SlideShare a Scribd company logo
Bab 7--Perjuangan Rakyat
Tempatan Mengembalikan
Kedaulatan Bangsa
 British campur tangan di Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah telah menggugat sistem
politik, ekonomi dan social penduduk
tempatan.
 Perubahan dalam sistem pentadbiran
menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan
dan pembesar hilang kuasa.
 British memperkenalkan pelbagai cukai
yang membebankan dan menindas rakyat.
 Keadaan ini mencetuskan kebangkitan
rakyat untukmenentang British
 Ramai pejuang tanah air muncul seperti
Sultan Ahmad Tajuddin, Dol Said , Rentap ,
Sharif Masahor, Dato’ Maharaja Lela,
Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat
Salleh, Antanom, Tok Janggut dan Haji
Abdul Rahman Limbong.
 Mereka memimpin rakyat berjuang dengan
gigih demi mempertahankan kedaulatan dan
kemerdekaan tanah air.
7.1 – Perjuangan Mengembalikan
Kedaulatan Kedah.
i. Latar Belakang
 Tahun 1821,seramai 7000 orang tentera
Siam mengepung Kuala Kedah
 Askar Siam memusnahkan rumah,
merampas barang, menenggelamkan
perahu dan menangkap tawanan untuk
dibawa balik Siam sebagaihamba.
ii. Faktor Penentangan
 Penjajahan Siam yang kejam
menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan
bersatu dengan Sultan untuk
mengembalikan kedaulatan Kedah.
 Tentangan hebat rakyat Kedah ini
dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin.
 Dibantu oleh Tunku Abdullah , Tunku
Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku
Long dan Tunku Muhammad Saad
 Perjuangan ini disokong oleh pemimpin
rakyat seperti Tok Mo Ris dan
pemimpin agama sepertiSyeikh Abdul
Kadir.
 Perjuangan orang Melayu Kedah
menentang Siam telah dikhianati oelh
British.
 British telah bersubahat dengan Siam
untuk melumpuhkan perjuangan rakyat
Kedah.
 Contoh : British telah menghantar kapal
perang untukmembantu Siam
mengepuung Kedah.
iii. Peristiwa Penentangan
 1823,Tunku Abdullah memimpin 3000
orang tentera untuk membebaskan
Kedah daripada Siam melalui Seberang
Perai tetapi gagal kerana British
membantu Siam.
 1831,Tunku Kudin berjaya menawan
semula Kuala Kedah dari Melaka
 British menghantar 5 buah kapal perang
untuk mengepung perairan Kedah.
 Tindakan British itu menyebabkan
Kedah terputus bekalan makanan dan
bantuan tentera dari luar
 Tunku Kudin telah terkorban
 1836, Sultan Ahmad Tajuddin
merancang menyerang Siam melalui
Bruas di Perak.
 British berjaya mengesan gerakan ini
dan Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap
 1838, kebangkitan menentang Siam di
Kedah telah dipimpin oleh Tunku
Muhammad Saad.
 Tentera Kedah berjaya menawan
semula selatan Kedah, Kota Kuala
Kedah dan mara ke Songkla.
 Siam berjaya menguasai semula Kedah
dengan bantuan British.
iv. Kesan Penentangan
 Semangat juang rakyat Kedah
menyebabkan Siam berdamai dengan
Kedah.
 Sultan Kedah menghantar puteranya
(Tunku Daei) ke Bangkok untuk
berunding
 1842,Siam mengembalikan takhta
Kedah kepada Sultan Ahamd Tajuddin
 Wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu
diasingkan dari Kedah.
7.2 – Dol Said Pahlawan Naning
i. Latar Belakang
 Daerah Naning terletak antara Rembau
dengan Melaka
 Penghulu Naning ialah Dato’ Naning
Abdul Said yang dikenali sebagaiDol
Said.
 Pusat pentadbiran terletak di Taboh.
 Naning mempunyai hasil keluaran
seperti padi, buah-buahan,sirih dan
bijih timah.
 1831,Dol Said telah bangkit menentang
British.
ii. Faktor Penentangan
a. Mempertahankan Kemerdekaan Naning
 1824,British dan Belanda
menandatangani Perjanjian
Inggeris- Belanda
 Dalam perjanjian itu Melaka
diserahkan kepada British
 British mendakwa Naning
sebahagian daripada Melaka.
 British mengarahkan Naning
mematuhi peraturan yang
ditetapkan Melaka.
 Dakwaan British tidak dapat
diterima oleh Penghulu Dol Said
dan rakyat Naning.
b. Menentang Pelaksanaan Undang-
Undang British
 British memperkenalkan Peraturan
Penghulu yang menggugat
pengaruh dan kuasa Dol Said.
 Peraturan ini melarang penghulu
membicarakan kes-kes jenayah.
 1828, Dol Said diberi amaran oleh
British kerana menyelesaikan kes
jenayah di Naning.
 Dol Said diugut akan dilucutkan
jawatan sekiranya tidak mematuhi
arahan British
c. Menentang Bayaran Cukai
 Melalui Undang-Undang
1830 ,British memaksa Naning
membayar cukai 1/10 daripada
hasil keluaran pertanian.
 Arahan dibuat selepas British
mendapati hasil daerah Naning
berjumlah 4500 dolar setahun.
iii. Peristiwa Penentangan
15 julai 1831 British mengisytiharkan
Dol Said sebagai penderhaka.
British menghantar seramai 150 orang
Sepoi yang diketuai Kapten Wylie
untuk menyerangnya.
British berjaya ditewaskan
Dol Said berjaya kerana menggunakan
taktik perang gerila dan mendapat
bantuan daripada Seri Menanti, Sungai
Ujong , Johol dan Muar.
Turut membantu ialah Yamtuan Muda
Raja Ali dari Rembau yang menghantar
pasukan bantuan diketuai menantunya
Syed Sha’aban
British sedarNaning sukar dikalahkan
British meminta bantuan Yamtuan
Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau
bersetuju menghantar 600 orang
hulubalang untukmenyerang Naning
Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai
pasukan tentera menyerang Naning.
British berkubu di Alor Gajah untuk
melancarkan serangan kedua ke atas
Naning
Pakatan Brtitish dan Rembau berjaya
mengalahkan Naning
Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh
ditawan dan rumah pendudukNaning
dibakar
Dol Said berundur ke Seri Menantidan
akhirnya menyerah diri kepada British.
iv. Kesan Penentangan
British berjaya menyatukan Naning
dengan Melaka.
Dol Said diberi pencen dan rumah di
Melaka.
British kerugian sebanyak100000 paun
sterling
Walaupun orang Naning digagal dalam
perang tetapi berjya menghidupkan
semangat juang di kalangan bangsa
Melayu
7.3 – Rentap Wira Sarawak : Agi
Idup Agi Ngelaban
i. Latar Belakang
Rentap ialah pahlawan Iban yang
menentang British di Sarawak.
Dilahirkan tahun 1800
Nama asal Rentap ialah Libau yang
bermaksud “ penggoncang dunia”
Rentap juga digelar “Raja Darat”
Merupakan pemimpin orang Iban di
Sungai Skrang dan Sungai Saribas.
ii. Faktor Penentangan
Rentap menentang pemerintahan
keluarga Brooke kerana menganggap
orang Iban di Sungai Skrang sebagai
lanun.
James Brooke mendirikan kubu di
Sungai Skrang untukmengawasi
pergerakan orang Iban.
Tindakan James Brooke menghapuskan
penempatan orang Iban di Sungai
Skrang mencetuskan kebangkitan
Rentap.
iii. Peristiwa Penentangan
1853,Rentap menyerang kubu James
Brooke di Nanga Skrang.
Pasukan Rentap berjaya dan seorang
pegawai British iaitu Allan Lee
terbunuh.
Kejayaan ini mengharumkan nama
Rentap di kalangan orang Iban
1854,James Brooke menawan kubu
Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkampungan Rentap.
Pengikut Rentap berundurke Bukit
Sadok dan membina kubu.
Perjuangan Rentap mendapat sokongan
padu pendudukIban dan digelar “Raja
Ulu”
1857,James Brooke menghantar Tuan
Muda Charles Brooke untuk menyerang
kubu Rentap di Bukit Sadok.
Charles Brooke berjaya mempengaruhi
3000 orang Iban dan 500 orang Melayu
supaya menyerang kubu Rentap di
Bukit Sadok.
Charles Brooke gagal menewaskan
Rentap kerana kubu pertahanan yang
kukuh.
Tahun berikutnya Charles Brooke sekali
lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi
gagal.
Kata-kata semangat Rentap dalam
penentangan ini adalah “Bawalah
