SlideShare a Scribd company logo
SEJARAH KESATUAN SOVIET

Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau USSR atau
KRSS) merupakan sebuah negara sosialis yang wujud pada 1922 - 1991. Dari 1945 hinggalah
perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat.

Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat luas dan ia bersempadan dengan 12
buah negara, enam dari benua Eropah dan enam lagi dari benua Asia. Di Asia jiran-jirannya
ialah Korea Utara, Cina, Mongolia, Afghanistan, Iran, dan Turki; di Eropah, ia bersempadan
dengan Romania, Hungary, Czechoslovakia, Poland, Norway, dan Finland. Selat Bering di
timur kesatuan ini, memisahkannya dari "musuh"nya yang utama iaitu Amerika Syarikat.
Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap sebagai sebahagian benua Eropah.

Rusia merupakan wilayah terbesar dalam kesatuan ini dan banci 1989 menunjukkan
penduduknya adalah seramai 145 juta orang atau lebihkurang 50.8 % jumlah penduduk
keseluruhan di sini. Terdapat dua puluh dua bangsa yang mempunyai lebih 1 juta penduduk,
dimana lima belas mempunyai kesatuan republiknya yang tersendiri. Antara bangsa yang
terbesar ialah bangsa Slav, Baltik, Caucasus, dan Asia Tengah.

Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan Kesatuan Republik
Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini dipanggil Leningrad) yang
bangun menentang regim Tsar yang zalim dan meneruskan tentangan mereka sehinggalah
Tsar Nicholas II turun takhta. Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya telah diambilalih
oleh perwakilan pilihan rakyat Duma, yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun
demikian pada November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik,
dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin. Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka
komunis pada 1918) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepas perang saudara yang
berlarutan selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada
Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang
merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan yang baru ini telah
mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan pemerintahan satu parti one-
party rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan
budaya rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah
pertama negara ini.

Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph V. Stalin. Stalin merupakan
seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta
pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini. Disamping itu, banyak syarikat
swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan
rakyatnya hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh,
ditahan atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang
kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai the Great Terror. Namun
demikian, polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat
pesatnya, walaupun pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan ketenteraan dan
bukannya berdasarkan kehendak pengguna. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat
adalah mustahak untuk survival Kesatuan Soviet.

Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh itu satu
perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet Nonaggression Pact, yang
membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine barat), wilayah-
wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak Nazi
yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941. Selepas kekalahan demi
kekalahan di tangan tentera Jerman, Tentera Merah the Red Army akhirnya berjaya
membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki sebahagian besar
Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman Timur). Walaupun lebih 20 juta
rakyat Soviet terkorban akibat Perang Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan
kehebatan bala tentera Soviet.

Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya di Eropah
Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah
pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet
telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk negara
jirannya seperti Finland dan Afghanistan. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara-
negara barat, lalu tercetuslah perang yang dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang sama,
Stalin terpaksa membina semula ekonomi Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil
meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta
menindas para pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.

Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita S. Khrushchev beransur-ansur menjadi ketua
Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan
Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun begitu, beliau meneruskan
polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan
perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan angkasa lepas. Walaupun begitu
penglibatannya dalam krisis peluru berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan
peperangan nuklear, telah menjadi punca kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua
negara pada 1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid I. Brezhnev yang meneruskan polisinya
iaitu détente dengan negara Barat and penumpuan kepada perindustrian berat dan
ketenteraan.

Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan budaya negara telah
dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, Iurii V. Andropov dan
Konstantin U. Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan tidak
membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung CPSU
dan ketua negara Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi
semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara mendadak
untuk membangunkan semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri program
pembaharuan yang dipanggil perestroika, glasnost, dan demokratizatsiia.

Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan ekonomi tidak
mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di
peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang masih berlarutan.
Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk
memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang
mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang
telah dikawal oleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai orang telah terkorban.
Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk
mengatasi krisis sosial tersebut. Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal
membawa pemulihan ekonomi kepada rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia
hanya melonggarkan kawalan regim terhadap rakyatnya.

