SlideShare a Scribd company logo
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA



Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

                                      KERACUNAN MAKANAN

PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung
Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai
Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku
pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas
pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh.

       Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin
sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan
muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.

          Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang
keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan
aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah
dimaklumkan tentang kejadian ini.

         Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital
Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak
stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai
Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.

       Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.
Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk
membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin
sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap
kebersihan kantin tersebut.




      Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA




1     Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut?


      A     Kuih yang dijual

      B     Nasi lemak yang dijual

      C     Makanan yang dijual

      D     Minuman yang dijual

2     Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan
      makanan?
      A     Sakit perut
      B     Muntah-muntah
      C     Sakit perut yang serius
      D     Sakit perut dan muntah-muntah

3     Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan
      makanan?
      A     8
      B     10
      C     12
      D     20

 4    Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka?

      A     Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
      B     Pusat Kesihatan Pantai Remis
      C     Guru yang bertugas
      D     Guru besar

 5    Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________

      A     Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat.
      B     Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah.
      C     Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka.
      D     Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.




     Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA




Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.


                         TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI

       KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagai
Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu
daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal
Abidin berasal dari Kampung Kubang Semang.

       Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladang
kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran
rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan
dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama-
sama isteri dan anak-anaknya.

         Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM10000
dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan
mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakar
semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha.

       Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yang
ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya
untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan
makanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya.

       Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian
dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap
kejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terus
melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam
bidang pertanian ini.




     Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA



1     Di manakah Majlis Anugerah Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah
      diadakan?
      A     Kampung Kubang Semang
      B     Kubang Semang
      C     Kuala Nerang
      D     Alor Setar

2     Berapakah jumlah hadiah yang bakal diterima oleh Encik Zainal Abidin bin
      Tahir?
      A     1
      B     2
      C     3
      D     4

3     Mengapakah Tokoh Petani Jaya Negeri Kedah merakamkan ucapan terima
      kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan KEMAS?
      A     Memberi khidmat nasihat kepadanya
      B     Membantu para petani yang belum berjaya
      C     Menolong memasarkan hasil makanan ringannya
      D     Memberi dorongan kepada petani supaya terus berjaya

 4    Siapakah yang membantu Tokoh Petani Jaya mengusahakan kegiatan makanan
      ringan di rumahnya?
      A     Para petani
      B     Penduduk kampung
      C     Anak-anaknya sahaja
      D     Isteri dan anak-anaknya

 5    Aktiviti pertanian yang diusahakan oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir ialah …

            I. Menternak lembu daging
           II. Memelihara ikan keli
          III. Mengusahakan ladang sawit
          IV. Menghasilkan kerepek pisang
      A     I dan II sahaja
      B     I dan III sahaja
      C     I, II dan III sahaja
      D     II, III dan IV sahaja




     Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA




Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

                                     LEMAS DIBAWA ARUS

       BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah lemas semasa mandi-

manda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam

perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang terlibat ialah

Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman.

       Ketika kejadian berlaku, arus Sungai Renggam agak deras kerana pada sebelah

paginya hujan turun dengan lebat. Mangsa-mangsa lemas sememangnya sudah biasa mandi

di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah

melarang mereka mandi di sungai itu.

       Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang menjerit meminta tolong.

Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus.

Mangsa itu cuba diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan bertindak pantas

memberitahu penduduk kampung.

       Sehingga kini, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala

dua lagi mangsa masih belum ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus

mencari mangsa.

       Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu. Mereka terperanjat dengan

kejadian ini. Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri

latihan bola sepak. Namun begitu, mereka redha dengan kejadian yang berlaku dan berharap

agar mayat anak mereka akan dijumpai secepat mungkin.




     Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA



1     Bilakah kejadian lemas itu berlaku?

      A     Sebelum hujan turun dengan lebatnya
      B     Ketika mereka hendak memancing di sungai
      C     Selepas menjalani latihan bola sepak di sekolah
      D     Semasa mereka cuba menyelamatkan budak lemas

2     Mengapakah Pak Hasan melarang murid-murid itu daripada mandi sungai?

      A     Arus sungai deras
      B     Ketika itu hujan turun
      C     Mengganggu beliau memancing ikan
      D     Bimbang mereka mandi-manda di sungai

3     Apakah tindakan Pak Hasan setelah gagal menyelamatkan mangsa lemas?

      A     Mencari mangsa lemas bersendirian
      B     Membantu bomba mencari mangsa dibawa arus
      C     Menyusuri sungai sambil menjerit meminta tolong
      D     Memaklumkan segera kepada penduduk kampung

 4    Siapakah orang pertama yang bertindak cuba menyelamatkan mangsa lemas?

      A     Pemancing ikan
      B     Penduduk kampung
      C     Rakan mereka sendiri
      D     Pihak bomba dan penyelamat

 5    Berikut keadaan ibu bapa mangsa lemas dibawa arus kecuali …

      A     Kesal dengan sikap anak-anak mereka
      B     Terperanjat dengan dengan kejadian itu
      C     Reda dengan peristiwa yang telah berlaku
      D     Berharap mayat anak mereka akan dijumpai




     Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA




Jawapan Soalan Pemahaman Berita

Petikan 1

1. B
2. D
3. A
4. B
5. C


Petikan 2

1. C
2. B
3. A
4. D
5. C

Petikan 3

1. C
2. A
3. D
4. A
5. D




       Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

More Related Content

What's hot

Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
michelle karim
 
Drama Hadiah
Drama HadiahDrama Hadiah
Drama Hadiah
izzahzahraa
 
Kata Hubung dan Kata Sendi Nama
Kata Hubung dan Kata Sendi NamaKata Hubung dan Kata Sendi Nama
Kata Hubung dan Kata Sendi Nama
aina_athirah
 
Kata hubung
Kata hubungKata hubung
Kata hubung
SriDurga JayaSimman
 
Rancangan Aktiviti Perjumpaan Tunas Puteri
Rancangan Aktiviti Perjumpaan Tunas PuteriRancangan Aktiviti Perjumpaan Tunas Puteri
Rancangan Aktiviti Perjumpaan Tunas Puteri
Denensse Luyoh
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
Indah Suria
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Jessyca Ungat
 
Ayat tunggal
Ayat tunggalAyat tunggal
Ayat tunggal
punitha malar
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)Ummu Khair
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifsuseintay
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
saieyen
 
Cerita pendek
Cerita pendekCerita pendek
Cerita pendek
Lancer Axe
 
Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman firo HAR
 

What's hot (20)

Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
 
Drama Hadiah
Drama HadiahDrama Hadiah
Drama Hadiah
 
Kata Hubung dan Kata Sendi Nama
Kata Hubung dan Kata Sendi NamaKata Hubung dan Kata Sendi Nama
Kata Hubung dan Kata Sendi Nama
 
Kata hubung
Kata hubungKata hubung
Kata hubung
 
Nota Kata Nama
Nota Kata NamaNota Kata Nama
Nota Kata Nama
 
Rancangan Aktiviti Perjumpaan Tunas Puteri
Rancangan Aktiviti Perjumpaan Tunas PuteriRancangan Aktiviti Perjumpaan Tunas Puteri
Rancangan Aktiviti Perjumpaan Tunas Puteri
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
Format karangan
Format karanganFormat karangan
Format karangan
 
Ayat tunggal
Ayat tunggalAyat tunggal
Ayat tunggal
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Pengenalan Komsas
Pengenalan KomsasPengenalan Komsas
Pengenalan Komsas
 
Cerita pendek
Cerita pendekCerita pendek
Cerita pendek
 
Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 

More from Kamarudin Jaafar

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
Kamarudin Jaafar
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
Kamarudin Jaafar
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kamarudin Jaafar
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Kamarudin Jaafar
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
Kamarudin Jaafar
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanKamarudin Jaafar
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahKamarudin Jaafar
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
Kamarudin Jaafar
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)docKamarudin Jaafar
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)docKamarudin Jaafar
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Kamarudin Jaafar
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
Kamarudin Jaafar
 
