SlideShare a Scribd company logo
6 
Pendahuluan 
Al-Quran terdiri atas surah-surah dan ayat-ayat, baik yang pendek mahupun yang 
panjang. Ada pun ayat ialah sejumlah kalam Allah yang terdapat dalam suatu surah al- 
Quran. Sedangkan surah adalah sejumlah ayat al-Quran yang mempunyai permulaan dan 
pengakhiran. Penyusunan secara tertib urutan ayat-ayat al-Quran ini adalah bersifat tauqifi, 
berdasarkan ketentuan dari Rasulullah s.a.w. dan atas perintahnya. Menurut para ulama, 
pendapat ini merupakan ijma’. 
Menurut jumhur ulama, jumlah surah al-Quran ialah 114 surah dan ia pula tidak 
sama panjang dan pendeknya. Di mana ada surah yang panjang dan ada yang pendek. 
Antara surah yang terpanjang ialah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat. Manakala surah yang 
terpendek ialah surah al-Kauthar yang mengandungi 3 ayat. 
Surah-surah al-Quran dari segi panjang pendeknya terbahagi kepada empat iaitu:- 
1) As- sab’u ath-thiwal iaitu tujuh surah yang panjang iaitu; al-Baqarah, Ali Imran, al- 
Nisaa’, al-A’raf, al-An’am, al-Maidah dan Yunus. 
2) Al-Miuun iaitu surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti; Surah Hud, 
Surah Yusuf dan Surah al-Mukmin. 
3) Al-Matsaani iaitu surah-surah yang kurang dari seratus ayat seperti; Surah al-Anfal, 
al-Hijr dan sebagainya. 
4) Al-Mufashshal iaitu surah-surah pendek seperti; Surah al-Dhuha, Surah al-Ikhlas dan 
sebagainya. 
Jumlah bilangan ayat al-Quran pula, mengikut Ulama al-A’dad di dalam Kitab Ilmu al- 
Fawasil, di dalam menentukan jumlah yang sebenarnya ayat-ayat kitab suci, kita terpaksa 
berpandukan kepada ulama yang telah diiktiraf iaitu ada sebanyak tujuh ulama al-A’dad. 
Menurut ulama ahli madinah al-Awwal sebanyak 6217 ayat. Menurut ulama ahli madinah as- 
Sani iaitu sebanyak 6214 manakala pendapat ulama ahli Mekah sebanyak 6219 ayat. 
Menurut ulama ahli Basrah pula, sebanyak 6204 ayat dan menurut ulama ahli Dimasyki pula 
sebanyak 6227 ayat. Ulama ahli Himsi menyatakan sebanyak 6232 dan akhirnya, menurut 
pendapat ahli Kufah iaitu sebanyak 6236 ayat. Kita berpegang kepada pendapat ahli Kufah 
ini.
7 
Pengertian surah 
Menurut Kamus Dewan Bahasa Surah, membawa maksud bab atau fasal (yang 
mengesahkan sesuatu) dari al-Quran. Surah juga dimaksudkan sebagai sejumlah atau 
sekumpulan ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan 
dan akhiran. 
Tertib surah 
Berkaitan dengan tertib dan susunan surah al-Quran, ulama berselisih pendapat. 
Para ulama berselisih pendapat tentang tertib surah-surah al-Quran yang ada sekarang. 
A. Pendapat pertama 
Pendapat ini didokong oleh Abu Ja’far al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari. 
Mereka berpendapat bahawa tertib surah dalam al-Quran adalah melalui penetapan dan 
tauqifi daripada Rasulullah s.a.w sama seperti tertib ayat. Di mana baginda s.a.w pula 
diberitahu melalui malaikat Jibril a.s di atas perintah daripada Allah. Justeru itulah, al-Quran 
semenjak zaman Nabi s.a.w telah tersusun surah-surahnya sampai kini. 
Bukti-bukti pendapat mereka ada empat:- 
1) Pengumpulan dan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zaman Nabi s.a.w 
dan tidak ada seorang sahabat pun yang berselisih tentangnya dari situ jelaslah ia 
adalah merupakan suatu ijma’. 
2) Rasulullah s.a.w juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam solat baginda. 
Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah yang bermaksud: 
“Nabi pernah membaca beberapa surah Mufashshal (surah pendek) dalam satu 
rakaat”. 
3) Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud yang berkata 
maksudnya: “Surah Bani Isra’il, al-Kahfi, al-Mariam, Taha dan al-Anbiya’. Surah-surah 
itu termasuk kategori surah yan diturunkan di Mekah dan yang mula-mula aku 
pelajari”. Selepas itu Ibn Mas’ud menyatakan surah-surah itu secara berurutan 
sebagaimana tertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang. 
4) Ibnu Hashshar mengatakan, “tertib surah dan letakkan ayat-ayat pada tempatnya 
masing-masing berdasarkan wahyu”. Rasulullah s.a.w bersabda, “letakkanlah ayat 
ini di tempat ini”. Hal ini telah diperkuatkan pula oleh riwayat yang mutawatir dengan
tertib seperti ini, dari bacaan Rasulullah s.a.w dan ijma’ para sahabat untuk 
meletakkan atau menyusunkannya seperti di dalam mushaf. 
5) Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormai tertib surah-surah al-Quran 
yang telah tersusun dalam Mashaf Uthmani kerana penyusunan dan penulisannya 
telah ijma’. 
8 
B. Pendapat kedua 
Pendapat ini mengatakan tertib surah adalah dengan berpandukan kepada ijtihad 
para sahabat berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf 
milik mereka. Pendapat ini disokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar. 
1) Hujah pendapat kedua 
Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelum khalifah Uthman Ibn Affan 
memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu 
berdasarkan tauqifi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan 
para sahabat. Bukti pernyataan tersebut ialah seperti berikut :- 
i. Mashaf milik Saiddina Ali mengikut tertib nuzul al-Quran atau masa turun. 
Iaitu dimulai dengan surah al-A’laq, al-Muddathir, al-Muzammil, al-Masad, al- 
Takwir seterusnya hingga akhir surah Makki dan Madani. 
ii. Mashaf milik Ibn Mas’ud yang pertama ditulis adalah surah al-Baqarah, al- 
Nisa’ kemudian Ali ‘Imran. 
iii. Dalam Mashaf Ubai Ibn Ka’ab yang pertama ditulis ialah al-Fatihah, al- 
Baqarah, al-Nisa’ dan kemudian Ali ‘Imran. 
2) Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail Ibn Abbas 
daripada Hibban Ibn yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy beliau berkata: 
“Uthman telah memerintahkan kepada para sahabat supaya menyusun atau 
mentertib surah-surah yang panjang-panjang. Kemudian ia menjadikan Surah al- 
Anfal dan surah al-Taubah di dalam kumpulan “Tujuh” dan surah yang ketujuh. Dan 
ia tidak memisahkan di antara surah al-Anfal dengan surah al-Taubah dengan 
Basmalah.”
9 
C. Pendapat ketiga 
Pendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secara 
tauqifi atau penetapan Nabi s.a.w, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkan ijtihad 
para sahabat. Hal ini kerana terdapat dalil yang menunjukkan tertib sebahagian surah pada 
zaman Nabi. Misalnya, keterangan yang menunjukkan tertib as-sab’u ath-thiwal, al-hawamin 
dan al-mufashshal pada zaman Rasulullah s.a.w. diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w 
bersabda: 
اق رْء وا اْل ز هْ رْا وْي نْ اْل ب قْ رة وْآ لْ عْ مْ رْا نْْ 
“Bacalah olehmu dua surah yang bercahaya, al-Baqarah dan Ali Imran”. 
Pendapat ini juga yang dinyatakan oleh Ibn hajar: “Tertib sebahagian besar surah 
adalah bersifat taufiqi”. Sebagaimana hadis daripada Huzaifah al-Thaqafi, terjemahannya: 
Rasulullah s.a.w berkata kepada kami: “Telah datang kepadaku waktu untuk membaca 
bahagian (hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebelum selesai 
membacanya”. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w: 
“Bagaimanakah kamu semua membuat pembahagian al-Quran?”. Mereka menjawab: 
“Kami membahagikannya kepada tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, 
sebelas surah, tiga belas surah dan bahagian al-Mufashshal dari Qaf hingga tamat. 
Berpandukan dalil tersebut, Ibn hajar berpendapat bahawa ia menunjukkan tertib 
surah seperti yang terdapat dalam mashaf sekarang adalah tertib surah semenjak zaman 
nabi, namun begitu berdasarkan dalil tersebut, kemungkinan tertib surah pada masa itu 
hanya bahagian mufassal sahaja.
