SlideShare a Scribd company logo
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
RESEPI BBQ DAN GRILL
Siri Panduan Mudah Memasak
Volume 1 - 2016
Nota Penafian: Segala isi kadungan didalam buku ini adalah secara telus serta
untuk dijadikan sebagai rujukan kepada umum. Tiada liabiliti terhadap tuntuan
kerosakan serta kehilangan akan diterima yang menyebabkan kecederaan serta
kerugian atas sebab mengikuti arahan-arahan didalam buku ini.
Edisi ini dipublikasikan secara “On-line” di Malaysia pada 2016 oleh:
Pohon Cherry Grill Enterprise
Sungai Petani Kedah, Malaysia
©Rijal Abd Shukor 2016-02-02
Hak untuk dikenalpasti sebagai penulis buku ini adalah dimiliki oleh Rijal Abd
Shukor dan di rujuk kepada Copyright, Design, and pattern Act, 1988.
Hak cipta terpelihara:
Tiada bahagian didalam buku ini boleh dicetak semula, dipindahkan atas mana-
mana bentuk, atau disimpan didalam sistem-sistem tanpa mendapat persetujuan
penerbit sepertimana di benarkan oleh pihak Pohon Cherry Grill Enterprise.
Terima kasih kepada Alurda Media Studio untuk foto-foto yang disediakan dan
Hidayah Design House untuk rekaan kulit buku ini.
Kod penerbitan “On-Line”: PCG-0000001-2016RAS
Volume 1 - 2016
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
Pengenalan…………………………………………………………………………………..
Jenis-jenis Protein…………………………………………………………………………
Mengenal Herba Serta Teknik Perapan…………………………………………..
Resepi 1: Sos Dan Gravy………………………………………………………………..
Resepi 2: Kambing Golek Mediterranean……………………………………….
Resepi 3: Kambing Grill Tuscany…………………………………………………….
Resepi 4: Daging Lembu Bakar Bulgogi (Korea)……………………………..
Resepi 5: Ayam Grill Terrayaki (Jepun)…………………………………………..
Resepi 6: Puyuh Bakar Tradisional…………………………………………………
Resepi 7: Kebab (Shish Kebob)……………………………………………………….
Volume 1 - 2016
Resepi 8: Ikan Bakar Sumbat………………………………………………………..
Resepi 9: Ikan Kukus Grill…………………………………………………………….
Resepi 10: Kombo Makanan Laut (Cajun Style)…………………………….
Resepi 11: Ayam Piru Grill Essoueria…………………………………………….
Resepi 12: Sosej Herba Gril (Homemade)……………………………………..
Resepi 13: Pasta Gril Ratatuille……………………………………………………..
Resepi 14: Sup Kambing Marhaen…………………………………………………
Resepi 15: Sayur Gril Kombo………………………………………………………….
Resepi 16: Buah-Buahan Gril (Pencuci Mulut)……………………………….
Resepi 17: Roti Keju Gril (Grilled Cheese Panini)…………………………….
Resepi 18: Coleslaw dan Salad Buah-Buahan Tropika……………………..
Volume 1 - 2016
Resepi 19: Kentang Putar Berkeju…………………………………………………
Resepi 20: Sorbet (Ais) Lemon dan Jus Kalamansi Asam Boi…………..
Resepi Bonus…………………………………………………………………………………
Penutup…………………………………………………………………………………………
Volume 1 - 2016
PENGENALAN
Salam kasih untuk para pembaca.
"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah
jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya."
Berkat dari pengalaman serta pembelajaran berterusan, Alhamdulillah terhasillah naskah ini
untuk dijadikan rujukan serta ilmu yang bermanfaat kepada pembaca semua. Diharapkan agar
naskah ini dapat mengubah persepsi kita tentang pemakanan kita serta pilihan kita untuk
memasak hidangan yang berkhasiat untuk diri sendiri serta keluarga mahupun kenalan kita.
20 resepi utama ditambah pula dengan 3 resepi bonus khas untuk para pembaca sekalian.
Berbahagialah semasa membaca dan mempelajari resepi-resepi tersebut. Mulakan dengan
Bismillah dan amalkan bersalawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. semasa memasak.
Semoga berkat dan bermanfaat untuk semua. In Shaa allah.
Selamat mencuba.
Volume 1 - 2016
Jenis-jenis Protein
Untuk sesuatu majlis BBQ dan Grill yang akan anda lakukan, anda pasti akan menyediakan
sesuatu juadah yang menarik serta enak untuk tetamu-tetamu anda. Pemilihan jenis protein
yang sesuai adalah amat penting bagi memenuhi citarasa para hadirin semua. Mari kita kenali
jenis-jenis protein yang selalu atau boleh kita gunakan untuk majlis yang akan kita adakan.
a- Daging Lembu
1. BRAHMAN ialah lembu yang berwarna putih kepala agak kehitaman dan bertengkuk besar, bukan
yang berwarna coklat/merah seperti yang kita fikir selama ini. Berasal dari india, namun banyak dibiak
bakakan di Amerika Syarikat. Baka jantan mempunyai berat maksimum 800kg dan betina 550kg.
2. LIMOUSINE: merupakan keturunan lembu Eropah yang dibiak bakakan di Perancis, lembu jenis ini
banyak di gunakan untuk pawah di negara2 Asia seperti Malaysia untuk tujuan penggemukan, harganya
mahal karena pertumbuhan badanya boleh mencapai 1,1kg perhari.
Volume 1 - 2016
3. CHAROLAIS: lembu jenis ini juga dibiak bakakan di negara Perancis, warna bulunya putih perak dan
merupakan jenis paling besar di negara tersebut. Pertumbuhan badannya perhari boleh mencapai 1,3kg.
4. HEREFORD: lembu jenis ini juga merupakan baka keturunan Eropa yang dikembangkan di United
Kingdom, berat lembu jantan rata-rata 900kg dan betinanya 725kg.
5. SHORTHORN: lembu jenis ini sama dengan hereford dan juga dibiak bakakan di negara United
Kingdom. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 850kg.
Volume 1 - 2016
6. SIMMENTAL: lembu ini berasal dari lembah Simme di Switzerland, tetapi banyak dibiak bakakan di
Australia dan Selandia Baru. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 800kg.
7. ABERDEN ANGUS: lembu jenis berasal dari negara Scotland. Lembu jantan rata-rata 900kg dan
betina 700kg.
8. BRANGUS: lembu ini adalah persilangan(kacukan) betina Brahman dan pejantan Aberden Angus.
Volume 1 - 2016
9. SANTA GERTRUDIS: lembu ini adalah hasil persilangan (kacukan) antara pejantan Brahman dan
betina shorthorn. Dibiak bakakan pertama kali di King Ranch Texas Amerika Syarikat pada tahun 1943.
Lembu jantan rata-rata 900kg dan betina 725kg.
10. DROUGHMASTER: merupakan persilangan (kacukan) antara betina brahman dan pejantan
shorthorn, dibiak bakakan di Australia.
Daging Lembu Batang Pinang (Beef Tenderloin)
Volume 1 - 2016
Daging Lembu Primier Wagyu/Kobe beef
Pengeluaran setahun amat dihadkan kepada 3,000 ekor sahaja bagi menjaga mutu serta
keinukan daging wagyu ini. Pemakanan Hop atau rempah yang digunakan untuk membuat bir
telah diamalkan untuk menjadikan isi daging ini lebih berlemak serta enak berbanding daging
lembu yang lain. Setiap “carcass” wagyu akan disertakan dengan sijil disahkan mutu serta lokasi
oleh panel yang diwatikahkan oleh negara Jepun. Harga untuk sekilo daging jenis Wagyu ini
mungkin akan mencecah sehingga puluhan ribu ringgit bergantung kepada kualiti “Marbling”
daging tersebut.
Sijil Wagyu Beef dari Jepun
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
b- Daging Kambing
1. Kambing Biri-biri/Dorper (Lamb/Sheep) Tempatan
Biri-biri merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Biri-biri tempatan di
Malaysia hanya terdapat di Kelantan dalam 2 jenis. Satu jenis mempunyai bulu yang lembut dan
halus dan mempunyai telinga kecil, sementara sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar dan
keras, dan telinga biasa. Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding yang diimpot daripada Hong
Kong, Singapura atau Bangkok, dan juga tidak menyerupai biri-biri di Burma dan India.
Biri-biri yang terdapat di Kelantan tidak diketahui asalnya, mungkin mampu ditentukan dengan
kajian DNA. Bagaimanapun, biri-biri tersebut telah menyesuaikan diri dengan kawasan
tempatan di Kelantan, Patani dan sebahagian Terengganu. Ia tidak terdapat di negeri-negeri
lain di Malaysia.
{W.A Graham ( 1905 ) " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " , diterbitkan oleh James
Maclehose and Sons, Glasgow (1908) - Chapter XIII : Live Stock, page 85 ~ 86 rujukan.
Termasuk biri-biri tempatan, terdapat tiga kumpulan biri-biri:
1. Biri-biri tempatan (MALIN);
2. Jenis eksotik (asal dari luar negeri);
1. Dorset
2. Wiltshire
3. Romney
4. Suffolk
5. Corriedale
6. Border Leicester
3. Kacukan-kacukan di atas
Volume 1 - 2016
2. Kambing Kampong/Katjang (Kacang)
Ciri-ciri:-
 Asal dari Malaysia dan Indonesia.
 Badan yang kecil dan pendek
 Tanduk melentur ke atas dan ke belakang.
 Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina.
 Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
 Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60 cm
 Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok
putih di kaki atau badan.
 Kelahiran kembar .
 Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
3. Kambing Boer
Ciri ciri kambing boer:
 Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
 Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
 Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
 Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine
dan beratus ratus baka yang lain
 Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk
persekitaran dan cuaca
Volume 1 - 2016
 Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American
Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini,
pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan
potensi yang besar untuk berkembang.
4. Kambing Jamnapari/Ettawah
Ciri-ciri:-
 Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang
 Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,
 Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna
campuran hitam dan kekuningan.
5. Mutton (Biri-biri Tua) & Lamb (Biri-Biri Muda) Import Sejuk Beku
Volume 1 - 2016
Potongan Daging Kambing
Volume 1 - 2016
c- Ayam
1. Ayam Pedaging
Ayam yang biasa kita dapati dipasar-pasar tani, kedai-kedai runcit serta pasaraya-pasaraya di
Malaysia. Isinya lembut serta sedikit berlemak. Anda boleh memilih untuk menggunakan
bahagian-bahagian seperti paha, sayap atau dada sahaja untuk majlis BBQ anda ataupun boleh
menggunakan kesemua bahagian dengan memanggang seekor ayam.
2. Ayam Kampong
Ayam kampong yang terdapat di Malaysia agak kurus serta tinggi berbanding ayam pedaging.
Isinya lebih kenyal serta kurang berlemak. Untuk memasaknya perlulah kita melembutkan
dahulu isinya agar apabila digrill, isinya akan lebih mudah dikunyah serta lembut. Ayam jenis
kampong ini dikatakan amat berkhasiat jika dikonsumsi secara berterusan.
Volume 1 - 2016
3. Ayam Belanda (Turkey)
Ayam belanda mempunyai isi yang agak manis serta banyak. Kelembutan isinya serta rasa
aroma daging ayam belanda memang boleh membuatkan kita ingin makan lagi dan lagi.
4. Ayam Selasih/Cemani
Ayam ini dagingnya bewarna hitam pekat. Rasanya mungkin agak serupa seperti ayam
kampong. Tetapi dari segi prubatan, ianya amat baik untuk tubuh badan kita.
Volume 1 - 2016
d- Protein-Protein Lain
Burung
Puyuh Burung Unta
Itik Merpati
Volume 1 - 2016
Rusa
Arnab
Volume 1 - 2016
Ikan
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
Udang
Ketam
Volume 1 - 2016
Udang Kara (Lobster)
Sayur-Sayuran
Volume 1 - 2016
MENGENAL HERBA SERTA TEKNIK PERAPAN
Untuk menjadikan anda seorang yang bijak memasak Grill dan BBQ, anda perlulah tahu tentang
kepelbagaian teknik serta cara untuk memerap bahan-bahan seperti daging lembu, ayam,
daging kambing atau sayur-sayuran serta buah-buahan. Rasa asas kepada bahan-bahan
tersebut amat penting untuk menaikkan keinginan tetamu-tetamu anda untuk menikmati
juadah yang anda sediakan.
Rasa asas ini bergantung kepada pemilihan herba serta teknik perapan yang anda pilih. Pada
bab ini, mari kita pelajari tentang teknik-teknik perapan serta jenis-jenis herba yang boleh anda
gunakan untuk memerap bahan-bahan BBQ anda. Anda juga boleh memilih samada untuk
memerap secara tradisional Malaysiana ataupun secara antarabangsa.
TEKNIK PERAPAN
Secara amnya, apa yang anda harus tahu tentang memasak secara BBQ atu Grill ini adalah
kuasai teknik perapan. Hasil daripada teknik0teknik asas ini akan memahirkan anda untuk
mencipta menu-menu rahsia anda sendiri suatu masa nanti. Pada asasnya, terdapat enam
teknik perapan yang anda harus tahu. Diantaranya adalah Perapan Kering (Dry-Rub), Perapan
Basah (Oil Based/Water Based), Perapan Kukus, Perapan Rebus (broiling), Perapan Rendam
Sejuk (Braining) dan Perapan Tumis.
- Perapan Kering (Dry-Rub) – Herba Kering
Perapan kering bermaksud, anda menggunakan herba-herba kering yang telah dikisar untuk
jadikan satu kombinasi perisa yang unik untuk bahan-bahan BBQ anda. Diantara herba sas yang
digunakan adalah cili kering, kunyit, halia, Halapeno kering, Daun Parsley, Daun Coriander,
Oregano, Serbuk Bawang Putih, Serbuk Bawang Merah, Jintan Manis, Bunga Cengkih, Buah
Pala, Rosemary, Basel, Lada Hitam, Thyme, Lada Putih, Kucai dan banyak lagi. Cara
penggunaannya adalah dengan menyapu herba-herba tersebut pada bahan-bahan BBQ seperti
daging atau sayur-sayuran kesemua permukaannya. Jangan lupa untuk mengurut bahan
tersebut supaya ianya menyerap kedalam daging atau sayuran tersebut.
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
- Perapan Basah (Oil Based/Water Based) – Herba Segar
Perapan Basah pula adalah dimana kita menggunakan herba-herba segar seperti Daun Parsley,
Daun Rosemary, Serai atau Halia segar yang mana kita kisarkannya. Hasil daripada kombinasi
tersebut ianya akan membentuk satu jenis perapan berasaskan air atau kita juga boleh
menambahkan minyak seperti minyak zaitun, minyak Mustard, minyak canola, atau minyak
Mazola untuk menambahkan lagi perisa rempah tersebut. Terdapat juga produk-produk
perapan yang dijual dipasaraya tempatan yang boleh diguna jika anda rasa malas untuk
mengisar bahan-bahan tersebut sendiri. Cara yang sama kita boleh gunakan untuk memerap
daging atau sayuran kita, iaitu dengan menyapu rempah tersebut pada kesemua bahagian
daging atau sayuran serta mengurut kesemua bahagian supaya rasanya menyerap.
Volume 1 - 2016
- Perapan Kukus (Kukus & Grill)
Mengukus selalunya berkaitan dengan ayam. Dimana anda perlu menyediakan herba-herba
perapan didalam periuk kukus tersebut dan memasukkan ayam kedalam periuk tersebut.
Pastikan segala rempah perisanya cukup dan sedap sebelum mula mengukus. Wap panas
berperisa tersebut akan menyerap kedalam isi ayam tersebut. Teknik ini akan membuatkan
ayam kita akan lebih lembut dan mengubah tekstur isi ayam tersebut menjadi lebih longgar.
Selepas beberapa minit atau jam di kukus, keluarkan ayam tersebut dari periuk kukus dan boleh
mula menggrilkannya samada di dalam ketuhar atau diatas api. Anda juga boleh mencuba
teknik ini keatas daging lembu atau daging kambing, tetapi mungkin tempoh masa kukusan
akan berbeza dari ayam.
Volume 1 - 2016
- Perapan Rebus (Broiling)
Teknik merebus ini digunakan untuk melembutkan isi daging atau ayam dimana daging atau
ayam tersebut akan dimasukan kedalam periuk berisi air yang telah di campurkan bersama
herba serta bahan perisa. Ianya akan direbus selama beberapa minit dari sepuluh minit ke satu
jam. Apabila hasil rebusan tersebut dilihat telah agak lembut serta diresapi oleh bahan-bahan
rempah herba, maka anda bolehlah keluarkannya dan mula grilkan diatas api atau didalam
ketuhar. Teknik ini agak sama dengan teknik mengukus Cuma kaedahnya sahaja agak berlainan.
Ianya amat sesuai untuk memasak potongan daging yang agak kecil. Dimana masa yang diambil
agak singkat. Selain itu, anda juga boleh terus menggunakan belanga (Skillet) didalam oven.
Apabila semua cecair kering, proses gril pula akan bermula.
Volume 1 - 2016
- Perapan Rendam Sejuk (Brining)
Apakah Kaedah Rendaman ini?
Ianya adalah teknik perapan berasakan garam yang menambah kelembapan kepada daging,
ikan atau ayam yang mempunyai kecenderungan untuk kering di panggangan. Bergantung
kepada bahan-bahan, air garam juga boleh memberikan rasa unik. Teknik ini terbaik digunakan
untuk memerap Ayam, daging lembu, daging kambing, ikan yang kenyal seperti ikan keli atau
ikan salmon. Cara-cara perapan:
1. Rebus 2 liter air.
2. Masukkan 1 cawan garam kasar dan 1 cawan gula perang gelap dan padamkan api. Tambah
baki air dan biarkan sejuk ke suhu bilik. Sedikit Cuka juga boleh ditambah untuk menaikkan lagi
perisa protein anda.
3. Tambah protein anda serta herba-herba yang anda ingini, pastikan ia ditutup sepenuhnya
dengan kedap, dan sejukkan dengan ais atau didalam peti sejuk. Sekeping kecil daging ideal
diperap dengan air garam dalam masa 30 minit; ayam belanda keseluruhan boleh rendam
selama 12 hingga 24 jam. protein anda siap untuk di grill apabila ianya nampak berisi dan padat.
Tetapi berhati-hati, terlalu lama merendam boleh menyebabkan daging anda menjadi terlalu
masin.
Volume 1 - 2016
- Perapan Tumis
Menumis Herba serta bahan-bahan perapan adalah merupakan satu cara untuk meningkatkan
mutu dan rasa protein yang akan anda perap. Tekstur serta campuran herba kan menjadi lebih
intensif lagi apabila dipanaskan. Dengan itu apabila protein anda atau sayuran anda diperap,
ianya akan menjadikan perisa nya lebih tajam serta menarik. Cara mudah untuk sediakannya
adalah dengan menumis bahan-bahan asas seperti bawang putih, bawang merah, halia didalam
minyak dahulu untuk menaikkan aromanya. Selepas itu anda perlu masukkan bahan-bahan
herba yang lainnya. Untuk beberapa ketika sehingga pecah minyak. Selepas itu, padamkan api
dan biarkannya sejuk. Apabila sudah sejuk, anda bolehlah memerap protein atau sayuran anda
dengan menggunakan tumisan perapan tersebut. Lebihan tumisan bolehlah anda simpan untuk
kegunaan masa depan atau dihadiahkan kepada jiran-jiran anda.
Volume 1 - 2016
JENIS-JENIS HERBA DAN REMPAH ASAS PERAPAN
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
Diatas adalah antara jenis-jenis Cili/Cabai yang boleh digunakan untuk menambah kepedasan serta
perisa kepada BBQ & Grill anda. Selain itu, versi serbuk juga yang selalu digunakan adalah seperti
cayenne, paprika dan cipotle. Masing-masing mempunyai rasa serta aroma tersendiri yang boleh
membuatkan kelainan pada masakan anda.
Volume 1 - 2016
PENAMBAH PERISA
Rasa yang enak bermula dari hati sebenarnya. Walaupun lidah memainkan peranan penting,
deria rasa kita hanyalah satu alat untuk membuat hati kita merasai keenakan sesuatu makanan.
Minda kita juga akan menjadi tenang apabila hati kita senang pada keenakan makanan yang
kita makan. Sebagai seoarang yang menyediakan makanan, kita haruslah memasak dari hati.
Berselawat selalu serta berzikir juga dapat menenangkan kita selain daripada membuat kan kita
focus terhadap penyediaan makanan kita. Bermula dari situ, kita In Shaa Allah akan mencipta
sesuatu makanan yang baik untuk kita serta baik untuk tetamu kita.
Fokus pada bahan-bahan penambah perisa yang kita masukkan seperti garam, gula, cuka dan
lain-lain dapat membuatkan hasil akahir juadah yang kita sediakan menjadi seimbang dari segi
rasa serta akan menjadi unik kepada tetamu kita. Yakin pada diri kita sentiasa harus ada semasa
kita menyediakan juadah.
Dari suatu sudut lain pula, penggunaan penambah perisa semulajadi dan juga yang telah
diproses juga dapat membantu kita membuatkan makanan yang kita sediakan menjadi lebih
enak. Contoh perisa semulajadi adalah seperti garam, gula, dan asam jawa. Manakala kicap
soya, MSG, Ajinomoto perencah Hilal adalah antara penambah perisa yang telah diproses.
Namu harus kita ingat bahawa bahan perise yangtelah diproses ini mungkin akan mempunyai
kesan sampingan kepada kesihatan kita apabila digunakan secara tidak terkawal.
Volume 1 - 2016
TEMPOH IDEAL MASA PERAPAN
Pemerapan yang efektif akan memakan masa dari 10 minit sehingga ke 48 jam. Pada asasnya,
teknik atau kaedah perapan yang kita guna amat memainkan peranan yang penting bagi
menentukan tempoh masa pemerapan protein atau sayuran kita tersebut. Selain daripada itu,
pemilihan jenis protein atau sayuran juga menentukan tempoh masa yang sesuai untu proses
perapan. Apa yang perlu kita tahu, adalah secara asasnya protein yang mempunyai isi yang
kenyal selalunya akan mengambil masa yang lebih panjang baginya untuk diresapi bahan-bahan
herba perapan. Bagi sayuran pula, masa yang diperlukan adalah dari 10 minit ke 2 jam sahaja.
Volume 1 - 2016
TEKNIK MEMBAKAR (BBQ & GRILL)
Grill Ketuhar Grill Kuali Leper (Pan Grill)
BBQ atas api
Salai (Smooking)
Volume 1 - 2016
Grill dan Sapu (Glazing/Rubbing)
Grill Batu Panas (Hot Stone Grill)
Volume 1 - 2016
RESEPI POHON CHERRY GRILL
Resepi 1: Sos dan Gravy
Sebagai penambah seri dan juga penyedap rasa sesuatu jenis makan BBQ dan Grill, sos ataupun
Gravy memainkan peranan yang amat penting didalam sesebuah hidangan. Selain ianya
menambah perisa, ia juga dapat meningkatkan lagi rasa aroma protein yang kita gunakan.
Berikut adalah beberapa jenis sos serta gravy yang dapat anda pelajari.
1. Sos Perang (Brown Sauce)
Masa Penyediaan : 30 minit
Masa Memasak : 30 minit
Masa Diperlukan : 1 jam
Ideal Hidangan : 4-6 hidangan
Bahan-Bahan
4 biji bawang putih dan 1 biji bawang besar
2 sudu besar tepung gandum atau tepung jagung
1/2 kiub ayam atau 4 cawan stok air rebusan daging lembu/kambing/ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar2
50 gram Gula Merah
1 sudu besar mentega
Volume 1 - 2016
Cara Penyediaan:
panas kan mentega sampai cair dan masuk kan bawang, goreng sampai wangi.
masukkan lada hitam, masukkan tepung gandum/jagung kacau cepat2 untuk jadikannya
“Roux”. Selepas itu masukkan air dan kacau agar ianya tidak bergentel. Perlahan-lahan
masukkan stok air rebusan protein dan masukkan kiub ayam, kacau sehingga sebati. Akhir
sekali, masuk kan sos tiram, kicap manis dan serbuk lada hitam. Biarkan ia mendidih sebentar
sehingga sos tersebut agak pekat, kacau agar tidak berketul atau hangit.
Sebagai pilihan, anda juga boleh menggunakan serbuk Sos Perang yang terdapat dipasaran jika
saiz tetamu yang anda jemput melebihi 20 orang. Ini kerana ianya akan menjimatkan masa
anda serta anda boleh menumpukan kepada perkara-perkara lain. Anda boleh menyediakan 10
liter sos dalam masa 5 minit. Tetapi anda boleh menjadikannya unik dengan mengubah serta
menambah beberapa ramuan seperti gula merah, bawang putih, cendawan atau lebihkan lada
hitam agar sedikit pedas. Satu kilogram serbuk Perang selalunya dapat menghasilkan sebanyak
10 liter sos. Bahan-bahan yang terdapat didalam sesuatu produk serbuk perang adalah seperti:
Tepung Gandum, Lemak Sayuran, Garam Halus, Tepung Jagung, Serbuk Tomato, MSG
(Monosodium Glutamate), Serbuk Bawang, Gula, Serbuk Karamel, Rempah Ratus, Perasa
Tiruan, Gum Guar, dan Maltodextrin.
Volume 1 - 2016
2. Sos Unggu (Purple Sauce)
Masa Penyediaan : 10 minit
Masa Memasak : 15 minit
Masa Diperlukan : 25 minit
Ideal Hidangan : 20-50 hidangan
Bahan-Bahan:
½ biji kobis Merah
1 biji kobis Cameron (Besar-2 kilogram)
3 iji bawang besar
10 ulas bawang putih
60ml cuka makan
100ml Mayonis
100gram gula pasir
30gram garam
250ml air
Cara Penyediaan:
Cara untuk menyediakan Sos Unggu ini amat mudah sekali. Bagi anda yang baru berjinak-jinak
untuk menjadi seorang tukang masak ataupun hanya untuk memasak dirumah, kaedahnya
terlalu mudah bagi anda lakukan. Untuk pengetahuan anda, warna unggu yang dihasilkan pada
sos tersebut adalah berpunca daripada kobis merah yang kita gunakan. Kobis merah adalah
salah satu sayuran anti-kanser yang terbaik jika kita konsumsi dengan kekerapan yang tinggi.
Volume 1 - 2016
Untuk memulakan, anda perlu memotong secara kasar bahan-bahan yang akan kita gunakan
bagi memudahkan mesin pengisar mengisar bahan-bahan tersebut. Masukkan Kobis merah,
bawang besar, bawang putih dan air kedalam pengisar. Kisar sehingga halus dan sebati. Selepas
itu, masukkan sedikit demi sedikit kobis Cameron dan kisarkannya. Apabila kita Nampak semua
bahan tersebut telah sebati serta halus, masukkan cuka, gula dan garam lalu kisarkan semua
nya sekali lagi sehingga sebati dan halus. Sesudah anda dapati semuanya sebati, masukkan
mayonis kedalam pengisar dan kisarkan sehingga semua bahan sebati. Warna unggu pekat akan
bertukar menjadi seakan-akan merah jambu. Tuangkan kedalam bekas untuk disimpan didalam
peti sejuk untuk beberapa ketika. Sos Unggu ini akan menjadi lebih sedap apabila dihidangkan
dalam keadaan sejuk bersama-sama protein yang telah anda grill.
Volume 1 - 2016
3. Sos Pesto Hijau (Pesto sauce)
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 15 minit
Masa Diperlukan : 35 minit
Ideal Hidangan : 20-50 hidangan
Bahan-Bahan:
15 ulas bawang putih
5 ulas bawang besar
600 gram daun sup / daun bayam / daun selasih
10 biji chili hijau besar
5 biji chili hijau pedas (Cabai Melaka)
200 gram gula putih
100 gram garam
10 gram lada hitam
200 ml cuka makan
20 ml air
500 ml minyak (zaitun/bunga matahari/sawit)
*Setiap jenis daun yang digunakan akan mempunyai rasa yang unik masing-masing. Oleh itu,
anda bolehlah memilihnya mengikut citarasa anda sendiri.
*Jika anda ingin rasa yang lebih segar, anda boleh memilih untuk menambahkan sedikit daun
mint (mentos) kedalam ramuan tersebut. Tetapi anda perlulah dapat mengagak sukatan yang
anda perlukan agar sos pesto anda tidak akan menjadi terlalu pahit akibat lebihan daun mint
yang anda masukkan tadi.
*Kreativiti anda amatlah penting untuk menghasilkan sos pesto yang unik bagi anda.
Volume 1 - 2016
Cara Penyediaan:
Kupas dan basuh bawang, daun-daun serta chili hingga bersih. Toskan biarkan ianya kering.
Sediakan mesin pengisar. Masukkan bawang, daun, chili dan air. Kisarkan sehingga hancur.
Apabila agak hancur, masukkan cuka gula lada hitam seta minyak zaitun dan kisarkan lagi agar
sebati. Anda boleh memilih untuk membiarkan sos tersebut menjadi halus atau sedikit kasar.
Kemudian masukkan minyak secara aliran serta sambal kisarkan bahan-bahan tersebut biar
sebati. Beberapa ketika kemudian, anda akan meperolehi hasilnya. Tambahkan garam secukup
rasa agar ianya tidak terlalu masin atau tidak terlalau tawar. Sos pesto sesuai dimakan bersama
pelbagai jenis masakan BBQ & Grill.
Volume 1 - 2016
4. Sos Krim Cendawan (Cream of Mushroom sauce)
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 25 minit
Masa Diperlukan : 45 minit
Ideal Hidangan : 2-5 hidangan
Bahan-bahan :
1⁄4 cawan mentega (Butter) 1⁄4 cawan tepung gandum/jagung
1⁄4 sudu kecil garam & Gula 1⁄8 sudu kecil serbuk lada hitam
200 Gram Cendawan Button atau Abalone 100 gram keju lembut (Cream Cheese)
1 ulas bawang putih kisar/hancur 1 cawan Susu Segar atau Susu UHT
*Anda juga boleh gunakan krim (double cream) masakan.
Volume 1 - 2016
Cara2 penyediaan:
Didihkan susu didalam periuk sehingga agak panas dan masukkan bawang putih hancur mentega
keju dan lada hitam. Biarkan seketika sambal dikacau hingga sebati. Masukkan cendawan pilihan
anda kedalam didihan tersebut biarkan ianya masak selama 10 minit. Sementara itu larutkan tepung
didalam bekas lain. Masukkan gula serta garam secukup rasa. Akhir sekali apabila anda telah berpuas
hati dengan rasa sos tersebut, masukkan larutan tepun untuk memekatkan sos anda tadi.
Sos ini amat sesuai dimakan bersama makanan bergoreng seperti “Chicken chop”, Fish & Chip,
bebola daging dan juga protein-protein yang kita bakar.
Volume 1 - 2016
5. Sos Lada Hitam (Black Paper Sauce)
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 45 minit
Masa Diperlukan : 65 minit
Ideal Hidangan : 20-50 hidangan
Bahan-bahan:
10 – 15 biji ubi kentang 10 ulas bawang putih
3 biji bawang besar 100 gram serbuk lada hitam
10 gram lada hitam kasar 100 gram mentega
100 gram gula merah 50 gram garam
1 liter air 50 ml kicap
50 ml sos tiram
*Tepung jagung atau tepung gandum juga boleh digunakan untuk memekatkan lagi sos bagi
menggantikan ubi kentang tersebut.
Volume 1 - 2016
Cara penyediaan:
Basuh ubi kentang bersih dan kupas bawang dan cuci bersih. Ubi kentang anda boleh digunakan
bersama kulitnya atau anda boleh kupaskan kulitnya. Kulit ubi kentang juga amat berkhasiat
bagi system badan anda. Masukkan semua ubi kentang bersama bawang putih dan merah
kedalam periuk dan masukkan air. Didihkan kesemuanya sehingga kentang menjadi lembut. Ia
mungkin memakan masa sehingga 45 minit. Kemudian masukkan lada hitam, garam serta gula
secukup rasa. Tambahkan kicap untuk menaikkan warna gelap sos lada hitam anda. Tambahkan
sos tiram untuk menambahbaik rasa sos. Padamkam api. Kemudian, masukkan kesemua bahan
kedalam mesin pengisar anda dan kisarkan sehingga halus. Jika anda mempunya pengisar
tangan adalah lebih memudahkan anda. Kisar sehingga semuanya sebati dan masukkan
mentega untuk menaikkan kelicinan sos lada hitam anda. Dah siap? Sekarang anda boleh
nikmatinya bersama-sama makanan yang anda gemari.
Volume 1 - 2016
6. Sos Mole (Molay) Cokelat Hitam
(Dark Chocolate Mole/Mole Negro)
Volume 1 - 2016
Masa Penyediaan : 25 minit
Masa Memasak : 60 minit
Masa Diperlukan : 85 minit
Ideal Hidangan : 2-5 hidangan
Bahan-bahan:
 8 cili guajillo
 8 cili pasilla kering
 2 cili ancho kering
 2 kilogram tomato
 1/4 cawan mentega cair (Clarified butter)
 1 biji bawang besar
 8 ulas bawang putih
 1 sudu serbuk kayu manis (ground cinnamon)
 1 sudu daun Oreganio Mexico kering (Mexican oregano)
 1/4 cawan kacang atau mentega kacang tawar (unsweetened peanut butter)
 1 bunga cengkih (Clove)
 1/4 cawan tepung jagung halus (Masa Harina)
 1 sudu serbuk cokelat hitam (dark cocoa powder)
 1/4 sudu daun Thyme kering (dried thyme)
 1/4 sudu biji jintan manis (anise seeds)
 3 lada hitam (peppercorns)
 100 gram gula dan garam secukup rasa
 4 cawan air rebusan ayam (chicken broth)
Cili Guajillo / Cabai Kering Cili Pasilla/Jalapeno Cili Ancho
Volume 1 - 2016
Cara penyediaan:
Sediakan cili kering dengan memotong tangkal yang masih terdapat pada cili tersebut.
Kemudian, potong cili tersebut untuk membukanya. Bijinya akan dengan sendirinya terkeluar
dari kulit apabila kita memotong dan membuka isi cili tersebut. Jika masih terdapat biji yang
melekat didalamnya, gunakan jari anda untuk mengikis lebihan biji tersebut keluar. Setelah
membuang biji, masukkan semua cili tersebut kedalam belanga yang panas atau separa panas
untuk menyangai/goreng selama 3 ke 4 minit. Padamkan api untuk mengelakkannya dari
hangus. Jika ianya hangus, kita tidak boleh lagi menggunakannya kerana ianya akan
menyebabkan rasa hanggus tersebut menyerap kedalam Mole kita nanti. Selepas menyangai cili
tadi, letakkan semuanya kedalam mangkuk dan tutup bersama air panas. Kita perlu merendam
cili tersebut selama 20 hingga 30 minitbergantung kepada ketebalan cili-cili tersebut Gunakan
camca untuk menekan cili-cili yang terapung agar ianya dapat menyerap air. Selepas ianya telah
kembang dan menyerap air, toskan dan letakkan disebelah buat sementara waktu. Untuk
sesetengah resepi, anda boleh terus gunakan cili yang telah kembang tersebut. Anda boleh
cincang serta tambahkan sesuka hati anda. Tetapi anda sepatutnya memerlukan satu lagi
langkah untuk penyediaannya. Secara tradisinya, cili yang telah kembang akan dikisar halus
menggunakan batu pengisar sebelum dimasukkan kedalam masakan. Tetapi masa telah
berlalau dan alatan moden seperti mesin pengisar electric telah mengambilalih fungsi batu
tersebut. Anda perlu tambahkan sedikit cecair kedalam mesin pengisar tersebut serta mesin
sehingga betul-betul halus. Jenis cecair adalah bergantung kepada jenis masakan yang akan
anda sediakan. Untuk kegunaan umum, air kosong adalah memadai. Jika anda ingin sos
berdasarkan cuka makanan, masukkan cuka tersebut mengikut sukatan yang betul. Ini adalah
penting agar masakan anda nanti tidak akan menjadi terlalu masam atau pahit.
Kisarkan cili tersebut dan gunakan untuk masakan mengikut sukatan yang sesuai. Bagi
memudahkan cara, masukkan perisa seperti gula dan garam semasa anda mengisar cili anda
tadi. Masukkan beberapa ulas bawang putih untuk mempercepatkan kerja memasak anda
nanti.
Volume 1 - 2016
Sediakan bawang besar dengan mengupas kulit luarnya, kerat empat dan basuhkannya.
Gunakan camca untuk mengeluarkan biji tomato dan anda boleh tanam biji tersebut untuk
kegunaan masa depan.
Panaskan mentega didalam kuali yang besar. Masukkan bawang besar, bawang putih dan
masak sehingga bawang menjadi lembut dan jernih. Gunakan mesin pengisar untuk hancurkan
kekacang serta kemudiannya masukkan daun oregano, kayu manis, jintan manis, lada hitam,
thyme dan bunga cengkih serta kisarkan bersama tomato tadi. Kisarkan sehingga halus dan
licin. Kemudiannya masukkan bawang besar, cili hijau dan bawang putih. Seterusnya kisar
sehingga halus.
Masukkan air rebusan ayam serta bahan-bahan yang telah anda kisar tadi bersama 200 gram
serbuk cokelat hitam dan panaskan serta kacau sehingga sebati.
Adukkan kesemuanya sehingga ketulan-ketulan tadi bercampur serta sebati. Masukkan
bancuhan masa harina (Tepung Jagung) ¼ cawan bersama air rebusan ayam dan kacau cepat-
cepat sehingga kesemuanya sebati. Selepas itu, biarkan ianya mendidih selama 1 jam dengan
api yang perlahan. Jangan lupa tutupkan kuali tersebut. Selepas 1 jam, buka penutup
tersebut dan masakkan lagi sehingga anda berpuas hati dengan kepekatan sos tersebut.
Setelah selesai memasak sos mole negro anda tadi, anda bolehlah menikmatinya bersama
masakan-masakan BBQ anda atau bersama makanan-makanan lain yang anda gemari.
Volume 1 - 2016
7. Sos Tomato
Masa Penyediaan : 15 minit
Masa Memasak : 30 minit
Masa Diperlukan : 45 minit
Ideal Hidangan : 2-5 hidangan
Bahan-bahan:
1 1/4 (32 oz.) tomato dalam tin atau tomato segar
6 oz. pes tomato
1 sudu garam kasam
1 sudu lada hitam
1 labu bawang putih
1 sudu minyak zaitun
Daun basil, thyme, oregano, gula secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Jika menggunakan tomato segar, potong batangnya dan rebuskan agar ianya lembut.
2. Kisarkan kesemuanya (bersama bahan-bahan lain) sehingga halus.
3. Dah siap. Masukkan kedalam bekas untuk disimpan bagi kegunaan nanti.
Volume 1 - 2016
8. Sos Salsa Latino
Masa Penyediaan : 15 minit
Masa Memasak : 30 minit
Masa Diperlukan : 45 minit
Ideal Hidangan : 2-5 hidangan
Bahan-bahan:
1 sudu minyak zaitun
2 bawang merah potong halus
1 ubi karot potong halus
1 labu bawang putih hancurkan
1 hirisan kulit lemon (lemon zest) potong halus
1 biji tomato dikupas dan dipotong dadau kecil
1/3 cawan cuka makan
½ sudu tepu8ng jagung
½ cawan air atau air rebusan ayam
Secubit serbuk jintan manis (cumin seed)
Secubit daun thyme (serbuk)
Lada Hitam
2/3 cawan buah zaitun dipotong kasar tanpa biji
Garam dan gula secukup rasa
Volume 1 - 2016
Cara penyediannya:
Panaskan minyak didalam belanga dan masukkan bawang merah, karot dan bawang putih serta
masak sehingga lembut. Masa diperlukan sekitar 3 minit sahaja. Masukkan kulit lemon serta
tomato dan masak selama 3 minit. Masukkan cuka dan kacau. Adukkan tepung jagung didalam
air atau air rebusan ayam sehingga sebati dan masukkan kedalam belanga bersama jintan,
thyme serta lada hitam. Masak dan kacau selama lebih kurang 2 minit dan biarkan ianya
mendidih juga selama lebih kurang 2 minit. Tutup dan biarkan pada api perlahan sehingga
semuanya manjadi lembut. Selepas lebih kurang 20 minit, kacau bahan-bahan tersebut lagi biar
ianya sebati. Tambahkan buah zaitun tadi dan biarkan selama 5 minit. Rasa dan tambahkan
garam serta gula secukup rasa. Sekarang anda telah siapkan sos anda tadi. Anda bolehlah
gunakannya untuk makan bersama makan kegemaran anda.
Salsa juga boleh dibuat tanpa memasaknya. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memotong
bahan-bahan yang anda perlukan dan gaulkannya bersama cuka makanan serta jus limau.
Untuk perisa, anda juga boleh menambahkan gula serta garam secukup rasa.
Volume 1 - 2016
Resepi 2: Kambing Golek Mediterranean
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 120 minit
Masa Diperlukan : 140 minit
Ideal Hidangan : 25-70 hidangan
Bahan-bahan:
Seekor Kambing (Import Frozen/Tempatan Segar) 15kg-25kg. Pelbagai jenis kambing yang anda
boleh pilih untuk dijadikan kambing golek. Tetapi cuba pastikan kambing anda mudah untuk
diuruskan. Ini kerana lagi besar kambing yang anda akan golek, bermakna anda akan
memerlukan bantuan untuk menguruskannya. Untuk kambing import pula, pastikan sijil halal
disahkan oleh pihak yang berwajib.
Volume 1 - 2016
Perapan
Untuk memerap seekor kambing, anda memerlukan kuantiti sukatan bahan-bahan untuk
memerap sekurang-kurangnya ¼ dari saiz kambing. Ini untuk memastikan keseluruhan kambing
anda nanti akan diselimuti oleh herba-herba pemerap dan akan memudahkan anda untuk
menyimpannya walaupun tanpa dimasukkan kedalam peti ais.
Bagi kambing bersaiz 16kg-25kg
20 labu bawang putih dipotong nipis
500 gram daun sup/Parsley di potong kasar
300 gram pes asam jawa
5 labu bawang putih, 10 biji bawang besar dan 100 gram daun sup di kisar halus menjadi pes
200 gram Serbuk Cili merah
200 gram serbuk lada hitam
300 gram Gula merah kasar
100 gram daun Rosemary dipotong kasar
250 liter minyak zaitun
Gula dan Garam secukup rasa
Anda juga boleh menggunakan penambah perisa seperti Hilal atau knorr bagi menaikkan lagi
rasa kesedapan kambing golek anda.
Alatan yang diperlukan
Anda memerlukan beberapa alatan untuk membantu anda memerap dan menggolak kambing
anda nanti. Pastikan anda ada sekurang-kurangnya sebuah periuk bersaiz diameter 36’ (inchi)
ataupun lebih bagi meletakkan kambing anda nanti. Inin amat penting apabila anda sudah
selesai memerap nanti untuk anda simpan kambing tersebut. Pemerapan selalunya lebih ideal
jika dibiarkan selama antara 24jam ke 48 jam. Ini akan membolehkan perapan masuk kedalam
isi kambing golek anda denagn lebih dalam.
Volume 1 - 2016
Satu lagi alatan yang perlu untuk membakar kambing golek adalak sebuat set BBQ yang
mempunyai tiang seperti gambar dibawah.
Cara penyediaannya:
Pastikan anda telah mencuci kambing anda dengan bersih. Letakkan kambing tersebut di dalam
periuk besar anda tadi. Gunakan tisu atau kain bersih untuk keringkan kambing tersebut.
Sesudah agak kering. Prosesnya adalah seperti berikut:
1. Sapukan pes asam jawa keseluruhan badan kambing dan biarkan selama 2 minit.
2. Sapukan serbuk cili, serbuk lada dan gulamerah ke keseluruhan badan kambing luar dan
dalam. Biarkan selama 2 minit.
Volume 1 - 2016
3. Cucuk badan kambing dan masukkan hirisan bawang putih, potongan daun sup/parsley dan
daun rosemary kedalam lubang-lubang yang anda telah buat. Contoh seperti gambar dibawah.
4. Sapukan garam dan gula pada keseluruhan badan kambing tadi.
5. Tuangkan pes kisar bawang putih, bawang besar dan daun sup tadi dan urut badan kambing
anda kesemua bahagian. Ianya amat penting untuk pastikan rasa masuk menyerap ke semua
tempat.
6. Tuangkan minyak zaitun dan lumurkan kesemua tempat.
7. Sediakan ais didalam plastic-plastik bersaiz sederhana sebanyak 5 ketul.
8. Masukkan ais tersebut kedalam periuk dan letakkannya dibawah badan kambing yang telah
anda perap tadi.
9. Tutupkan periuk dengan tudung dan gunakan “Salotape” untuk tutup lubang-lubang yang
ada pada periuk anda. Letakkan sesuatu yang berat untuk pastikan tudung periuk anda rapat
Volume 1 - 2016
dan kedap. Biarkan perapan tersebut selama 24 jam atau sehingga 48 jam sebelum anda
menggolaknya.
10. Dah sedia untuk digolek.
Daging yang sudah diperap, selalunya telah 40% masakisinya, dan anda sepatutnya tidak terlalu
lama membakar kambing tersebut. Ianya penting untuk jadikan isi kambing anda masih
mempunyai air atau jusnya. Disamping kerangupan luaran, isi yang berjus juga akan
membuatkan kambing golek anda lebih manis dan sedap.
Volume 1 - 2016
Resepi 3: Kambing Grill Tuscany
Masa Penyediaan : 40 minit
Masa Memasak : 50 minit
Masa Diperlukan : 90 minit
Ideal Hidangan : 5-15 hidangan
*Anda boleh memilih untuk menggunakan samada lamb atau mutton.
Volume 1 - 2016
Bahan-bahan:
3 kilogram kambing dipotong nipis (Bahagian Bahu atau rusuk)
200gram asam jawa
200gram daun sup/parsley
10 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
100gram gula putih
50gram garam
50grm serbuk lada hitam
150gram gula merah
50ml Dijon mustard
150ml cuka makan
Cara penyediaannya:
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk membersihkan daging kambing tadi.
Cuci dan buangkan lebihan darah beku yang masih terdapat di isi kambing tersebut. Seterusnya,
anda perlu rendamkan daging tersebut kedalam air asam jawa selama lebih kurang 30 minit.
Pastikan kesemua isi daging tersebut berada didalam air asam jawa tersebut. Selain
membersihkan serta menghilangkan bau hamis, asam jawa tersebut juga berfungsi sebagai
penambah perisa kemasaman kepada kambing anda nanti.
Selepas 30 minit, and perlu sediakan daun sup, bawang putih berkulit, bawang besardan dikisar
bersama-sama dengan cuka, gula putih, garam secukup rasa serta serbuk lada hitam.
Kisarkannya sehingga sebati. Tetapi biarkan sedikit ketulan bawang untuk menaikkan
aromanya.
Toskan air rendaman asam jawa tadi dan keringkan daging kambing anda buat seketika. Setelah
agak kering, masukkan gula merah dan urutkan kesemua bahagian kambing tadi. Selepas itu,
sapukan mustard ke semua bahagian kambing anda. Pastikan diurut dan diratakan. Biarkan
Volume 1 - 2016
seketika untuk bahan-bahan tadi menyerap masuk. Selepas beberapa minit, tuangkan bahan-
bahan yang anda telah kisar tadi kedalam bekas berisi daging kambing anda tadi. Biarkannya
sekurang-kurangnya selama 1 ke 3 jam sebelum anda mula membakar daging tersebut. Ianya
perlu untuk membolehkan perasa rempah dan herba tadi masuk hingga kedalam isi kambing
anda. Untuk rasa yang lebih bagus, anda boleh perapkan daging kambing tadi selama 24 jam ke
48 jam.
Untuk rasa yang terbaik, jangan digrilkan terlalu lama diatas api hingga isi terlalu kering.
Pastikan masih ada sedikit jus daging terdapat didalam isinya. Jus tersebut akan membuatkan
rasa kambing lebih sedap.
Volume 1 - 2016
Resepi 4: Daging Bakar Bulgogi (Korea)
Masa Penyediaan : 120 minit
Masa Memasak : 15 minit
Masa Diperlukan : 115 minit
Ideal Hidangan : 3-5 hidangan
Bahan-bahan:
600 gram daging lembu (dihiris nipis) 1 biji bawang besar (kuning)
1 biji lobak merah 6 sudu besar kicap soya masin (kipas udang)
3 sudu besar gula atau madu lebah 1 sudu besar cuka makan
3 sudu besar jus pear (lai) yang dikisar setelah dikupas kulit
1 1/2 sudu besar bawang putih yang dicincang
1 sudu besar halia yang dicincang lumat (ditumbuk lagi bagus)
1 sudu besar minyak bijan atau minya conola
Secukup rasa serbuk lada hitam
100 gram daun sup/parsley dipotong kecil-kecil
3 sudu besar daun bawang yang dihiris nipis
1 sudu besar biji bijan
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Daging lembu yang kita akan gunakan haruslah dipotong nipis-nipis lebih kurang sepanjang 4 ke
5 inchi. Setelah dibersihkan, masukkan kesemuanya kedalam sebuah bekas dan campurkan
kesemua bahan-bahan perapan dan gaulkannya. Kecuali bawang besar dan lobak merah. Rasa
bahan-bahan perapan, jika masih ada kekurangan, biolehlah ditambahkan agar menepati
citarasa anda.
Perapkan daging tersebut selama sekurang-kurangnya 2 jam hingga ke 24 jam untuk rasa yang
maksima. Setelah itu, potong bawang besar seperti biasa dan lobak merah secara memanjang.
Dan potong daun bawang dan campurkan kedalam daging tadi.
Setelah beberapa ketika, anda bolehlah terus grilkan daging tersebut dan boleh dihidangkan
bersama-sama dengan roti tortilla atupun nasi putih.
Nota:
* Jika anda ingi menggunakan daging ayam sebagai ganti daging lembu, anda boleh
menggunakan perapan yang sama. Anda boleh menambahkan halia yang telah dikisar sebanyak
½ sudu. Pastikan ayam anda tersebut telah dibuang tulang-tulangnya dan dihiris memanjang
seperti daging lembu tadi.
Volume 1 - 2016
Resepi 5: Ayam Grill Terrayaki (Jepun)
Masa Penyediaan : 120 minit
Masa Memasak : 15 minit
Masa Diperlukan : 115 minit
Ideal Hidangan : 3-5 hidangan
Bahan-bahan:
600 gram isi ayam / Dada ayam 1 cawan kicap manis
1 cawan air ¼ cawan sos tiram / worchestershire
¾ cawan gula putih 3 sudu cuka makan
3 sudu minyak sayuran 1/3 cawan bawang kering
2 sudu serbuk bawang putih 1 sudu halia kisar
½ sudu serbuk kayu manis ½ sudu serbuk cili
½ sudu serbuk jintan manis Garam secukup rasa
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Ayam yang anda gunakan adalah lebih baik di buang tulangnya terlebih dahulu dan dibersihkan.
Setelah bersih, masukkan kesemuanya kedalam sebuah bekas dan masukkan semua bahan-
bahan perapan tadi kedalamnya. Urut isi ayam tadi dan gaulkan nya sehingga meresap.
Pastikan semua bahagian ayam dilumurkan dengan perapan anda tadi.
Setelah selesai, masukkan ayam yang telah diperap tadi kedalam peti sejuk untuk diperap
diantara 2 jam sehingga 24 jam. Setelah itu, anda boleh gunakan “Grill Pan” atau pun BBQ
untuk memasak ayam terrayaki anda tersebut. Semasa memasak, anda boleh sambil
menyapukan (Glazing) bahan perapan anda keatas ayam bagi menambahkan perisa. Setelah
selesai memasak, anda boleh menyangai biji bijan dan taburkan diatas ayam terrayaki anda
untuk hiasan.
Volume 1 - 2016
Resepi 6: Puyuh Bakar Tradisional
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 35 minit
Masa Diperlukan : 55 minit
Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
Volume 1 - 2016
Bahan-bahan:
10 ekor burung puyuh 3 sudu serbuk kunyit
3 sudu serbuk lada hitam 3 sudu gula merah
3 sudu halia kisar 3 sudu bawang putih kisar
3 sudu minyak sayuran 1 batang serai yang dikisar halus
3 ulas bawang besar yang dikisar Garam secukup rasa
Cara penyediaannya:
Walaupun isinya tidak sebanyak ayam, tetapi rasa isi puyuh amatlah enak jika diperap serta
digrill dengan betul. Seeloknya pemerapan dilakukan sehari lebih awal bagi meningkatkan
penyerapan rasa herba kedalam isi puyuh tersebut. Herba yang digunakan juga dapat
membuatkan isi puyuh lebih lembut dan beraroma.
Proses pemerapan adalah amat mudah. Selepas isi puyug dicuci dengan bersih, toskan biarkan
ianya agak kering sedikit. Masukkan kesemua bahan-bahan perapan tadi dan adukkan biar
sebati. Selepas itu, masukkan semua puyuh tersebut kedalam bekas berisi perapan dan gaulkan
sehingga kesemua kasawan diselaputi bahan perapan. Tudung bekas berisi puyuh tadi dan
masukkan kedalam peti sejuk dan biarkan dari 2 jam sehingga 24 jam.
Panaskan grill atau BBQ anda, pastikan api tidak kuat agar puyuh anda tidak renting atau tidak
masak didalam. Gril puyuh anda selama 10 minit setiap bahagian sambal sapukan bahan perap
berulang-ulang kali pada bahagian puyuh anda tadi. Apabila ianya masak, anda bolehlah
menikmatinya dengan sos-sos yang telah anda buat tadi. Puyuh juga enak jika kita nikmatinya
bersama dengan nasi putih atau nasi mendi arab.
Volume 1 - 2016
Resepi 7: Kebab (Shish Kebab)
Masa Penyediaan : 120 minit
Masa Memasak : 25 minit
Masa Diperlukan : 145 minit
Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
Volume 1 - 2016
Bahan-bahan:
2kg Daging Lembu/Ayam dipotong kiub 5 biji Capsicum Merah
5 biji Capsicum Kuning 5 biji tomato
5 biji timun jepun/Zucini 5 biji bawang besar
200gram Serbuk Cili Cayenne 200gram serbuk cili Paprika
50gram gula perang halus 50gram gula putih
50gram garam halus 100gram serbuk cili Sichuan
100ml minyak zaitun
Cara penyediaannya:
Potong kiub daging lembu/ayam yang akan anda gunakan. Untuk Capsicum, timun jepun,
bawang besar dan juga tomato, anda perlu memotongnya mengikut diameter kiub daging yang
anda potong tadi. Apabila selesai memotong, anda memerlukan bilah besi atau bilah lidi untuk
mula mencucuk bahan-bahan anda tadi. Cucuk secara bersilih ganti antara bahan-bahan yang
anda potong tadi seperti gambar diatas.
Apabila selesai mencucuk kesemuanya, barulah anda mula memerap bahan-bahan tersebut.
Adunkan kesemua bahan-bahan perap tadi agar sebati kecuali minyak zaitun. Rasa bahan-
bahan tadi agar ianya mengikut citarasa anda. Taburkan dan sapukan kepermukaan kebab anda
anda rasa dapat menyerap masuk. Apabila selesai, barulah anda sapukan minyak zaitun pada
kebab-kebab yang anda buat tadi. Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mula
membakar kebab-kebab tadi.
Potongkan bawang besar kasar-kasar dan campurkan kedalam mayonis bersama sedikit gula
dan garam secukup rasa. Ianya adalah sebagai sos bagi pencicah Shish Kebab anda nanti.
Setelah lebih 1 jam memerap, anda bolehlah mula membakar kebab-kebab anda dan apabila
masak, anda bolehlah menikmatinya bersama dengan sos mayonis anda tadi.
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
Resepi 8: Ikan Bakar Sumbat
Masa Penyediaan : 60 minit
Masa Memasak : 30 minit
Masa Diperlukan : 90 minit
Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
Bahan-bahan:
10 ekor ikan (Cencaru/Temenung/Siakap dll) siap disiang, cuci dan dibelah belakang
Kelapa Sumbat:
Sebiji kelapa siap parut 2 tangkai serai dikisar halus
50gram jintan manis 5ulas bawang putih kisar halus
10 ulas bawang merah kisar halus 10 biji cabai Melaka dan cili besar merah dikisar halus
10gram serbuk kunyit 2 helai daun kunyit dirincik halus
5gram belacan yang dibakar Garam dan gula secukup rasa
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Adukkan kesemua bahan-bahan untuk disumbat tadi kedalam satu bekas. Gaulakan
kesemuanya sehingga sebati. Rasa dan tambahkan garam atau gula secukup rasa anda. Apabila
anda berpuas hati dengan rasa serta konsisntensi bahan sumbatan anda tersebut, anda
bolehlah mula menyumbat ikan-ikan yang telah anda sediakan tadi. Spukan garam dan kunyit
kebahagian luar ikan anda untuk rasa yang menarik.
Balutkan ikan-ikan anda dengan daun pisang untuk menaikkan lagi aroma ikan sumbat bakar
anda tadi. Grilkan selama 15 minit disetiap bahagian dengan api yang sederhana. Jika anda
sukakan kegaringan, lebihkan selama 3 minit lagi masa membakar. Tetapi anda perlu pantau
supaya tidak hangus. Ikan sumbat amat enak jika dinikmati bersama nasi putih yang panas-
panas bersama dengan air asam.
Volume 1 - 2016
Resepi 9: Ikan Kukus Grill
Masa Penyediaan : 60 minit
Masa Memasak : 30 minit
Masa Diperlukan : 90 minit
Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bersaiz 2kilo(siakap/belut/tenggiridll)
Bahan untuk kukus:
10gram Halia 5 biji cili merah besar
1 tangkai serai 1 biji limau / lemon
Garam & Gula secukup rasa 1 liter air
Volume 1 - 2016
Bahan untuk Bakar:
50gram Gula perang 1 sudu serbuk kunyit
10 biji cabai melaka
Cara penyediaanya:
Setelah dicuci ikan/belut anda tadi, masukkan bahan-bahan untuk kukusan kedalam periuk
pengukus. Masukkan air dan panaskan pengukus tersebut. Letakkan ikan dibahagian atas dan
perahkan jus lemon keatas ikan tersebut. Taburkan garam serta gula secukup rasa dan hirisan
cili merah besar keatas ikan. Kukuskan selama 20 minit untuk melembutkan isi ikan tersebut
tetapi tidak terlalu masak.
Selepas itu, angkat ikan/belut tersebut dan biarkan ia kering seketika sebelum anda
membakarnya. Apabila agak kering, sapukan sedikit kunyit serta gula perang kebahagian ikan
anda tadi bersama sedikit garam untuk rasa yang seimbang. Jangan lupa untuk tumbuk cabai
Melaka anda dan sapukan kebahagian ikan anda untuk rasa pedas yang enak itu. Balut ikan
anda dengan daun pisang dan grilkan selama 5 ke 10 minit disetiap bahagian. Setelah siap, anda
bolehlah menikmatinya bersama-sama dengan nasi dana car buah yang anda sukai.
Volume 1 - 2016
Resepi 10: Kombo Makanan Laut
(Seafood Combo Grill Cajun Style)
Volume 1 - 2016
Masa Penyediaan : 120 minit
Masa Memasak : 90 minit
Masa Diperlukan : 210 minit
Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
Bahan-bahan:
1. Rempah Cajun
Kandungan dalam rempah cajun adalah seperti berikut :-
2 sudu kecil garam
2 sudu teh Serbuk bawang putih
2 1/2 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk bawang merah
1 sudu teh cili merah
1 1/4 sudu teh Oregano kering
1 1/4 sudu teh Thyme kering
1/2 sudu teh serbuk cili ( keping )
*kacau rata dan sebati ke semua bahan di atas.Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan
simpan dalam peti sejuk.
2. Bahan-bahan makanan laut
2 kilo ikan tenggiri dipotong 2 kilo siput lala
2 kilo kerang 2 kilo kepah
2 kilo Udang sederhana besar 2 kilo sotong daun
2 kilo ketam biru 2 kilo ketam nipah
2 kilo lokan 10 batang jagung manis
*Cuci dan bersihkan kesemua makan laut tadi dan gaulkan bersama garam dan kunyit
*Potong jagung sepanjang 3cm setiap satu.
3. Bahan-bahan lain
500ml Susu krim 200grm keju krim
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Grilkan kesemua makanan laut yang anda telah cuci tadi. Sambal menunggu ianya masak,
sediakan kuah Cajun anda. Caranya amatlah mudah. Masukkan susu berkrim anda dan keju
krim tadi dan panaskannya kedalam sebuah periuk. Didihkan perlahan-lahan sehingga keju
sebati bersama susu tadi. Apabila ianya telah sebati, masukkan rempah Cajun yang telah kita
sediakan tadi kedalam susu dan adukkan sebati. Rasa dan tambahkan garam atau gula
mengikut citarasa anda. Apabila sudah masak, padamkan api.
Tunggu kesemua makanan laut yang anda gril tadi untuk masak. Apabila ianya telah masak
hamparkan satu lapisan plastic diatas meja anda. Letakkan satu lapisan kertas minyak putih
dan pastikan anda lekukkan sedikit disekeliling kertas tersebut. Susun kesemua makanan laut
yang telah anda masak tadi diatas kertas tersebut. Gunakan kreativiti anda untuk mencatikkan
lagi hidangan anda tersebut. Apabila siap menyusun, tuangkan kuah Cajun tadi keatas
makanan laut anda dan panggil tetamu anda untuk menikmati hidangan makanan laut kombo
anda versi Cajun.
Volume 1 - 2016
Resepi 11: Ayam Piru Grill Essaouria
Masa Penyediaan : 9 jam
Masa Memasak : 90 minit
Masa Diperlukan : 10 jam 30 minit
Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
Volume 1 - 2016
Bahan-bahan:
1 ekor ayam piru (Turkey) bersaiz 3 ke 5 kilogram
Cara penyediaannya:
1. Bagaimana untuk merendam perap (Brine):
Bahan-bahan:
 6 liter air
 1 cawan garam kasar
 ¼ cawan gula
 3 – 5 kilogram ayam piru (turkey)
Arahan:
1. Buangkan tengkok dan organ dalam ayam piru dan cuci bersih.
2. Masukkan air garam dan gula kedalam sebuat bekas besar.kacau sehingga kesemuanya
sebati dan larut.
Volume 1 - 2016
3. Masukkan ayam piru tadi kedalam larutan dan masukkan kesemuanya kedalam peti sejuk
selama lebih 12 jam. Apstikan bekas tadi ditutup rapat.
4. Setelah lebih 12 jam, keluarkan ayam piru tadi dan lap supaya ianya kering.
2. Bagaimana untuk memerap ayam piru:
Bahan-bahan
 1.5 liter air soda berperisa halia
 ¼ liter jus oren bersama isi/pulpa
Arahan:
1. Letakkan ayam piru kedalam sebuah periuk besar.
2. Tuangkan air soda dan jus oren tadi kedalam periuk hingga melepasi ayam piru tadi.
3. Jika masih terdapah bahagian yang tidak dilimpahi air tadi, anda bolehlah mengalih-alihkan
ayam piru tadi agar kesemua bahagian mendapat sentuhan perisa taersebut. Pastikan anda
lakukannya selepas beberapa jam ia berada didalam rendaman tersebut.
Volume 1 - 2016
time.
4. Tambahkan gula serta garam dan sedikit lada hitam untuk menaikkan lagi rasa ayam piru
anda nanti. Tutup periuk dan masukkan kedalam peti sejuk selama 4 hingga ke 8 jam. Lasi
lama anda simpan untuk perapan, lagi bagus untuk ayam piru anda menyerap rasa perapan
tersebut. Tetapi pastikan tidak melebihi 8 jam untuk mengelakkan isi ayam anda menjadi
terlalu hancur.
5. Selepas 8 jam, keluarkannya dari peti sejuk dan keringkan.
3. Bagaimana untuk membakar dan menghias ayam piru:
Bahan-bahan:
 1 biji bawang besar potong 4
 2 biji lobak merah kupas dan potong bahagian atas/bawah
 200gram ketul mentega
 1/2 cawan daun basil segar/daun sup
 2 sudu bawang putih hancur
 1sudu serbuk cili kasar (flakes)
 1 helai daun salam (bay leaves)
 1 cawan minyak zaitun
Volume 1 - 2016
Arahan:
1. Panaskan oven anda pada 325 darjah Fahrenheit.
2. Diatas talam pembakar anda, letakkan bawang besar tadi serta lobak merah untuk tinggikan
ayam piru anda supaya tidak menyentuh dasar talam.
3. Tarik kulit ayam piru seperti didalam gambar dibawah bagi membuat satu poket.
4. Balutkan mentega tadi bersama daun basil ataupun daun sup dan jolokkannya kedalam
poket kulit ayam piru tadi.
Volume 1 - 2016
5. Campurkan bawang putih dan serbuk cili untuk dimasukkan kedalam kulit ayam. Gunakan
tangan anda untuk mengurut bahan-bahan tadi kedalam kulit.
6. Masukkan daun salam kedalam kulit ayam dibahagian tengah bersama0sama lebihan
mentega dan bahan-bahan lain.
7. GUnakan berus pastry untuk sapukan minyak zaitun pada bahagian luaran ayam piru tadi
untuk membuatkan kulit luar tadi Nampak lebih rangup.
8. Bakar selama antara 2 ke 3.5 jam untuk seekor ayam bersaiz 5 kilogram.
Volume 1 - 2016
9. Cucuk isi ayam untuk pastikan ianya telah masak sebelum keluarkannya dari oven. Biarkan
ia rehat dengan diletakkan dibawah tudung selama 30 minit sebelum anda nikmati
kesedapan isi ayam piru bakar anda tadi.
10. Setelah 30 minit, anda bolehlah mula memonotng isinya dan hhidangkan kepada tetamu-
tetamu anda.
Volume 1 - 2016
Resepi 12: Sosej Herba Grill
(Home-Made Grilled Herbs Sausage)
Masa Penyediaan : 1 jam
Masa Memasak : 30 minit
Masa Diperlukan : 1 jam 30 minit
Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
Bahan-bahan:
5 kg Daging lembu atau ayam kisar (mince) 2 sudu serbuk jintan manis
3 sudu serbuk lada hitam 2 sudu serbuk cili paprika
2 sudu serbuk cili cayenne 1 sudu garam halus
2 ½ sudu gula putih 2 sudu gula merah
5 ulas bawang putih kisar halus 50 gram daun sup/parsley potong kecil-kecil
50 gram tepung jagung 50 ml minyak zaitun
*1 kg daging boleh membentuk 5 biji sosej seberat 200gram atau anda boleh bentukkan 2 biji
sosej “Jumbo” seberat 500gram setiap satu.
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Masukkan kesemua daging kedalam satu bekas yang besar. Selepas itu, tuangkan semua bahan-
bahan lain kedalam besak tadi kecuali tepung jagung dan minyak zaitun. Adukkan kesemua
bahan sehingga sebari dan samarata. Pastikan kesemuanya seimbang. Biarkan bahan-bahan
tadi rehat selama 20 minit sebelum anda masukan tepung jagung dan minyak zaitun. Setelah
memsaukkan tepung jagung dan minyak zaitun, adukkan lagi agar semuanya bercampur dengan
sempurna. Biarkan selama 20 minit.
Selepas 20 minit, gunakan plastik aiskrim Malaysia bersaiz kecil atau besar mengikut citarasa
anda sebagai bekas untuk membentuk sosej. Atau anda boleh juga menggunakan plastik
pembalut makanan untuk membentuk sosej anda. Masukkan daging yang telah anda siapan
tadi kedalam plastic tersebut dan golek-golekkan menjadi bentuk panjang seperti sosej yang
biasa lihat di kedai-kedai. Lakukan sehingga habis kesemuanya dan simpan didalam peti sejuk
buat seketika untuk biarkan ianya mengekalkan bentuk sosej tadi. Cara lain yang boleh anda
Volume 1 - 2016
lakukan adalah dengan merebuskan (poaching) sosej anda dengan suhu yg sederhana selama 1
jam untuk menguatkan struktur bentur sosej tersebut. Setelah selesai, bolehlah anda
membakar sosej anda diatas grill qtqu BBQ. Nikmatinya bersama-sama tetamu-tetamu anda
dan jangan lupa sos buatan anda tadi sebagai pelengkap.
Volume 1 - 2016
Resepi 13: Pasta Grill Ratatouille
(Grilled Ratatouille Pasta)
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 45 minit
