SlideShare a Scribd company logo
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
0
Peraturan dan Syarat Pertandingan
KOMPANG SELAWAT &
BERZANJI MARHABAN
SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA







BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
JANUARI 2015
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
1
TAJUK
1. Kertas Makluman Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji
Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
DIKEMUKAKAN OLEH
2. Kertas ini dikemukakan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
TUJUAN
3. Kertas ini dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri-negeri bertujuan untuk
memaklumkan Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji
Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
LATAR BELAKANG
4. Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat
Datang“ dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah
Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh
para pendakwah Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk
mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata
cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian
penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini.
5. Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak
penghijrahan Rasullullah SAW. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada
marhaban, kalimah selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah SWT.
Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh dalam kalangan
masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan
pujian terhadap Baginda Rasulullah SAW. dan melahirkan kesyukuran terhadap
Allah SWT.
6. Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul
SAW., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan
majlis-majlis kesyukuran serta khatam al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian
kepada Nabi Muhammad SAW. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta
melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.
7. Kumpulan marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya dimonopoli oleh
golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan.
Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali.
TUJUAN PERTANDINGAN
8. Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan antara
warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan seni ini dalam kalangan
remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru, Pertandingan Kompang Selawat
dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dirangka
untuk dilaksanakan.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
2
9. Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu
cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Ia
juga bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput
jati dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang
watannya.
10. Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan kepada
umum riwayat hidup Rasulullah SAW. Yang mempunyai sifat-sifat mulia lagi terpuji
dan mengenai sejarah perjuangannya dalam menegakkan Islam, supaya
masyarakat dapat mengamalkannya dalam kehidupan.
PERKARA YANG DIMAKLUMKAN
11. Tajuk
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
12. Matlamat
Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti
kokurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri
yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengenalan budaya bangsa yang
luhur dan murni.
13. Objektif
1. Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan
aktiviti kokurikulum;
2. Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya
melalui aktiviti kokurikulum;
3. Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid
sekolah rendah dan menengah;
4. Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat kepada
murid sebagai salah satu medan dan metod dakwah;
5. Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi
akal budi; dan
6. Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput
ditelan zaman.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
3
14. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah
Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
14.1 Penyertaan
14.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah
rendah dari tahun satu hingga tahun enam di sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.
14.1.2 Penyertaan juga terbuka kepada semua murid Islam
warganegara Malaysia di sekolah rendah dari tahun satu hingga
tahun enam Sekolah Rendah Agama Negeri / Majlis Agama
Islam / Yayasan Negeri / Sekolah swasta berdaftar dengan JPN.
14.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar
satu kumpulan Kompang Selawat tidak melebihi 12 orang bagi
setiap kumpulan.
14.1.4 Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang dan
mengalunkan lagu.
14.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang
sama sahaja.
14.1.6 Setiap peserta hanya dibenarkan mewakili satu kumpulan
sahaja.
14.1.7 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja,
sama ada lelaki atau perempuan.
14.1.8 Kumpulan yang menjadi johan di peringkat daerah akan
mewakili daerah ke peringkat negeri dan johan negeri akan
mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
14.1.9 Mana-mana kumpulan dilarang sama sekali untuk
memperkenalkan identiti kumpulan, sekolah, daerah atau negeri
dalam apa jua bentuk semasa persembahan samada secara
lisan, pada pakaian dan peralatan.
14.1.10 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas boleh
dibatalkan penyertaannya.
14.2 Pengundian
14.2.1 Pengundian giliran kumpulan dilaksanakan pada hari
pendaftaran dilakukan.
14.2.2 Cabutan undian giliran hendaklah dilakukan oleh ketua kontinjen
atau wakilnya.
14.2.3 Sekiranya ketua kontinjen atau wakilnya tidak hadir pada masa
yang ditetapkan, undian dilakukan oleh urus setia pertandingan.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
4
14.3 Borang Penyertaan
14.3.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan
rasmi (Lampiran) yang mengandungi;
(i) Nama Sekolah.
(ii) Nama Kumpulan.
(iii) Nama Ahli Kumpulan.
(iv) Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak.
(v) Nama Pengurus Pasukan
14.3.2 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada
pihak urus setia mengikut tarikh yang ditetapkan.
14.4 Paluan
14.4.1 Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan
sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain.
14.4.2 Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan.
14.4.3 Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk
paluan iaitu melalu dan meningkah.
14.4.4 Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk paluan
adalah satu kelebihan (contoh;menyilang,menganak dan lain-
lain).
14.4.5 Paluan kompang lagu pertama mestilah berentak tradisional
Melayu (masri, zapin, inang, joget, asli dan gabungan mana-
mana rentak di atas).
14.4.6 Paluan kompang lagu kedua adalah bebas.
14.5 Formasi persembahan.
