Tugasan ini memerintahkan murid untuk menghasilkan laporan mengenai faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke-15, kesan daripada kemunculan tersebut, dan usaha untuk menjadikan Malaysia maju dalam bidang perdagangan. Murid perlu mengikut panduan dan format yang diberikan untuk menyiapkan laporan sepanjang minimum 300 perkataan.
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Pt1 2015 sejarah. edisi murid.(soalan akhir tahun)doc
1. TERHAD
ARAHAN KEPADA MURID:
1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan.
2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut
berdasarkan kriteria rubrik yang ditetapkan.
TUGASAN
2. TERHAD
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 1
BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH (21)
TAHUN 2015
1.0 ARAHAN KEPADA CALON
1.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 1 mata pelajaran Sejarah wajib dilaksanakan
oleh calon Tingkatan 1 tahun 2015.
1.2 Merancang dan menghasilkan tugasan ini dalam tempoh lapan waktu PdP.
1.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah
dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini.
1.4 Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang
ditetapkan.
1.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan ( Lampiran 1 sebagai panduan
untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang )
1.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan secara
berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
1.7 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
1.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk
menjelaskan lagi hasil kajian.
1.9 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan
dilaksanakan.
1.10 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk
mencari dan mengumpul fakta.
1.11 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 2)
1.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada
mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat
merupakan perbuatan menyalin / meniru / mencedok hasil kerja calon lain
sepenuhnya atau menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda
mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan
sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda hanya
diberikan gred F.
1.13 Pentaksiran / Penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan
dilaksanakan.
TERHAD
2
3. TERHAD
2.0 TUGASAN
Tugasan: Kaji dengan teliti maklumat di bawah dan jawab soalan-soalan yang
diberikan.
Peta perdagangan Melaka pada abad ke-15.
Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan
antarabangsa. Ini dibuktikan oleh W.G. Shallebear, 1612. Sejarah Melayu. Edisi
1961, halaman 82 menyatakan “ Maka segala dagang atas angin dan bawah
angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.”
Berdasarkan maklumat di atas, buat kajian dan hasilkan satu laporan . Panjang laporan anda hendaklah tidak kurang
daripada 300 patah perkataan.
TERHAD
3
4. TERHAD
Penulisan laporan mestilah berdasarkan soalan-soalan di bawah.
1. Merujuk kepada maklumat di atas, huraikan faktor-faktor yang membawa
kepada kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
(20 markah)
2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bincangkan kesan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan
antarabangsa dari aspek hubungan luar.
(20 markah)
3. Pada pandangan anda, jelaskan usaha-usaha untuk menjadikan negara kita
maju dalam bidang perdagangan. (KBAT)
(15 markah)
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:
1. Tajuk rencana
2. Nama penulis
3. Isi kandungan:
(a) Pengenalan
(b) Faktor
(c) Kesan
(d) KBAT
(e) Membuat rumusan
(f) Menyenaraikan sumber rujukan
TERHAD
4
5. TERHAD
TUGASAN TAMAT.
Lampiran 1
3.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN
BIL PERKARA HURAIAN
1 Perancangan
(10 markah)
• Jadual kerja / senarai
semak
• Objektif kajian
• Menetapkan kaedah
kajian
• Menetapkan tajuk
• Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan
tugasan dan dapat menggambarkan keseluruhan
kandungan hasil penulisan.
2 Proses awal
( 20 markah)
Mengumpul maklumat melalui
rujukan terhadap pelbagai
sumber
• Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber
• Maklumat sangat tepat dan lengkap serta sangat
sesuai dengan tugasan..
3 LAPORAN AKHIR
Pengenalan
(05 markah)
• Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan
tugasan dan dapat menggambarkan keseluruhan
kandungan hasil penulisan.
4 Faktor-faktor yang membawa
kepada kemunculan Melaka
sebagai pusat perdagangan
antarabangsa.
(20 markah)
• Menghuraikan faktor-faktor kemunculan Melaka
sebagai pusat perdagangan antarabangsa dengan
tepat dan sangat lengkap.
• Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.
5 Kesan kemunculan Melaka
sebagai pusat perdagangan
antarabangsa dari aspek
hubungan luar.
(20 markah)
• Mebincangkan kesan kemunculan Melaka sebagi
pusat perdagangan antarabangsa dari aspek
hubungan luar dengan tepat dan sangat lengkap.
• Mengemukakan contoh yang sangat sesuai
6
KBAT - Usaha untuk menjadikan
• Menjelaskan usaha menjadikan negara maju dalam
TERHAD
5
6. TERHAD
negara kita maju dalam bidang
perdagangan. (15 markah)
bidang perdagangan.
7 Rumusan
(5 markah)
• Rumusan merangkumi pengetahuan, iktibar dan
harapan yang relevan
8 Rujukan
(5 markah)
• Sumber rujukan yang autentik, relevan dan pelbagai.
` Lampiran 2
CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN
Buku
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political
Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal
Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. “Dato Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol
1.Mac 1960.
Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.
Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.
Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43, No 21 Jalan Lundu, Taman Beringin 52000 Kuala
Lumpur.
Melawat Tempat Kajian
TERHAD
6
7. TERHAD
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’Onn. Pusat Dagangan Dunia
Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
VCD
Tajuk program, terbitan.
Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian
Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa rangkaian.
Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun
Sumber lain
Jenis sumber, alamat/ punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/union.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
TERHAD
7