Masa Diperlukan : 65 minit
Ideal Hidangan : 2-5 hidangan
Bahan-bahan:
Garam & Gula secukup rasa 500 gram pasta (curly/spirally/cavatappi)
1/2 cawan minyak zaitun 1 biji zucchini (potong memanjang tebal)
1 biji Capsicum potong tebal & buang biji 1 biji bawang merah potong nipis
1 biji terung potong memanjang tebal 4 biji tomato potong tebal
3 @ 4 sudu cuka balsamic / cuka makan 1/4 cawan daun sup/parsley rincik kasar
Volume 1 - 2016
Cara penyediannya:
Masak pasta anda mengikut arahan didalam sebuah periuk. Setelah masak, toskan air
rebusan tersebut, tetapi simpan secawan air rebusan tersebut untuk kegunaan kemudian.
Panaskan belangan grill anda dan tuangkan sedikit minyak dan ratakan. Pastikan apinya
sederhana.
Masukan sayuran anda tadi kedalam belanga grill. Sapukan minyak pada sayuran ada
sebanyak 2 sudu, taburkan garam dan lada hitam secukup rasa. Alaih-alihkan sayuran tadi
dengan kerap ahgar tidak hangus. Biarkannya sehingga keperangan dan lembut anda
mengeluarkannya dan letakkan diatas papan pemotong untuk disejukkan sementara.
Potong sayuran anda secara kasar dan masukkan kedalam pasta anda tadi. Gaulkan dan
adukkan agar semuanya bercampur. Masukkan 2 sudu minyak zaitun dan cuka secukup
rasa. Taburkan daun sup anda untuk menaikkan lagi aroma serta kepelbagaian warna
masakan anda tersebut. Tambahkan garam serta gula dan lada hitam secukup rasa.
Masukkan sedikit air rebusan pasta tadi untuk membasahkan sedikit masakan anda.
Volume 1 - 2016
Resepi 14: Sup Kambing Marhaen
Masa Penyediaan : 1 jam
Masa Memasak : 4 jam
Masa Diperlukan : 5 jam
Ideal Hidangan : 20-50 hidangan
Volume 1 - 2016
Bahan-bahan:
Volume 1 - 2016
Bahan perapan:
5 kg daging kambing dipotong kiub 100 gram Asam jawa (perap & Basuh)
2 sudu serbuk jintan manis 2 sudu serbuk lada hitam
1 sudu garam 2 sudu gula merah
2 sudu tepung jagung
Bahan Tumisan:
30 ulas bawang putih kisar halus 10 biji bawang merah kisar halus
5 biji Cabai Melaka kisar halus 10 gram halia dikisar halus
50 ml Minyak zaitun/sawit
Bahan-bahan Rebusan 1: (untuk di kisar halus)
5 biji Ubi keledek Saiz sederhana besar 1 biji labu manis saiz sederhana kecil
1.5 liter air 5 ulas bawang putih
Bahan-bahan Rebusan 2:
10 biji bawang kuning/holand 5 biji bawang besar merah
10 biji ubi kentang di potong serong 200 gram cendawan (Enoke/Meiji/Oyster)
5 batang pokok sadri 50 gram Bawang merah goreng
3 sudu lada hitam kasar 5 biji lobak merah potong serong
3 biji cili hijau besar Garam dan gula secukup rasa
3.5 liter air
Bahan-bahan hiasan akhir:
100 gram daun sup/parsley potong kasar 100 gram daun bawang potong kasar
*Enak jika dimakan bersama-sama roti benggali atau nasi putih.
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
1. Basuh dan perapkan daging kambing bersama dengan semua bahan-bahan untuk perapan
tadi. Masukkan kedalam peti sejuk dan perapkan selama 1 jam.
2. Dalam masa itu, sediakan bahan-bahan lain untuk tumisan.
3. Bersihkan ubi keledek kupas dan potong besar-besar.
4. Bersihkan labu manis dan potong besar. Biarkan kulitnya bersama isi labu tadi.
5. Masukkan kesemua ubi keledek dan labu bersama 5 ulas bawang putih kedalam sebuah
periuk. Masukkan 1.5 liter air dan mula merebus sehingga kesemuanya lembut.
6. Sementara menunggu, sediakan bahan-bahan untuk rebusan 2.
7. Apabila ubi yang telah direbus tersebut masak dan lembut, gunakan batang pengisar dan
kisarkan sehingga lumat dan halus. Biarkan ia seketika apabila selesai.
8. Keluarkan daging yang telah anda perap tadi dan biarkan ia seketika.
9. Masukkan bahan-bahan untuk tumisan kedalam periuk yang besar setelah dipanaskan.
10. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga pecah minyak dan aroma tumisan menjadi wangi dan
sedap.
11. Masukkan daging kambing anda dan gorengkan sehingga agak masak dan rangup diluar.
Pastikan api panas digunakan untuk tidak memasakkan isi bahagian dalamnya.
12. Apabila agak masak daging kambing tadi, masukkan air kedalam periuk sehingga meliputi
daging kambing anda sahaja. Rebus selama 1 jam.
13. Setelah 1 jam berlalu, masukkan cendawan, ubi kentang, batang sadri yang telah dipotong
kecil, dan lobak merah anda kedalam periuk. Tutup periuk anda agar haba tidak keluar.
Volume 1 - 2016
14. Masukkan bawang merah goreng kedalam sup anda sejam selepas anda masukkan ubi
kentang dan bahan-bahan lain tersebut.
15. Tambahkan lada hitam kasar, garam dan gula secukup rasa.
16. Setelah hamper 3 jam, masukkan campuran ubi keledek dan labu yang telah anda kisar
halus tadi sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda. Kepekatan sup anda bergantung kepada
jumlah ubi keledek yang anda campurkan tadi. Rasa sup anda dan tambahkan perasa mengikut
citarasa anda.
17. Potong bulat bawang holand anda dan bawang besar anda dan masukkan kedalam sup anda
30 minit sebelum anda hidangkannya kepada tetamu anda.
18. Hidangkan sup anda didalam mangkun dan taburkan daun sup dan daun bawang keatasnya
untuk presentasi ayng lebih menarik.
Volume 1 - 2016
Resepi 15: Sayur Grill Kombo
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 45 minit
Masa Diperlukan : 65 minit
Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
Volume 1 - 2016
Bahan-bahan:
Sayur-sayuran:
5 biji zucchini hijau 5 biji zucchini kuning
5 biji tomato merah 5 biji tomato kuning/hijau
5 biji ubi kentang 5 biji terung bulat / panjang
5 biji capsicum merah 5 biji capsicum kuning
5 biji capsicum hijau 20 batang asparagus
2 biji buah nanas 20 biji kobis Belgium (baby cabage)
10 biji lobak merah 20 biji bendi
5 biji bawang holand 5 ulas bawang putih
Perapan:
1 sudu serbuk kunyit 1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk kayu manis 1 sudu serbuk jintan manis
50ml minyak zaitun Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaannya:
1. Bersihkan kesemua sayuran anda tadi dan toskan.
2. Potong sayuran tadi mengikut panjangnya. Contohnya, terung dan zucchini harus dipotong
memanjang dan tomato dipotong bulat mengikut bentuknya.
3. Setelah selesai memotong sayuran tadi, masukkan kesemuanya kedalam satu bekas besar
untuk diperap.
4. Taburkan bahan-bahan perapan kedalam bekas dan gaulkan supaya ianya kena ke semua
bahagian sayuran anda.
5. Biarkannya selama 10 minit untuk bahan perapan meresap kedalam sayuran anda.
Volume 1 - 2016
6. Panaskan gril anda.
7. Letakkan sayuran yang agak keras serta paling lama untuk masak dahulu. Masak pada suhu
yang tinggi untuk kesan “Charmark” yang cantik pada sayuran anda.
8. Alihkan sayuran anda agar kedua-dua belah masak dan membentuk garisan terbakar.
9. Setelah masak, keluarkan dan letak diatas pinggan untuk seketika sementara memasak
sayuran yang lain.
10. Selesai memasak kesemua sayuran anda. Susun cantik di atas sebuah pinggan yang agak
besar mengikut kreativiti anda.
11. Tuangkan minyak zaitun keatasnya untuk kelihatan bersinar dan menaikkan selera anda.
Anda boleh juga menghiaskannya dengan beberapa tangkai daun sup atau daun mint untuk
nampak lebih segar.
12. Jemput tetamu anda untuk merasakan masakan anda tadi.
Volume 1 - 2016
Resepi 16: Buah-Buahan Grill (Pencuci Mulut/Dessert)
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 45 minit
Masa Diperlukan : 65 minit
Ideal Hidangan : 10-20 hidangan
Bahan-bahan:
20 biji pisang (ikut citarasa anda) 2 biji tembikai merah (saiz sederhana)
2 biji tembikai kuning (saiz sederhana) 4 biji nenas madu
2 biji Rock-melon 2 biji tembikai susu
20 biji strawberry 5 biji epal merah
100gram gula perang halus 2 sudu serbuk kayu manis
20 bilah lidi pencucuk saiz sederhana panjang (besar dan panjang sedikit dari pencucuk sate)
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
1. Basuh, kupas (yang perlu dikupas) dan potong buah-buahan anda lebih kurang saiz yang
sama (sederhana besar sperti didalam ganbar).
2. Setelah selesai, masukkan kesemuanya didalam beberapa bekas mengikut jenis buah-buahan
yang anda guna tadi.
3. Taburkan gula perang serta serbuk kayu manis dan aduk-adukkan supaya meliputi bahagian-
bahagian buah anda tadi. Biarkan ianya seketika untuk buah menyerap perisa kayu manis tadi.
4. Setelah seketika, gunakan bilah pencucuk tadi untuk mencucuk buah-buahan anda. Susun
secara bersilang antara satu jenis buah dengan jenis buah yang lain. Gunakan kreativiti anda.
5. Panaskan bbq n jaring grill anda.
6. Letakkan buah-buahan anda diatas gril yang panas tadi dan biarkan ianya masak sehingga
membentuk “Char-Mark” dan berkaramel.
7. Setelah anda pasti buah-buahan anda tadi telah masak. Taburkan sedikit garam halus
diatasnya dan hidangkan diatas satu pinggan yang agak besar.
8. Anda bolehlah menghiaskan hidangan anda tadi dengan daun mint yang anda rincik halus
dan taburka cebisan-cebisan keju mozarela diatasnya.
Volume 1 - 2016
Resepi 17: Roti Keju Grill (Grilled Cheese Panini)
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 45 minit
Masa Diperlukan : 65 minit
Ideal Hidangan : 10-20 hidangan
Volume 1 - 2016
Bahan-bahan:
2 Buku roti gandum biasa/penuh 20 keping keju mozarela
500 gram keju parmesan mentega/marjerin
100 gram gula perang halus
*anda boleh menggunakan Panini maker seperti diatas untuk membakar roti anda nanti.
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Untuk menyediakan resepi ini amatlah mudah. Anda perlu ada bahan-bahan yang telah dicatat
diatas tadi sahaja. Apa yang perlu anda tahu hanyalah teknik untuk membuat atau memasak
yang betul supaya hasilnya dapat memukau tetamu anda.
Mulakan dengan menyapu mentega atau marjerin keatas permukaan roti anda. Letakkan secara
berpasangan. Taburkan sedikit gula perang halus keatas semua bahagian roti and tadi. Letakkan
kepingan keju mozarela diatas setiap set roti and didikuti dengan keju parmesan secara rata.
Lekapkan kedua-duan bahagian roti tadi seperti sandwich biasa anda buat.
Panaskan api dan letakkan belanga Panini anda. Sapukan sedikit marjerin diatasnya dan tunggu
hingga marjerin tadi cair. Selepas itu, letakkan beberapa set roti anda diatas belanga tadi dan
tindihkan bahagian atas dengan penutup belanga panini anda tadi. Masak selama beberapa
minit untuk satu set. Pastikan ada garis-garis terbakar diatas roti anda dan keju anda cair
dengan sempurna sebelum anda angkat keatas pinggan untuk anda hidangkan.
Volume 1 - 2016
Resepi 18: Coleslaw dan Salad Buah-buahan Tropika
1. Coleslaw
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 45 minit
Masa Diperlukan : 65 minit
Ideal Hidangan : 20-50 hidangan
Bahan-bahan:
1 biji kobis unggu/merah (besar) 1 biji kobis Cameron putih (besar)
10 biji lobak merah (saiz besar) 10 biji bawang besar merah
10 ulas bawang putih (kisar halus) 5 biji capsicum (campur warna)
600gram mayonis 10 gram serbuk lada hitam kasar
Gula dan garam secukup rasa
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Untuk membuat coleslaw yang enak, anda perlukan daya rasa yang baik bagi mencipta satu
rasa yang menarik bagi hidangan anda. Keseimbangan rasa amatlah perlu supaya coleslaw anda
tidak terlalu manis atau terlalu masin. Untuk memotong, beberapa alat yang mungkin dapat
memudahkan anda adalah seperti mesin pemperoses makanan atau pemarut (grater) seperti
gambar diatas. Anda boleh memilih untuk memarut halus atau kasar mengikut citarasa anda.
Langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:
1. Cuci semua bahan-bahan anda kecuali mayonis, lada hitam, gula dan garam.
2. Mula memarut sayuran anda mengikut saiz yang anda gemari.
3. Setelah selesai memarut, masukkan secara bercampur-campur kesemua bahan yang telah
anda parut tadi kedalam sebuah bekas yang besar.
4. Aduk-adukkan agar kesemuanya bercampur dan serata.
5. Masukkan mayonis kedalamnya dan adun-adunkan agar meliputi kesemua bahagian coleslaw
anda tadi.
6. Tambahkan lada hitam untuk menaikkan rasa pedas dan masukkan garam serta gula secukup
rasa. Pastikan lada hitam tidak terlalu banyak dimasukkan agar rasanya tidak maung.
7. Gaulkan biar sebati kesemua bahan tadi dan rasa serta tambah perisa mengikut citarasa
anda.
Volume 1 - 2016
8. Coleslaw yang enak perlu disejukkan dahulu untuk menyegarkan sayur-sayuran yang kita
gunakan tadi. Jadi biarkan coleslaw anda tadi didalam peti sejuk selama minima 1 jam untuk
rehat.
9. Setelah 1 jam, anda bolehlah hidangkannya bersama-sama makanan lain seperti kambing grill
anda tadi. Enak dimakan semasa sejuk.
*Untuk kelainan, anda bolehlah juga menambahkan sedikit keju berkrim atau susu segar.
*Penyediaan juga boleh dibuat sehari sebelum anda hidangkan kepada para tetamu anda.
*Kepelbagaian warna amatlah penting bagi menaikkan selera tetamu anda.
Volume 1 - 2016
2. Salad Buah-buahan Tropika
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 45 minit
Masa Diperlukan : 65 minit
Ideal Hidangan : 20-50 hidangan
Bahan-bahan:
2 Biji tembikai merah 2 biji tembikai kuning
2 biji rock melon 2 biji tembikai susu
2 biji nenas 3 biji limau bali
20 biji jambu air 20 gram bijan (disangai)
600 gram mayonis Garam dan gula secukup rasa
*jika anda suka sensasi masam/manis/pedas, anda bolehlah menambah cabai melaka hijau
dipotong kecil-kecil kedalam salad buah anda nanti.
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Resepi yang amat mudah ini harus menjadi kebiasaan disetiap majlis yang anda anjurkan, anda
tidak perlu menjadi seorang yang berseni untuk menyediakannya, tetapi bonus jika anda
memiliki daya kreativiti yang tinggi.
Langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
1. Cuci kesemua buah-buahan anda sehingga bersih.
2. Kupas serta potong buah-buahan anda. (jambu air hanya perlu dipotong sahaja) Saiznya
haruslah tidak terlalu kecik dan tidak terlalu besar.
3. Setelah selesai memotong, masukkan kesemuanya kedalam bekas yang besar.
4. Masukkan mayonis dan adunkan serata-rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Simpan salad anda tadi didalam peti sejuk selama 1 jam sebelum anda hidangkan.
6. Setelah 1 jam, keluarkannya dan hidangkan kepada tetamu anda. Taburkan bijan yang telah
anda sangai tadi keatas salad anda diatas pinggan sebelum hidangkan kepada para tetamu
anda.
Mudahkan? Anda boleh cuba membuatnya sendiri dirumah nanti.
Volume 1 - 2016
Resepi 19: Kentang Putar Berkeju
(Cheesy Garlic Mashed Potatoes)
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 45 minit
Masa Diperlukan : 65 minit
Ideal Hidangan : 10-30 hidangan
Bahan-bahan:
20 biji kentang (Yukon/Red/dll) 500 gram keju telah diparut (Parmesan)
200 gram keju berkrim 100 gram mentega (unsalted)
10 ulas bawang putih 10 gram serbuk lada hitam (kasar)
100 gram daun sup/parsley (rincik halus) 100 ml minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa Air separas kentang didalam periuk
*Kualiti ubi kentang yang anda gunakan akan membezakan hasil akhir hidangan anda.
*Anda boleh memilih untuk menggunakan ubi kentang bersama kulit atau tidak.
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Untuk resepi ini, kita akan gunakan red potato seperti gambar diatas dan kulitnya kita biarkan.
Kulit kentang mengandungi khasiat-khasiat yang baik untuk tubuh anda. Langkah-langkahnya
adalah:
1. Basuh bersih kentang anda dan sejatkan.
2. Kupas bawang putih anda dah bersihkan.
3. Sediakan sebuah periuk yang agak besar dan muat untuk masukkan kesemua bahan-bahan
anda tadi.
4. Potong empat kesemua kentang anda agar cepat empuk dan masukkan kedalam periuk tadi.
5. Masukkan air hingga melepasi kesemua ubi kentang anda dan masukkan semua bawang
putih yang telah dikupas tadi.
6. Panaskan periuk dan rebus ubi dan bawang putih tadi hingga masak.
7. Setelah masak keluarkan sebahagian air yang tinggal dan masukkan keju, lada hitam, garam
serta gula secukup rasa.
8. Gunakan mesin pengisar tangan (jika ada) untuk mengisar bahan-bahan anda tersebut hingga
halus. Jika tiada, anda juga boleh gunakan pelenyek seperti dibawah. Lenyekkan sehingga
hancur kesemua bahan tadi.
9. Sementara itu, tuangkan sedikit minyak zaitun, dan masukkan mentega dan teruskan
melenyak atau mengisar sehingga sebati. Kepanasan yang masih ada pada kentang tadi akan
mencairkan keju serta mentega tadi.
10. Biarkan ianya sejuk seketika sebelum hidangkan kepada tetamu anda.
11. Selepas beberapa ketika, gaulkan daun sup dan daun bawang yang anda rincik tadi dan
hidangkan kantang anda tadi diatas satu pinggan. Anda boleh gunakan sos perang anda untk
dijadikan sebagai kuah diatas kentang lenyek anda tadi.
Volume 1 - 2016
Resepi 20: Sorbet (Ais) Lemon dan Air Jus Kalamansi
1. Sorbet Lemon
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 3 jam
Masa Diperlukan : 3 jam 20 minit
Ideal Hidangan : 10-20 hidangan
Bahan-bahan:
10 biji lemon 250 ml pes lemon
2 kilogram gula putih 1 kg gula kaster (Putih)
50 ml jus perahan daun mint 3 liter air bertapis
Cara penyediaannya:
Anda pasti biasa dengan bahan-bahan yang tersenarai diatas. Bagaimana untuk jadikan sebuah
pencuci mulut yang enak untuk para tetamu anda? Jom kita lihat caranya.
1. Masukkan air kedalam sebuah periuh yang muat untuk 3 liter air dan mula panaskannya.
2. Cairkan gula serta gula kaster putih untuk membuat sirap.
3. Sementara itu, basuh lemon anda dan hiriskan kulit luar kuning pada lemon anda tadi.
Jangan gunakan bahagian yang putih kerana ianya mempunyai rasa pahit.
Volume 1 - 2016
4. Masukkan kedalam periuk bersama dengan gula tadi.
5. Apabila telah cair kesemuanya, tutup api dan biarkan ianya sejuk.
6. Setelah sejuk, tuangkan jus perahan lemon kedalam periuk bersama degan pes lemon anda.
Gaulkan agar sebati. Untuk kesegaran, tuangkan jus daun mint kedalam sirap anda.
*Untuk mendapat jus yang banyak dari buah lemon, anda bolehlah panaskannya didalam
microwave untuk beberapa ketika sebelum anda memerah jus lemon tersebut.
7. Rasa dan pastikan ianya memenuhi citarasa anda.
8. Masukkan kedalam beberapa bekas untuk dibekkukan didalam peti ais. Pastikan mudah
untuk anda uruskan nanti. Biarkan selama beberapa jam sebelum proses seterusnya dilakukan.
*persediaan ini boleh juga dilakukan sehari lebih awal sebelum majlis anda.
9. Apabila telah beku, anda bolehlah keluarkannya dan kisarkan didalam mesin pengisar anda.
Prosesnya adalah sama seperti membuat “Ice-Blended”.
10. Kisarkan kasar atau halus mengikut kehendak anda dan hidangkan didalam cawan bersaiz
kecil untuk tetamu anda. Nada boleh sediakan sirap yang pekat untuk diletakkan diatas sorbet
anda bersama beberapa helai daun mint sebagai hiasan.
Volume 1 - 2016
2. Jus Asam Boi Limau Kasturi
(Kalamansi & Sourplum Juice)
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 25 minit
Masa Diperlukan : 45 minit
Ideal Hidangan : 20-50 hidangan
Bahan-bahan:
25 biji buah limau kasturi 500 gram serbuk asam boi
250 gram asam boi 1 kg gula putih
25 liter air bertapis 2 kg ais batu
*Sediakan satu bekas minuman bersaiz 30 liter.
Cara penyediaannya:
Sekali lagi anda pasti akan berkata betapa mudahnya untuk meneydiakan minuman ini. Anda
tak perlu menjadi seorang chef untuk menyediakannya. Berikut adalah langkah-langkah yang
anda harus lakukan:
1. Basuh dan perah kesemua buah limau kasturi anda didalam satu jag.
2. Masak gula tadi bersama satu liter air sehingga cair dan menjadi sirap.
Volume 1 - 2016
3. Setelah ianya cair, biarkan ia sejuk.
4. Sediakan bekas untuk anda bancuh air anda dan tuangkan 25 liter air tadi.
5. Masukkan air gula/sirap tadi dan kacau hingga sebati dan tuangkan jus limau bersama-sama
limau yang telah anda perah tadi kedalam nekas tersebut.
6. Kacaukan sambal memasukkan serbuk asam boi anda tadi. Biarkan ianya sebati dan
masukkan kesemua buah asam boi kedalamnya.
7. Masukkan ais batu kedalam bekas tersebut 30 minit sebelum anda hidangkan kepada tetamu
anda.
*Anda juga boleh memasukkan beberapa helai daun mint untuk menambahkan kesegaran air
jus asam boi limau kasturi anda tersebut.
*Air ini baik untuk mencernakan lemak-lemak daripada daging-daging yang anda makan tadi.
Volume 1 - 2016
Resepi Bonus
1. Meiji lamb Chop
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Memasak : 45 minit
Masa Diperlukan : 65 minit
Ideal Hidangan : 1-5 hidangan
Bahan-bahan:
1.4 kg Kambing (yang telah diperap-resepi Pohon Cherry Grill)
250 ml Sos Kobis Unggu 400 gram cendawan Meiji
1 liter Sos Perang Pohon Cherry Grill 250 ml Susu krim cair
250 ml Krim sup cendawan
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Untuk menu “alacart” ini, beberapa langkah perlu anda lakukan untuk menyediakannya. Bagi
satu hidangan anda perlukan seberat lebih kurang 200 gram ke 250 gram daging kambing yang
telah di potong nipis dah di perap menggunakan resepi Pohon Cherry Grill diatas. Bahagian
yang paling sesuai adalah bahagian bahu (shoulder) atau tulang rusuk (rib).
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:
1. Sediakan sos Meiji:
Untuk membuat sos meiji, anda perlukan sos perang Pohon Cherry Grill, 200 gram cendawan
meiji, krim sup cendawan dan susu krim cair. Panaskan soso perang tadi dan masukkan
kesemua bahan tadi dan kacau sebati sehingga cendawan masak. Panaskan dengan api
perlahan agar sos tersebut sedikit pekat. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2. Grillkan kambing anda bersama dengan lebihan cendawan meiji sehingga masak atau
mengikut citarasa anda.
3. Diatas satu pinggan, letakkan kambing anda dan hiaskannya dengan sos meiji, cendawan grill
dan titiskan sos kobis unggu anda. Kreativiti anda amatlah diperlukan untuk membuatkan
tetamu anda terliur.Anda juga boleh merebus sedikit lobak merah kecil untuk dijadikan hiasan.
Volume 1 - 2016
2. Dada Itik Panggang didalam Sos Cendawan Liar Berkrim
(Grilled Duck Breast in Cream of Wild Mushroom)
Masa Penyediaan : 1 jam
Masa Memasak : 2 jam
Masa Diperlukan : 3 jam
Ideal Hidangan : 1-5 hidangan
Volume 1 - 2016
Bahan-bahan:
Untuk Perapan:
5 bahagian dada itik (250 gram setiap satu) 100 gram serbuk lada hitam kasar
100 gram gula merah 100 gram serbuk chili cayenne
100 gram serbuk chili paprika Garam secukup rasa
* Bersihkan dada iti dan perap bersama bahan-bahan tadi selama 2 jam ke 24 jam sebelum
anda grill. Potong kulit pada dada itik secara bersilang untuk membolehkan perapan meresap
kedalam isinya.
Volume 1 - 2016
Untuk Sos Cendawan Liar:
200 gram daging lembu salai dipotong halus 2 sudu atau lebih minyak zaitun
2 sudu besar mentega 600 gram cendawan liar dipotong kasar
2 biji bawang kuning dipotong kecil 4 ulas bawang putih hancurkan
1 sudu daun thyme dirincik halus 3 cawan susu krim pekat (tawar)
2 sudu serbuk lada hitam kasar 2 cawan keju parmesan
2 sudu daun sup/parsley Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaannya:
1. Keluarkan dada itik anda setelah cukup masa perapannya. Panaskan gril anda dan gril dada
itik tersebut hingga masak atau mengikut citarasa anda. Anda boleh juga grilkan sedikit
cendawan untuk hiasan alacarte anda nanti. Apabila masak, keluarkan dari grill dan letakkan
didalam bekas bertudung untuk biarkas jus meresaop semula kedalam isi itik anda.
2. Penyediaan sos:
Mulakan dengan menyediakan bahan-bahan yang akan anda gunakan. Potong bersihkan dan
letakkan berhampiran tempat kerja anda. Panaskan sebuah periuk besar pada suhu sederhana
panas sebelum anda mula masukan bahan-bahan anda. Apabila telah panas, masukkan 1 sudu
bagi setiap minyak zaitun dan mentega kedalam periuk. Setelah panas dan sedia, masukkan
daging salai anda kedalam dan goring untuk beberapa minit sehingga ianya sedikit perang.
Volume 1 - 2016
Seretusnya, masukkan cendawan dan masak sehingga ianya lembut. Cendawan akan
mengeluarkan banyak cecair dan akan kering apabila dipanaskan. Tetapi jangan risau apabila
cendawan anda mengecil semasa anda meggorengnya. Masak selama lebih kurang 7 ke 9 minit.
Apabila cendawan anda agak sudah lembut, tolak kebahagian tepi periuk dan buatkan sedikit
ruang untuk masukan bawang ditengah periuk tadi. Mulakan dengan masukkan 1 sudu
mentega serta minyak zaitun. Kemudiannya bawang yang telah anda dadukan dan masak
selama lebih kurang 3 minit. Masukkan bawang putih dan daun thyme anda untuk dimasak
selama lebih kurang 3 minit lagi. Cuba rasa dan tambahkan garam dan gula menguikut citasa
anda. Tambahkan serbuk lada hitam jika anda mahukan sos tersebut sedikit pedas.
Sekarang masukkan susu krim, tingkatkan kepanasan periuk anda dan didihkan cecair tersebut.
Apabila ianya mendidih, turunkan kepanasan dan biarkan ianya panas dengan api yang
perlahan. Masukkan serbuk lada hitam kasar anda pada waktu ini mengikut rasa yang anda
mahukan. Masak sehingga sos anda memekat mengikut citarasa anda. Rasa dan tambahkan
garam jika perlu. Akhir sekali masukkan keju parmesan anda dan kacau hingga sebati. Rasa
masakan anda tersebut untuk pastikan ianya adalah seperti yang yang kehendaki.
3. Menghidang:
Untuk hidangan, sediakan 5 buah oinggan yang agak besar dan cantik. Ambil dada itik anda tadi
dan potong nipis-nipis beberapa bahagian setiap satu. Susunkan diatas pinggan anda teratur.
Tuangkan sos cendawan liar anda tadi bersama dengan cendawan keatasnya. Taburkan
beberapa cendawan yang anda gril untuk warna yang kontra. Akhir sekali, taburkan daun
sup.parsley yang telah anda rincik halus-halus tadi dan beberapa helai yang biasa untuk hiasan.
Sekarang anda boleh senyum sambal menghidangkannya kepada teteamu anda.
Volume 1 - 2016
3. Beger Bakar Istimewa (Pohon Cherry Grill Beef Slider)
Masa Penyediaan : 1 jam
Masa Memasak : 1 jam
Masa Diperlukan : 2 jam
Ideal Hidangan : 1-5 hidangan
Bahan-bahan:
Patty:
2.8 kg Daging lembu kisar 500 gram lemak lembu kisar
200 gram serbuk lada hitam 10 ulas bawang putih kisar halus
100 gram daun sup kisar halus 4 biji bawang merah kisar halus
100 gram serbuk cili paprika 100 gram serbuk cili cayenne
100 gram serbuk cili biasa kisar kasar 150 gram gula perang
100 ml Minyak sayuran Garam secukup rasa
Menghidang:
20 keping Keju mozarela/chedar 5 – 10 biji roti bun slider/roti kentang manis
Sos Thousand Island @ Mayonis Daun Salad dan bawang merah (kisar dijadikan pes)
Volume 1 - 2016
Cara penyediaannya:
Untuk menyediakan Patty beger ini, anda perlu sediakan sebuah bekas yang agak besar untuk
masukkan kesemua bahan-bahan anda. Masukkan daging dan lemak (80/20) kedalam bekas
tersebut dan gaulkan agar semuanya bercampur. Tujuan lemak tersebut adalah untuk
menambah perisa serta mengikat Patty tersebut. Jika anda mempunyai mesin pengadun roti,
anda boleh juga menggunakanya supaya kerja lebih pantas.
Seterusnya masukkan bahan-bahan lain sedikit demi sedikit sambal anda mengadunkan
kesemuanya agar sebati dan menyeluruh. Masukkan minyak sayuran diakhir proses untuk
mengikat Patty anda tersebut. Biarkan beberapa ketika sehingga sejam untuk perapan meresap
masuk kesemua bahagian. Anda boleh juga menambah sedikit tepung jagung atau ubi untuk
mengukuhkan lagi patty anda tadi. Tetapi jangan terlalu banyak untk mengelakkan {atty anda
hilang keunikan rasa daging tadi.
Setelah direhatkan beberapa ketika, anda bolehlah mula membentuknya dengan menimbang
atau mengagak setiap Patty dengan seberat 140 gram untuk beger bersaiz jumbo atau 70 gram
untuk slider bersaiz mini. Gumpalkan kepada 10 ke 20 bebola dan penyakkan membentuk
seperti Patty beger yang terdapat dikedai-kedai.
Volume 1 - 2016
Masak Patty anda tadi mengikut citarasa anda samada kering dan rangup atau berjus. Dalam
masa yang sama, sediakan daun salad anda dan bawang besar merah. Potong bawang merah
bulat-bulat dan rincikkan daun salad anda. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian anda
kisarkan bersama dengan mayonis dan tambahkan sedikit gula serta garam secukup rasa.
Potong roti bun anda dan bakar diatas grill dibahagian dalam untuk beberapa ketika sehingga
sedikit perang dan angkat untuk langkah seterusnya. Sebelum anda mengangkat Patty yang
telah anda bakar, letakkan keju diatasnya untuk dicairkan. Sementara menunggu, sapukan sos
pes salad mayonis yang dikisar tadi diatas bun yang berada dibawah bersama. Salad dan
bawang yang sebahagian lagi anda gaulkan bersama sos thousand island. Angkat Patty anda
dan letakkan diatas bun. Jika anda ingit jadikannya dua tingkat letakkan dua biji patty diatasnya.
Letakkan salad dan bawang yang digaul bersama sos thousand island tadi dan letakkan bun
bahagian atas. Cucukkan sebilah lidi pencucuk untuk kekalkan bentuk beger anda tersebut.
Hidangkan diatas pinggan bersama dengan cip kentang atau kentang goring dan taburkan
sedikit sos diatasnya untuk hiasan.
SEKIAN
Volume 1 - 2016
Penutup
Diharap agar pembaca dapat mempelajari serta memahami resepi-resepi yang diajarkan
didalam naskah ini. Sama-samalah kita mula menghasilkan makanan yang lebih sihat untuk diri
kita, keluarga kita serta orang-orang disekeliling kita. Tidak susah pun untuk memasak dan yang
paling penting, anda tidak perlu menjadi seorang chef untuk memasak hidangan yang berkualiti
seperti diatas. Selain itu, anda juga tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk
menjayakan majlis-majlis keramaian anda. Anda Cuma perlukan sedikit kesungguhan untuk
mempersembahkan hidangan yang baik.
Nantikan Naskah seterusnya dari Pohon Cherry Grill. Selamat mencuba.
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016
Produk sejuk beku sedia untuk di-Grill dari Pohon Cherry Grill
Bagi yang ingin menjadi pengedar, sila hubungi: +6012 669 4217
Semenanjung Malaysia
Volume 1 - 2016
Volume 1 - 2016