10 
Rumusan 
Berdasarkan hujah-hujah di atas, saya berpendapat bahawa 
pendapat pertama adalah pendapat yang paling rajih dan lebih tepat iaitu tertibnya 
berdasarkan tauqifi bersamaan dengan tertib-tertib ayat. Hal ini telah disokong dan 
dinyatakan oleh Abu Bakar Ibn al-Anbari: 
“Allah telah menurunkan al-Quran seluruhnya ke langit Dunia. Kemudian ia 
menurunkan secara beransur-ansur. Sesebuah surah itu turunnya kerana sesuatu 
peristiwa yang berlaku dan ayat turun sebagai jawapan orang yang bertanya. Dalam 
hal itu pula, Jibril sentiasa memberitahu nabi dimanakah sesebuah surah dan ayat itu 
seharusnya diletakkan? Justeru itu, semua susunan surah dan ayat adakah menurut 
penetapan nabi s.a.w?” 
Selain itu juga, bagi saya pendapat kedua dan ketiga boleh disangkal kerana 
pendapat yang pertama berdasarkan ijma’ dan dalil bahawa ada tauqifi daripada Nab s.a.wi. 
Sebagaimana yang dikemukakan oleh pendapat pertama dengan mengemukakan hadis 
riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak dapat dipertikaikan jika 
dibandingkan dengan riwayat lain. 
Begitu juga, hadis yang dijadikan sandaran oleh pendapat kedua bukanlah hadis 
marfu’ kepada Nabi s.a.w. Isnad dalam setiap riwayat tidak terlepas dari jalur Yazid al-Farisi 
iaitu yang dikategorikan oleh al-Bukhari dalam kelompok dhu’afa. Seterusnya untuk 
menyangkal persoalan yang berkaitan dengan berlakunya perbezaan itu sebelum para 
sahabat mengetahui ada tauqifi daripada Nabi s.a.w. 
Sementara itu, pendapat ketiga pula dalil-dalilnya hanya berpusat kepada nas-nas yang 
menunjukkan tertib tauqifi. Adapun bahagian yang ijtihad tidak bersandar pada dalil yang 
menunjukkan tertib ijtihad. Sebab, ketetapan yang tauqifi dengan dalil-dalilnya tidak bererti 
yang selain itu adalah hasil ijtihad. 
Dengan penerangan itu dapatlah dinyatakan bahawa terdapat tiga pendapat tentang 
tertib dan susunan surah-surah al-Quran. Pendapat pertama didokong oleh Abu Ja’afar al- 
Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari, iaitu melalui penetapan tauqifi daripada Nabi s.a.w. 
Pendapat kedua didokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu bakar iaitu pendapat mereka, 
berpandukan ijtihad para sahabat, manakala pendapat ketiga didokong oleh Ibn hajar iaitu 
sebahagian tauqifi daripada Nabi s.a.w dan sebahagian lain adalah ijtihad para sahabat.
Maka rumusannya ialah saya berpendapat yang pertama adalah lebih rajih iaitu tertib dan 
susunan surah-surah al-Quran melalui penetapan tauqifi daripada Rasulullah s.a.w. 
11
12 
Refleksi 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saya ucapkan bagi pembuka kata 
refleksi tugasan kerja kursus Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith PQE 3102 saya. Saya 
Fakharudin Bin Haji Zakaria sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah 
berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah, ibu 
dan isteri serta anak-anak saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk 
menyiapkan tugasan ini. 
Refleksi selepas menyelesaikan tugasan kerja kursus ini sangat menarik kerana saya 
tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan 
yang lain telah berbincang dan bekerjasama dalam mencari bahan rujukan dalam 
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat 
juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya 
ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk tugasan yang telah di tetapkan oleh pensyarah bagi 
setiap tugasan yang diberi. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai 
biografi Imam Al-Bukhari bagi tugasan individu yang pertama. Rujukan daripada buku-buku 
ilmiah dan blog-blog dari internet banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan 
biografi Imam Al-Bukhari ini. 
Bagi tugasan yang kedua pula ialah menganalisis pandangan para ulama dan 
perselisihan pendapat di antara mereka berkenaan penyusunan ayat dan surah dalam al- 
Quran. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham 
untuk membuat analisa mengenainya, ini kerana perkara merupakan benda baharu yang 
saya pelajari di sini walaupun sebelum ini saya pernah mempelajari Ulum Al-Quran semasa 
di alam persekolahan dahulu. Saya telah berusaha mencari bahan-bahan rujukan yang 
berkaitan dengannya. Akhirnya, dapat juga saya menjumpainya melalui rakan-rakan saya 
yang ada buku rujukan yang membincangkan masalah ini. Bahan tersebut ialah modul Ulum 
Al-Quran dari USIM. Selain itu juga saya membeli sebuah buku yang berkaitan dengannya 
di pesta buku Islam di Terminal One, Seremban. Buku yang bertajuk “Pengantar Studi Ilmu 
Al-Quran”. 
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi 
dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Segala 
maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus saya. Nota-nota 
yang telah diberikan oleh Ustaz Abdul Hadi Bin Sulaiman telah saya gunakan untuk 
dimasukkan di dalam kerja kursus saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi 
semasa melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan
untuk mencari dalil dan bukti bagi menguatkan dan mengukuhkan pendapat saya mengenai 
tugasan kedua. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat 
dan dalil dan bukti sesuai dengan kerja kursus. 
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun berkat doa dan 
pertolongan Allah serta tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan. Akhirnya saya telah berjaya 
melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. 
Akhirnya tugasan kerja kursus Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith PQE 3102 yang diberikan 
telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka 
yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu 
Ustaz Abdul Hadi Bin Sulaiman. 
13
14 
Rujukan 
Hassan Mahmud al-Hafiz(1986). Tajwid al-Quran, Dinie Publishers, Kuala Lumpur. 
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 
Khairul Anuar Muhamad, Prof Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Muhammad Hafiz Saleh 
(2012), Ulum Al-Quran QQQ 2027, Program Pensisiwazahan Guru, USIM Universiti Sains 
Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. 
Syaikh Manna’ Al-Qathathan(2004). Pengantar Studi Ilmu Al-Quran. Pustaka Al-Kautsar, 
Jakarta, Indonesia. 
Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran, Al-Quran dan Terjemahannya, 1974, 
Menteri Agama Republik Indonesia . 
Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff (1996). Kunci Mengenal al-Quran, Berita Publishing Sdn. Bhd. 
Kuala Lumpur.

More Related Content

What's hot

SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
surrenderyourthrone
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
hafizuddinhussin
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Qhaiyum Shah
 
HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN AKIDAH MENURUT AL QURAN DAN AS SUNNAH
HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN AKIDAH MENURUT AL QURAN DAN AS SUNNAHHUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN AKIDAH MENURUT AL QURAN DAN AS SUNNAH
HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN AKIDAH MENURUT AL QURAN DAN AS SUNNAH
mohamadfikri19
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.
jimoh370
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
Khairunnisa Ishak
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Integer
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaAtiekah Pauzi
 
Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.
jimoh370
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
Kamarudin Jaafar
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Noor Aziah Mamat
 
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu BerkaitanMitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
musa_awang
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
Danialkmal
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
Wan Syafawati
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
Angah Rahim
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Zafirah Abdullah
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
wmkfirdaus
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'i
zikra husna
 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
Hairul Nizam Muzahar
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 

What's hot (20)

SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
 
HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN AKIDAH MENURUT AL QURAN DAN AS SUNNAH
HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN AKIDAH MENURUT AL QURAN DAN AS SUNNAHHUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN AKIDAH MENURUT AL QURAN DAN AS SUNNAH
HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN AKIDAH MENURUT AL QURAN DAN AS SUNNAH
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
 
Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu BerkaitanMitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'i
 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 

Perbezaan pendapat ulama

  • 1. 6 Pendahuluan Al-Quran terdiri atas surah-surah dan ayat-ayat, baik yang pendek mahupun yang panjang. Ada pun ayat ialah sejumlah kalam Allah yang terdapat dalam suatu surah al- Quran. Sedangkan surah adalah sejumlah ayat al-Quran yang mempunyai permulaan dan pengakhiran. Penyusunan secara tertib urutan ayat-ayat al-Quran ini adalah bersifat tauqifi, berdasarkan ketentuan dari Rasulullah s.a.w. dan atas perintahnya. Menurut para ulama, pendapat ini merupakan ijma’. Menurut jumhur ulama, jumlah surah al-Quran ialah 114 surah dan ia pula tidak sama panjang dan pendeknya. Di mana ada surah yang panjang dan ada yang pendek. Antara surah yang terpanjang ialah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat. Manakala surah yang terpendek ialah surah al-Kauthar yang mengandungi 3 ayat. Surah-surah al-Quran dari segi panjang pendeknya terbahagi kepada empat iaitu:- 1) As- sab’u ath-thiwal iaitu tujuh surah yang panjang iaitu; al-Baqarah, Ali Imran, al- Nisaa’, al-A’raf, al-An’am, al-Maidah dan Yunus. 2) Al-Miuun iaitu surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti; Surah Hud, Surah Yusuf dan Surah al-Mukmin. 3) Al-Matsaani iaitu surah-surah yang kurang dari seratus ayat seperti; Surah al-Anfal, al-Hijr dan sebagainya. 4) Al-Mufashshal iaitu surah-surah pendek seperti; Surah al-Dhuha, Surah al-Ikhlas dan sebagainya. Jumlah bilangan ayat al-Quran pula, mengikut Ulama al-A’dad di dalam Kitab Ilmu al- Fawasil, di dalam menentukan jumlah yang sebenarnya ayat-ayat kitab suci, kita terpaksa berpandukan kepada ulama yang telah diiktiraf iaitu ada sebanyak tujuh ulama al-A’dad. Menurut ulama ahli madinah al-Awwal sebanyak 6217 ayat. Menurut ulama ahli madinah as- Sani iaitu sebanyak 6214 manakala pendapat ulama ahli Mekah sebanyak 6219 ayat. Menurut ulama ahli Basrah pula, sebanyak 6204 ayat dan menurut ulama ahli Dimasyki pula sebanyak 6227 ayat. Ulama ahli Himsi menyatakan sebanyak 6232 dan akhirnya, menurut pendapat ahli Kufah iaitu sebanyak 6236 ayat. Kita berpegang kepada pendapat ahli Kufah ini.
  • 2. 7 Pengertian surah Menurut Kamus Dewan Bahasa Surah, membawa maksud bab atau fasal (yang mengesahkan sesuatu) dari al-Quran. Surah juga dimaksudkan sebagai sejumlah atau sekumpulan ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran. Tertib surah Berkaitan dengan tertib dan susunan surah al-Quran, ulama berselisih pendapat. Para ulama berselisih pendapat tentang tertib surah-surah al-Quran yang ada sekarang. A. Pendapat pertama Pendapat ini didokong oleh Abu Ja’far al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari. Mereka berpendapat bahawa tertib surah dalam al-Quran adalah melalui penetapan dan tauqifi daripada Rasulullah s.a.w sama seperti tertib ayat. Di mana baginda s.a.w pula diberitahu melalui malaikat Jibril a.s di atas perintah daripada Allah. Justeru itulah, al-Quran semenjak zaman Nabi s.a.w telah tersusun surah-surahnya sampai kini. Bukti-bukti pendapat mereka ada empat:- 1) Pengumpulan dan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zaman Nabi s.a.w dan tidak ada seorang sahabat pun yang berselisih tentangnya dari situ jelaslah ia adalah merupakan suatu ijma’. 2) Rasulullah s.a.w juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam solat baginda. Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah yang bermaksud: “Nabi pernah membaca beberapa surah Mufashshal (surah pendek) dalam satu rakaat”. 3) Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud yang berkata maksudnya: “Surah Bani Isra’il, al-Kahfi, al-Mariam, Taha dan al-Anbiya’. Surah-surah itu termasuk kategori surah yan diturunkan di Mekah dan yang mula-mula aku pelajari”. Selepas itu Ibn Mas’ud menyatakan surah-surah itu secara berurutan sebagaimana tertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang. 4) Ibnu Hashshar mengatakan, “tertib surah dan letakkan ayat-ayat pada tempatnya masing-masing berdasarkan wahyu”. Rasulullah s.a.w bersabda, “letakkanlah ayat ini di tempat ini”. Hal ini telah diperkuatkan pula oleh riwayat yang mutawatir dengan
  • 3. tertib seperti ini, dari bacaan Rasulullah s.a.w dan ijma’ para sahabat untuk meletakkan atau menyusunkannya seperti di dalam mushaf. 5) Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormai tertib surah-surah al-Quran yang telah tersusun dalam Mashaf Uthmani kerana penyusunan dan penulisannya telah ijma’. 8 B. Pendapat kedua Pendapat ini mengatakan tertib surah adalah dengan berpandukan kepada ijtihad para sahabat berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka. Pendapat ini disokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar. 1) Hujah pendapat kedua Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelum khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan tauqifi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat. Bukti pernyataan tersebut ialah seperti berikut :- i. Mashaf milik Saiddina Ali mengikut tertib nuzul al-Quran atau masa turun. Iaitu dimulai dengan surah al-A’laq, al-Muddathir, al-Muzammil, al-Masad, al- Takwir seterusnya hingga akhir surah Makki dan Madani. ii. Mashaf milik Ibn Mas’ud yang pertama ditulis adalah surah al-Baqarah, al- Nisa’ kemudian Ali ‘Imran. iii. Dalam Mashaf Ubai Ibn Ka’ab yang pertama ditulis ialah al-Fatihah, al- Baqarah, al-Nisa’ dan kemudian Ali ‘Imran. 2) Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail Ibn Abbas daripada Hibban Ibn yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy beliau berkata: “Uthman telah memerintahkan kepada para sahabat supaya menyusun atau mentertib surah-surah yang panjang-panjang. Kemudian ia menjadikan Surah al- Anfal dan surah al-Taubah di dalam kumpulan “Tujuh” dan surah yang ketujuh. Dan ia tidak memisahkan di antara surah al-Anfal dengan surah al-Taubah dengan Basmalah.”
  • 4. 9 C. Pendapat ketiga Pendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secara tauqifi atau penetapan Nabi s.a.w, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkan ijtihad para sahabat. Hal ini kerana terdapat dalil yang menunjukkan tertib sebahagian surah pada zaman Nabi. Misalnya, keterangan yang menunjukkan tertib as-sab’u ath-thiwal, al-hawamin dan al-mufashshal pada zaman Rasulullah s.a.w. diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: اق رْء وا اْل ز هْ رْا وْي نْ اْل ب قْ رة وْآ لْ عْ مْ رْا نْْ “Bacalah olehmu dua surah yang bercahaya, al-Baqarah dan Ali Imran”. Pendapat ini juga yang dinyatakan oleh Ibn hajar: “Tertib sebahagian besar surah adalah bersifat taufiqi”. Sebagaimana hadis daripada Huzaifah al-Thaqafi, terjemahannya: Rasulullah s.a.w berkata kepada kami: “Telah datang kepadaku waktu untuk membaca bahagian (hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebelum selesai membacanya”. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w: “Bagaimanakah kamu semua membuat pembahagian al-Quran?”. Mereka menjawab: “Kami membahagikannya kepada tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahagian al-Mufashshal dari Qaf hingga tamat. Berpandukan dalil tersebut, Ibn hajar berpendapat bahawa ia menunjukkan tertib surah seperti yang terdapat dalam mashaf sekarang adalah tertib surah semenjak zaman nabi, namun begitu berdasarkan dalil tersebut, kemungkinan tertib surah pada masa itu hanya bahagian mufassal sahaja.
  • 5. 10 Rumusan Berdasarkan hujah-hujah di atas, saya berpendapat bahawa pendapat pertama adalah pendapat yang paling rajih dan lebih tepat iaitu tertibnya berdasarkan tauqifi bersamaan dengan tertib-tertib ayat. Hal ini telah disokong dan dinyatakan oleh Abu Bakar Ibn al-Anbari: “Allah telah menurunkan al-Quran seluruhnya ke langit Dunia. Kemudian ia menurunkan secara beransur-ansur. Sesebuah surah itu turunnya kerana sesuatu peristiwa yang berlaku dan ayat turun sebagai jawapan orang yang bertanya. Dalam hal itu pula, Jibril sentiasa memberitahu nabi dimanakah sesebuah surah dan ayat itu seharusnya diletakkan? Justeru itu, semua susunan surah dan ayat adakah menurut penetapan nabi s.a.w?” Selain itu juga, bagi saya pendapat kedua dan ketiga boleh disangkal kerana pendapat yang pertama berdasarkan ijma’ dan dalil bahawa ada tauqifi daripada Nab s.a.wi. Sebagaimana yang dikemukakan oleh pendapat pertama dengan mengemukakan hadis riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan riwayat lain. Begitu juga, hadis yang dijadikan sandaran oleh pendapat kedua bukanlah hadis marfu’ kepada Nabi s.a.w. Isnad dalam setiap riwayat tidak terlepas dari jalur Yazid al-Farisi iaitu yang dikategorikan oleh al-Bukhari dalam kelompok dhu’afa. Seterusnya untuk menyangkal persoalan yang berkaitan dengan berlakunya perbezaan itu sebelum para sahabat mengetahui ada tauqifi daripada Nabi s.a.w. Sementara itu, pendapat ketiga pula dalil-dalilnya hanya berpusat kepada nas-nas yang menunjukkan tertib tauqifi. Adapun bahagian yang ijtihad tidak bersandar pada dalil yang menunjukkan tertib ijtihad. Sebab, ketetapan yang tauqifi dengan dalil-dalilnya tidak bererti yang selain itu adalah hasil ijtihad. Dengan penerangan itu dapatlah dinyatakan bahawa terdapat tiga pendapat tentang tertib dan susunan surah-surah al-Quran. Pendapat pertama didokong oleh Abu Ja’afar al- Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari, iaitu melalui penetapan tauqifi daripada Nabi s.a.w. Pendapat kedua didokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu bakar iaitu pendapat mereka, berpandukan ijtihad para sahabat, manakala pendapat ketiga didokong oleh Ibn hajar iaitu sebahagian tauqifi daripada Nabi s.a.w dan sebahagian lain adalah ijtihad para sahabat.
  • 6. Maka rumusannya ialah saya berpendapat yang pertama adalah lebih rajih iaitu tertib dan susunan surah-surah al-Quran melalui penetapan tauqifi daripada Rasulullah s.a.w. 11
  • 7. 12 Refleksi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith PQE 3102 saya. Saya Fakharudin Bin Haji Zakaria sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah, ibu dan isteri serta anak-anak saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan tugasan kerja kursus ini sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berbincang dan bekerjasama dalam mencari bahan rujukan dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk tugasan yang telah di tetapkan oleh pensyarah bagi setiap tugasan yang diberi. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai biografi Imam Al-Bukhari bagi tugasan individu yang pertama. Rujukan daripada buku-buku ilmiah dan blog-blog dari internet banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan biografi Imam Al-Bukhari ini. Bagi tugasan yang kedua pula ialah menganalisis pandangan para ulama dan perselisihan pendapat di antara mereka berkenaan penyusunan ayat dan surah dalam al- Quran. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk membuat analisa mengenainya, ini kerana perkara merupakan benda baharu yang saya pelajari di sini walaupun sebelum ini saya pernah mempelajari Ulum Al-Quran semasa di alam persekolahan dahulu. Saya telah berusaha mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengannya. Akhirnya, dapat juga saya menjumpainya melalui rakan-rakan saya yang ada buku rujukan yang membincangkan masalah ini. Bahan tersebut ialah modul Ulum Al-Quran dari USIM. Selain itu juga saya membeli sebuah buku yang berkaitan dengannya di pesta buku Islam di Terminal One, Seremban. Buku yang bertajuk “Pengantar Studi Ilmu Al-Quran”. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus saya. Nota-nota yang telah diberikan oleh Ustaz Abdul Hadi Bin Sulaiman telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan
  • 8. untuk mencari dalil dan bukti bagi menguatkan dan mengukuhkan pendapat saya mengenai tugasan kedua. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan dalil dan bukti sesuai dengan kerja kursus. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun berkat doa dan pertolongan Allah serta tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan. Akhirnya saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith PQE 3102 yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Ustaz Abdul Hadi Bin Sulaiman. 13
  • 9. 14 Rujukan Hassan Mahmud al-Hafiz(1986). Tajwid al-Quran, Dinie Publishers, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Khairul Anuar Muhamad, Prof Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Muhammad Hafiz Saleh (2012), Ulum Al-Quran QQQ 2027, Program Pensisiwazahan Guru, USIM Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Syaikh Manna’ Al-Qathathan(2004). Pengantar Studi Ilmu Al-Quran. Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, Indonesia. Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran, Al-Quran dan Terjemahannya, 1974, Menteri Agama Republik Indonesia . Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff (1996). Kunci Mengenal al-Quran, Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.