14.5.1 Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli kumpulan
dan bersesuaian dengan rentak paluan.
14.5.2 Pergerakan formasi lagu pertama mestilah bersesuaian dengan
alunan selawat yang dipersembahkan.
14.5.3 Pergerakan yang keterlaluan, agresif, berbahaya dan akrobatik
adalah tidak dibenarkan.
14.5.4 Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga bentuk adalah
tidak dibenarkan.
14.5.5 Segala pergerakan dan formasi hendaklah dilakukan di dalam
ruangan atau pentas yang berukuran tidak melebihi 25 kaki x 25
kaki persegi.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
5
14.6 Lagu
14.6.1 Setiap kumpulan mestilah mempersembahkan dua buah lagu.
14.6.2 Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama selawat yang
sedia ada atau ciptaan baru yang bersesuaian.
14.6.3 Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam
Tahun 1 hingga Tahun 6 yang akan ditetapkan oleh BPI dari
semasa ke semasa.
14.6.4 Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan melodi/irama
yang sedia ada atau ciptaan baru. Namun, lagu berunsur
hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya
adalah dilarang sama sekali.
14.6.5 Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan masa.
14.6.6 Penggunaan dialek kenegerian/kedaerahan tidak dibenarkan.
14.7 Lirik Lagu
14.7.1 Lirik lagu pertama hendaklah dalam Bahasa Arab dan
bertemakan selawat tradisional sahaja.
14.7.2 Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan antara dua atau
ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja.
14.7.3 Skrip lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris dan
Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya.
14.7.4 Lirik lagu kedua hendaklah ciptaan sendiri berpandukan tajuk
mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 yang
akan ditetapkan oleh BPI dari semasa ke semasa.
14.7.5 Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian atau
keseluruhan lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali.
14.7.6 Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan.
14.7.7 Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang
dipertandingkan kepada urus setia pertandingan pada tarikh dan
masa yang ditetapkan.
14.7.8 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas boleh
dibatalkan penyertaannya.
14.8 Masa
14.8.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit sahaja
untuk menyampaikan persembahan.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
6
14.8.2 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi atau kurang
dari masa yang ditetapkan.
14.8.3 Masa dikira bermula apabila peserta pertama mula masuk ke
kawasan persembahan.
14.8.4 Masa tamat akan dikira apabila peserta pertama mula keluar
dari kawasan persembahan.
14.9 Pakaian
14.9.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.
14.9.2 Pakaian Lelaki: Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin,
bersongkok hitam dan berkasut lengkap.
14.9.3 Pakaian Perempuan: Baju kurung, bertudung yang sempurna
dan sopan serta berkasut lengkap.
14.9.4 Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak
keterlaluan.
14.10 Jenis kompang
14.10.1 Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm hingga 38
cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja. Penggunaan pelbagai saiz
kompang dibenarkan.
14.10.2 Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang
sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak.
14.10.3 Kompang berkerincing, jedor, alatan muzik atau alat elektronik
selain daripada kompang tidak dibenarkan sama sekali.
14.10.4 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
14.11 Suara
14.11.1 Suara mestilah jelas.
14.12 Penghakiman dan Pemarkahan
14.12.1 Bahagian Paluan (35 markah)
Aspek penghakiman;
(i) Gubahan rentak.
(ii) Bentuk paluan.
(iii) Tempo.
(iv) Kualiti ton.
(v) Dinamik / ekspresi.
(vi) Keseimbangan.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
7
14.12.2 Bahagian Formasi Persembahan (25 markah)
Aspek penghakiman;
(i) Kreativiti.
(ii) Keseragaman.
(iii) Disiplin dan susun atur.
(iv) Kesesuaian gerak formasi.
(v) Pakaian.
14.12.3 Bahagian Suara (20 markah)
Aspek penghakiman;
(i) Kualiti suara.
(ii) Kesepaduan suara.
(iii) Keharmonian suara.
(iv) Kejelasan dan kefasihan sebutan.
14.12.4 Bahagian Lagu (20 markah)
Aspek penghakiman;
(i) Gubahan lagu.
(ii) Lirik yang sesuai.
(iii) Kesesuaian lagu dengan irama.
14.13 Penentuan Keputusan Pertandingan
14.13.1 Kumpulan yang memperolehi markah tertinggi akan
diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya.
14.13.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan
ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian
pemarkahan berikut mengikut turutan;
(i) Paluan;
(ii) Formasi Persembahan;
(iii) Suara; dan
(iv) Lagu.
14.13.3 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim
akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.
14.13.4 Keputusan hakim adalah muktamad.
14.14 Bantahan
14.14.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi oleh
pengurus kumpulan kepada Pengerusi Jemaah Hakim
menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
8
14.14.2 Bantahan mestilah berbentuk teknikal dan disertakan dengan
bukti.
14.14.3 Bantahan mestilah sampai kepada Pengerusi Jemaah Hakim
sebelum keputusan diumumkan.
14.14.4 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan
diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
9
15. Peraturan dan Syarat Pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah
Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
15.1 Penyertaan
15.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah
menengah dari tingkatan peralihan hingga tingkatan lima di
sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
15.1.2 Penyertaan juga terbuka kepada semua murid Islam
warganegara Malaysia di sekolah menengah dari tingkatan
peralihan hingga tingkatan lima dan berumur tidak melebihi 18
tahun pada hari pertandingan dari sekolah berikut:
i. Sekolah Menengah Agama Negeri / Majlis Agama Islam /
Yayasan Negeri.
ii. Maktab Rendah Sains Mara.
iii. Kolej Vokasional KPM.
iv. Sekolah swasta yang berdaftar dengan JPN
15.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar
satu kumpulan Marhaban yang tidak lebih daripada 9 orang bagi
setiap kumpulan termasuk pembaca rawi.
15.1.4 Pertandingan peringkat zon dan daerah, setiap kumpulan
hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama manakala
kumpulan yang mewakili daerah dan negeri ke pertandingan
peringkat negeri dan kebangsaan adalah dibenarkan mengambil
murid dari sekolah yang berlainan.
15.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja,
sama ada lelaki atau perempuan.
15.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili
daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan
mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
15.1.7 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.2 Pengundian
15.2.1 Pengundian giliran kumpulan dilaksanakan pada hari
