SlideShare a Scribd company logo
GASING




Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang
pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu
lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara
kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu
tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali
nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1
meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Cara Bermain

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Pelbagai bentuk,
saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang
turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran
memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
1. Melilit Gasing

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia
untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali
pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan
kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya
pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas,
padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang.

   2. Memusing Gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul
akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan
seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak
jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa
diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik,
gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu
mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa
mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan
mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan.
Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak
dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan
membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.
Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan
diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan
ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum
dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia
berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi
kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.
3. Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian
dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang
ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain
dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan
pangkah tebang




   4. Mengankat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai
untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan
kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan
dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan
terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah
pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa
gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan
untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat
hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan
menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang
dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan
keligatan
CONGKAK




Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Di
Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari
perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu,
keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.

Asas Permainan:

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai
kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan
congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat
lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya
terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan
permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan
rumah dibiarkan kosong.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil
buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung'
menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti
di lubang yang kosong dan dianggap mati.

'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang
seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu
setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan
permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah
yang terdapat dalam lubang ibu.

Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam
giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang
pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila
kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke
lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia
mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Peraturan Permainan:

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

   1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan
       kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan
       memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari
       kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
   2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
       kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
       sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
       kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah
       (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
   3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
       Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
       permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
       sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
       permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
       seterusnya hingga mati.
   4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran
       berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada
       pihak lawan.
   5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
       congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'.
       Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
       seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang
memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka
pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Cara Membuat Congkak:

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat
juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.

   1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan
       congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
   2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang
       diperlukan dalam membuat congkak.
   3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai.
       Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
   4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua
       baris dan dinamakan „kampung‟ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
   5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai „rumah‟.
   6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya
       tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
   7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk
       tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
   8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan,
       perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung
kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat,
dan dengan pelbagai jenis rekaan.

Manakala, buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil,
dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa
sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.
WAU




Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti
menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari
perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat
dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan
menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-
layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga
dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke
udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara
berirama.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau
juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur
dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.
Jenis-Jenis Wau:

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya wau burung, wau pari, wau katak,
wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau
barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.

   1. Wau barat
   2. Wau bayan
   3. Wau bulan
   4. Wau burung
   5. Wau jala budi
   6. Wau katak
   7. Wau kucing
   8. Wau lenggang kebayan
   9. Wau merak
   10. Wau pari
   11. Wau sewah

Cara Bermain:

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali
akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau
tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias
berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapi
layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan
juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang
yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua
utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di
Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
Menghasikan Wau:

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk
dijadikan rangka, mengimbangkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau
tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih
besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk
serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan
berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan
warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih
yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan
diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung
apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah
direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju
diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi
wau .
BUNGA RAYA




Sebagai identiti menonjolkan negara Malaysia, Bunga Raya telah dipilih menjadi bunga
kebangsaan kerana ciri-ciri unik yang ada padanya. Selepas mencapai kemerdekaan,
Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai
bunga kebangsaan. Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh
jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang
dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga
Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan, pada 28 Julai 1960,
Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuh
Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai bunga kebangsaan.


Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960
oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj.
Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah di mana ia
melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya memberi maksud lima prinsip
Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga
yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang
pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini.
Bunga Raya Sebagai Identiti Malaysia:

Sejak tahun 2007, bunga raya telah diangkat sebagai warisan kebangsaan oleh Jabatan
Warisan Negara. Hal ini kerana, bunga raya telah diangkat martabatnya sebagai bunga yang
mampu menonjolkan identiti Malaysia. Disebabkan habitatnya yang tumbuh meliar dan
senang dijaga, tanaman ini mampu dijadikan landskap yang cantik untuk sesuatu kawasan dan
secara tidak langsung mampu menjadi identiti kepada Malaysia. Selain itu, setelah dinobatkan
sebagai bunga kebangsaan, Bunga Raya menjadi inspirasi pelbagai pihak untuk
mengabadikan nama jalan, kawasan perumahan, bangunan, bilik tetamu, restoran dan
sebagainya dengan nama Bunga Kebangsaan itu di dalam dan luar negara.


Nama dan rupa bentuk Bunga Raya juga dijadikan simbol dan perlambangan negara
sebagaimana yang terdapat dalam Jata Negara. Wang syiling dan ringgit Malaysia turut
mempunyai lambang Bunga Raya. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga,
Bunga Raya dinamakan pada bangunan khas Kompleks Bunga Raya khusus bagi penumpang
kenamaan. Bunga Raya juga menjadi hiasan di bangunan Parlimen dan simbol Filem Negara.