semua meriam kamu dari Eropah,kami
tidak takut kepada kamu orang Eropah”
1863,James Brooke mengetuai sendiri
pasukan menyerang Rentap di Bukit
Sadok.
Pertempuran berlaku selama sebulan
dan Rentap tewas.
James Brooke membakar kubu dan
rumah pengikut Rentap.
James Brooke menggunakan meriam
“Bujang Sadok” untuk menentang
Rentap.
Rentap pula menggunakan sejenis
meriam besi “Bujang Timbang” untuk
menentang pasukan Brooke.
Rentap berundur ke Entabai untuk
menyusun strategi baru tetapi Rentap
meninggal dunia.
iv. Kesan Penentangan
Kebangkitan Rentap dan pengikutnya
untuk membuktikan bahawa mereka
bukannya lanun tetapi pejuang bangsa.
Semangat juang Rentap diabadikan di
Batu Peringatan Rentap.
7.4 – Sharif Masahor Wira sarawak
i. Latar Belakang
Pembesar Sarikei di kawasan Sungai
Rajang.
Berasal dari Kampung Igan di muara
Sungai Rajang.
Dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein
dari Brunei
Berpengaruh di kalangan orang
Melanau di Sungai Rajang dan orang
Iban di Sungai Skrang.
ii. Faktor Penentangan
James Brooke mengambil wilayah
Sungai Rajang daripada Sultan Brunei
Kewibawaan Sharif Masahortergugat
apabila Sarikei diletakkan di bawah
pentadbiran Brooke.
Pembinaan kubu di Kanowit dan
pelantikan Henry Steele sebagaiwakil
British dianggap telah mengambil alih
kuasa pentadbiran Sharif Masahor.
Sharif Masahormenentang tindakan
James Brooke meluaskan kuasa ke
wilayahnya.
iii. Peristiwa Penentangan
1855,Sharif Masahormengetuai 150
buah perahu menyerang Mukah dan
mengusir Pangeran Matusin yang
menyokong perluasan kuasa James
Brooke.
James Brooke bertindak balas dengan
melucutkan kuasa Sharif Masahordi
Sarikei.
Sharif Masahormarah dengan tindakan
James Brooke
Sharif Masahorberpakat dengan Datu
Petinggi AbdulGhapur dari Kuching
untuk mengusir keluar James Brooke
dari Sarawak.
1859,pasukan Sharif Masahor
menyerang Kanowit
Peristiwan ini membimbangkan orang
Eropah di Sarawak.
1860,Sharif Masahor,Datu Patinggi
Abdul Ghapur dan Temenggung
Hashim dari Sadong membuat pakatan
sulit untuk menyerang Kuching bagi
menggulingkan Brooke.
Charles Brooke dengan bantuan
Belanda menahan Datu Patinggi Abdul
Ghapur dan dipenjarakan di Betawi.
Pertempuran antara Sharif Masahor
dengan Charles Brooke berlaku di
Sungai Sadong.
Kapal dan perahu pasukan Sharif
Masahorditenggelamkan dan seramai
64 orang pengikutnya terbunuh.
Sharif Masahorberundurke Mukah
1861,James Brooke memaksa Sultan
Brunei menyerahkan Mukah dan
menahan Sharif Masahor
Sharif Masahordibuang negeri ke
Singapura.
iv. Kesan Penentangan
Walaupun perjuangan Sharif Masahor
berjaya dipatahkan tetapi gerakan
menentang Brooke tidal pernah berakhir
Pentadbiran Brooke kemudiannya
menghadapi kebangkitan daripada
pemimpin Banting pada tahun 1894
iaitu pemimpin orang Iban di hulu
Sungai Batang Lupar
1931 ,bangkit penentangan daripada
Penghulu Asun iaitu pemimpin orang
Iban di Sungai Kanowit.
7.5 – Dato ’ Maharaja Lel a Pejuang
Kebanggaan Perak
i. Latar Belakang
Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar
Berlapan Perak dan penghulu di Pasir
Salak.
November 1874,Perak menerima
Residen British iaitu J.W.W. Birch hasil
daripada Perjanjian Pangkor.
Pelantikan itu menimbulkan konflik
antara Birch,sultan dan pembesar Perak
yang mencetuskan kebangkitan di Pasir
Salak.
ii. Faktor Penentangan
a. Mengambil Hak Mengutip Cukai
 24 Julai 1875,Birch memaksa
Sultan Abdullah menandatangani
pengisytiharan yang membolehkan
British mengambil hak mengutip
cukai.
 Sultan Abdullah diugut akan
diturunkan takhta jika enggan
menandatangani
 Birch membakar rumah Raja Ngah
Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai timah di
Bidor.
b. MencabarKetuanan Melayu
 Kemarahan sultan dan pembesar
Perak memuncak.
 2 Oktober 1875,Sultan Abdullah
didesak menandatangani
perisytiharan penyerahan kuasa
kepada British
 Kuasa mentadbir negeri diserah
kepada Residen
 Residen berkuasa melantik
hakim,mengurus kutipan cukai dan
melantik penghulu.
c. Memperkenalkan Cukai Baru
 Birch bertindak sesuka hati
 Birch memperkenalkan cukai baru
seperti
1. Cukai padi
2. Cukai perahu atap
3. Cukai senjata
4. Bayaran permit untuk
membalak
 Setiap isi rumah dikehendaki
membayar 2 dolar sebagai cukai
kelamin.
d. Mencabuli Adat Resam
 Birch dibenci oleh sultan dan
pembesar-pembesar Perak apabila
beliau mengharamkan amalan
perhambaan yang menjadi adat
resam Melayu
 Birch sengaja menimbulkan
permusuhan apabila menyimpan
hamba-hamba perempuan di
rumahnya.
iii. Peristiwa Penentangan
Raja Abdullah , Raja Ismail dan Dato’
Maharaja Lela telah bermesyuarat di
Durian sebatang
Mereka mengambil keputusan untuk
membunuh Birch
Dato’Maharaja Lela dan pengikutnya
Dato’Sagor ,Pandak Indut dan
Sepuntummenawarkan diri untuk
membunuhnya
Mereka berazam menghalau British
keluar dari bumi Perak
2 November 1875,Birch dan rombongan
tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan
surat pengisytiharan mengambil hak
memungut cukai oleh British
Dato ‘ Maharaja Lela dan pengikutnya
mengambil kesempatan itu untuk
membunuh Birch.
Pembunuhan Birch menyebabkan
British menyerang Pasir Salak.
Dato’ Maharaja Lela dan dato’ Sagor
memimpin perjuangan mempertahankan
Pasir Salak.
Pasukan British dikalahkan dan Kapten
Innes terkorban.
Pertempuran ini dikenali sebagai
‘Perang Perak’ dan berlaku hampir
setengah tahun
7 November 1875,pertempuran berlaku
di Bandar Tua
Pejuang Perak akhirnya dikalahkan
setelah British dibantu oleh tentera dari
India dan Hong Kong.
iv. Kesan Penentangan
1877,Dato’ Maharaja Lela , Dato’ Sagor,
Pandak Indut dan sepuntumdihukum
gantung sampai mati di Matang,Perak
Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim
dibuang negeri ke Pulau Seychelles di
Lautan Hindi
Raja Ismail dibuang negeri ke Johor
British tegas menghapuskan
kebangkitan di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasan penjajah.
Dato’ Maharaja Lela menjadi symbol
kepahlawanan orang Melayu.
7.6 – Yamtuan Antah Mempertahankan
Kedaulatan Seri Menanti
i. Latar Belakang
 Nama sebenarnya Tunku Laksamana
Antah Ibni Almarhum Raja Radin
 Dilantik sebagaiYamtuan Seri Menanti
pada tahun 1875
 Wilayah jajahan Seri Menanti terdiri
daripada Terachi, Ulu Muar , Gunung
Pasir dan Jempol.
ii. Faktor Penentangan
 Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan
tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul
Rahman di Sungai Ujong
menandatangani perjanjian dengan
British
 Tindakan Dato’ Kelana mengeruhkan
hubungan antara mereka berdua.
 Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf
Dato’Kelana sebagai pemerintah Sungai
Ujong
 Hubungan antara Yamtuan Antah
dengan Dato’ Kelana bertambah
runcing apabila Dato’ Kelana
mengisytiharkan Terachi sebagai
wilayahnya.
 Dibantah Yamtuan Antah kerana
menganggap Terachi sebahagian
jajahan Seri Menanti.
 Residen British di Sungai Ujong iaitu
P.J. Murray menghantar tentera dan
juruukur untuk membuat siasatan
 Yamtuan Antah menghantar 200 orang
pengikutnya menuntut supaya British
menghentikan tugas mengukur kawasan
antara Terachi dengan Kuala Pilah.
 Berlaku pertikaian antara kedua-duanya
yang mencetuskan pertempuran
 Kebangkitan Yamtuan Antah disokong
oleh Dato’ Siamang Gagap, Tengku
Besar Tampin , pendudukRembau ,
Jelebu dan johol
 Disember 1875,pasukan Yamtuan
Antah berjaya menawan Paroi dan
membina kubu di situ