Protim
ProtimProtim

More from Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Petikan berita

  • 1. LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. KERACUNAN MAKANAN PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius. Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan. Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut. Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
  • 2. LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA 1 Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut? A Kuih yang dijual B Nasi lemak yang dijual C Makanan yang dijual D Minuman yang dijual 2 Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan makanan? A Sakit perut B Muntah-muntah C Sakit perut yang serius D Sakit perut dan muntah-muntah 3 Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan makanan? A 8 B 10 C 12 D 20 4 Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka? A Pejabat Pelajaran Daerah Manjung B Pusat Kesihatan Pantai Remis C Guru yang bertugas D Guru besar 5 Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________ A Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat. B Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah. C Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka. D Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan. Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
  • 3. LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagai Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal Abidin berasal dari Kampung Kubang Semang. Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama- sama isteri dan anak-anaknya. Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM10000 dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakar semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha. Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yang ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan makanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya. Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap kejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam bidang pertanian ini. Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
  • 4. LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA 1 Di manakah Majlis Anugerah Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah diadakan? A Kampung Kubang Semang B Kubang Semang C Kuala Nerang D Alor Setar 2 Berapakah jumlah hadiah yang bakal diterima oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir? A 1 B 2 C 3 D 4 3 Mengapakah Tokoh Petani Jaya Negeri Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan KEMAS? A Memberi khidmat nasihat kepadanya B Membantu para petani yang belum berjaya C Menolong memasarkan hasil makanan ringannya D Memberi dorongan kepada petani supaya terus berjaya 4 Siapakah yang membantu Tokoh Petani Jaya mengusahakan kegiatan makanan ringan di rumahnya? A Para petani B Penduduk kampung C Anak-anaknya sahaja D Isteri dan anak-anaknya 5 Aktiviti pertanian yang diusahakan oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir ialah … I. Menternak lembu daging II. Memelihara ikan keli III. Mengusahakan ladang sawit IV. Menghasilkan kerepek pisang A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
  • 5. LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. LEMAS DIBAWA ARUS BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah lemas semasa mandi- manda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang terlibat ialah Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman. Ketika kejadian berlaku, arus Sungai Renggam agak deras kerana pada sebelah paginya hujan turun dengan lebat. Mangsa-mangsa lemas sememangnya sudah biasa mandi di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah melarang mereka mandi di sungai itu. Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang menjerit meminta tolong. Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus. Mangsa itu cuba diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan bertindak pantas memberitahu penduduk kampung. Sehingga kini, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala dua lagi mangsa masih belum ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa. Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu. Mereka terperanjat dengan kejadian ini. Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola sepak. Namun begitu, mereka redha dengan kejadian yang berlaku dan berharap agar mayat anak mereka akan dijumpai secepat mungkin. Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
  • 6. LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA 1 Bilakah kejadian lemas itu berlaku? A Sebelum hujan turun dengan lebatnya B Ketika mereka hendak memancing di sungai C Selepas menjalani latihan bola sepak di sekolah D Semasa mereka cuba menyelamatkan budak lemas 2 Mengapakah Pak Hasan melarang murid-murid itu daripada mandi sungai? A Arus sungai deras B Ketika itu hujan turun C Mengganggu beliau memancing ikan D Bimbang mereka mandi-manda di sungai 3 Apakah tindakan Pak Hasan setelah gagal menyelamatkan mangsa lemas? A Mencari mangsa lemas bersendirian B Membantu bomba mencari mangsa dibawa arus C Menyusuri sungai sambil menjerit meminta tolong D Memaklumkan segera kepada penduduk kampung 4 Siapakah orang pertama yang bertindak cuba menyelamatkan mangsa lemas? A Pemancing ikan B Penduduk kampung C Rakan mereka sendiri D Pihak bomba dan penyelamat 5 Berikut keadaan ibu bapa mangsa lemas dibawa arus kecuali … A Kesal dengan sikap anak-anak mereka B Terperanjat dengan dengan kejadian itu C Reda dengan peristiwa yang telah berlaku D Berharap mayat anak mereka akan dijumpai Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
  • 7. LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA Jawapan Soalan Pemahaman Berita Petikan 1 1. B 2. D 3. A 4. B 5. C Petikan 2 1. C 2. B 3. A 4. D 5. C Petikan 3 1. C 2. A 3. D 4. A 5. D Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak