1. FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN EKONOMI
Khalilah Binti Khalid
Fatimah Saidah Bt Rusli
6 PISMP KS/PJ/PM 1
En. Anas B. Suray
2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN
EKONOMI
Pertambahan Kemahiran Buruh Pertambahan
Jumlah Penduduk dan Usahawan Pelaburan
Kekayaan Sumber Kemajuan
Perluasan Pasaran
Alam Teknologi
Kestabilan Politik,
Galakan Kerajaan Sosial dan
Ekonomi
3. 1. PERTAMBAHAN JUMLAH PENDUDUK
1. Pertambahan jumlah penduduk mendorong faktor
pertumbuhan ekonomi kerana
Menambah jumlah tenaga buruh
Menambah jumlah pengeluaran
Menambah saiz pasaran
Meningkat perbelanjaan angregat
Mendorong pertambahan keluaran negara
Pertumbuhan ekonomi
4. 2. KEMAHIRAN BURUH DAN USAHAWAN
1. Buruh dan usahawan yang mahir dapat mengendalikan
pengeluaran berasaskan teknologi tinggi.
2. Proses pengeluaran dan pertumbuhan dapat
dipercepatkan apabila pengeluaran adalah berasaskan
teknologi tinggi.
3. Kemahiran buruh dan usahawan meningat akibat
daripada peningkatan
Taraf pendidikan
Latihan
Pengalaman bekerja
5. 3. PERTAMBAHAN PELABURAN
1. Pertambahan pelaburan merangsang pertumbuhan
ekonomi dalam sektor perkilangan, pembinaan,
pertanian, dan sebagainya.
2. Keluaran negara dan pendapatan negara akan
bertambah apabila pelabur bertambah.
3. Pelabur akan meningkat apabila tabungan meningkat
kerana pertambahan tabungan menambahkan
kebolehan negara itu mengumpul modal pelaburan.
6. 4. KEKAYAAN SUMBER ALAM
1. Kekayaan sumber alam menjamin bekalan bahan
mentah yang mencukupi untuk proses perindustrian.
2. Kekayaan sumber alam merangkumi iklim, tanah, hasil
galian, hasil hutan dan hasil lautan.
7. 5. KEMAJUAN TEKNOLOGI
1. Kemajuan teknologi mendorong meninggikan
Kecekapan pengeluaran
Menambah jumlah keluaran
Menurunkan kos pengeluaran
2. Kemajuan teknologi juga meninggikan mutu barang
yang sedia ada dan menghasilkan barang baru di
pasaran.
8. 6. PERLUASAN PASARAN
1. Perluasan pasaran ke luar negara akan mendorong
ekonomi kerana ia mendorong pertambahan
pengeluaran.
2. Pertambahan eksport ekoran daripada perluasan
pasaran telah dibuktikan sebagai satu faktor penting
dalam pertumbuhan ekonomi negara-negara
membangun.
9. 7. GALAKAN KERAJAAN
1. Galakan kerajaan melalui dasar-dasar ekonomi dan
penyediaan kemudahan infrastruktur menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.
2. Kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik,
perhubungan dan pengangkutan akan melancarkan
proses perindustrian.
10. 8. KESTABILAN POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI
1. Akan menarik pelabur tempatan dan pelabur asing
yang seterusnya dapat menggerakan pertumbuhan
ekonomi.
2. Keadaan negara yang aman dan tenteram dengan nilai
mata wang yang kukuh serta tiada tuntutan upah yang
semakin naik dapat menjamin pulangan pelaburan
yang dilakukan oelah para pelabur ,setrusnya
meningkatkan modal pelaburan serta keupayaan
pengeluaran.