More Related Content

What's hot

8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisSyazwani Mohd
 
Laporan karnival permainan tradisional
Laporan karnival permainan tradisionalLaporan karnival permainan tradisional
Laporan karnival permainan tradisional
Grace Richard
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Devi D Hazel Eye
 
Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejirananSuzaki Nor
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakCheeyee Ho
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Norazelin Mat Isa
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaharris-7575
 
Perayaan di Malaysia
Perayaan di MalaysiaPerayaan di Malaysia
Perayaan di Malaysia
Ewe Beesuan
 
6. Polimer Semula Jadi
6. Polimer Semula Jadi6. Polimer Semula Jadi
6. Polimer Semula Jadi
ROSNANI MOHAMED JAMALLUDIN
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
An Hawa
 
2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan
Hew Mee Peng
 
perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.mandalina landy
 
PERAYAAN HARI DEEPAVALI
PERAYAAN HARI DEEPAVALIPERAYAAN HARI DEEPAVALI
PERAYAAN HARI DEEPAVALI
Prashanth Chandran Prashanth
 
MUZK3193: Tarian sumazau
MUZK3193: Tarian sumazau MUZK3193: Tarian sumazau
MUZK3193: Tarian sumazau
ElektifMuzik IPGKPM
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
Vivian Wmn
 
Nota sejarah tingkatan 1 bab 1 2017
Nota sejarah tingkatan 1 bab 1 2017Nota sejarah tingkatan 1 bab 1 2017
Nota sejarah tingkatan 1 bab 1 2017
Nurhaini Falini
 
Bahan bacaan Tahun 2
Bahan bacaan Tahun 2Bahan bacaan Tahun 2
Bahan bacaan Tahun 2PAKLONG CIKGU
 

What's hot (20)

8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Laporan karnival permainan tradisional
Laporan karnival permainan tradisionalLaporan karnival permainan tradisional
Laporan karnival permainan tradisional
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
 
Contoh karangan
Contoh  karanganContoh  karangan
Contoh karangan
 
Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejiranan
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkak
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang mulia
 
Perayaan di Malaysia
Perayaan di MalaysiaPerayaan di Malaysia
Perayaan di Malaysia
 
Gambar kosa kata
Gambar kosa kataGambar kosa kata
Gambar kosa kata
 
6. Polimer Semula Jadi
6. Polimer Semula Jadi6. Polimer Semula Jadi
6. Polimer Semula Jadi
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
 
2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan
 
perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.perayaan berbilang kaum di malaysia.
perayaan berbilang kaum di malaysia.
 
PERAYAAN HARI DEEPAVALI
PERAYAAN HARI DEEPAVALIPERAYAAN HARI DEEPAVALI
PERAYAAN HARI DEEPAVALI
 
MUZK3193: Tarian sumazau
MUZK3193: Tarian sumazau MUZK3193: Tarian sumazau
MUZK3193: Tarian sumazau
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Nota sejarah tingkatan 1 bab 1 2017
Nota sejarah tingkatan 1 bab 1 2017Nota sejarah tingkatan 1 bab 1 2017
Nota sejarah tingkatan 1 bab 1 2017
 
Bahan bacaan Tahun 2
Bahan bacaan Tahun 2Bahan bacaan Tahun 2
Bahan bacaan Tahun 2
 

Viewers also liked

Alat permainan
Alat permainanAlat permainan
Alat permainan
wanieyzuki
 
Jenis jenis wau
Jenis jenis wauJenis jenis wau
Jenis jenis wau
Tn Pauzi
 
2.2 patriotisme melalui sukan
2.2 patriotisme melalui sukan2.2 patriotisme melalui sukan
2.2 patriotisme melalui sukan
Pei Yiing
 
Permainan Tradisional vs Modern
Permainan Tradisional vs ModernPermainan Tradisional vs Modern
Permainan Tradisional vs Modern
Anisza Amalia
 
Seni kraf wau
Seni kraf wauSeni kraf wau
Seni kraf wauAbe Nize
 
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaHubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaLot Kubur
 
Bm permainan tradisional
Bm permainan tradisionalBm permainan tradisional
Bm permainan tradisional
limsiokc
 
PERMAINAN SEPAK TAKRAW MEWUJUDKAN INTEGRASI ANTARA KAUM PENDUDUK SETEMPAT
PERMAINAN SEPAK TAKRAW MEWUJUDKAN INTEGRASI ANTARA KAUM PENDUDUK SETEMPATPERMAINAN SEPAK TAKRAW MEWUJUDKAN INTEGRASI ANTARA KAUM PENDUDUK SETEMPAT
PERMAINAN SEPAK TAKRAW MEWUJUDKAN INTEGRASI ANTARA KAUM PENDUDUK SETEMPAT
ACHIK AFYY
 
Permainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaPermainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaZara Echa
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalShaifull Niell
 
Permainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysiaPermainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysiaExodus Eric
 
Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonyaragukannan
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisional
izardiismail
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
Dhea Ct
 

Viewers also liked (15)

Alat permainan
Alat permainanAlat permainan
Alat permainan
 
Jenis jenis wau
Jenis jenis wauJenis jenis wau
Jenis jenis wau
 
2.2 patriotisme melalui sukan
2.2 patriotisme melalui sukan2.2 patriotisme melalui sukan
2.2 patriotisme melalui sukan
 
Congkak 2
Congkak 2Congkak 2
Congkak 2
 
Permainan Tradisional vs Modern
Permainan Tradisional vs ModernPermainan Tradisional vs Modern
Permainan Tradisional vs Modern
 
Seni kraf wau
Seni kraf wauSeni kraf wau
Seni kraf wau
 
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaHubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
 
Bm permainan tradisional
Bm permainan tradisionalBm permainan tradisional
Bm permainan tradisional
 
PERMAINAN SEPAK TAKRAW MEWUJUDKAN INTEGRASI ANTARA KAUM PENDUDUK SETEMPAT
PERMAINAN SEPAK TAKRAW MEWUJUDKAN INTEGRASI ANTARA KAUM PENDUDUK SETEMPATPERMAINAN SEPAK TAKRAW MEWUJUDKAN INTEGRASI ANTARA KAUM PENDUDUK SETEMPAT
PERMAINAN SEPAK TAKRAW MEWUJUDKAN INTEGRASI ANTARA KAUM PENDUDUK SETEMPAT
 
Permainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaPermainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak raga
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisional
 
Permainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysiaPermainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysia
 
Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonya
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisional
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 

Permainan tradisional

  • 1. GASING Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing. Cara Bermain Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
  • 2. 1. Melilit Gasing Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. 2. Memusing Gasing Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat. Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.
  • 3. 3. Memangkah Gasing Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang 4. Mengankat Gasing Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan
  • 4. CONGKAK Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Asas Permainan: Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
  • 5. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
  • 6. Peraturan Permainan: Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa: 1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
  • 7. Cara Membuat Congkak: Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. 1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. 2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak. 3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. 4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan „kampung‟ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. 5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai „rumah‟. 6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain. 7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya. 8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Manakala, buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.
  • 8. WAU Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang- layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama. Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.
  • 9. Jenis-Jenis Wau: Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. 1. Wau barat 2. Wau bayan 3. Wau bulan 4. Wau burung 5. Wau jala budi 6. Wau katak 7. Wau kucing 8. Wau lenggang kebayan 9. Wau merak 10. Wau pari 11. Wau sewah Cara Bermain: Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
  • 10. Menghasikan Wau: Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbangkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau .
  • 11. BUNGA RAYA Sebagai identiti menonjolkan negara Malaysia, Bunga Raya telah dipilih menjadi bunga kebangsaan kerana ciri-ciri unik yang ada padanya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan, pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuh Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai bunga kebangsaan. Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah di mana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan. Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini.
  • 12. Bunga Raya Sebagai Identiti Malaysia: Sejak tahun 2007, bunga raya telah diangkat sebagai warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara. Hal ini kerana, bunga raya telah diangkat martabatnya sebagai bunga yang mampu menonjolkan identiti Malaysia. Disebabkan habitatnya yang tumbuh meliar dan senang dijaga, tanaman ini mampu dijadikan landskap yang cantik untuk sesuatu kawasan dan secara tidak langsung mampu menjadi identiti kepada Malaysia. Selain itu, setelah dinobatkan sebagai bunga kebangsaan, Bunga Raya menjadi inspirasi pelbagai pihak untuk mengabadikan nama jalan, kawasan perumahan, bangunan, bilik tetamu, restoran dan sebagainya dengan nama Bunga Kebangsaan itu di dalam dan luar negara. Nama dan rupa bentuk Bunga Raya juga dijadikan simbol dan perlambangan negara sebagaimana yang terdapat dalam Jata Negara. Wang syiling dan ringgit Malaysia turut mempunyai lambang Bunga Raya. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga, Bunga Raya dinamakan pada bangunan khas Kompleks Bunga Raya khusus bagi penumpang kenamaan. Bunga Raya juga menjadi hiasan di bangunan Parlimen dan simbol Filem Negara.