Satu referendum untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan
populasi mengundi untuk pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan republik.
Referendum berkenaan telah memberikan Gorbachev satu kelebihan yang kecil, dan pada
musim panas 1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan dipersetujui oleh kebanyakan
republik yang mana ia akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet kepada federal
yang lebih longgar. Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan
kuasa bulan Ogos, - satu cubaan rampasan kuasa terhadap Mikhail Gorbachev oleh ahli
konservatif Parti Kommunis, merujuk kepada "Hardliners" media Barat. Selepas rampasan
kuasa itu ditumpaskan , Yeltsin menjadi wira manakala kuasa Gorbachev telah berkurang
dengan banyaknya. Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak kepada republik-republik
berkenaan. Latvia, Estonia and Lithuania telah diisytiharkan merdeka, manakala 12 republik
yang lain menyambung kembali perbincangan tentang model kesatuan yang lebih longgar
lagi. Pada 8 December 1991, presiden-presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah
menandatangani Belavezha Accords yang mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan
dan Komenwel Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya. Sementara
ramai yang masih tertanya-tanya siapa yang mempunyai kuasa untuk membubarkan
kesatuan berkenaan, pada 25 December 1991, Gorbachev meletakkan jawatan president
USSR dan memberikan kuasa kepada Boris Yeltsin. Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan
kerajaan tertinggi Kesatuan Soviet, membubarkan dirinya. Ini secara umumnya
diisyhtiharkan sebagai rasmi, pembubaran akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi.
Kebanyakan organisasi seperti Tentera Merah dan angkatan militia menyambung tugas
mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap ke dalam negara-negara merdeka yang
baru.

More Related Content

What's hot

Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanfiro HAR
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Jimmy Mogolid
 
Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)
Josh Lrt
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
Roslan Suzie
 
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
pikaapull
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Thanushah Soniyasee
 
Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)
Naznur Farahani Md Yusof
 
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAHANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
smka wataniah machang, kelantan
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
saadiah alidrus
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajarMis Sem
 
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara MembangunD8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
munnianwar
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
Zafarul_Irshard
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Muhamad Saifullah
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur
Irfan Mustaffa
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jimmy Mogolid
 
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasionalPengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasionalumishahirah
 

What's hot (20)

Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahan
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
 
Komanwel
KomanwelKomanwel
Komanwel
 
Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)
 
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAHANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
 
Prasarana
PrasaranaPrasarana
Prasarana
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajar
 
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara MembangunD8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasionalPengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
 

Viewers also liked

1
11
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnikFAROUQ
 
Cabaran dan isu semasa dunia gci 1022
Cabaran dan isu semasa dunia gci 1022Cabaran dan isu semasa dunia gci 1022
Cabaran dan isu semasa dunia gci 1022
PANTHERSpeFITNESS
 
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaanKonflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaanEvie Avrilianty
 
Pembaharuan dalam sistem politik Eropah
Pembaharuan dalam sistem politik Eropah Pembaharuan dalam sistem politik Eropah
Pembaharuan dalam sistem politik Eropah
cg.Teha Amran
 
Historia Del Computador
Historia Del ComputadorHistoria Del Computador
Historia Del Computador
Christian David Rojas Garcia
 
Presentació de FEMITIC
Presentació de FEMITICPresentació de FEMITIC
Presentació de FEMITIC
Dones en Xarxa
 
Kemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baruKemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baru
Inbmy
 
Cabaran demokrasi timur tengah
Cabaran demokrasi timur tengahCabaran demokrasi timur tengah
Cabaran demokrasi timur tengah
Bella Chan
 
Konflik di bosnia
Konflik di bosnia Konflik di bosnia
Konflik di bosnia
kamalslaw
 
Perubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama duniaPerubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama dunia
Inbmy
 
3
33
2
22
1
11

Viewers also liked (17)