 British berjaya menawan semula Paroi
apabila dibantu oleh tentera Negeri-
Negeri Selat
 Yamtuan Antah berundur ke Bukit
Putus dan seterusnya ke Johor.
iii. Kesan Penentangan
 Maharaja Abu Bakar dari Johor
menasihati Yamtuan Antah berdamai
dengan British
 Mei 1876,Yamtuan Antah berunding
dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat
iaitu William Jervois.
 Yamtuan Antah diiktiraf sebagai
Yamtuan Besar di Seri Menanti
 Tindakan berdamai ini tidak
dipersetujui oleh Dato’ Siamang Gagap.
 Rundingan tersebut membuka peluang
British meluaskan pengaruh ke seluruh
Negeri Sembilan.
7.7 – Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang
i. Latar Belakang
 Nama sebenarnya Abdul Rahman bin
Imam Noh
 Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’
Setia Perkasa Pahlawan Semantan
 Diberikan anugerah kerana kegagahan
dan keberanian beliau dalam perang
saudara di Pahang dan Perang Klang di
Selangor.
 Dilantik sebagaipembesar Temerloh
setelah kematian Orang Kaya Indera
Segera.
 Dato’ Bahaman tidak mengiftiraf
pemerintahan British di Pahang.
ii. Faktor Penentangan
a. Hilang Hak Mengutip Cukai
 Dato’ Bahaman menentang
tindakan British melantik E.A.
Wise sebagai Pegawai Majistret
dan Pemungut Hasil di daerah
Temerloh
 Dato’ Bahaman dilarang mengutip
cukai di daerah kekuasaannya iaitu
di Temerloh
b. Pembinaan Balai Polis
 Pegawai British iaitu E.A. Wise
mendirikan balai polis di Lubuk
Terua tanpa berunding terlebih
dahulu dengan Dato’Bahaman
 Konflik antara kedua-duanya
menjadi lebih serius
 Dato’ Bahaman menganggap
tindakan British sebagai
menceroboh kawasan serta
mengancam kedudukannya.
c. Perlucutan Gelaran
 Hugh Clifford menganggap Dato’
Bahaman sebagaipenderhaka
kerana enggan mematuhi arahan
British
 British memaksa Sultan Ahmad
melucutkan gelaran Dato’ Setia
Perkasa Pahlawan Semantan
 Tindakan British memalukan Dato’
Bahaman dan beliau bersumpah
menghalau keluar British dari
Pahang.
iii. Peristiwa Penentangan
 16 Disember 1891,British menangkap 3
orang pengikut Dato’ Bahaman kerana
mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
 Tindakan British itu menyebabkan Dato’
Bahaman dan pengikutnya menyerang
Balai Polis Lubuk Terua
 Peristiwa ini mencetuskan perang
 26 Disember 1891,Hugh Clifford
mengetuai pasukan 200 orang tentera
untuk menawan semula Lubuk Terua
tetapi tewas dalam pertempuran di
Kelubi
 Hugh Clifford berundur dan meminta
bantuan Singapura
 Januari 1892,British memaksa Sultan
Wan Ahmad menamatkan kebangkitan
rakyat Pahang
 Pasukan tentera dinamakan “ Gerakan
Sultan” yang disertai oleh J.P.Rodger
ditubuhkan
 British membekalkan 200 pucuk
senapang dan 10000 butir peluru
 Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai
gerakan ini dan berjaya menawan 11
buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong
 Mac 1892 ,British sekali lagi
menyerang Lubuk Terua
 Pejuang Pahang berundurke Kelantan
dan Terengganu
 Di Terengganu ulama Tok Ku Paloh
menyemarakkan semangat pejuang
Pahang berjihad menentang British
 14 Jun 1894,Dato’ Bahaman dan 100
orang pengikutnya menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai
 Dato’ Bahaman , Tok Gajah dan Mat
Kilau berundur ke Kelantan
 Pengunduran ini menandakan
berakhirnya perang menentang British
di Pahang.
iv. Kesan Penentangan
 Dato’ Bahaman dan pengikutnya
memperlihatkan keberanian menentang
British
 Kedudukan British di Pahang tergugat
dengan semangat patriotism oleh
pahlawan Pahang
 Kebangkitan ini berlangsung selama 4
tahun iaitu dari 1891 – 1894.
 British terpaksa menanggung hutang
yang banyak.
 Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British
membayar 7200 dolar setahun bagi
menyelesaikan hutang tersebut.
7.8 – Mat Salleh Menyanggah SBUB
i. Latar Belakang
 Nama sebenarDatu Mohammad
Salleh bin Datu Batu
 Dilahirkan di Inanam dan menjadi
pemerintah Sungai Sugut
 Berketurunan Bajau dan Suluk
 Mewarisi sifat kepahlawanan dan
keberanian berperang
 Kebangkitan Mat Salleh merupakan
kebangkitan paling besar dalam sejarah
penentangan diSabah.
ii. Faktor Penentangan
a. Perjuangan Jihad
 Kebangkitan berpunca daripada
semangat perjuangan jihad orang
Sulu menentang Sepanyol di
selatan Sepanyol.
b. Peraturan Yang Membebankan
 SBUB memperkenalkan peraturan
baru di Sabah seperti amalan buruh
paksa, cukai beras dan lessen
perahu yang membebankan rakyat.
c. Percubaan Berunding Gagal
 Ogos 1895,Mat Salleh dan
pembesar tempatan ke Sandakan
untuk menenmui Gabenor
Beaufort , C.V.Creagh
 Tujuan untuk berunding tentang
masalah cukai dan tindakan
kekerasan pegawai SBUB terhadap
penduduk tempatan
 Mat Salleh dan pembesar-pembesar
tidak dilayan dan setelah menunggu
selama 10 hari beliau
meninggalkan Sandakan.
d. Perkampungan di Bakar
 Gabenor Beaufort menganggap
Mat Salleh mengancam
kepentingan SBUB
 SBUB bertindak membakar dan
memusnahkan kampong Mat Salleh
 SBUB menawarkan hadiah 500
dolar kepada sesiapa yang Berjaya
menangkap Mat Salleh
iii. Peristiwa Penentangan
 Julai 1897,Mat Salleh mendirikan kubu
di Ranau dan membakar Pulau Gaya
 November 1897,Mat Salleh menyerang
Ambong
 William Cowie,Pengarah Urusan
SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat
Salleh lalu menawarkan perdamaian
dan pengampunan kepadanya
 April 1898 rundingan diadakan antara
Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal
 Mat Salleh dan pengikut diberi
pengampunan
 Penduduk Inanam yang melarikan diri
semasa kekacauan dibenarkan kembali
semula
 Mat Salleh dibenarkan mentadbir
daerah Tambunan
 Mat Salleh diminta melaporkan
pergerakannya kepada SBUB
 SBUB tidak menepati janji sebaliknya
tahun 1899 SBUB mengambil alih
pentadbiran di Tambunan
 Mat Salleh berasa tertipu dan
meneruskab penentangan dengan
membina kubu di Kampung Teboh ,
Tambunan
 SBUB menyerang kubu Mat Salleh
secara besar-besaran
 Januari 1900 SBUB berjaya
menewaskan Mat Salleh
 Mat Salleh terkorban.
iv. Kesan Penentangan
 Perjuangan diteruskan oleh pengikut
Mat Salleh sepertiMat Sator dan
Kamunta
 Julai 1902 British Berjaya menamatkan
kebangkitan Mat Salleh di Sabah
sepenuhnya.
7.9 – Antanom Pahlawan Anak Rimba
Berjiwa Besar
i. Latar Belakang
 Nama sebenarOntoros anak lelaki
Antanom
 Ketua kaum Murut di Rundum
 Dilahirkan tahun 1875
 Ketika berusia 30 tahun Antanomtelah
memimpin orang Murut menentang
SBUB yang menindas kaumnya.
ii. Faktor Penentangan
a. Melarang Membuka Tanah Baru
 SBUB melarang mereka membuka
tanah baru
 Merasakan hak mereka diceroboh
 Akibatnya mereka kekurangan
beras
b. Mengenakan Cukai Yang
Membebankan
 SBUB mengenakan palbagai cukai
yang membebankan seperti :
1. Cukai kepala 1 dolar setiap
orang
2. Cukai tanaman pindah
sebanyak50 sen setiapekar
3. Cukai sebatang pokok kelapa
untuk minuman tuak sebanyak
25 sen
4. Cukai tangkapan ikan besar
5. Cukai memelihara anjing
sebanyak1 dolar seekor.
c. Menjadi Buruh Paksa
 Orang Murut dijadikan buruh paksa
 Tujuan untuk membina jalan di
pedalaman dan memasang kawat
telegraf antara Tenom dengan
Rundum.
d. Menzalimi Keluarga
 Suami isteri kaum Murut
dikehendaki tinggal berasingan di
sebelah menyebelah tebing sungai
 Mereka dikenakan 1 dolar setiap
kali berkunjung
 Jika mereka mempunyai 2 orang
anak, salah seorang akan diambil
SBUB untuk dijadikan buruh paksa
e. Menceroboh Kawasan Hutan
 SBUB menceroboh hutan untuk
