PENDAHULUAN
Sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015 adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita.
MATLAMAT
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.
2. Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
3. Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan warga sekolah.