2. Pantun berkait ( Bekerja )
Ketika dulu
Kelihatan sang dara bersimpuh
ayu
Bersalut songket tenunan Melayu
Menganyam segar
Kelihatan
Sang teruna menebang ara
Berbaju Melayu warisan bangsa
Meniup seruling bambu
Merdu dan sayu
Ketika ini
Tiada juga teruna gagah
Kini yang ada cuma
Tubuh – tubuh lesu
Kedengaran
Irama gamat menodai
kedamaian
Seruling bambu diam
keusangan
Songket dan batik muram
disisihkan
Ayahanda bonda di pondok
Memalu nobat di sisi
Melihat sayu sang sita Dewi
Yang usang tidak bermaya
lagi
3. Maksud Sajak
Rangkap 1:
Pada zaman dahulu, gadis-gadis duduk dengan bersopan
santun dan memakai pakaian tradisional Melayu.
Rangkap 2:
Pemuda-pemuda pada masa dahulu amat rajin bekerja namun
tetap mempertahankan nilai-nilai warisan bangsa.
Rangkap 3:
Kini keadaan sudah berubah. Gadis dan pemuda tidak lagi
menitiberatkan budaya Melayu. Mereka kurang bersemangat
dan tidak produktif.
Rangkap 4:
Pemuda-pemudi lebih menggemari muzik Barat hingga
menyebabkan muzik dan pakaian tradisional semakin
dipinggirkan.
Rangkap 5:
Generasi tua berasa sedih kerana budaya kita semakin
dilupakan oleh generasi muda.
4. Tema
• Tema sajak ini ialah peranan golongan
muda dalam mempertahankan adat dan
budaya Melayu.
5. Persoalan / Nada
• Keindahan dan kesopanan budaya Melayu yang
perlu dipertahankan.
• Pengaruh budaya asing dalam budaya Melayu.
• Kecenderungan anak-anak muda terhadap budaya
asing selain melupakan budaya sendiri.
• Harapan golongan tua agar budaya warisan terus
dipertahankan.
• Nada - Melankolik.
6. Bentuk
Berbentuk bebas.
Terdiri daripada lima rangkap.
Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua
mempunyai lima baris, rangkap ketiga mempunyai enam
baris, rangkap keempat mempunyai empat baris dan rangkap
kelima mempunyai empat baris.
Bilangan katanya satu hingga lima patah kata sebaris
Terdiri daripada empat hingga empat belas suku kata sebaris.
Rima akhir rangkap pertama ialah aaab, rima akhir rangkap
kedua ialah abbcc, rima akhir rangkap ketiga ialahabcdbb,
rima akhir rangkap keempat ialah aaaa dan rima akhir
rangkap kelima ialah abbb.
7. Unsur-unsur Bunyi
• Asonansi (pengulangan vokala).
Contohnya: kelihatan sang dara bersimpuh ayu, berbaju
Melayu warisan bangsa, menganyam segar.
• (pengulangan vokal e).
Contohnya: bersalut songket tenunan Melayu, meniup
seruling bambu.
• (pengulangan vokal u).
Contohnya: tubuh-tubuh lesu, merdu dan sayu.
• Aliterasi (pengulangan konsonan d).
Contohnya: Ayahanda bonda di pondok.
• (pengulangan konsonan g).
Contohnya: tiada juga teruna gagah.
(pengulangan konsonan m).
Contohnya: irama gamat menodai kedamaian.
8. Gaya Bahasa
Anafora (pengulangan kata pada awal baris).
Contohnya, kata tiada pada rangkap ketiga baris 2
dan 3; kata tubuh-tubuh pada rangkap ketiga baris
5 dan 6.
Personifikasi.
Contohnya: irama gamat menodai kedamaian,
seruling bambu diam keusangan, songket dan batik
muram disisihkan.
Inversi (ayat songsang).
Contohnya: tiada lagi sang dara ayu
10. Pengajaran
• Kita hendaklah mengekalkan warisan pakaian
tradisional.
• Kita janganlah mudah terpengaruh oleh budaya
asing.
• Kita mestilah mempunyai jati diri.
• Kita haruslah rajin berusaha.
• Kita perlulah menjaga perasaan golongan tua.