membina jalan
 Kaum Murut membantah kerana
mengikut kepercayaan mereka
pencerobohan akan menganggu roh
nenek moyang mereka.
iii. Peristiwa Penentangan
 Antanommenyatukan orang Murut
menentang SBUB demi menebus
maruah mereka
 Februari 1915 Antanim menyerang
Pensiangan dan membakar bangunan
kerajaan
 Mac 1915 Antanommemimpin kira-
kira 600 orang Murut menyerang
Rundum dan Berjaya memusnahkan
pejabat pentadbiran SBUB
 Kejayaan itu menaikkan semangat
perjuangan orang Murut dan pengikut
Antanom bertambah menjadi 900 orang
 Antanommembina kubu pertahanan di
Sungai Selangit yang mengandungi 7
buah rumah bawah tanah
 April 1915 SBUB menghantar 400
orang tentera menyerang kubu Antanom
 Pertempuran berlaku selama 6 minggu
 Antanomdan 400 orang Murut
terkorban dalam mempertahankan
Rundum
 Penentangan ini dikenali sebagai
“ Kebangkitan Rundum”.
iv. Kesan Penentangan
 SBUB mengenakan tindakan tegas
terhadap pengikut Antanom
 8 orang kanan Antanomdibuang daerah
ke Kudat
 Pengikut-pengikut yang lain menjadi
buruh paksa memasang kawat telegraf
dari Kimanis hingga ke Keningau
 SBUB mengarahkan orang Murut
bersumpah taat setia bagi mengelakkan
kebangkitan seterusnya
 Orang Murut berpindah ke pedalaman
Kalimantan sebagaitanda protes
terhadap SBUB.
7.10 -- Tok Janggut Pejuang Jihad
i. Latar Belakang
 Nama sebenarHaji Mat Hassan bin
Munas
 Dikenali sebagai Tok Janggut kerana
beliau menyimpan janggut hingga ke
paras dada.
 Dilahirkan tahun 1853 di Kampung
Jeram, Pasir Puteh , Kelantan
 Mendapat pendidikan pondok di
Kelantan dan Makkah
 Mahir dalam ilmu persilatan
 Menetap di Kampung Nering,Kelantan
 Bekerja sebagaipetani dan peniaga
ii. Faktor Penentangan
a. Peraturan Tanah
 Tok Janggut menentang peraturan
cukai tahun 1915 yang mewajibkan
petani membayar cukai tanah
b. Pengenalan Cukai Yang Membebankan
 Petani dikehendaki membayar
cukai seperti :
1. Cukai pokok kelapa berbuah
sebanyak3 sen sepokok
2. Pokok pinang 1 sen sepokok
3. Sirih 5 sen sejunjung
4. Kerbau dan lembu sebanyak
20 sen seekor
 Peraturan ini membebankan rakyat.
c. Perasaan anti- British
 Sentiment anti-British meningkat
apabila Britain menyerang kerajaan
Turki Uthmaniyah semasa Perang
Dunia I tahun 1914
 Kerajaan Turki Uthmaniyah
menyeru umat Islam di seluruh
dunia berjihad menentang penjajah
Barat
 Tok Janggut menyahut seruan
menentang British di Pasir Puteh.
d. Pembayaran Cukai yang Menyusahkan
 Penduduk tempatan menghadapi
masalah membayar cukai keranan
pejabat bayaran cukai terletak jauh
di Bandar
 Tok Janggut telah beberapa kali
pergi untukmembayar cukai tetapi
gagal
 Mereka yang gagal membayar
cukai akan ditangkap dan didenda
 Penduduk tempatan marah kepada
British kerana sikap biadap
pegawai British.
iii. Peristiwa Penentangan
a. 28 April 1915
 Pegawai Daerah Pasir Puteh
menghantarSarjan Che Wan untuk
menangkap Tok Janggut kerana
gagal membayar cukai
 Perbalahan berlaku menyebabkan
Sarjan Che Wan mati ditikam oleh
Tok Janggut.
b. 29 April 1915
 Tok Janggut ,Engkau Besar Jeram,
Penghulu Adam dan Che Sahak
Merbol mengetuai angkatan
melancarkan serangan ke atas Pasir
Puteh
 Mereka menduduki Pasir Puteh
selama 3 hari dan mengisytiharkan
Pasir Puteh bebas daripada
ancaman British
 Ungku Besar Jeram iaitu Tuan
Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir
Puteh
 Tok Janggut sebagai Perdana
Menteri.
c. 9 Mei 1915
 British menawarkan hadiah
sebanyak500 dolar kepada sesiapa
yang berjaya menangkap Tok
Janggut dan pemimpin kanannya.
d. 23 Mei 1915
 British membakar rumah Tok
Janggut dan pengikutnya kerana
enggan menyerah diri
 Tok Janggut bertindak balas
menyerang Pasir Puteh
e. 24 Mei 1915
 British menyerang Tok Janggut
yang berkubu di Kampung Dalam
Pupoh, Saring
 Tok Janggut terkorban
 Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir
Puteh dan Kota Bharu kemudian
digantung songsang diPadang
Balai Besar , Kota Bharu selama 4
jam
 Kemudian dikebumikan di Pasir
Pekan
iv. Kesan Penentangan
 Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban
sebagaipahlawan yang menentang
kuasa penjajah Barat
 Semangat juang mereka kebangaan kita
walaupun tewas di tangan British.
7.11 – Haji Abdul Rahman Limbong
Pejuang Tani
i. Latar Belakang
 Nama sebenarHaji Abdul Rahman
bin Haji Abdul Hamid
 Dikenali sebagai Haji Abdul Rahman
Limbong kerana beliau sering ke
Limbong , Kemaman untuk mengajar
agama
 Beliau berjuang untuk membela nasib
petani yang ditindas
 Perjuangannya dikenal sebagai
“ Kebangkitan Tani” di Terengganu.
ii. Faktor Penentangan
a. Pas Kebenaran yang Membebankan
 1921 diperkenalkan Peraturan
Tanah Baru
 Petani yang ingin membuka tanah
dan bercucuk tanam perlu
mendapatkan kebenaran dengan
bayaran 50 sen
 Peraturan yang sama jika
menebang pokok dan mengutip
hasil hutan sepertidaun nipah ,
buah salak, sagu , rotan dan daun
palas
 Membebankan hidup petani yang
sedia ada miskin
b. Penguatkuasaan Undang-Undang
Binatang Buas
 1923 diperkenalkan Undang-
Undang Kawalan Binatang Buas
yang melarang pendudukmemburu
binatang liar
 Sesiapa yang ingkar dikenakan
denda sebanyak500 dolar dan
senapang mereka akan dirampas
c. Peraturan Tanah Baru
 1924 peraturan tanah mewajibkan
pendudukmendaftar tanah mereka
dengan bayaran sebanyak2.50 sen
seorang
d. Pengaruh Pemimpin Agama
 Pemimpin agama berperanan
penting dalam kebangkitan anti-
British di Terengganu
 Haji Abdul Rahman Limbong
menegaskan “ tanah adalah hak
Allah dan rakyat bebas
mengerjakannya tanpa perlu
membayar cukai kepada kerajaan”
 Haji Musa Abdul Ghani
menyifatkan peraturan British
bertentangan dengan syariah Islam.
iii. Peristiwa Penentangan
Kebangkitan 1922
 Petani di Kuala Telemong menentang
peraturan baru dengan membersihkan
tanah tanpa mengambil pas kebenaran
 British menangkap 43 orang petani dan
mendakwa mereka di mahkamah
 Haji Abdul Rahman Limbong bertindak
sebagaipeguam
 British gagal mematahkan hujahnya
bahawa tanah adalah hak Allah dan
bukan hak negeri
 Mahkamah menerima hujah tersebut
dan membebaskan mereka
Kebangkitan 1925
 Seramai 300 – 500 orang petani
berkumpul di Kuala Telemong untuk
bercucuk tanam
 Mereka membersihkan 200 ekar tanah
milik Tengku Nik Maimunah dan 400
ekar tanah kerajaan
 Tindakan dilakukan kerana British akan
member konsesi tanah tersebut kepada
saudagar Cina
 British mendesak Sultan Sulaiman
supaya bertindak terhadap Haji Abdul
Rahman Limbong
 Haji Abdul Rahman Limbong
menjelaskan kepada sultan bahawa
pentadbiran British di daerah Kuala
Berang menindas rakyat.
Kebangkitan 1928
 British mengancam untukmengambil
tindakan undang-undang ke atas petani-
petani yang enggan membayar cukai
 Ini menyebabkan seramai 1000 orang
petani berhimpun di Marang, Kuala
Telemong dan Kuala Berang.
 Mereka mengisytiharkan perang
terhadap British
 Mereka menduduki balai polis dan
bangunan kerajaan di Kuala Berang
serta mengibarkan bendera merah
 British meminta bantuan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
 Pertempuran berlaku di Padang Kacong
iv. Kesan Penentangan
 Seramai 12 orang petani terkorban dan
semua pemimpin petani termasuk Haji
Abdul Rahman Limbong ditangkap
 1928 mereka dibicarakan di Kuala
Terangganu
 Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi
hukuman buang negeri ke Makkah atas
tuduhan menghasut dan mencetuskan
kebangkitan di Terengganu.

More Related Content

What's hot

Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Ginny Gouri
 
Dol Said Pahlawan Naning
Dol Said Pahlawan NaningDol Said Pahlawan Naning
Dol Said Pahlawan Naning
Intan Azureen
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
Yuvarani Subramaniam
 
Bab 2-ting-5 Sejarah SPM
Bab 2-ting-5 Sejarah SPMBab 2-ting-5 Sejarah SPM
Bab 2-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
Peristiwa penentangan pemimpin tempatanPeristiwa penentangan pemimpin tempatan
Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
Nurul Ain Kassim
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkorfiro HAR
 
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan britishKekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
isharsmiaa
 
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
lydiajayn
 
CARA PELUASAN KUASA DI Perak
CARA PELUASAN KUASA DI PerakCARA PELUASAN KUASA DI Perak
CARA PELUASAN KUASA DI Perak
smka wataniah machang, kelantan
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Ariff03
 
Hsm 216 british sbg kuasa tunggal
Hsm 216 british sbg kuasa tunggalHsm 216 british sbg kuasa tunggal
Hsm 216 british sbg kuasa tunggalSoulle Holic
 
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2Shamsuddin Frans
 
TOKOH KEMERDEKAAN.docx
TOKOH KEMERDEKAAN.docxTOKOH KEMERDEKAAN.docx
TOKOH KEMERDEKAAN.docx
ZairaZainiZamri
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarahfeeda79
 
Sejarah kertas 3 spm _t5 bab 2
Sejarah kertas 3 spm  _t5 bab 2Sejarah kertas 3 spm  _t5 bab 2
Sejarah kertas 3 spm _t5 bab 2
Nuramirah Aisyah A. Rahim
 

What's hot (18)

Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
 
Dol Said Pahlawan Naning
Dol Said Pahlawan NaningDol Said Pahlawan Naning
Dol Said Pahlawan Naning
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 
Bab 2-ting-5 Sejarah SPM
Bab 2-ting-5 Sejarah SPMBab 2-ting-5 Sejarah SPM
Bab 2-ting-5 Sejarah SPM
 
Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
Peristiwa penentangan pemimpin tempatanPeristiwa penentangan pemimpin tempatan
Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkor
 
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan britishKekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
 
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
 
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
 
CARA PELUASAN KUASA DI Perak
CARA PELUASAN KUASA DI PerakCARA PELUASAN KUASA DI Perak
CARA PELUASAN KUASA DI Perak
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
 
Bab 7 sejarah (rentap) 2
Bab 7 sejarah (rentap) 2Bab 7 sejarah (rentap) 2
Bab 7 sejarah (rentap) 2
 
Bab 2ting5
Bab 2ting5Bab 2ting5
Bab 2ting5
 
Hsm 216 british sbg kuasa tunggal
Hsm 216 british sbg kuasa tunggalHsm 216 british sbg kuasa tunggal
Hsm 216 british sbg kuasa tunggal
 
