SUKATAN PELAJARAN
       PSV
PENDAHULUAN
• Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni
  yang terdahulu.

• Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana     dalam hubungan
  seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih   menjurus kepada
  seni tampak atau visual, dan tidak merujuk      kepada seni lain
  seperti seni muzik, seni sastera, seni           tari dan seni
  mempertahankan diri.

• Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada
  murid           memupuk       minat,        memperkembang
  keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-
  nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
  pelajaran lain.
• Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah
  kreatif, ekspresif dan aktif.

• Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang
  sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya
  pemikiran.

• Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam
  pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
  menyatakan idea dan ekspresi diri.

• Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
  keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya
  sendiri.
• Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi
  pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan
  antara mata pelajaran lain.

• Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan
  aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK).

• Murid digalakkan menyimpan              rekod   pengalaman
  pembelajaran dan hasil kerja sendiri.

• Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis
  dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
• Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang
  visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel.

• Sifat ini amat penting untuk membantu murid
  berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi
  pancaindera secara seimbang.

• Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan
  bermakna.
MATLAMAT

• Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
  rendah       adalah    untuk     melahirkan    insan  yang
  harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan
  asas seni visual.

• Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
  meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
  keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
  bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
  diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
  Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,


melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan



menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,




mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,




mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,



memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab



mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air



menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual



melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah
ORGANISASI KURIKULUM
• Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
  disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan
  seni.

• Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama.
  Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat
  corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan
  mengenal kraf tradisional.

• Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
  menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas
  bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
• Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat
  kesediaan     dan      penerimaan      murid       dari segi
  sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
  perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

• Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah
  rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan
  dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid
  ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang
  digunakan dalam sebarang kegiatan seni.

• Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber
  motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan
  prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan
  hasil       seni,     menyimpan          maklumat        atau
  dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi
  komputer dalam kerja seni visual.
• Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah
  kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi
  disiplin   seni  visual,    berfikir  secara   kritis  dan
  kreatif,  berkomunikasi      secara  berkesan,     membuat
  pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan
  dan perkakasan.

• Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang
    dipentingkan, iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Pemerhatian Secara Aktif
• Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran
  pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat
  menajamkan persepsi murid.

• Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga
  melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.
  Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan
  imaginasi.

• Pemahaman tentang asas seni visual juga             turut
  diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.
• Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek
  alam dan objek buatan manusia.

• Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara
  konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan
  ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi
  dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
  pemikiran abstrak.
Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Alat dan Bahan

• Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan
  percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
  menggunakan alat dan bahan.

• Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan
  kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat
  dan bahan serta teknik-teknik mudah.

• Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat
  interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek
  yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia
  memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung.
  Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh
  lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.
Apresiasi Seni Visual Secara Mudah

• Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid
  mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
  dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
  fungsi.

• Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa
  yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.

• Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai
  cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.
Menghargai Nilai Baik dalam Semua Aspek
                    Kehidupan

• Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara
  mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai
  segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan
  mereka.

• Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
  patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

• Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
  sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
KANDUNGAN

• Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
   disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

• Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu
  pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif
  dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai
  nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
Menggambar
• Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran
  serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat
  gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek
  ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

• Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
1. Lukisan
2. Catan
3. Kolaj
4. Montaj
5. Cetakan
6. Resis
7. Gosokan
8. Stensilan
9. Percikan
10. Gurisan
11. Capan
12. Mozek
13. poster
• Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti
  dan ekspresi diri.

• Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni
  serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya.
  Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai
  kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.

• Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi
  fokus kegiatan menggambar.
• Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual
  murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti
  warna, garisan, susunan dan kesannya.

• Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat
  dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.

• Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
  pembelajaran.

• Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
  pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Membuat Corak dan Rekaan

• Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid
  memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
  mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.

• Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada
  mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti
  binaan, kraf dan sebagainya.

• Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.
• Antaranya melalui kegiatan seperti:
  2.1 Corak tidak terancang secara:
       2.1.1 Pualaman
       2.1.2 Tiupan
       2.1.3 Titisan
       2.1.4 Ikatan dan celupan
       2.1.5 Renjisan dan percikan

   2.2 Corak terancang secara:
        2.2.1 Lukisan
        2.2.2 Catan
        2.2.3 Cetakan
        2.2.4 Capan
        2.2.5 Lipatan dan guntingan
        2.2.6 Resis
        2.2.7 Kolaj
        2.2.8 Kaligrafi
• Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji
  pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.

• Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan
  olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.

• Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan
  corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak
  tradisional dengan teknik tertentu.

• Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
  pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
  cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
Membentuk dan Membuat Binaan
• Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid
  terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan
  dan kestabilan.

• Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan
  lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu
  model.

• Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
  mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat
  dan teknik penghasilan.

• Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif
  dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan
  seni.
• Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga
   dimensi merangkumi aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami
• Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi
  peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek
  sebenar.

• Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea
  dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

• Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
  pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
  cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Mengenal Kraf Tradisional

• Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang
  melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
  masyarakat yang diwarisi turun-temurun.

• Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
  4.1 Alat domestik
  4.2 Alat permainan
  4.3 Alat pertahanan diri
  4.4 Perhiasan diri (ornamen)
  4.5 Batik
  4.6 Tekat
  4.7 Ukiran
  4.8 Tenunan
  4.9 Anyaman
  4.10 Tembikar
• Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa
  jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf
  tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
  membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

• Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
  pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses
  pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang
  kraf yang dinyatakan.

• Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
  pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Sekian
Terima kasih

Psv

  • 1.
  • 2.
    PENDAHULUAN • Pendidikan SeniVisual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. • Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. • Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai- nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
  • 3.
    • Murid disekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. • Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. • Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. • Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
  • 4.
    • Pendidikan SeniVisual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. • Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). • Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. • Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
  • 5.
    • Setiap muridmempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. • Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. • Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
  • 6.
    MATLAMAT • Matlamat matapelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. • Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 7.
  • 8.
    menghargai keindahan alamciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
  • 9.
    membiasakan diri membuatrekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah
  • 10.
    ORGANISASI KURIKULUM • Sukatanpelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. • Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. • Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
  • 11.
    • Pengalaman inijuga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. • Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. • Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.
  • 12.
    • Sementara kemahiranyang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. • Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan, iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
  • 13.
    Pemerhatian Secara Aktif •Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. • Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. • Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.
  • 14.
    • Murid akandilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. • Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
  • 15.
    Interaksi yang Kritisdan Kreatif dengan Alat dan Bahan • Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. • Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. • Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.
  • 16.
    Apresiasi Seni VisualSecara Mudah • Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. • Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. • Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.
  • 17.
    Menghargai Nilai Baikdalam Semua Aspek Kehidupan • Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. • Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. • Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
  • 18.
    KANDUNGAN • Sukatan pelajaranPendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional • Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
  • 19.
    Menggambar • Bidang kegiatanini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. • Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: 1. Lukisan 2. Catan 3. Kolaj 4. Montaj 5. Cetakan 6. Resis 7. Gosokan 8. Stensilan 9. Percikan 10. Gurisan 11. Capan 12. Mozek 13. poster
  • 20.
    • Bidang inimenekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. • Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. • Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar.
  • 21.
    • Kegiatan inidapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. • Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. • Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. • Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
  • 22.
    Membuat Corak danRekaan • Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. • Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. • Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.
  • 23.
    • Antaranya melaluikegiatan seperti: 2.1 Corak tidak terancang secara: 2.1.1 Pualaman 2.1.2 Tiupan 2.1.3 Titisan 2.1.4 Ikatan dan celupan 2.1.5 Renjisan dan percikan 2.2 Corak terancang secara: 2.2.1 Lukisan 2.2.2 Catan 2.2.3 Cetakan 2.2.4 Capan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.2.6 Resis 2.2.7 Kolaj 2.2.8 Kaligrafi
  • 24.
    • Bidang inimembolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. • Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. • Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. • Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
  • 25.
    Membentuk dan MembuatBinaan • Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. • Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. • Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. • Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
  • 26.
    • Bidang kegiatanmembentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: 3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka 3.8 Topeng 3.9 Origami
  • 27.
    • Kegiatan membentukdan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. • Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. • Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
  • 28.
    Mengenal Kraf Tradisional •Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. • Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 4.1 Alat domestik 4.2 Alat permainan 4.3 Alat pertahanan diri 4.4 Perhiasan diri (ornamen) 4.5 Batik 4.6 Tekat 4.7 Ukiran 4.8 Tenunan 4.9 Anyaman 4.10 Tembikar
  • 29.
    • Bidang inimemberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. • Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. • Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
  • 30.