pendaftaran dilakukan.
15.2.2 Cabutan undian giliran hendaklah dilakukan oleh ketua kontinjen
atau wakilnya.
15.2.3 Sekiranya ketua kontinjen atau wakilnya tidak hadir pada masa
yang ditetapkan, pengundian giliran akan dilakukan oleh urus
setia pertandingan.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
10
15.2.4 Pengundian giliran kumpulan hendaklah dibuat lebih awal
daripada pengundian rawi.
15.2.5 Setiap kumpulan hanya dibenarkan membaca rawi yang diundi
sahaja. Kumpulan yang membaca selain daripada ayat
undiannya akan dikira terbatal.
15.3 Borang Penyertaan
15.3.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar Borang Penyertaan
rasmi yang mengandungi (lampiran);
(i) Nama Sekolah/Daerah/Negeri.
(ii) Nama Kumpulan.
(iii) Senarai Nama Ahli Kumpulan.
(iv) Nombor Kad Pengenalan.
(v) Nama Pengurus Pasukan
15.3.2 Setiap kumpulan hendaklah menyertakan teks rawi dan
marhaban yang akan dipersembahkan. (4 salinan)
15.3.3 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada
pihak urus setia mengikut tarikh yang ditetapkan.
15.4 Format Persembahan
15.4.1 Persembahan hendaklah dimulakan dengan bacaan rawi.
15.4.2 Semua ahli kumpulan hendaklah duduk ketika bacaan rawi.
15.4.3 Semua ahli kumpulan hendaklah berdiri ketika mempersembah-
kan marhaban.
15.5 Pemilihan Rawi, Marhaban & Tarannum
15.5.1 Setiap kumpulan akan memperdengarkan rawi yang ditentukan
oleh penganjur pertandingan pada tahun berkenaan.
15.5.2 Tarannum berzanji dan marhaban yang disampaikan hendaklah
berdasarkan tarannum asli yang muktabar iaitu Sikah, Rakbi dan
Rast.
15.5.3 Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan
kepada tarannum Arab Hijazi sahaja.
15.5.4 Setiap persembahan berzanji dan marhaban hendaklah dimulai dan
diakhiri dengan selawat.
15.5.5 Setiap persembahan marhaban mestilah mengandungi sekurang-
kurangnya tiga (3) jenis tarannum yang dibenarkan.
15.5.6 Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3 tabaqat
(tingkatan).
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
11
15.6 Rawi Berzanji dan Teks Marhaban
15.6.1 Rawi berzanji dan teks marhaban hendaklah dalam Bahasa Arab
sahaja.
15.6.2 Setiap teks rawi dan marhaban hendaklah berdasarkan teks yang
muktabar.
15.7 Masa
15.7.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 18 - 20 minit sahaja untuk
menyampaikan persembahan Berzanji dan Marhaban.
15.7.2 Markah akan dipotong jika persembahan kurang daripada 18 minit
atau melebihi masa 20 minit.
15.7.3 Masa akan dikira bermula daripada bacaan selawat pembuka dan
berakhir setelah selesainya bacaan selawat penutup.
15.8 Pakaian
15.8.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.
15.8.2 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin dan
bersongkok hitam.
15.8.3 Pakaian Perempuan : Baju kurung/berjubah dan bertudung yang
sempurna dan sopan.
15.8.4 Pakaian dan perhiasan mestilah sederhana. Pakaian, hiasan dan
solekan yang keterlaluan akan dipotong markah persembahan.
* Perhatian
Kumpulan yang melanggar mana-mana peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.9 Penghakiman dan Pemarkahan
15.9.1 Penghakiman akan diadili oleh panel hakim pertandingan Berzanji
dan Marhaban yang dilantik oleh penganjur.
15.9.2 Penghakiman dibuat berdasarkan aspek pemarkahan pada Berzanji
dan Marhaban seperti berikut :
15.9.2.1 Berzanji
(i) Tarannum – 30 markah
(ii) Tajwid – 25 markah
(iii) Fasohah – 25 markah
(iv) Suara – 20 markah
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
12
15.9.2.2 Marhaban
(i) Tarannum – 40 markah
(ii) Suara – 25 markah
(iii) Fasohah – 20 markah
(iv) Persembahan – 15 markah
15.9.3 Penghakiman Berzanji
15.9.3.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;
(i) Tarannum Arab Hijazi yang muktabar.
(ii) Setiap Tarannum hendaklah disampaikan secara
teratur dalam empat harakat tanpa takrir.
(iii) Setiap Tarannum hendaklah disempurnakan dalam
tiga tabaqat.
(iv) Setiap Tarannum hendaklah dibawa dengan teratur
dan tersusun serta tidak bercampur-aduk.
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Kurang daripada empat harakat dalam setiap
rangkap.
(ii) Tidak dapat mengawal mahattah dan qit’ah.
(iii) Terdapat sumbang alunan yang mencacatkan.
(iv) Terdapat susunan harakat yang tidak sesuai.
(v) Terdapat takrir pada harakat qit’ah.
(vi) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran
pada harakat.
(vii) Tarannum yang tidak disampaikan dalam tiga
tabaqat.
(viii) Tarannum yang bercampur aduk.
* Perhatian
(i) Pemotongan markah bagi kesalahan yang
berulang-ulang hendaklah tidak melebihi 5
markah.
(ii) Markah penuh ialah 40 markah termasuk markah
istimewa. Markah istimewa akan diberi mengikut
ciri-ciri yang tertentu.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Bacaan yang mempunyai tarannum jawab yang
sesuai dan menarik. Contoh; tarannum Sikah -
jawabnya Mayyah, Rakbi – jawabnya Hijaz dan
Rast jawabnya Hijaz atau Yaman Hijaz.
(ii) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah
Arab.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
13
(iii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4
tabaqat secara menarik.
(iv) Harakat yang mempunyai ‘ikhtilalul lahn’.
(v) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.
15.9.3.2 Tajwid. Aspek yang dihakimi;
(i) Memelihara hukum nun sakinah dan tanwin.
(ii) Memelihara hukum mim.
(iii) Memelihara hukum idgham.
(iv) Memelihara hukum alif lam shamsiah dan
qamariah.
(v) Memelihara hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’.
(vi) Memelihara hukum mudud.
(vii) Memelihara ‘wajibul ghunnah’.
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Tidak memelihara hukum mudud kecuali di
beberapa tempat tertentu dan pada ‘mad a’ridh
lissukun’.
(ii) Menyalahi hukum nun sakinah dan tanwin.
(iii) Menyalahi hukum mim.
(iv) Menyalahi hukum idgham.
(v) Menyalahi hukum alif lam shamsiah dan qamariah.
(vi) Menyalahi hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’.
(vii) Menyalahi ‘wajibul ghunnah’.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Mencapai kesempurnaan sifat-sifat ghunnah.
(ii) Dapat menyamai kadar hukum mad yang sejenis.
15.9.3.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;
(i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.
(ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Kesempurnaan dan ketepatan waqaf dan ibtida’.
(iv) Memelihara tanda baris dan tasydid.
(v) Kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan.
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat
huruf.
(ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Tidak sempurna dan tepat wakaf ibtida’.
(iv) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.
(v) Melanggar kesederhanaan dan keselarasan rentak
bacaan.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
14
Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai
pada keseluruhan persembahan bacaan.
(ii) Dapat menyempurnakan bacaan ayat yang panjang
dalam satu nafas.
15.9.3.4 Suara. Aspek yang dihakimi;
(i) Kebersihan suara (tidak serak).
(ii) Kelicinan suara (tidak pecah).
(iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).
(iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).
(v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara.
(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.
(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.
(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir
(kualiti suara tidak menurun dari mula hingga
akhir).
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Suara serak / parau yang merosakkan
(ii) Suara sumbang yang merosakkan
(iii) Suara tenggelam
(iv) Suara terpecah / terputus
(v) Suara tersepit / tercekik
(vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /
rendah
(vii) Suara tidak cukup tiga tabaqat
(viii) Suara lemah / lembab
(ix) Suara keras / kaku
(x) Suara yang berubah kualiti
Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Suara berlahjah Arab.
(ii) Suara yang merangkumi keempat-empat tabaqat
dengan selesa.
(iii) Suara yang bergerak / hidup.
(iv) Suara yang mempunyai kemerduan.
15.9.4 Penghakiman Marhaban
15.9.4.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;
(i) Taranum yang dipersembahkan hendaklah
berasaskan kepada Tarannum Hijazi sahaja.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
15
(ii) Setiap persembahan mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya tiga jenis tarannum yang
dibenarkan.
(iii) Setiap tarannum hendaklah disampaikan dalam 3
tabaqat.
(iv) Tarannum marhaban yang dipersembahkan
hendaklah seiring/sama/selaras dengan tarannum
berzanji. Contoh; rawi sikah – marhaban mestilah
sikah, rawi rakbi - marhaban mestilah rakbi dan
rawi rast – marhaban mestilah rast.
(v) Kesinambungan di antara tarannum hendaklah
menggunakan wazan tarannum yang bersesuaian.
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Menggunakan tarannum berbentuk nasyid atau
saduran.
(ii) Kurang daripada tiga tarannum dalam
persembahan.
(iii) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran
pada harakat.
(iv) Setiap tarannum tidak disampaikan dalam tiga
tabaqat.
(v) Sumbang ketika menukar alunan tarannum.
(vi) Tarannum marhaban tidak seiring dengan
tarannum rawi.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah
arab.
(ii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4
tabaqat dengan selesa.
(iii) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.
15.9.4.2 Suara. Aspek penghakiman;
(i) Kebersihan suara (tidak serak).
(ii) Kelicinan suara (tidak pecah).
(iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).
(iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).
(v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara.
(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.
(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.
(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir
(kualiti suara tidak menurun dari mula hingga
akhir).
(ix) Kesepaduan suara (kumpulan).
(x) Hanya menggunakan satu suara (unisound).
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
16
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Suara serak / parau yang merosakkan
(ii) Suara sumbang yang merosakkan
(iii) Suara tenggelam
(iv) Suara terpecah / terputus
(v) Suara tersepit / tercekik
(vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /
rendah
(vii) Suara tidak cukup tiga tabaqat
(viii) Suara lemah / lembab
(ix) Suara keras / kaku
(x) Suara yang berubah kualiti
(xi) Suara yang berlapis-lapis berbentuk harmoni
* Perhatian
(i) Suara serak yang berpanjangan akan dipotong 2
markah sahaja.
15.9.4.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;
(i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.
(ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Memelihara tanda baris dan tasydid.
(iv) Keselarasan rentak bacaan / sebutan.
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat
huruf.
(ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.
(iv) Tidak selaras rentak bacaan.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai
pada keseluruhan persembahan bacaan.
(ii) Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam
satu nafas.
15.9.4.4 Persembahan. Aspek yang dihakimi;
(i) Disiplin dan susun atur.
(ii) Pakaian peserta yang bersesuaian.
(iii) Memula dan menutup persembahan dengan
selawat.
(iv) Penghayatan (ekspresi).
(v) Gaya yang sesuai dan tidak keterlaluan.
(vi) Menepati masa yang ditentukan.
(vii) Keseimbangan persembahan / penampilan di
antara solo dengan ramai.
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
17
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Kurang berdisiplin.
(ii) Pakaian yang tidak seragam / tidak sesuai.
(iii) Tidak memula dan menutup persembahan dengan
selawat.
(iv) Tiada penghayatan.
(v) Gaya yang keterlaluan.
(vi) Tidak menepati masa.
(vii) Tidak seimbang antara solo dengan kumpulan.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Dapat menampilkan solo lebih dari dua orang yang
menarik.
(ii) Dapat menamatkan persembahan tepat pada masa
yang ditetapkan (20 minit).
15.10 Penentuan Keputusan Pertandingan
15.10.1 Kategori Pertandingan;
15.10.1.1 Kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik
15.10.1.2 Kategori Marhaban – Persembahan Terbaik
15.10.1.3 Kategori Berzanji dan Marhaban – Johan, Naib
Johan,Ketiga dan Saguhati
15.10.2 Bagi kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik, pemilihan
berdasarkan kepada pembaca rawi yang mendapat markah
tertinggi.
15.10.3 Bagi kategori Marhaban – Persembahan Terbaik, pemilihan
berdasarkan kepada persembahan marhaban yang mendapat
markah tertinggi.
15.10.4 Markah wajaran bagi berzanji ialah 40% dan marhaban ialah 60%.
15.10.5 Bagi kategori Berzanji dan Marhaban, kumpulan yang memperolehi
markah tertinggi setelah markah kategori Berzanji dan Marhaban
dicampurkan, akan diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya.
15.10.6 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan
ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian
pemarkahan berikut mengikut turutan;
(i) Tarannum (rawi dan marhaban);
(ii) Tajwid (rawi);
(iii) Suara (rawi dan marhaban);
(iv) Fasohah (rawi dan marhaban); dan
(v) Persembahan (marhaban).
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
18
15.10.7 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan
bermuzakarah untuk menentukan keputusan pertandingan.
15.10.8 Keputusan hakim adalah muktamad.
15.11 Bantahan
15.11.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan oleh pengurus kumpulan
secara rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan
Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.
15.11.2 Bantahan mestilah berbentuk teknikal dan disertakan dengan bukti.
15.11.3 Bantahan mestilah sampai kepada Pengerusi Jemaah Hakim
sebelum keputusan rasmi diumumkan.
15.11.4 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan
diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