1
11
1
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
 
Cabaran dan isu semasa dunia gci 1022
Cabaran dan isu semasa dunia gci 1022Cabaran dan isu semasa dunia gci 1022
Cabaran dan isu semasa dunia gci 1022
 
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaanKonflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaan
 
Palestin
PalestinPalestin
Palestin
 
Pembaharuan dalam sistem politik Eropah
Pembaharuan dalam sistem politik Eropah Pembaharuan dalam sistem politik Eropah
Pembaharuan dalam sistem politik Eropah
 
Historia Del Computador
Historia Del ComputadorHistoria Del Computador
Historia Del Computador
 
06 mpw1143 bab 4
06 mpw1143 bab 406 mpw1143 bab 4
06 mpw1143 bab 4
 
Penyatuan negara bangsa
Penyatuan negara bangsaPenyatuan negara bangsa
Penyatuan negara bangsa
 
Presentació de FEMITIC
Presentació de FEMITICPresentació de FEMITIC
Presentació de FEMITIC
 
Kemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baruKemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baru
 
Cabaran demokrasi timur tengah
Cabaran demokrasi timur tengahCabaran demokrasi timur tengah
Cabaran demokrasi timur tengah
 
Konflik di bosnia
Konflik di bosnia Konflik di bosnia
Konflik di bosnia
 
Perubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama duniaPerubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama dunia
 
3
33
3
 
2
22
2
 
1
11
1
 

Similar to Sejarah kesatuan soviet

: KONFLIK ANTARABANGSA
: KONFLIK ANTARABANGSA: KONFLIK ANTARABANGSA
: KONFLIK ANTARABANGSA
suziana15
 
ISU SEMASA DUNIA
ISU SEMASA DUNIAISU SEMASA DUNIA
ISU SEMASA DUNIA
NurAin178
 
Perjalanan Revolusi China 1911
Perjalanan Revolusi China 1911Perjalanan Revolusi China 1911
Perjalanan Revolusi China 1911
Noha Fiq
 
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptxTopik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
RfianRoslee
 
4.3.1 Dekolonisasi di China
4.3.1 Dekolonisasi di China4.3.1 Dekolonisasi di China
4.3.1 Dekolonisasi di China
NUR
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
hasfazera hassan
 

Similar to Sejarah kesatuan soviet (7)

: KONFLIK ANTARABANGSA
: KONFLIK ANTARABANGSA: KONFLIK ANTARABANGSA
: KONFLIK ANTARABANGSA
 
ISU SEMASA DUNIA
ISU SEMASA DUNIAISU SEMASA DUNIA
ISU SEMASA DUNIA
 
Perjalanan Revolusi China 1911
Perjalanan Revolusi China 1911Perjalanan Revolusi China 1911
Perjalanan Revolusi China 1911
 
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptxTopik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
Topik 1 Pembaharuan dalam sistem politik Eropah.pptx
 
4.3.1 Dekolonisasi di China
4.3.1 Dekolonisasi di China4.3.1 Dekolonisasi di China
4.3.1 Dekolonisasi di China
 
Bab 9 tingkatan 5
Bab 9 tingkatan 5Bab 9 tingkatan 5
Bab 9 tingkatan 5
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
 

