Slide ini adalah mengenai antara cara ataupun jenis pengkebumian pada zaman logam. Semoga ilmu yang tidak seberapa ini dapat membantu memberi sedikit pengetahuan tentang cara-cara pengkebumian khususnya zaman logam ini.
This document discusses the tradition of wooden coffins in Southeast Asia. It began in prehistoric times and was found in places like Vietnam, southern China, and several Southeast Asian countries. The practice spread through island hopping and over land. The coffins served religious and status purposes for communities. Specific examples are discussed for places like Sulawesi, Thailand, Sabah, the Philippines, and southern China. The tradition shows similarities but also variations across regions and continued in some places to the present day. Archaeological sites with large numbers of coffins have been discovered and studied.
Dokumen ini membincangkan tradisi pengkebumian mayat di dalam perahu yang diamalkan oleh masyarakat zaman prasejarah di Malaysia. Tradisi ini dikatakan bermula sejak 1,800 hingga 3,000 tahun lalu dan masih berterusan sehingga zaman protosejarah. Beberapa tapak seperti Gua Niah, Kuala Selinsing dan Gua Kain Hitam menunjukkan bukti penemuan rangka manusia dan artifak yang dikubur bersama may
1. Zaman Paleolitik, Neolitik, dan Logam di Malaysia.
2. Masyarakat Zaman Paleolitik hidup berpindah-randah, menggunakan alat batu, dan mempercayai animisme.
3. Zaman Neolitik membuat tembikar, bercucuk tanam, dan mencipta perhiasan, manakala Zaman Logam mengenali logam dan berdagang barter.
Zaman Mesolitik di Malaysia tidak berlaku. Zaman Neolitik dicirikan oleh pemukiman tetap, pertanian, dan pengembalaan ternak. Orang Neolitik tinggal di gua dan dekat sungai sambil berburu, menangkap ikan, dan bercucuk tanam secara tukar barang. Mereka mulai membuat peralatan tembikar.

Dokumen tersebut membandingkan zaman prasejarah awal dan akhir dalam beberapa aspek. Zaman prasejarah awal ditandai dengan gaya hidup nomaden, alat batu, dan ekonomi tidak tetap. Sedangkan zaman prasejarah akhir ditandai dengan pemukiman tetap, alat logam, pertanian, perdagangan, dan masyarakat yang lebih maju. Dokumen ini menunjukkan perkembangan signifikan dalam gaya hidup manusia dari zaman prase
Kursus Interpretasi Pelancongan memberi tumpuan kepada definisi, ciri-ciri dan kaedah interpretasi yang berkesan dalam industri pelancongan. Ia terbahagi kepada empat topik utama iaitu pengenalan, ciri-ciri, kaedah serta penyediaan bahan interpretasi. Pelajar akan dinilai secara berterusan melalui kuiiz, tugasan dan projek bagi memastikan pencapaian hasil pembelajaran kursus.
Dokumen ini membahas perkembangan zaman prasejarah di Malaysia, terutama zaman Paleolitik, Neolitik, dan Logam. Zaman Paleolitik ditandai dengan gaya hidup berpindah-randah, menggunakan alat batu, dan upacara perkuburan. Pada zaman Neolitik muncul pertanian, tembikar, dan permukiman tetap. Zaman Logam dicirikan dengan penggunaan logam seperti besi dan gangsa serta sistem sosial yang lebih
Sumber primer merujuk kepada sumber asli dan tidak ditafsirkan yang boleh digunakan untuk menyiasat peristiwa sejarah. Sumber primer termasuk dokumen rasmi, surat peribadi, artifak arkeologi, dan keterangan saksi mata. Ahli sejarah perlu menilai kesahihan sumber primer dan mengumpul bukti dari pelbagai sumber untuk membuat tafsiran yang tepat.
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...FaFai S.
Nota Sejarah lisan dan pendokumentasian
bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah
-makna dan konsep sejarah
-peranan orang sumber
-kepentingan sejarah lisan
-sumber lisan sebagai sumber sejarah
-sejarah lisan warisan yang perlu dipelihara
-perbezaan antara sumber lisan dan sumber bertulis
-pedebatan antara aliran ranke dan aliran thomson

2. Pengkebumian mayat di dalam tempayan
merupakan sejenis kebudayaan yang diamalkan
oleh masyarakat zaman prasejarah akhir.
Amalan pengkebumian di dalam tempayan atau
guri (jar burial) juga merupakan salah satu jenis
pengkebumian yang diamalkan oleh masyarakat
prasejarah di negara ini.
3. Berdasarkan rekod penemuan, adat pengkebumian
dalam tempayan diamalkan oleh masyarakat di
Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Amalan pengkebumian ini bermula pada Zaman
Prasejarah terutama di Zaman Neolitik di mana ia
dikaitkan dengan masyarakat yang tinggal di
kawasan pesisir pantai.
4. Di Malaysia, amalan perkuburan tempayan ini
banyak ditemui di dalam gua-gua batu kapur di
Sarawak dan Sabah.
Selain itu, tapak pengkebumian tempayan turut
ditemui di Gua Tuba, Pulau Tuba, Langkawi.
5. Jenis dan Fungsi
Menurut Mohd. Supian Sabtu, tempayan di dalam
kajian arkeologi jika dilihat berdasarkan material
pembuatannya dikenali juga dalam keluarga
earthenware atau stoneware.
Sementara itu jika dilihat dari segi fungsinya pula,
tempayan digunakan agak meluas kerana
kepelbagaiannya, seperti tempat menyimpan air,
menyimpan makanan, penguburan, lambang status
dan tujuan perdagangan.
6. Pada zaman prasejarah akhir tempayan turut
berkembang sebagai sarana pengkebumian selain
daripada keperluan hidup sehari-hari untuk
penyimpanan makanan dan perdagangan.
7. Ciri-ciri
Ciri utama pengkebumian dalam tempayan adalah
penemuan tempayan-tempayan yang digunakan sebagai
tempat untuk menyimpan mayat atau tulang-tulang
manusia.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis ciri yang
lain berkaitan dengan kebudayaan ini,iaitu;
8. Tempayan atau guri itu disimpan atau disorokkan di
tempat-tempat yang tersembunyi seperti di gua-gua batu
atau di celah-celah banir pokok.
Tempayan-tempayan ini dibuat khas dengan bentuk-
bentuk yang unik melalui paparan ragam-ragam hias yang
dapat menggambarkan pengembaraan roh-roh sedang
menuju ke alam akhirat.
Terdapat beberapa peralatan digunakan sebagai objek
iringan bagi mengiringi si mati
9. Proses Pengkebumian
• Pengkebumian tempayan dilaksanakan dalam dua bentuk
atau proses iaitu pengkebumian primer dan pengkebumian
sekunder.
10. Pengkebumian Primer
Pengkebumian primer merupakan proses
pengkebumian ke atas mayat yang dilakukan
secara terus.
Amalan budaya ini bermula selepas berlaku
kematian seseorang, maka mayatnya kemudian
akan disimpan terus di dalam tempayan tanah.
11. Mayat tersebut akan disimpan bersama-sama
dengan beberapa objek iringan yang lain. Di
antara objek-objek iringan tersebut ialah berupa
alat-alat perkakas, perhiasan diri, tembikar tanah
dan lain-lain.
Tempayan yang berisi mayat itu kemudiannya
akan disimpan di tempat yang lebih selamat
khususnya di dalam gua-gua.
12. Pengkebumian Sekunder
Pengkebumian sekunder merupakan amalan
pengkebumian yang berlaku dalam dua bentuk
atau proses.
Proses pertama ialah mayat orang yang meninggal
akan disimpan terlebih dahulu di suatu tempat
yang selamat dan ia dibiarkan mengalami proses
pereputan.
13. Selepas suatu tempoh tertentu, tulang-tulang
mayat tersebut akan reput dan hancur. Kemudian
saki baki tulang tersebut akan dikutip semula dan
dikumpulkan di dalam tempayan.
Proses seterusnya ialah tempayan yang berisi
dengan tulang-tulang mayat tersebut kemudiannya
akan disimpan di suatu tempat yang telah dipilih
sebagai lokasi perkuburan.
14. Tempat yang digunakan sebagai kawasan
perkuburan tempayan ini lazimnya dipilih khas
dengan mengambilkira beberapa pertimbangan.
Di antara perkara yang biasa diambil perhatian
ialah faktor keselamatan, iaitu selamat dari
gangguan binatang, tidak tenggelam air,
kedudukan yang tersembunyi dari disinggahi dan
dianggap suci.
15. Tulang serta tengkorak diambil dan disusun di
dalam tempayan untuk dikebumikan dengan
meletakkan tempayan di atas lantai gua batu
kapur.
16. Pentarikhan
Pentarikhan berkaitan dengan pengkebumian dalam
tempayan sukar ditentukan secara mutlak.
Namun menurut Mohd. Supian Sabtu, pada zaman
prasejarah, tempayan yang dikesan diguna sebagai
pengkebumian adalah di tapak Gua Manunggul, Pulau
Palawan Filipina.
Ia merupakan pengkebumian kedua dan pentarikhannya
diberikan sekitar 890 hingga 701 sebelum masihi.
17. Sementara itu, berdasarkan pentarikhan di Gua Niah,
Sarawak dianggarkan berusia akhir abad ke-2 sebelum
masihi iaitu dengan menggunakan tembikar tanah yang
digunakan untuk menyimpan abu dan tulang mayat yang
dibakar.
Terdapat kesan damar yang digunakan untuk membakar
mayat pada tulang yang disimpan di dalam tempayan.
18. Penggunaan tempayan sebagai kubur pengkebumian juga
dapat dikesan di Indonesia dan antara lokasi utama adalah
di Gua Uattam, Maluku utara yang mempunyai
pentarikhan sekitar 1 - 1200 Masihi.
Di samping itu, pengebumian ini juga turut ditemui di gua
kecil Leang Buidane, Kepulauan Talaud. Walau
bagaimanapun berdasarkan kepada data ikonografi,
tempayan telah dicatat secara pictorial sekitar abad ke-8
Masihi.
19. Jumpaan Di Malaysia
Salah sebuah tempayan atau guri yang dipercayai
dijadikan tempat menyimpan tulang mayat ialah yang
ditemui di Kampung Limbongan, Kuala Terengganu iaitu
kira-kira 15 kilometer dari bandar Jertih.
Tapak ini telah dilakukan galicari sekitar tahun 1985 dan
diperkirakan beasal dari zaman Logam iaitu sekitar 1000
tahun dahulu.
20. Tempayan yang ditemui di Kampung Limbongan ini
berbentuk labu air, ia berukuran 32 cm (bulat
permukaannya), 30 cm ukur lilit dan 1 meter tinggi.
Ia diperbuat dari tanah liat dan mempunyai penutup.
Tempayan (guri) ini dipercayai pernah dijadikan tempat
untuk menyimpan tulang mayat oleh masyarakat Zaman
Prasejarah.
21. Berdasarkan penyelidikan didapati tempayan ini pernah
dijadikan bekas untuk menyimpan tulang-tulang mayat
yang menjadi amalan masyarakat Zaman Prasejarah
khususnya masyarakat Zaman Logam.
Tempayan ini dikaitkan dengan kaedah pengkebumian
sekunder di mana sisa mayat disimpan di dalam tempayan
untuk disemadikan selepas tulang-tulangnya dikutip
semula selepas tempoh tertentu.
Bersama-sama dengan tempayan ini juga ditemui tulang
mawas, tembikar tanah dan manik disamping alat-alat
senjata seperti tombak, lembing dan kapak bersadur
permata.
22. Selain tempayan yang dijumpai di Kampung Limbongan
(Terengganu), pengkebumian mayat dalam tempayan juga
ditemui di Gua Niah (Sarawak).
Tapak ini juga dikaitkan dengan pengkebumian sekunder
dengan pentarikhannya ialah sekitar penghujung Zaman
Logam.
23. Pengkebumian dalam tempayan telah lama diamalkan di
Borneo sejak 1500 sebelum Masihi. Amalan ini
berkembang luas sehingga ke kawasan pedalaman Borneo
dan amalan ini masih dijalankan sehingga awal abad ke 20.
• Di kalangan masyarakat Orang Ulu seperti Punan, Kayan
dan Kenyah, mayat seseorang yang disayangi akan
disimpan dalam tempayan dan seterusnya disemadikan di
atas tiang ’klirieng’ yang dikenali sebagai pondok mayat
’Salong’.
24. Berkaitan dengan amalan pengkebumian mayat di dalam
tempayan di Sarawak, masyarakat Kelabit misalnya,
meletakkan tempayan mayat berhampiran dengan struktur
megalit yang dibina khas di suatu kawasan di dalam hutan.
Selain itu, masyarakat Kelabit pada suatu ketika dahulu
juga menyimpan tulang nenek moyang mereka di dalam
tempayan besar buatan Dinasti Ming.
Mengikut kepercayaan mereka tempayan merupakan
simbolik rahim wanita. Mayat tersebut akan disimpan di
dalam tempayan mengikut posisi bayi yang berada di
dalam rahim ibu untuk kelahiran semula.
25. Mereka juga menggunakan seramik dalam upacara
pengkebumian kepala.
Kepala musuh akan digantung bersama beberapa tempayan
bagi tujuan memperolehi kekuatan yang empunya kepala.
Penutup kayu yang berukir digunakan bagi menutup mulut
tempayan demi memelihara semangat yang berada di
dalamnya.
26. Setiap tempayan tadi sama nilainya dengan satu kepala.
Nilai sesebuah tajau lama boleh disamakan dengan
seseorang manusia dan boleh dijadikan sebagai penebus
seorang hamba atau mangsa korban.
Sementara di Sabah, pengkebumian mayat di dalam
tempayan turut ditemui di dalam gua seperti di Pusu
Lumut dan Hagop Bilo.
Tradisi pengkebumian ini dipercayai diamalkan oleh
masyarakat Orang Sungai dan suku kaum Idahan.
27. Rumusan
Lazimnya tempat atau lokasi kawasan perkuburan
mayat dalam tempayan ini selalunya dipilih
khusus, tersembunyi dari disinggahi dan ia
dianggap suci.
Melalui hubungan perdagangan dengan China
terutama pada kurun ke-9 Masihi, penggunaan
tempayan dari negara China telah mula
mengambil alih penggunaan tembikar-tembikar
tanah tempatan.
28. Tempayan-tempayan China Zaman Dinasti Sung
telah dijadikan barang dagangan utama sebagai
bahan pertukaran dengan masyarakat tempatan.