More Related Content

Similar to Resepi BBQ dan Grill

AT Modul 2 kb 1
AT Modul 2 kb 1AT Modul 2 kb 1
AT Modul 2 kb 1
PPGhybrid3
 
Memilih bibit k.potong
Memilih bibit k.potongMemilih bibit k.potong
Memilih bibit k.potong
BBPP_Batu
 
Meat and Poultry: www.chefqtrainer.blogspot.com
Meat and Poultry: www.chefqtrainer.blogspot.comMeat and Poultry: www.chefqtrainer.blogspot.com
Meat and Poultry: www.chefqtrainer.blogspot.com
Culinary Training Program
 
kelompok 7_Budidaya kambing.pptx
kelompok 7_Budidaya kambing.pptxkelompok 7_Budidaya kambing.pptx
kelompok 7_Budidaya kambing.pptx
MargarethaWenda
 
Makalah bangsa-bangsa ternak itik
Makalah bangsa-bangsa ternak itik Makalah bangsa-bangsa ternak itik
Makalah bangsa-bangsa ternak itik
Laode Syawal Fapet
 
WEEK 8 PENGELUARAN RUMINAN VAAA.pptx.pdf
WEEK 8 PENGELUARAN RUMINAN VAAA.pptx.pdfWEEK 8 PENGELUARAN RUMINAN VAAA.pptx.pdf
WEEK 8 PENGELUARAN RUMINAN VAAA.pptx.pdf
d093371
 
Tugas pip powerpoint 2
Tugas pip powerpoint 2Tugas pip powerpoint 2
Tugas pip powerpoint 2
Azlan Abdurrahman
 
KULIAH ke 8- Ternak KUDA.ppt
KULIAH ke 8-  Ternak KUDA.pptKULIAH ke 8-  Ternak KUDA.ppt
KULIAH ke 8- Ternak KUDA.ppt
PipingNovelita11
 
286060227-Budidaya-Ayam-Kalkun-Kelompok-5.pptx
286060227-Budidaya-Ayam-Kalkun-Kelompok-5.pptx286060227-Budidaya-Ayam-Kalkun-Kelompok-5.pptx
286060227-Budidaya-Ayam-Kalkun-Kelompok-5.pptx
20MTAQIYYUDDINASYSYA
 
Analisis biaya pembuatan kandang
Analisis biaya pembuatan kandangAnalisis biaya pembuatan kandang
Analisis biaya pembuatan kandang
slamet dwiyuliyono
 
Prakarya bab 4 subbab a
Prakarya bab 4 subbab aPrakarya bab 4 subbab a
Prakarya bab 4 subbab a
OliviaWidiantari
 
Pmw produksi tahu bakso
Pmw produksi tahu baksoPmw produksi tahu bakso
Pmw produksi tahu bakso
Taufik Habibie
 
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docxMAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
Shelsyalesiyah2906
 
AT Modul 5 kb 1
AT Modul 5 kb 1AT Modul 5 kb 1
AT Modul 5 kb 1
PPGhybrid3
 
Pasca Panen dan pengolahan Produk dan Hasil Samping Kelinci.pptx
Pasca Panen dan pengolahan Produk dan Hasil Samping Kelinci.pptxPasca Panen dan pengolahan Produk dan Hasil Samping Kelinci.pptx
Pasca Panen dan pengolahan Produk dan Hasil Samping Kelinci.pptx
FirmanJaya12
 
Modul 2 kb 4 (finish)
Modul 2 kb 4 (finish)Modul 2 kb 4 (finish)
Modul 2 kb 4 (finish)
Yayan Yanuar Rahman
 
manajemen pemasaran ikan kerapu
manajemen pemasaran ikan kerapumanajemen pemasaran ikan kerapu
manajemen pemasaran ikan kerapuJulita Anggrek
 

Similar to Resepi BBQ dan Grill (20)

AT Modul 2 kb 1
AT Modul 2 kb 1AT Modul 2 kb 1
AT Modul 2 kb 1
 
Memilih bibit k.potong
Memilih bibit k.potongMemilih bibit k.potong
Memilih bibit k.potong
 
Kambing boer
Kambing boerKambing boer
Kambing boer
 
Meat and Poultry: www.chefqtrainer.blogspot.com
Meat and Poultry: www.chefqtrainer.blogspot.comMeat and Poultry: www.chefqtrainer.blogspot.com
Meat and Poultry: www.chefqtrainer.blogspot.com
 
kelompok 7_Budidaya kambing.pptx
kelompok 7_Budidaya kambing.pptxkelompok 7_Budidaya kambing.pptx
kelompok 7_Budidaya kambing.pptx
 
Makalah bangsa-bangsa ternak itik
Makalah bangsa-bangsa ternak itik Makalah bangsa-bangsa ternak itik
Makalah bangsa-bangsa ternak itik
 
WEEK 8 PENGELUARAN RUMINAN VAAA.pptx.pdf
WEEK 8 PENGELUARAN RUMINAN VAAA.pptx.pdfWEEK 8 PENGELUARAN RUMINAN VAAA.pptx.pdf
WEEK 8 PENGELUARAN RUMINAN VAAA.pptx.pdf
 
Tugas pip powerpoint 2
Tugas pip powerpoint 2Tugas pip powerpoint 2
Tugas pip powerpoint 2
 
KULIAH ke 8- Ternak KUDA.ppt
KULIAH ke 8-  Ternak KUDA.pptKULIAH ke 8-  Ternak KUDA.ppt
KULIAH ke 8- Ternak KUDA.ppt
 
286060227-Budidaya-Ayam-Kalkun-Kelompok-5.pptx
286060227-Budidaya-Ayam-Kalkun-Kelompok-5.pptx286060227-Budidaya-Ayam-Kalkun-Kelompok-5.pptx
286060227-Budidaya-Ayam-Kalkun-Kelompok-5.pptx
 
Analisis biaya pembuatan kandang
Analisis biaya pembuatan kandangAnalisis biaya pembuatan kandang
Analisis biaya pembuatan kandang
 
Babi
BabiBabi
Babi
 
Prakarya bab 4 subbab a
Prakarya bab 4 subbab aPrakarya bab 4 subbab a
Prakarya bab 4 subbab a
 
Pemeliharaan Ternak Sapi Potong
Pemeliharaan Ternak Sapi PotongPemeliharaan Ternak Sapi Potong
Pemeliharaan Ternak Sapi Potong
 
Pmw produksi tahu bakso
Pmw produksi tahu baksoPmw produksi tahu bakso
Pmw produksi tahu bakso
 
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docxMAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
MAKALAH WIRAUSAHA BUDIDAYA PEMBENIHAN IKAN HIAS.docx
 
AT Modul 5 kb 1
AT Modul 5 kb 1AT Modul 5 kb 1
AT Modul 5 kb 1
 
Pasca Panen dan pengolahan Produk dan Hasil Samping Kelinci.pptx
Pasca Panen dan pengolahan Produk dan Hasil Samping Kelinci.pptxPasca Panen dan pengolahan Produk dan Hasil Samping Kelinci.pptx
Pasca Panen dan pengolahan Produk dan Hasil Samping Kelinci.pptx
 
Modul 2 kb 4 (finish)
Modul 2 kb 4 (finish)Modul 2 kb 4 (finish)
Modul 2 kb 4 (finish)
 
manajemen pemasaran ikan kerapu
manajemen pemasaran ikan kerapumanajemen pemasaran ikan kerapu
manajemen pemasaran ikan kerapu
 

