ia satu pembukaan yang cukup sempurna dan bertepatan dengan sunnah. Seterusnya anda perlu mengambil berat mengenai protokol ucapan mengikut keutamaan pendengar dimulai dengan pengerusi majlis sendiri. Pembukaan dan permulaan ucapan yang baik inilah yang membentuk persepsi awal (first impression) pendengar terhadap anda. Agak istimewa juga jika anda dapat memulakan ucapan dengan serangkap pantun, namun ia juga tidak sesuai jika dilakukan sentiasa.  Elakkan sama sekali menyatakan sesuatu yang membuatkan pendengar menjadai tidak tertarik dengan apa yang akan anda sampaikan. Sebagai contoh, anda menyatakan “Maafkan saya kerana tidak bersedia untuk berucap, ini kerana saya baru saja dimaklumkan..” Perkataan-perkataan seperti ini seolah-oalh anda ingin memindahkan kesalahan dan kecacatan ucapan anda kepada orang lain sekalipun anda bukanlah benar-benar bernita demikian. Buatlah sebaik mungkin dan biarlah pendengar yang menghakimi mutu ucapan anda.
  • 5.
    3. Bahasa yangsesuai : Sesuaikan bahasa yang ingin digunakan dengan keadaan pendengar. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang terlalu tinggi dan intelek apabila berbicara dengan masyarakat umum di kampung- kampung. Ia akan menyebabkan anda ditolak dari awal lagi. Begitu juga jangan menggunakan bahsa kampung yan rendah mutunya bila berhadapan dengan golongan yang terpelajar. Ia akan menyebabkan anda dipandang rendah dan apa yang akan anda sampaikan dianggap sebagai tidak bermutu. Gunakan contoh-contoh bidalan yang berkaitan dengan persekitaran pendengar. Sebagai contoh, apabila anda menyampaikan ceramah agama di hadapan pelajar-pelajar jurusan sains, anda oleh mendatangkan contoh-contoh yang berkait rapat dengan sains yang terdapat di dalam Al-Quran. Jika anda mampu untuk melakukan seperti ini, anda sebenarnya memberikan satu keyakinan kepada pendengar dan juga kepada diri anda sendiri!  Dalam masa yang sama, anda juga boleh menggunakan sekali-sekala lenggok bahasa yang mempunyai nilai sastera yang tinggi supaya apa yang anda sampaikan benar-benar menyentuh hati dan perasaan. Pembacaan yang banyak boleh membantu anda dalam hal ini.
  • 6.
    4. Penutup yangsempurna : Apabila anda ingin menutup ucapan, cuba datangkan kesimpulan yang lengkap terhadap apa yang anda sampaikan secara ringkas. Elakkan dari mengamalkan sindrom „susah nak berhenti’. Jangan sesekali mengulangi dengan ulangan yang banyak ungkapan‘Akhirnya....’ dan sebagainya secara berulang-ulang. Apabila anda menyatakan anda ingin menghentikan ucapan, maka lakukan segera tanpa bertangguh-tangguh dan meleret-leret. Lebih baik anda menghentikan ucapan ketika pendengar masih asyik dengan apa yang anda sampaikan daripada anda berucap panjang lebar dalam keadaan pendengar sudah bosan dan melihat jam berulang kali.