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
 
TOKOH KEMERDEKAAN.docx
TOKOH KEMERDEKAAN.docxTOKOH KEMERDEKAAN.docx
TOKOH KEMERDEKAAN.docx
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarah
 
Sejarah kertas 3 spm _t5 bab 2
Sejarah kertas 3 spm  _t5 bab 2Sejarah kertas 3 spm  _t5 bab 2
Sejarah kertas 3 spm _t5 bab 2
 

Viewers also liked

Nota Sejarah Tingkatan 2
Nota Sejarah Tingkatan 2Nota Sejarah Tingkatan 2
Nota Sejarah Tingkatan 2
smktsj2
 
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
Yang Shahrin Ab Aziz
 
Sejarah t2 b7
Sejarah t2 b7Sejarah t2 b7
Sejarah t2 b7
penyu63
 
Bab 7 notes (history)
Bab 7 notes (history)Bab 7 notes (history)
Bab 7 notes (history)JiaHxen
 
Tok janggut pejuang jihad
Tok janggut pejuang jihadTok janggut pejuang jihad
Tok janggut pejuang jihad
Sathya Nair
 
Tok Janggut Pejuang Jihad
Tok Janggut Pejuang JihadTok Janggut Pejuang Jihad
Tok Janggut Pejuang JihadIzzahNazri
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Tengku kudin
Tengku kudinTengku kudin
Tengku kudin
Tykah Toyu
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahamanSejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahamanhamdan che hassan
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedah
Alif Akram
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Alif Akram
 
Tok janggut
Tok janggutTok janggut
Tok janggut
Hariana Hashim
 
Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3
Uvarajan Malayan Prince
 
Bab 8 (Tingkatan 2) ~ Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martab...
Bab 8 (Tingkatan 2) ~ Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martab...Bab 8 (Tingkatan 2) ~ Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martab...
Bab 8 (Tingkatan 2) ~ Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martab...
Nur Rahifah Karim
 
Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 (Dol Said & Sharif Masahor)
Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 (Dol Said & Sharif Masahor)Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 (Dol Said & Sharif Masahor)
Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 (Dol Said & Sharif Masahor)
Aisyahtul Izzah
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab7
Sejarah Tingkatan 2: Bab7Sejarah Tingkatan 2: Bab7
Sejarah Tingkatan 2: Bab7
hamdan che hassan
 

Viewers also liked (17)

Nota Sejarah Tingkatan 2
Nota Sejarah Tingkatan 2Nota Sejarah Tingkatan 2
Nota Sejarah Tingkatan 2
 
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
 
Sejarah t2 b7
Sejarah t2 b7Sejarah t2 b7
Sejarah t2 b7
 
Bab 7 notes (history)
Bab 7 notes (history)Bab 7 notes (history)
Bab 7 notes (history)
 
Tok janggut pejuang jihad
Tok janggut pejuang jihadTok janggut pejuang jihad
Tok janggut pejuang jihad
 
Tok Janggut Pejuang Jihad
Tok Janggut Pejuang JihadTok Janggut Pejuang Jihad
Tok Janggut Pejuang Jihad
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Tengku kudin
Tengku kudinTengku kudin
Tengku kudin
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahamanSejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedah
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 
Tok janggut
Tok janggutTok janggut
Tok janggut
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3
 
Bab 8 (Tingkatan 2) ~ Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martab...
Bab 8 (Tingkatan 2) ~ Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martab...Bab 8 (Tingkatan 2) ~ Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martab...
Bab 8 (Tingkatan 2) ~ Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martab...
 
Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 (Dol Said & Sharif Masahor)
Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 (Dol Said & Sharif Masahor)Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 (Dol Said & Sharif Masahor)
Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 (Dol Said & Sharif Masahor)
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab7
Sejarah Tingkatan 2: Bab7Sejarah Tingkatan 2: Bab7
Sejarah Tingkatan 2: Bab7
 

Similar to sejarah Bab 7 form 2

PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
Muhammad Fateh
 
Sejarah bab 7
Sejarah bab 7Sejarah bab 7
Sejarah bab 7
aufaatifah
 
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
NursKitchen
 
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaantopik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
KuBadrinawatiKuBulat
 
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Ilyani Azmi
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia KeduaSEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Fasyah Tutor
 
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f8155809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
Huang Qi Shen
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkorfiro HAR
 
Bab 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT
Bab 2 TRANSFORMASI MASYARAKATBab 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT
Bab 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT
wan izzati
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarahfeeda79
 
Hist note form 5 chap 2
Hist note form 5 chap 2Hist note form 5 chap 2
Hist note form 5 chap 2far84
 
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakeduaT5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakeduaHidayati Husain
 
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakeduaT5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakeduaHidayati Husain
 
cara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johorcara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johor
smka wataniah machang, kelantan
 
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
MohdIszuanMohdLehan
 
Tingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjhTingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjh
Logeshvaran2
 
Modul latihan sej 5
Modul latihan sej 5Modul latihan sej 5
Modul latihan sej 5bla1364
 
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
Dg Suhaili
 
ASSESSMENT SEJ.pptx
ASSESSMENT SEJ.pptxASSESSMENT SEJ.pptx
ASSESSMENT SEJ.pptx
MOHDSHAHRILAMIZIBINA
 

Similar to sejarah Bab 7 form 2 (20)

PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANINGPERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
 
Sejarah bab 7
Sejarah bab 7Sejarah bab 7
Sejarah bab 7
 
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
 
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaantopik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
 
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia KeduaSEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
 
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f8155809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
 
Nota ringkas bab 2 ting 2
Nota ringkas bab 2 ting 2Nota ringkas bab 2 ting 2
Nota ringkas bab 2 ting 2
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkor
 
Bab 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT
Bab 2 TRANSFORMASI MASYARAKATBab 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT
Bab 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarah
 
Hist note form 5 chap 2
Hist note form 5 chap 2Hist note form 5 chap 2
Hist note form 5 chap 2
 
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakeduaT5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
 
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakeduaT5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
T5b206 nasionalismedimalaysiasehinggaperangduniakedua
 
cara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johorcara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johor
 
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
 
Tingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjhTingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjh
 
Modul latihan sej 5
Modul latihan sej 5Modul latihan sej 5
Modul latihan sej 5
 
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
Perluasan Kuasa Asing STPM Sem3
 
ASSESSMENT SEJ.pptx
ASSESSMENT SEJ.pptxASSESSMENT SEJ.pptx
ASSESSMENT SEJ.pptx
 

More from jenniferho0830

Zaman prasejarah di malaysia
Zaman prasejarah di malaysiaZaman prasejarah di malaysia
Zaman prasejarah di malaysia
jenniferho0830
 
Sejarah tingkatan 1 bab 1
Sejarah tingkatan 1 bab 1Sejarah tingkatan 1 bab 1
Sejarah tingkatan 1 bab 1
jenniferho0830
 
form 1 Pantun
form 1 Pantunform 1 Pantun
form 1 Pantun
jenniferho0830
 
sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2
jenniferho0830
 
sejarah Bab 6 form 2
sejarah Bab 6 form 2sejarah Bab 6 form 2
sejarah Bab 6 form 2
jenniferho0830
 
sejarah Bab 5 form 2
sejarah Bab 5 form 2sejarah Bab 5 form 2
sejarah Bab 5 form 2
jenniferho0830
 

More from jenniferho0830 (6)

Zaman prasejarah di malaysia
Zaman prasejarah di malaysiaZaman prasejarah di malaysia
Zaman prasejarah di malaysia
 
Sejarah tingkatan 1 bab 1
Sejarah tingkatan 1 bab 1Sejarah tingkatan 1 bab 1
Sejarah tingkatan 1 bab 1
 
form 1 Pantun
form 1 Pantunform 1 Pantun
form 1 Pantun
 
sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2
 
sejarah Bab 6 form 2
sejarah Bab 6 form 2sejarah Bab 6 form 2
sejarah Bab 6 form 2
 
sejarah Bab 5 form 2
sejarah Bab 5 form 2sejarah Bab 5 form 2
sejarah Bab 5 form 2
 

Recently uploaded

AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
SYARIFAHSHAIRAHBTSYE
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 

Recently uploaded (10)

AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 

sejarah Bab 7 form 2

  • 1. Bab 7--Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa  British campur tangan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menggugat sistem politik, ekonomi dan social penduduk tempatan.  Perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar hilang kuasa.  British memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan dan menindas rakyat.  Keadaan ini mencetuskan kebangkitan rakyat untukmenentang British  Ramai pejuang tanah air muncul seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol Said , Rentap , Sharif Masahor, Dato’ Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Antanom, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong.  Mereka memimpin rakyat berjuang dengan gigih demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air. 7.1 – Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah. i. Latar Belakang  Tahun 1821,seramai 7000 orang tentera Siam mengepung Kuala Kedah  Askar Siam memusnahkan rumah, merampas barang, menenggelamkan perahu dan menangkap tawanan untuk dibawa balik Siam sebagaihamba. ii. Faktor Penentangan  Penjajahan Siam yang kejam menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan bersatu dengan Sultan untuk mengembalikan kedaulatan Kedah.  Tentangan hebat rakyat Kedah ini dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin.  Dibantu oleh Tunku Abdullah , Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad  Perjuangan ini disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama sepertiSyeikh Abdul Kadir.  Perjuangan orang Melayu Kedah menentang Siam telah dikhianati oelh British.  British telah bersubahat dengan Siam untuk melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah.  Contoh : British telah menghantar kapal perang untukmembantu Siam mengepuung Kedah. iii. Peristiwa Penentangan  1823,Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana British membantu Siam.  1831,Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka  British menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah.  Tindakan British itu menyebabkan Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar  Tunku Kudin telah terkorban  1836, Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam melalui Bruas di Perak.  British berjaya mengesan gerakan ini dan Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap  1838, kebangkitan menentang Siam di Kedah telah dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad.  Tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla.  Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British. iv. Kesan Penentangan  Semangat juang rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah.  Sultan Kedah menghantar puteranya (Tunku Daei) ke Bangkok untuk berunding
  • 2.  1842,Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahamd Tajuddin  Wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah. 7.2 – Dol Said Pahlawan Naning i. Latar Belakang  Daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka  Penghulu Naning ialah Dato’ Naning Abdul Said yang dikenali sebagaiDol Said.  Pusat pentadbiran terletak di Taboh.  Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan,sirih dan bijih timah.  1831,Dol Said telah bangkit menentang British. ii. Faktor Penentangan a. Mempertahankan Kemerdekaan Naning  1824,British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris- Belanda  Dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British  British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka.  British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka.  Dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning. b. Menentang Pelaksanaan Undang- Undang British  British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said.  Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah.  1828, Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning.  Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British c. Menentang Bayaran Cukai  Melalui Undang-Undang 1830 ,British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian.  Arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar setahun. iii. Peristiwa Penentangan 15 julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka. British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wylie untuk menyerangnya. British berjaya ditewaskan Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong , Johol dan Muar. Turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Sha’aban British sedarNaning sukar dikalahkan British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untukmenyerang Naning Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning. British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning Pakatan Brtitish dan Rembau berjaya mengalahkan Naning Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah pendudukNaning dibakar Dol Said berundur ke Seri Menantidan akhirnya menyerah diri kepada British. iv. Kesan Penentangan British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka.
  • 3. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka. British kerugian sebanyak100000 paun sterling Walaupun orang Naning digagal dalam perang tetapi berjya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa Melayu 7.3 – Rentap Wira Sarawak : Agi Idup Agi Ngelaban i. Latar Belakang Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak. Dilahirkan tahun 1800 Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud “ penggoncang dunia” Rentap juga digelar “Raja Darat” Merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. ii. Faktor Penentangan Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untukmengawasi pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap. iii. Peristiwa Penentangan 1853,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh. Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban 1854,James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap. Pengikut Rentap berundurke Bukit Sadok dan membina kubu. Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu pendudukIban dan digelar “Raja Ulu” 1857,James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh. Tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal. Kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah “Bawalah semua meriam kamu dari Eropah,kami tidak takut kepada kamu orang Eropah” 1863,James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas. James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap. James Brooke menggunakan meriam “Bujang Sadok” untuk menentang Rentap. Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi “Bujang Timbang” untuk menentang pasukan Brooke. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia. iv. Kesan Penentangan Kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap.
  • 4. 7.4 – Sharif Masahor Wira sarawak i. Latar Belakang Pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang. Berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang. Dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein dari Brunei Berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang. ii. Faktor Penentangan James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei Kewibawaan Sharif Masahortergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagaiwakil British dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor. Sharif Masahormenentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya. iii. Peristiwa Penentangan 1855,Sharif Masahormengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke. James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahordi Sarikei. Sharif Masahormarah dengan tindakan James Brooke Sharif Masahorberpakat dengan Datu Petinggi AbdulGhapur dari Kuching untuk mengusir keluar James Brooke dari Sarawak. 1859,pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit Peristiwan ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak. 1860,Sharif Masahor,Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke. Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di Betawi. Pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong. Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahorditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya terbunuh. Sharif Masahorberundurke Mukah 1861,James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor Sharif Masahordibuang negeri ke Singapura. iv. Kesan Penentangan Walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke tidal pernah berakhir Pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar 1931 ,bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit. 7.5 – Dato ’ Maharaja Lel a Pejuang Kebanggaan Perak i. Latar Belakang Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak. November 1874,Perak menerima Residen British iaitu J.W.W. Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch,sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak. ii. Faktor Penentangan a. Mengambil Hak Mengutip Cukai  24 Julai 1875,Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan
  • 5. British mengambil hak mengutip cukai.  Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani  Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor. b. MencabarKetuanan Melayu  Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak.  2 Oktober 1875,Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British  Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen  Residen berkuasa melantik hakim,mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu. c. Memperkenalkan Cukai Baru  Birch bertindak sesuka hati  Birch memperkenalkan cukai baru seperti 1. Cukai padi 2. Cukai perahu atap 3. Cukai senjata 4. Bayaran permit untuk membalak  Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin. d. Mencabuli Adat Resam  Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu  Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya. iii. Peristiwa Penentangan Raja Abdullah , Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian sebatang Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch Dato’Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’Sagor ,Pandak Indut dan Sepuntummenawarkan diri untuk membunuhnya Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak 2 November 1875,Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British Dato ‘ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun 7 November 1875,pertempuran berlaku di Bandar Tua Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong. iv. Kesan Penentangan 1877,Dato’ Maharaja Lela , Dato’ Sagor, Pandak Indut dan sepuntumdihukum gantung sampai mati di Matang,Perak Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi Raja Ismail dibuang negeri ke Johor British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasan penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi symbol kepahlawanan orang Melayu. 7.6 – Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti i. Latar Belakang  Nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin  Dilantik sebagaiYamtuan Seri Menanti pada tahun 1875
  • 6.  Wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar , Gunung Pasir dan Jempol. ii. Faktor Penentangan  Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British  Tindakan Dato’ Kelana mengeruhkan hubungan antara mereka berdua.  Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato’Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong  Hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah runcing apabila Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.  Dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti.  Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J. Murray menghantar tentera dan juruukur untuk membuat siasatan  Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah.  Berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran  Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin , pendudukRembau , Jelebu dan johol  Disember 1875,pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ  British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri- Negeri Selat  Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor. iii. Kesan Penentangan  Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British  Mei 1876,Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu William Jervois.  Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti  Tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato’ Siamang Gagap.  Rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan. 7.7 – Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang i. Latar Belakang  Nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh  Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan  Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.  Dilantik sebagaipembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera.  Dato’ Bahaman tidak mengiftiraf pemerintahan British di Pahang. ii. Faktor Penentangan a. Hilang Hak Mengutip Cukai  Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh  Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh b. Pembinaan Balai Polis  Pegawai British iaitu E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’Bahaman  Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius  Dato’ Bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.
  • 7. c. Perlucutan Gelaran  Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagaipenderhaka kerana enggan mematuhi arahan British  British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan  Tindakan British memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang. iii. Peristiwa Penentangan  16 Disember 1891,British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran  Tindakan British itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua  Peristiwa ini mencetuskan perang  26 Disember 1891,Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi  Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura  Januari 1892,British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang  Pasukan tentera dinamakan “ Gerakan Sultan” yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan  British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10000 butir peluru  Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong  Mac 1892 ,British sekali lagi menyerang Lubuk Terua  Pejuang Pahang berundurke Kelantan dan Terengganu  Di Terengganu ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British  14 Jun 1894,Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai  Dato’ Bahaman , Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan  Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang. iv. Kesan Penentangan  Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British  Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotism oleh pahlawan Pahang  Kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 – 1894.  British terpaksa menanggung hutang yang banyak.  Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut. 7.8 – Mat Salleh Menyanggah SBUB i. Latar Belakang  Nama sebenarDatu Mohammad Salleh bin Datu Batu  Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut  Berketurunan Bajau dan Suluk  Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang  Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan diSabah. ii. Faktor Penentangan a. Perjuangan Jihad  Kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Sepanyol. b. Peraturan Yang Membebankan  SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lessen perahu yang membebankan rakyat. c. Percubaan Berunding Gagal  Ogos 1895,Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan
  • 8. untuk menenmui Gabenor Beaufort , C.V.Creagh  Tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan  Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan. d. Perkampungan di Bakar  Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB  SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampong Mat Salleh  SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang Berjaya menangkap Mat Salleh iii. Peristiwa Penentangan  Julai 1897,Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya  November 1897,Mat Salleh menyerang Ambong  William Cowie,Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalu menawarkan perdamaian dan pengampunan kepadanya  April 1898 rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal  Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan  Penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula  Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan  Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB  SBUB tidak menepati janji sebaliknya tahun 1899 SBUB mengambil alih pentadbiran di Tambunan  Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskab penentangan dengan membina kubu di Kampung Teboh , Tambunan  SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran  Januari 1900 SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh  Mat Salleh terkorban. iv. Kesan Penentangan  Perjuangan diteruskan oleh pengikut Mat Salleh sepertiMat Sator dan Kamunta  Julai 1902 British Berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya. 7.9 – Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar i. Latar Belakang  Nama sebenarOntoros anak lelaki Antanom  Ketua kaum Murut di Rundum  Dilahirkan tahun 1875  Ketika berusia 30 tahun Antanomtelah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya. ii. Faktor Penentangan a. Melarang Membuka Tanah Baru  SBUB melarang mereka membuka tanah baru  Merasakan hak mereka diceroboh  Akibatnya mereka kekurangan beras b. Mengenakan Cukai Yang Membebankan  SBUB mengenakan palbagai cukai yang membebankan seperti : 1. Cukai kepala 1 dolar setiap orang 2. Cukai tanaman pindah sebanyak50 sen setiapekar 3. Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen 4. Cukai tangkapan ikan besar 5. Cukai memelihara anjing sebanyak1 dolar seekor. c. Menjadi Buruh Paksa  Orang Murut dijadikan buruh paksa  Tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum.
  • 9. d. Menzalimi Keluarga  Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai  Mereka dikenakan 1 dolar setiap kali berkunjung  Jika mereka mempunyai 2 orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa e. Menceroboh Kawasan Hutan  SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan  Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan menganggu roh nenek moyang mereka. iii. Peristiwa Penentangan  Antanommenyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka  Februari 1915 Antanim menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan  Mac 1915 Antanommemimpin kira- kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan Berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB  Kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang  Antanommembina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah  April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom  Pertempuran berlaku selama 6 minggu  Antanomdan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum  Penentangan ini dikenali sebagai “ Kebangkitan Rundum”. iv. Kesan Penentangan  SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom  8 orang kanan Antanomdibuang daerah ke Kudat  Pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau  SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya  Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagaitanda protes terhadap SBUB. 7.10 -- Tok Janggut Pejuang Jihad i. Latar Belakang  Nama sebenarHaji Mat Hassan bin Munas  Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada.  Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh , Kelantan  Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah  Mahir dalam ilmu persilatan  Menetap di Kampung Nering,Kelantan  Bekerja sebagaipetani dan peniaga ii. Faktor Penentangan a. Peraturan Tanah  Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah b. Pengenalan Cukai Yang Membebankan  Petani dikehendaki membayar cukai seperti : 1. Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak3 sen sepokok 2. Pokok pinang 1 sen sepokok 3. Sirih 5 sen sejunjung 4. Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor  Peraturan ini membebankan rakyat. c. Perasaan anti- British  Sentiment anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914  Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah Barat  Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh.
  • 10. d. Pembayaran Cukai yang Menyusahkan  Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai keranan pejabat bayaran cukai terletak jauh di Bandar  Tok Janggut telah beberapa kali pergi untukmembayar cukai tetapi gagal  Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda  Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadap pegawai British. iii. Peristiwa Penentangan a. 28 April 1915  Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantarSarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai  Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut. b. 29 April 1915  Tok Janggut ,Engkau Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh  Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British  Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh  Tok Janggut sebagai Perdana Menteri. c. 9 Mei 1915  British menawarkan hadiah sebanyak500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya. d. 23 Mei 1915  British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri  Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh e. 24 Mei 1915  British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupoh, Saring  Tok Janggut terkorban  Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang diPadang Balai Besar , Kota Bharu selama 4 jam  Kemudian dikebumikan di Pasir Pekan iv. Kesan Penentangan  Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagaipahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat  Semangat juang mereka kebangaan kita walaupun tewas di tangan British. 7.11 – Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani i. Latar Belakang  Nama sebenarHaji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid  Dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong , Kemaman untuk mengajar agama  Beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas  Perjuangannya dikenal sebagai “ Kebangkitan Tani” di Terengganu. ii. Faktor Penentangan a. Pas Kebenaran yang Membebankan  1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru  Petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan kebenaran dengan bayaran 50 sen  Peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan sepertidaun nipah , buah salak, sagu , rotan dan daun palas  Membebankan hidup petani yang sedia ada miskin
  • 11. b. Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas  1923 diperkenalkan Undang- Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang pendudukmemburu binatang liar  Sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak500 dolar dan senapang mereka akan dirampas c. Peraturan Tanah Baru  1924 peraturan tanah mewajibkan pendudukmendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak2.50 sen seorang d. Pengaruh Pemimpin Agama  Pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti- British di Terengganu  Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan “ tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan”  Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam. iii. Peristiwa Penentangan Kebangkitan 1922  Petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran  British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah  Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagaipeguam  British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri  Mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka Kebangkitan 1925  Seramai 300 – 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam  Mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan  Tindakan dilakukan kerana British akan member konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina  British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong  Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah Kuala Berang menindas rakyat. Kebangkitan 1928  British mengancam untukmengambil tindakan undang-undang ke atas petani- petani yang enggan membayar cukai  Ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang.  Mereka mengisytiharkan perang terhadap British  Mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera merah  British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu  Pertempuran berlaku di Padang Kacong iv. Kesan Penentangan  Seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap  1928 mereka dibicarakan di Kuala Terangganu  Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut dan mencetuskan kebangkitan di Terengganu.