More Related Content

Similar to Peraturan ksbm 2015

Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAbu eL IQram
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
nadpaisey
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Najwa Norizam
 
15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkapAmdi Jenis
 
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008PAKLONG CIKGU
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krs
Siput Sedut
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
girlfrida
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)
Temeji Sabu
 
Proposal winter solstice festival 2014
Proposal winter solstice festival 2014Proposal winter solstice festival 2014
Proposal winter solstice festival 2014
Caxin Ong
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2rasfanul
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
Ng lily
 
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
ciklaili. com
 
Buku pengurusan 2014
Buku pengurusan 2014Buku pengurusan 2014
Buku pengurusan 2014ticerada
 
Guru dan cabaran semasa bab 2
Guru dan cabaran semasa  bab 2Guru dan cabaran semasa  bab 2
Guru dan cabaran semasa bab 2Saadah Maiden
 
Ps panitia pai 2014 sk kalumpang
Ps panitia pai 2014 sk kalumpangPs panitia pai 2014 sk kalumpang
Ps panitia pai 2014 sk kalumpang
sk410klpg
 

Similar to Peraturan ksbm 2015 (20)

Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
Kertas kerja beli kompang
Kertas kerja beli kompangKertas kerja beli kompang
Kertas kerja beli kompang
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
 
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUMSurat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
 
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling IkhtisasSurat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)
 
15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap
 
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krs
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)
 
Proposal winter solstice festival 2014
Proposal winter solstice festival 2014Proposal winter solstice festival 2014
Proposal winter solstice festival 2014
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
 
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
 
Buku pengurusan 2014
Buku pengurusan 2014Buku pengurusan 2014
Buku pengurusan 2014
 
Guru dan cabaran semasa bab 2
Guru dan cabaran semasa  bab 2Guru dan cabaran semasa  bab 2
Guru dan cabaran semasa bab 2
 
Ps panitia pai 2014 sk kalumpang
Ps panitia pai 2014 sk kalumpangPs panitia pai 2014 sk kalumpang
Ps panitia pai 2014 sk kalumpang
 
Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2
 

More from Kamarudin Jaafar

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
Kamarudin Jaafar
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
Kamarudin Jaafar
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kamarudin Jaafar
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Kamarudin Jaafar
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
Kamarudin Jaafar
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanKamarudin Jaafar
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahKamarudin Jaafar
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)docKamarudin Jaafar
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)docKamarudin Jaafar
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)Kamarudin Jaafar
 

More from Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Peraturan ksbm 2015

  • 1. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 0 Peraturan dan Syarat Pertandingan KOMPANG SELAWAT & BERZANJI MARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA        BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JANUARI 2015
  • 2. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 1 TAJUK 1. Kertas Makluman Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. DIKEMUKAKAN OLEH 2. Kertas ini dikemukakan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. TUJUAN 3. Kertas ini dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri-negeri bertujuan untuk memaklumkan Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. LATAR BELAKANG 4. Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat Datang“ dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini. 5. Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan Rasullullah SAW. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah SWT. Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh dalam kalangan masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda Rasulullah SAW. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah SWT. 6. Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul SAW., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan majlis-majlis kesyukuran serta khatam al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT. 7. Kumpulan marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya dimonopoli oleh golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan. Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali. TUJUAN PERTANDINGAN 8. Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan antara warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan seni ini dalam kalangan remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru, Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dirangka untuk dilaksanakan.
  • 3. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2 9. Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang watannya. 10. Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan kepada umum riwayat hidup Rasulullah SAW. Yang mempunyai sifat-sifat mulia lagi terpuji dan mengenai sejarah perjuangannya dalam menegakkan Islam, supaya masyarakat dapat mengamalkannya dalam kehidupan. PERKARA YANG DIMAKLUMKAN 11. Tajuk Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. 12. Matlamat Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti kokurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengenalan budaya bangsa yang luhur dan murni. 13. Objektif 1. Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan aktiviti kokurikulum; 2. Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya melalui aktiviti kokurikulum; 3. Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah; 4. Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat kepada murid sebagai salah satu medan dan metod dakwah; 5. Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi; dan 6. Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput ditelan zaman.
  • 4. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 3 14. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 14.1 Penyertaan 14.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah rendah dari tahun satu hingga tahun enam di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. 14.1.2 Penyertaan juga terbuka kepada semua murid Islam warganegara Malaysia di sekolah rendah dari tahun satu hingga tahun enam Sekolah Rendah Agama Negeri / Majlis Agama Islam / Yayasan Negeri / Sekolah swasta berdaftar dengan JPN. 14.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan Kompang Selawat tidak melebihi 12 orang bagi setiap kumpulan. 14.1.4 Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang dan mengalunkan lagu. 14.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama sahaja. 14.1.6 Setiap peserta hanya dibenarkan mewakili satu kumpulan sahaja. 14.1.7 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja, sama ada lelaki atau perempuan. 14.1.8 Kumpulan yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri dan johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 14.1.9 Mana-mana kumpulan dilarang sama sekali untuk memperkenalkan identiti kumpulan, sekolah, daerah atau negeri dalam apa jua bentuk semasa persembahan samada secara lisan, pada pakaian dan peralatan. 14.1.10 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas boleh dibatalkan penyertaannya. 14.2 Pengundian 14.2.1 Pengundian giliran kumpulan dilaksanakan pada hari pendaftaran dilakukan. 14.2.2 Cabutan undian giliran hendaklah dilakukan oleh ketua kontinjen atau wakilnya. 14.2.3 Sekiranya ketua kontinjen atau wakilnya tidak hadir pada masa yang ditetapkan, undian dilakukan oleh urus setia pertandingan.
  • 5. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 4 14.3 Borang Penyertaan 14.3.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan rasmi (Lampiran) yang mengandungi; (i) Nama Sekolah. (ii) Nama Kumpulan. (iii) Nama Ahli Kumpulan. (iv) Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak. (v) Nama Pengurus Pasukan 14.3.2 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak urus setia mengikut tarikh yang ditetapkan. 14.4 Paluan 14.4.1 Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain. 14.4.2 Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan. 14.4.3 Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk paluan iaitu melalu dan meningkah. 14.4.4 Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk paluan adalah satu kelebihan (contoh;menyilang,menganak dan lain- lain). 14.4.5 Paluan kompang lagu pertama mestilah berentak tradisional Melayu (masri, zapin, inang, joget, asli dan gabungan mana- mana rentak di atas). 14.4.6 Paluan kompang lagu kedua adalah bebas. 14.5 Formasi persembahan. 14.5.1 Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli kumpulan dan bersesuaian dengan rentak paluan. 14.5.2 Pergerakan formasi lagu pertama mestilah bersesuaian dengan alunan selawat yang dipersembahkan. 14.5.3 Pergerakan yang keterlaluan, agresif, berbahaya dan akrobatik adalah tidak dibenarkan. 14.5.4 Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga bentuk adalah tidak dibenarkan. 14.5.5 Segala pergerakan dan formasi hendaklah dilakukan di dalam ruangan atau pentas yang berukuran tidak melebihi 25 kaki x 25 kaki persegi.
  • 6. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 5 14.6 Lagu 14.6.1 Setiap kumpulan mestilah mempersembahkan dua buah lagu. 14.6.2 Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama selawat yang sedia ada atau ciptaan baru yang bersesuaian. 14.6.3 Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 yang akan ditetapkan oleh BPI dari semasa ke semasa. 14.6.4 Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan melodi/irama yang sedia ada atau ciptaan baru. Namun, lagu berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali. 14.6.5 Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan masa. 14.6.6 Penggunaan dialek kenegerian/kedaerahan tidak dibenarkan. 14.7 Lirik Lagu 14.7.1 Lirik lagu pertama hendaklah dalam Bahasa Arab dan bertemakan selawat tradisional sahaja. 14.7.2 Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan antara dua atau ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja. 14.7.3 Skrip lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya. 14.7.4 Lirik lagu kedua hendaklah ciptaan sendiri berpandukan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 yang akan ditetapkan oleh BPI dari semasa ke semasa. 14.7.5 Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian atau keseluruhan lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali. 14.7.6 Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan. 14.7.7 Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang dipertandingkan kepada urus setia pertandingan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 14.7.8 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas boleh dibatalkan penyertaannya. 14.8 Masa 14.8.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit sahaja untuk menyampaikan persembahan.