Sejarah kesatuan soviet

  • 1. SEJARAH KESATUAN SOVIET Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau USSR atau KRSS) merupakan sebuah negara sosialis yang wujud pada 1922 - 1991. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat. Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat luas dan ia bersempadan dengan 12 buah negara, enam dari benua Eropah dan enam lagi dari benua Asia. Di Asia jiran-jirannya ialah Korea Utara, Cina, Mongolia, Afghanistan, Iran, dan Turki; di Eropah, ia bersempadan dengan Romania, Hungary, Czechoslovakia, Poland, Norway, dan Finland. Selat Bering di timur kesatuan ini, memisahkannya dari "musuh"nya yang utama iaitu Amerika Syarikat. Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap sebagai sebahagian benua Eropah. Rusia merupakan wilayah terbesar dalam kesatuan ini dan banci 1989 menunjukkan penduduknya adalah seramai 145 juta orang atau lebihkurang 50.8 % jumlah penduduk keseluruhan di sini. Terdapat dua puluh dua bangsa yang mempunyai lebih 1 juta penduduk, dimana lima belas mempunyai kesatuan republiknya yang tersendiri. Antara bangsa yang terbesar ialah bangsa Slav, Baltik, Caucasus, dan Asia Tengah. Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini dipanggil Leningrad) yang bangun menentang regim Tsar yang zalim dan meneruskan tentangan mereka sehinggalah Tsar Nicholas II turun takhta. Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya telah diambilalih oleh perwakilan pilihan rakyat Duma, yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun demikian pada November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik, dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin. Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka komunis pada 1918) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepas perang saudara yang berlarutan selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan pemerintahan satu parti one- party rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara ini. Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph V. Stalin. Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini. Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai the Great Terror. Namun demikian, polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat
  • 2. pesatnya, walaupun pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan ketenteraan dan bukannya berdasarkan kehendak pengguna. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat adalah mustahak untuk survival Kesatuan Soviet. Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh itu satu perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet Nonaggression Pact, yang membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine barat), wilayah- wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak Nazi yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman, Tentera Merah the Red Army akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman Timur). Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet terkorban akibat Perang Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala tentera Soviet. Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya di Eropah Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk negara jirannya seperti Finland dan Afghanistan. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara- negara barat, lalu tercetuslah perang yang dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa membina semula ekonomi Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para pembangkang dan melanggar hak asasi manusia. Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita S. Khrushchev beransur-ansur menjadi ketua Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan angkasa lepas. Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan peperangan nuklear, telah menjadi punca kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua negara pada 1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid I. Brezhnev yang meneruskan polisinya iaitu détente dengan negara Barat and penumpuan kepada perindustrian berat dan ketenteraan. Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan budaya negara telah dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, Iurii V. Andropov dan Konstantin U. Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung CPSU dan ketua negara Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara mendadak
  • 3. untuk membangunkan semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri program pembaharuan yang dipanggil perestroika, glasnost, dan demokratizatsiia. Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan ekonomi tidak mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang masih berlarutan. Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal oleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai orang telah terkorban. Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut. Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal membawa pemulihan ekonomi kepada rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan regim terhadap rakyatnya. Satu referendum untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan populasi mengundi untuk pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan republik. Referendum berkenaan telah memberikan Gorbachev satu kelebihan yang kecil, dan pada musim panas 1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan dipersetujui oleh kebanyakan republik yang mana ia akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet kepada federal yang lebih longgar. Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan kuasa bulan Ogos, - satu cubaan rampasan kuasa terhadap Mikhail Gorbachev oleh ahli konservatif Parti Kommunis, merujuk kepada "Hardliners" media Barat. Selepas rampasan kuasa itu ditumpaskan , Yeltsin menjadi wira manakala kuasa Gorbachev telah berkurang dengan banyaknya. Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak kepada republik-republik berkenaan. Latvia, Estonia and Lithuania telah diisytiharkan merdeka, manakala 12 republik yang lain menyambung kembali perbincangan tentang model kesatuan yang lebih longgar lagi. Pada 8 December 1991, presiden-presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah menandatangani Belavezha Accords yang mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan dan Komenwel Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya. Sementara ramai yang masih tertanya-tanya siapa yang mempunyai kuasa untuk membubarkan kesatuan berkenaan, pada 25 December 1991, Gorbachev meletakkan jawatan president USSR dan memberikan kuasa kepada Boris Yeltsin. Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan kerajaan tertinggi Kesatuan Soviet, membubarkan dirinya. Ini secara umumnya diisyhtiharkan sebagai rasmi, pembubaran akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi. Kebanyakan organisasi seperti Tentera Merah dan angkatan militia menyambung tugas mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap ke dalam negara-negara merdeka yang baru.