Sajak ini menceritakan tentang kesunyian dan kesengsaraan hidup seseorang di dalam penjara. Penyair merasa sangat sedih kerana terpaksa hidup terkurung di balik palang besi penjara tanpa kebebasan. Dahulu dia bahagia namun kini hidup dalam kesakitan dan kesepian di dalam penjara. Sajak ini mengajar tentang keredhaan menerima hukuman, menghargai kebebasan, dan insaf terhadap kesalahan
2. Senja mula menangis
Remang membongkar sendu
Mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya
Berlari dicelah jambangan bunga dedawai
Menari Mengikat ramah kekosongan
Dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.
Pilu wajahmu sang senja
Yang dulu melakar bahagia
Kini merayap sayu membelai jemari malam
Dalam keterbuangan yang merangkum
Dalam keterasingan yang mencengkam
Dalam kesakitan yang membungkam.
Tanpa pasir pantai atau silir angin
Rentet susun bibir palang besi dingin itu
Menjerut resah berteleku dalam hening
Bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
Menghantar pergi erti keriuhan
Jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
Bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
Hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.
4. MAKSUD SETIAP RANGKAP
RANGKAP 1:
Penyajak berasa sangat sedih dan
menyesal apabila tinggal di dalam
penjara kerana beliau hanya dapat
melihat melalui celah-celah tirai besi
penjara.
5. RANGKAP 2:
Sebelum ini, penyajak begitu bahagia dan kini
bertukar sayu tatkala terpaksa hidup di dalam
penjara yang menyakitkan.
RANGKAP 3:
Suasana penjara yang sunyi, dipagari dengan
palang besi, tiada tilam yang selesa dan
pendingin hawa menyebabkan jiwanya
semakin sunyi. Penyajak sedar bahawa inilah
hukuman yang terpaksa ditempuhi.
6. PERSOALAN
Keredhaan seorang penjenayah
menjalani hukuman penjara.
Kehidupan yang bebas membawa
erti kebahagiaan.
Insaf dengan perbuatan yang telah
dilakukan sebelum ini.
7. GAYA BAHASA
ANAFORA
• dalam keterasingan yang mencengkam
• dalam kesakitan yang membungkam.
SINKOPE
• Pilu wajahmu sang senja
8. INVERSI
• Pilu wajahmu sang senja
ASONANSI
• Tanpa pasir pantai atau silir angin
RIMA AKHIR
• Baris 1: abcdef
• Baris 2: aabcbb
• Baris 3: abcddedd
10. PENGAJARAN
KEREDHAAN
Kita hendaklah redha menempuhi segala ujian dan
cabaran yang diberikan.
KEBEBASAN
Kita haruslah bersyukur dengan kebebasan yang
diberikan dan menghargainya dengan baik.
KEINSAFAN
Kita mestilah insaf dengan kesalahan yang telah
dilakukan .