Resepi BBQ dan Grill

  • 1. Volume 1 - 2016
  • 2. Volume 1 - 2016 RESEPI BBQ DAN GRILL Siri Panduan Mudah Memasak
  • 3. Volume 1 - 2016 Nota Penafian: Segala isi kadungan didalam buku ini adalah secara telus serta untuk dijadikan sebagai rujukan kepada umum. Tiada liabiliti terhadap tuntuan kerosakan serta kehilangan akan diterima yang menyebabkan kecederaan serta kerugian atas sebab mengikuti arahan-arahan didalam buku ini. Edisi ini dipublikasikan secara “On-line” di Malaysia pada 2016 oleh: Pohon Cherry Grill Enterprise Sungai Petani Kedah, Malaysia ©Rijal Abd Shukor 2016-02-02 Hak untuk dikenalpasti sebagai penulis buku ini adalah dimiliki oleh Rijal Abd Shukor dan di rujuk kepada Copyright, Design, and pattern Act, 1988. Hak cipta terpelihara: Tiada bahagian didalam buku ini boleh dicetak semula, dipindahkan atas mana- mana bentuk, atau disimpan didalam sistem-sistem tanpa mendapat persetujuan penerbit sepertimana di benarkan oleh pihak Pohon Cherry Grill Enterprise. Terima kasih kepada Alurda Media Studio untuk foto-foto yang disediakan dan Hidayah Design House untuk rekaan kulit buku ini. Kod penerbitan “On-Line”: PCG-0000001-2016RAS
  • 4. Volume 1 - 2016 ISI KANDUNGAN Muka Surat Pengenalan………………………………………………………………………………….. Jenis-jenis Protein………………………………………………………………………… Mengenal Herba Serta Teknik Perapan………………………………………….. Resepi 1: Sos Dan Gravy……………………………………………………………….. Resepi 2: Kambing Golek Mediterranean………………………………………. Resepi 3: Kambing Grill Tuscany……………………………………………………. Resepi 4: Daging Lembu Bakar Bulgogi (Korea)…………………………….. Resepi 5: Ayam Grill Terrayaki (Jepun)………………………………………….. Resepi 6: Puyuh Bakar Tradisional………………………………………………… Resepi 7: Kebab (Shish Kebob)……………………………………………………….
  • 5. Volume 1 - 2016 Resepi 8: Ikan Bakar Sumbat……………………………………………………….. Resepi 9: Ikan Kukus Grill……………………………………………………………. Resepi 10: Kombo Makanan Laut (Cajun Style)……………………………. Resepi 11: Ayam Piru Grill Essoueria……………………………………………. Resepi 12: Sosej Herba Gril (Homemade)…………………………………….. Resepi 13: Pasta Gril Ratatuille…………………………………………………….. Resepi 14: Sup Kambing Marhaen………………………………………………… Resepi 15: Sayur Gril Kombo…………………………………………………………. Resepi 16: Buah-Buahan Gril (Pencuci Mulut)………………………………. Resepi 17: Roti Keju Gril (Grilled Cheese Panini)……………………………. Resepi 18: Coleslaw dan Salad Buah-Buahan Tropika……………………..
  • 6. Volume 1 - 2016 Resepi 19: Kentang Putar Berkeju………………………………………………… Resepi 20: Sorbet (Ais) Lemon dan Jus Kalamansi Asam Boi………….. Resepi Bonus………………………………………………………………………………… Penutup…………………………………………………………………………………………
  • 7. Volume 1 - 2016 PENGENALAN Salam kasih untuk para pembaca. "Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya." Berkat dari pengalaman serta pembelajaran berterusan, Alhamdulillah terhasillah naskah ini untuk dijadikan rujukan serta ilmu yang bermanfaat kepada pembaca semua. Diharapkan agar naskah ini dapat mengubah persepsi kita tentang pemakanan kita serta pilihan kita untuk memasak hidangan yang berkhasiat untuk diri sendiri serta keluarga mahupun kenalan kita. 20 resepi utama ditambah pula dengan 3 resepi bonus khas untuk para pembaca sekalian. Berbahagialah semasa membaca dan mempelajari resepi-resepi tersebut. Mulakan dengan Bismillah dan amalkan bersalawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. semasa memasak. Semoga berkat dan bermanfaat untuk semua. In Shaa allah. Selamat mencuba.
  • 8. Volume 1 - 2016 Jenis-jenis Protein Untuk sesuatu majlis BBQ dan Grill yang akan anda lakukan, anda pasti akan menyediakan sesuatu juadah yang menarik serta enak untuk tetamu-tetamu anda. Pemilihan jenis protein yang sesuai adalah amat penting bagi memenuhi citarasa para hadirin semua. Mari kita kenali jenis-jenis protein yang selalu atau boleh kita gunakan untuk majlis yang akan kita adakan. a- Daging Lembu 1. BRAHMAN ialah lembu yang berwarna putih kepala agak kehitaman dan bertengkuk besar, bukan yang berwarna coklat/merah seperti yang kita fikir selama ini. Berasal dari india, namun banyak dibiak bakakan di Amerika Syarikat. Baka jantan mempunyai berat maksimum 800kg dan betina 550kg. 2. LIMOUSINE: merupakan keturunan lembu Eropah yang dibiak bakakan di Perancis, lembu jenis ini banyak di gunakan untuk pawah di negara2 Asia seperti Malaysia untuk tujuan penggemukan, harganya mahal karena pertumbuhan badanya boleh mencapai 1,1kg perhari.
  • 9. Volume 1 - 2016 3. CHAROLAIS: lembu jenis ini juga dibiak bakakan di negara Perancis, warna bulunya putih perak dan merupakan jenis paling besar di negara tersebut. Pertumbuhan badannya perhari boleh mencapai 1,3kg. 4. HEREFORD: lembu jenis ini juga merupakan baka keturunan Eropa yang dikembangkan di United Kingdom, berat lembu jantan rata-rata 900kg dan betinanya 725kg. 5. SHORTHORN: lembu jenis ini sama dengan hereford dan juga dibiak bakakan di negara United Kingdom. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 850kg.
  • 10. Volume 1 - 2016 6. SIMMENTAL: lembu ini berasal dari lembah Simme di Switzerland, tetapi banyak dibiak bakakan di Australia dan Selandia Baru. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 800kg. 7. ABERDEN ANGUS: lembu jenis berasal dari negara Scotland. Lembu jantan rata-rata 900kg dan betina 700kg. 8. BRANGUS: lembu ini adalah persilangan(kacukan) betina Brahman dan pejantan Aberden Angus.
  • 11. Volume 1 - 2016 9. SANTA GERTRUDIS: lembu ini adalah hasil persilangan (kacukan) antara pejantan Brahman dan betina shorthorn. Dibiak bakakan pertama kali di King Ranch Texas Amerika Syarikat pada tahun 1943. Lembu jantan rata-rata 900kg dan betina 725kg. 10. DROUGHMASTER: merupakan persilangan (kacukan) antara betina brahman dan pejantan shorthorn, dibiak bakakan di Australia. Daging Lembu Batang Pinang (Beef Tenderloin)
  • 12. Volume 1 - 2016 Daging Lembu Primier Wagyu/Kobe beef Pengeluaran setahun amat dihadkan kepada 3,000 ekor sahaja bagi menjaga mutu serta keinukan daging wagyu ini. Pemakanan Hop atau rempah yang digunakan untuk membuat bir telah diamalkan untuk menjadikan isi daging ini lebih berlemak serta enak berbanding daging lembu yang lain. Setiap “carcass” wagyu akan disertakan dengan sijil disahkan mutu serta lokasi oleh panel yang diwatikahkan oleh negara Jepun. Harga untuk sekilo daging jenis Wagyu ini mungkin akan mencecah sehingga puluhan ribu ringgit bergantung kepada kualiti “Marbling” daging tersebut. Sijil Wagyu Beef dari Jepun
  • 13. Volume 1 - 2016
  • 14. Volume 1 - 2016 b- Daging Kambing 1. Kambing Biri-biri/Dorper (Lamb/Sheep) Tempatan Biri-biri merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Biri-biri tempatan di Malaysia hanya terdapat di Kelantan dalam 2 jenis. Satu jenis mempunyai bulu yang lembut dan halus dan mempunyai telinga kecil, sementara sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar dan keras, dan telinga biasa. Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding yang diimpot daripada Hong Kong, Singapura atau Bangkok, dan juga tidak menyerupai biri-biri di Burma dan India. Biri-biri yang terdapat di Kelantan tidak diketahui asalnya, mungkin mampu ditentukan dengan kajian DNA. Bagaimanapun, biri-biri tersebut telah menyesuaikan diri dengan kawasan tempatan di Kelantan, Patani dan sebahagian Terengganu. Ia tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. {W.A Graham ( 1905 ) " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " , diterbitkan oleh James Maclehose and Sons, Glasgow (1908) - Chapter XIII : Live Stock, page 85 ~ 86 rujukan. Termasuk biri-biri tempatan, terdapat tiga kumpulan biri-biri: 1. Biri-biri tempatan (MALIN); 2. Jenis eksotik (asal dari luar negeri); 1. Dorset 2. Wiltshire 3. Romney 4. Suffolk 5. Corriedale 6. Border Leicester 3. Kacukan-kacukan di atas
  • 15. Volume 1 - 2016 2. Kambing Kampong/Katjang (Kacang) Ciri-ciri:-  Asal dari Malaysia dan Indonesia.  Badan yang kecil dan pendek  Tanduk melentur ke atas dan ke belakang.  Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina.  Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.  Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60 cm  Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.  Kelahiran kembar .  Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan. 3. Kambing Boer Ciri ciri kambing boer:  Subur dan mudah membiak sepanjang tahun  Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain  Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein  Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain  Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
  • 16. Volume 1 - 2016  Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang. 4. Kambing Jamnapari/Ettawah Ciri-ciri:-  Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang  Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,  Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan. 5. Mutton (Biri-biri Tua) & Lamb (Biri-Biri Muda) Import Sejuk Beku
  • 17. Volume 1 - 2016 Potongan Daging Kambing
  • 18. Volume 1 - 2016 c- Ayam 1. Ayam Pedaging Ayam yang biasa kita dapati dipasar-pasar tani, kedai-kedai runcit serta pasaraya-pasaraya di Malaysia. Isinya lembut serta sedikit berlemak. Anda boleh memilih untuk menggunakan bahagian-bahagian seperti paha, sayap atau dada sahaja untuk majlis BBQ anda ataupun boleh menggunakan kesemua bahagian dengan memanggang seekor ayam. 2. Ayam Kampong Ayam kampong yang terdapat di Malaysia agak kurus serta tinggi berbanding ayam pedaging. Isinya lebih kenyal serta kurang berlemak. Untuk memasaknya perlulah kita melembutkan dahulu isinya agar apabila digrill, isinya akan lebih mudah dikunyah serta lembut. Ayam jenis kampong ini dikatakan amat berkhasiat jika dikonsumsi secara berterusan.
  • 19. Volume 1 - 2016 3. Ayam Belanda (Turkey) Ayam belanda mempunyai isi yang agak manis serta banyak. Kelembutan isinya serta rasa aroma daging ayam belanda memang boleh membuatkan kita ingin makan lagi dan lagi. 4. Ayam Selasih/Cemani Ayam ini dagingnya bewarna hitam pekat. Rasanya mungkin agak serupa seperti ayam kampong. Tetapi dari segi prubatan, ianya amat baik untuk tubuh badan kita.
  • 20. Volume 1 - 2016 d- Protein-Protein Lain Burung Puyuh Burung Unta Itik Merpati
  • 21. Volume 1 - 2016 Rusa Arnab
  • 22. Volume 1 - 2016 Ikan
  • 23. Volume 1 - 2016
  • 24. Volume 1 - 2016 Udang Ketam
  • 25. Volume 1 - 2016 Udang Kara (Lobster) Sayur-Sayuran
  • 26. Volume 1 - 2016 MENGENAL HERBA SERTA TEKNIK PERAPAN Untuk menjadikan anda seorang yang bijak memasak Grill dan BBQ, anda perlulah tahu tentang kepelbagaian teknik serta cara untuk memerap bahan-bahan seperti daging lembu, ayam, daging kambing atau sayur-sayuran serta buah-buahan. Rasa asas kepada bahan-bahan tersebut amat penting untuk menaikkan keinginan tetamu-tetamu anda untuk menikmati juadah yang anda sediakan. Rasa asas ini bergantung kepada pemilihan herba serta teknik perapan yang anda pilih. Pada bab ini, mari kita pelajari tentang teknik-teknik perapan serta jenis-jenis herba yang boleh anda gunakan untuk memerap bahan-bahan BBQ anda. Anda juga boleh memilih samada untuk memerap secara tradisional Malaysiana ataupun secara antarabangsa. TEKNIK PERAPAN Secara amnya, apa yang anda harus tahu tentang memasak secara BBQ atu Grill ini adalah kuasai teknik perapan. Hasil daripada teknik0teknik asas ini akan memahirkan anda untuk mencipta menu-menu rahsia anda sendiri suatu masa nanti. Pada asasnya, terdapat enam teknik perapan yang anda harus tahu. Diantaranya adalah Perapan Kering (Dry-Rub), Perapan Basah (Oil Based/Water Based), Perapan Kukus, Perapan Rebus (broiling), Perapan Rendam Sejuk (Braining) dan Perapan Tumis. - Perapan Kering (Dry-Rub) – Herba Kering Perapan kering bermaksud, anda menggunakan herba-herba kering yang telah dikisar untuk jadikan satu kombinasi perisa yang unik untuk bahan-bahan BBQ anda. Diantara herba sas yang digunakan adalah cili kering, kunyit, halia, Halapeno kering, Daun Parsley, Daun Coriander, Oregano, Serbuk Bawang Putih, Serbuk Bawang Merah, Jintan Manis, Bunga Cengkih, Buah Pala, Rosemary, Basel, Lada Hitam, Thyme, Lada Putih, Kucai dan banyak lagi. Cara penggunaannya adalah dengan menyapu herba-herba tersebut pada bahan-bahan BBQ seperti daging atau sayur-sayuran kesemua permukaannya. Jangan lupa untuk mengurut bahan tersebut supaya ianya menyerap kedalam daging atau sayuran tersebut.
  • 27. Volume 1 - 2016
  • 28. Volume 1 - 2016 - Perapan Basah (Oil Based/Water Based) – Herba Segar Perapan Basah pula adalah dimana kita menggunakan herba-herba segar seperti Daun Parsley, Daun Rosemary, Serai atau Halia segar yang mana kita kisarkannya. Hasil daripada kombinasi tersebut ianya akan membentuk satu jenis perapan berasaskan air atau kita juga boleh menambahkan minyak seperti minyak zaitun, minyak Mustard, minyak canola, atau minyak Mazola untuk menambahkan lagi perisa rempah tersebut. Terdapat juga produk-produk perapan yang dijual dipasaraya tempatan yang boleh diguna jika anda rasa malas untuk mengisar bahan-bahan tersebut sendiri. Cara yang sama kita boleh gunakan untuk memerap daging atau sayuran kita, iaitu dengan menyapu rempah tersebut pada kesemua bahagian daging atau sayuran serta mengurut kesemua bahagian supaya rasanya menyerap.
  • 29. Volume 1 - 2016 - Perapan Kukus (Kukus & Grill) Mengukus selalunya berkaitan dengan ayam. Dimana anda perlu menyediakan herba-herba perapan didalam periuk kukus tersebut dan memasukkan ayam kedalam periuk tersebut. Pastikan segala rempah perisanya cukup dan sedap sebelum mula mengukus. Wap panas berperisa tersebut akan menyerap kedalam isi ayam tersebut. Teknik ini akan membuatkan ayam kita akan lebih lembut dan mengubah tekstur isi ayam tersebut menjadi lebih longgar. Selepas beberapa minit atau jam di kukus, keluarkan ayam tersebut dari periuk kukus dan boleh mula menggrilkannya samada di dalam ketuhar atau diatas api. Anda juga boleh mencuba teknik ini keatas daging lembu atau daging kambing, tetapi mungkin tempoh masa kukusan akan berbeza dari ayam.
  • 30. Volume 1 - 2016 - Perapan Rebus (Broiling) Teknik merebus ini digunakan untuk melembutkan isi daging atau ayam dimana daging atau ayam tersebut akan dimasukan kedalam periuk berisi air yang telah di campurkan bersama herba serta bahan perisa. Ianya akan direbus selama beberapa minit dari sepuluh minit ke satu jam. Apabila hasil rebusan tersebut dilihat telah agak lembut serta diresapi oleh bahan-bahan rempah herba, maka anda bolehlah keluarkannya dan mula grilkan diatas api atau didalam ketuhar. Teknik ini agak sama dengan teknik mengukus Cuma kaedahnya sahaja agak berlainan. Ianya amat sesuai untuk memasak potongan daging yang agak kecil. Dimana masa yang diambil agak singkat. Selain itu, anda juga boleh terus menggunakan belanga (Skillet) didalam oven. Apabila semua cecair kering, proses gril pula akan bermula.
  • 31. Volume 1 - 2016 - Perapan Rendam Sejuk (Brining) Apakah Kaedah Rendaman ini? Ianya adalah teknik perapan berasakan garam yang menambah kelembapan kepada daging, ikan atau ayam yang mempunyai kecenderungan untuk kering di panggangan. Bergantung kepada bahan-bahan, air garam juga boleh memberikan rasa unik. Teknik ini terbaik digunakan untuk memerap Ayam, daging lembu, daging kambing, ikan yang kenyal seperti ikan keli atau ikan salmon. Cara-cara perapan: 1. Rebus 2 liter air. 2. Masukkan 1 cawan garam kasar dan 1 cawan gula perang gelap dan padamkan api. Tambah baki air dan biarkan sejuk ke suhu bilik. Sedikit Cuka juga boleh ditambah untuk menaikkan lagi perisa protein anda. 3. Tambah protein anda serta herba-herba yang anda ingini, pastikan ia ditutup sepenuhnya dengan kedap, dan sejukkan dengan ais atau didalam peti sejuk. Sekeping kecil daging ideal diperap dengan air garam dalam masa 30 minit; ayam belanda keseluruhan boleh rendam selama 12 hingga 24 jam. protein anda siap untuk di grill apabila ianya nampak berisi dan padat. Tetapi berhati-hati, terlalu lama merendam boleh menyebabkan daging anda menjadi terlalu masin.
  • 32. Volume 1 - 2016 - Perapan Tumis Menumis Herba serta bahan-bahan perapan adalah merupakan satu cara untuk meningkatkan mutu dan rasa protein yang akan anda perap. Tekstur serta campuran herba kan menjadi lebih intensif lagi apabila dipanaskan. Dengan itu apabila protein anda atau sayuran anda diperap, ianya akan menjadikan perisa nya lebih tajam serta menarik. Cara mudah untuk sediakannya adalah dengan menumis bahan-bahan asas seperti bawang putih, bawang merah, halia didalam minyak dahulu untuk menaikkan aromanya. Selepas itu anda perlu masukkan bahan-bahan herba yang lainnya. Untuk beberapa ketika sehingga pecah minyak. Selepas itu, padamkan api dan biarkannya sejuk. Apabila sudah sejuk, anda bolehlah memerap protein atau sayuran anda dengan menggunakan tumisan perapan tersebut. Lebihan tumisan bolehlah anda simpan untuk kegunaan masa depan atau dihadiahkan kepada jiran-jiran anda.
  • 33. Volume 1 - 2016 JENIS-JENIS HERBA DAN REMPAH ASAS PERAPAN
  • 34. Volume 1 - 2016
  • 35. Volume 1 - 2016
  • 36. Volume 1 - 2016
  • 37. Volume 1 - 2016
  • 38. Volume 1 - 2016 Diatas adalah antara jenis-jenis Cili/Cabai yang boleh digunakan untuk menambah kepedasan serta perisa kepada BBQ & Grill anda. Selain itu, versi serbuk juga yang selalu digunakan adalah seperti cayenne, paprika dan cipotle. Masing-masing mempunyai rasa serta aroma tersendiri yang boleh membuatkan kelainan pada masakan anda.
  • 39. Volume 1 - 2016 PENAMBAH PERISA Rasa yang enak bermula dari hati sebenarnya. Walaupun lidah memainkan peranan penting, deria rasa kita hanyalah satu alat untuk membuat hati kita merasai keenakan sesuatu makanan. Minda kita juga akan menjadi tenang apabila hati kita senang pada keenakan makanan yang kita makan. Sebagai seoarang yang menyediakan makanan, kita haruslah memasak dari hati. Berselawat selalu serta berzikir juga dapat menenangkan kita selain daripada membuat kan kita focus terhadap penyediaan makanan kita. Bermula dari situ, kita In Shaa Allah akan mencipta sesuatu makanan yang baik untuk kita serta baik untuk tetamu kita. Fokus pada bahan-bahan penambah perisa yang kita masukkan seperti garam, gula, cuka dan lain-lain dapat membuatkan hasil akahir juadah yang kita sediakan menjadi seimbang dari segi rasa serta akan menjadi unik kepada tetamu kita. Yakin pada diri kita sentiasa harus ada semasa kita menyediakan juadah. Dari suatu sudut lain pula, penggunaan penambah perisa semulajadi dan juga yang telah diproses juga dapat membantu kita membuatkan makanan yang kita sediakan menjadi lebih enak. Contoh perisa semulajadi adalah seperti garam, gula, dan asam jawa. Manakala kicap soya, MSG, Ajinomoto perencah Hilal adalah antara penambah perisa yang telah diproses. Namu harus kita ingat bahawa bahan perise yangtelah diproses ini mungkin akan mempunyai kesan sampingan kepada kesihatan kita apabila digunakan secara tidak terkawal.
  • 40. Volume 1 - 2016 TEMPOH IDEAL MASA PERAPAN Pemerapan yang efektif akan memakan masa dari 10 minit sehingga ke 48 jam. Pada asasnya, teknik atau kaedah perapan yang kita guna amat memainkan peranan yang penting bagi menentukan tempoh masa pemerapan protein atau sayuran kita tersebut. Selain daripada itu, pemilihan jenis protein atau sayuran juga menentukan tempoh masa yang sesuai untu proses perapan. Apa yang perlu kita tahu, adalah secara asasnya protein yang mempunyai isi yang kenyal selalunya akan mengambil masa yang lebih panjang baginya untuk diresapi bahan-bahan herba perapan. Bagi sayuran pula, masa yang diperlukan adalah dari 10 minit ke 2 jam sahaja.
  • 41. Volume 1 - 2016 TEKNIK MEMBAKAR (BBQ & GRILL) Grill Ketuhar Grill Kuali Leper (Pan Grill) BBQ atas api Salai (Smooking)
  • 42. Volume 1 - 2016 Grill dan Sapu (Glazing/Rubbing) Grill Batu Panas (Hot Stone Grill)
  • 43. Volume 1 - 2016 RESEPI POHON CHERRY GRILL Resepi 1: Sos dan Gravy Sebagai penambah seri dan juga penyedap rasa sesuatu jenis makan BBQ dan Grill, sos ataupun Gravy memainkan peranan yang amat penting didalam sesebuah hidangan. Selain ianya menambah perisa, ia juga dapat meningkatkan lagi rasa aroma protein yang kita gunakan. Berikut adalah beberapa jenis sos serta gravy yang dapat anda pelajari. 1. Sos Perang (Brown Sauce) Masa Penyediaan : 30 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 1 jam Ideal Hidangan : 4-6 hidangan Bahan-Bahan 4 biji bawang putih dan 1 biji bawang besar 2 sudu besar tepung gandum atau tepung jagung 1/2 kiub ayam atau 4 cawan stok air rebusan daging lembu/kambing/ayam 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar serbuk lada hitam 1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar2 50 gram Gula Merah 1 sudu besar mentega
  • 44. Volume 1 - 2016 Cara Penyediaan: panas kan mentega sampai cair dan masuk kan bawang, goreng sampai wangi. masukkan lada hitam, masukkan tepung gandum/jagung kacau cepat2 untuk jadikannya “Roux”. Selepas itu masukkan air dan kacau agar ianya tidak bergentel. Perlahan-lahan masukkan stok air rebusan protein dan masukkan kiub ayam, kacau sehingga sebati. Akhir sekali, masuk kan sos tiram, kicap manis dan serbuk lada hitam. Biarkan ia mendidih sebentar sehingga sos tersebut agak pekat, kacau agar tidak berketul atau hangit. Sebagai pilihan, anda juga boleh menggunakan serbuk Sos Perang yang terdapat dipasaran jika saiz tetamu yang anda jemput melebihi 20 orang. Ini kerana ianya akan menjimatkan masa anda serta anda boleh menumpukan kepada perkara-perkara lain. Anda boleh menyediakan 10 liter sos dalam masa 5 minit. Tetapi anda boleh menjadikannya unik dengan mengubah serta menambah beberapa ramuan seperti gula merah, bawang putih, cendawan atau lebihkan lada hitam agar sedikit pedas. Satu kilogram serbuk Perang selalunya dapat menghasilkan sebanyak 10 liter sos. Bahan-bahan yang terdapat didalam sesuatu produk serbuk perang adalah seperti: Tepung Gandum, Lemak Sayuran, Garam Halus, Tepung Jagung, Serbuk Tomato, MSG (Monosodium Glutamate), Serbuk Bawang, Gula, Serbuk Karamel, Rempah Ratus, Perasa Tiruan, Gum Guar, dan Maltodextrin.
  • 45. Volume 1 - 2016 2. Sos Unggu (Purple Sauce) Masa Penyediaan : 10 minit Masa Memasak : 15 minit Masa Diperlukan : 25 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-Bahan: ½ biji kobis Merah 1 biji kobis Cameron (Besar-2 kilogram) 3 iji bawang besar 10 ulas bawang putih 60ml cuka makan 100ml Mayonis 100gram gula pasir 30gram garam 250ml air Cara Penyediaan: Cara untuk menyediakan Sos Unggu ini amat mudah sekali. Bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk menjadi seorang tukang masak ataupun hanya untuk memasak dirumah, kaedahnya terlalu mudah bagi anda lakukan. Untuk pengetahuan anda, warna unggu yang dihasilkan pada sos tersebut adalah berpunca daripada kobis merah yang kita gunakan. Kobis merah adalah salah satu sayuran anti-kanser yang terbaik jika kita konsumsi dengan kekerapan yang tinggi.
  • 46. Volume 1 - 2016 Untuk memulakan, anda perlu memotong secara kasar bahan-bahan yang akan kita gunakan bagi memudahkan mesin pengisar mengisar bahan-bahan tersebut. Masukkan Kobis merah, bawang besar, bawang putih dan air kedalam pengisar. Kisar sehingga halus dan sebati. Selepas itu, masukkan sedikit demi sedikit kobis Cameron dan kisarkannya. Apabila kita Nampak semua bahan tersebut telah sebati serta halus, masukkan cuka, gula dan garam lalu kisarkan semua nya sekali lagi sehingga sebati dan halus. Sesudah anda dapati semuanya sebati, masukkan mayonis kedalam pengisar dan kisarkan sehingga semua bahan sebati. Warna unggu pekat akan bertukar menjadi seakan-akan merah jambu. Tuangkan kedalam bekas untuk disimpan didalam peti sejuk untuk beberapa ketika. Sos Unggu ini akan menjadi lebih sedap apabila dihidangkan dalam keadaan sejuk bersama-sama protein yang telah anda grill.
  • 47. Volume 1 - 2016 3. Sos Pesto Hijau (Pesto sauce) Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 15 minit Masa Diperlukan : 35 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-Bahan: 15 ulas bawang putih 5 ulas bawang besar 600 gram daun sup / daun bayam / daun selasih 10 biji chili hijau besar 5 biji chili hijau pedas (Cabai Melaka) 200 gram gula putih 100 gram garam 10 gram lada hitam 200 ml cuka makan 20 ml air 500 ml minyak (zaitun/bunga matahari/sawit) *Setiap jenis daun yang digunakan akan mempunyai rasa yang unik masing-masing. Oleh itu, anda bolehlah memilihnya mengikut citarasa anda sendiri. *Jika anda ingin rasa yang lebih segar, anda boleh memilih untuk menambahkan sedikit daun mint (mentos) kedalam ramuan tersebut. Tetapi anda perlulah dapat mengagak sukatan yang anda perlukan agar sos pesto anda tidak akan menjadi terlalu pahit akibat lebihan daun mint yang anda masukkan tadi. *Kreativiti anda amatlah penting untuk menghasilkan sos pesto yang unik bagi anda.
  • 48. Volume 1 - 2016 Cara Penyediaan: Kupas dan basuh bawang, daun-daun serta chili hingga bersih. Toskan biarkan ianya kering. Sediakan mesin pengisar. Masukkan bawang, daun, chili dan air. Kisarkan sehingga hancur. Apabila agak hancur, masukkan cuka gula lada hitam seta minyak zaitun dan kisarkan lagi agar sebati. Anda boleh memilih untuk membiarkan sos tersebut menjadi halus atau sedikit kasar. Kemudian masukkan minyak secara aliran serta sambal kisarkan bahan-bahan tersebut biar sebati. Beberapa ketika kemudian, anda akan meperolehi hasilnya. Tambahkan garam secukup rasa agar ianya tidak terlalu masin atau tidak terlalau tawar. Sos pesto sesuai dimakan bersama pelbagai jenis masakan BBQ & Grill.
  • 49. Volume 1 - 2016 4. Sos Krim Cendawan (Cream of Mushroom sauce) Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 25 minit Masa Diperlukan : 45 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan Bahan-bahan : 1⁄4 cawan mentega (Butter) 1⁄4 cawan tepung gandum/jagung 1⁄4 sudu kecil garam & Gula 1⁄8 sudu kecil serbuk lada hitam 200 Gram Cendawan Button atau Abalone 100 gram keju lembut (Cream Cheese) 1 ulas bawang putih kisar/hancur 1 cawan Susu Segar atau Susu UHT *Anda juga boleh gunakan krim (double cream) masakan.
  • 50. Volume 1 - 2016 Cara2 penyediaan: Didihkan susu didalam periuk sehingga agak panas dan masukkan bawang putih hancur mentega keju dan lada hitam. Biarkan seketika sambal dikacau hingga sebati. Masukkan cendawan pilihan anda kedalam didihan tersebut biarkan ianya masak selama 10 minit. Sementara itu larutkan tepung didalam bekas lain. Masukkan gula serta garam secukup rasa. Akhir sekali apabila anda telah berpuas hati dengan rasa sos tersebut, masukkan larutan tepun untuk memekatkan sos anda tadi. Sos ini amat sesuai dimakan bersama makanan bergoreng seperti “Chicken chop”, Fish & Chip, bebola daging dan juga protein-protein yang kita bakar.
  • 51. Volume 1 - 2016 5. Sos Lada Hitam (Black Paper Sauce) Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-bahan: 10 – 15 biji ubi kentang 10 ulas bawang putih 3 biji bawang besar 100 gram serbuk lada hitam 10 gram lada hitam kasar 100 gram mentega 100 gram gula merah 50 gram garam 1 liter air 50 ml kicap 50 ml sos tiram *Tepung jagung atau tepung gandum juga boleh digunakan untuk memekatkan lagi sos bagi menggantikan ubi kentang tersebut.
  • 52. Volume 1 - 2016 Cara penyediaan: Basuh ubi kentang bersih dan kupas bawang dan cuci bersih. Ubi kentang anda boleh digunakan bersama kulitnya atau anda boleh kupaskan kulitnya. Kulit ubi kentang juga amat berkhasiat bagi system badan anda. Masukkan semua ubi kentang bersama bawang putih dan merah kedalam periuk dan masukkan air. Didihkan kesemuanya sehingga kentang menjadi lembut. Ia mungkin memakan masa sehingga 45 minit. Kemudian masukkan lada hitam, garam serta gula secukup rasa. Tambahkan kicap untuk menaikkan warna gelap sos lada hitam anda. Tambahkan sos tiram untuk menambahbaik rasa sos. Padamkam api. Kemudian, masukkan kesemua bahan kedalam mesin pengisar anda dan kisarkan sehingga halus. Jika anda mempunya pengisar tangan adalah lebih memudahkan anda. Kisar sehingga semuanya sebati dan masukkan mentega untuk menaikkan kelicinan sos lada hitam anda. Dah siap? Sekarang anda boleh nikmatinya bersama-sama makanan yang anda gemari.
  • 53. Volume 1 - 2016 6. Sos Mole (Molay) Cokelat Hitam (Dark Chocolate Mole/Mole Negro)
  • 54. Volume 1 - 2016 Masa Penyediaan : 25 minit Masa Memasak : 60 minit Masa Diperlukan : 85 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan Bahan-bahan:  8 cili guajillo  8 cili pasilla kering  2 cili ancho kering  2 kilogram tomato  1/4 cawan mentega cair (Clarified butter)  1 biji bawang besar  8 ulas bawang putih  1 sudu serbuk kayu manis (ground cinnamon)  1 sudu daun Oreganio Mexico kering (Mexican oregano)  1/4 cawan kacang atau mentega kacang tawar (unsweetened peanut butter)  1 bunga cengkih (Clove)  1/4 cawan tepung jagung halus (Masa Harina)  1 sudu serbuk cokelat hitam (dark cocoa powder)  1/4 sudu daun Thyme kering (dried thyme)  1/4 sudu biji jintan manis (anise seeds)  3 lada hitam (peppercorns)  100 gram gula dan garam secukup rasa  4 cawan air rebusan ayam (chicken broth) Cili Guajillo / Cabai Kering Cili Pasilla/Jalapeno Cili Ancho