  • 7. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 6 14.8.2 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi atau kurang dari masa yang ditetapkan. 14.8.3 Masa dikira bermula apabila peserta pertama mula masuk ke kawasan persembahan. 14.8.4 Masa tamat akan dikira apabila peserta pertama mula keluar dari kawasan persembahan. 14.9 Pakaian 14.9.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna. 14.9.2 Pakaian Lelaki: Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin, bersongkok hitam dan berkasut lengkap. 14.9.3 Pakaian Perempuan: Baju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan serta berkasut lengkap. 14.9.4 Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak keterlaluan. 14.10 Jenis kompang 14.10.1 Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm hingga 38 cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja. Penggunaan pelbagai saiz kompang dibenarkan. 14.10.2 Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak. 14.10.3 Kompang berkerincing, jedor, alatan muzik atau alat elektronik selain daripada kompang tidak dibenarkan sama sekali. 14.10.4 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 14.11 Suara 14.11.1 Suara mestilah jelas. 14.12 Penghakiman dan Pemarkahan 14.12.1 Bahagian Paluan (35 markah) Aspek penghakiman; (i) Gubahan rentak. (ii) Bentuk paluan. (iii) Tempo. (iv) Kualiti ton. (v) Dinamik / ekspresi. (vi) Keseimbangan.
  • 8. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 7 14.12.2 Bahagian Formasi Persembahan (25 markah) Aspek penghakiman; (i) Kreativiti. (ii) Keseragaman. (iii) Disiplin dan susun atur. (iv) Kesesuaian gerak formasi. (v) Pakaian. 14.12.3 Bahagian Suara (20 markah) Aspek penghakiman; (i) Kualiti suara. (ii) Kesepaduan suara. (iii) Keharmonian suara. (iv) Kejelasan dan kefasihan sebutan. 14.12.4 Bahagian Lagu (20 markah) Aspek penghakiman; (i) Gubahan lagu. (ii) Lirik yang sesuai. (iii) Kesesuaian lagu dengan irama. 14.13 Penentuan Keputusan Pertandingan 14.13.1 Kumpulan yang memperolehi markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya. 14.13.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan; (i) Paluan; (ii) Formasi Persembahan; (iii) Suara; dan (iv) Lagu. 14.13.3 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan. 14.13.4 Keputusan hakim adalah muktamad. 14.14 Bantahan 14.14.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi oleh pengurus kumpulan kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.
  • 9. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 8 14.14.2 Bantahan mestilah berbentuk teknikal dan disertakan dengan bukti. 14.14.3 Bantahan mestilah sampai kepada Pengerusi Jemaah Hakim sebelum keputusan diumumkan. 14.14.4 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.
  • 10. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 9 15. Peraturan dan Syarat Pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 15.1 Penyertaan 15.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah menengah dari tingkatan peralihan hingga tingkatan lima di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. 15.1.2 Penyertaan juga terbuka kepada semua murid Islam warganegara Malaysia di sekolah menengah dari tingkatan peralihan hingga tingkatan lima dan berumur tidak melebihi 18 tahun pada hari pertandingan dari sekolah berikut: i. Sekolah Menengah Agama Negeri / Majlis Agama Islam / Yayasan Negeri. ii. Maktab Rendah Sains Mara. iii. Kolej Vokasional KPM. iv. Sekolah swasta yang berdaftar dengan JPN 15.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan Marhaban yang tidak lebih daripada 9 orang bagi setiap kumpulan termasuk pembaca rawi. 15.1.4 Pertandingan peringkat zon dan daerah, setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama manakala kumpulan yang mewakili daerah dan negeri ke pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan adalah dibenarkan mengambil murid dari sekolah yang berlainan. 15.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja, sama ada lelaki atau perempuan. 15.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 15.1.7 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 15.2 Pengundian 15.2.1 Pengundian giliran kumpulan dilaksanakan pada hari pendaftaran dilakukan. 15.2.2 Cabutan undian giliran hendaklah dilakukan oleh ketua kontinjen atau wakilnya. 15.2.3 Sekiranya ketua kontinjen atau wakilnya tidak hadir pada masa yang ditetapkan, pengundian giliran akan dilakukan oleh urus setia pertandingan.
  • 11. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 10 15.2.4 Pengundian giliran kumpulan hendaklah dibuat lebih awal daripada pengundian rawi. 15.2.5 Setiap kumpulan hanya dibenarkan membaca rawi yang diundi sahaja. Kumpulan yang membaca selain daripada ayat undiannya akan dikira terbatal. 15.3 Borang Penyertaan 15.3.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar Borang Penyertaan rasmi yang mengandungi (lampiran); (i) Nama Sekolah/Daerah/Negeri. (ii) Nama Kumpulan. (iii) Senarai Nama Ahli Kumpulan. (iv) Nombor Kad Pengenalan. (v) Nama Pengurus Pasukan 15.3.2 Setiap kumpulan hendaklah menyertakan teks rawi dan marhaban yang akan dipersembahkan. (4 salinan) 15.3.3 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak urus setia mengikut tarikh yang ditetapkan. 15.4 Format Persembahan 15.4.1 Persembahan hendaklah dimulakan dengan bacaan rawi. 15.4.2 Semua ahli kumpulan hendaklah duduk ketika bacaan rawi. 15.4.3 Semua ahli kumpulan hendaklah berdiri ketika mempersembah- kan marhaban. 15.5 Pemilihan Rawi, Marhaban & Tarannum 15.5.1 Setiap kumpulan akan memperdengarkan rawi yang ditentukan oleh penganjur pertandingan pada tahun berkenaan. 15.5.2 Tarannum berzanji dan marhaban yang disampaikan hendaklah berdasarkan tarannum asli yang muktabar iaitu Sikah, Rakbi dan Rast. 15.5.3 Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan kepada tarannum Arab Hijazi sahaja. 15.5.4 Setiap persembahan berzanji dan marhaban hendaklah dimulai dan diakhiri dengan selawat. 15.5.5 Setiap persembahan marhaban mestilah mengandungi sekurang- kurangnya tiga (3) jenis tarannum yang dibenarkan. 15.5.6 Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3 tabaqat (tingkatan).
  • 12. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 11 15.6 Rawi Berzanji dan Teks Marhaban 15.6.1 Rawi berzanji dan teks marhaban hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja. 15.6.2 Setiap teks rawi dan marhaban hendaklah berdasarkan teks yang muktabar. 15.7 Masa 15.7.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 18 - 20 minit sahaja untuk menyampaikan persembahan Berzanji dan Marhaban. 15.7.2 Markah akan dipotong jika persembahan kurang daripada 18 minit atau melebihi masa 20 minit. 15.7.3 Masa akan dikira bermula daripada bacaan selawat pembuka dan berakhir setelah selesainya bacaan selawat penutup. 15.8 Pakaian 15.8.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna. 15.8.2 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin dan bersongkok hitam. 15.8.3 Pakaian Perempuan : Baju kurung/berjubah dan bertudung yang sempurna dan sopan. 15.8.4 Pakaian dan perhiasan mestilah sederhana. Pakaian, hiasan dan solekan yang keterlaluan akan dipotong markah persembahan. * Perhatian Kumpulan yang melanggar mana-mana peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 15.9 Penghakiman dan Pemarkahan 15.9.1 Penghakiman akan diadili oleh panel hakim pertandingan Berzanji dan Marhaban yang dilantik oleh penganjur. 15.9.2 Penghakiman dibuat berdasarkan aspek pemarkahan pada Berzanji dan Marhaban seperti berikut : 15.9.2.1 Berzanji (i) Tarannum – 30 markah (ii) Tajwid – 25 markah (iii) Fasohah – 25 markah (iv) Suara – 20 markah
  • 13. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 12 15.9.2.2 Marhaban (i) Tarannum – 40 markah (ii) Suara – 25 markah (iii) Fasohah – 20 markah (iv) Persembahan – 15 markah 15.9.3 Penghakiman Berzanji 15.9.3.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi; (i) Tarannum Arab Hijazi yang muktabar. (ii) Setiap Tarannum hendaklah disampaikan secara teratur dalam empat harakat tanpa takrir. (iii) Setiap Tarannum hendaklah disempurnakan dalam tiga tabaqat. (iv) Setiap Tarannum hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusun serta tidak bercampur-aduk. Jenis-jenis kesalahan; (i) Kurang daripada empat harakat dalam setiap rangkap. (ii) Tidak dapat mengawal mahattah dan qit’ah. (iii) Terdapat sumbang alunan yang mencacatkan. (iv) Terdapat susunan harakat yang tidak sesuai. (v) Terdapat takrir pada harakat qit’ah. (vi) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran pada harakat. (vii) Tarannum yang tidak disampaikan dalam tiga tabaqat. (viii) Tarannum yang bercampur aduk. * Perhatian (i) Pemotongan markah bagi kesalahan yang berulang-ulang hendaklah tidak melebihi 5 markah. (ii) Markah penuh ialah 40 markah termasuk markah istimewa. Markah istimewa akan diberi mengikut ciri-ciri yang tertentu. Ciri-ciri keistimewaan; (i) Bacaan yang mempunyai tarannum jawab yang sesuai dan menarik. Contoh; tarannum Sikah - jawabnya Mayyah, Rakbi – jawabnya Hijaz dan Rast jawabnya Hijaz atau Yaman Hijaz. (ii) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah Arab.
  • 14. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 13 (iii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4 tabaqat secara menarik. (iv) Harakat yang mempunyai ‘ikhtilalul lahn’. (v) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik. 15.9.3.2 Tajwid. Aspek yang dihakimi; (i) Memelihara hukum nun sakinah dan tanwin. (ii) Memelihara hukum mim. (iii) Memelihara hukum idgham. (iv) Memelihara hukum alif lam shamsiah dan qamariah. (v) Memelihara hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’. (vi) Memelihara hukum mudud. (vii) Memelihara ‘wajibul ghunnah’. Jenis-jenis kesalahan; (i) Tidak memelihara hukum mudud kecuali di beberapa tempat tertentu dan pada ‘mad a’ridh lissukun’. (ii) Menyalahi hukum nun sakinah dan tanwin. (iii) Menyalahi hukum mim. (iv) Menyalahi hukum idgham. (v) Menyalahi hukum alif lam shamsiah dan qamariah. (vi) Menyalahi hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’. (vii) Menyalahi ‘wajibul ghunnah’. Ciri-ciri keistimewaan; (i) Mencapai kesempurnaan sifat-sifat ghunnah. (ii) Dapat menyamai kadar hukum mad yang sejenis. 15.9.3.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi; (i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Kesempurnaan dan ketepatan waqaf dan ibtida’. (iv) Memelihara tanda baris dan tasydid. (v) Kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan. Jenis-jenis kesalahan; (i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Tidak sempurna dan tepat wakaf ibtida’. (iv) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid. (v) Melanggar kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan.
  • 15. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 14 Ciri-ciri keistimewaan; (i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan. (ii) Dapat menyempurnakan bacaan ayat yang panjang dalam satu nafas. 15.9.3.4 Suara. Aspek yang dihakimi; (i) Kebersihan suara (tidak serak). (ii) Kelicinan suara (tidak pecah). (iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat). (iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang). (v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara. (vi) Kelantangan dan ketajaman suara. (vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi. (viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir (kualiti suara tidak menurun dari mula hingga akhir). Jenis-jenis kesalahan; (i) Suara serak / parau yang merosakkan (ii) Suara sumbang yang merosakkan (iii) Suara tenggelam (iv) Suara terpecah / terputus (v) Suara tersepit / tercekik (vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi / rendah (vii) Suara tidak cukup tiga tabaqat (viii) Suara lemah / lembab (ix) Suara keras / kaku (x) Suara yang berubah kualiti Ciri-ciri keistimewaan; (i) Suara berlahjah Arab. (ii) Suara yang merangkumi keempat-empat tabaqat dengan selesa. (iii) Suara yang bergerak / hidup. (iv) Suara yang mempunyai kemerduan. 15.9.4 Penghakiman Marhaban 15.9.4.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi; (i) Taranum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan kepada Tarannum Hijazi sahaja.
  • 16. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 15 (ii) Setiap persembahan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya tiga jenis tarannum yang dibenarkan. (iii) Setiap tarannum hendaklah disampaikan dalam 3 tabaqat. (iv) Tarannum marhaban yang dipersembahkan hendaklah seiring/sama/selaras dengan tarannum berzanji. Contoh; rawi sikah – marhaban mestilah sikah, rawi rakbi - marhaban mestilah rakbi dan rawi rast – marhaban mestilah rast. (v) Kesinambungan di antara tarannum hendaklah menggunakan wazan tarannum yang bersesuaian. Jenis-jenis kesalahan; (i) Menggunakan tarannum berbentuk nasyid atau saduran. (ii) Kurang daripada tiga tarannum dalam persembahan. (iii) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran pada harakat. (iv) Setiap tarannum tidak disampaikan dalam tiga tabaqat. (v) Sumbang ketika menukar alunan tarannum. (vi) Tarannum marhaban tidak seiring dengan tarannum rawi. Ciri-ciri keistimewaan; (i) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah arab. (ii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4 tabaqat dengan selesa. (iii) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik. 15.9.4.2 Suara. Aspek penghakiman; (i) Kebersihan suara (tidak serak). (ii) Kelicinan suara (tidak pecah). (iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat). (iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang). (v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara. (vi) Kelantangan dan ketajaman suara. (vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi. (viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir (kualiti suara tidak menurun dari mula hingga akhir). (ix) Kesepaduan suara (kumpulan). (x) Hanya menggunakan satu suara (unisound).
  • 17. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 16 Jenis-jenis kesalahan; (i) Suara serak / parau yang merosakkan (ii) Suara sumbang yang merosakkan (iii) Suara tenggelam (iv) Suara terpecah / terputus (v) Suara tersepit / tercekik (vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi / rendah (vii) Suara tidak cukup tiga tabaqat (viii) Suara lemah / lembab (ix) Suara keras / kaku (x) Suara yang berubah kualiti (xi) Suara yang berlapis-lapis berbentuk harmoni * Perhatian (i) Suara serak yang berpanjangan akan dipotong 2 markah sahaja. 15.9.4.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi; (i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Memelihara tanda baris dan tasydid. (iv) Keselarasan rentak bacaan / sebutan. Jenis-jenis kesalahan; (i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid. (iv) Tidak selaras rentak bacaan. Ciri-ciri keistimewaan; (i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan. (ii) Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam satu nafas. 15.9.4.4 Persembahan. Aspek yang dihakimi; (i) Disiplin dan susun atur. (ii) Pakaian peserta yang bersesuaian. (iii) Memula dan menutup persembahan dengan selawat. (iv) Penghayatan (ekspresi). (v) Gaya yang sesuai dan tidak keterlaluan. (vi) Menepati masa yang ditentukan. (vii) Keseimbangan persembahan / penampilan di antara solo dengan ramai.
  • 18. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 17 Jenis-jenis kesalahan; (i) Kurang berdisiplin. (ii) Pakaian yang tidak seragam / tidak sesuai. (iii) Tidak memula dan menutup persembahan dengan selawat. (iv) Tiada penghayatan. (v) Gaya yang keterlaluan. (vi) Tidak menepati masa. (vii) Tidak seimbang antara solo dengan kumpulan. Ciri-ciri keistimewaan; (i) Dapat menampilkan solo lebih dari dua orang yang menarik. (ii) Dapat menamatkan persembahan tepat pada masa yang ditetapkan (20 minit). 15.10 Penentuan Keputusan Pertandingan 15.10.1 Kategori Pertandingan; 15.10.1.1 Kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik 15.10.1.2 Kategori Marhaban – Persembahan Terbaik 15.10.1.3 Kategori Berzanji dan Marhaban – Johan, Naib Johan,Ketiga dan Saguhati 15.10.2 Bagi kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik, pemilihan berdasarkan kepada pembaca rawi yang mendapat markah tertinggi. 15.10.3 Bagi kategori Marhaban – Persembahan Terbaik, pemilihan berdasarkan kepada persembahan marhaban yang mendapat markah tertinggi. 15.10.4 Markah wajaran bagi berzanji ialah 40% dan marhaban ialah 60%. 15.10.5 Bagi kategori Berzanji dan Marhaban, kumpulan yang memperolehi markah tertinggi setelah markah kategori Berzanji dan Marhaban dicampurkan, akan diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya. 15.10.6 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan; (i) Tarannum (rawi dan marhaban); (ii) Tajwid (rawi); (iii) Suara (rawi dan marhaban); (iv) Fasohah (rawi dan marhaban); dan (v) Persembahan (marhaban).
  • 19. Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 18 15.10.7 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan bermuzakarah untuk menentukan keputusan pertandingan. 15.10.8 Keputusan hakim adalah muktamad. 15.11 Bantahan 15.11.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan oleh pengurus kumpulan secara rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan. 15.11.2 Bantahan mestilah berbentuk teknikal dan disertakan dengan bukti. 15.11.3 Bantahan mestilah sampai kepada Pengerusi Jemaah Hakim sebelum keputusan rasmi diumumkan. 15.11.4 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.