  • 55. Volume 1 - 2016 Cara penyediaan: Sediakan cili kering dengan memotong tangkal yang masih terdapat pada cili tersebut. Kemudian, potong cili tersebut untuk membukanya. Bijinya akan dengan sendirinya terkeluar dari kulit apabila kita memotong dan membuka isi cili tersebut. Jika masih terdapat biji yang melekat didalamnya, gunakan jari anda untuk mengikis lebihan biji tersebut keluar. Setelah membuang biji, masukkan semua cili tersebut kedalam belanga yang panas atau separa panas untuk menyangai/goreng selama 3 ke 4 minit. Padamkan api untuk mengelakkannya dari hangus. Jika ianya hangus, kita tidak boleh lagi menggunakannya kerana ianya akan menyebabkan rasa hanggus tersebut menyerap kedalam Mole kita nanti. Selepas menyangai cili tadi, letakkan semuanya kedalam mangkuk dan tutup bersama air panas. Kita perlu merendam cili tersebut selama 20 hingga 30 minitbergantung kepada ketebalan cili-cili tersebut Gunakan camca untuk menekan cili-cili yang terapung agar ianya dapat menyerap air. Selepas ianya telah kembang dan menyerap air, toskan dan letakkan disebelah buat sementara waktu. Untuk sesetengah resepi, anda boleh terus gunakan cili yang telah kembang tersebut. Anda boleh cincang serta tambahkan sesuka hati anda. Tetapi anda sepatutnya memerlukan satu lagi langkah untuk penyediaannya. Secara tradisinya, cili yang telah kembang akan dikisar halus menggunakan batu pengisar sebelum dimasukkan kedalam masakan. Tetapi masa telah berlalau dan alatan moden seperti mesin pengisar electric telah mengambilalih fungsi batu tersebut. Anda perlu tambahkan sedikit cecair kedalam mesin pengisar tersebut serta mesin sehingga betul-betul halus. Jenis cecair adalah bergantung kepada jenis masakan yang akan anda sediakan. Untuk kegunaan umum, air kosong adalah memadai. Jika anda ingin sos berdasarkan cuka makanan, masukkan cuka tersebut mengikut sukatan yang betul. Ini adalah penting agar masakan anda nanti tidak akan menjadi terlalu masam atau pahit. Kisarkan cili tersebut dan gunakan untuk masakan mengikut sukatan yang sesuai. Bagi memudahkan cara, masukkan perisa seperti gula dan garam semasa anda mengisar cili anda tadi. Masukkan beberapa ulas bawang putih untuk mempercepatkan kerja memasak anda nanti.
  • 56. Volume 1 - 2016 Sediakan bawang besar dengan mengupas kulit luarnya, kerat empat dan basuhkannya. Gunakan camca untuk mengeluarkan biji tomato dan anda boleh tanam biji tersebut untuk kegunaan masa depan. Panaskan mentega didalam kuali yang besar. Masukkan bawang besar, bawang putih dan masak sehingga bawang menjadi lembut dan jernih. Gunakan mesin pengisar untuk hancurkan kekacang serta kemudiannya masukkan daun oregano, kayu manis, jintan manis, lada hitam, thyme dan bunga cengkih serta kisarkan bersama tomato tadi. Kisarkan sehingga halus dan licin. Kemudiannya masukkan bawang besar, cili hijau dan bawang putih. Seterusnya kisar sehingga halus. Masukkan air rebusan ayam serta bahan-bahan yang telah anda kisar tadi bersama 200 gram serbuk cokelat hitam dan panaskan serta kacau sehingga sebati. Adukkan kesemuanya sehingga ketulan-ketulan tadi bercampur serta sebati. Masukkan bancuhan masa harina (Tepung Jagung) ¼ cawan bersama air rebusan ayam dan kacau cepat- cepat sehingga kesemuanya sebati. Selepas itu, biarkan ianya mendidih selama 1 jam dengan api yang perlahan. Jangan lupa tutupkan kuali tersebut. Selepas 1 jam, buka penutup tersebut dan masakkan lagi sehingga anda berpuas hati dengan kepekatan sos tersebut. Setelah selesai memasak sos mole negro anda tadi, anda bolehlah menikmatinya bersama masakan-masakan BBQ anda atau bersama makanan-makanan lain yang anda gemari.
  • 57. Volume 1 - 2016 7. Sos Tomato Masa Penyediaan : 15 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 45 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan Bahan-bahan: 1 1/4 (32 oz.) tomato dalam tin atau tomato segar 6 oz. pes tomato 1 sudu garam kasam 1 sudu lada hitam 1 labu bawang putih 1 sudu minyak zaitun Daun basil, thyme, oregano, gula secukup rasa Cara penyediaan: 1. Jika menggunakan tomato segar, potong batangnya dan rebuskan agar ianya lembut. 2. Kisarkan kesemuanya (bersama bahan-bahan lain) sehingga halus. 3. Dah siap. Masukkan kedalam bekas untuk disimpan bagi kegunaan nanti.
  • 58. Volume 1 - 2016 8. Sos Salsa Latino Masa Penyediaan : 15 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 45 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan Bahan-bahan: 1 sudu minyak zaitun 2 bawang merah potong halus 1 ubi karot potong halus 1 labu bawang putih hancurkan 1 hirisan kulit lemon (lemon zest) potong halus 1 biji tomato dikupas dan dipotong dadau kecil 1/3 cawan cuka makan ½ sudu tepu8ng jagung ½ cawan air atau air rebusan ayam Secubit serbuk jintan manis (cumin seed) Secubit daun thyme (serbuk) Lada Hitam 2/3 cawan buah zaitun dipotong kasar tanpa biji Garam dan gula secukup rasa
  • 59. Volume 1 - 2016 Cara penyediannya: Panaskan minyak didalam belanga dan masukkan bawang merah, karot dan bawang putih serta masak sehingga lembut. Masa diperlukan sekitar 3 minit sahaja. Masukkan kulit lemon serta tomato dan masak selama 3 minit. Masukkan cuka dan kacau. Adukkan tepung jagung didalam air atau air rebusan ayam sehingga sebati dan masukkan kedalam belanga bersama jintan, thyme serta lada hitam. Masak dan kacau selama lebih kurang 2 minit dan biarkan ianya mendidih juga selama lebih kurang 2 minit. Tutup dan biarkan pada api perlahan sehingga semuanya manjadi lembut. Selepas lebih kurang 20 minit, kacau bahan-bahan tersebut lagi biar ianya sebati. Tambahkan buah zaitun tadi dan biarkan selama 5 minit. Rasa dan tambahkan garam serta gula secukup rasa. Sekarang anda telah siapkan sos anda tadi. Anda bolehlah gunakannya untuk makan bersama makan kegemaran anda. Salsa juga boleh dibuat tanpa memasaknya. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memotong bahan-bahan yang anda perlukan dan gaulkannya bersama cuka makanan serta jus limau. Untuk perisa, anda juga boleh menambahkan gula serta garam secukup rasa.
  • 60. Volume 1 - 2016 Resepi 2: Kambing Golek Mediterranean Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 120 minit Masa Diperlukan : 140 minit Ideal Hidangan : 25-70 hidangan Bahan-bahan: Seekor Kambing (Import Frozen/Tempatan Segar) 15kg-25kg. Pelbagai jenis kambing yang anda boleh pilih untuk dijadikan kambing golek. Tetapi cuba pastikan kambing anda mudah untuk diuruskan. Ini kerana lagi besar kambing yang anda akan golek, bermakna anda akan memerlukan bantuan untuk menguruskannya. Untuk kambing import pula, pastikan sijil halal disahkan oleh pihak yang berwajib.
  • 61. Volume 1 - 2016 Perapan Untuk memerap seekor kambing, anda memerlukan kuantiti sukatan bahan-bahan untuk memerap sekurang-kurangnya ¼ dari saiz kambing. Ini untuk memastikan keseluruhan kambing anda nanti akan diselimuti oleh herba-herba pemerap dan akan memudahkan anda untuk menyimpannya walaupun tanpa dimasukkan kedalam peti ais. Bagi kambing bersaiz 16kg-25kg 20 labu bawang putih dipotong nipis 500 gram daun sup/Parsley di potong kasar 300 gram pes asam jawa 5 labu bawang putih, 10 biji bawang besar dan 100 gram daun sup di kisar halus menjadi pes 200 gram Serbuk Cili merah 200 gram serbuk lada hitam 300 gram Gula merah kasar 100 gram daun Rosemary dipotong kasar 250 liter minyak zaitun Gula dan Garam secukup rasa Anda juga boleh menggunakan penambah perisa seperti Hilal atau knorr bagi menaikkan lagi rasa kesedapan kambing golek anda. Alatan yang diperlukan Anda memerlukan beberapa alatan untuk membantu anda memerap dan menggolak kambing anda nanti. Pastikan anda ada sekurang-kurangnya sebuah periuk bersaiz diameter 36’ (inchi) ataupun lebih bagi meletakkan kambing anda nanti. Inin amat penting apabila anda sudah selesai memerap nanti untuk anda simpan kambing tersebut. Pemerapan selalunya lebih ideal jika dibiarkan selama antara 24jam ke 48 jam. Ini akan membolehkan perapan masuk kedalam isi kambing golek anda denagn lebih dalam.
  • 62. Volume 1 - 2016 Satu lagi alatan yang perlu untuk membakar kambing golek adalak sebuat set BBQ yang mempunyai tiang seperti gambar dibawah. Cara penyediaannya: Pastikan anda telah mencuci kambing anda dengan bersih. Letakkan kambing tersebut di dalam periuk besar anda tadi. Gunakan tisu atau kain bersih untuk keringkan kambing tersebut. Sesudah agak kering. Prosesnya adalah seperti berikut: 1. Sapukan pes asam jawa keseluruhan badan kambing dan biarkan selama 2 minit. 2. Sapukan serbuk cili, serbuk lada dan gulamerah ke keseluruhan badan kambing luar dan dalam. Biarkan selama 2 minit.
  • 63. Volume 1 - 2016 3. Cucuk badan kambing dan masukkan hirisan bawang putih, potongan daun sup/parsley dan daun rosemary kedalam lubang-lubang yang anda telah buat. Contoh seperti gambar dibawah. 4. Sapukan garam dan gula pada keseluruhan badan kambing tadi. 5. Tuangkan pes kisar bawang putih, bawang besar dan daun sup tadi dan urut badan kambing anda kesemua bahagian. Ianya amat penting untuk pastikan rasa masuk menyerap ke semua tempat. 6. Tuangkan minyak zaitun dan lumurkan kesemua tempat. 7. Sediakan ais didalam plastic-plastik bersaiz sederhana sebanyak 5 ketul. 8. Masukkan ais tersebut kedalam periuk dan letakkannya dibawah badan kambing yang telah anda perap tadi. 9. Tutupkan periuk dengan tudung dan gunakan “Salotape” untuk tutup lubang-lubang yang ada pada periuk anda. Letakkan sesuatu yang berat untuk pastikan tudung periuk anda rapat
  • 64. Volume 1 - 2016 dan kedap. Biarkan perapan tersebut selama 24 jam atau sehingga 48 jam sebelum anda menggolaknya. 10. Dah sedia untuk digolek. Daging yang sudah diperap, selalunya telah 40% masakisinya, dan anda sepatutnya tidak terlalu lama membakar kambing tersebut. Ianya penting untuk jadikan isi kambing anda masih mempunyai air atau jusnya. Disamping kerangupan luaran, isi yang berjus juga akan membuatkan kambing golek anda lebih manis dan sedap.
  • 65. Volume 1 - 2016 Resepi 3: Kambing Grill Tuscany Masa Penyediaan : 40 minit Masa Memasak : 50 minit Masa Diperlukan : 90 minit Ideal Hidangan : 5-15 hidangan *Anda boleh memilih untuk menggunakan samada lamb atau mutton.
  • 66. Volume 1 - 2016 Bahan-bahan: 3 kilogram kambing dipotong nipis (Bahagian Bahu atau rusuk) 200gram asam jawa 200gram daun sup/parsley 10 ulas bawang putih 2 biji bawang besar 100gram gula putih 50gram garam 50grm serbuk lada hitam 150gram gula merah 50ml Dijon mustard 150ml cuka makan Cara penyediaannya: Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk membersihkan daging kambing tadi. Cuci dan buangkan lebihan darah beku yang masih terdapat di isi kambing tersebut. Seterusnya, anda perlu rendamkan daging tersebut kedalam air asam jawa selama lebih kurang 30 minit. Pastikan kesemua isi daging tersebut berada didalam air asam jawa tersebut. Selain membersihkan serta menghilangkan bau hamis, asam jawa tersebut juga berfungsi sebagai penambah perisa kemasaman kepada kambing anda nanti. Selepas 30 minit, and perlu sediakan daun sup, bawang putih berkulit, bawang besardan dikisar bersama-sama dengan cuka, gula putih, garam secukup rasa serta serbuk lada hitam. Kisarkannya sehingga sebati. Tetapi biarkan sedikit ketulan bawang untuk menaikkan aromanya. Toskan air rendaman asam jawa tadi dan keringkan daging kambing anda buat seketika. Setelah agak kering, masukkan gula merah dan urutkan kesemua bahagian kambing tadi. Selepas itu, sapukan mustard ke semua bahagian kambing anda. Pastikan diurut dan diratakan. Biarkan
  • 67. Volume 1 - 2016 seketika untuk bahan-bahan tadi menyerap masuk. Selepas beberapa minit, tuangkan bahan- bahan yang anda telah kisar tadi kedalam bekas berisi daging kambing anda tadi. Biarkannya sekurang-kurangnya selama 1 ke 3 jam sebelum anda mula membakar daging tersebut. Ianya perlu untuk membolehkan perasa rempah dan herba tadi masuk hingga kedalam isi kambing anda. Untuk rasa yang lebih bagus, anda boleh perapkan daging kambing tadi selama 24 jam ke 48 jam. Untuk rasa yang terbaik, jangan digrilkan terlalu lama diatas api hingga isi terlalu kering. Pastikan masih ada sedikit jus daging terdapat didalam isinya. Jus tersebut akan membuatkan rasa kambing lebih sedap.
  • 68. Volume 1 - 2016 Resepi 4: Daging Bakar Bulgogi (Korea) Masa Penyediaan : 120 minit Masa Memasak : 15 minit Masa Diperlukan : 115 minit Ideal Hidangan : 3-5 hidangan Bahan-bahan: 600 gram daging lembu (dihiris nipis) 1 biji bawang besar (kuning) 1 biji lobak merah 6 sudu besar kicap soya masin (kipas udang) 3 sudu besar gula atau madu lebah 1 sudu besar cuka makan 3 sudu besar jus pear (lai) yang dikisar setelah dikupas kulit 1 1/2 sudu besar bawang putih yang dicincang 1 sudu besar halia yang dicincang lumat (ditumbuk lagi bagus) 1 sudu besar minyak bijan atau minya conola Secukup rasa serbuk lada hitam 100 gram daun sup/parsley dipotong kecil-kecil 3 sudu besar daun bawang yang dihiris nipis 1 sudu besar biji bijan
  • 69. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Daging lembu yang kita akan gunakan haruslah dipotong nipis-nipis lebih kurang sepanjang 4 ke 5 inchi. Setelah dibersihkan, masukkan kesemuanya kedalam sebuah bekas dan campurkan kesemua bahan-bahan perapan dan gaulkannya. Kecuali bawang besar dan lobak merah. Rasa bahan-bahan perapan, jika masih ada kekurangan, biolehlah ditambahkan agar menepati citarasa anda. Perapkan daging tersebut selama sekurang-kurangnya 2 jam hingga ke 24 jam untuk rasa yang maksima. Setelah itu, potong bawang besar seperti biasa dan lobak merah secara memanjang. Dan potong daun bawang dan campurkan kedalam daging tadi. Setelah beberapa ketika, anda bolehlah terus grilkan daging tersebut dan boleh dihidangkan bersama-sama dengan roti tortilla atupun nasi putih. Nota: * Jika anda ingi menggunakan daging ayam sebagai ganti daging lembu, anda boleh menggunakan perapan yang sama. Anda boleh menambahkan halia yang telah dikisar sebanyak ½ sudu. Pastikan ayam anda tersebut telah dibuang tulang-tulangnya dan dihiris memanjang seperti daging lembu tadi.
  • 70. Volume 1 - 2016 Resepi 5: Ayam Grill Terrayaki (Jepun) Masa Penyediaan : 120 minit Masa Memasak : 15 minit Masa Diperlukan : 115 minit Ideal Hidangan : 3-5 hidangan Bahan-bahan: 600 gram isi ayam / Dada ayam 1 cawan kicap manis 1 cawan air ¼ cawan sos tiram / worchestershire ¾ cawan gula putih 3 sudu cuka makan 3 sudu minyak sayuran 1/3 cawan bawang kering 2 sudu serbuk bawang putih 1 sudu halia kisar ½ sudu serbuk kayu manis ½ sudu serbuk cili ½ sudu serbuk jintan manis Garam secukup rasa
  • 71. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Ayam yang anda gunakan adalah lebih baik di buang tulangnya terlebih dahulu dan dibersihkan. Setelah bersih, masukkan kesemuanya kedalam sebuah bekas dan masukkan semua bahan- bahan perapan tadi kedalamnya. Urut isi ayam tadi dan gaulkan nya sehingga meresap. Pastikan semua bahagian ayam dilumurkan dengan perapan anda tadi. Setelah selesai, masukkan ayam yang telah diperap tadi kedalam peti sejuk untuk diperap diantara 2 jam sehingga 24 jam. Setelah itu, anda boleh gunakan “Grill Pan” atau pun BBQ untuk memasak ayam terrayaki anda tersebut. Semasa memasak, anda boleh sambil menyapukan (Glazing) bahan perapan anda keatas ayam bagi menambahkan perisa. Setelah selesai memasak, anda boleh menyangai biji bijan dan taburkan diatas ayam terrayaki anda untuk hiasan.
  • 72. Volume 1 - 2016 Resepi 6: Puyuh Bakar Tradisional Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 35 minit Masa Diperlukan : 55 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
  • 73. Volume 1 - 2016 Bahan-bahan: 10 ekor burung puyuh 3 sudu serbuk kunyit 3 sudu serbuk lada hitam 3 sudu gula merah 3 sudu halia kisar 3 sudu bawang putih kisar 3 sudu minyak sayuran 1 batang serai yang dikisar halus 3 ulas bawang besar yang dikisar Garam secukup rasa Cara penyediaannya: Walaupun isinya tidak sebanyak ayam, tetapi rasa isi puyuh amatlah enak jika diperap serta digrill dengan betul. Seeloknya pemerapan dilakukan sehari lebih awal bagi meningkatkan penyerapan rasa herba kedalam isi puyuh tersebut. Herba yang digunakan juga dapat membuatkan isi puyuh lebih lembut dan beraroma. Proses pemerapan adalah amat mudah. Selepas isi puyug dicuci dengan bersih, toskan biarkan ianya agak kering sedikit. Masukkan kesemua bahan-bahan perapan tadi dan adukkan biar sebati. Selepas itu, masukkan semua puyuh tersebut kedalam bekas berisi perapan dan gaulkan sehingga kesemua kasawan diselaputi bahan perapan. Tudung bekas berisi puyuh tadi dan masukkan kedalam peti sejuk dan biarkan dari 2 jam sehingga 24 jam. Panaskan grill atau BBQ anda, pastikan api tidak kuat agar puyuh anda tidak renting atau tidak masak didalam. Gril puyuh anda selama 10 minit setiap bahagian sambal sapukan bahan perap berulang-ulang kali pada bahagian puyuh anda tadi. Apabila ianya masak, anda bolehlah menikmatinya dengan sos-sos yang telah anda buat tadi. Puyuh juga enak jika kita nikmatinya bersama dengan nasi putih atau nasi mendi arab.
  • 74. Volume 1 - 2016 Resepi 7: Kebab (Shish Kebab) Masa Penyediaan : 120 minit Masa Memasak : 25 minit Masa Diperlukan : 145 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
  • 75. Volume 1 - 2016 Bahan-bahan: 2kg Daging Lembu/Ayam dipotong kiub 5 biji Capsicum Merah 5 biji Capsicum Kuning 5 biji tomato 5 biji timun jepun/Zucini 5 biji bawang besar 200gram Serbuk Cili Cayenne 200gram serbuk cili Paprika 50gram gula perang halus 50gram gula putih 50gram garam halus 100gram serbuk cili Sichuan 100ml minyak zaitun Cara penyediaannya: Potong kiub daging lembu/ayam yang akan anda gunakan. Untuk Capsicum, timun jepun, bawang besar dan juga tomato, anda perlu memotongnya mengikut diameter kiub daging yang anda potong tadi. Apabila selesai memotong, anda memerlukan bilah besi atau bilah lidi untuk mula mencucuk bahan-bahan anda tadi. Cucuk secara bersilih ganti antara bahan-bahan yang anda potong tadi seperti gambar diatas. Apabila selesai mencucuk kesemuanya, barulah anda mula memerap bahan-bahan tersebut. Adunkan kesemua bahan-bahan perap tadi agar sebati kecuali minyak zaitun. Rasa bahan- bahan tadi agar ianya mengikut citarasa anda. Taburkan dan sapukan kepermukaan kebab anda anda rasa dapat menyerap masuk. Apabila selesai, barulah anda sapukan minyak zaitun pada kebab-kebab yang anda buat tadi. Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mula membakar kebab-kebab tadi. Potongkan bawang besar kasar-kasar dan campurkan kedalam mayonis bersama sedikit gula dan garam secukup rasa. Ianya adalah sebagai sos bagi pencicah Shish Kebab anda nanti. Setelah lebih 1 jam memerap, anda bolehlah mula membakar kebab-kebab anda dan apabila masak, anda bolehlah menikmatinya bersama dengan sos mayonis anda tadi.
  • 76. Volume 1 - 2016
  • 77. Volume 1 - 2016 Resepi 8: Ikan Bakar Sumbat Masa Penyediaan : 60 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 90 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan Bahan-bahan: 10 ekor ikan (Cencaru/Temenung/Siakap dll) siap disiang, cuci dan dibelah belakang Kelapa Sumbat: Sebiji kelapa siap parut 2 tangkai serai dikisar halus 50gram jintan manis 5ulas bawang putih kisar halus 10 ulas bawang merah kisar halus 10 biji cabai Melaka dan cili besar merah dikisar halus 10gram serbuk kunyit 2 helai daun kunyit dirincik halus 5gram belacan yang dibakar Garam dan gula secukup rasa
  • 78. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Adukkan kesemua bahan-bahan untuk disumbat tadi kedalam satu bekas. Gaulakan kesemuanya sehingga sebati. Rasa dan tambahkan garam atau gula secukup rasa anda. Apabila anda berpuas hati dengan rasa serta konsisntensi bahan sumbatan anda tersebut, anda bolehlah mula menyumbat ikan-ikan yang telah anda sediakan tadi. Spukan garam dan kunyit kebahagian luar ikan anda untuk rasa yang menarik. Balutkan ikan-ikan anda dengan daun pisang untuk menaikkan lagi aroma ikan sumbat bakar anda tadi. Grilkan selama 15 minit disetiap bahagian dengan api yang sederhana. Jika anda sukakan kegaringan, lebihkan selama 3 minit lagi masa membakar. Tetapi anda perlu pantau supaya tidak hangus. Ikan sumbat amat enak jika dinikmati bersama nasi putih yang panas- panas bersama dengan air asam.
  • 79. Volume 1 - 2016 Resepi 9: Ikan Kukus Grill Masa Penyediaan : 60 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 90 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan Bahan-bahan: 1 ekor ikan bersaiz 2kilo(siakap/belut/tenggiridll) Bahan untuk kukus: 10gram Halia 5 biji cili merah besar 1 tangkai serai 1 biji limau / lemon Garam & Gula secukup rasa 1 liter air
  • 80. Volume 1 - 2016 Bahan untuk Bakar: 50gram Gula perang 1 sudu serbuk kunyit 10 biji cabai melaka Cara penyediaanya: Setelah dicuci ikan/belut anda tadi, masukkan bahan-bahan untuk kukusan kedalam periuk pengukus. Masukkan air dan panaskan pengukus tersebut. Letakkan ikan dibahagian atas dan perahkan jus lemon keatas ikan tersebut. Taburkan garam serta gula secukup rasa dan hirisan cili merah besar keatas ikan. Kukuskan selama 20 minit untuk melembutkan isi ikan tersebut tetapi tidak terlalu masak. Selepas itu, angkat ikan/belut tersebut dan biarkan ia kering seketika sebelum anda membakarnya. Apabila agak kering, sapukan sedikit kunyit serta gula perang kebahagian ikan anda tadi bersama sedikit garam untuk rasa yang seimbang. Jangan lupa untuk tumbuk cabai Melaka anda dan sapukan kebahagian ikan anda untuk rasa pedas yang enak itu. Balut ikan anda dengan daun pisang dan grilkan selama 5 ke 10 minit disetiap bahagian. Setelah siap, anda bolehlah menikmatinya bersama-sama dengan nasi dana car buah yang anda sukai.
  • 81. Volume 1 - 2016 Resepi 10: Kombo Makanan Laut (Seafood Combo Grill Cajun Style)
  • 82. Volume 1 - 2016 Masa Penyediaan : 120 minit Masa Memasak : 90 minit Masa Diperlukan : 210 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan Bahan-bahan: 1. Rempah Cajun Kandungan dalam rempah cajun adalah seperti berikut :- 2 sudu kecil garam 2 sudu teh Serbuk bawang putih 2 1/2 sudu teh paprika 1 sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu teh serbuk bawang merah 1 sudu teh cili merah 1 1/4 sudu teh Oregano kering 1 1/4 sudu teh Thyme kering 1/2 sudu teh serbuk cili ( keping ) *kacau rata dan sebati ke semua bahan di atas.Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. 2. Bahan-bahan makanan laut 2 kilo ikan tenggiri dipotong 2 kilo siput lala 2 kilo kerang 2 kilo kepah 2 kilo Udang sederhana besar 2 kilo sotong daun 2 kilo ketam biru 2 kilo ketam nipah 2 kilo lokan 10 batang jagung manis *Cuci dan bersihkan kesemua makan laut tadi dan gaulkan bersama garam dan kunyit *Potong jagung sepanjang 3cm setiap satu. 3. Bahan-bahan lain 500ml Susu krim 200grm keju krim
  • 83. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Grilkan kesemua makanan laut yang anda telah cuci tadi. Sambal menunggu ianya masak, sediakan kuah Cajun anda. Caranya amatlah mudah. Masukkan susu berkrim anda dan keju krim tadi dan panaskannya kedalam sebuah periuk. Didihkan perlahan-lahan sehingga keju sebati bersama susu tadi. Apabila ianya telah sebati, masukkan rempah Cajun yang telah kita sediakan tadi kedalam susu dan adukkan sebati. Rasa dan tambahkan garam atau gula mengikut citarasa anda. Apabila sudah masak, padamkan api. Tunggu kesemua makanan laut yang anda gril tadi untuk masak. Apabila ianya telah masak hamparkan satu lapisan plastic diatas meja anda. Letakkan satu lapisan kertas minyak putih dan pastikan anda lekukkan sedikit disekeliling kertas tersebut. Susun kesemua makanan laut yang telah anda masak tadi diatas kertas tersebut. Gunakan kreativiti anda untuk mencatikkan lagi hidangan anda tersebut. Apabila siap menyusun, tuangkan kuah Cajun tadi keatas makanan laut anda dan panggil tetamu anda untuk menikmati hidangan makanan laut kombo anda versi Cajun.
  • 84. Volume 1 - 2016 Resepi 11: Ayam Piru Grill Essaouria Masa Penyediaan : 9 jam Masa Memasak : 90 minit Masa Diperlukan : 10 jam 30 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
  • 85. Volume 1 - 2016 Bahan-bahan: 1 ekor ayam piru (Turkey) bersaiz 3 ke 5 kilogram Cara penyediaannya: 1. Bagaimana untuk merendam perap (Brine): Bahan-bahan:  6 liter air  1 cawan garam kasar  ¼ cawan gula  3 – 5 kilogram ayam piru (turkey) Arahan: 1. Buangkan tengkok dan organ dalam ayam piru dan cuci bersih. 2. Masukkan air garam dan gula kedalam sebuat bekas besar.kacau sehingga kesemuanya sebati dan larut.
  • 86. Volume 1 - 2016 3. Masukkan ayam piru tadi kedalam larutan dan masukkan kesemuanya kedalam peti sejuk selama lebih 12 jam. Apstikan bekas tadi ditutup rapat. 4. Setelah lebih 12 jam, keluarkan ayam piru tadi dan lap supaya ianya kering. 2. Bagaimana untuk memerap ayam piru: Bahan-bahan  1.5 liter air soda berperisa halia  ¼ liter jus oren bersama isi/pulpa Arahan: 1. Letakkan ayam piru kedalam sebuah periuk besar. 2. Tuangkan air soda dan jus oren tadi kedalam periuk hingga melepasi ayam piru tadi. 3. Jika masih terdapah bahagian yang tidak dilimpahi air tadi, anda bolehlah mengalih-alihkan ayam piru tadi agar kesemua bahagian mendapat sentuhan perisa taersebut. Pastikan anda lakukannya selepas beberapa jam ia berada didalam rendaman tersebut.
  • 87. Volume 1 - 2016 time. 4. Tambahkan gula serta garam dan sedikit lada hitam untuk menaikkan lagi rasa ayam piru anda nanti. Tutup periuk dan masukkan kedalam peti sejuk selama 4 hingga ke 8 jam. Lasi lama anda simpan untuk perapan, lagi bagus untuk ayam piru anda menyerap rasa perapan tersebut. Tetapi pastikan tidak melebihi 8 jam untuk mengelakkan isi ayam anda menjadi terlalu hancur. 5. Selepas 8 jam, keluarkannya dari peti sejuk dan keringkan. 3. Bagaimana untuk membakar dan menghias ayam piru: Bahan-bahan:  1 biji bawang besar potong 4  2 biji lobak merah kupas dan potong bahagian atas/bawah  200gram ketul mentega  1/2 cawan daun basil segar/daun sup  2 sudu bawang putih hancur  1sudu serbuk cili kasar (flakes)  1 helai daun salam (bay leaves)  1 cawan minyak zaitun
  • 88. Volume 1 - 2016 Arahan: 1. Panaskan oven anda pada 325 darjah Fahrenheit. 2. Diatas talam pembakar anda, letakkan bawang besar tadi serta lobak merah untuk tinggikan ayam piru anda supaya tidak menyentuh dasar talam. 3. Tarik kulit ayam piru seperti didalam gambar dibawah bagi membuat satu poket. 4. Balutkan mentega tadi bersama daun basil ataupun daun sup dan jolokkannya kedalam poket kulit ayam piru tadi.
  • 89. Volume 1 - 2016 5. Campurkan bawang putih dan serbuk cili untuk dimasukkan kedalam kulit ayam. Gunakan tangan anda untuk mengurut bahan-bahan tadi kedalam kulit. 6. Masukkan daun salam kedalam kulit ayam dibahagian tengah bersama0sama lebihan mentega dan bahan-bahan lain. 7. GUnakan berus pastry untuk sapukan minyak zaitun pada bahagian luaran ayam piru tadi untuk membuatkan kulit luar tadi Nampak lebih rangup. 8. Bakar selama antara 2 ke 3.5 jam untuk seekor ayam bersaiz 5 kilogram.
  • 90. Volume 1 - 2016 9. Cucuk isi ayam untuk pastikan ianya telah masak sebelum keluarkannya dari oven. Biarkan ia rehat dengan diletakkan dibawah tudung selama 30 minit sebelum anda nikmati kesedapan isi ayam piru bakar anda tadi. 10. Setelah 30 minit, anda bolehlah mula memonotng isinya dan hhidangkan kepada tetamu- tetamu anda.
  • 91. Volume 1 - 2016 Resepi 12: Sosej Herba Grill (Home-Made Grilled Herbs Sausage) Masa Penyediaan : 1 jam Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 1 jam 30 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan Bahan-bahan: 5 kg Daging lembu atau ayam kisar (mince) 2 sudu serbuk jintan manis 3 sudu serbuk lada hitam 2 sudu serbuk cili paprika 2 sudu serbuk cili cayenne 1 sudu garam halus 2 ½ sudu gula putih 2 sudu gula merah 5 ulas bawang putih kisar halus 50 gram daun sup/parsley potong kecil-kecil 50 gram tepung jagung 50 ml minyak zaitun *1 kg daging boleh membentuk 5 biji sosej seberat 200gram atau anda boleh bentukkan 2 biji sosej “Jumbo” seberat 500gram setiap satu.
  • 92. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Masukkan kesemua daging kedalam satu bekas yang besar. Selepas itu, tuangkan semua bahan- bahan lain kedalam besak tadi kecuali tepung jagung dan minyak zaitun. Adukkan kesemua bahan sehingga sebari dan samarata. Pastikan kesemuanya seimbang. Biarkan bahan-bahan tadi rehat selama 20 minit sebelum anda masukan tepung jagung dan minyak zaitun. Setelah memsaukkan tepung jagung dan minyak zaitun, adukkan lagi agar semuanya bercampur dengan sempurna. Biarkan selama 20 minit. Selepas 20 minit, gunakan plastik aiskrim Malaysia bersaiz kecil atau besar mengikut citarasa anda sebagai bekas untuk membentuk sosej. Atau anda boleh juga menggunakan plastik pembalut makanan untuk membentuk sosej anda. Masukkan daging yang telah anda siapan tadi kedalam plastic tersebut dan golek-golekkan menjadi bentuk panjang seperti sosej yang biasa lihat di kedai-kedai. Lakukan sehingga habis kesemuanya dan simpan didalam peti sejuk buat seketika untuk biarkan ianya mengekalkan bentuk sosej tadi. Cara lain yang boleh anda
  • 93. Volume 1 - 2016 lakukan adalah dengan merebuskan (poaching) sosej anda dengan suhu yg sederhana selama 1 jam untuk menguatkan struktur bentur sosej tersebut. Setelah selesai, bolehlah anda membakar sosej anda diatas grill qtqu BBQ. Nikmatinya bersama-sama tetamu-tetamu anda dan jangan lupa sos buatan anda tadi sebagai pelengkap.
  • 94. Volume 1 - 2016 Resepi 13: Pasta Grill Ratatouille (Grilled Ratatouille Pasta) Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan Bahan-bahan: Garam & Gula secukup rasa 500 gram pasta (curly/spirally/cavatappi) 1/2 cawan minyak zaitun 1 biji zucchini (potong memanjang tebal) 1 biji Capsicum potong tebal & buang biji 1 biji bawang merah potong nipis 1 biji terung potong memanjang tebal 4 biji tomato potong tebal 3 @ 4 sudu cuka balsamic / cuka makan 1/4 cawan daun sup/parsley rincik kasar
  • 95. Volume 1 - 2016 Cara penyediannya: Masak pasta anda mengikut arahan didalam sebuah periuk. Setelah masak, toskan air rebusan tersebut, tetapi simpan secawan air rebusan tersebut untuk kegunaan kemudian. Panaskan belangan grill anda dan tuangkan sedikit minyak dan ratakan. Pastikan apinya sederhana. Masukan sayuran anda tadi kedalam belanga grill. Sapukan minyak pada sayuran ada sebanyak 2 sudu, taburkan garam dan lada hitam secukup rasa. Alaih-alihkan sayuran tadi dengan kerap ahgar tidak hangus. Biarkannya sehingga keperangan dan lembut anda mengeluarkannya dan letakkan diatas papan pemotong untuk disejukkan sementara. Potong sayuran anda secara kasar dan masukkan kedalam pasta anda tadi. Gaulkan dan adukkan agar semuanya bercampur. Masukkan 2 sudu minyak zaitun dan cuka secukup rasa. Taburkan daun sup anda untuk menaikkan lagi aroma serta kepelbagaian warna masakan anda tersebut. Tambahkan garam serta gula dan lada hitam secukup rasa. Masukkan sedikit air rebusan pasta tadi untuk membasahkan sedikit masakan anda.
  • 96. Volume 1 - 2016 Resepi 14: Sup Kambing Marhaen Masa Penyediaan : 1 jam Masa Memasak : 4 jam Masa Diperlukan : 5 jam Ideal Hidangan : 20-50 hidangan
  • 97. Volume 1 - 2016 Bahan-bahan:
  • 98. Volume 1 - 2016 Bahan perapan: 5 kg daging kambing dipotong kiub 100 gram Asam jawa (perap & Basuh) 2 sudu serbuk jintan manis 2 sudu serbuk lada hitam 1 sudu garam 2 sudu gula merah 2 sudu tepung jagung Bahan Tumisan: 30 ulas bawang putih kisar halus 10 biji bawang merah kisar halus 5 biji Cabai Melaka kisar halus 10 gram halia dikisar halus 50 ml Minyak zaitun/sawit Bahan-bahan Rebusan 1: (untuk di kisar halus) 5 biji Ubi keledek Saiz sederhana besar 1 biji labu manis saiz sederhana kecil 1.5 liter air 5 ulas bawang putih Bahan-bahan Rebusan 2: 10 biji bawang kuning/holand 5 biji bawang besar merah 10 biji ubi kentang di potong serong 200 gram cendawan (Enoke/Meiji/Oyster) 5 batang pokok sadri 50 gram Bawang merah goreng 3 sudu lada hitam kasar 5 biji lobak merah potong serong 3 biji cili hijau besar Garam dan gula secukup rasa 3.5 liter air Bahan-bahan hiasan akhir: 100 gram daun sup/parsley potong kasar 100 gram daun bawang potong kasar *Enak jika dimakan bersama-sama roti benggali atau nasi putih.
  • 99. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: 1. Basuh dan perapkan daging kambing bersama dengan semua bahan-bahan untuk perapan tadi. Masukkan kedalam peti sejuk dan perapkan selama 1 jam. 2. Dalam masa itu, sediakan bahan-bahan lain untuk tumisan. 3. Bersihkan ubi keledek kupas dan potong besar-besar. 4. Bersihkan labu manis dan potong besar. Biarkan kulitnya bersama isi labu tadi. 5. Masukkan kesemua ubi keledek dan labu bersama 5 ulas bawang putih kedalam sebuah periuk. Masukkan 1.5 liter air dan mula merebus sehingga kesemuanya lembut. 6. Sementara menunggu, sediakan bahan-bahan untuk rebusan 2. 7. Apabila ubi yang telah direbus tersebut masak dan lembut, gunakan batang pengisar dan kisarkan sehingga lumat dan halus. Biarkan ia seketika apabila selesai. 8. Keluarkan daging yang telah anda perap tadi dan biarkan ia seketika. 9. Masukkan bahan-bahan untuk tumisan kedalam periuk yang besar setelah dipanaskan. 10. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga pecah minyak dan aroma tumisan menjadi wangi dan sedap. 11. Masukkan daging kambing anda dan gorengkan sehingga agak masak dan rangup diluar. Pastikan api panas digunakan untuk tidak memasakkan isi bahagian dalamnya. 12. Apabila agak masak daging kambing tadi, masukkan air kedalam periuk sehingga meliputi daging kambing anda sahaja. Rebus selama 1 jam. 13. Setelah 1 jam berlalu, masukkan cendawan, ubi kentang, batang sadri yang telah dipotong kecil, dan lobak merah anda kedalam periuk. Tutup periuk anda agar haba tidak keluar.
  • 100. Volume 1 - 2016 14. Masukkan bawang merah goreng kedalam sup anda sejam selepas anda masukkan ubi kentang dan bahan-bahan lain tersebut. 15. Tambahkan lada hitam kasar, garam dan gula secukup rasa. 16. Setelah hamper 3 jam, masukkan campuran ubi keledek dan labu yang telah anda kisar halus tadi sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda. Kepekatan sup anda bergantung kepada jumlah ubi keledek yang anda campurkan tadi. Rasa sup anda dan tambahkan perasa mengikut citarasa anda. 17. Potong bulat bawang holand anda dan bawang besar anda dan masukkan kedalam sup anda 30 minit sebelum anda hidangkannya kepada tetamu anda. 18. Hidangkan sup anda didalam mangkun dan taburkan daun sup dan daun bawang keatasnya untuk presentasi ayng lebih menarik.
  • 101. Volume 1 - 2016 Resepi 15: Sayur Grill Kombo Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan
  • 102. Volume 1 - 2016 Bahan-bahan: Sayur-sayuran: 5 biji zucchini hijau 5 biji zucchini kuning 5 biji tomato merah 5 biji tomato kuning/hijau 5 biji ubi kentang 5 biji terung bulat / panjang 5 biji capsicum merah 5 biji capsicum kuning 5 biji capsicum hijau 20 batang asparagus 2 biji buah nanas 20 biji kobis Belgium (baby cabage) 10 biji lobak merah 20 biji bendi 5 biji bawang holand 5 ulas bawang putih Perapan: 1 sudu serbuk kunyit 1 sudu serbuk lada hitam 1 sudu serbuk kayu manis 1 sudu serbuk jintan manis 50ml minyak zaitun Garam dan gula secukup rasa Cara penyediaannya: 1. Bersihkan kesemua sayuran anda tadi dan toskan. 2. Potong sayuran tadi mengikut panjangnya. Contohnya, terung dan zucchini harus dipotong memanjang dan tomato dipotong bulat mengikut bentuknya. 3. Setelah selesai memotong sayuran tadi, masukkan kesemuanya kedalam satu bekas besar untuk diperap. 4. Taburkan bahan-bahan perapan kedalam bekas dan gaulkan supaya ianya kena ke semua bahagian sayuran anda. 5. Biarkannya selama 10 minit untuk bahan perapan meresap kedalam sayuran anda.
  • 103. Volume 1 - 2016 6. Panaskan gril anda. 7. Letakkan sayuran yang agak keras serta paling lama untuk masak dahulu. Masak pada suhu yang tinggi untuk kesan “Charmark” yang cantik pada sayuran anda. 8. Alihkan sayuran anda agar kedua-dua belah masak dan membentuk garisan terbakar. 9. Setelah masak, keluarkan dan letak diatas pinggan untuk seketika sementara memasak sayuran yang lain. 10. Selesai memasak kesemua sayuran anda. Susun cantik di atas sebuah pinggan yang agak besar mengikut kreativiti anda. 11. Tuangkan minyak zaitun keatasnya untuk kelihatan bersinar dan menaikkan selera anda. Anda boleh juga menghiaskannya dengan beberapa tangkai daun sup atau daun mint untuk nampak lebih segar. 12. Jemput tetamu anda untuk merasakan masakan anda tadi.
  • 104. Volume 1 - 2016 Resepi 16: Buah-Buahan Grill (Pencuci Mulut/Dessert) Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 10-20 hidangan Bahan-bahan: 20 biji pisang (ikut citarasa anda) 2 biji tembikai merah (saiz sederhana) 2 biji tembikai kuning (saiz sederhana) 4 biji nenas madu 2 biji Rock-melon 2 biji tembikai susu 20 biji strawberry 5 biji epal merah 100gram gula perang halus 2 sudu serbuk kayu manis 20 bilah lidi pencucuk saiz sederhana panjang (besar dan panjang sedikit dari pencucuk sate)
  • 105. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: 1. Basuh, kupas (yang perlu dikupas) dan potong buah-buahan anda lebih kurang saiz yang sama (sederhana besar sperti didalam ganbar). 2. Setelah selesai, masukkan kesemuanya didalam beberapa bekas mengikut jenis buah-buahan yang anda guna tadi. 3. Taburkan gula perang serta serbuk kayu manis dan aduk-adukkan supaya meliputi bahagian- bahagian buah anda tadi. Biarkan ianya seketika untuk buah menyerap perisa kayu manis tadi. 4. Setelah seketika, gunakan bilah pencucuk tadi untuk mencucuk buah-buahan anda. Susun secara bersilang antara satu jenis buah dengan jenis buah yang lain. Gunakan kreativiti anda. 5. Panaskan bbq n jaring grill anda. 6. Letakkan buah-buahan anda diatas gril yang panas tadi dan biarkan ianya masak sehingga membentuk “Char-Mark” dan berkaramel. 7. Setelah anda pasti buah-buahan anda tadi telah masak. Taburkan sedikit garam halus diatasnya dan hidangkan diatas satu pinggan yang agak besar. 8. Anda bolehlah menghiaskan hidangan anda tadi dengan daun mint yang anda rincik halus dan taburka cebisan-cebisan keju mozarela diatasnya.
  • 106. Volume 1 - 2016 Resepi 17: Roti Keju Grill (Grilled Cheese Panini) Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 10-20 hidangan
  • 107. Volume 1 - 2016 Bahan-bahan: 2 Buku roti gandum biasa/penuh 20 keping keju mozarela 500 gram keju parmesan mentega/marjerin 100 gram gula perang halus *anda boleh menggunakan Panini maker seperti diatas untuk membakar roti anda nanti.
  • 108. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Untuk menyediakan resepi ini amatlah mudah. Anda perlu ada bahan-bahan yang telah dicatat diatas tadi sahaja. Apa yang perlu anda tahu hanyalah teknik untuk membuat atau memasak yang betul supaya hasilnya dapat memukau tetamu anda. Mulakan dengan menyapu mentega atau marjerin keatas permukaan roti anda. Letakkan secara berpasangan. Taburkan sedikit gula perang halus keatas semua bahagian roti and tadi. Letakkan kepingan keju mozarela diatas setiap set roti and didikuti dengan keju parmesan secara rata. Lekapkan kedua-duan bahagian roti tadi seperti sandwich biasa anda buat. Panaskan api dan letakkan belanga Panini anda. Sapukan sedikit marjerin diatasnya dan tunggu hingga marjerin tadi cair. Selepas itu, letakkan beberapa set roti anda diatas belanga tadi dan tindihkan bahagian atas dengan penutup belanga panini anda tadi. Masak selama beberapa minit untuk satu set. Pastikan ada garis-garis terbakar diatas roti anda dan keju anda cair dengan sempurna sebelum anda angkat keatas pinggan untuk anda hidangkan.
  • 109. Volume 1 - 2016 Resepi 18: Coleslaw dan Salad Buah-buahan Tropika 1. Coleslaw Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-bahan: 1 biji kobis unggu/merah (besar) 1 biji kobis Cameron putih (besar) 10 biji lobak merah (saiz besar) 10 biji bawang besar merah 10 ulas bawang putih (kisar halus) 5 biji capsicum (campur warna) 600gram mayonis 10 gram serbuk lada hitam kasar Gula dan garam secukup rasa
  • 110. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Untuk membuat coleslaw yang enak, anda perlukan daya rasa yang baik bagi mencipta satu rasa yang menarik bagi hidangan anda. Keseimbangan rasa amatlah perlu supaya coleslaw anda tidak terlalu manis atau terlalu masin. Untuk memotong, beberapa alat yang mungkin dapat memudahkan anda adalah seperti mesin pemperoses makanan atau pemarut (grater) seperti gambar diatas. Anda boleh memilih untuk memarut halus atau kasar mengikut citarasa anda. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah: 1. Cuci semua bahan-bahan anda kecuali mayonis, lada hitam, gula dan garam. 2. Mula memarut sayuran anda mengikut saiz yang anda gemari. 3. Setelah selesai memarut, masukkan secara bercampur-campur kesemua bahan yang telah anda parut tadi kedalam sebuah bekas yang besar. 4. Aduk-adukkan agar kesemuanya bercampur dan serata. 5. Masukkan mayonis kedalamnya dan adun-adunkan agar meliputi kesemua bahagian coleslaw anda tadi. 6. Tambahkan lada hitam untuk menaikkan rasa pedas dan masukkan garam serta gula secukup rasa. Pastikan lada hitam tidak terlalu banyak dimasukkan agar rasanya tidak maung. 7. Gaulkan biar sebati kesemua bahan tadi dan rasa serta tambah perisa mengikut citarasa anda.
  • 111. Volume 1 - 2016 8. Coleslaw yang enak perlu disejukkan dahulu untuk menyegarkan sayur-sayuran yang kita gunakan tadi. Jadi biarkan coleslaw anda tadi didalam peti sejuk selama minima 1 jam untuk rehat. 9. Setelah 1 jam, anda bolehlah hidangkannya bersama-sama makanan lain seperti kambing grill anda tadi. Enak dimakan semasa sejuk. *Untuk kelainan, anda bolehlah juga menambahkan sedikit keju berkrim atau susu segar. *Penyediaan juga boleh dibuat sehari sebelum anda hidangkan kepada para tetamu anda. *Kepelbagaian warna amatlah penting bagi menaikkan selera tetamu anda.
  • 112. Volume 1 - 2016 2. Salad Buah-buahan Tropika Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-bahan: 2 Biji tembikai merah 2 biji tembikai kuning 2 biji rock melon 2 biji tembikai susu 2 biji nenas 3 biji limau bali 20 biji jambu air 20 gram bijan (disangai) 600 gram mayonis Garam dan gula secukup rasa *jika anda suka sensasi masam/manis/pedas, anda bolehlah menambah cabai melaka hijau dipotong kecil-kecil kedalam salad buah anda nanti.
  • 113. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Resepi yang amat mudah ini harus menjadi kebiasaan disetiap majlis yang anda anjurkan, anda tidak perlu menjadi seorang yang berseni untuk menyediakannya, tetapi bonus jika anda memiliki daya kreativiti yang tinggi. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan: 1. Cuci kesemua buah-buahan anda sehingga bersih. 2. Kupas serta potong buah-buahan anda. (jambu air hanya perlu dipotong sahaja) Saiznya haruslah tidak terlalu kecik dan tidak terlalu besar. 3. Setelah selesai memotong, masukkan kesemuanya kedalam bekas yang besar. 4. Masukkan mayonis dan adunkan serata-rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 5. Simpan salad anda tadi didalam peti sejuk selama 1 jam sebelum anda hidangkan. 6. Setelah 1 jam, keluarkannya dan hidangkan kepada tetamu anda. Taburkan bijan yang telah anda sangai tadi keatas salad anda diatas pinggan sebelum hidangkan kepada para tetamu anda. Mudahkan? Anda boleh cuba membuatnya sendiri dirumah nanti.
  • 114. Volume 1 - 2016 Resepi 19: Kentang Putar Berkeju (Cheesy Garlic Mashed Potatoes) Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 10-30 hidangan Bahan-bahan: 20 biji kentang (Yukon/Red/dll) 500 gram keju telah diparut (Parmesan) 200 gram keju berkrim 100 gram mentega (unsalted) 10 ulas bawang putih 10 gram serbuk lada hitam (kasar) 100 gram daun sup/parsley (rincik halus) 100 ml minyak zaitun Garam dan gula secukup rasa Air separas kentang didalam periuk *Kualiti ubi kentang yang anda gunakan akan membezakan hasil akhir hidangan anda. *Anda boleh memilih untuk menggunakan ubi kentang bersama kulit atau tidak.
  • 115. Volume 1 - 2016
  • 116. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Untuk resepi ini, kita akan gunakan red potato seperti gambar diatas dan kulitnya kita biarkan. Kulit kentang mengandungi khasiat-khasiat yang baik untuk tubuh anda. Langkah-langkahnya adalah: 1. Basuh bersih kentang anda dan sejatkan. 2. Kupas bawang putih anda dah bersihkan. 3. Sediakan sebuah periuk yang agak besar dan muat untuk masukkan kesemua bahan-bahan anda tadi. 4. Potong empat kesemua kentang anda agar cepat empuk dan masukkan kedalam periuk tadi. 5. Masukkan air hingga melepasi kesemua ubi kentang anda dan masukkan semua bawang putih yang telah dikupas tadi. 6. Panaskan periuk dan rebus ubi dan bawang putih tadi hingga masak. 7. Setelah masak keluarkan sebahagian air yang tinggal dan masukkan keju, lada hitam, garam serta gula secukup rasa. 8. Gunakan mesin pengisar tangan (jika ada) untuk mengisar bahan-bahan anda tersebut hingga halus. Jika tiada, anda juga boleh gunakan pelenyek seperti dibawah. Lenyekkan sehingga hancur kesemua bahan tadi. 9. Sementara itu, tuangkan sedikit minyak zaitun, dan masukkan mentega dan teruskan melenyak atau mengisar sehingga sebati. Kepanasan yang masih ada pada kentang tadi akan mencairkan keju serta mentega tadi. 10. Biarkan ianya sejuk seketika sebelum hidangkan kepada tetamu anda. 11. Selepas beberapa ketika, gaulkan daun sup dan daun bawang yang anda rincik tadi dan hidangkan kantang anda tadi diatas satu pinggan. Anda boleh gunakan sos perang anda untk dijadikan sebagai kuah diatas kentang lenyek anda tadi.
  • 117. Volume 1 - 2016 Resepi 20: Sorbet (Ais) Lemon dan Air Jus Kalamansi 1. Sorbet Lemon Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 3 jam Masa Diperlukan : 3 jam 20 minit Ideal Hidangan : 10-20 hidangan Bahan-bahan: 10 biji lemon 250 ml pes lemon 2 kilogram gula putih 1 kg gula kaster (Putih) 50 ml jus perahan daun mint 3 liter air bertapis Cara penyediaannya: Anda pasti biasa dengan bahan-bahan yang tersenarai diatas. Bagaimana untuk jadikan sebuah pencuci mulut yang enak untuk para tetamu anda? Jom kita lihat caranya. 1. Masukkan air kedalam sebuah periuh yang muat untuk 3 liter air dan mula panaskannya. 2. Cairkan gula serta gula kaster putih untuk membuat sirap. 3. Sementara itu, basuh lemon anda dan hiriskan kulit luar kuning pada lemon anda tadi. Jangan gunakan bahagian yang putih kerana ianya mempunyai rasa pahit.
  • 118. Volume 1 - 2016 4. Masukkan kedalam periuk bersama dengan gula tadi. 5. Apabila telah cair kesemuanya, tutup api dan biarkan ianya sejuk. 6. Setelah sejuk, tuangkan jus perahan lemon kedalam periuk bersama degan pes lemon anda. Gaulkan agar sebati. Untuk kesegaran, tuangkan jus daun mint kedalam sirap anda. *Untuk mendapat jus yang banyak dari buah lemon, anda bolehlah panaskannya didalam microwave untuk beberapa ketika sebelum anda memerah jus lemon tersebut. 7. Rasa dan pastikan ianya memenuhi citarasa anda. 8. Masukkan kedalam beberapa bekas untuk dibekkukan didalam peti ais. Pastikan mudah untuk anda uruskan nanti. Biarkan selama beberapa jam sebelum proses seterusnya dilakukan. *persediaan ini boleh juga dilakukan sehari lebih awal sebelum majlis anda. 9. Apabila telah beku, anda bolehlah keluarkannya dan kisarkan didalam mesin pengisar anda. Prosesnya adalah sama seperti membuat “Ice-Blended”. 10. Kisarkan kasar atau halus mengikut kehendak anda dan hidangkan didalam cawan bersaiz kecil untuk tetamu anda. Nada boleh sediakan sirap yang pekat untuk diletakkan diatas sorbet anda bersama beberapa helai daun mint sebagai hiasan.
  • 119. Volume 1 - 2016 2. Jus Asam Boi Limau Kasturi (Kalamansi & Sourplum Juice) Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 25 minit Masa Diperlukan : 45 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-bahan: 25 biji buah limau kasturi 500 gram serbuk asam boi 250 gram asam boi 1 kg gula putih 25 liter air bertapis 2 kg ais batu *Sediakan satu bekas minuman bersaiz 30 liter. Cara penyediaannya: Sekali lagi anda pasti akan berkata betapa mudahnya untuk meneydiakan minuman ini. Anda tak perlu menjadi seorang chef untuk menyediakannya. Berikut adalah langkah-langkah yang anda harus lakukan: 1. Basuh dan perah kesemua buah limau kasturi anda didalam satu jag. 2. Masak gula tadi bersama satu liter air sehingga cair dan menjadi sirap.
  • 120. Volume 1 - 2016 3. Setelah ianya cair, biarkan ia sejuk. 4. Sediakan bekas untuk anda bancuh air anda dan tuangkan 25 liter air tadi. 5. Masukkan air gula/sirap tadi dan kacau hingga sebati dan tuangkan jus limau bersama-sama limau yang telah anda perah tadi kedalam nekas tersebut. 6. Kacaukan sambal memasukkan serbuk asam boi anda tadi. Biarkan ianya sebati dan masukkan kesemua buah asam boi kedalamnya. 7. Masukkan ais batu kedalam bekas tersebut 30 minit sebelum anda hidangkan kepada tetamu anda. *Anda juga boleh memasukkan beberapa helai daun mint untuk menambahkan kesegaran air jus asam boi limau kasturi anda tersebut. *Air ini baik untuk mencernakan lemak-lemak daripada daging-daging yang anda makan tadi.
  • 121. Volume 1 - 2016 Resepi Bonus 1. Meiji lamb Chop Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 1-5 hidangan Bahan-bahan: 1.4 kg Kambing (yang telah diperap-resepi Pohon Cherry Grill) 250 ml Sos Kobis Unggu 400 gram cendawan Meiji 1 liter Sos Perang Pohon Cherry Grill 250 ml Susu krim cair 250 ml Krim sup cendawan
  • 122. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Untuk menu “alacart” ini, beberapa langkah perlu anda lakukan untuk menyediakannya. Bagi satu hidangan anda perlukan seberat lebih kurang 200 gram ke 250 gram daging kambing yang telah di potong nipis dah di perap menggunakan resepi Pohon Cherry Grill diatas. Bahagian yang paling sesuai adalah bahagian bahu (shoulder) atau tulang rusuk (rib). Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan: 1. Sediakan sos Meiji: Untuk membuat sos meiji, anda perlukan sos perang Pohon Cherry Grill, 200 gram cendawan meiji, krim sup cendawan dan susu krim cair. Panaskan soso perang tadi dan masukkan kesemua bahan tadi dan kacau sebati sehingga cendawan masak. Panaskan dengan api perlahan agar sos tersebut sedikit pekat. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. 2. Grillkan kambing anda bersama dengan lebihan cendawan meiji sehingga masak atau mengikut citarasa anda. 3. Diatas satu pinggan, letakkan kambing anda dan hiaskannya dengan sos meiji, cendawan grill dan titiskan sos kobis unggu anda. Kreativiti anda amatlah diperlukan untuk membuatkan tetamu anda terliur.Anda juga boleh merebus sedikit lobak merah kecil untuk dijadikan hiasan.
  • 123. Volume 1 - 2016 2. Dada Itik Panggang didalam Sos Cendawan Liar Berkrim (Grilled Duck Breast in Cream of Wild Mushroom) Masa Penyediaan : 1 jam Masa Memasak : 2 jam Masa Diperlukan : 3 jam Ideal Hidangan : 1-5 hidangan
  • 124. Volume 1 - 2016 Bahan-bahan: Untuk Perapan: 5 bahagian dada itik (250 gram setiap satu) 100 gram serbuk lada hitam kasar 100 gram gula merah 100 gram serbuk chili cayenne 100 gram serbuk chili paprika Garam secukup rasa * Bersihkan dada iti dan perap bersama bahan-bahan tadi selama 2 jam ke 24 jam sebelum anda grill. Potong kulit pada dada itik secara bersilang untuk membolehkan perapan meresap kedalam isinya.
  • 125. Volume 1 - 2016 Untuk Sos Cendawan Liar: 200 gram daging lembu salai dipotong halus 2 sudu atau lebih minyak zaitun 2 sudu besar mentega 600 gram cendawan liar dipotong kasar 2 biji bawang kuning dipotong kecil 4 ulas bawang putih hancurkan 1 sudu daun thyme dirincik halus 3 cawan susu krim pekat (tawar) 2 sudu serbuk lada hitam kasar 2 cawan keju parmesan 2 sudu daun sup/parsley Garam dan gula secukup rasa Cara penyediaannya: 1. Keluarkan dada itik anda setelah cukup masa perapannya. Panaskan gril anda dan gril dada itik tersebut hingga masak atau mengikut citarasa anda. Anda boleh juga grilkan sedikit cendawan untuk hiasan alacarte anda nanti. Apabila masak, keluarkan dari grill dan letakkan didalam bekas bertudung untuk biarkas jus meresaop semula kedalam isi itik anda. 2. Penyediaan sos: Mulakan dengan menyediakan bahan-bahan yang akan anda gunakan. Potong bersihkan dan letakkan berhampiran tempat kerja anda. Panaskan sebuah periuk besar pada suhu sederhana panas sebelum anda mula masukan bahan-bahan anda. Apabila telah panas, masukkan 1 sudu bagi setiap minyak zaitun dan mentega kedalam periuk. Setelah panas dan sedia, masukkan daging salai anda kedalam dan goring untuk beberapa minit sehingga ianya sedikit perang.
  • 126. Volume 1 - 2016 Seretusnya, masukkan cendawan dan masak sehingga ianya lembut. Cendawan akan mengeluarkan banyak cecair dan akan kering apabila dipanaskan. Tetapi jangan risau apabila cendawan anda mengecil semasa anda meggorengnya. Masak selama lebih kurang 7 ke 9 minit. Apabila cendawan anda agak sudah lembut, tolak kebahagian tepi periuk dan buatkan sedikit ruang untuk masukan bawang ditengah periuk tadi. Mulakan dengan masukkan 1 sudu mentega serta minyak zaitun. Kemudiannya bawang yang telah anda dadukan dan masak selama lebih kurang 3 minit. Masukkan bawang putih dan daun thyme anda untuk dimasak selama lebih kurang 3 minit lagi. Cuba rasa dan tambahkan garam dan gula menguikut citasa anda. Tambahkan serbuk lada hitam jika anda mahukan sos tersebut sedikit pedas. Sekarang masukkan susu krim, tingkatkan kepanasan periuk anda dan didihkan cecair tersebut. Apabila ianya mendidih, turunkan kepanasan dan biarkan ianya panas dengan api yang perlahan. Masukkan serbuk lada hitam kasar anda pada waktu ini mengikut rasa yang anda mahukan. Masak sehingga sos anda memekat mengikut citarasa anda. Rasa dan tambahkan garam jika perlu. Akhir sekali masukkan keju parmesan anda dan kacau hingga sebati. Rasa masakan anda tersebut untuk pastikan ianya adalah seperti yang yang kehendaki. 3. Menghidang: Untuk hidangan, sediakan 5 buah oinggan yang agak besar dan cantik. Ambil dada itik anda tadi dan potong nipis-nipis beberapa bahagian setiap satu. Susunkan diatas pinggan anda teratur. Tuangkan sos cendawan liar anda tadi bersama dengan cendawan keatasnya. Taburkan beberapa cendawan yang anda gril untuk warna yang kontra. Akhir sekali, taburkan daun sup.parsley yang telah anda rincik halus-halus tadi dan beberapa helai yang biasa untuk hiasan. Sekarang anda boleh senyum sambal menghidangkannya kepada teteamu anda.
  • 127. Volume 1 - 2016 3. Beger Bakar Istimewa (Pohon Cherry Grill Beef Slider) Masa Penyediaan : 1 jam Masa Memasak : 1 jam Masa Diperlukan : 2 jam Ideal Hidangan : 1-5 hidangan Bahan-bahan: Patty: 2.8 kg Daging lembu kisar 500 gram lemak lembu kisar 200 gram serbuk lada hitam 10 ulas bawang putih kisar halus 100 gram daun sup kisar halus 4 biji bawang merah kisar halus 100 gram serbuk cili paprika 100 gram serbuk cili cayenne 100 gram serbuk cili biasa kisar kasar 150 gram gula perang 100 ml Minyak sayuran Garam secukup rasa Menghidang: 20 keping Keju mozarela/chedar 5 – 10 biji roti bun slider/roti kentang manis Sos Thousand Island @ Mayonis Daun Salad dan bawang merah (kisar dijadikan pes)
  • 128. Volume 1 - 2016 Cara penyediaannya: Untuk menyediakan Patty beger ini, anda perlu sediakan sebuah bekas yang agak besar untuk masukkan kesemua bahan-bahan anda. Masukkan daging dan lemak (80/20) kedalam bekas tersebut dan gaulkan agar semuanya bercampur. Tujuan lemak tersebut adalah untuk menambah perisa serta mengikat Patty tersebut. Jika anda mempunyai mesin pengadun roti, anda boleh juga menggunakanya supaya kerja lebih pantas. Seterusnya masukkan bahan-bahan lain sedikit demi sedikit sambal anda mengadunkan kesemuanya agar sebati dan menyeluruh. Masukkan minyak sayuran diakhir proses untuk mengikat Patty anda tersebut. Biarkan beberapa ketika sehingga sejam untuk perapan meresap masuk kesemua bahagian. Anda boleh juga menambah sedikit tepung jagung atau ubi untuk mengukuhkan lagi patty anda tadi. Tetapi jangan terlalu banyak untk mengelakkan {atty anda hilang keunikan rasa daging tadi. Setelah direhatkan beberapa ketika, anda bolehlah mula membentuknya dengan menimbang atau mengagak setiap Patty dengan seberat 140 gram untuk beger bersaiz jumbo atau 70 gram untuk slider bersaiz mini. Gumpalkan kepada 10 ke 20 bebola dan penyakkan membentuk seperti Patty beger yang terdapat dikedai-kedai.
  • 129. Volume 1 - 2016 Masak Patty anda tadi mengikut citarasa anda samada kering dan rangup atau berjus. Dalam masa yang sama, sediakan daun salad anda dan bawang besar merah. Potong bawang merah bulat-bulat dan rincikkan daun salad anda. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian anda kisarkan bersama dengan mayonis dan tambahkan sedikit gula serta garam secukup rasa. Potong roti bun anda dan bakar diatas grill dibahagian dalam untuk beberapa ketika sehingga sedikit perang dan angkat untuk langkah seterusnya. Sebelum anda mengangkat Patty yang telah anda bakar, letakkan keju diatasnya untuk dicairkan. Sementara menunggu, sapukan sos pes salad mayonis yang dikisar tadi diatas bun yang berada dibawah bersama. Salad dan bawang yang sebahagian lagi anda gaulkan bersama sos thousand island. Angkat Patty anda dan letakkan diatas bun. Jika anda ingit jadikannya dua tingkat letakkan dua biji patty diatasnya. Letakkan salad dan bawang yang digaul bersama sos thousand island tadi dan letakkan bun bahagian atas. Cucukkan sebilah lidi pencucuk untuk kekalkan bentuk beger anda tersebut. Hidangkan diatas pinggan bersama dengan cip kentang atau kentang goring dan taburkan sedikit sos diatasnya untuk hiasan. SEKIAN
  • 130. Volume 1 - 2016 Penutup Diharap agar pembaca dapat mempelajari serta memahami resepi-resepi yang diajarkan didalam naskah ini. Sama-samalah kita mula menghasilkan makanan yang lebih sihat untuk diri kita, keluarga kita serta orang-orang disekeliling kita. Tidak susah pun untuk memasak dan yang paling penting, anda tidak perlu menjadi seorang chef untuk memasak hidangan yang berkualiti seperti diatas. Selain itu, anda juga tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk menjayakan majlis-majlis keramaian anda. Anda Cuma perlukan sedikit kesungguhan untuk mempersembahkan hidangan yang baik. Nantikan Naskah seterusnya dari Pohon Cherry Grill. Selamat mencuba.
  • 131. Volume 1 - 2016
  • 132. Volume 1 - 2016
  • 133. Volume 1 - 2016 Produk sejuk beku sedia untuk di-Grill dari Pohon Cherry Grill Bagi yang ingin menjadi pengedar, sila hubungi: +6012 669 4217 Semenanjung Malaysia
  • 134. Volume 1 - 2016
  • 135. Volume 1 - 2016